Wednesday 26 May 2010

KES PROTES : Baca sajalah skrip Polis di mahkamah.

Kes PROTES yang bersambung bicara pada 25-05-10

Soalan dari Pihak Pendakwaraya.

Soalan : ASP Norazlan Mohd Noor boleh bgtau sejak bila berkhidmat dengan PDRM?

Jawapan: Pada 30/6/85

Bertugas sebagai Pegawai Interogasi di jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Soalan : Ada bertugas pada 26-01-08 hari tersebut?

Jawaoan : Ada

Soalan : Boleh bagitahu bertugas dimana?

Jawapan : Bertugas di kawasan KLCC Jalan Ampang KL.

Soalan : Atas rahan siapa bertugas di sana?

Jawapan : Pengarah Siasatan Jenayah Dato Sri Bakri Zinin

Soalan : Boleh bagitahu apa tujuannya?

Jawapan : Untuk melaksanakan tangkapan kepada sesiapa yang menyertai perhimpunan haram pada tarikh dan masa yang dinyatakan tersebut?

Soalan : Siapa yang sampaikan taklimat?

Jawapan : Disampaikan di mes pegawai kanan Bukit Aman, oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Dato' Bakri Zinin.

Laksanakan tangkapan perhimpunan haram yg dijangkakan dilaksakan di KLCC ini kerana perhimpunan tersebut tidak mendapat permit dan kelulusan dari pihak polis. Pembahagian tugas di laksanakan oleh ASP Jeyakumar. Saya ditugaskan di depan KLCC.

Saya dan rakan2 yg lain dibawa ke hdapan KLCC menaiki bas.

Di KLCC diberikan taklimat oleh ACP Zulkarnain. Pada semua petugas2. Di situ kita dimaklumkan mengenai satu salinan perintah makamah. Bertarikh 25/01/08 yang telah dikeluarkan oleh Majistret Kuala Lumpur yang tidak membenarkan beberapa nama antaranya Dr Hatta, Tian Chua, Arutchelvam, Hoo Seng Yeng, Ronnie, …..dan mana mana-mana individu yg berhimpun di KLCC. Salinan perintah tersebut telah diagihkan kepada petugas.

Soalan : Ada baca perintah tersebut?

Jawapan : Ada

Soalan : Apa yang ASP faham mengenai perintah tersebut?

Jawapan : Apa yang saya faham maksud perintah tersebut ialah tidak membenarkan untuk mengadakan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan dalam jarak 1km dari KLCC meliputi persimpangan Jalan Ampang, Jalan Lumba Kuda dan Jalan P Ramlee. Serta Bangunan Masjid Asy-Syakirin meliputi simpang Jalan Lumba Kuda, Jalan Binjai.

Soalan: Semasa ASP lihat perintah tersebut dan cuba memahami perintah tersebut ada merujuk pada pelan lokasi perintah mahkamah tersebut?

Jawapan : Ada.

Soalan : Sila rujuk pada pelan lokasi, ada bila-bila masa semasa taklimat diterangkan mengenai pelan lokasi tersebut.

Jawapan: Ada dijelaskan secara umum dan saya ditugaskan dalam zon B.

Soalan : Secara spesifik di mana?

Jawapan : Di kawasan Masjid Asy Syakirin.

Soalan : Ada tak nama masjid dalam pelan KLCC?

Jawapan : Tak ada, Masjid KLCC.

Soalan : Sepanjang penugasan tersebut adakah ASP berada di situ atau…?

Jawapan : Bergerak.

Kumpulan kami yang telah ditangkap seperti dalam keterangan di sini, dibawa ke persimpangan Hotel Nikko. Dua orang polis wanita yang menangkap saya ketika saya sedang mengambil gambar-gambar ini.

Soalan : Kalau boleh bagitahu kawasan2 yang ASP pergi sepanjang masa tersebut?

Jawapan : Kawasan Stesen LRT, Hotel Nikko, Jalan Ampang, di sekitar kawasan itu.

Soalan : Secara detail, jam berapa ada di kawasan tersebut?

Jawapan : 11.30 pagi

Soalan : Mula-mula sampai di kawasan mana?

Jawapan : Di persimpangan Jalan Lumba Kuda dan Jalan Binjai.

Keadaan tenang ada ramai juga orang berada di kawasan persikitaran.

Soalan : Seterusnya apa yang berlaku?

Jawapan : Seterusnya dalam pukul 2pm saya buat pemerhatian di Simpang Hotel Nikko dan Stesen LRT Jalan Ampang, saya nampak satu salinan perintah mahkamah ditampalkan di tepi dinding berhampiran jalan keluar stesen LRT tersebut. Pada masa tersebut saya lihat penumpang LRT melintas jalan, yang ada bersama saya ialah Inspektor Saharuddin, Sarjan 113749, koperal 122411, koperl 19647, koperal 18159, kop 189103, 69826, 12487, 112662, 190097 118582 .

Soalan : Adakah kesemua mereka bersama tuan?

Jawapan : Bersama saya dan ASP Latif.

Soalan : Seterusnya apa yang berlaku?

Jawapan : Saya juga nampak beberapa orang sedang berkumpul di depan LRT dan saya juga lihat ada sekumpulan 8-10 orang telah mula berkumpul dalam jarak 40-50m, jarak saya tak pasti, 30-40m dari saya selepas dari LRT. Saya juga berada di simpang Hotel Nikko dan kumpulan tersebut berlegar-legar tanpa tahu sebab mereka, saya juga boleh nampak wartawan bersama mereka juga berada di depan LRT. Dan ASP Jasmirul berada di kumpulan kita. Kemudian saya bersama ASP Jasmirul, Cif Inspektor Shahrudin, sarjan 93133, 113749, koperal 112411, koperal 89647, koperal 98159, koperal 81903, kopersal 69826, koperal 12487 dan Koperal suriyawati telah buat pemerhatian keatas orang2 tersebut. Selepas itu Inspektor Shahrudian dan Inspektor Jasmirul menuju ke araha mereka yang telah berkumpul tanpa sebab dan telah memanggil untuk laksanakan tangkapan.

Soalan : Tuan berada di mana?

Jawapan : Semasa Inspektor Jasmirul dan Shahruddin melakukan tangkapan saya masih berada di simpang hotel nikko.

Soalan : Tadi ada buat pemerhatian kumpulan 9-10 orang apa yang dirasa?

Jawapan : Saya rasa mereka berkemungkinan dari kumpulan membantah harga minyak dan barang.

Soalan : Mengapa rasa demikian

Jawapan : Sebab bila Inspektor Jasmirul berada di sana mereka telah lakukan tangkapan keatas kumpulan tersebut.

Soalan : Pada pemerhatian ASP ada nampak apa-apa sepanduk?

Jawapan: Tak pasti.

Soalan : Seterusnya apa yang berlaku?

Jawpan : Inspektor Shahruddin dan Inspektor Jasmirul telah membuat tangkapan terhadap 6 orang. Kumpulan tersebut dibawa keluar pandangan saya dan dibawa ke balai polis IPK KL untuk dibuat laporan polis.

Soalan : Bagaimana dengan ASP sendiri, ada buat apa-apa tangkapan?

Jawapan : Pada 3ptg saya buat 1 tangkapan bersama Inspektor Jasmirul, Tan Boon Chan, Koperal 12622 Abdul Aziz bin salleh, koperal 99077 siti hajar, koperal 118522 mohd zaidi dan konstabel 152178 zakri, telah membuat pemerhatian di hadapan bangunan OSK Investment Jalan Ampang di bangunan OSK KL. Masa tu saya lihat lebih kurang 100-150 0rang sedang berkumpul dan ASP Jasmirul telah bercakap dan mengarahkan kumpulan tersebut bersurai.

Soalan : Bagaimana pakaian mereka?

Jawapan : Pakaian bertanda logo berwarna merah di dada mereka.

Soalan : Kalau boleh ingat logo apa?

Jawapan : Tak ingat tapi logo warna merah.

Soalan : Bagaimana dengan Thinamaran ada pakai logo warna merah tersebut?

Jawapan : Ya.

Soalan : Jika saya tunjuk logo berkenaan boleh ke ingat logo yang dimaksudkan?

Jawapan : Ya saya boleh ingat.

Soalan : Mohon saksi dirujukkan pada logo tersebut, kalau ASP boleh ingat inilah logo yang digunakan dan ada pada Thinamaran?.

Jawapan : Saya tak dapat dipastikan.

Timbalan Pendakwaraya: Mohon ditandakan

Tidak diterima mahkamah. Sebab tak pasti.

Soalan : Ada membantu anggota lain melakukan tangkapan lain? Boleh bagitahu membantu siapa dalam tangkapan?

Jawapan : Saya membantu ASP Abdul Latif dan ASP Jasmirul sebelum saya lakukan tangkapan?

Soalan : Tangkapan terhadap siapa?

Jawapan : Tangkapan terhadap Arutchelvam.

Soalan : Di mana tangkapan?

Merujuk Pelan lokasi.

Jawapan : Di kawasan hadapan stesen LRT.

Soalan : Apa yang dilakukan oleh Arutchelvan?

Jawapan : Bersama 10 orang yang lain dan ASP Jasmirul mengarahkan mereka bersurai kearah lelaki India dan orang itu ialah Arutchelvan. Tetapi kumpulannya enggan bersurai. Yang menghampiri mereka ialah ASP Abdul latif fan Jasmirul. Mereka juga telah menyerahkan perintah mahkamah kepada Arutchelvam dan ASP Jasmirul arahkan ASP latif menangkap lelaki tersebut. Iaitu Arutchelvam.

Soalan : ASP boleh cam orang tersebut Arutchelvam?

Jawapan : Lelaki berjambang, berbadan tegap.

Soalan : Jika rujuk kepada beberapa keping gambar boleh kenal pasti tangkapan terhadap Thinamaran dan Arutchelvam?

Jawapan : Boleh.

-----------------------------------------------------------------------------------

Soalan-soalan balas dari Peguam Bela.

Soalan : Masa taklimat di KLCC kamu diberi perintah mahkamah, berfungsi sebagai, peta lokasi memainkan pernan penting pada orang awam mengenai gambaran lokasi. Setuju atau tidak?

Jawapan : Setuju

Soalan : Disediakan oleh polis?

Jawapan : Setuju

Soalan : Orang ramai mahu atau tidak mesti pandu pada pelan lokasi?

Jawapan : Setuju

Soalan : Jika sesorang tak masuk dalam kawasan larangan maka tidak mereka mengaku sebarang kesalahan.

Jawapan : Tak faham

Soalan : Dalam perintah mahkamah disebut ada orang dilarang masuk dalam kawasan lokasi pelan mahakamah. Kalau dia mematuhi maka dia tidak lakukan kesalahan?

Jawapan : Setuju

Soalan : Perintah mahkamah secara khusus dan punya nama tertentu maka tidak pada semua rakyat Malaysia?

Jawapan : Setuju

Soalan : Maka org awam boleh lalu dan masuk kawasan tersebut?

Jawpan : Setuju.

Soalan : Maka polis mestilah pastikan lah dulu kalau orang-orang itu adalah individu yg dalam perintah tersebut?

Jawapan : Setuju

Soalan : Perintah tersebut tidak melarang ahli atau penyokong PSM masuk ke kawasan tersebut?

Jawapan : Setuju

Soalan : Lencana yang ditunjukkkan oleh pendakwaraya tadi adalah lencana PSM, setuju atau tidak? Tu Depan mata tu.

Jawapan : Mungkin

Soalan : Kenapa mungkin, cuba baca logo tu.

Jawapan : Setuju tertulis PSM saya setuju.

Soalan : Dan tidak tertulis pun penyokong protes? JTengok balik ada tak tulis menghalang memakai lencana parti sosialis Malaysia?

Jawapan : [ambil masa lama untuk jawab sambil membelek lampiran] tak ada.

Soalan : Jadi kalau seseorang yang memakai lencana PSM dan ada di luar pelan lokasi perintah mahkamah maka seseorang itu tidak melanggari perintah mahkamah tersebut. Setuju atau tidak?

Soalan : Saya tidak setuju.

Jawapan : Jadi awak kata dia berada di luar kawasan masih melanggar perintah mahkamah?

Hakim : Awak faham soalan?

Jawapan : Saya faham.

Soalan : Saya bertanya kalau dia berada di luar kawasan dia tak langgar perintah mahkamah?

Jawapan : Setuju.

Soalan : Lihat perintah mahkamah dia tak sebut di simpang jalan ampang?

Jawapan : Setuju

Soalan : ASP kata ada di kawasan masjid pada 11.30 pagi. Berapa lama ada di kawasan masjid KLCC?

Jawapan : Lebihkurang dalam 15 minit sebelum bergerak

Jawapan : So selepas kawasan masjid KLCC terus pergi kawasan mana?

Jawapan : Saya tak ingat sebab memusing-musing

Soalan : Dari segi urutan?

Jawapan : Tak ingat

Soalan : Tengok apa tu????

Jawapan : Saya pohon lihat laporan. Lebihkurang pukul 2pm.

Soalan : Dan berada di kawasan tersebut sampai pukul berapa?

Jawapan : di sekitar hotel Nikko sehingga menghampiri pkl 4.

Soalan : Pkl berapa jumpa ASP Jasmirul.

Jawapan : Jasmirul ni sentiasa berlegar-legar.

Soalan : Ya la saya tahu, lebihkurang pukul berapa?

Jawapan : Saya tak ingat.

Soalan : Tadi kata di sekitar jalan ampang Nampak 2-3 orang, dalam pukul berapa?

Jawapan : 2pm

Soalan : Berada di mana

Jawapan : Di sekitar LRT

Soalan : ada ramai org?

Jawapan : Ya

Soalan : Tak salahkan kalau orang ramai nak keluar dari stesen LRT?

Soalan : Ya

Soalan : Static di kawasan hotel nikko?

Jawapan : Ya static

Soalan : Pada perhatian asp di sepanjang ada di hotel nikko berapa orang yang keluar masuk lrt?

Jawapan : Tak kira

Soalan : Adakah mereka dihalang dari masuk dalam kwsn lrt tersebut?

Jawapan : Tidak

Bersambung........

No comments: