Tuesday 29 December 2009

Amaran Keras untukmu kerajaan MESIR!!!!

Adik comel pun berani ikut serta kan..ha..tu adik pakai baju boikot Israel...jangan beli 4 produk utama...jangan beli barangan LOREAL...jangan beli produk Nestle...huaaaa....adik suka milo...huaaa...makcik suka nescafe....okay..jom kita sama-sama cuba tak beli dan minum...lagi yang ketiga...no coke...and no Mc D for us....

Masihkah kita ingat dikala regim zionis ISRAEL teruk membantai Rakyat Palestine dalam tempoh 22hari bermula pada 27hb Disember hingga 18 January dulu????..Ingat lagi tak???...

Ya...Makcik masih ingat...masa tu seronok bila lalu di hadapan Restoran makanan segera ini...hampir kosong...kita begitu bersemangat...tetapi semangat kita ni pada masa-masa tertentu saja...bagaimana kita nak menang...bagaimana kita nak memastikan mereka yang zalim ini tidak terus zalim????
KAMI BENCI ISRAEL....ya....tanamkan kebencian kepada Negara Haram yang zalim ini...jangan takut untuk tonjolkan...biarkan anak-anak kita berani menonjolkan agar dalam diri mereka dapat terus kenal apa itu kezaliman....jangan pula kita halang mereka..."eh...jangan pakai nanti kena tangkap pulak"....apa pula orang nak tangkap kita...itu hak kita untuk bersuara menyatakan kebencian....tapi janganla bergaduh adik beradik ye...pesan ummi...:))

Ini aktiviti cuti sekolah yang sihat dan memberi pengajaran dan pendedahan...kami tidak memperalatkan anak-anak...demi untuk anak-anak Rakyat Palestine yang terus menerus dibunuh kejam...

Puan Azra Banu Setiausaha COMPLETE Malaysia sedang menjawab soalan dari pemberita mengenai perjumpaan mereka yang baru berlansung dengan wakil Kedutaan Mesir.

TV3, RTM1, ASTRO Awani semua ada bertanya berbagai soalan mengenai tindakan COMPLETE Malaysia dan tindakan Kerajaan Mesir. Berdiri di sebelah kirinya ialah Sdra Zaid Kamaruddin Presiden JIM yang aktif dalam gabungan COMPLETE dan usaha membebaskan bumi Palestine.

Tuan Haji Nahar Md Nor Setiausaha Agong JIM di sebelah kanan dan kirinya ialah Hj Selamat Aliman Aktivis PACE dan JIM turut serta.

Ini ulasan Tuan Haji Nahar...

Duta Mesir menjelaskan bahawa pihak Kerajaan Mesir sedang berusaha untuk melepaskan konvoi ini.

Ini merupakan konvoi yang ketiga. Konvoi yang pertama dan kedua dahulu berjaya masuk dengan lancar kerana mereka menggunakan jalan lain yang mudah dilalui. Konvoi yang ketiga ini, oleh kerana jumlahnya melebihi 200 kenderaan, berhadapan dengan masalah untuk memasuki Gaza kerana mereka mengambil jalan yang berlainan. Mungkin Dr Selamat boleh jelaskan lebih lanjut tentang hal ini.

Duta tersebut menjelaskan bahawa ini merupakan masalah teknikal kerana pintu sempadan ada dua: satu di kawal oleh Mesir (di sebelah Mesir) dan satu lagi di kawal oleh Israel (di sebelah Israel). Menurutnya pihak Mesir sedang berunding dengan pihak Israel untuk melepaskan konvoi ini.

Pihak VPM (VIVA Palestine Malaysia) telah mendesak agar pihak Mesir mempercepatkan proses tersebut.

Pihak VPM menerima penjelesan ini dengan baik, menyerahkan memo kepada Duta dan memohon agar beliau turut memberi penjelasan kpd semua yang berkumpul di luar.

Semua yang di luar kemudiannya dijemput ke perkarangan/ halaman pejabat dan beliau memberi penjelasan yang serupa.

Walaupun VPM menerima penjelasan dengan baik tetapi pihak VPM akan memeriksa maklumat dengan pihak konvoi, apakah benar ia hanya masalah teknikal.

Ya betul...mesti desak apa sebenarnya yang berlaku..betul ke alasan teknikal tu...jangan terus percaya...adakah pulak kerjaan Mesir nak suruh pasukan Konvoi minta permission dari Israel???

Menurut Azra Banu..sekiranya konvoi tersebut terpaksa mengambil jalan lain mereka perlu mengeluarkan belanja yang lebih iaitu RM 5 Juta untuk perjalanan sejauh 500km!!!

Ummi Roses....Pengarah Raudhatus Sakinan turut hadir memberikan sokongan dalam kesebukan memastikan remaja kita terpelihara dari ZINA...masalah besar di Malaysia....

Yes ISRAEL IS NOT REAL...bantai mereka habis-habisan!!!!...usaha kecil kita..boikot produk yang membantu ekonomi mereka!!!

Eh...pak polisi tak ketinggalan....tapi ketinggalan juga...dah nak habis baru datang...kami bagitahu dah settle dah...terus dia belah masuk dalam keretanya...tak faham-faham...kan dah kata perhimpunan Aman...kan dah terbukti kalau polis tak kacau AMAN....faham????

Ishhhh....geram betul....

Aktiviti sihat untuk remaja puteri...bagus bagus...andalah harapan negara dan umat....terus sokong BOIKOT ISRAEL...lepas ni boikot Mesir jugak kerana bersekongkol dengan kezaliman...

Thumbs up to you and your friends!!!!

Azra Banu dan Puan Norazian Anidin aktivis PACE dan JIM....memang pro dalam isu-isu Palestine..seorang aktivis yang bijak membuat penyampaian dalam isu-isu Palestine..lahir dari program-programTraining Of Trainers yang dijalankan oleh PACE...penulis hadiri juga sekali...tapi tak ada kepercayaan diri untuk menyampaikan...menulis bolehla sikit-sikit InsyaAllah..kita sampaikan apa yang kita mampu dan terdaya lakukan...

Marina Mahathir turut serta...kalau tidak silap pendengaran saya...wakil Embassy ada mengatakan..yang a letter from your mum was also sent to the Ambassador...bagus-bagus...prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestine...moga dapat juga prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat sendiri...

Adalah alasan yang cuba disampaikan...okayla juga sebab benarkan semua masuk selepas pertemuan...Ishhh...takkan takut sesama kita...

Lagi wajah-wajah wakil dari kedutaan...tolong jangan bersekongkol dengan kezaliman ya....

Wajah Pemuda harapan negara dan dunia!!!!!!..Cayalah...mesti berani melawan walau apa jua rintangan yang mendatang...makcik-makcik ni tak lama lagi dan macam-macam penyakit yang mendatang...tapi akan digagahi jua...demi membebaskan seluruh umat dari kezaliman...dalam dan luar negara...InsyaAllah...Allah hu Akbar!!!!

Wanita-wanita ceria dan bersemangat waja....teruskan berjuang walau di mana berada walau apa jua isu kezaliman yang melanda..mesti lawan....

Ini lagi wajah-wajah pemudanya...
Nyatakan sokongan anda...bila lapang datang walau mungkin hanya duduk-duduk berdiri-berdiri saja....banyak faedahnya...

WE ARE WITH U PALESTINE................WHERE ARE OUR HUMAN RIGHTS?

Ramai juga wartawan yang turut hadir...

sokongan juga tu...luaskan sebaran maklumat...sampaikan yang benar dan telus...

Seorang wartawan menerumah pihak penganjur..bila dia sampai dia tanya saya..."Tun pun datang ke??"...ishhh..tak tahu lah saya...lalu disuruh tanya sendiri pada penganjur...rupa-rupanya anak Tun yang datang...ok la tu...

Cubaan untuk masuk ke dalam...perlu cuba melepasi pagar walau temujanji sudah dilakukan...payah betul lah...

Ha...kena sekat dulu...soal siasat secara aman.....

Aktivis dan penyokong datang dengan tunjuk rasa tertulis di baju...kreatif...orang baca dan faham...kalau tak faham..ingin tahu...tanya..kita seolah menjadi papan iklan...jadi pakailah sekurang-kurangnya lencana tersemat di baju dan tudung anda:))

ISA zalim juga...

Aktivis wanita...

Tu dia lagi cubaan masuk...baju boikot...jelas...jom boikot...mudah saja kan...alah....banyak alternatif lain....

Sister Zabrina...aktivis gigih dari COMPLETE cuba menarik perhatian kenderaan yang lalu lalang...gigih tu datang dengan membawa anak saudaranya yang masih kecil tanda sokongan...

Lagi wajah-wajah aktivis....
Hey world....let us UNITE...END THE OCCUPATION!!!!!!

akhir sekali, maklumat diterima satu perhimpunan aman dalam isu ini akan dijalankan pada 8hb Januari selepas solat Jumaat berkumpul di hadapan perkarangan Tabung Haji...macam biasa la tu....

JOM PENUHKAN JALANRAYA...TUNJUKKAN RASA ANDA!!!!

No comments: