Saturday, 12 May 2007

Mula..berblog..Alhamdulillah.

Sudah lama simpan keingininan untuk punya blog sendiri. Alhamdulillah dengan bantuan suami, hari ini dah terbina satu blog.

Saya suka menulis. Setiap hari apabila ada sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan saya, saya sentiasa terfikir jalan ceritanya untuk dikongsi bersama. Sayang pula rasanya jika tidak dicoretkan, kerana mungkin akan menjadi satu bahan sejarah dalam hidup saya, suami,anak-anak serta sahabat handai. Especially sekiranya kita sudah tidak ada lagi di dunia ini. Mungkin bahan tulisan ini bakal menjadi pengubat rindu kepada yang ditinggalkan.

.........Alhamdulillah...mulai hari ini 12hb Mei 2007 saya akan memulakan misi saya untuk mencoretkan pengalaman hidup sendiri. Semoga bermanafaat kepada sesiapa yang membacanya.

Ummu Asiah