Sunday 18 April 2010

Kesungguhan-Keberanian-Asas Kebangkitan

Hari ini tidak berpeluang untuk menjenguk keadaan yang berlaku di sekitar Hulu Selangor. Tidak tahu bagaimana kesibukan dan kesungguhan semangat petugas Pakatan Rakyat menjalankan gerak kerja masing-masing.

Harap-harap esok dapat meluangkan masa di sana.

Namun saya yakin ramai yang telah dan sedang berkorban dengan cara yang tersendiri untuk pastikan ada saham yang dilaburkan untuk memastikan kemenangan di sana.

Telah banyak gambar-gambar yang dikongsi sekitar hari penamaan calon di 3 entry sebelum ini.

Kini ada gambar yang agak menarik untuk dikongsi bersama lagi. Kesungguhan dan tidak menghiraukan kesusahan yang ada dalam diri semua pejuang Pakatan Rakyat. Maka kita harap pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa merenung akan perkara ini dan benar-benar memperjuang nasib rakyat.

Jadi pimpinan PR jangan nak sombong dan tinggi diri. Jangan memilih orang untuk ditegur atau tidak, atau pilih tempat nak tegur atau tidak.

Penyokong PR bekerja dengan sesungguh hati tanpa sebarang bantuan dan ganjaran (setakat yang saya sendiri kenal dan tahu). Semuanya kerana inginkan keadilan dan kemenangan untuk Pakatan Rakyat.

Lihat gambar di bawah:

Tengok gambar di atas...tak kesah di mana pun...di tepi-tepi bangunan sanggup dijadikan tempat melepaskan lelah. Tidak memilih tempat...asalkan dapat turun sama menyatakan sokongan. Ramai yang datang dari jauh.

Paling menyentuh hati saya ialah bila melihat ada yang datang dengan menaiki van yang agak berumur tanpa aircond dalam cuaca panas begini. penuh satu van. Dari plet no kenderaan saya pasti mereka datang dari jauh..dengan tuala dan kain bersidaian di tempat duduk masing-masing.

Saya yakin ada yang hingga hanya tidor dalam kenderaan ketika berada di sana.

Mengambil peluang mengumpul dana untuk kawasan masing-masing.

Gambar di bawah tidak ada kaitan dengan peristiwa PRK 094, cuma kenyataan di banner tu yang menarik. Peristiwa di sukan anak di Sekolah Rendah Islam Pintar siang tadi.

Keberanian asas kebangkitan....mesti berani.....melawan..menyatakan yang haq....menentang dan mendedahkan kezaliman...memerlukan keberanian.

No comments: