Tuesday, 10 February 2009

"Ya Allah macamana ni..." OKT di hadapan Masjid Ubudiah

Alhamdulillah...

Kami sekeluarga telah selamat sampai kerumah lebih kurang jam 11 malam semalam..setelah berhenti di beberapa tempat. Suami saya yang ditangkap oleh polis di perkarangan Masjid Ubudiah ketika beliau sedang mengambil gambar seorang orang awam yang lain ditangkap dan dibelasah oleh polis ala-ala gusti dan wrestling..lihat gambar di blog ini.. ...9 orang yang ditangkap telah dimasukkan ke dalam lokap untuk tahanan reman selama 4 hari 3 malam...

Abah Asiah keluar selepas Majistret membuat keputusan membenarkan tahanan reman dilanjutkan sehari lagi...memberikan pesanan kepada ummi asiah

Jazakumullah hu khairan kathiran kepada semua sahabat-sahabat yang telah datang berjumpa kami di IPD Kuala Kangsar, di Mahakamah di kedai makan dan juga di rumah Saudara Adlan Yang Dipertua JIM Kuala Kangsar dan di mana saja.

Bakar dan Zahir berbincang dengan peguam yang datang mengorbankan hari cuti panjang mereka. Ada dua orang peguam yang tergesa2 datang dengan hanya memakai t-shirt dan slipper kerana mereka sedang berThaipusam...begitulah komitmen peguam Pakatan Rakyat tanpa sebarang caj!!!!

Saudara Zahir sekeluarga dan Saudara Abu Bakar sekeluarga yang menolong sepanjang perjalanan, Cikgu Laila melalui alam cyber.

Ketua Wanita JIM Ipoh dan Kuala Kangsar.

Juga kepada semua yang turut mendo'akan dan menyampaikan ucapan, Ketua Wanita JIM Pusat, Dr Har..terima kasih juga atas do'a dan ucapan..Alhamdulillah..ramai sekali akhwat yang datang ke IPD Kuala Kangsar.

Sudah tentu saya tidak dapat mengingati semua nama dan tidak dapat menuliskannya di ruangan ini...namun semuanya amat terkesan dihati..........

Rasanya perjalanan perjuangan yang ini mungkin panjang dan akan menjadi perit...saya tidak mendo'akan namun mungkin hakikat yang perlu saya dan keluarga mula meletakkan dalam minda kami.

Semalam saya telah bersms dengan peguam Lateefa Koya berkenaan kes kami termasuk Cikgu Laila dan anak kami Ammar yang ditangkap di Dataran Merdeka sebulan yang lepas. Sepatutnya kami perlu pergi ke IPD Dang Wangi pagi ini kerana kami dilepaskan dengan jaminan polis.

Jawab Lateefa.."tak perlu pergi"..lega juga..

Namun saya tanya lagi Lateefa, bagaimana dengan kes suami saya yang juga being released on police bail dan perlu melapor diri di IPD Kuala Kangsar Rabu esok jam 8.30 pagi...jawaban Lateefa membuat saya sugul sebentar...namun cepat-cepat saya kuatkan semangat.

Kata Lateefa..."Yang tu lebih serius....kemungkinan charge"...

InsyaAllah esok kami akan ke IPD Kuala Kangsar dan perlu ada di sana pada jam 8.30 pagi.

Peristiwa penangkapan kali ini penuh dengan drama..saya tidak layak untuk menyamakannya dengan apa yang berlaku kepada pejuang Islam di bumi Palestin ataupun pada seluruh keluarga tahanan ISA, namun kami kini sedang berada dalam state of uncertainties...

Mereka digari dan dirantai amp;@%...seramai">seperti..@#$&@%...seramai 7 orang sekali...sukar untuk bergerak..balai polis dan lokap hanya di seberang jalan!!

Ianya sudah mula jelas apabila mereka ditangkap dan tidak dilepaskan..di bawa ke mahkamah pada hari cuti, polis memohon tahanan reman hingga 4 hari, peguam berjaya memohon kurang ke 2 hari.

wah....siap dengan rifle mengawal

Majistret mengarahkan agar mereka dibebaskan pada jam 4 petang hari Ahad, maka kami sekeluarga bersama Saudara Zahir sekeluarga telah pulang ke rumah dan merancang untuk bertolak pada hari Ahad jam 11 pagi.

Kami bertolak dari R N R Sg Buloh jam 11.30, bersama 3 buah kenderaan, Keluarga Zahir, Keluarga Abu Bakar dan saya dan anak-anak.

Dalam perjalanan lebihkurang jam 12 tengahari saya menerima panggilan dari no yang tak dikenali, rupanya dari suami.

"Ummi, polis dah bawa kami ke court, polis nak minta sambung tahanan reman. Cepat minta lawyer datang"

... Ya Allah...tak tahu nak explain macamana perasaan saya semasa itu...sekuat manapun...air mata sudah pun mengalir deras dan laju...

....anak di sebelah Asiah terlihat.."ummi nangis ke,.."


Cepat-cepat capai telefon dan menekan no kak Ruby isteri Zahir..Van mereka betul2 di hadapan Van saya, dan Van Bakar pula betul-betul di belakang van saya..kami memandu dalam keadaan begitu sepanjang highway sehingga sebelum menerima panggilan dari Bad.

Kemudian Van Zahir dah mula hilang dari pandangan kerana saya telah mula memperlahankan pemanduan.

Ah...kak ruby tak angkat telefon pulak....cuba pula dail Norzitah isteri Bakar...juga tak berangkat...

"Ya Allah...macamana ni..."....sementara saya menekan-nekan lagi no yang lainnya..Ammar cuba menghubungi Pakcik Bakar..Alhamdulillah dapat.

Terketar2 dan cepat2 saya mohon Bakar menghubungi Zahir.." Bad baru call, polis dah bawa mereka ke Mahkamah nak sambung reman, lawyer tak ada..cepat minta Zahir call sesiapa saja"..

Sebelah tangan tak henti mendail no sesiapa sahaja yang saya ingati dan sebelah tangan lagi di steering van.

Cuba pula call Lateefa, tak angkat juga, call pula Kulasegaran peguam di Ipoh, juga tidak berangkat, call cikgu laila..Alhamdulillah angkat..."tolonglah..call sesiapa, buat sesautu"..

...Call pula YB Lih Kang..Alhamdulillah dapat.."Lih kang, my husband just called....................please Lih Kang,please do something, please ask lawyers to be there fast..please..."...saya merayu sepuas-puasnya...

Kepala ligat memikirkan sesiapa sahaja yang boleh dihunbungi untuk memberi bantuan secepa mungkin...teringat pula teman blogger Labun Kulup Sakah...sama juga bunyi stress call saya kepada dia seperti kepada YB Lih Kang..dan sama juga jawaban mereka.."okay...okay.."

Alhamdulillah....seketika kemudian YB Lih Kang telefon dan mengarahkan saya menelefon suami segera dan memaklumkan yang lawyer telah dimaklumkan, Ustaz Asmuni yang akan membantu dan minta Bad infom court untuk tangguh hingga jam 2 petang.

Alhamdulillah syukur.. Cepat-cepat saya tekan semula no received call dari Bad tadi...dan saya pohon bercakap dengan suami saya iatu Bad Latif..

....terdengar dari corong handphone..:"Siapa Bad Latif...ini ada isteri nak bercakap.."

"Okay abang, Ummi dah cakap dengan Lih Kang, dia minta infom court untuk tangguh pada jam dua"

.... "Okay, memang court dah tangguh ke pukul 2"....Alhamdulillah..


Saya juga menerima panggilan dari blogger Kulup Sakah dan memaklumkan kepada saya yang teman-teman blogger di Perak termasuk Mat Saman Kati, juga sudah dimaklumkan untuk menghebahkan kepada seramai mungkin dan beri pertolongan.

Selepas itu, kami bertiga kenderaan mula memecut dan memandu tanpa henti...sambil itu saya menerima pula panggilan dari Norzitah isteri Abu Bakar:

.."Akak okay ke..nampak van ke kiri ke kanan..biar saya yang drive so akak boleh buat phone calls.."..."tak pe-tak pe..dah okay...dah settle dah, InsyaAllah Kak Nashita okay and boleh drive."

Alhamdulillah, kami sampai di IPD Kuala Kangsar jam 1.30 petang ketika azan zohor berkumadang. Jalan keluar masuk ke IPD beserta Mahkamah Majistret telah diblock oleh Polis dan FRU. Hanya keluarga terdekat yang boleh masuk.


Saya dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga yang memang sudah setia menunggu sejak dari subuh lagi, bahawa mereka ternampak sekitar jam 12 tengahari, semua 9 orang OKT telah dibawa ke Mahkamah, apabila mereka turun dari van polis, mereka kelihatan berpakaian lokap!!!!!!.....t-shirt hapak dan berseluar pendek!!!!! dan sudah tentu bergari!!!!!....

Memang jelas polis berada dalam keadaan tergesa-gesa dan terdesak untuk memastikan bahawa mereka berjaya membuatkan semua OKT disambung tahanan reman selama 3 hari lagi!!!!.

Di dalam mahkamah saya bertanya kepada polis yang bertanggungjawab yang nampak baik tetapi sebenarnya dia ada banyak muka, not just two faces!!!..
"kenapa tak call atau inform lawyers??!!!"

Jawabnya.."kami dah call dari pagi...tapi tak dapat..."

Saya.."Habis tu kenapa tak call keluarga, saya, isteri dia kan ada...tengok suami saya call sekali saja..terus saya dapat hubungi peguam.."

.. Terus dia terdiam...dengan manis mulutnya berbicara.."sebenarnya kami pun tak mahu teruskan kalau tak ada lawyer, tak adil la untuk OKT'

dalam hati saya berkata...ciss...tak boleh percaya lansung polis ni!!!!

... Hhhmmm...ye lah tu...saya sambung lagi.."tolong jaga elok-elok ya...jangan sampai jadi macam kes Kugan"

Setelah dibebaskan suami menceritakan yang mereka sendiri apabila dibawa ke mahkamah telah memohon kepada majistret untuk menangguhkan kes reman mereka dan mereka mahukan ada peguam.

Alhamdulillah, Majistret mendengar permohonan mereka. Namun polis masih merasakan mereka akan menang hingga polis belanja OKT makan special!!!!!..

....bersambung...jika ada kelapangan...suami menceritakan pengalaman mereka disoal siasat oleh polis selama mereka ditahan di lokap 4 hari 3 malam...proses soal siasat yang membuatkan mereka telah prepare themselves for the worst....patutlah saya dapat melihat sedikit kelainan di wajah suami saya setiap kali berjumpa di mahkamah...rupanya mereka mentally telah di torture...
Sama-sama do'akan untuk 9 orang yang kena Tahan..esok perlu melaporkan diri di IPD Kuala Kangsar.
Nota: sekiranya polis berjaya membuatkan majistret meneruskan kes tanpa kehadiran peguam OKT, kemungkinan untuk tahanan dilanjutkan reman lebih lama adalah lebih besar lagi..dan tidak mematuhi hak tahanan untuk mendapatkan peguam

6 comments:

kulupSakah said...

hebat!hebat!
kami bantu sikit je...
what friend is for...

IKHWANI said...

Ummi,
saya hanya mampu mendoakan kesejahteraan dan keselamatan ummi sekeluarga...baru hari ni dapat masuk blog ummi.

Akak tabah ya?

((((((hugs)))))

Nur said...

Salam kak,

Ah lega rasa nya bila dapat baca blog akak, ingat akak ada apa2 ker...

sabar kak, inilah ujian Allah pada akak, dan pertolongan Allah serta keajaiban nya yang berlaku, benar2 menunjukkan Allah ini Maha Berkuasa...

Memang saya selalu jer menangis2 membaca blog akak, gile kejam kerajaan nih, polis nih, takder hati perut ker...nak sumpah seranah, dah berbakul2 saya tahan dalam hati...huhuhuhu...


Bak kata OO, tabah ya kak? *hugssss jugak*

ummu asiah said...

kS

walau sekecil mana tetap memberi kesan..thanks for listening and receiving all the smses..salam untuk mama kakak dan adik..

........

OO..

terimakasih..dapat rasakan kehangatan dan keakraban pelukan walaupun di alam cyber ;))

Moga kita semua juga selamat di dunai dan akhirat.

..........................

Fakhzan..

alamak nangis tiap kali baca entry???..boleh hantar skripla utk dijadikan drama di TV3 SUKU!!!!

Alhamdulillah..dugaan dan ujian buat kita lagi tabah..lebih2 lagi untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.

juga terasa kehangatan hugs tu juga kehangatan ukhuwwah fillah..walau hanya di alam maya.;))

Anonymous said...

MashaAllah
berlinangan air mata saya tonton youtube tu kak....sanggup mereka melakukan begitu rupa kpd insan seagama,sebangsa...

Anonymous said...

saya di bukit mertajam... hairan... KENAPA cina dan india tak bersama waktu ni. atau bangsa melayu tak sedar sedang di gunakan oleh bangsa lain.....

harap Allah swt akan tunjukkan siapa yang benar siapa yang salah. jangan bangsa kita di bodoh bodohkan oleh bangsa lain.

office saya ni penuh dengan DAP - tapi yg saya dengar dan lihat, dia orang seronok ketawakan melayu2 yg berbaring atas jalan raya. saya terasa betul betul di perbodohkan. maaflah. walau saya penyokong PAS... tapi saya rasa macam kita ini tertipu dengan lagak DAP dan PKR di belakang kita. saya harap PAS fikir semula untuk berkerja sama dengan dua "kawan" ni.... nampak sungguh tak selari kita dan mereka.