Sunday 28 March 2010

"Selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang ZALIM."

Ketika berada di Kuala Kangsar bagi menghadiri perbicraan di Mahkamah selama seminggu sempat saya bersama suami mengisi masa terluang mendengar kuliah Magrib di Masjid Al Ridwaniah di Kuala Kangsar. Hebat Masjid ni setiap malam ada Kuliah Magrib oleh penceramah yang hebat-hebat. Ruang Masjid juga dipenuhi dengan ramai muslimin dan muslimat.

Menarik pengisian Ustaz Ahamd Tajuddin Ahmad Jali, yang menyampaikan kuliah pada ,Magrib 22hb Mac. Maka saya mengambil peluang berkongsi di ruang di dalam blog ini moga memberi kekuatan pada pengajaran kepada semua.

Pengajaran 1: Anda mengaku pejuang??

Kata Ustaz "Bila sebut pejuang bukan dia yang senang tetapi orang lain. Kalau dia pejuang dan dia dulu yang basuh tangan dan makan nasi maka tak kena."

Sambung Ustaz lagi "Orang yang dia perjuangkan akan menikmati kesenangan."
Ustaz memberikan pengajaran dari kisah para sahabat Ar Rasul (SAW):

Cantik perumpaan Ustaz "Apakah yang ditinggalkan oleh Saidina Abu Bakr, mana Istana Khalifah Umar, mana Mahkota yang dipakai oleh Saidina Uthman bin Affan, mana kasut kulit Saidina Ali?"

" Mereka adalah pejuang-pejuang, mereka bukan senang tetapi manusia senang akibat mereka"

Pengajaran Ke 2: "selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya".

Pada hari Jumaat 26hb Mac 2010 yang merupakan hari terakhir perbicaraan bagi minggu tersebut, peguam memohon agar seorang dari OKT iaitu Faiz yang merupakan seorang pelajar di sebuah Kolej di Utara Tanahair dikecualikan dari menghadiri perbicaraan. Ini kerana Puan Hakim telahpun menetapkan 2 set tarikh yang baru untuk sambung perbicaraan. Puan Hakim menetapkan tarikh 13-14hb April dan 27hb - 29hb April.

Faiz pula perlu menduduki peperiksan pada tarikh 11-29 hb April. Puan Hakim membenarkan dengan bertanyakan beberapa soalan seperti bila tarikh peperiksaan dan kolejnya di mana. Faiz perlu menghantar surat tentang tarikh peperiksaannya.

Hidup dibawah ikat jamin Mahkamah


Suami saya pula perlu ke luar negara pada awal bulan April ini untuk beberapa bulan. Maka beliau juga sukar berbuat demikian tanpa kebenaran mahkamah. Sungguh sukar menjalani hidup sebagai seorang yang bebas bagi mereka yang terlibat dalam kes tangkapan berkaitan Ops Bubar Dun Perak ini berbanding dengan kes tangkapan Perhimpunan Aman yang lainnya.

Peguam tidak memilih untuk membuat permohonan pengecualian bagi pihak suami pada hari tersebut melihatkan 'mood' Puan Hakim pada hari tersebut, maka permohonan akan dibuat pada tarikh yang lain sebaik surat rasmi dari syarikat untuk tugasan diterima.

Dalam kesukaran dan kedukaan menghadapi situasi tersebut saya telah menghantar mesej ringkas pada sahabat-sahabat untuk turut mendo'akan bagi pihak kami agar segalanya menjadi mudah mengikut apa yang terbaik dalam perancangan Allah.

Cadangan dari Kak Aliza isteri YB Saari Sungib yang juga masih perlu mengikuti perbicaraan atas tangkapan pada tahun 2001 ialah membaca surah at Tahrim ayat 11:

" wa najjini min Firauna wa'amalihi wa najjini minal qaumiz dzalimin". "Yakin, Allah akan lembutkan hati Hakim. Petua dari Syeikh Azmi bekas Mufti Penang. Minta kawan-kawan baca dari sekarang sampai masuk Mahkamah. Kak Jije selalu baca do'a ni"

Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata:" Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim " QS. at-Tahrim (66) : 11.

Friday 26 March 2010

Gambar perhimpunan Aman yang diganasi polis.

Gambar-gambar di bawah ialah gambar-gambar rakaman yang diambil oleh abah asiah salah seorang OKT yang ditangkap di masjid Ubudiah. Gambar-gambar ini adalah suasana yang sama yang dirakamkan oleh jurukamera video polis sebagai bahan untuk dirujuk oleh ASP Halimi semasa memberi kenyataan di mahkamah seperti di dalam entry yang lepas.


Kenderaan FRU yang didakwa oleh ASP Halimi sebagai telah rosak dibaling batu dan objek oleh 'PENYOKONG PAS' dan budak Sekolah Idrisiah. Kenderaan bernombor plat WMK 7241.

Kenderaannya juga didakwa dihalang oleh orang ramai yang berada di kiri dan kanan jalan dari bergerak menuju ke istana.

Relaks je pegawai FRU kat atas ni macam mengahayati keindahan panorama alam saja di sekitarnya saja. ASP Halimi kata keadaan runcing dan balingan objek dan maki hamun dari orang ramai yang katanya membenci polis!!! Polis anjing kerajaan, Polis Bodoh!!!

Katanya lagi orang ramai bertindak ganas dan keadaan kucar kacir.




Gambar ini juga didakwa sebagai orang ramai yang ganas terhadap anggotanya.

Relaks je orang dok tengok FRU...

Ishhh...ganas ke ni???






Wednesday 24 March 2010

Ops BUBAR DUN PERAK: "Buat karangan menggunakan perkataan2 ini: AGRESIF, BALING OBJEK, MAKI HAMUN POLIS, ENGGAN BERSURAI"

Hari ini 24hb Mac 2010, Mahkamah kembali menyambung bicara kes Ops Bubar Dun Perak.
Pihak pendakwaraya membawa saksi mereka yang seterusnya iaitu ASP Ahmad Halimi bin Hamidi. Pegawai FRU.
Berdasarkan soalan ringkas dari pihak pendakwaraya saksi telah memberi jalan cerita yang panjang lebar mengenai apa yang berlaku pada tarikh 6 hb Februari 2010 berdasarkan ingatannya dan berdasarkan rakaman video pihak polis.
Beliau memulakan keterangan dengan menceritakan tugas-tugas amnya sebagai ketua pegawai FRU iaitu menjaga ketenteraman, menyuraikan rusuhan dan kawalan orang ramai kalau ada sukan bolasepak dan sebagainya.
DPP : Pada 6/2/2009 apakah arahan yang diterima?
Saksi : Yang Arif saya mohon refer kepada dokumen saya.
Hakim : Ingat dulu.
Saksi : Terima arahan dari ketua unit Abu Hassan bin Jaafar untuk beri bantuan pada IPD Kuala Kangsar. Siap sedia di balai.
DPP : Terima arahan pukul berapa?
Saksi : Terima arahan pukul 10.45 pagi dan bertolak jam 11.15 pagi.
DPP : Siapa yang menyertai En Halimi?
Saksi : 2 orang pegawai dan.....anggota
DPP : Berapa kenderaan?
Saksi : 7
DPP : Kemudian?
Saksi : Sampai di IPD Kuala Kangsar dan siap sedia.
DPP : Apa maksud siap sedia?
Saksi : Akan bersiap untuk bertugas dalam masa 15 minit, siap dengan uniform lengkap.
Seterusnya kesah penceritaan saksi adalah seperti di bawah:
Sampai di situ di beri taklimat dalam kata lain akan bertugas bergerak pada bila-bila masa. Tugasan senario di waktu itu besar kemungkinan di Istana Iskandariah.
DPP : Bilakah tugasan ke atas En Halimi?
Saksi : Tugasan untuk berlepas ke Istana pada 2 petang arahan dari PCC Kuala Kangsar.
DPP : Apa arahan?
Arahan: Bersiap sedia menuju ke Istana Iskandariah.
Saksi : Menuju ke Istana Iskandariah beri bantuan pada troop yang ada di sana. Bila dapat arahan kumpulkan anggota. Setelah semua cukup menuju ke Istana bersama anggota tetapi semasa berada di Masjid Ubudiah terdapat halangan untuk teruskan pergerakan.
DPP : Pada masa tu ada di mana? Rujuk gambar rakaman.
Saksi : Pada masa tu masa naik menuju ke Istana saya berdiri berdekatan dengan loceng bersama pembantu menjaga keselamatan. Sebelum tiba terdapat halangan sebelum sampai bila sampai tu ada halangan dari orang ramai yang berada di kiri kanan jalan yang ganggu laluan.
DPP : Bagaimana reaksi orang ramai?
Saksi : Kebanyakan reaksi tak la agresif sangat masih dalam terkawal tapi bila hampir dengan masjid baru dapat halangan untuk teruskan perjalanan.
DPP : Untuk persediaan tugasan apakah kelengkapan?
Saksi : Senapang, grenade, shield, cota, bendera, gas mask, helmet, gas gun, peluru gas gun.
DPP : [bila berlaku halangan]
Saksi : Nampak halangan bila nak teruskan perjalanan tak boleh gerak so saya anggap halangan. Saya ada beri arahan supaya jangan beri halangan tetapi kumpulan enggan bekerjasama.
DPP : tadi cakap ada halangan, jadi yang lain macamana?
Saksi : Anggota lain pun tak boleh gerak.
DPP : [Bagaimana reaksi]
Reaksi Negatif pada polis POLIS BODOH, POLIS ANJING KERAJAAN
Saksi : Reaksi negatif pada polis, mengeluarkan kata-kata kesat, objek dibaling pada polis, batu kayu, botol. Ada juga kata-kata kesat dikeluarkan, POLIS BODOH, POLIS ANJING KERAJAAN. Amaran diberikan juga mereka enggan bersurai.
DPP : Secara lebih spesifik di mana?
Saksi : Sekolah Agama Idrisiah dan juga Masjid Ubudiah Jalan utama menuju ke Istana Iskandariah.
DPP : Apakah tindakan yang diambil?
BERI AMARAN BERSURAI 4 KALI
Saksi : Beri amaran supaya mereka bersurai dan memang kita beri masa mereka bersurai dan jika enggan kita ambil tindakan yang sesuai. Kita beri amaran sebanyak 4 kali supaya bersurai dalam bahasa Malaysia. Jika enggan bersurai saya akan suraikan dengan kekerasan.
DPP : Tadi ada kata beri arahan bersurai sebanyak 4 kali. Satu arahan bersurai yang lain ambil masa berapa lama?
AGRESIF DAN LONTAR OBJEK
Saksi : Jangkamasa yang berpatutan, 5 minit dan saya saya andaikan mereka faham dengan arahan tersebut sebab mereka semakin agresif bila arahan bersurai. Melontar batu dan objek-objek yang lain.
DPP : Daripada yang dilihat bila beri arahan bersurai aPakah reaksi dari orang ramai bersurai bila beri arahan?
Saksi : Dari pengamatan saya memang mereka enggan bersurai sebab semakin lama kumpulan bertambah semakin ramai dan maki hamun dan balingan objek kepada saya hingga menyebabkan 2 orang anggota saya cedera dan kenderaan saya rosak. Anggota saya yang cedera ialah Lans Koperal Jusli bin Juana dan Lans Koperal Zaid.
DPP : Boleh awak kenal mereka?
[dua orang anggota tersebut dibawa masuk untuk dicam oleh saksi]
Saksi : Keadaan menjadi bertambah buruk tetapi masih beri peluang amaran tetap diberikan beberapa kali supaya mereka faham, bersurai dengan serta merta jika tidak kekerasan akan diambil. Bila enggan saya bunyikan loceng untuk beri arahan anggota akan ambil tindakan untuk buat tembakan gas. Walaupun mereka berpecah mereka kumpul semula. Bila tembak gas. Bila pecah kumpulan tersebut mereka kumpul semula di belakang dan kepung kenderaan saya.
Batu-batu masih lagi dilontarkan, botol air mineral, kayu. Berpecah tetapi berkumpul semula.
DPP : Dimana?
Saksi : Di belakang dan di hadapan kenderaan saya. Pergerakan kenderaan juga tidak lancar.
DPP : Maksudnya?
Saksi : Ada kenderaan tertinggal, objek yang dibaling pecahkan cermin, saya terpaksa berikan bantuan pada kecedaraan 2 orang anggota saya. Disebabkan keadaan ini troop lain dari Istana datang berikan bantuan.
DPP : [rujuk kepada kenderaan yang rosak]
Saksi : Mohon pada Yang Arif untuk lihat statement, lupa nombor kenderaan. WMK 7241 dan WQV 3610. Keadaan tidak terkawal. Masih lagi objek dibaling ke arah kenderaan saya dan juga maki hamun.
DPP : Kedudukan orang awam di mana?
Saksi : Meliputi semua tempat, masjid, jalanraya dan simpang-simpang yang berdekatan.
DPP : [ada kawawan untuk bersurai]
Saksi : Kawasan membangun, perumahan, ruang banyak laluan untuk bersurai.
DPP : Bantuan dari troop apa yang berlaku?
Saksi : Mereka juga buat tembakan gas dan dapat juga bantuan daripada cawangan penangkap dan cawangan polis yang lain dan kenderaan saya boleh bergerak ke Istana Iskandariah sebagaimana diarahkan.
DPP : Lebihkurang berapa lama pasukan Tuan tersekat di Masjid?
Saksi : Lebihkurang 40 minit. Lepas tu bergerak ke istana dan standby di sana.
DPP : Pada masa sekatan apa yang berlaku?
Saksi :Kebiasaannya bila amaran diberi mereka akan beri laluan tetapi kumpulan ini enggan beri laluan.
DPP : Lihat F17 jam 2:39 dan P19-F15
Saksi : Terdapat maki hamun, suruh orang bersurai, itu sebab berhenti di atas jalan, bila amaran diberi banyak kali enggan surai, amaran dalam Bahasa Melayu. Memang ada beri arahan tetapi mereka dalam kumpulan yang semakin ramai.
DPP : rujuk gambar rakaman.
Saksi : Saya yang pegang loud hailer. Memberi arahan bersurai serta merta atau surai dengan kekerasan dalam Bahasa Malaysia dan mudah difahami. Di sebelah saya ialah pembantu saya.

KEADAAN JADI SEMAKIN RUNCING
Saksi : Memang kita akan beri amaran banyak kali amaran bersurai tetapi keadaan menjadi semakin runcing dan terdapat orang berbaring di atas jalan dan memang mereka enggan bersurai.
Saksi : Senario itu semakin agresif maki hamun dan pelajar Idrisiah baling objek, amaran berterusan tetapi enggan. kumpulan semakin lama semakin bertambah, mereka yang buat halangan.

PERGERAKAN TERBANTUT; PERGERAKAN FIZIKAL
Saksi : Mereka memang sangat hampir dengan anggota saya. Pergerakan fizikal pun ada dari orang awam terhadap anggota saya, pergerakan saya jadi terbantut untuk menuju ke Istana Iskandariah.

SEMAKIN AGRESIF
Saksi : Dan orang ramai semakin agresif membaling objek terhadap anggota saya.
DPP : Yang awak kata Sekolah Idrisiah tu di sebelah mana?
Saksi : Di sebelah kanan saya. Ada objek dibaling, botol, kayu dari arah sekolah Idrisiah. Amaran tersebut memang mesti disebutkan dan kita memang fasih. Satu kemestian kalau tidak akan dipertikaikan. Selalunya orang akan bersurai tetapi di Masjid Ubudiah tidak begitu.
DPP : Apa tindakan?
Saksi : Ambil tindakan yang paling minimum. Dalam keadaan begitu sangat rapat terdapat body contact memang mereka enggan beri laluan.
DPP : Apa yang terjadi?

MEREKA MENOLAK ANGGOTA SAYA
Saksi : Terdapat kekerasan. Mereka mula menolak anggota saya ke belakang. Beri amaran beberapa kali mereka enggan bersurai malah mereka menolak anggota saya ke belakang. Loceng bunyi sebagai amaran tembakan gas.
DPP : Masa mula beri amaran sampai bunyi loceng adakah tembakan gas sebelum bunyi loceng?
Saksi : Pada kebiasaannya.....
DPP : Tidak beri pada masa sekarang.
Saksi : Tak ada.
Saksi : Sehingga bunyi loceng halangan masih wujud yang jadi keadaan tidak terkawal objek dibalingkan angka yang kumpul semakin tambah dan kenderaan tak dapat hala ke Istana,
DPP : Apa tindakan FRU?

OBJEK MASIH DIBALING
Saksi : Mereka undur ke belakang untuk mengelakkan ada pergeseran fizikal. Keadaan ketika lepaskan tembakan gas juga nak lihat mereka bersurai atau tidak, mereka enggan bersurai. Anggota saya dan kenderaan mula merempuh kumpulan tersebut. Kumpulan berpecah sementara saja kemudian berkumpul semula. Tetapi objek masih dibaling.
DPP : rujuk F33.
Saksi : Perjalanan tidak lancar, halangan tetap ada dari masa ke semasa. Terdapat halangan di hadapan kenderaan. Kenderaan masih ada halangan, masih berkumpul untuk buat halangan pada kenderaan Raja Muda Perak.
Arah pemandangan saya tidak terbatas sebab kena buat pemantuan.
DPP : Rujuk gambar kenderaan.
Saksi : Kerosakan akibat batu dan objek, 2 kerosakan. WMK 7241. Cermin kenderaan retak akibat balingan objek semasa kejadian.
Tiada lagi soalan dari Pendakwaraya dan disambung soalan balas dari pehak peguambela. Dimulakan dengan Salim Bashir.
Peguam : Rujuk P23C F 17. Adakah ini kenderaan kamu?
Saksi : Ya.
Peguam : Di manakah lokasi ini?
Saksi : Berdekatan dengan jambatan jalan menuju ke masjid Ubudiyah.
Peguam : Belum ada apa-apa halangan?
Saksi : Setuju.
Peguam : Mohon mahkamah rekodkan masa 2:39 petang. menuju ke Masjid Ubudiyah dari pekan Kuala Kangsar. Pergerakan masuk.
Peguam : Rujuk gambar. Adakah kenderaan kamu sampai ke masjid jam 2:38?
Saksi : Tugas saya sebagai pegawai, soalan itu sesuai ditanya pada...(cuba memberi penjelasan)
Peguam : Awak tidak tahu pada masa bila?
Saksi : Angguk
Peguam : Mungkinkah awak tidak ada dalam vehicle ini mungkin kenderaan pasukan lain, setuju atau tidak, tidak dapat jawab?
Saksi : Tidak setuju. Saya tidak tahu masa berdasarkan gambar ini.
Peguam : Please record the discrepancies in time Puan.

ADA TAK BERI AMARAN, TEMPOH MASA.
Peguam : Lihat F16, kenderaan kamu belum menghampiri orang yang sedang berkumpul. Adakah kamu berhenti di situ dan beri amaran?
Saksi : Saya akan beri amaran dari masa ke semasa.
Peguam : Soalan saya adakah kamu beri amaran pada masa kamu berhenti di situ (rujuk dalam gambar rakaman)
Saksi : Ada.
Peguam : Ada kamu beri tempoh bersurai? Rujuk pada F23 dan F24. Mengikut gambar ini ada tak tempoh diberi, yang frame ini.
Saksi : [masih berdegil untuk tidak menjawab mengikut soalan dan cuba beri penjelasan]
Peguam : Saya mahu tahu yang dalam frame ini kamu jangan degil. Ada tak masa diberi???
Saksi : Ada masa 2:46 petang.
[disambut deraian ketawa dari semua..tak tahan...lain yang tanya lain yang jawab, peguam tanya tentang tenpoh masa dua minit ke, 4 minit ke tapi yang jawapan yang diberi ialah masa yang tercatat pada skrin video rakaman yang tertera di TV jam 2:46 petang!!!!!]
Peguam : Bukan masa di skrin. Ada tak tempoh masa diberikan.

AGRESIF LAGI!!
Saksi : [cuba lagi mengelak dari menjawap] Mereka semakin agresif.
[Hakim pula mencelah dan menegur saksi "Encik Halimi tolong beri jawapan berdasarkan pada gambar frame ini bukan cerita"]
Peguam : tadi masa DPP tanya soalan kamu ada kata ada beri tempoh masa, so ada tak kamu beri tempoh masa menurut frame ini?
Saksi : [cubaan membuat penjelasan lagi!!] What my discretion bila sampai kita akan alert them.
Peguam : Ada tak beri tempoh masa di situ???
Saksi : Di situ..tak ada.
Hakim beri teguran lagi " Encik Halimi tolong dengar soalan jawab soalan tak perlu bagi penjelasan"
Peguam : Ikut masa yang ini ada tak?
Saksi : Tak ada.

TINDAKAN REMPUHAN
Peguam : Rujuk pada gambar rakaman. Adakah ini tindakan rempuhan?
Saksi ;[]
Peguam : Mohon catatkan tindakan rempuhan jam 2:50 petang direkodkan. Arahan bersurai pada jam 2:44 petang.
Peguam : ASP apakah masa yang tertera di situ?
Saksi : 2:46 petang.
Peguam : Arahan pertama 2:46 petang mahkamah tolong rekodkan. Lihat F27. ASP beri arahan pada masa ini pukul berapa?
Saksi : 2:49 petang.
Peguam : Ambil masa 3 min. 2:50pm rempuhan berlaku ambil masa 4 minit. Dari masa tempoh arahan bersurai hingga merempuh ASP ambil masa untuk tindakan rempuh 4 minit. Sudah tentu dalam masa 4 minit sukar orang ramai nak bersurai sebab masa terlalu singkat.
Saksi : Tak setuju.
Peguam : Boleh beritahu dari masa pertama hingga ke rempuhan berapa jaraknya?
Saksi : 30 kaki.
Peguam : Setuju tak yang ianya adalah satu jarak yang sangat dekat?
Saksi :[]
Peguam : Berapa ramai orang?

MASA 4 MINIT TAK SESUAI UNTUK AMARAN BERSURAI
Saksi : Kumpulan ramai, dalam 600 orang, di kiri kanan jalan, qariah masjid dan budak sekolah.
Peguam : Dalam keadaan begini tindakan merempuh orang ramai dalam masa 4 minit tak sesuai?
Saksi : Tak setuju.
Peguam : Sebelum beri arahan surai beri masa 20 minit setuju? Tidak dalam keadaan itu perkara itu tidak berlaku setuju?
Saksi : Setuju.
Peguam : Dalam keadaan biasa kamu ada katakan beri masa 20 minit untuk bersurai?
Saksi : Setuju
Peguam : Saya cadangkan dalam keadaan begini tak sesuai?
Saksi : Keadaan berbeza.
Peguam : Setuju tak walaupun orang ramai dalam keadaan hiruk pikuk bising ramai juga tak dengar arahan bersurai?
Saksi : tak setuju.
Peguam : Setuju jika saya katakan even if orang nak surai dalam masa 4 minit dirempuh sukar nak surai dalam keadaan orang ramai dengan orang yang telah ditangkap sukar nak surai?
Saksi : tak setuju.
Peguam : Dalam keadaan begitu ASP tak tahu berapa orang dah ditangkap sebelum ASP datang?
Saksi : Angguk
Peguam : Mungkin mereka telah bersurai tetapi ditangkap di tempat lain tak bleh nak pastikan perkara ini?
Saksi : Angguk2

PECAH-KUMPUL-PECAH-KUMPUL
Peguam : Juga ada beri keterangan benda tu tak boleh dikawal, pecah kumpul pecah kumpul?
Saksi : Setuju
Peguam : Mungkin pecah, kumpulan lain pula yang datang kumpul?
Saksi : Tak setuju.
Peguam : Tapi ASP tak dapat pastikan bahawa orang tu juga?
Saksi : [tetap katakan orang itu juga] Sebab mereka bawa banner, suara mereka laungan mereka.
Peguam : Ada tak dalam pengamatan kamu ketika itu setelah amaran bersurai diberi, nampak anggota tangkapan menangkap orang?
Saksi : tak pasti.
Soalan balas diambil alih oleh peguambela seterusnya Hj Aminuddin.
Peguam : Beritahu mahkamah keadaan di tepi jalan, kosong atau berpagar? Pagar Masjid Pagar Sekolah?
Saksi : Ada kosong ada pagar.
Peguam : Setuju kalau saya katakan bahawa sebahagian besar kiri kanan jalan berpagar?
Saksi : Tak setuju.
Peguam : Adakah kamu katakan sekolah tidak berpagar?
Saksi : Tidak.[maksudnya berpagar]
Peguam : Bila sampai ke masjid ada halangan di jalanraya?
Saksi : Setuju.
Peguam : Saya katakan kiri kanan jalan ada kawasan berpagar?
Saksi : Tidak setuju.
Peguam : Kamu bertindak memberhentikan kenderaan atas alasan apa? Untuk lihat reaksi orang ramai ada halangan atas jalan?
Saksi : Setuju.
Peguam : Bukankah kamu katakan orang yang atas jalan tidak halang laluan kamu?
Saksi : Setuju.
Peguam : Berdasarkan yang kamu tengok ada nampak asap gas pemedih mata dibaling semula ke atas jalan dari arah masjid?
Saksi : Tak pasti.
Tiada soalan lagi dari pehak peguambela. Mahkamah ditangguhkan jam 1 petang dan akan disambung semula pada hari Khamis 25hb Mac 2010 jam 9 pagi.

Tuesday 23 March 2010

Mana ada ganas la..polis yang ganas!!


Laporan soal jawab di Mahkamah pada hari ke dua perbicaraan sesi 22hb -26hb Mac. Tarikh : 23hb Mac 2010. bermula jam 9.43am. Timbalan Pendakwaraya memulakan menyambung mengambil keterangan dan kemudiannya Peguambela Encik Augustine Anthony bangun membuat soal balas terhadapa saksi.

Sebelum ini kita telah mendengar testimoni En Zaaba pemandu kereta AFT 74 yang cerminnya telah pecah akibat dibaling batu (pendakwaan)
------------------------------------------------------------------

Peguam : Anda merupakan pemandu kereta AFT 74?

Saksi : Setuju

Peguam : Selepas buat laporan polis bilakah anda dapatkan salinan repot polis tersebut? Salinan repot polis ini hanya baru didapatkan semalam!!! 22/3/2010.

[diiringi dengan dengusan tanda-tanda kejutan pada semua yang hadir kerana laporan hanya baru diambil oleh beliau pada hari beliau sepatutntya memberi keterangan di mahkamah!!!]

Saksi : [diam dan ambil masa yang lama memikirkan jawaban]

Peguam : ok anda boleh jawab tak setuju. Bila lihat laporan balik selepas buat salinan?

Saksi : Saya memang ada satu salinan.

Peguam : Dalam laporan polis itu ada tulis "penumpang yang menaiki kenderaan itu tidak cedera" Jadi siapakah penumpang kenderaan itu?

Saksi : Sayalah.

Peguam : Tadi dah katakan yang anda pemandu, jadi siapakah penumpangnya?

Saksi : Tak ada siapa.

Peguam : Setuju bahawa keterangan anda pada mahkamah dan catatan pada laporan ada sedikit kekeliruan. Setuju ya?

Saksi : Mengangguk

Peguam : Laporan ini dibuat masa ingatan En Zaaba masih kuat?

Saksi : Setuju.

Peguam : Anda setuju bahawa jika kesemua video-video ini tidak ditunjukkan maka tak boleh terang di mahkamah?

Saksi : Setuju.

Peguam : Setuju bahawa semua rakaman ini bukan rakaman yang dibuat oleh En Zaaba?

Saksi : [tegak, diam tidak menjawab dan tersenyum]

Peguam : Setuju?....setuju jawab setuju jangan senyum saja.


Ahli Demonstrasi adalah hanya penyokong PAS.


Peguam : Semalam Encik setuju semua yang sekat kenderaan adalah penyokong PAS?

Saksi : Setuju

Peguam : Mereka pada pendapat Encik adalah bukan India, Cina tetapi Melayu semua Melayu ya?

Saksi : Setuju.

Peguam : Mainkan video dan hentikan di Frame 38. Tadi ada buat laporan polis penyokong PAS dan semua orang Melayu?

Saksi : Setuju

Peguam : Setuju bahawa dalam frame ini mungkin orang India penyokong MIC. Mungkin sajala, sudah tentu tidak, ada juga budak Cina. Budak India betul-betul sekat kereta. Orang India betul-betul sekat kereta tersebut adalah penyokong PAS? Jawapan? Tak pasti?

Saksi : Tak pasti.

Peguam : Orang Cina dalam frame ini adalah penyokong PAS?


Saksi : Pemberita tapi tak pasti.

Peguam : Orang yang pakai baju kuning yang betul-betul baring di depan kereta adakah dia penyokong PAS, adakah anda tahu dia ni?

Saksi : Penyokong PAS tak pasti.

Peguam : Jadi anda setuju dengan saya mereka yang sokong PAS adalah yang menyekat jalan?

Saksi : Sebab mereka membawa bendera PAS.

Peguam : Jadi inilah andaian saja. Setuju dengan saya ada perbezaan dalam laporan polis dan keterangan di mahkamah?

Saksi : Setuju.

Peguam : En Zaaba tengok orang yang duduk dalam kandang ni anda kenal mereka?

Saksi : Tak.

Peguam : Jadi mereka yang berkumpul pada hari itu anda tidak tahu mereka yang duduk dalam kandang pada hari ini?

Saksi : Tak.

Rakyat mengganas terhadapa Raja Di Hilir???

Peguam : Encik Zaaba beritahu semalam berada dekat Raja Di Hilir?

Saksi : [mengangguk]

Peguam : Pada masa tu di F38-46 dia kononnya kereta Raja di Hilir tersekat. Tiada sebarang keganasan dan keliaran yang berlaku. Mereka tak ganas.

Saksi : Tak setuju. Mereka semakin ganas.

Peguam : Saya cadangkan masa kereta tersekat Tuanku begitu mesra, sangat mesra dengan orang ramai yang berkumpul di situ dan telah turunkan cermin kereta dan bersalaman dengan orang ramai yang berkumpul di situ. Jadi adakah bermaksud dengan subjek dengan Tuanku adalah ganas.

Saksi : Mereka ganas selepas itu.

Peguam : [menyerahkan gambar bukti yang menunjukkan Tuanku mesra dengan orang ramai, cermin kereta diturunkan dan mengangkat tangan pada orang ramai. Gambar dipohon menjadi bahan bukti. Telah mendapat bantahan dari DPP kononnya baru diberi sedangkan mereka juga sering buat begitu!!!. Mahkamah menerima sebagai exhibit bahan bukti]

Peguam : Bukan polis saja yang ambil gambar ye, orang ramai juga mengambil gambar.

Peguam : Anda setuju gambar itu diambil masa kereta tersekat?

Saksi : [sukar nak catatkan respon saksi kerana beliau duduk macam patung tegak dan muka yang serius kadangkala tersenyum bila mungkin soalan itu sukar untuk dia jawab]

Peguam : Anda boleh cam siapa yang berada di dalam kenderaan?

Saksi : Setuju

Peguam : Anda setuju Tuanku turunkan cermin dan lambai pada orang ramai?

Saksi : Setuju.

Peguam : Saya cadangkan pada Encik Zaaba tiada sebarang keliaran (keganasan) dan tidak sopan yang berlaku pada Raja Di Hilir? gambar ni.

Saksi : Ya

Peguam : Kita lihat pada gambar la ye. Tanpa melihat pada gambar, bila anda keluar dari kenderaan memang Tuanku bersalaman dengan orang ramai.

Saksi : Bersalaman sebelum la. Selepas bersalaman mereka ganas. Bila saya pastikan cermin dah naik dan Tuanku dah selamat baru saya masuk kereta saya. Sebelum gas pemedih mata ditembak.

Peguam : Semasa anda mengiring semasa orang berkumpul ada tak sebarang kerosakan pada kenderaan?

Keganasan (kononnya) dan kerosakan selepas gas pemedih mata

Saksi : Sebelum tembak tak ada.

Peguam : Setuju dengan saya bahawa kerosakan pada kereta AFT 74 adalah selepas gas pemedih mata ditembak?

Saksi : Setuju.

Siapa yang baling batu???

Peguam : Anda setuju dengan saya melalui gambar yang ditunjukkan pada anda anda tidak tahu siapa yang baling batu pada kereta anda?

Saksi : Setuju.

Peguam : Anda juga tidak tahu apa yang dibalingkan?

Saksi : Tahu, BATU.


Mungkinkah polis yang menyamar???

Peguam : Kalau tidak kita kena tengok balik rakaman. Anda setuju dengan saya anda beri keterangan berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Rakaman yang orang lain buat. Tak tengokla orang baling batu, tiba-tiba ada batu dalam kereta. Mungkin polis menyamar ke?

Saksi : [tak dapat rekod apa jawapan]

Peguam : Tengok orang yang ada di sini adakah mereka yang baling? Anda tidak kenal siapa yang baling batu?

Saksi : []

Peguam : Menerusi gambar ini anda pun tidak tahu apa objek yang dibuang? Setuju. Gambar pun tak jelas. Jadi anda setuju dengan saya bahawa identiti orang yang baling batu tak tahu siapa pun?

Saksi : Setuju.

Rakyat (OKT) yang bantu elak sesak dan sekatan!!!

Peguam : Anda setuju dengan saya orang yang berjubah putih, bervest hitam serban putih dalam gambar rakaman tersebut sedang cuba beri laluan untuk kereta Raja Di Hilir bergerak untuk mudahkan RDH berjalan dengan lancar. Orang tersebut dengan rakan-rakannya lah cuba bantu memudahkan Tuanku keluar dari kawasan yang tersekat.

Saksi : Ye la sekarang saya dah boleh keluar.

Peguam : [ulang semula soalan di atas] setuju? senang soalan tu.

Saksi : []

Peguam : Jadi anda setuju dengan saya kehadiran dia (orang yang disebut di atas) dia memudahkan Tuanku terkeluar dari sekatan bukan? Ini orang yang bantu mudahkan bukan yang memberontak seperti orang Cina dan India dan orang yang berbaju kuning tu.

[Tiada soalan lagi dari peguambela Augustine Anthony. Disambung pula dengan peguambela Salim Bashir]

Peguam : Berapa lama kamu jadi pemandu atau escort Raja Di Hilir?

Saksi : 3 tahun lebih.

Peguam : Kamu agak biasa dengan keadaan persekitaran di sana?

Saksi : Setuju

Peguam : Setuju bahawa anda cuma ada satu jalan keluar ke istana ke jalan besar?

Saksi : Setuju

Peguam : Setuju dengan saya bahawa jalan semua dikerumuni dengan polis dan orang ramai?

Saksi : Setuju.

Peguam : Setuju bahawa orang ramai sukar untuk pulang ke rumah dan sebagainya?

Saksi : Setuju.

Peguam : Mengikut gambar yang ditunjukkan kepada kamu tidak ada arahan bersurai?

Saksi : Ada.

Peguam : Mengikut gambar??

Saksi : Tak ada.

Peguam : Dan mengikut gambar juga ada tembakan gas pemedih mata?

Saksi : Setuju.

Peguam : Ada tak episod ada arahan bersurai sebelum tembakan gas?

Saksi : [diam tiada jawapan, tegak kaku]

Peguam : Tengok gambar.

Saksi : Tak ada.

[Tiada soalan lagi dari peguambela Salim Bashir dan diambil alih oelh peguambela yang ketiga yang mewakili OKT iaitu Tuan Haji Aminuddin]

50 orang baling batu sembunyi belakang pokok hijau hijau

Peguam : Dalam repot kamu kata ada lebih kurang 50 orang. Di mana anda kenal pasti??

Saksi : DI BELAKANG POKOK. yang hijau-hijau tu.

Peguam : Tapi yang halang kereta di atas jalan anda tak nampak. Kamu katakan kumpulan 50 orang melempar batu.

Saksi : Kumpulan berkenaan tidak benarkan saya pergi ke istana dan mereka melontar batu ke arah saya.

Peguam : Soalan saya, adakah kamu nak kata yang 50 orang juga yang nak baling batu pada kamu??

Saksi : Dalam kumpulan 50 orang. Sefaham saya dalam 50 orang dalam kumpulan.

Peguam : Soalan saya berapa ramai yang baling batu?

Saksi : Tak pasti.

Peguam : Ini repot kamu dengan keterangan kamu pada hari ini tak selari??

Saksi : Tak pasti.

Timbalan Pendakwaraya pula bangun untuk bertanyakan soalan kepada saksi. Persoalan tentang siapa penumpang yang tak wujud tapi disebut dalam laporan saksi kepada polis.

DPP : Tadi kamu katakan penumpang dalam kenderaan tak alami kecederaan.

Saksi : Saya yang memandu jadi tak ada penumpang so tak ada penumpang yang alami kecederaan.

DPP : Pada pendapat awak penyokong PAS berbangsa Melayu ada Cina ada India dan lain-lain. Jelaskan pada Mahkamah orang yang mengikut kamu adalah penyokong PAS itu bagaimana?

Saksi : Dari bendera yang mereka pegang, pakaian dan lambang yang mereka pakai. Mereka juga laungkan Allah hu Akbar.

DPP : merujuk kepada gambar Raja Di Hilir...anda di mana di dalam kereta?

Saksi : Mula-mula mereka agresif, mereka masukkan tangan dalam kenderaan [ini yang ada dalam catatan penulis, namun saksi sentiasa sedaya upaya cuba nak tekankan yang orang ramai GANAS!!!!]

---------------------------------------------------------------------

Peguambela pula bangun untuk cross examine. Salim Bashir.


Peguam : Sekarang ikut ingatan jangan tengok gambar. Arahan bersurai datang dari arah mana? Hadapan? Arah masjid? Berapa km?

[peguam bertanyakan ini sebab saksi pun dah macam nak jadi macam polis sebab sebutkan ada arahan bersurai yang dia sendiri tak faham!!!!]

Dari mana dan siapa arahan datang?

Saksi : Tak ingat.

Peguam : Arahan dari mana?

Saksi : FRU di hadapan.

Peguam : Dari mana? FRU di hadapan? Atas jalan? berapa ramai?

Saksi : Ramai. Arahan keluar dari FRU yang ramai atas jalan.

Peguam : Arahan, bagaimana dia bagi arahan?

Saksi : Arahan bersurai sebelum tembakan. Saya tak nampak arahan dari siapa, dengar saja.

Peguam: Apa yang didengar, anda sudah setuju.

Saksi : Kumpulan FRU.

Peguam : apa perkataan yang dia sebut?


Saksi : Bersurai, bersurailah.

Peguam : Sekali? Satu kumpulan FRU sebut bersurai dalam kumpulan ramai FRU. Apa arahan sebenar awak tak tahulah. Di mana dengar arahan bersurai? Tak dengar tempoh untuk bersurai, Juga tak dengar arah untuk bersurai. Setuju?

Saksi : Setuju.

Peguam : Jadi ini semua adalah berdasarkan pada ingatan?

Saksi : Setuju. Pendengaran.

Mata tutup telinga dengar

Peguam : Kecoh bising, saya dengar orang melaungkan sesuatu-bisingkan? Dalam keadaan kecoh bising ramai kucar kacir, 50 orang belakang pokok FRU di depn, mata tak boleh buka, telinga dengar, anda boleh dengar kuat FRU jerit surai??

Saksi : Mata tutup sebab gas pemedih mata, tapi telinga dengar.

Peguam : Di hadapan masjid berapa jarak kamu dengan masjid ? dalam keadaan mata tutup?

Saksi : Jarak tak tahu.

Peguam : Jarak tak tahu, bising, mata tak boleh tengok, kamu nak orang percaya cerita kamu??

Peguam : Mata tutup telinga buka jadi kamu tak dapat pastikan FRU cakap surai?

Saksi : Tak pasti.

[Tiada soalan lagi dari peguam bela. Puan hakim juga buat remark tentang "saksi mata tutup telinga buka" denga senyuman meleret :))]

Sambungan seterusnya dengan saksi yang lagi sukar nak dipercayai dan amat melucukan!!!!

Siapa yang baling batu???? (besar batu tu!!!)

Demi untuk cuba mengaitkan kesalahan OKT-mereka yang ditangkap di hadapan Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar pada 6hb Februari 2009 dalam isu rampasan kuasa kerajaan Negeri Perak pihak pendakwaan membawa berbagai jenis saksi dan bahan bukti,

Seperti yang disebut di dalam entry yang lepas, batu telah dipanggil menjadi saksi, mkenjadi bahan bukti. Batu yang didakwa dibaling kearah kereta 'reserved' Raja Di Hilir. Pemandu kereta Mercedez biru bernombor plet AFT 74, En Zaaba telah dibawa masuk ke kandang saksi untuk memberikan keterangan.

Setiap kali seseorang memberi saksi individu tersebut wajib mengangkat tangan dan membaca sumpah yang berbunyi lebih kurang "Bahawa saya Zaaba......dengan sesuci hati mengatakan yang benar dan tiada yang tidak benar...."

Dalam persaksiannya 'under oath' beliau, En Zaaba selepas ditanya oleh pihak pendakwaraya menceritakan kesahnya.

Pada hari tersebut beliau bertugas sendirian sahaja, tugasnya ialah 'escort' Raja Di Hilir, iring secara rapat. Raja Di Hilir menaiki kereta lain di hadapannya. Tujuan beliau mengiring secara rapat ialah kereta tersebut akan bertindak sebagai kereta gantian sekiranya berlakunya kerosakan.

Apabila ditanya oleh DPP apa yang terjadi, En Zaaba memaklumkan bahawa pada jam 3 petang tiba-tiba di jalan tersebut berlaku sekatan.

Bagi soalan oleh siapakah sekatan itu berlaku beliau menjawab beliau nampak bendera PAS maka beliau mengatakan bahawa penyokong parti PAS yang telah menyekat kenderaan di atas jalan. Beliau menambah adanya PERTEMPURAN dengan FRU (sambil mengusap hidung dan mukanya-body language).

Ingat tak berapa orang soal DPP. "Lebih dari 50 orang la." jawabnya confident.

Apa yang terjadi pada awak soal DPP untuk menambah kesan kepada cerita En Zaaba.

"Bila FRU tembak pemedih mata saya masuk ke dalam kereta, saya tak boleh nampak, masa ada tembakan saya masuk balik ke dalam kereta".

Oleh kerana persoalan yang cuba dibawa oleh pihak pendakwaan ialah tentang cermin kereta yang dipandu oleh En Zaaba telah pecah maka DPP bertanya "Apa yang menyebabkan cermin pecah?"

Jawapan yang tersedia untuk dijawab oleh En Zaaba sudah tentulah "Ada seketul batu masuk ke dalam kereta, batu itu jatuh ke kanan saya, selepas itu laluan di hadapan tiada lagi sekatan, maka saya sudah boleh bergerak", Panjang pula jawapannya tanpa ditanya panjang.

Soalan kompleks yang ditanya oleh DPP ialah "Batu yang masuk ke kereta awak tu awak nampak tak siapa yang baling?"

Justify Full" Asap pemedih mata tebal so tak nampak siapa yang baling."

Persoalannya oleh semua yang hadir kini ialah siapa yang baling batu tu...polis yang ramai pergi lah siasat, memang sah semua 13 orang OKT tidak bersalah membaling batu, En Zaaba tidak melihatnya. Jangan lah buang masa pasal batu tu....mereka dituduh kerana di bawah akta polis kononya mereka gagal patuhi arahan polis untuk bersurai.....

Bersambung kesah batu lagi...tapi kali ni...En Zaaba boleh tangkap nangis nak jawab soalan pihak peguambela yang pakar dan hebat...kami tolong rasa malu dengan jawapan putar belit En Zaaba...apa nak buat "kami makan gaji"...suruh putar belit pun kami ikut saja walau perlu menipu dibawah sumpah!!!!!

Monday 22 March 2010

Apabila Batu dipanggil menjadi saksi!!

Hari ini 22hb Mac 2010 perbicaraan kes yang dipanggil oleh polis sebagai Ops Bubar DUN Perak berlansung lagi. Kali terakhir Mahkamah berjalan selama 3 hari iaitu 20-22 Januari 2010.

Hari ini perbicaraan bersambung dengan memanggil saksi yang ke 12 menyambung memberi keterangan di Mahkamah dengan soalan balas dari peguambela yang dimulakan dengan Encik Augustine Anthony.

Encik Jamal merupakan jurufoto polis bertugas merakam gambar video hari kejadian seperti yang telah diarahkan kepadanya.

Peguam : Encik Jamal masih ingat frame mana kita berhenti masa beri keterangan di sesi lepas?

Saksi : Lupa

Peguam : Setuju dengan saya setiap keterangan yang diberikan adalah berdasarkan kepada rakaman yang dibuat?

Saksi : Setuju.

Peguam : Ingatan pada kejadian samar-samar saja?

Saksi : pada DVD.

Peguam : Bukan pada DVD, di Masjid Ubudiyyah.

Peguam : [merujuk kepada F (Frame) 49 yang menunjukkan salah seorang OKT yang telah ditangkap polis] Cuba lihat F49, OKT tersebut sedang memegang kamera dan diiringi 2 orang anggota polis (tak beruniform). (ini merujuk kepada suami penulis yang telah ditangkap)

Saksi : Ya.

Peguam : Setuju dengan saya OKT sedang memegang kamera. Saya cadang pada koperal, orang yang ditangkap di kawasan tersebut mengambil gambar di kawasan tersebut, itu saja.

Saksi : Saya tak pasti.

Peguam : Setakat orang yang ditangkap itu anda hanya melihat saja beliau ditangkap?

Saksi : Setuju.

Peguam : Setuju dengan saya dalam F 49 anda lihat 3 orang ditangkap?

Saksi : Setuju.

Peguam : Mereka hanya ditangkap, lain-lain hal mengapa mereka ditangkap anda tidak pasti?

Saksi : Setuju.

Peguam : Lihat F 51, adakah anda dengar sebarang arahan bersurai di F 51?

Saksi : Tak ada.

Peguam : Setuju dengan saya ramai kalangan FRU berlari menuju ke arah orang ramai?

Saksi : Berlari ke atas jalanraya menuju ke kenderaan.

Peguam : Di kenderaan tu ada ke orang ramai?

Saksi : Tak ada.

Peguam : Jadi FRU mesti berlari ke arah orang ramai dan bukannya ke arah kenderaan. FRU lari ke arah kenderaan ke arah orang ramai di atas jalanraya. Bagaimana keadaan ketika itu?

Saksi: Suasana bising, bunyi siren.

Peguam : Itu saja?

Saksi : Setuju

Peguam : Selain dari benda-benda yang dihuraikann koperal , koperal lansung tak beritahu pada mahkamah terdapat juga bunyi tembakan?

Saksi : Tak dengar.

Peguam : Okay rewind. Sekarang dengar tak bunyi tembakan gas pemedih mata?

Saksi : Dengar bunyi hentakan pengadang.

Peguam : Tak dengar bunyi tembakan lansung?

Saksi : Tak ada. Lansung tak ada? Bunyi ketukan pengadang.

Peguam : Saya cadangkan F51 sesuai dengan gambar. Saya cadangkan banyak dengar bunyi tembakan?

Saksi : Tak pasti.

Peguam : Cuba tengok atas jalan ada tak kelongsong gas pemedih mata atau tidak?

Saksi : Tidak nampak saya tidak nampak.

Peguam : Awak lihat orang yang jalan terdengkot-dengkot, dia ada dalam mahkamah hari ini?

Saksi : Ada.

Peguam : Setuju dengan saya walau dia dikelilingi oleh ramai polis dia lansung tidak ditangkap?

Saksi : Setuju.

Peguam : Setuju dengan saya OKT diarah bersurai oleh FRU? Nampak?

Saksi : Setuju.

Peguam : Anda juga setuju dia juga tidak ditahan oleh polis?

Saksi : Setuju.

Peguam : Setuju dengan saya pada masa yang sama tangkapan lain dibuat oleh polis?

Saksi : Setuju.

Peguam : Berapa tangkapan dibuat dalam F51?

Saksi : Dua.

Peguam : Cuba ingat apa yang anda lihat? Masa anda lihat, anda tidak dengar apa-apa arahan bersurai?

Saksi : Setuju.

Peguam : Anda tidak tahu kenapa mereka ditangkap?

Saksi : Setuju.

Peguam : OKT yang ditangkap ditendang dan ditampar masa ditangkap? Setuju atau tidak?

Saksi : Setuju

Peguam : Jadi anda setuju bahawa masa tangkapan dibuat anda tidak dengar arahan bersurai anda juga setuju bahawa OKT ditampar dan ditendang?

Saksi : Setuju.

Peguam : F 54, anda setuju di F 54 anda dengar tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai? Berapa das?

Saksi : Beberapa.

Peguam : Anda setuju ada gas?

Saksi : Setuju.

Peguam : Masa tu ada dengar sebarang arahan bersurai?

Saksi : Tak ingat.

Peguam : Beritahu pada mahkamah apa yang anda ingat dari rakaman. Ada arahan bersurai?

Saksi : Tak ada.

Peguam : Saya tanya soalan reaksi orang ramai sebelum dan selepas gasa pemedih mata, tingkah laku orang ramai. Anda lihat lontaran barang/objek dari orang ramai ke arah jalanraya?

Saksi : Tidak nampak.

Peguam : Setuju dengan saya hanya dengar laungan Allah hu Akbar?

Saksi : Setuju.

Peguam : Tidak ada lontaran objek.

Saksi : Setuju.

Peguam : Adakah anda nampak sebarang objek dibaling ke arah polis?

Saksi : Nampak.

Peguam : Setuju anda tidak tahu siapa yang membaling objek tersebut?

Saksi : Setuju.

Peguam : Setuju lontaran objek selepas gas pemedih mata dan selepas kepulan asap?

Saksi : Setuju.

Peguam : Saya cadangkan polis sengaja tembak gas pemedih mata ke arah orang ramai untuk provokasi orang ramai untuk tindak ganas ke arah polis?

Saksi : tak pasti.

Peguam : Tindakan polis yang suka provokasi orang ramai yang awalnya aman?

Saksi : Tak pasti.

Peguam : F55 setuju dengan saya keadaan tidak aman kucar kacir selepas tembakan dan kepulan asap?

Saksi : Setuju.

Peguam : Jadi setuju dengan saya keadaan kucar kacir selepas tembakan gas pemedih mata?

Saksi : Setuju.

Peguam : F 56 lihat di hujung frame pada masa 3:16pm. Setuju dengan saya anggota polis atas kenderaan FRU?

Saksi : Setuju.

Peguam : Ada beri arahan bersurai daripada polis FRU?

Saksi : Tidak ada.

Peguam : Tapi apa yang anda dengar mereka kata?

Saksi : Tak dengar.

Peguam : Okay rewind sikit[ dengar balik] Tembak Tembak. Setuju dengan saya mereka kata TEMBAK?

Saksi : Setuju

Peguam : Walau tak beri arahan bersurai tapi asyek beri arahan TEMBAK TEMBAK?

Saksi : Tidak.

Peguam : Lihat F 62 Masa 3:18pm, pada permulaan frame. Tiada sebarang gas pemedih mata dan juga asap?

Saksi : Setuju.

Peguam : Dalam keadaan begitu setuju dengan saya orang ramai dan polis kelihatan mesra?

Saksi : Setuju.

Peguam : Dalam frame yang sama ada anda cam mana-mana OKT dalam frame tersebut?

Saksi : Ada.

Peguam : Tengok betul-betul.

Saksi : Seiras

Peguam : Setuju rombongan bergerak secara aman? Tidak melihat sebarang gas pemedih mata?

Saksi : Setuju.

Peguam : Setuju dengan saya kalau tidak ada polis keadaan aman?

Saksi : Tidak pasti.

Peguam : Apa yang anda dengar orang atas truck tu kata?

Saksi : Bersurai serta merta atau kita akan suraikan dengan kekerasan.

Peguam : Arahan ditujukan kepada siapa?

Saksi : Mungkin pada orang ramai.

Peguam : Pasti tak pasti?

Saksi : Tak pasti.

Peguam : Orang yang beri arahan tersebut tidak memberi masa berapa lama untuk bersurai?

Saksi : tak pasti.

Peguam : dengar betul-betul dia tidak beri sebarang masa, 5 minit, 3 minit untuk surai?

Saksi : Tidak.

Peguam : Ada tak FRU tu beri jalan untuk bersurai, beri sebarang arah untuk bersurai seperti ikut Jalan itu dan ini?

Saksi : Tidak.

Peguam : Setuju dengan saya, FRU dan polis ada di merata-rata di kawasan Istana dan Masjid Ubudiah?

Saksi : Setuju.

Peguam : Oleh kerana itu FRU merata-rata orang ramai tidak tahu mana nak bersurai?

Saksi : tidak setuju.

Peguam : Cuba dengar apa dia kata?

Saksi : Saya bagi chance.

Peguam : Apa maksud?

Saksi : Saya beri peluang.

Peguam merujuk satu perhimpunan susulan setelah semua ditangkap dibawa pergi dalam jam lebih kurang 4 petang. Perhimpunan ini dianggotai oleh barisan pemimpin pelajar dan mahasiswa. Perhimpunan ini lansung tidak diganggu oleh polis.

Peguam : Setuju dengan saya ada perhimpunan, ada orang berhimpun ada orang bersuara anda setuju?

Saksi : Setuju.

Peguam : Ada ramai polis, anda setuju?

Saksi : Setuju

Peguam : Ada arahan bersurai atau tidak ?

Saksi : Tidak

Peguam : Kalau ada perhimpunan di situ dan tak ada suruhan bersurai adakah polis benarkan mereka berhimpun?

Saksi : Tidak pasti.

Peguam : Saya cadangkan perhimpunan pada pukul 4 lebih ini adalah perhimpunan yang dibenarkan oleh polis. Anda boleh jawab setuju atau tidak setuju.

Saksi : Tidak pasti

Peguam : Lihat F 112, Setuju atau tidak ada kutukan yang lantang terhadap kerajaan?

Saksi : Tidak setuju.

Peguam : Oleh kerana polis di situ tiada sebarang arahan bersurai.

Saksi : Setuju

Peguam : Sekiranya polis yang ada di situ tidak beri sebarang arahan bersurai adakah polis beri kebenaran berhimpun?

Saksi : setuju.

Peguam : Anda tahu mereka yang berada di dalam kandang dituduh kerana tidak patuh pada arahan?

Saksi : Setuju.

Peguam : Setuju masa orang berkumpul tiada arahan bersurai?

Saksi : Setuju.

Peguam : F 112- F 113, kesemua mereka yang berhimpun dikelilingi oleh anggota polis.

Saksi : Setuju.

Peguam : Semua orang berhimpun dikelilingi polis.

Saksi : Setuju

Peguam : Mereka berucap menggunakan hailer.

Saksi : Setuju.

Peguam : Walau kritikan lantang pada kerajaan polis tidak suraikan mereka? Setuju?

Saksi : Setuju.

Peguam : Oleh kerana polis ada di situ, tiada polis beri apa-apa arahan bersurai maka polis benarkan himpunan itu?

Saksi : Setuju.

Peguam : Keadaan aman dan selesa, setuju orang ramai bersembang-sembang dengan polis?

Saksi : Setuju.

Peguam : Bermaksud polis memerhatikan perhimpunan ini ?

Saksi : Setuju.

Peguam : Bermakna perhimpunan tersebut di bawah kawalan polis?

Saksi : Setuju.

Peguam : Anda juga setuju di dalam kawalan polis, polis juga tidak beri arahan bersurai?

Saksi : Setuju.

Peguam : Ini bermaksud bahawa polis sememangnya membenarkan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman?

Saksi : Setuju.

Peguambela Hj Aminuddin mengambil tempat menyoal balas saksi Pendakwaan.


Peguam : Semasa bertugas anda sendirian atau berpasukan?

Saksi : Berpasukan.

Peguam : Siapa yang bersama kamu?

Saksi : Semua kumpulan video.

Peguam : Berapa orang?

Saksi : 4 atau 5 orang.

Peguam : Adakah koperal sepanjang masa sentiasa di lokasi atau tinggalkan tempat lokasi.

Saksi : Saya berada di kawasan Istana- Masjid.

Peguam : Ada atau tidak tinggalkan lokasi?

Saksi : Tidak.

Peguam : Bagaimana pasukan-pasukan yang lain, mereka di lokasi atau ada tinggalakn lokasi?

Saksi : di lokasi.

Peguam : Sepanjang koperal berada di lokasi ada koperal pada bila-bila masa dibaling dengan apa-apa objek ?

Saksi : Tidak ada.

Peguam : Ada orang lain yang kena?

Saksi : Tidak pasti.

Peguam : Apa tugas Koperal?

Saksi : Rakam susasana tempat kejadian.

Peguam : Rakaman ikut kebijaksanaan sendiri atau arahan orang lain?

Saksi : Sendiri.

Peguam : Ada nampak botol dan di dalamnya berisi batu?

Saksi : Tidak.

Peguam : Ada nampak OKT-OKT dalam kandang? Ada tak nampak OKT menyerbu atau menyerang mana -mana polis?

Saksi : Tidak nampak.

Peguam : Ada nampak mana-mana OKT baling sebarang objek pada mana-mana polsi?

Saksi : Tidak nampak.

Peguam : Ada lihat mana-mana pegawai kutip serpihan kaca?

Saksi : Tidak pasti.

Peguam : Botol berisi batu?

Saksi : Tidak ada.

Peguam : Serpihan kaca, botol berisi batu tidak kelihatan?

Saksi : Tidak ada.

Perbicaraan bersambung di sebelah petang dengan saksi yang ke 13 juga jurugambar polis.

Lans Koperal Zambri.

Peguam : AFT 74 adalah kereta Kerajaan Negeri Perak, adakah anda setuju?

Saksi : Setuju

Peguam : Setuju kereta kerajaan dan bukan kereta orang awam?

Saksi : Setuju.

Peguam : Setuju kereta dalam perjalanan?

Saksi : Saya tidak boleh bercakap. Saya tidak ada di situ.

Peguam : Lihat P15, ada gambar kereta itu mengalami kerosakan?

Saksi : Tidak pada mata kasar.

Peguam : Setuju dengan saya kereta dalam keadaan parking?

Saksi : [merenung dengan sangat lama pada gambar di tangannya]

Peguam : Kenapa ambil masa yang sangat lama?

HAKIM : "Tengok gambar tu jawab setuju atau tidak setuju"

Saksi : Tidak setuju.

Peguam : Lihat siapa ada di situ , polis sahaja? Boleh saya cadangkan mungkin polis yang pecahkan cermin kereta kenderaan tersebut.

Saksi : Tak setuju.

Peguam : Setuju dengan saya batu atas gear kereta.

Saksi : Setuju di bahagian tengah.

Peguam : Siapa arah ambil gambar, Macamana batu tu boleh tertegak macam tu atau diletakkan?

Saksi : tertegak macam tulah.

Peguam : Setuju dengan saya kalau saya katakan batu itu tidak boleh berada di situ kecuali ada orang letak di situ?

Saksi : Tidak setuju. Tak faham soalan.

Peguam : [Ulang soalan di atas] Melainkan ada orang letak di situ?

Saksi : Tak setuju.

Peguam : Memandangkan anda tak setuju saya cadangkan batu tu jalan sendiri.

Saksi : Tak setuju.

Peguam : Kamu diarah saja untuk menjawab.

[mendapat bantahan dari pihak pendakawaraya]

Peguam : Setakat yang koperal tahu kenderaan AFT 74 ia dinaiki oleh seorang pemandu sajakan atau lebih?

Saksi : Tiada pengetahuan.

Peguam : Setuju atau tidak jika kereta AFT 74 ini dinaiki oleh dua orang yang duduk di bahagian hadapan, batu tersebut tidak boleh berada di tengah-tengah kotak gear?

Saksi : Tidak setuju.

Peguam : Setuju atau tidak jika saya cadangkan jika ada seseorang duduk di bahagian penumpang duduk dan batu masuk sermin ini batu itu terlebih dahulu akan kena penumpang tersebut?

Saksi : Tidak setuju.
-------------------------------------------------------------------------
Perbicaraan disambung dengan pihak Timbalan Pendakwaraya mengambil keterangan dari saksi pendakwaan mereka.

DPP : Awak ada atau tidak di tempat kejadian cermin kereta pecah?

Saksi : Tidak ada.

DPP : Masa awak ambil gambar batu tu memang telah ada di situ?

Saksi : Ya.

DPP : Awak tahu macamana batu tu ada di situ?

Saksi : Tak tahu.
-------------------------------------------------------------------

Saksi seterusnya yang dipanggil ialah pemandu kereta rasmi kerajaan Negeri Perak, Encik Zaaba saksi ke 13. Beliau memandu kereta AFT 74 yang cerminnya didakwa telah dibaling batu dan dipecahkan.

_______________________________________________________________

Perbicaraan di sebelah petang berkisar kepada batu yang dijadikan bahan bukti. Perbicaraam ditangguhkan jam 4.40 petang. Pihak pendakwaan mengambil masa yang lama untuk mengulang menonton video rakaman bagi mengaitkan dengan insiden kereta rasmi kerajaan negeri Perak yang merupakan kenderaan yang dinaiki oleh Raja Di Hilir Perak.

Perbicaraan akan disambung pada pagi 23hb Mac 2010 jam 9 pagi.

Sunday 21 March 2010

Cuti-cuti di Mahkamah

Hari ini baru boleh memulakan satu entry baru setelah bercuti dari dunia internet hampir 2 hari 2 malam.


Seminggu cuti sekolah habis diisi dengan aktiviti di dalam kamar Mahkamah Sesyen Jenayah 5 Mahkamah Jalan Duta. Kesian anak-anak yang sedang berada dalam minggu percutian. Masa Tuan Hakim letak tarikh memangla tak ingat lansung yang tarikh tu cuti sekolah. Kalau tidak memang akan minta peguam beri alasan bermacam agar dipilih tarikh yang lain. Tuan Hakim pula baik hati beri tarikh lengkap seminggu 15-19hb Mac. Kami terima seadanya walaupun ianya penyeksaan buat mereka yang bekerja bermajikan.

Sebahagian dari OKT kes PROTES atau OPS PADAM3

Saya katakan pada teman se 'OKT' dengan saya "Kogi, next time if the Judge bagi tarikh seminggu kita mesti minta lawyer bantah. Kesian kat you all yang bekerja nak ambil cuti seminggu".

Jawab Kogi "Hey..you pun mana tahan mahu duduk dalam court tiap hari from 9am - 5pm".

Ye lah..ye tak ye juga..mana tahan..memang tak tahan..dah la banyak pantang larang yang tidak boleh dibuat dalam mahkamah. Kalau ikut peraturan ketatnya, 'no handphone, no camera, no drinks', tak boleh baca buku, tak boleh guna komputer, tak boleh baring, tak boleh tidur. Kalau nak ikut lebih strict lagi, duduk mesti tegak, tak boleh silang kaki, tak boleh letak tangan kat belakang kerusi. Pengalaman di Mahkamah Kuala Kangsar adalah lebih perit lagi.

So..sanggup nak duduk lama-lama dalam mahkamah?? Tapi itulah hukuman yang sudah harus kami tempuhi hingga untuk berapa lama belum tahu lagi.

OKT Kes OPS BUBAR DUN PERAK bersama peguam dan pimpinan PR Perak.

Apa-apa pun mulai hari ini 22hb Mac - 26hb Mac saya akan menemani suami pula mengikuti kes perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. Juga seminggu tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah, anak-anak sekali lagi perlu 'dibiarkan' sendiri. Memang bagi yang bekerja cuti tahunan pun belum tentu cukup untuk cover tarikh-tarikh yang bakal ditetapkan oleh Mahkamah.

Apa-apa pun inilah jalan yang kita pilih dan wajib kita terus melaluinya selagi pemerintah yang zalim terus memerintah negara yang merampas semua sistem keadilan yang sepatutnya dijulang tinggi...mahukah kita terus bersekongkol dengan mereka yang zalim????

Saya harus nyatakan di sini bahawa kami sentiasa terhutang budi kepada semua peguam khususnya, yang sedia membantu tanpa apa-apa bayaran kepada semua yang terlibat ditangkap. Jika sekiranya OKT terpaksa berada di mahkamah selama 5 hari begitu juga para peguam kemungkinan terpkasa 'put aside' kes-kes mereka demi untuk menjamin keadilan dapat ditegakkan keatas semua yang tertuduh melalui perbicaraan di Mahkamah.

Saya sedaya upaya mencatat setiap soalan balas dari peguam dan jawapan dari saksi. Anda boleh baca di label ini, namun masih banyak lagi yang belum sempat saya catatkan di dalam ruangan blog ini, moga cuti-cuti di Kuala Kangsar tanpa perlu melakukan kerja rumah dan urusan anak-anak membolehkan saya memasukkan semua yang tercatat dalam buku nota ke dalam dunia maya ini untuk dikongsi bersama.

Friday 19 March 2010

BN dan ISA @ nutgraph.com

Artikel yang baik untuk dibaca dalam rancangan Kerajaan untuk meminda ISA dan rancangan untuk membentangkannya pada sesi parlimen Mac dan April ini. Kerajaan terpaksa juga tunduk kepada desakan GMI dan rakyat khususnya yang mahu ISA dimansuhkan, namun atas sikap angkuh mereka dan masih mahu menggunakan ISA maka mereka mahu memindanya untuk nampak lebih cantik

Baca pendapat Dr Kua Kia Soong bekas tahanan ISA yang juga penggerak SUARAM sejak ianya ditubuhkan sebaik berlakunya Operasi Lalang yang menangkap dan memenjarakan ahli politik dan aktivis di bawah akta ISA. Hingga kini akta ISA terus menerus didesak untuk dimansuhkan dan kita tidak menerima apa-apa pelawaan untuk dipinda walau ianya nampak baik dan cantik kerana kita tidak menerima satu undang-undang yang boleh memenjarakan orang tanpa dibicarakan dengan meletakkan berbagai tuduhan secara ikut suka hati Cawangan Khas!!!

The BN and the ISA
By Shanon Shah
shanonshah@thenutgraph.com

ACADEMIC and activist Dr Kua Kia Soong was arrested under the Internal Security Act (ISA) during 1987's Operation Lallang. Upon his release, he wrote about his experiences in detention in his bestselling book, 445 Days under Operation Lalang. The book's third edition is going to print soon and will be available in bookshops and from human rights organisation Suaram.

Kua, the former opposition Member of Parliament (MP) for Petaling Jaya, has been monitoring detention without trial in Malaysia since his student days in the seventies. This, plus his own personal experience of being detained without trial, are what convinces him of the need for the ISA to be abolished, not just reviewed.

In this exclusive 15 March 2010 e-mail interview, Kua shares his responses on the Barisan Nasional (BN)'s anticipated parliamentary amendments to the ISA.

TNG: In the preface to your book's upcoming third edition, you list the BN government's previous overtures to amend the ISA, which did not materialise. If the BN tables the amendments during this parliamentary sitting, would it be the closest it has ever come to reviewing the ISA?


(pic courtesy of Dr Kua Kia Soong)Dr Kua Kia Soong: Yes, from my monitoring of the BN all these years, this is the furthest the BN government has ever come to reviewing the ISA. Despite previous attempts at appeasing the peoples' protest, they have failed to do so.

I think this time around, after the first tight slap in the face for the BN at the 8 March 2008 general election, the BN has to take the peoples' wishes more seriously. The marvel is the BN government has got away with [this] law, which is an affront to human rights, all these years when the country has been at peace after the Emergency ended in 1960.

But certainly, (Prime Minister Datuk Seri) Najib (Razak) is trying hard to legitimise his rule and shore up the country's reputation as a democratic country that respects human rights. Malaysia is also trying hard to get a seat in the (United Nations) Human Rights Council. We will be made a laughing stock if we still have the ISA when the time comes since such a law is right up the street of banana republics.

In the book's preface you also say that amending the ISA will only allow the BN government to abuse the law in its new form. But do you actually think it is more achievable to call for the ISA to be fully abolished? How is this more feasible than reviewing the Act?

In the olden days when the BN breathed fire in the kingdom far and wide, some people said it was not possible to abolish the ISA. This was a time when the democratic countries in the world [already] outlawed detention without trial.

Feasibility is just a word. Pakatan Rakyat, for example, is committed to abolishing detention without trial. [And] after [March 2008], it is now feasible to kick out the BN. It's really up to BN to decide if it wants to listen to the people or to rely on the same- old-same-old.

pullquote

The BN's latest trick is to amend this law and not abolish it. This way it gets to keep [the ISA] for however long it takes to cling on to power [and use it on] the opposition and dissidents — the ISA's only function all these years.

What do you think of suggestions by some BN MPs for the Act to be reviewed in these specific areas:

Confine its use to terrorists only, not to stifle legitimate political dissent.

Reintroduce judicial review, and limit the powers of the home minister under Section 8 of the Act?

Malaysia already includes terrorism-related offences in the Penal Code and the Criminal Procedure Code. We also have legislation dealing with anti-terrorism financing.

Other democratic countries have specific anti-terrorism laws which allow for very short detention periods for suspected terrorists. If I am not mistaken, Turkey's law allows seven-and-a-half days of solitary confinement. Compare that to Malaysia's which allows 60 days for keeping an angel like me in solitary confinement. If we are to have a specific anti-terrorism law, we would still have to first abolish the ISA.

Judicial review should never have been amended away in the first place. Any democratic country must have judicial review. I have pointed out time and again that even during the worst days of Apartheid, South Africa still allowed judicial review.

Twenty-two years after being released, do you sense a shift in public perception towards the ISA?

jail
(source: morguefile.com)

I have been monitoring detention without trial in Malaysia ever since my student days in the seventies. I would say that the biggest shift in public opinion towards the ISA happened after Operation Lallang. This was because the BN government made a big mistake by arresting and detaining leaders from practically every aspect of civil society, especially do-gooders like us.

If it hadn't been for [the 11 Sept 2001 terrorist attacks against the US], the ISA would not have had a leg to stand on [now]. Just before that, we had managed to gather the biggest coalition of non-governmental organisations against this accursed Act. But the BN government managed to cling on to this convenient instrument of repression using international terrorism as an excuse.

Reformasi in 1998 and the arrest and detention of Reformasi leaders further helped to educate people, especially youths, about the cynical way the BN wields power. (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)'s black eye in 1998, the 2008 detentions of Raja Petra Kamaruddin, [Teresa Kok] and the Sin Chew Daily reporter are even more recent examples of the gross abuse of the ISA.

Do you think there are problems even within the anti-ISA movement? For example, in 2006, the president of the Malaysian Muslim Youth Movement (Abim) called for the ISA to be used against "bad apostates". But Abim is a member of the Abolish ISA Movement (GMI). During the controversial Bar Council forum on conversions in 2008, some PAS leaders refrained from advocating the ISA, since PAS is also part of GMI, but they called for the Sedition Act to be applied instead on the Council. What is your take on these inconsistencies?

I would say [Abim's stand] in 2006 was a minor aberration within GMI. GMI has been gathering strength through the years and has been consistent in its stand to abolish the ISA and not just to amend it. Suaram plays the role of secretariat within GMI and we will never accede to any inconsistent stand on human rights.

What would you say to the argument that Malaysia is not yet ready to have the ISA abolished?

I would say it's always the BN that is not ready to abolish the ISA. Malaysia was ready to do away with the colonial Emergency Ordinance in 1960 when the Emergency was officially declared over. We didn't need the ISA in the first place. The Alliance wanted it to deal with the Labour Party, the main opposition party and the workers' movement in order to stay in power.

As a former detainee, what do you think is the aspect of ISA detention that Malaysians are least aware of?

The period of solitary confinement, which is 60 days, is really mental torture. Others have been physically abused — just Google "Munawar Anees's statutory declaration" — all in our name. The abusers and torturers are doing their vile work in the name of the people. The state — including former premier Tun Dr Mahathir Mohamad — pretends this is not happening. Remember what Mahathir said about Anwar's black eye.

Many Malaysians are not aware of the fact that the ISA has been used ever since 1960 to put away opposition leaders and workers' leaders, and often just before the general election.

They are also unaware of the manner in which the ISA has been amended, especially during Operation Lallang, in order to frustrate any legal attempts at applying for the writ of habeas corpus. favicon

Thursday 18 March 2010

PACE: Kaji semula pelaburan Syarikat Coca Cola RM 1 billion di Malaysia

Siaran Akhbar PACE: Pelaburan Syarikat Coca-cola di Malaysia


Assalamualaikum wrt bth

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama.

Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.


Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)