Sunday 21 February 2010

Penantian selama 7 tahun..pemilik mampu tersenyum,...bergambar.


Kami bersyukur kerana turut sama berada di tempat majlis yang bersejarah untuk Negeri Selangor ini diadakan.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI NEGERI SELANGOR.

Seperti yang dimaklumkan secara rasminya program dan projek seperti ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat dan bukan di bawah Kerajaan Negeri. Namun atas moto Negeri Berkebajikan maka usaha murni ini tetap diadakan dan kerajaan Negeri perlu mengeluarkan dana yang besar untuk memulakan projek ini. Dana yang disuntik oleh kerajaan negeri ialah sebanyak RM 5 Billion. Ini bakal merancakkan kembali ekonomi dalam bidang pembangunan. Alhamdulillah.

Perumahan yang terbengkalai ini bukan membabitkan mereka yang kaya dan berada tetapi melibatkan kehidupan mereka yang susah dan mengharapkan satu rumah yang selesa untuk didiami.

Alhamdulillah sebaik kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Selangor, perkara ini diambil sebagai satu usaha yang paling diberi fokus.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Ir Iskandar Abdul Samad, berkata pemulihan itu akan dapat membantu rakyat di samping menjana ekonomi negeri.

Menurutnya, langkah memulihkan perumahan terbengkalai dilihat sebagai usaha murni membantu pembeli yang kebanyakannya golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang tidak dibela sejak sekian lama, akibat menanggung hutang pinjaman walaupun rumah belian mereka tidak dapat disiapkan.

Memang ada kedengaran juga suara-suara yang tidak berpuashati yang keluar dari Penegrusi Pemilik rumah yang menganggap bahawa usaha kerajaan negeri kini sejak 11 bulan mengambil alih adalah bukan sesuatu yang sepatutnya menjadi satu kepuasan dan boleh dibanggakan. Katanya "sekadar membuat laluan masuk dan menyediakan kemudahan asas air dan api tidak mencukupi" begitulah luahan hatinya.

Luahan hati secara keras ini diambil secara positif oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, dia sendiri juga yang akan memastikan projek ini berjalan dengan lancar.

YB Saari Sungib adalah individu yang diberi tanggungawab di bawah Exco YB Iskandar untuk mempengerusikan Jawatankuasa Khas Pemulihan Perumahan Terbengkalai Negeri.

Di dalam ucapannya telah terlebih dahulu memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah (SWT) kerana akhirnya banyak projek perumahan terbengkalai dapat dimulakan kembali pembinaanya hingga membolehkan sesetengah pemilik mendudukinya.

Usaha ini bukannya mudah untuk dilakukan apabila kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tan Sri Khalid telah meletakkan dua syarat penting iaitu ianya tidak memberi implikasi undang-undang, dan dari segi kewangan kepada kerajaan Negeri.

Walau dengan kekangan yang ada usaha ini membuahkan hasil juga.

Jika dibandingkan projek di Ukay Bistari sahaja yang sudah terbengkalai selama 7 tahun lamanya, ini adalah satu usaha yang sewajarnya diberi ucapan tahniah...yang juga membuatkan pemilik rumah boleh menarik nafas lega dan gembira.

Sebelum ini selama bertahun-tahun kerajaan BN dan UMNO memerintah projek perumahan rakyat tidak pernah diberi perhatian, sedangkan rakyat dan pembeli sendiri yang mengeluarkan wang simpanan mereka untuk memiliki rumah murah.


Kegembiraan dan rasa puas hati yang terpancar di wajah pembeli dan pemilik rumah. Alhamdulillah....





Pembeli mendaftarkan nama mereka di hari yang bersejarah tersebut.




No comments: