Friday 30 April 2010

Mana Hishamuddin Menteri Dalam Negeri????

Ke mana perginya Hishamuddin Tun Hussein Onn ni, belum dengar apa-apa kenyataan dari dia lagi sedangkan dia adalah seorang Menteri yang bertanggungjawab ke atas Institusi Polis.

Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan yang amat memalukan sebuah intistusi yang penting dalam sesebuah Negara. Rakyat cuma mendesak agar polis bertanggungjawab, tetapi polis melalui ketua mereka telah mengeluarkan kenyataan yang tidak sewajarnya contohnya membuat tuduhan melulu kepada mangsa. Diikuti dengan amaran dari Ketua Polis Negara untuk tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.

Bukan ini yang kita harapkan, namun inilah layanan yang sering kita terima. Apa lagi yang hendak diharapkan. Semua bukti berada di depan mata bagi setiap dakwaan yang kita buat.

Kes ini terlalu besar maknanya kepada rakyat, kita perlu kan polis untuk menjaga keselamatan kita dan polis berhak bertindak sekiranya keselamatan mereka diancam. Namun dari cerita yang berlaku dalam dua kes kini iaitu kes Norizan Salleh dan Aminulrasyid, cerita sebaliknya yang kita dengar, oleh sebab itu rakyat marah dan mahukan penjelasan dan siasatan segera bukannya buat tuduhan melulu.

Di bawah sekali lagi dipaparkan laporan layanan yang diterima oleh delegasi yang pergi ke Kementerian Dalam Negeri dengan temujanji untuk membuat laporan mengenai kes Norizan Salleh. Namun layanan yang diterima amat memalukan dan mendukacitakan.

Kita berharap pihak kerajaan melalui Kementeriannya menghentikan sikap begini kepada rakyat yang datang untuk membuat pengaduan.

Peritiwa berlaku pada 26 hb Februari 2010.

Sebaik sampai di lobby Bangunan Kementerian Dalam Negeri kami dijemput masuk ke bahagian dalam tempat pengawal. Pengawal ni baik sahaja bercakap dengan wakil rakyat kita. Turut berada di sana ialah YB Zuraidah Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR Pusat, YB Rodziah dan peguam Latheefa Koya yang tegas dan garang :-). Garang dalam menegakkan hak asasi manusia.

Pengawal mengatakan bahawa Menteri menunggu di atas dan hanya 5 orang dibenarkan naik. Kemudiannya apabila semua bertegas, dinaikkan menjadi 7 orang. Namun kemudiaannya Lateefa dan YB Zuraidah mengatakan bahawa rombongan kami ramai dan ada ramai juga wartawan yang ingin membuat liputan, maka kami memohon agar Menteri dapat turun ke bawah bertemu dengan pengadu dan rakyat.

Semua menunggu di lobby bangunan hingga turun seorang yang memakai tanda nama Azmi tanpa senyuman dan terus bertanya dengan sombongnya "Mana memorandum, Mana memorandum" berkali-kali....disambung lagi..."Mana memorandum, kata nak bagi memorandum, bagilah"

Namun semua berkeras tidak mahu menyerahkan memorandum,kerana kedatangan semua ke sana ialah untuk bertemu Menteri sendiri dan perkara ini sudah dimaklumkan lebih awal lagi. Maklumat yang diterima juga Menteri sebenarnya ada.

Tambahan lagi mangsa tembakan Puan Norizan turut hadir, beliau boleh bercakap bagi pehaknya sendiri.

Kenapa pegawai tersebut yang akhirnya memperkenalkan dirinya sebagai Dato' Azmi Setiausaha Kanan Sulit Menteri Dalam Negeri tidak boleh lebih bersopan dan menerima tetamu dengan senyuman dan lebih baik dan hormat sedikit.

Perbualan yang sepatutnya berlaku ialah seperti ini:

"Mohon maaf, Menteri ada tetapi dia tidak dapat turun ke bawah, saya datang ke sini bagi pihak Menteri. Siapa mangsa di sini? Oh..silakan adukan apa masalah puan,kami sudi mendengar dan serahkan memorandum tersebut untuk perhatian dan tindakan kami..."...kan mudah dan senang...tak perlulah berlaku kekecohan di sana...kenapa mesti defensive dan nak melawan dengan rakyat yang tidak mengancam.....

Ini tidak, perkara yang sebaliknya yang telah berlaku yang telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang hadir. Mangsa ada di sana datang mengadu kepada Kementerian yang bertanggungjawab. Lihatlah wajah Dato' Azmi yang sudah bersedia berpaling dan hendak beredar setelah seorang lagi pegawai bawahannya mungkin cuba datang untuk 'menyelamatkan' keadaan.

Peguam Norizan, Surendran dan juga Latheefa...cuba menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan layanan yang diterima.

Lihat sendiri aksi dan ekspresi mereka.....pasti jelas perkara yang berlaku adalah di luar batas kesabaran.

"Hei...kenapa mesti pergi, mangsa di sini, kami peguam, Exco Kerajaan dan wakil rakyat ada di sini"....mungkin itu yang telah disampaikan.

Ini lagi seorang pegawai KDN yang datang memburukkan lagi imej Kementerian Dalam Negeri.

Berlalu pergi....

Terkejut dengan apa yang berlaku...."Norizan, cuba lihat layanan mereka kepada kita...kita mesti pastikan mereka semua ditumbangkan agar tidak ada lagi yang akan menerima nasib yang serupa"

Lihat pergerakan Polis Di Raja Malaysia...ok lagi cuba pegang sama-sama mungkin:-)

Setelah gagal berjumpa, berbincang dengan baik dengan yang bertanggungjawab, delegasi pada hari itu telah keluar berkumpul di luar dan menyatakan bantahan masing-masing dengan mengeluarkan banner untuk perhatian dunia!!!!

"Wanita Malaysia KECAM Polis Di Raja Malaysia. Kembalikan nikmat rasa aman dan selamat kepada Wanita di Malaysia"

Keadilan untuk Norizan Salleh....baru beberapa saat polis pun cuba nak rampas....

Wanita berani tidak mudah mengalah....Lawan Tetap Lawan.....

LAWAN


LAWAN TERUS

YB Rodziah Ismail ADUN Batu 3 Shah Alam yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor menyatakan kekesalan di atas sikap pegawai tinggi Kementerian Dalam Negeri yang lansung tidak menghiraukan kehadiran mereka ke sana.

ADUN Teratai YB Jenice Lee juga mewakili DAP turut memberikan sokongan dan memberikan kenyataan kepada media selepas kejadian.

Peguam Rakyat: Masih muda dan berjiwa besar untuk membela rakyat. Fadiah Nadwa Fikri, salah seorang peguam yang ditangkap dan dimasukkan ke lokap ketika hadir di hadapan Balai Polis Dang Wangi untuk membela nasib anak guam mereka.

Apa kata kita baca apa yang tertulis di Utusan Malaysia tentang pengakuan Norizan Salleh:

Menjelaskan kejadian itu, Muhammad Sabtu berkata, kejadian tersebut berlaku di kawasan Jinjang pada pukul 4.30 pagi, 30 Oktober lalu.

Katanya, sebelum kejadian itu, anggota peronda telah terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, mereka kemudian mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan.

"Bagaimanapun suspek enggan berhenti dan terus memecut ke arah Selayang sebelum menuju kawasan Gombak sehinggalah beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah suspek yang cuba merempuh anggota polis," katanya.

Muhammad Sabtu menjelaskan, ekoran kejadian itu, pemandu kereta tersebut dan seorang penumpang wanita telah terkena tembak.

Sementara itu, Norizan yang turut hadir di KDN pagi ini mendakwa dia ditembak sebanyak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebatang lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

"Disebabkan kecederaan ini, saya sendiri terpaksa menanggung kos rawatan mencecah RM18,000," ujar ibu yang mempunyai anak lelaki berumur 11 tahun itu.

Wanita berumur 30 tahun itu yang keadaan tangan kanannya berbalut, turut meluahkan kebimbangan disebabkan dia kini tiada pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga.

No comments: