Thursday 15 April 2010

P094 Berpadu dan bekerjasama untuk kemenangan

Sedutan ucapan Presiden PAS di majlis Perisytiharan Calon Hulu Selangor.


"Bagi kita yang hadir pada malam ini di kalangan Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong kehadiran ini memberi semangat yang tinggi. Kepada media mungkin susah nak buat laporan, nak kata ramai dimarah boss, nak kata sedikit bohong, terpulang kepada mereka untuk laporkan jumlah kehadiran yang sebenarnya malam ini."

"Bagi pihak PAS kami membuat kenyataan yg terbuka untuk memberi sokongan yang sepenuhnya untuk calon Pakatan Rakyat yang ditunjukkan oleh Parti Keadilan Rakyat. Saya mengarahkan seluruh jentera-jentera PAS dan cawangan-cawangan PAS di Hulu Selangor supaya turun padang dan bekerja keras kerana kita bekerja secara berpadu dan bekerja sama tanpa mengira di kalangan kita siapa yang menjadi calon."

"Sudah tentu calon yang dipilih adalah calon yang hebat untuk dihantar ke Parlimen. Calon yang dipilih untuk membawa suara rakyat bukan calon yang mengangguk dan mengiakan apa saja yang dilaksanakan oleh pemerintah. Calon yang bercakap dan yang berucap dan yang akan membawa suara rakyat ke Parlimen."

"Pilihanraya ini bukan pilihanraya untuk tubuhkan kerajaan pusat. Maka saya menyeru orang UMNO dan Barisan Nasional supaya mengambil peluang jadikan Pilihanraya ini untuk menghantar wakil yang boleh menyedarkan pemimpin kerajaan."

"Pilihanraya ini bukanlah pilihanraya untuk buat jalanraya, untuk ambil upah tampal poster dan upah berkempen, tetapi Pilihanraya ini adalah sebuah harga diri untuk tentukan maruah negara dan rakyat seterusnya untuk generasi yang akan datang."

" Segala masalah yang berlaku di Hulu Selangor khasnya dan masalah yang berlaku di Selangor dan Malaysia amnya yang disebut oleh Dr Tan Seng Giaw adalah masalah warisan Barisan Nasional yang memerintah sejak 50 tahun lebih. Pakatan Rakyat telah buktikan bahawa kita berani membuat perubahan setelah mengambil alih pemerintahan Negeri Selangor."

"Apa yang dibuat oleh Selangor selama masa 2 tahun lebih mengambil alih, baru 2 tahun lebih bandingkan dengan 50 tahun mereka. InsyaAllah jika diberi kepercayaan untuk pimpin negara kita akan buktikan perubahan akan berlaku tanpa halangan seperti yang mereka buat kepada kerajaan-kerajaan negeri pada hari ini."

"Pilihanraya ini memberi makna yang besar bukan sahaja makna untuk Hulu Selangor, pilihanraya ini memberi syarat pada perubahan yang berlaku pada pilihanraya yang lalu. Jadi saudara saudari yang mewakili semua parti-parti politik dan semua kaum hendaklah bekerja dengan penuh semangat. Semangat bukan untuk Hulu Selangor tetapi semangat untuk mengambil alih kepimpinan negara."

"Bukan sekadar untuk perubahan di Parlimen Hulu Selangor malah untuk seluruh negara"

"Maka kerja yang kita buat di Hulu Selangor ini adalah landasan untuk kita membuat landasan yang lebih besar melalui masyarakat majmuk. Pelbagai kaum datang dari seluruh pelusuk negara. Kehadiran pada malam ini samada pengundi atau petugas dari seluruh negara adalah menandakan keyakinan dan kesungguhan mereka untuk bekerja bukan semangat pepsi-cola, tetapi semangat yang kuat dan berterusan."

"Menjadi sekolah untuk latih diri untuk menang lebih besar di kemudian hari."

" Sekiranya kita bekerja dengan lebih baik kita boleh kalahkan Barisan Nasional seperti di Mac 2008".

"Kita bukan menghadapi Parti Barisan Nasional tetapi Kerajaan Barisan Nasional yang tidak ikut demokrasi yang sebenar."

No comments: