Tuesday 6 April 2010

Tahan Tanpa Bicara: Undang-undang apa ke jadahnya!!!

Menarik juga untuk saya bawa berkongsi persoalan dan jawaban yang berbangkit mengenai isu penahanan Benjy anak seniwati terkenal Azean Irdawaty.

Paling saya suka ialah komen dari wanmohd, sebab ada style jawapan dan penjelasan dari SB atau Polis Cawangan Khas.

"Pd pndpt sy,sbg ibu Azean ptut bsyukur ats bbrapa prkara.Yg ptama anknya Benjy,phak polis tk tuduh pn anknya dbwah sksyen39B Akta Dadah yg blh disabitkan hkuman gantung.Benjy hnya dkenakan tduhan ringan iaitu 12(2)dn jaminan pn rendah.Hkuman pn tk berat blh byar denda.Buat masa ni,dia dtahan dbwah LLPK slama 60 hr kmudian dhantar ke Smpg Renggam,biasala tu org biasa pn kna jugak,apa istimewanya Benjy?sbb dia artis ke?,apa nk diheran,artis ppular,jamal pn biasa msuk pusat.Sbar aje la.Undg2 tk kira siapa.."

Saya pernah mendengar alasan dan penjelasan yang sama dari mulut Ketua Special Branch sendiri ketika kami GMI dijemput bertemu dengan Menteri Dalam Negeri sendiri tapi sayangnya Menteri Dalam Negeri kecut perut untuk bertemu kami dan hanya menghantar Timbalannya sahaja.

Ketua SB tu Dato' Fuzi kot namanya kata, sebijik macam apa yg Mohd kata:

Ketua SB tu kata, kalau kena ISA ni lebih baik dan mudah sebab kalau didakwa bawah akta Jenayah akan boleh dihukum penjara hingga maksimum 28 tahun.



Puan Azean tidak meminta sebarang keistimewaan untuk anaknya, namun dia merayu dan mendesak agar anaknya dibicarakan di mahkamah diadili dengan sewajarnya atau dibebaskan saja sekiranya tiada bukti. Itu saja.

Paling penting kuasa polis yang berlebihan menzalimi rakyat dalam kes sebegini harus perlu didedahkan dan dihentikan segera.

Puan Azean berani ke depan dan menyatakan suara hatinya terhadap layanan polis yang tidak bertanggungjawab

Edmund Bon dari Bar Council dan Nalini dari SUARAM turut hadir memberikan pembelaan dan menuntut agar semua undang yang membolehkan seseorang dizalimi dan dinafikan hak mereka dihapuskan segera.

Di bawah ini pula persoalan dari saudara Isa. Ya mungkin ramai juga yang tertanya-tanya perkara yang sama. Benjy bukanlah ditahan di bawah ISA tetapi dibawah Akta Dadah Merbahaya dengan satu cara penahanan yang sama seperti ISA. Tahanan dinafikan hak mereka untuk dibicarakan. Hanya kerana polis percaya bahawa indvidu yang ditahan dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah dan sewaktu dengannya maka polis diberi kuasa untuk menahan mereka selama 60 hari. Sama saja dengan ISA.
Sewaktu ditahan juga amat sukar untuk keluarga menziarahi, peguam dapat akses dan mungkin tidak tahu di mana mereka berada. Tahanan terdedah kepada mental torture oleh polis.

Rasanya kita boleh katakan kita relah dituduh di bawah akta jenayah kerana kita punya hak untuk bertemu peguam dan keluarga dan berhak di bawa ke mahkamah untuk diadili dari dikurung tanpa mengemukakan bukti dan dibicarakan.

Kalau berani bawa ke muka pengadilan. Dengan menyimpan di bawah kuasaan polis hanya mengundang spekulasi apakah mungkin orang lain yang melakukan kesalahan tetapi demi menutup perkara buruk itu orang lain pula yang ditangkap.

Apa pun jua, walau sesiapa pun yang ditahan tanpa dibicarakan dan hak mereka dinafikan dan keluarga dizalimi maka mereka berhak mendapat pembelaan dari kita.
Isa said...

Salam Ummi,

Sekadar bertanya, pertamanya saya kurang info sebab saya kurang berminat mengikuti perkembangan artis tanahair. Setelah baca n3 ummi ini, timbul pula pertanyaan.

Di manakah polis sorokkan Benjy, adakah beliau di ISA kan..? Jika ISA.., atas alasan apa..?

Bukankah beliau terlibat dengan kes dadah.

5 April 2010 20:01


Delete
Blogger kulupSakah said...

"undang2 apa tak benarkan ibu bagi anaknya nasi?" ayat kak azean tu buat gua sebak.

6 April 2010 00:00

Blogger
Anonymous rona denero said...

wan mohd,apakah anda ikuti betul2 kisah ini?
bersyukur jadah hapa?
undang2 jadah hapa?
sila faham betul2..faham perlembagaan peersekutuan artikel berapa dan berapa apa hak org ditahan..mana lebih besar undang2 akta atau perlembagaan persekutuan..
hak itu telah dinafikan dan banyak keraguan sedang berlaku ...
ramai org masih tak percaya dan apabila kena batang tubuh sendiri baru marah2,
azean kata "dia faham dan dia bukan bodoh. kalau benar bicarakan dan bukan diperlakukan sepereti sekarang".
jangan sedap bercakap dan harap kamu dan keluarga kamu tak kena nanti

6 April 2010 09:08

2 comments:

aku dan isa said...

teringt semasa dlm tahanan polis selama dua bulan sebelum dihantar ke Kemunting.Dikurung di dlm sel seluas 8'x10'termasuk tandas 3'x3' dikepung tembuk separas pinggang menghadap pintu besi(bukan jeriji) yang sentiasa ditutup.Dikelilingi tembuk setiggi 14' dan tebal 1' tanpa tingkap kecuali tebukkan dipintu besi sebesar 6 " yg hanya dibuka utk tujuan komunikasi dgn penjaga dan menghulur makanminum.Tak dapat mengenal waktu yg tepat kecuali sayup azan yg dengar tak dengar.Cahaya siang hanya dikenal melalui lubang-lubang batu blok yg dipasang di barisan atas tembuk menghampiri siling.Ada sebiji lampu didlm sel yg hanya dihidupkan mulai jam 7.30 mlm.
Beginilah keadaan awal penghidupan yg dipaksa lalui terhadap orang tahanan tanpa bicara selama dua bulan di dlm tahanan polis.
Encik MOHD agak-agak boleh tahan tak?

ummu asiah said...

aku dan isa..

ya..sepatutnya rakyat dengar dari pengalaman org yang dizalimi sendiri..

Tapi kalau org yang hatinya telah ditutup dan dikunci tu memang tak beri apa-apa kesan dan bagi orang yang mementingkan diri sendiri juga.