ISA ZALIM....saat kegembiraan seorang ibu sebelum bertukar menjadi murung:(
“Assalamu’alaikum kak, kami jalan2 sama buk nasyta, senang sangat mak saya di sini. Saya sangat bersyukur”....SMS yang diforwardkan Cikgu Laila kepada saya dari Junaidi, adik kepada Agus Salim.
“Alah…I bawa dia orang jalan ke KLCC dengan Dataran Merdeka saja, tu pun sampai KLCC jam 9.45mlm….kedai semua dah nak tutup dah…tengok bangunan KLCC, air pancut, ambik gambar pas tu bawa ke Dataran Merdeka…tu je…apa yang bestnye sangat”…..soal saya balik pada Cikgu Laila.
Ya lah…saya hanya keluar dari rumah pada jam 9 malam, itupun bila suami mengingatkan saya yang saya nak bawa Ibu Agus Salim dan adiknya Junaidi bersiar-siar melawat KLCC…ikutkan hati…malas dan letih dengan cuaca yang panas. Tapi bila ingatkan kata-kata ibu Agus, bila nampak dari jauh bangunan KLCC..”inilah bangunannya yang sering nampak di telivisi”….ah…tak sampai hati pula untuk tidak meluangkan masa untuk membawa mereka keluar bersiar-siar. Maka saya pun mengajak Ammar bersama sama menemani saya keluar pada malam tersebut…dengan berbekalkan cameranya.
“Ye lah…u lainlah..dah biasa sangat dengan tempat tu…memang la kata tak menarik dan tak ada apa-apa. Dia orang tu orang susah, mana pernah datang sini…memanglah appreciate habis”…memang betul lah juga…saya tak boleh lupa diri dan mesti meletakkan diri saya di tempat mereka untuk melayan tetamu yang yang datang ‘ke rumah’ kita. Tambahan pula mereka adalah keluarga yang dizalimi di bawah akta yang zalim ISA.
"Kak, tak pe lah kak mak dah biasa duk di rumah ..nanti sampai di johor saya bawa jalan2..kasian akak penat..makasih bnyk2 ye kak. di zaman mcm ni masih ada org yg iklas nak tlg..tk tau saya nk ckp dgn akak. hanya do'a n airmata yg saya ada tanda rasa bersyukur"...sms yang diforwardkan dari Cikgu Laila yang diterima dari Fatin, seorang lagi adik Agus Salim yg tinggal bekerja di Johor.
Tidak banyak yang dapat saya lakukan untuk mereka..saya Cuma bawa bersiar di waktu malam, pulangnya kami singgah makan dan minum, sebelum saya hantar mereka semula pulang ke rumah tumpangan mereka. Saya maklumkan yang saya tidak dapat menziarahi mereka lagi pada hari Ahad, kerana saya perlu menghadiri GMI Consultation Meeting dengan NGO-NGO keesokan harinya. Namun saya berjanji pada hari Isnin saya akan menjemput mereka untuk membawa mereka bertemu dengan Agus Salim seperti yang telah dijanjikan oleh pihak polis SB.
Itulah tujuan utama mereka bersusah payah datang jauh dari Indonesia semata untuk bertemu dengan Agus Salim yang sudah 55 hari ‘hilang’ dibawah kawalan polis SB di Malaysia.
(saat gembira...bersedia untuk bertolak ke Bukit Aman...cikgu laila menyiapkan bekalan..tapi beliau tidak turut serta)
Pertemuan dijanjikan pada jam 12 tengahari di Bukit Aman. (ketika saya menulis ini saya sedang menunggu mereka di tempat letak kereta di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Mereka telah mengikuti polis SB yang bernama Encik Syahrul menaiki pejabat polis jam 11.15 tadi..kini sudah jam 12.10tghari….saya mengisi masa lapang dengan menaip entry ini)
(gambar bangunan pejabat polis di hadapan saya..saya berada di dalam van...later baru saya tahu di sinilah tempat pertemuannya)
Pertemuan yang dijanjikan pada jam 12 tgh telah dimohon tukar oleh polis pada jam 11 pagi, maka saya dan Cikgu Laila juga perlu tukar planning awal kami..semuanya perlu disegerakan. Cikgu Laila membantu membawa mereka dari rumah tumpangan mereka, membawa mereka membeli makanan, minuman, pinggan, cawan, makan kering dan sebagainya untuk di bawa kepada Agus Salim. Kami sudah didedahkan dengan pengalaman tahanan ISA ketika ditahan selama 60 hari di bawah kawalan polis tidak mendapat makanan yang sempurna.
Saya menjemput mereka di rumah Cikgu Laila jam 10.30 pagi, dengan mereka sudahpun bersiap dengan sebakul bahan makanan dan makanan kering yang lainnya. Ibunya juga telah membawa bekalan pakaian, Al-Quran, madu, kurma dan lain-lain lagi dari kampung halaman mereka.
Cikgu Laila berpesan kepada saya untuk cuba request supaya saya dibenarkan untuk masuk kje dalam bagi menemani mereka kerana SB yang menelefon Junaidi telah berkata bahawa mereka ingin bertanyakan soalan kepada ahli keluarga Agus Salim."Kak bawa saya pulang ambil pakaian.....untuk kebaikan kakak juga..."
"Mamak nya...ibu nya mana?????....."
?????????????????
(entry ini berhenti setakat ini dahulu sebelum bersambung ke episod kedua yang lebih mendebarkan dan penuh adegan suspens....)
No comments:
Post a Comment