Wednesday 16 December 2009

Wahai Wakil Rakyat....Tolonglah dahulukan nasib dan hak RAKYAT!!!!

Saya membaca dan terus membaca mencari maklumat tentang peristiwa yang berlaku pada malam sebelumnya di Parlimen Malaysia. Satu peristiwa yang bersejarah sebenarnya.

Terlalu banyak perkara penting yang boleh disesalkan namun semuanya sudah berlaku. Saya membaca di blog baganutama mengenai siapakah gerangannya Ahli Parlimen dari PAS yang telah tidak hadir semasa sesi yang mendebarkan itu berlansung. Salah satu nama yang disebut di situ ialah satu nama Ahli Parlimen yang saya beri contoh di entry saya sebelum ini.

Saya cari lagi maklumat dan terjumpa pula fakta yang lebih lengkap lagi dengan menunjukkan siapakah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah tidak hadir pada malam tersebut. Rujuk di sini. Ada sedikit perbezaan fakta di situ. Apa-apa pun semuanya sudah terjadi dan memberi impak yang besar dalam satu perkara yang amat besar dalam negara. Iaitulah tentang perbelanjaan negara.

Ianya memberi satu tamparan hebat kepada kedua-dua pihak, pihak Barisan Nasional dan juga pihak Pakatan Rakyat. Bagi pihak Ahli Parlimen Barisan Nasional biarlah mereka terus tidor lena.....namun bagi mereka terutamanya dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak hadir tanpa sebarang alasan dan disengajakan maka ini sepatutnya berlaku...membuatkan mereka perlu merasa bersalah kepada rakyat yang telah memilih mereka di PRU 12 dahulu. PRU yang menunjukkan kehendak rakyat yang tidak mahu Barisan Nasional, mereka mahu yang lain dari Barisan Nasional demi sebuah perubahan kepada kesejahteraan hidup rakyat.

Bagi pihak Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia bertahun lamanya mungkin sudah serasi dengan sikap mereka yang sering ponteng sidang dewan rakyat dan sidang DUN. Tetapi ianya tidak sepatutnya berlaku kepada Ahli Parlimen dari parti pilihan rakyat. Moga ianya tidak berlaku lagi dan rakyat perlu menanggung harga yang mahal.

Namun sikap BN sebagai pemerintah dan menguasai Dewan Rakyat ternyata tidak pernah berubah dengan tidak bersikap adil, sengaja melengahkan-lengahkan masa untuk membolehkan ahli Parlimen mereka dari BN datang dan memenangi pengundian. Sungguh tidak adil dan zalim, sanggup mempertaruhkan hak rakyat walau mereka tahu perkara Bajet itu memang tidak seimbang dan tidak patut diterima untuk diluluskan....sedih sungguh sedih.

Saya mendengar dan membaca dengan penuh rasa keinsafan, kesedihan dan terkilan dengan fakta bahawa Petronas telah kerugian sebanyak RM 58 billion untuk separuh tahun yang pertama yang membawa makna bahawa cukai yang sepatutnya diterima oleh negara berkurangan sebanyak 57%!!!!. Sedangkan negara kita Malaysia bergantung penuh kepada pendapatan hasil dari keuntungan Petronas. Maka sudah tentulah bajet negara yang disediakan lebih awal itu sudah tidak boleh diterimapakai.

Baca apa yang ditulis oleh DS Anwar Ibrahim yang membawa usul berkenaan Kejatuhan Ketara Pendapatan Petronas dalam memohon agar ianya diperbincangkan. Seperti biasa sudah tentu ianya ditolak..(dimana ada keadilan di Malaysia ini hatta di dalam Parlimen sendiri..di mana lagi hak rakyat didahulukan..hanya dalam kata kata manis PM sahaja.)

Dalam belanjawan 2010 yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini kerajaan bergantung lebih daripada 40% hasil pendapatannya daripada cukai dan dividen Petronas. Laporan Kewangan Petronas yang diumumkan semalam menyebabkan bajet 2010 yang sedang dipertimbangkan sekarang tidak lagi sesuai dan perlu diubahsuai untuk mengambil kira kedudukan kewangan semasa Petronas.

Oleh kerana kerajaan bergantung lebih daripada 40% hasil pendaptannya daripada cukai dan dividen Petronas, maka bajet 2010 yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang Mulia ini melibatkan seluruh rakyat Malaysia. Ia melibatkan perbelanjaan dan perbekalan oleh kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Ia juga menjejas warga peniaga yang berurusan dengan Petronas dan pengguna hasil keluaran Petronas.

Laporan kewangan Petronas ini mencemaskan kedudukan ekonomi, kewangan dan bajet 2010 negara yang perlu dibahas dengan segera. Ia bukan sahaja melibatkan kejatuhan pendapatan tetapi juga cukai, dividen, pelaburan semasa dan masa depan, kedudukan rezab carbon baik dalam dan luar Negara, dan strategi kerajaan dalam mengolah masa depan ekonomi. Kerajaan perlu mengambil kira pendapat dan pandangan semua pihak baik penyokong maupun pembangkang dalam menangani krisis ini.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Komen dari Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Zulkfli Ahmad juga menyentuh tentang kelemahan Bajet 2010 yang berkaitan dengan kerugian Petronas dan tidak menilai tentang undi terbelah sebagai persoalannya ,"Pokoknya, ia bukan persoalan undi itu terbelah (dengan) 63 (menyokong pembangkang) lawan 66 (menyokong kerajaan) walaupun ianya nampak agak sengit," katanya.

"Ianya terlalu bergantung pada mereka yang hadir dan tidak ke parlimen, kalau (Ahli Parlimen) pembangkang yang lebih banyak sertai Parlimen, tentunya sokongan berpihak pada pembangkang."

Katanya, kelemahan yang dimaksudkan pada perbentangan Najib yang juga Menteri Kewangan adalah soal pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini.

"Yang lebih penting, lihat pada kelemahan Bajet (seperti) kerajaan kehilangan RM58 bilion hasil Petronas...menggambarkan Najib lemah untuk menjadi Menteri Kewangan," ujarnya.

dipetik dari sini.

Semuanya sudah terjadi...ramai yang dipersalahkan....nasib rakyat terus diperjudikan...semoga semua yang terlibat lebih prihatin dan menjaga dan memelihara amanah yang diletakkan di atas bahu mereka dengan sebaik mungkin....kami tidak mahu nasib anak cucu kami terus tergadai dan kami tidak mahu pemimpin yang zalim terus menzalimi diri kami jadi lakukanlah yang terbaik....

Akhirnya..kepada semua pemimpin PR yang dipilih oleh rakyat...tolonglah jangan lakukan apa yang buruk yang dilakukan oleh pemimpin BN kerana kita mahukan perubahan...ke arah kebaikan rakyat dan negara.

Ayat ini dari petikan tulisan Ku Li amat menyentuh hati dan jiwa.....“We have allowed greed and resentment to drive our politics and looked the other way or even gone along while public assets have been stolen in broad daylight.

Yang di baca....

1.Bajet sulung Najib lulus dengan majoriti 3 undi sahaja
2.AHLI DEWAN RAKYAT BN LENA DIULIT MIMPI
3.MALAM 14 DISEMBER TRAGEDI MENCEMASKAN DAN MENAKUTKAN DS NAJIB
4.MP Pakatan Rakyat Yang Gagal Hadir Semasa Pengundian Parlimen
5.Where the fuck were the Pakatan Rakyat leaders?
6.Ku Li Speaks: Malaysia is cursed by Oil


No comments: