Friday 16 April 2010

Mampukah SPR sekat kehadiran penyokong???


Mampukah SPR menghadkan kedatangan penyokong-penyokong ke kawasan Penamaan Calon kepada 100 orang??
dipetik dari sini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, berkata pilihan kedua ialah mengekalkan tempoh sedia ada tetapi penyokong calon dihadkan kepada 100 orang di pusat penamaan, dalam usaha mewujudkan suasana pilihan raya yang kondusif.

"Beliau berkata, sikap penyokong parti bertanding dan keadaan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan menjadi penentu sama ada pindaan terhadap undang-undang itu diperlukan.
Katanya, proses penamaan calon pilihan raya pada masa ini dilihat tidak sesuai dengan suasana politik di Malaysia yang menyaksikan terlalu ramai penyokong calon berarak ke pusat penamaan.

Berdasarkan sembilan pilihan raya kecil lalu, katanya, kehadiran terlalu ramai penyokong parti boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan awam.
"Setiap kali ada pilihan raya kecil, kita akan menyaksikan sehingga 15,000 penyokong parti politik termasuk dibawa dari seluruh negara dengan dakwaan ia melambangkan ‘kekuatan’.

"Dengan perbezaan ideologi politik, bersorak dan provokasi mungkin boleh menimbulkan ketegangan dan dengan jumlah begitu ramai sukar untuk polis menyuraikan jika sesuatu kejadian buruk berlaku," katanya ketika dihubungi semalam.

"Abdul Aziz berkata, keadaan seperti sekarang tidak berlaku di tempat lain malah di sesetengah negara penamaan calon dilakukan secara dalam talian. "

"Katanya, jika pilihan kedua diambil, proses penamaan calon akan hanya menyaksikan 100 penyokong mengiringi calon, manakala yang lain berkumpul di ibu pejabat operasi parti masing-masing. "

"Bagaimanapun, katanya, pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu tidak akan menyaksikan perubahan itu kerana langkah berkenaan hanya boleh dilakukan selepas undang-undang berkaitan dipinda."

"Jika keadaan di Hulu Selangor dan Sibu menunjukkan pola yang negatif dan arahan SPR tidak dipatuhi, kita perlu mencadangkan pilihan berkenaan untuk membolehkan jumlah penyokong dihadkan di pusat penamaan calon pada masa depan," katanya.

Cadangan SPR untuk membuat undang-undang baru ini pada Pilihanraya yang akan datang...
Jom kita tengok semangat penyokong yang hadir......
Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

PILIHANRAYA KECIL DUN BAGAN PINANG









No comments: