Saturday 26 December 2009

Semua pihak sepakat ISA dikekalkan..Amaran untuk Rakyat khususnya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat!!!!

Dalam kita semua sibuk dengan pelbagai isu dalam negara, dalam kita semua sibuk menceritakan tentang kehilangan enjin pesawat, dalam kita sibuk berbicara tentang isu dalaman parti dan bermacam-macam lagi, dalam diam-diam satu isu yang tidak pernah lekang dek panas ini dibangkitkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn...sayang betul dia dengan ISA...memang Menteri-menteri yang berkuasa ini amat sayang kan ISA bak kata Khairy Jamaluddin 'I LOVE ISA'...nasib baik belum jadi menteri.


Hishamuddin juga telah pernah memberi komen beberapa bulan lepas bahawa kerajaan akan pastikan Kem Tahanan Kamunting diisi sepenuhnya jika terpaksa dem i menjaga keamanan negara dan rakyat...aman dari apa dan siapa????....rakyat tak pernah aman dengan kelakuan sumbang pemimpin negara.

"Sesungguhnya, pihak kerajaan sentiasa berpendapat bahawa ISA adalah yang terbaik berupaya untuk mengekalkan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat daripada sebarang ancaman atau tindakan yang boleh menggugat kestabilan negara dan rakyatnya,"ujarnya.(Menteri Dalam Negeri)

Tajuk di akhbar Utusan Malaysia ialah....

Semua pihak sepakat ISA dikekalkan



Wah..wah...sedap mulut cakap...sedap tangan menyiarkan...siapakah semua pihak tersebut..tolong dedahkan kepada rakyat...

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, setakat ini enam sesi telah diadakan dalam eksesais penambahbaikan dan pindaan ISA bertujuan mendengar pandangan serta mendapatkan buah fikiran semua pi hak berkepentingan.

Ia melibatkan agensi-agensi penguat kuasa, badan-badan bukan kerajaan, pakar akademik, pengamal undang-undang, ahli-ahli politik, Ahli Parlimen, pengamal media serta orang awam.

Sehubungan itu, kata beliau, pindaan mengenai ISA akan dibentang dan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

"Hasil sesi-sesi pertemuan awam ini, saya boleh merumuskan bahawa wujud persetujuan bersama di kalangan semua pihak yang terlibat tentang kepentingan dan keperluan dikekalkan ISA bagi tindakan pencegahan awal sebarang perbuatan atau tindakan keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara."

Geram betul bila membacanya....entah siapa yang mereka panggil untuk dibawa berbincang, sepatutnya mereka memanggil Tuan Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA Tuan Syed Ibrahim bersama sebagai wakil untuk berbincang, atau SUARAM, Suara Rakyat Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1987 sebaik Operasi Lalang dijalankan dengan menangkap ramai aktivis masyarakat dan ahli politik, atau memanggil peguam-peguam yang memperjuangkan nasib tahanan ISA dan keluarga mereka atau yang paling penting memanggil bekas tahanan ISA yang bukannya yang bila keluar merasa insaf dan berterimakasih kepada kerajaan.

Memang Hishamuddin ada mengatakan bahawa mereka memanggil "agensi-agensi penguat kuasa, badan-badan bukan kerajaan, pakar akademik, pengamal undang-undang, ahli-ahli politik, Ahli Parlimen, pengamal media serta orang awam.", tetapi siapa tolong jelaskan...agar mudah untuk kita buat rumusan samada ianya adil atau tidak kepada 27 juta rakyat Malaysia yang lainnya yang ada potensi untuk ditangkap dan ditahan di bawah akta yang zalim ini!!!!.

Rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang pernah kena sudah cukup dizalimi...malah seluruh rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman turut merasai sehingga kemuncak darinya tercetuslah HIMPUNAN MANSUH yang menyaksikan puluhan ribu rakyat Malaysia turun ke jalan tanpa rasa takut dengan segala ugutan dan rempuhan dan tembakan gas pemedih mata dari pihak berkuasa....kemuncak darinya menyaksikan polis membuat tangkapan terbesar dalam sejaraha sepanjang perhimpunan aman yang diadakan di dalam negara. Hampir 600 orang ditangkap dan terpaksa 'di kurung' beberapa jam dan puluhan lagi dimasukkan ke lokap untuk tempuh sehingga 3 hari lamanya termasuk penulis sendiri.

Jadi siapakah yang sepakat mengatakan dan mahu ISA dikekalkan????

Menteri harus jawab dan dedahkan...

Perkara ini sepatutnya dibentang dan dibahaskan di dalam sidang Parlimen sesi yang baru lepas ini namun ianya gagal dilaksanakan dan hanya akan dibahaskan pada sidang yang akan datang..

Jadi perhatian yang khusus dan penting harus diberikan oleh semua ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat...anda semua harus bersedia dan jangan ponteng-ponteng dan meninggalkan sidang dewan lagi...bersama pastikan bahawa perbahasan dari pembentangan ini dilawan habis-habisan...

No way...untuk ISA dikekalkan....tiada ada jalan lain selain dari dimansuhkan dan bukan juga untuk dipinda-pinda.

Kita tidak mahu lagi kisah-kisah sedih yang menimpa kepadakeluarga tahanan ISA berulang lagi dan harus diratapi oleh seluruh pelusuh masyarakat yang bencikan kezaliman...Kesah pemergian Adik Aina Mardhiah terlalu pedih untuk kita kenangkan....

Allahyarham Adik Aina..hujung sekali dari kanan...bersama ahli keluarga tahanan ISA yang lainnya

Allahyarham Adik Aina Mardhiah ketika bersama GMI dan rakyat menuntut agar semua tahanan ISA dibebaskan segera untuk entah berapa ratus kali agaknya...di perkarangan Masjid Kamunting menunggu untuk sama-sama berarak ke KEMTA untuk acara Candle Light Vigil pada 7 hb June 2008...

Ayah Adik Aina, Shahrial Sirin berbaju coklat menanti anaknya di dalam liang lahad......Pada 3 hb Julai Adik Aina pergi bertemu penciptaNya..tanpa sempat bertemu dengan ayahnya setelah beberapa desakan agar ayahnya dibawa keluar dengan segera tidak diambil sebagai sesuatu yang amat terdesak di pihak Menteri Dalam Negeri ketika Syed Hamid Albar...balasan Allah kepada mereka yang zalim!!!!

Inilah gambar menteri yang mengeluarkan kenyataan bodoh sombong bahawa ISA untuk lindungi 26 juta rakyat!!!!

Amaran untuk Menteri Dalam Negeri....mungkin nampak GMI agak 'perlahan' kini setelah berjaya menggegarkan negara dengan kejayaan HIMPUNAN MANSUH...kami sedang mengumpul tenaga dan buah fikiran untuk memastikan kempen-kempen baru untuk tahun yang baru 2010..kempen keras "TAK MAIN PINDA-PINDA, BUBAR SAJA ISA".....ianya sudah mula dirasakan apabila banner itu diarahkan diturun apabila digantung di Majlis Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM di Kolej Islam Darul Ridzuan di Kuala Kangsar 4hb Disember yang lepas.

No comments: