Sunday 13 December 2009

PERAK DARUL KARTUN: "Malaysia diperintah oleh para BADUT"

Si comel Insyirah sudah memiliki...anda bila lagi...klik di sini untuk dapatkannya CartoonKafe.com

" Malaysia diperintah oleh para badut dan episod politik adalah kartun. Oleh itu jangan salahkan kami, kami hanya menterjemahkannya dalam kertas"

Apalah kartunnya tentang Perak ini ye...pelik juga...tapi dalam dunia 1 Malaysia ciptaan PM yang terkini ini sebenarnya tiada yang pelik hinggakan pemerintahan sebuah negeri yang merdeka juga dijadikan sebagai alat mainan politik mereka dan menzalimi seluruh pelusuk rakyat Perak 1 BLACK Perak yang menjangkiti hingga ke 1 Black Malaysia...apabila tektik yang sama cuba digunapakai di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat yang lainnya.


Perak Darul Kartun...apa kartunnya ye..hingga lepas ni mungkin bila hantar surat kita tulis Perak Darul Kartun...dalam Pidato Rakyat di Dewan MPAJ di AU5 Lembah Keramat tadi, YB Hj Azmin Ali ada menyarankan perkara yang sama untuk disampaikan kepada Pos Malaysia Berhad.

Lihat lukisan kartun di banner di bawah yang dilukis oleh pelukis kartun yang tidak asing lagi iaitu Enot...memang paling kartun episod ini...saya tidak punya gambar yang menunjukkan seorang polis dalam keadaan yang mencurigakan membawa lari jubah Speaker DUN Perak yang sah YB Sivakumar setelah berjaya dirampas oleh mereka...memang lawak dan kartun sungguh gambar tu...


Dialog yang berbunyi...."tengok jubah pun dia nak rampas!!!" dengan aksi kecewa seekor anjing....Desperate betul tindakan mereka ini dengan menggunakan PDRM untuk memuaskan nafsu bodoh mereka.
Oleh kerana saya tidak fokus kepada ucapan ucapan pada petang tersebut maka saya lansung tidak ingat apa yang disentuh oleh DS Nizar dalam ucapannya...tetapi saya kira sudah pasti dia menyentuh tentang usaha berani dan gigih Zunar dan konco-konconya menerbitkan majalah kartun Perak Darul Kartun ini....Penyebaran maklumat tentang kezaliman pemerintah tidak terhad dengan hanya dalam bentuk penulisan ataupun ceramah sahaja, namun melalui kartun juag ianya dapat disampaikan dengan mudah dan senang difahami.


Dan ianya juga amat mencabar pemerintah walaupun ianya sebuah majalah kartun yang menghiburkan..sehingga KDN merampas majalah-majalah tersebut dengan alasan bahawa majalah dikeluarkan tanpa permit namun disangkal oleh Zunar yang mengatakan bahawa KDN telah memberikan kelulusan secara lisan. baca di sini.


gambar kartun yang menggerunkan ini ada di dalam edisi majalah GEdung Kartun yang sulong. Laris di pasaran bila KDN merampas dan mengharamkan...kartun lagi...



Pelukis-pelukis kartun yang terlibat di dalam penerbitan di dalam majalah PERAK DARUL KARTUN.

YB Azmin Ali selaku tuan rumah turut menyampaikan ucapan aluan dalam majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Gombak yang dipegangnya.


Antara tenaga penggerak yang melariskan jualan majalah terbitan Zunar dan konco-konconya...Puan Sham isteri Ronasina dan Puan Fazlina isteri Zunar. Gigih menjual di setiap gerai yang dibuka sempena majlis promosi majalah.

Antara mereka yang turut hadir memeriahkan dan menyatakan sokongan. Majlis diadakan di dalam kawasan yang lapang dan bersuasana santai dan tenang.


Pengunjung, peminat dan pembeli...


Tetamu di atas pentas utama.


Alahmdulillah cuaca yang baik memungkinkan majlis dijalankan di luar dengan baik.


Sudah dimiliki...

Khusuk membaca...menarik benar mungkin...




ini 'edisi terhad' saya...yang telah dipohon ditandatangani oleh DS Nizar Jamaluddin....

4 comments:

ali said...

Cayakah kak Nashita, gambar-gambar yg akak amik sgt warna warni dan power. Thanks kak. Macam sy berada di sana :)

ummu asiah said...

Che' Ali:-),

Terima kasih...nanti Kak Nashita belajar lagi cara ambil gambar supaya lebih berwarna warni untuk dihayati oleh mereka yang tak berkesempatan pergi bersama.

Semalam sempat gak belajar dri seorang pro dari suara keadilan...che' yus kita...ha..kena buang sikit rasa malu untuk bergerak ambil gambar kalau nak jadi cameraman...:-)

Roti Kacang Merah said...

gambar chantik!!! thank you kakak!!!

ummu asiah said...

RKM,

Love doing this job...TQ!!!!