Friday, 13 February 2009

Apakah Nasib 9 orang OKT???...Semoga Keadilan Tertegak

Semalam kami membeli semua jenis suratkhabar....Berita Hairan, Utusan Meloya, STAR, New Sraits Times dan SINAR. Kami cuma tidak membeli akhbar China dan Tamil.

Malam sebelumnya gambar dan nama semua OKT telah terpampang lama dan jelas di saluran TV Bernama dan TV3 (suku). Difahamkan semestinya juga ditayangkan di saluran lainnya juga.

9 orang WIRA negeri Pakatan Rakyat Perak bergambar sebelum memasuki kamar mahkamah

Suami yang keluar bermesyuarat pada malam tersebut menelefon saya beberapa kali dan bertanyakan sekiranya ada sesiapa yang menelefon saya atau ada apa-apa yang berlaku. Alhamdulillah tiada sesiapa yang menelefon dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Entah kenapa saya menjadi begitu stress sedangkan saya sendiri pernah melaluinya, dan pernah tinggal di lokap..Penjara Pudu selama 3 hari 2 malam pada 26hb Januari 2008. Saya juga ditangkap kerana menghadiri perhimpunan aman anjuran PROTES yang membantah kenaikan harga barangan terutama sekali harga minyak.

Berbincang dengan salah seorang peguam Yusnita

Bezanya antara ke dua -dua kes tersebut dan mungkin kes2 yang lain ialah ianya mendapat liputan yang sangat meluas di berita TV dan akhbar. Sebagai manusia biasa yang bergantung harap pada sumber pendapatan gaji bulanan dan bermajikan sedikit sebanyak perkara ini telah menganggu fikiran kami. Saya kuatkan minda dan sentiasa kata kepada diri sendiri...Allah adalah segalanya...tempat bergantung dan berharap.

Salah seorang Exco Kerajaan Negeri yang sah datang memberi sokongan bersama isteri.

Sebagai ahli Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, kami berdua mendapat sokongan dan bantuan yang hebat dari sahabat-sahabat JIM di mana sahaja, juga dari sahabat sekeliling. Setiap kali membaca e-mel atau menerima sms ucapan memberi sokongan dan bantuan, air mata saya mengalir laju.....saya tidak sedar yang kami akan mendapat sokongan yang sebegitu sehingga ada JIM Negeri dan Daerah telah membuka tabung bantuan yang dipanggil "Tabung Bantuan Guaman Bad Latif".....Alhamdulillah...Mungkin itulah hasil penghayatan " satu anggota badan sakit...seluruh anggota badan terasa sakit, cubit paha kiri, paha kanan turut merasakan kesakitannya"

2 orang lagi peguam, Charan Singh dan Augustine Anthony

Pada pagi hari Khamis, sms diterima oleh Bad dari rakan pejabat di syarikat tempat bekerjanya yang terdahulu. "aku nampak muka kau di STAR"...selepas itu kakak suami dari kampung pula menelefon...Asiah yang angkat telefon...terdengar perbualan dari Asiah..." Abah tengah tangkap gambar, lepas tu polis tangkap abah"

Suami dan Adi serius berbincang dengan peguam-peguam

Selesai bercakap telefon Asiah datang dan berkata.."Abah, Mak Ngah pesan Abah jangan pergi lagi demo, Abah kena kerja, anak-anak nak sekolah, nanti tak ada kerja. Mak Ngah risau".

Pulang dari sekolah petang tadi saya bertanyakan kepada Asiah ada tak sesiapa yang bertanyakan kepada Asiah tentang Abah.

Jawab Asiah ada, ibu, ibu ialah panggilan manja kepada guru matematiknya. Kata Asiah lagi.."ibu tanya abah dah balik ke belum, asiah kata dah. Lepas tu ibu kata...tak pe...abah Asiah kuat..pas tu Asiah kata pada ibu..Mak Ngah, Mak Cik, Mak Long Mak Itam semua risaukan abah. Ibu kata kat Asiah tak pe Abah kuat"

Straight from my heart....Ibu..."thank u for your support now and before". Ibu pernah offer untuk menjaga Asiah sekiranya saya ada hal....

Sebenarnya semasa suami di dalam penjara lagi saya telah menerima panggilan bertalu-talu dari adik ipar dan kakak ipar. Mereka tahu apabila melihat kelibat tubuh badan suami di berita TV3(suku), walaupun wajahnya ketika itu diblurkan, mereka masih kenal kelibatnya. Saya tidak mengangkat telefon setiap kali mereka menghubungi, kerana saya seolah tidak bersedia untuk menjawab.

Maka pada hari Khamis 12 hb Februari 2009 bersamaan dengan Hari Lahir saya yang ke 43, dan bersamaan dengan hari Syahidnya Imam Hassan Al-Banna, maka suami saya telah menjadi 'FAMOUS" seketika. Handphonenya berdering tidak berhenti. Ada sahaja rakan pejabat company lama dan kini yang menelefon. Tiap kali bercakap telefon diiringi deraian ketawa yang berdekah-dekah....kah...kah...kah...kah...kelakarla pulak jadinya....sedangkan di rumah oleh kerana ingin menyembunyikan tangisan saya dari dilihat oleh suami dan Asiah, saya masuk ke bilik mandi dan menangis sepuas-puasnya......
Sebaik keluar dari bilik mandi Asiah perasan juga muka umminya yang dah merah....sambil menjengok ke muka ummi Asiah bertanya lagi..."ummi nangis ke...nape ummi nangis"....jawab ummi..."ye la..semalam..Asiah dengan Ammar nakal, asyik gaduh saja, ummi marah,...ummi sedih la..."
Suami menelefon pegawai HR di syarikatnya bagi membincangkan tentang cutinya...minggu ini adalah minggu terakhir suami di syarikat terkini dan akan berhijrah ke syarikat yang baru. Pehawai HR memaklumkan kepada suami yang orang pertama yang membuka cerita tentang beliau muncul di TV dan akhbar ialah GM bahagian Legal...GM tersebut mengatakan.."It's okay...Bad is a HERO.."....kawan-kawan di pejabatnya mengatakan bahawa....kecoh satu office.."Bro...apa cita tu...GEMPAR ni office ni...."....ha...ha...tapi sayangnya ini adalah minggu terakhirnya di sana...belum tentu nasibnya di syarikat yang baru...Allah Maha Penolong.

Berita Hairan ms 7 "9 mengaku tak salah sertai demonstrasi"...tertera gambar mereka.
New Straits Times ms 10 "9 charged with illegal assembly at palace"..tertera gambar mereka.

STAR N8 "Nine claim trial to illegal assembly"..tertera gambar mereka.........

AND........treng...teng....teng....the best of ALLLL......mempersembahkan lakonan dari....UTUSAN MELOYA......DALAM NEGERI ms 7......

Tuduhan sertai perhimpunan haram semasa majlis angkat sumpah perlantikan MB Perak

9 PERUSUH tidak mengaku bersalah.
Begitulah lakonan di dunia yang fana ini. Di dalam kebanyakan akhbar dan TV juga menayangkan berita mengenai perhimpunan dan perarakan 2000(kononnya) Pemuda, Wanita, Puteri UMNO yang dikatakan pula sebagai AMAN. Polis siap mengiringi mereka. Tiada tangkapan dan tiada siapa yang dicari untuk ditangkap...di manakah keadilan????

Perhimpunan kami FRU dan SB yang mengiringi, bila sampai ke jalan depan masjid terus dirempuh dan ditembak dengan gas pemedih mata....siapa yang tidak marah, siapa yang tidak bengang...gas pemedih mata yang perit dan menyesakkan nafas. Bertubi-tubi peluru gas pemedih mata yang ditembak ke arah mereka yang berjalan secara aman, maka bermulalah episod 'peperangan' dengan FRU.

Mereka yang ditangkap pada hari tersebut ialah Meor Safizal Meor Mohamad Amin, Mohd Faiz Mohd Arshad, Zulhaizam Zulkifli, Isha Ridhuan Ishak, Bad Latif Mansor, Adi Hilme Mohd Nasir, Yusof Jaafar, Mohd Ismail S.M. Abdul Kadir dan seorang warga Indonesia Idris Mohd Taib berasal dari Indonesia.

Mereka semua dihadapkan ke mahkamah sesyen Kuala Kangsar. Hakim pada hari itu ialah Hakim Norsalha Hamzah.

Tuduhan pertama ke atas mereka "menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang iaitu menentang satu proses perundangan upacara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak". Tuduhan kedua dan pilihan ke atas mereka ialah "menjadi anggota satu perhimpunan haram dan mengingkari perintah bersurai yang diberikan oleh polis"

Hukuman bagi tuduhan yang pertama ialah mengikut s145 Kanun Keseksaan (akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hukuman untuk tuduhan kedua ialah mengikut s27(4) Akta Polis, hukuman denda RM2000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjara tidak lebih dari setahun.

Mereka semua sebulat suara mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Hakim Norsalha menetapkan tarikh 13 hingga 17hb April ini untuk dibicarakan.

Mereka semua diwakili oleh 5 orang peguam. Dalam prosiding tersebut Timbalan Pendakwaraya (DPP) memaklumkan kepada mahkamah bahawa kesalahan yang mereka lakukan tidak dibenarkan ikat jamin, dalam kata lain mereka perlu terus dipenjarakan. Peguam Agustine Anthony yang mewakili OKT telah bangun menyatakan bahawa ikat jamin RM500 adalah sesuai kerana dirujuk kepada kes yang serupa yang berlaku di Selangor iaitu kes Hindraf di mana tuduhan ke atas mereka adalah lebih berat "attempted murder". Dalam kes ini pihak peguam OKT berjaya berbincang dengan Peguam Negara dan juga pihak polis untuk mengurangkan bail ke atas mereka kepada RM500.

Namun pihak DPP yang diketuai oleh Othman Abdullah telah bangun membantah dan memohon mahkamah meletakkan jaminan sebanyak RM1,500 dengan dua orang penjamin. Beliau turut mengarahkan semua OKT menyerahkan dokumen perjalanan jika ada. Hakim begitu bertegas dalam hal ini dan bertanya dengan keras dan tegas..."siapa yang ada passport, ini Mahkamah sila bercakap benar jika ada"..wow!!!!!!..hebat dan dahsyat....ahhh...siapa la yang nak melarikan diri dari tanah air sendiri......????kami bukannya ada duit berlonggok di luar negara!!!!!..nak bayar ikat jamin pun mendapat bantuan dari sahabat dan Jamaah.

Hakim Norsalha mengambil masa beberapa lama untuk membaca keputusannya. Semua yang hadir berdiam diri...kemungkinan masing-masing berdo'a kepada Allah untuk memudahkan segala urusan....

Akhirnya Hakim membacakan keputusannya...."mengambil kira ketenteraman awam dan keadaan semasa........mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM4000 seorang dan dua orang penjamin, dokumen perjalanan perlu diserahkan dan......tidak dibenarkan menyertai mana-mana PERHIMPUNAN HARAM"...TITIK...NOKTAH...FULL STOP!!!!!

And....DPP juga menyatakan bahawa pihak immigration akan dimaklumkan agar mereka tidak boleh memperbaharui passport mereka atau ke luar negara kecuali dengan perintah!!!!!....

Wow.....terlopong semua orang...how come????....how come Mrs Hakim meletakkan wang jaminan lebih tinggi dari apa yang dipohon oleh DPP...berganda tingginya.....macamana boleh jadi begini...dalam ilmu perundangan yang kosong dan sedikit pengalaman di mahkamah, saya belum pernah mendengar hakim meletakkan wang jaminan lebih tinggi dari apa yang dipohon oleh pihak pendakwaraya...mengapa pula mengambil kira ketenteraman awam. hakim juga menolak fakta yang diberikan oleh peguam yang merujuk kepada beberapa kes di Selangor dan di Kuala Lumpur...dan menyatakan ini adalah PERAK..khusus untuk Perak....

Sabar dan terima hakikat dan tanya dalam diri anda....di manakah keadilan, mungkin keadilan dapat tertegak...mungkinkah ada unsur-unsur tekanan keatas pihak Mahkamah yang dibawah kuasa pemerintah...Sultan?????......kami yang hadir juga dapat merasakan yang Hakim berada dalam keadaan emotional dan tertekan.....Hakim ini jugalah yang akan mendengar perbicaraan kes pada 13-14 April nanti...mungkinkah keadilan dapat ditegakkan....
Apakah nasib 9 orang OKT ini?????

2 comments:

AKUOKU said...

salam kak N,

kita boleh saja duduk2 minum petang bersama keluarga seperti mak ngah, mak long, pak teh, tak de risiko ditangkap atau pedih mata disembur gas. boleh saja pi jln2 ke sogo atau jln TAR atau balik kg pada hujung minggu.

tapi kita memilih jln ini krn tak mahu anak cucu menyalahkan kita kerana mereka melarat dibumi bertuah ini dan sesungguhnya kita sangat benci pada kemungkaran. dan yg pasti anda sekeluarga bertuah dipilih oleh Allah utk melalui semua ini.

jgn risau dan jgn gundah gulana sesungguhnya Allah tak akan mensia2kan nasib hambanya yg berserah kpdNya.

LAWAN TETAP LAWAN. ALLAH HU AKHBAR!!!!!!

ummu asiah said...

sham..

terima kasih atas sokongan yang tak berhenti...

Insyaallah kita berjuang hingga menang atau syahid..moga Allah teguhkan iman kita dan terus istiqamah...