Tuesday 13 April 2010

Bosan...kongsi je lah cerita ni.

Saya mengambil peluang mengisi masa yang lapang yang Allah kurniakan sambil menunggu Puan Hakim munculkan dirinya dari kamar Hakim. Sekali lagi kami membawa diri kami dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Kangsar untuk sambung bicara kes Ops Bubar Dun Perak.

(Puan Hakim baru masuk, janjinya jam 2.30petang, namun memang sudah menjadi kebiasaan di mahkamah untuk mula lewat dari masanya)


Kali terakhir kes ini dibicarakan selama seinggu dari 22-26 Mac dan hari ini kes disambung bicara lagi untuk dua hari. Namun Puan Hakim amat efisien dan telah meletakkan 2 set tarikh lagi iaitu pada 26-29 april dan 11-13hb Mei. Keletihan dan 'kelemahan diri dan semangat' mula juga terasa.

Namun hari ini semangat sedikit melonjak kerana Puan Aliza atau Kak Jije isteri YB Saari Sungib turut datang di sesi pagi tadi untuk mendengar perbicaraan dan memberi sokongan. Kak Jije juga mempunyai satu kes tangkapan yang sedang berjalan di Mahkamah Taiping. Kes beliau juga sedang dibicarakan dari semalam ke hari ini tetapi bermula jam 2.30 petang. Kes mereka sudah berjalan selama 10 tahun!! Kesabaran dan keteguhan semangat yang tinggi diperlukan.

Hari ini kes Ops Bubar Dun Perak ini berlansung seperti biasa. Para peguam terus komited untuk datang membela semua yang tertuduh tanpa bayaran. Banyak kes mereka sendiri yang berbayar dengan sukarelanya ditangguhkan demi kes ini yang punya 'public interest'.

Pada masa saya menulis entry ini di hadapan Puan DPP Puan Julia sedang menyoal saksi yang ke 18 ASP Aziz Ketua Trup 5C iaitu Trup FRU yang ditugaskan untuk memberi bantuan kepada Trup 5B yang diketuai oleh ASP Halimi yang selesai memberi keterangannya pada sesi perbicaraan yang lepas.

Banyak fakta menarik yang menunjukkan bahawa Polis FRU tidak mematuhi undang2 mereka sendiri dalam menjalankan tugas.

Beberapa fakta yang telah diakui oleh ASP Aziz ialah :

1. Walaupun keadaan di kawasan kejadian aman dan terkawal, gas pemedih masih ditembak ke arah orang ramai.

2. Walau tiada arahan tembak dari Ketua masih ada anggota yang menembak gas pemedih mata.

3. Anggota FRU bukan sahaja menembak gas pemedih mata menggunakan senapang tetapi juga membaling gas pemedih mata dengan 'bom tangan'.

4. Tembakan gas pemedih mata tanpa arahan Ketua adalah menyalahi tindakan tatatertib PDRM.

Sekarang jam di mahkamah sudah menunjukkan pukul 3.50 petang, saksi ke 18 ASP Aziz sudah dilepaskan akhirnya dan kini bermula pula proses mengambil keterangan dari saksi ke 19 yang mengambil laporan polis dari En Zaaba pemandu gantian Raja Muda Perak yang mendakwa kereta Raja Muda Perak yang dipandunya yang telah dibaling dengan batu sebesar kepala baby yang telah memecahkan cermin keretanya dan kemudiannya landing dengan baik di bahagian gear kereta tersebut.

21 orang saksi lagi yang beratur. Ha ha..saksi ni paling sekejap ditanya dan peguam OKT lansung tidak ada soalan balas untuknya..tidak penting lansung agaknya!!

No comments: