Thursday 15 April 2010

BN sudah umumkan calon...Bukan masa untuk makan angin lagi di Hulu Selangor!!

Menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selanagor seorang lagi ADUN PKR keluar parti. Kali ini ADUN Bakar Arang Tan Wei Shu pula. Sebelum ini beliau digugurkan dari barisan Exco Kedah.

Sementara itu (mungkin tidak berkaitan) Dari blog YB Zulkifli Noordin saya terbaca yang beliau akan berada di Washington dari 8 April hingga 26 April..syoknya dia....

Barisan Nasional juga pada petang ini seperti yang telah dijanjikan telah menamakan calon mereka yang akan bertanding iaitu P. Kamalanathan, Ketua Pemuda MIC.

Apa-apa pun persaingan pasti sengit Pakatan Rakyat akan bertarung dengan Kerajaan Barisan Nasional.

Ahli Barisan Nasional tidak sejak dulu lagi tidak perlu bekerja keras dan berkorban banyak untuk memenangi hati pengundi. Mereka mempunyai segalanya.

Sebaliknya bagi Pakatan Rakyat, faktor ahli yang komited untuk bekerja adalah penting. Ramai yang sudah 'looking forward' dan bersedia untuk berkorban segalanya. Ramai yang telahpun turun padang dan memulakan usaha. (teman blogger saya Sue Aleen memaklumkan kakaknya sudahpun bergerak dari Perak ke Hulu Selangor...mereka ini punya anak dan keluarga tetapi sanggup berkorban masa dan tenaga. Bahkan ramai lagi individu penyokong parti dan orang perseorangan yang akan turun dengan sesuci hati untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Semua mengharapkan kemenangan.

Bak kata YB Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan yang juga Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat.

"Tidak kira siapa calon yang diletakkan, jentera Parti telah berminggu-minggu turun ke Hulu Selangor menjalankan gerak kerja. Warga asal, Warga Felda, Warga Estet semua perlu dijumpai dan disentuh. Jangan ada yang makan angin. Mesti jumpa semua pengundi. Siapa pun calon yang diletakkan, kita tidak gentar."

Pada malam Perisytiharan Calon Hulu Selangor pada 13 hb April lepas, YB Fuziah Salleh juga mendedahkan taktik kotor dan pengecut SPR yang dianggap sebagai satu lagi parti komponen Barisan Nasional. Menurut YB Fuziah, SPR dalam kenyataan mereka di siaran Berita telah menyebutkan bahawa "hanya 100 orang penyokong yang dibenarkan mengiringi calon pada hari penamaan calon memandangkan terlalu banyak keganasan yang berlaku pada hari penamaan calon, dakwa mereka."

Menurut YB Fuziah lagi para penyokong yang lainnya hanya akan dibenarkan untuk berkumpul di Bilik Gerakan utama PKR di Kuala Kubu Bharu. Perkara ini sudah tentu tidak wajar dan tidak adil untuk para penyokong Pakatan Rakyat yang setiap kali penamaan calon akan diadakan akan turun berduyun-duyun dari seluruh pelusuk negara!. Apatah lagi hari penamaan calon diadakan di hujung minggu. Lihat saja kehadiran pada malam perisytiharan calon yang baru lalu, boleh dikatakan lebih dari 5000 orang penyokong telah membanjiri bandar Serendah.

Kita sering mendengar pemimpin hanya akan memperkatakan yang baik-baik untuk menarik perhatian pengundi, namun pada malam 13 hb yang lalu Dr Tan Seng Giaw dengan berani dan lantangnya menyatakan harapannya kepada pimpinan PR Selangor.

" Kita harap Tan Sri Khalid Ibrahim dapat tepati semua janji yang dibuat. Hulu Selangor mempunyai banyak masalah. Penduduk di sini hendak tahu status tanah di sini, masalah air, jalan, kebajikan dan masalah masyarakat yang benar-benar memohon dan mengharap."


Kita sentiasa mengharapkan semua pimpinan tertinggi dapat sentiasa bermuafakat dan berfikir untuk kepentingan rakyat seperti yang dijanjikan dan dicanangkan. Negara Berkebajikan.

Dikongsikan gambar-gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang datang dengan penuh semangat sebagai tanda sokongan untuk satu perjuangan besar yang akan berlaku di Hulu Selangor, Menyelamatkan satu kerusi penting, satu kerusi yang akan membawa suara rakyat ke Parlimen.

Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, buat masa ini dilihat cuba melakukan yang sebaiknya untuk rakyat. Seperti kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Menteri Besar Selangor seorang yang berjimat cermat, jimat belanja, belanja untuk rakyat.


"Terus terang disebut di sini, ada orang yang masuk PKR nak jadi wakil rakyat, nak kaya, nak projek, mereka boleh keluar dari sini."

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memberikan amanat yang panjang lebar kepada semua ahli dan semua penyokong untuk turut sama berjuang dan bekerja keras untuk kemenangan walau siapa jua calon yang telah dipilih. Apa yang penting kemenangan untuk rakyat keseluruhannya.

Pimpinan Wanita yang turut sama hadir membuktikan komitmen...WANITA BERDAYA......





Kehadiran Anwar Ibrahim disambut dengan meriah dan gegaran laungan REFORMASI....ternyata semangat sokongannya kepadanya tidak luntur dan tidak berbelah bahagi walau dilanda berbagai masalah.

Datuk Seri Nizar pula tidak kurang sambutan hangat kepadanya ketika bangun untuk berucap. Ucapan berapi-api darinya.

No comments: