Monday, 9 March 2009

POKOK DEMOKRASI DAN TERKUBURNYA DEMOKRASI

"Ummi...demokrasi tu apa??"

Hhmm...demokrasi, apa ye...nasib baik anak ummi yang tanya...kalau wartawan SINAR HARIAN yang ada kat situ tanya..kantoi pulak ummi tengahari tu..

Ye lah..beria-ia..perjuangkan hak rakyat dalam negara yang berprinsipkan demokrasi tapi...ikut orang saja..dalam diri tak faham pun..

Itulah persoalan yang ditujukan oleh anak ke 3 saya Asma'..apa demokrasi tu..bagus juga..lebih-lebih lagi dalam suasana politik yang telah menguburkan demokrasi..

"Demokrasi sudah berkubur di bumi Perak"...inilah kenyataan Ir Nizar di Harakah 9-12 Mac 09.
"Saya merasakan apa yang berlaku pada 3hb Mac mendedahkan siapa sebenarnya UMNO-BN. Dan rakyat boleh menilai siapa sebenarnya pihak polis, penjawat awam dan UMNO. Mereka ini keseluruhannya telah melanggar seluruh peraturan yang ada yang dahulunya mereka meminta rakyat mematuhi undang-undang dalam sebuah negara, dalam Rukun Negara ada dinyatkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, semuanya ini dilanggar.
Persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan di bawah pokok telah membuka minda rakyat Perak atau rakyat Malaysia untuk menilai sendiri siapa sebenarnya BN yang ternyata cukup rakus. Oleh kerana itu rakyat Malaysia sewajarnya tidak memberi lagi sokongan kepada BN. Mereka telah membunuh demokrasi itu sendiri.
Demokrasi telah berkubur di bumi Perak apabila sidang DUN dijalankan di bawah pokok setelah Speaker dan 27 ADUN Pakatan dihalang memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan oleh pasukan polis."

Asiah asyik membaca catatan yang tersurat di atas batu tanda Pokok Demokrasi yang menjadi tumpuan.

Demokrasi...jawapan ummi kepada Asma' secara spontan ialah.."demokrasi ialah hak rakyat untuk memilih pemimpin dan kerajaan, rakyat punya hak bersuara, rakyat pun ada kuasa..hak memilih siapa yang mereka suka untuk memerintah melalui pilihanraya"...

Jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ceramah semalam ialah antaranya...Demokrasi Pilihanraya...dan bukannya demokrasi Jalanraya...tajam maksudnya...maklumlah bila tiba musim pilihanraya...banyak lah jalanraya bertukar kulit menjadi warna hitam dan tidak berlopak lagi...jalan raya baru boleh sampai hingga ke pintu dapur!!!!

Mengapa pula perbualan ini timbul??.

Inilah dia Pokok Demokrasi...di bawah pokok inilah sidang DUN Perak terpaksa diadakan.

Pada hari yang penuh bersejarah dalam diari rakyat Malaysia..8hb Mac 2008...dan pada 8hb Mac 2009 kami sekeluarga memulakan perjalanan kami dari rumah di Gombak menuju ke Perak...ke negeri yang sama tarafnya kini dengan negara Haram Zionis Israel..Ini adalah seperti yang disebutkan sendiri oleh Ir Nizar di dalam ceramah Gempur Bukit Gantang pada 8 Mac 2009. Katanya dalam dunia ini ada 2 buah kerjaan HARAM, satunya Israel dan satu lagi di Malaysia sendiri iaitulah Kerajaan HARAM BN di PERAK.

Sebuah keluarga yang turut datang berkenalan dengan Pokok Demokrasi
Kami sejak dari awal minggu telah membuat perancangan untuk bersama-sama rakyat Parlimen Bukit Gantang mendengar amanat Pemimpin Pakatan Rakyat dalam usaha menguburkan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRK di Parlimen Bukit Gantang. Satu ceramah telah dijadualkan diadakan di Pekan Simpang di Taiping.
(bergambar kenang-kenangan di batu tanda Pokok Demokrasi....sebelum ianya juga mungkin dikuburkan)
Sebelum bertolak pada pagi Sabtu tersebut suami sempat lagi melihat blog YB Idham Lim dan mendapat maklumat bahawa satu upacara akan diadakan di Ipoh di tempat bersejarah di mana Sidang Tergempar DUN Perak telah diadakan di bawah pokok. Acara tersebut dijadualkan dijalankan pada jam 10 pagi...tidak sempatlah untuk kami bersama.

Kami bertolak terus ke Ipoh, sampai di Ipoh sempat menelefon YB Lih Kang untuk bertanya khabar kerana kami juga mendapat maklumat dari blog YB Idham bahawa ibu YB Lih Kang juga telah di interrogate oleh polis. Polis telah menghantar notis untuk ibu YB Lih Kang ke balai polis untuk disoal siasat....alasannya????.....kerana dalam satu perhimpunan, sebuah kenderaan telah digunakan sebagai pentas.....mungkin polis telah menyiasat siapa pemilik kenderaan tersebut dan pemiliknya terpaksa di bawa mengadap polis untuk disoal siasat....terukkan?????...polis oh polis...

YB Lih Kang juga memaklumkan tentang upacara penanaman 5 batang pokok lagi berdekatan pokok DEMOKRASI. Kami terus menuju ke arah Bangunan PERAK DARUL RIDZUAN dengan tujuan mencari dan melihat sendiri pokok yang bersejarah tersebut.

Dari jauh sudah kelihatan beberapa orang sedang berada di bawah pokok beserta 3 orang wartawan termasuk wartawan dari SINAR HARIAN yang menegur kami. Jurugambarnya masih mengingati wajah suami kerana dia bertugas membuat liputan ketika kes reman 9 tahanan Masjid Ubudiah dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.

Mereka menunggu di situ sambil cuba mendapatkan pendapat orang awam yang datang melihat pokok tersebut secara dekat.

"Apa pendapat puan mengenai perletakan batu tanda di pokok ini?"...tanya wartawan SINAR.
"Ianya memang suatu langkah yang baik, kerana satu peristiwa bersejarah telah berlaku di bawah pokok ini, dimana sidang tergempar DUN Perak terpaksa dijalankan di bawah pokok ini. Sesuatu yang belum pernah berlaku setakat ilmu yang cetek yang ada pada saya. Ada Menteri yang berpendapat bahawa Sidang DUN tersebut tidak bertamadun dan seperti orang UTAN, tapi atas tindakan polis dan FRU yang menutup DUN Perak dan Bangunan Perak Darul Ridzuan, maka sidang DUN tersebut terpaksa dilakukan di bawah pokok...ianya akan menjadi satu tanda bersejarah buat negeri Perak sebagaimana wujudnya sebatang pokok getah tertua yang terdapat berdekatan Mahkamah Majistret Kuala Kangsar"
Adakah lagi demokrasi dalam negara Malaysia???.....saya menyambung lagi dan relatekan dengan peristiwa bedilan peluru gas pemedih mata...pancutan air dari pihak FRU ke arah rakyat yang berarak secara aman bagi memohon mendaulatkan Bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik.
Semasa kami berdiri di bawah pohon yang rendang dan teduh itu ada beberapa buah kenderaan lagi yang datang melihat pokok tersebut, semuanya ingin datang melihat dari dekat, Cina, Melayu dan India...semua bangga dan amat prihatin dengan suasana politik di Perak. UMNO dan BN sudah tidak boleh lagi bertindak mengapi-apikan isu perkauman untuk memecahbelahkan rakyat....semua rakyat sudah sedar dan lebih terbuka...kecuali mungkin segelintir rakyat yang berada di pedalaman yang hanya bergantung kepada TV milik kerajaan dan media milik kerajaan dan kuncu-kuncunya sahaja sebagai bahan bacaan.
Sesudah puas bermesra dan berbual dengan penduduk tempatan yang bangga dengan kejadian di bawah pokok tersebut, kami bertolak ke Taiping untuk berehat sebelum meneruskan dengan aktiviti di sebelah malamnya pula. Kami memilih Taiping Golf Resort sebagai tempat penginapan, selesa dan berpatutan.
Adik receptionist yang bertugas memberitahu kepada saya.."Kak, saya bagi kak bilik yang bersebelahan dengan bilik Tuan Guru Nik Aziz"
Saya dengan agak excited.."Ye ke..betul ke ni...,baguslah...boleh saja, memang kami pun datang nak ke ceramah yang Tuan Guru akan hadiri..."...
Kata adik tu memang ada satu booking dibuat untuk Tuan Guru pada jam 3 petang. Memang sahla, sebab nama Tuan Guru tersenarai dalam penceramah pimpinan Pakatan Rakyat yang akan memberi amanat pada ceramah di sebelah malamnya.
Saya berpesan kepada anak-anak...."jangan bising sangat tau...Tok Guru Nik Aziz dok sebelah bilik kita..Tok Guru mesti nak berehat.."...memang Tuan Guru sentiasa nampak amat lemah bila muncul di pentas ceramah dan kadangkala terpaksa menguzurkan diri dari majlis yang perlu dihadirinya.
Tuan Guru Nik Aziz berceramah paling akhir.Tuan Guru Nik Aziz berceramah dengan bersemangat pada malam tersebut..membacakan tulisan Ustaz Idris Ahmad mengenai beberapa tindakan DERHAKA UMNO TERHADAP RAJA-RAJA seperti yang tertulis di Harakah

Ketika kami turun dari bilik menuju ke kenderaan untuk ke tapak ceramah kelihatan beberapa orang anggota UNIT AMAL telah bersedia menunggu untuk menjemput Tuan Guru. Kenderaan Tuan Guru juga telah ada di bawah.
Sebahagian rakyat yang turut hadir dalam ceramah-mutu gambar tak berapa baik, mungkin sebab hujan

Daerah Taiping memang terkenal dengan iklim lembabnya, maka pada malam tersebut hujan telah turun tanpa henti. Tapak ceramah yang luas yang baru disediakan juga menjadi sangat becak dan berair, namun, orang ramai tetap memenuhi segenap kawasan kosong yang ada. Masing-masing bersiap sedia dengan tikar dan payung, Semua duduk hingga ke akhir ceramah, walaupun ada ketika pada awalnya hujan turun agak lebat, namun tidak ada yang meninggalkan majlis...ramai sekali orang, ribuan orang Perak termasuk kami yang datang dari jauh juga...tidak mahu ketinggalan mendengar amanat yang berapi dan menguatkan semangat menumbangkan kerajaan yang zalim.
Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada tengahari Ahad. Sebelum beredar saya sempat bertanyakan kepada adik receptionist untuk buat booking satu bilik pada 28 hb Mac..esoknya 29hb Mac ialah hari penamaan calon PRK Bukit Gantang..jawapnya...semua bilik sudah habis dibooking sehari selepas Allahyarham Hj Roslan kembali ke Rahmatullah...cekap betul orang-orang ni...siap ditempah untuk 10 hari!!!!...namun adik yang baik hati tu telah referkan kami kepada seorang pemilik beberapa unit apartment yang juga telah bermurah hati sponsorkan bilik kepada Tuan Guru...Alhamdulillah..kami diberi jaminan untuk dapatkan sebuah unit apartment pada tarikh tersebut.
Bukit Gantang...kami akan kembali...InsyaAllah...
Hajat kami untuk singgah di Balai Polis Kuala Kangsar untuk mengambil semula Handphone yang telah dirampas sebagai bahan bukti kononnya oleh polis semasa suami ditangkap terpaksa dikuburkan sebab kami mendapat maklumat dari rakan OKT yang lain yang polis masih berdaleh-daleh dalam hal hal ini...hampeh betul polis ni!!!!
Di bawah adalah gambar 5 batang pokok yang telah ditanam di hari batu tanda Pokok Demokrasi dipahatkan..pokok2 yang menjadi lambang moto kerajaan Pakatan Rakyat...


Pokok Kebajikan ini berlatarbelakangkan Bangunan Perak Darul Ridzuan, tempat di mana Sidang DUN sepatutnya dijalankan.


4 comments:

Anonymous said...

Salam Ummu Asiah..

Seronoknya!! dapat bilik sebelah Tuan Guru??

hish.. saya pun teringin nk pergi ambik gambar dgn pokok demokrasi ni..

lawan tetap lawan!!!

ummu asiah said...

rd..

gambar2 di sini memang khusus untuk rakyat malaysia yg duduk di luar negara:)..

mana la tahu..tak panjang hayat batu tanda dan pokok2 di situ maklumlah ada manusia yang sentiasa hasad dan dengki..

Ha..ah..dpt duduk sebelah bilik Tuan Guru..pun dah rasa besar tuah..he..he..

AyKay said...

Salam Ummu Asiah,

pada hermat saya, papan2 tanda tu mungkin akan dirobohkan, atas dasar papan tanda tanpa kelulusan PBT. Macam biasa. Tapi bila? Mungkin selepas 7 April 2009. Tunggu dan lihat.

salam ziarah

ummu asiah said...

Aykay..

alasan tu kira okay lagi...tapi yang paling kelakar dan tak dapat diterima akal yang waras ialah bila MB haram kata..batu tanda..tanda kemuncak kederhakaan...kesian kat pokok tu..pokok yang rendang yang memberi ruang tempat berteduh...