Saturday 3 April 2010

SELAMATKAN MALAYSIA DI HULU SELANGOR

26hb Mac 2010: Pemergian Ahli Parlimen Hulu Selangor ke Rahmatullah. Maka bermulalah episod yang penting dalam perjuangan rakyat untuk mengekalkan kerusi Parlimen di Hulu Selangor. Perjuangan yang amat penting untuk merebut dan terus kekalkan satu kerusi tersebut setelah ramai yang melompat keluar.

Kerusi di Parlimen amat penting kerana di situlah suara rakyat akan dibawa oleh calon yang mereka pilih. Suara Rakyat untuk memastikan ada pembelaan ke atas nasib mereka, ambil contoh dalam pembentangan Belanjawan yang baru sudah.

Banyak lagi rang undang-undang yang bakal dbentangkan dan dipinda di Parlimen dan suara ahli Parlimen dan undi mereka amat penting untuk kehidupan rakyat.

Ini janji PKR seperti yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR YB Sivarasa Rasiah seperti yang dipetik di Laman Blog Anwar Ibrahim:

1. Keadilan akan mencalonkan nama yang dirasakan akan punya potensi besar untuk menang.

"that the fundamental principle applied by the Party, especially in the context of a key by-election, is that the named candidate is thought to have the best chance of winning the seat."

2. Antara faktor yang diambil kira ialah latarbelakang bakal calon, pengalaman dan kelulusan.

"the Party will take into account various factors including his/her background, his/her experience and qualifications, the demography of the voters, the particular characteristics of the constituency, the views of coalition partners and all other relevant factors. No one of these factors by itself determines who the candidate should be. The ultimate test is whether that particular candidate has the best chance of winning amongst all of those considered."


Kedatangan Anwar di mana-mana majlis Himpunan Rakyat disambut meriah dan penuh semangat. Rakyat tetap menaruh harapan untuk satu Harapan Baru buat Malaysia.

Gambar-gambar yang dipaparkan di sini ialah sempena pelancaran Kempen Selamatkan Malaysia yang diadakan di Stadium Mini Kuala Kubu Baru pada 26hb Mac yang lalu.


Ramai sekali rakyat yang hadir memenuhi stadium tersebut.



Di bawah adalah paparan wajah-wajah mereka yang hadir....

Kaum Cina

Kaum Cina lagi

ooopppsss...siapa pulak ni...dapat gambar ni pada cawangan khas yang jadi pemantau pengganas antarabangsa bahaya nih...

Kaum Melayu saluran 1 mungkin

Wah...terharu lihat gambar ni....baik betul siabang memangku adiknya yang terbaring tertidur dan abangnya pula nampak dah terlelap matanya....bagus ikut ibu ayah datang tanpa mengeluh dan tolong lagu ibu menjaga adiknya...penting ni dik untuk masa depan generasi anak-anak ini jua. Tahniah buat ibu dan ayah!


Pada malam tersebut juga telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang bagi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Hadiah yang telah dijanjikan oleh Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.


Gambar diatas ialah pelajar cemerlang SPM bersama ibu dan hadiah yang telah diterimanya...tahniah!!

Katak pun muncul juga di Hulu Selangor.....mencari...Ong...ong....OngKOS!!!

Kami pun ada!!!

Mereka juga ada...demi menyelamatkan MALAYSIA!!!



SELAMATKAN MALAYSIA DI HULU SELANGOR!!!!

No comments: