Sunday 16 May 2010

SIBU 4 Change: Rakyat Mesti Berani berubah!!!!


Alhamdulillah...selepas segala debaran dan segala taktik penipuan yang cuba digunakan oleh SPR bagi pihak Barisan Nasional, DAP dan Pakatan Rakyat tetap menang!!!


gambar dari FB Albert Pollinoh..sidang akhbar pertama selepas kemenangan!!!

Walau dengan janji pada saat-saat akhir bahawa Najib akan sign cek RM 5 juta pada projek cegah banjir di Rejang, pengundi di sana tetap memilih Pakatan Rakyat di bawah DAP.

Memang rakyat SIBU mahukan perubahan dan tidak percaya akan kata-kata najib yang sebenarnya berbau ugutan!!!!

Kerja Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ialah menabur wang kepada rakyat macam rakyat di bawah ni adalah PENGGEMIS....pengundi SIBU berjaya membuktikan bahawa wang tidak dapat membeli segalanya apatah lagi keinginan untuk memiliki sebuah negara yang SELAMAT!!!

Semua harus baca apa yang Najib nyatakan di bawah....dan yakin lah...bahawa apa yang dia inginkan ialah sebuah kemenangan untuk pastikan dia terus berkuasa.....

dari malaysian insider.

“Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak?” tanya Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada kira-kira 1,000 hadirin perhimpunan di kawasan perumahan di sini.

“Persefahaman ini sangat mudah. Saya bantu anda, anda bantu saya,” kata Pengerusi BN ini.

Wakil BN Robert Lau Hui Yew berhadapan dengan saingan Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dan Narawi Haron, calon Bebas dalam pilihan raya kecil yang pengundiannya diadakan esok.

“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen Ahad ini (esok), saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin,” kata Najib kepada khalayak kalangan masyarakat Cina ini.

Najib (gambar) dikatakan memutuskan untuk membuat kemunculan malam terakhir ini ekoran laporan mengatakan DAP, yang mewakili Pakatan Rakyat, memperlihatkan kemajuan dalam memperoleh sokongan walaupun BN disebut-sebut mempunyai berpeluang cerah untuk mengekalkan kerusi ini.

Pada pilihan raya umum 2008 DAP menerima lebih 60 peratus undi masyarakat Cina.

Masyarakat Cina merangkumi 67 peratus daripada 54,659 pengundi di Sibu.

“Adakah kita mencapai satu perjanjian atau tidak? Kita capai (perjanjian)! Anda mahukan RM5 juta, saya mahu Robert Lau menang,” katanya lagi.

Persinggahan ini melibatkan kawasan padat penduduk di Sibu dengan menawarkan 15,000 pengundi.

Najib juga mempertahankan janji-janjinya memberikan dana dan bantuan ketika pilihan raya kecil.

“Saya datang beberapa hari yang lalu dan saya merasakan macam sambutan Tahun Baru Cina sebab saya memberikan angpau,” katanya lagi.
Mari kita baca juga kenyataan sombong dan angkuh seorang Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia
PKR parti kian runtuh: Muhyiddin

2010/05/16
KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sudah semakin hilang sokongan apabila semakin ramai pemimpin dan penyokong parti itu dilihat mula meninggalkan parti berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata rakyat juga semakin sedar bahawa parti itu hanya memperjuangkan individu tertentu saja dan tidak memberi faedah langsung kepada rakyat.
"PKR? Parti Kian runtuh?... setiap hari ada batu batan yang jatuh dan runtuh, sebahagian besar pemimpin yang sokong PKR dulu juga sudah hilang keyakinan, parti itu tidak berjuang untuk rakyat tapi untuk individu," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas krisis parti berkenaan yang dilihat semakin buruk apabila semakin ramai pemimpin dan penyokong parti itu mula meninggalkan parti berkenaan.

Terbaru, PKR Cabang Ipoh Barat semalam dibubarkan selepas 19 daripada 25 Ahli Jawatankuasanya meletakkan jawatan.

Muhyiddin secara sinis berkata, PKR patut dibubarkan terus saja, dan semua pemimpin dan penyokong parti itu beralih menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya yakin (krisis yang sedang berlaku dalam PKR) ini akan membuka mata rakyat bahawa parti ini tidak memberi faedah kepada rakyat.., elok bubar dan sokong Perdana Menteri," katanya.
Mengulas krisis politik di Thailand yang dilihat semakin meruncing, Muhyiddin berharap krisis itu akan dapat diatasi segera.

No comments: