Pilihanraya 2 Bukit 1 Batang-Selamatkan Wang Rakyat!!!
Hari yang ditunggu-tunggu kini sudah hampir tiba. Esok adalah hari penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil di 3 kawasan, PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Hari ini kami sudahpun berada di dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang. Kami bertolak dari rumah selepas Maghrib. Sepanjang jalan jumlah kenderaan di Lebuhraya terasa lebih banyak dari biasa, adakalanya berderet sepanjang jalan. Ketika berhenti di Petronas Sg Perak kelihatan juga beberapa orang anggota polis bersama moto berkuasa tinggi juga berhenti di sana..sudah tentu datang dari Kuala Lumpur juga.
Setiba kami di kawasan Bukit Jana Golf Resort terlihat tanda arah yang bertulis SPR. Oh...SPR juga berkampung di sini. Pagi tadi bila saya keluar ke pusat bandar Kamunting kelihatan polis trafik diletakkan berjaga di hampir setiap simpang jalan besar. Bila pulang semula ke Resort kelihatan banyak sekali motosikal polis trafik berada di kawasan parking.
Pada 8hb Mac yang lalu kami juga telah datang menginap disini bagi mengikuti ceramah pelancaran kempen Bukit Gantang. Ketika itu saya sudah dimaklumkan bahawa kesemua bilik di resort itu sudah habis ditempah untuk tempoh 10 hari sebaik sahaja Ahli Parlimen Bukit Gantang Allahyarham Roslan Shahrom meninggal dunia.
Saya bertanyakan receptionist tu, macamana pula dari awal lagi orang dah booking sedangkan tarikh pilihanraya belum tahu bila kerana belum diumumkan. Jawapannya ialah mereka telah meletakkan tempahan awal2 untuk bila-bila sahaja tarikh PRK diumumkan.
Hebat betul....maklumlah mereka mempunyai 'petty cash' yang banyak....siapakah mereka????.
Jadi hari ini persoalan itu sudah sedikit terjawab, siapa yang mendiami hampir ke semua unit apartment di sini. Kami bernasib baik kerana dikenalkan dengan seorang Hamba Allah yang memiliki unit apartment disini...yang sudi menyewakan kepada kami dengan rate yang baik berbanding rate yang telah dinaikkan oleh pihak hotel yang mungkin telah mengambil kesempatan di atas kebanjiran manusia ke bandar Taiping.
Berapa banyak lagi wang rakyat yang akan dileburkan oleh kerajaan untuk PRK kali ini. Jika di PRK Kuala Terengganu Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa sebanyak RM15.15 juta telah dibelanjakan oleh Polis sahaja. Bayangkan berapa banyak pula harus dibelanjakan untuk ke semua urusan perjalanan PRK di Kuala Terengganu dan di setiap pilihanraya kecil dan umum.
Itu baru dalam urusan Pilihanraya...melalui Pendengaran Awam yang dijalankan keatas BALKIS, kita didedahkan yang berjuta-juta ringgit wang rakyat dan wang kerajaan negeri dibelanjakan untuk urusan peribadi Menteri Besar Selangor dan isterinya...apa lagi pula dengan segala tuduhan yang kita kerap dengar mengenai keborosan isteri Timbalan Perdana Menteri yang kini sedang berangan untuk menaiki takhta Wanita Pertama Malaysia....entah berapa banyak wang rakyat yang telah dibelanjakan tanpa sebarang halangan dari sesiapa hanya kerana mereka sedang berkuasa..
Apa yang telah berlaku dibawah pemerintahan Khir Toyo dulu telah membuatkan kita sedar dan lebih faham kenapa dengan senang lenang pemimpin ini boleh menggunakan wang kerajaan negeri untuk diri sendiri...apabila hingga ke tahap Pengarah Jabatan, Pengarah Syarikat dan lebih teruk lagi Pengarah Majlis Agama Islam boleh memberi alasan 'tidak sedar, tidak nampak, terlepas pandang, tak ada masalah'.....untuk membolehkan Khir Toyo dan isterinya berbelanja untuk hidup mewah dan senang....
...wang berpuluh ribu, ratusan ribu boleh dihulurkan ke tangan pemilik BALKIS, cenderahati ratusan ribu boleh dibeli sendiri dan diserahkan ke tangan Menteri Besar...tak cukup dengan itu, perbelanjaan kecil-kecilan berjumlah..RM6, RM10, RM100 pun dihantar Bil kepada syarikat milik kerajaan untuk dibuat bayaran bagi pihak BALKIS..inilah yang berlaku dan diperlakukan oleh persatuan yang dipimpin oleh Zaharah Kechik ke atas PNSB, Permodalan Negeri Selangor Berhad...seperti yang telah didedahkan di dalam siasatan awam yang masih berlansung.
Maka untuk kita semua yang masih memilih pemimpin Barisan Nasional yang korup, perasuah, perompak ini...sudah tiba masanya untuk kita menilai semula setiap kali kita diberi hak dan peluang untuk memilih...jangan pilih pemimpin tanpa memikirkan akibatnya kepada nasib kita di kemudian hari...
Kalaupun rasa takut atau terhutang budi...ingatlah mereka tu pun manusia seperti kita...sampai masa mereka akan pergi juga menemui Pencipta yang menguasai seluruh makhluk di dunia ini..Di dunia ini walaupun mereka hanya disiasat oleh 'penyiasat yang tak terlatih' seperti dakwaan Khir Toyo...sudah boleh membuka mata rakyat...apa lagi bila 'disiasat' di Mahkamah Allah' kelak...sudah tidak boleh mengelak diri dan menunujuk pandai sangat!!!!...
Moga kemenangan ke atas Pakatan Rakyat...moga terus dapat membuktikan sebuah pemerintahan yang berkebajikan kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment