Wednesday 21 April 2010

Shahrizat kata kaum Wanita diabaikan di Selangor..Boleh Percaya???

Petang tadi dalam perjalanan untuk berangkat pulang ke rumah dari Pusat Media PKR, saya melalui jalan yang kebetulan di depannya ada ramai orang sedang berkumpul. Sementara dengan kebetulan jalan susah untuk dilalui, dengan segera mencapai kamera di dalam beg dan letak di sisi untuk merakam apa saja yang berlaku di depan mata. Main tekan saja butang kamera tu.

Kali kedua snap, bila buka semula untuk lihat rupanya ada watak seorang Menteri pula di situ. Kebetulan juga bila pulang ke rumah dan browse tajuk-tajuk yang hadir di skrin komputer terpandang pula tentang tajuk ini.

PRK Hulu Selangor : Kaum Wanita Perlu Sedar Mereka Diabaikan Di S'gor - Shahrizat


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, rakyat harus sedar bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengabaikan kebajikan kaum wanita di negeri itu.


Menurutnya, janji yang diberikan kepada rakyat khususnya sebelum pilihan raya umum 2008 gagal dilaksanakan.


"Sumbangan untuk pembangunan wanita di negeri ini tidak mencukupi,nasib baik dengan sokongan kerajaan persekutuan kita dapat memberi bantuan kepada mereka yang diabaikan," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Pasir Puteh dekatKalumpang di sini hari ini.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakatberkata, beliau banyak menerima aduan daripada penduduk setempat.


"Saya sudah mendengar banyak rungutan dan aduan daripada ramai wanita di sini, sungguhpun adanya bantuan yang diberikan, ia hanya diterima daripada ADUN BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.


(Baguslah kalau macam tu, sebab memang tugas Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita pun untuk buat semua ni. Pakatan Rakyat baru memerintah 2 tahun, BN dah berpuluh tahun. Apa-apa pun sedikit sebanyak Shahrizat boleh la baca di link ni apa yang kerajaan Selangor dah buat pada wanita Selangor dan rakyatnya secara keseluruhan)

Menarik tu...kebetulan lagi...hari ini di Pusat Media PKR seperti biasa telah dijalankan sidang media bagi mengenengahkan pelbagai isu. Hari ini Saudari Norizan Salleh mangsa tembakan polis hingga hampir meragut nyawanya juga telah datang bersama peguamnya Saudara Surendran bagi menuntut janji-janji dari pihak kerajaan untuk membantunya dan menyiasat kesnya.


Walaupun harapan Norizan adalah khusus kepada Menteri Dalam Negeri namun sebagai seorang mangsa wanita yang dizalimi oleh polis Shahrizat sewajibnya membela nasib diri Norizan. Tetapi nampaknya kerajaan Negeri Selangor jua yang bersungguh-sungguh membela nasib-nasib wanita ini.

Puan Rodziah Exco Wanita Negeri Selangor membela nasib wanita.....

Gambar di atas adalah juga gambar yang diambil semasa sidang media yang diadakan siang tadi 21hb April di Pusat Media PRK 094. Dua orang wanita ini adalah bekas pekerja kontrak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mereka telah diberhentikan kerja dan ditamatkan kontrak mereka serta merta dan memohon pembelaan dari pemimpin Pakatan Rakyat....apa tindakan Menteri pula untuk hal ini. Khabarnya mereka dan lain-lain lagi pekerja yang teraniaya akan mengadakan satu 'tunjuk perasaan' menuntuk keadilan buat mereka.....apa Shahrizat nak jawab pula untuk isu ini.

Memang betullah dakwaan Norizan dan peguamnya memang ramai Menteri dan pemimpin yang turun padang memancing undi dan inilah masa paling terbaik untuk bertemu pemimpin.

Mustapha Mohamad turut kelihatan turun padang dijamu kek ketika melawat sebuah kedai bakeri yang terletak betul-betul di hadapan Pusat Media PKR.

Ramai sekali penyokong yang mengiringi Pak Menteri hari ini berbanding hanya 3 orang yang mengiringi calon semalam termasuk isterinya.

Esok 22hb Perdana Menteri Malaysia pula akan turun padang...pasti riuh lah Hulu Selangor esok dengan pelbagai 'goodies'.


Pandai-pandailah rakyat gunakan akal dan fikiran untuk buat pilihan......

No comments: