Bakar lilin, Permit Polis....Untukmu Palestin...
MALAYSIA BEBAS DARI ISA....INSYAALLAH...Teruskan perjuangan....
Banyaklah soalan yang ditanya bertalu...siapa penganjur, persatuan berdaftar atau tidak, program macam mana, ada ceramah atau tidak, siapa yang dijemput dan macam-macam lagi...sabar saja suami saya melayan dan menjawab semua soalan-soalan SB tu...saya pula...amat stress dan boring...nasib baik ada 2 naskah suratkhabar di hadapan saya untuk saya ulang dan ulang tengok dan baca....
Asiah memerhatikan lilin-lilin besar dan cantik yang dinyalakan...cantikkan ummi..jom bawa balik satu:)
Tetapi di antara soalan-soalan yang ditujukan kepada suami saya sebagai wakil pihak penganjur, soalan yang paling terkesan pada diri saya yang membuat saya rasa nak tergelak terbahak-bahak dalam hati saya ialah....."ada bakar-bakar lilin tak?????"....ha...memang kelakar untuk saya...hanya kerana saya terkenangkan peristiwa yang menimpa saya dan hampir seratus orang yang lain yang menghadiri Anti War Candlelight Vigil di Dataran Merdeka pada 10hb Januari lalu yang berakhir dengan tangkapan.
Peserta berkumpul sambil menanti kedatangan rakan-rakan bloggers yang baru pulang dari berjuang di PRK KT..antara mereka ialah Raja Petra, Zorro dan Haris Ibrahim
Ianya juga membuatkan saya teringat kembali tentang beberapa siri Candlelight Vigil yang diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang terpaksa berakhir dengan paksaan oleh pihak polis. Paling terkini ialah Vigil yang diadakan pada hari Ahad yang lepas yang saya, Cikgu Laila, Ammar, Asma' dan Asiah juga turut serta. Pada malam tersebut sekali lagi begitu ramai sekali tenaga polis dan FRU terpaksa dikerah untuk menghalau kami keluar dari kawasan Dataran MPPJ tersebut. Sebaik semua berkumpul, berpuluh2 orang polis telah datang meluru dan menjerit-jerit dengan kasar mengarahkan semua untuk beredar..."Ini adalah satu perhimpunan HARAM..semua diarahkan bersurai atau polis akan menyuraikan dengan kekerasan!!!!"...begitulah berkahirnya satu program yang cuba diadakan bagi mengingati 43 orang lagi tahanan ISA yang masih merengkok di KEM TAHANAN KAMUNTING...seorang darinya telah memasuki 8 tahun lamanya dan 2 orang lagi merengkuk selama 7 tahun...dan masih menghitung hari-hari bilakan mereka akan dibebaskan.
Polis sedang mengeluarkan arahan...lelaki yang di hujung dan berpakaian biasa itulah yang menjerit-jerit ke arah peserta macam dengan apa lagi!!!
Perhimpunan dan Vigil pada malam tersebut juga diadakan bagi meraikan kemenangan rakyat dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang membuktikan ramai rakyat inginkan kepimpinan yang Bersih dan Adil yang boleh membela nasib rakyat dan bukan hanya untuk menjaga kepentingan diri dan kroni sahaja.
Ramai tu Polis...ada ramai lagi yang berpakaian biasa dan bervest Hijau di sekeliling
Berbalik kepada kisah pertanyaan ketua SB samada acara bakar lilin ada atau tidak dan kisah vigil di MBPJ yang diganggu polis, saya telah menceritakan perkara ini di dalam mesyuarat GMI yang baru saya hadiri. Kebetulan Lateefa Koya seorang peguam yang juga ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya memaklumkan bahawa sebenarnya mereka Ahli Majlis telah pun memberikan kebenaran untuk aktiviti Vigil dan aktiviti lain diadakan di dataran MBPJ. Mereka malah telah juga bersetuju untuk kawasan tersebut digunakan sebagai 'Speakers Corner'. Tempat tersebut saya rasakan sesuai untuk dijalankan aktiviti keramaian sebegini kerana ianya jauh dari jalan besar dan berada di kawasan yang agak lapang. Sudah tentu ianya tidak akan menganggu orang yang ramai dan juga lalu lintas.
Makanan turut dibawa secara pot luck...disusun atur sebelum semua datang untuk makan tapi akhirnya terpaksa dibawa pergi
Namun apa yang paling sukar diterima kenyataannya ialah kenapalah polis harus meletakkan dan menghantar begitu ramai sekali tenga kerjanya di sana. Lebih menggusarkan lagi, mereka terus berada di sana sehingga begitu lama sekali. Ini kerana setelah polis dan FRU menghalau kami keluar dari kawasan Dataran MBPJ, semua peserta telah berjalan keluar beramai-ramai dan menuju ke jalan besar untuk menghala ke sebuah restoran di pawagam LOTUS yang berdekatan untuk berkumpul dan acara makan-makan kerana ramai peserta yang telah membawa bersama makanan untuk dikongsi bersama. Polis dan FRU terus mengubah posisi dan menutup jalan utama di jalan berdekatan....memang teruk betul prasangka pihak polis terhadap peserta vigil yang aman.
