Sunday 25 April 2010

(11.30am) Laporan Live dari PRK Hulu Selangor

10.31am dari Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu:

Penyokong BN di Pusat Mengundi ini dilaporkan lebih 4 kali ganda dari penyokong Pakatan Rakyat.

Kita mendapat laporan bahawa ada beberapa buah bas yang membawa orang-orang yang disangsikan tiba di beberapa lokasi pusat pengundian.

Maklumat lanjut boleh dibaca di sini. TV Selangor.

Dari petugas Pakatan Rakyat kita juga mendapat maklumat bahawa tenaga petugas Pakatan Rakyat adalah tidak mencukupi.

Dibandingkan dengan beberapa buah bas yang membawa begitu ramai orang dari luar ke setiap pusat pengundi.

Maka adalah diharapkan kita mewar-warkan agar lebih ramai sukarelawan untuk datang ke Pusat Mengundi. Bukan untuk memenuhkan..tetapi terus mencari person in charge untuk bertanya tugasan yang diperlukan. Singgah sahaja di mana-mana pondok panas di Pusat Pengundian di seluruh kawasan Parlimen Hulu Selangor.

No comments: