Wednesday 8 July 2009

Apakah ISA perlu diMansuhkan dan semangat persaudaraan.

Semalam saya sedikit tersentak menerima sms dari satu no yg tak dikenali:

"Salam Kak Nas, thanks atas pertolongan kak selama ini. Semoga Allah membalas di atas kebaikanmu:Ros"

baru saya tahu dari siapa....sudah lama saya tidak berhubung dengan dia dan dia juga tidak berhubung dengan saya.

Saya bertanyakan khabar suaminya sekiranya sudah punya kerja tetap. Jawapnya ialah :"belum dapat kerja tetap, sejak keluar, kesihatan tak menentu..akibat tekanan dr tahanan"

Semasa mereka menjadi mangsa ISA, kami bersatu di bawah Pusat Sukongan Keluarga Tahanan ISA membantu mereka melalui sumbangan orang ramai.

Dia ialah salah seorang isteri tahanan ISA. Suaminya juga baru dibebaskan....dia, seperti isteri tahanan yang lainnya menderita dizalimi oleh akta Zalim ISA selama bertahun2.


Saya jarang menerima sms sebegini dari mana2 isteri tahanan ISA yang telah dibebaskan.

Maka sms tersebut memang menyentuh hati saya.....memang pada hakikatnya...kita membantu atas dasar menolong...tanpa mengharapkan apa-apa pengiktirafan dan penghargaan.

Kebetulan sebelum melepakan mata saya menghabiskan pembacaan buku Rindu Bau Pohon Tin, ada satu bab menceritakan hal ini, bab 23: Bukan Sesat, cuma Tak Jumpa jalan.

Ada dicatatkan hadis ini:

"Sesiapa yang berusaha menunaikan hajat saudaranya, nescaya Allah pula akan menunaikan hajatnya" [Riwayat al-Bukhari] pg 133

Semalam juga saya menonton rancangan HUJAH di TV9....saya benci dengan hujah pengantaranya Prof Agus...dan hujah Sanusi Junid mengenai isu "apakah ISA perlu dimansuhkan"....

1 comment:

sham akuoku said...

kak,

penat dah hilang.. kalau kerja dapat hasil mmg puas penat pun tak pe...

hari ni saya didatangi oleh seorang isteri bekas tahanan isa.
sahabat kita cikgu normah, Alhamdulillah dari gayanya dia bahagia dan gembira... semoga berkekalan hendaknya.

sham