Kawasan lapang di hadapan Bangunan MBPJ di Dataran MBPJ...sangat sesuai untuk diadakan aktiviti di waktu santai
Renungkanlah gambar-gambar Candlelight Vigil pada 18hb Januari yang disertakan dan lihat sendiri kehadiran peserta-peserta yang bersungguh datang menunjukkan sokongan dan solidarity.
Cuba untuk negotiate dengan polis...tapi tak berjaya..tempikan yang diterima...kami cool saja...anak-anak pun tak takut sebab kami tak bersalah...
Moga pihak polis boleh lebih bertolak ansur dan dapat mengenal siapa sebenarnya penjahat, penjenayah.
Sempatlah bergambar dengan RPK mangsa ISA dua kali...sewaktu dahulu RPK pernah secara direct membantu PSK-GMI dalam menjalankan kempen termasuk kejayaan kami ambush Mahathir di Kubu UMNO PWTC ketika Persidangan Agong UMNO di tahun 2002...lama dah tu..Asiah masih baby lagi..
Sekali lagi berbalik kepada proses permohonan permit tadi, setelah selesai melalui proses 'soal-siasat' dengan 2 orang SB tadi, kami telah diminta supaya pergi ke satu department yang lain untuk satu lagi prosedur iaitu mengisi borang permohonan. Prosedur wajib juga. Kami pun menuju ke pejabat perlesenan, di sana kami menemui seorang pegawai polis yang sebenar iaitu yang beruniform. Beliau menyapa mesra dan ramah, dan terus mengatakan.."Oh...program untuk GAZA ya..okay, tak pa, tak pa...biar saya uruskan...bila program ni?...Jumaat ni ya..okay..okay tak apa..esok saya akan uruskan jumpa OCPD..petang sikit boleh hubungi saya..encik dah jumpa DSP **** ye...okay, bagus..bagus. Saya akan uruskan"....dan suami saya tidak pula perlu mengisi apa-apa borang ketika itu...jimat masa kami..moga segalanya dipermudahkan.
Bakar lilin dalam truck polis....
Hah....lega sedikit rasanya....namun kami masih menaruh harapan agar ianya menjadi kenyataan dan polis dapat memberikan permit...memang benar...masa yang pihak penganjur letakkan begitu teramat singkat sekali...memang begitulah kenyataan nya kini...apa yang berlaku kepada rakyat Palestine jua...segala keganasan dan kezaliman berlaku dengan pantas tanpa perlu diberikan sebarang amaran...IKUT SUKA ISRAEL...ISI...kita pula ISA....ha..ha...ISA kalau dah kena...maka tahanan dan ahli keluarga akan dicengkam dengan kezaliman bertahun-tahun lamanya...bagi tahanan ISA...kezaliman hanya nyata pada mereka ketika mereka disiksa oleh SB-SB dengan bertubi-tubi...nak menghayatinya..silalah tonton teater BILIK SULIT yang akan menemui penonton di beberapa tempat...terakhir ialah di Pulau Pinang...yang akan datang pada 6,7 dan 8 February ialah di Bandaraya Ipoh pula....bagi pihak keluarga pula..kezaliman nya mungkin tidak jelas nyata di mata kita namun hanya mereka yang merasainya..kita hanya tumpang merasa........................
....Akhirnya....kami terpaksa menegaskan kepada SB tu bahawa program ingin diadakan purely untuk perjuangan dan tanda solidarity untuk rakyat Palestine...untuk membangkitkan kesedaran masyarakat...untuk masyarakat terus mengutuk kezaliman Israel, apatah lagi dengan taktik pengunduran sementara pihak ISRAEL Laknatullah ini...jadi berilah kepada pihak penganjur peluang ini...
Memang diikutkan hati tidak ingin saya menemui dan terpaksa melalui proses 'interogasi' ini bersama suami...tapi apa nak buat...ini undang-undang dan prosedur dunia yang perlu dilalui..tak mohon permit salah...dah pohon..belum tentu pulak akan diluluskan...namun saya yakin ianya akan berjaya diluluskan kerana kita semua benci kezaliman!!!!!
Oh...Malaysia Tanah Air ku....
3 comments:
Bak kata seorang Ustaz. "Kalau kita tahu AZABnya AZAB KUBUR, kalau kita tahu AZABnya dipadang Mahsyar, dan kalau kita tahu AZABnya menantikan proses pengadilan di alam akhirat, maka TIDAK ADA SESIAPA yang berani melakukan KEZALIMAN terhadap sesama manusia!"
Proud of you.. the chosen one, who is willingly putting yr self of all the trouble made by them ; and moving on this perjuangan. Always reading you, alwas praying for you , and for other...
ya..kami sampai lewat di dewan sivik dan segalanya dah selesai.polis tak benarkan kami masuk akhirnya kami minum di situ, berbual dengan nat tan, salam dgn zorro yang dah lama tak jumpa, bagi kad raya cina pd sunny dan nat...
teruskan perjuangan!!
Post a Comment