Thursday 10 December 2009

Antara Royalti & Ihsan: Siapa Pengkhianat bangsa????

Ingat lagi kesah senjata mukmin yang digunakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam melawan Perdana Menteri Malaysia dalam isu Royalti Minyak kepada Kelantan??

Isu yang membawa kepada tuntutan yang kononnya datang dari rakyat Kelantan agar TGNA meletakkan jawatan dan menarik balik do'anya. Do'a yang dipanjatkan oleh TGNA di dalam khutbah Hari Raya Korban yang lepas ternyata memanaskan badan semua pihak yang memihak kepada kepimpinan PM 1 Malaysia. Apa do'anya, dan kenapa hingga Tuan Guru berdo'a sedemikian???. Bukan main seronok media arus perdana memainkan isu tersebut.

Memetik dari Harakah edisi 7-10 Disember, ditulis "Tuan Guru berdo'a agar Allah membuka (melunakkan) hati PM agar membayar royalti minyak kepada Kelantan, jika sekiranya PM terus menerus enggan untuk membayar beliau mendo'akan agar Allah menimpa bala ke atas PM kerana perbuatan tersebut agar menjadi peringatan dan pengajaran kepada yang lain."

Berat do'a ini dan implikasinya, pasti isunya juga besar, bukan sahaja kepada Tuan Guru dan rakyat negeri Kelantan, kerana apabila PM yang terlibat maka ianya isu yang melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia.

Kemana perginya wang yang telah lama terkumpul tersebut dan tidak diserahkan kepada yang berhak ...siapa yang membahamnya...SIAPA YANG MENGKHIANATI SIAPA????...SIAPA PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA???

Di bawah ialah beberapa keratan berita mengenai isu Wang Ehsan dan Royalti Minyak yang dipetik dari beberapa portal berita...

Kelantan Mohon Pertemuan Dengan PM Bincang Isu Royalti Minyak

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kerajaan Kelantan menghantar surat permohonan untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai tuntutan royalti minyak.

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Datuk Husam Musa berkata, permohonan itu dibuat berikutan kenyataan Najib bahawa pihaknya bersedia berbincang dengan kerajaan Kelantan bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Oleh kerana Perdana Menteri telah menyatakan persetujuan untuk berunding, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri yang dilantik oleh exco, telah menghantar surat kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.


Nazri cabar Kelantan bawa isu royalti ke mahkamah

KUALA LUMPUR, Dis 8 — Kerajaan PAS Kelantan dicabar membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah daripada berbuat sesuatu yang bersifat retorik dan tidak boleh membawa perubahan kepada status quo.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed

Nazri Aziz berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik iaitu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat.

“Saya pun hairan mengapa mereka tak bawa kerajaan pusat ke mahkamah... daripada mereka buat benda-benda yang tidak boleh datangkan apa-apa perubahan kepada status quo, baik pergi ke mahkamah terus.

“Daripada berdoa yang bukan-bukan...minta diturunkan bala k

e atas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang saya kira itu kerja bodoh. Baik terus bawa ke mahkamah kerana itu lebih dapat menyelesaikan masalah dan bukannya retorik sahaja,” kata beliau dipetik Bernama.

.....Akhirnya...Kelantan Sahut Cabaran Bawa Isu Royalti Minyak ke Mahkamah.....

seronoknya dapat duit...siapa pengkhianat???? gambar diambil dari sini

Kesimpulannya sekiranya anda ingin lebih maklumat dari mereka yang di dalam bidangnya mengenai isu ini...jangan lepaskan peluang hadiri majlis seperti yang disebutkan di bawah, khusus untuk mereka yang tinggal di Lembah Kelang dan Selangor....

Selepas memahami isu, sama-sama kita bongkarkan kezaliman mereka yang berkuasa dan mereka yang mengkhianati rakyat mereka sendiri....jadi sama-sama kita mengambil peluang....

Pidato Rakyat

' Antara Royalti & Ihsan, Siapa Pengkhianat bangsa?'

1- YB dato' Husam Musa ( Exco Kerajaan kelantan)

2- YB Khalid Samad ( Ahli Parlimen Shah alam)

3- YB Mohamed Azmin Ali

4- YB Dr Mohd Hatta Md Ramli

5- YB Saari Sungib

Pada 13/12/2009 (ahad) jam 9.00 malam

di Dewan Serbaguna MPAJ AU5, Lembah keramat, Hulu Kelang.

No comments: