"Pulangkan Ayah Aina...do'akan kesejahteraan mereka"
(Ini Afrah, adik Aina yang kecil)
Sekiranya posting saya yang terakhir adalah mengenai peristiwa kematian...rupanya hari ini juga saya dan kawan-kawan sedang risau dan sedih mengenangkan keadaan Adik Aina Mardhiah Bt Shahrial. Adik Aina anak sulong belajar di Tingkatan Lima. Emaknya Fatma Bt Masrum.Shahrial Sirin ayahnya seorang tahanan ISA yang telah dilanjutkan penahanannya selama dua tahun lagi setelah tamat tempuh penahanan selama enam tahun Februari lepas.
Adik Aina kini sedang coma dan bergantung penuh kepada mesin pernafasan. Semalam Adik Aina terjatuh di rumahnya, muntah,kejang dan terus tidak sedarkan diri. Dia dibawa dengan ambulans ke Hospital Kajang. Sepatutnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah, namun oleh kerana cecair di dalam otaknya tidak stabil doktor terpaksa menangguhkan pembedahan.
(Fatma dua dari kanan dengan 2 orang anaknya, Afrah dan Izzah)
Pagi tadi saya dan seorang lagi isteri tahanan ISA, Cikgu Laila telah ke Hospital Kajang. Kami tiba sekitar jam 11.45 pagi. Sebaik sampai di perkarangan Hospital, kami di sambut oleh dua orang lagi anak Fatma iaitu Afrah dan Izzah. Ketika itu juga anak kedua Fatma, Ehsan baru turun dengan wajah sugul dan risau memberitahu kami bahawa kakaknya dah teruk. Kami bergegas naik dan cuba merayu untuk dilepaskan naik kerana bukan lagi waktu melawat.
Kami bernasib baik keran bertembung dengan doctor yang datang memberikan penerangan terkini mengenai kondisi adik Aina...Menurut doctor sudah tidak ada harapan lagi untuk Aina survive...organ dalamannya menunggu masa untuk 'shut down'...dan bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan. Menurut doctor..ketumbuhan mungkin sudah sedia ada di otaknya sejak dari kecil tapi tidak dikesan.
Semasa kami tiba juga kebetulan sekumpulan 4 orang lelaki dan seorang wanita yang berpakaian kemas tiab bersama. Dalam hati saya sudah terdetik...mereka ini mesti SB...polis Special Branch...tugas mereka memang begitu..sebaik menerima berita mereka akan datang menyiasat..
Procedurenya bila ada saudara, anak, ibu atau ayah tahanan yang sakit, keluarga perlu memohon kepada Kem Tahanan Kamunting dan melaporkan ke balai polis berdekatan, yang kemudiannya akan melaporkan ke Bukit Aman.
Sebelum tiba ke wad saya telah menalipon ke KEMTA bertanyakan apakah Shahrial telah dibawa keluar dari Kemta untuk melawat anaknya...jawapan mereka "belum lagi...masih menunggu arahan Bukit Aman"...saya pun mengambil peluang bertanyakan kepada bos SB-SB yang datang tu ACP Ayub..katanya mereka dah buat permohonan ke Putrajaya..sedang tunggu menteri sign...Tanya saya pada dia lagi.."dah tengok keadaan pesakit macam ni pun..takkan tak boleh minta suruh cepat sikit".....jawapan standard mereka ialah..."tak boleh..procedure baru..menteri kena sign juga".....Tanya saya lagi...."habis tu menteri ada tak???".....Ayub..."Ada"...
Memang la geram kami pada SB-SB ni dan juga menteri......kami terus bertekak untuk mendapat hak bagi mereka yang dizalimi..sehinggakan Ayub mengatakan kepada Cikgu Laila.."Puan ni memang kurang ajar la..cakap tu baik-baik sikit"...hanya kerana Cikgu Laila mengatakan kepadanya..."sekiranya ada apa-apa yang berlaku..mereka akan dipertanggungjawabkan"
Begitulah kisahnya..kesusahan dan kepayahan yang perlu tahanan ISA dan keluarga merek perlu lalui...sudahlah dipisahkan dari keluarga bertahun-tahun...di saat genting begini pun perikemanusiaan masih tidak boleh digunakan....Kesihan Aina..sekiranya dia di Tingkatan Lima, umurnya kini 17 tahun, bermakna 6 tahun 6 bulan yang lalu ketika ayahnya ditangkap secara kejam dan disumbatkan ke KEMTA, umurnya baru 11 tahun, baru di darjah Lima...baru 11 tahun dibelai oleh seorang ayah...kini dia menanti saat-saat ketentuan Allah...semoga Ayahnya sempat tiba.....Fatma berkali-kali bertanyakan kepada kami..."Abang mana kak, Abang mana Kak????..."
No comments:
Post a Comment