Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Thursday, 22 May 2008

Kutip Semangat dari 99 Asma Ul Husna

Semalam saya telah menghadiri mesyuarat Post Mortem untuk program Ibu Tunggal yang telah diadakan pada sambutan Hari Ibu yang lepas. Sebenarnya pada awalnya saya rasa agak malas untuk pergi. Entahlah mungkin saya telah missed satu mesyuarat terakhir yang diadakan menyebabkan saya rasa agak ketinggalan, yang membuatkan saya rasa tidak ada semangat untuk menghadiri mesyuarat tersebut.Semasa program tersebut tugasan yang diberikan kepada saya ialah untuk menjadi camerawoman dan juga membuat liputan video program tersebut. Saya merasakan diri saya telah tidak menjalankan tugas dengan baik pada hari itu, ini juga membuatkan saya terasa berat untuk menghadiri mesyuarat pada malam semalam.

Namun sambil menghadapi makan malam, saya bertanyakan kepada suami. patutkah saya ke mesyuarat tersebut, suami memberikan dorongan untuk saya pergi. Satu lagi sebabnya ialah tempat kebiasaan mesyuarat diadakan agak jauh memandangkan saya di 'luar kawasan'. Saya tinggal di Gombak dan menjadi ahli di Hulu Kelang...rumah tersebut pula terletak agak ke dalam, kawasan atas bukit dan agak terceruk di Desa Haras, Zooview...seram dan gerun jugak untuk ke sana. Tetapi saya kuatkan juga semangat bersiap dan terus keluar rumah menuju ke destinasi.

Alhamdulillah....saya rasa bersyukur kerana ke sana. Pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat dengan dendangan nasyid Asma ul Husna..sambil menanti kehadiran ahli mesyuarat yg lain hadir. Teknik2 yang digunakan di dalam program ESQ165 yang sedang hangat diperkatakan, program yang mampu mencairkan hati-hati yang keras. Saya belum berpeluang untuk menghadiri program tersebut kerana kosnya agak tinggi...walaupun ramai teman-teman yang menegaskan bahawa ianya amat berbaloi...one time investment.

Memang benar...tempias sedikit dari program tersebut sudah mampu membuatkan hati rasa sedih dan takut dengan azab Allah..rindu dan Cinta kepada Rasululullah (saw) dan amat rindu dan cinta kepada Allah walau hati rasa amat takut dengan dosa yang terlalu banyak ditanggung sepanjang kehidupan ini.

Kata pengerusi, dengan mendendangkan dan mendengarkan nasyid Asmaul Husna ini mampu mencerdaskan minda kita lagi dalam menjalani mesyuarat pada malam itu. Alhamdulillah, memang benar...banyak perkara yang dapat sama-sama kami bincangkan mengenai kelemahan dan kekuatan dari program besar Ibu Tunggal yang telah diadakan, dalam usaha kami di DUN Hulu Kelang untuk merangka berbagai lagi program besar dan kecil untuk penduduk di Dun Hulu Kelang.

Pengerusi berjanji akan menggunakan teknik ESQ165 lagi dan dengan dendangan nasyid-nasyid di dalam Usrah kami pula yang akan diadakan pada malam ini, InsyaAllah.

Semoga Kejayaan Sentiasa bersama orang-orang yang benar dan berjuang demi sebuah Keadilan dan kerana Allah S.W.T.

Tuesday, 20 May 2008

Mesti di catitkan jugak....

Hmm...berita hangat sejak dari semalam..Dr Mahathir keluar UMNO!!!..ya...suami saya beria-ia memanggil saya yang sedang enak berehat2 selepas letih mengemas rumah..."Ummi..Mahathir keluar UMNO"...saya tak pulak terkejut atau rasa nak bangun berlari dengar news tu..Entahla..sedikit pun tak terdetik rasa terkejut, seronok atau hairan. Dah la tu later baca news..keluar tu sementara saja hingga Pak Lah yang letak jawatan...hmm...hampeh betul rasanya.

Dr Mahathir dah tak berkuasa sekarang....tak tahulah sekiranya ada yang berani mengikut jejak langkahnya, especially mereka-mereka yang masih memegang jawatan dalam kabinet menteri sekarang. Dah menjadi adat, orang yang berkuasa akan cuba untuk terus berkuasa. Mahukah mereka kehilangan segalanya sekarang ini??

Perdana Menteri kita, Pak Lah memberi respon yang lansung bukan di luar jangkaan..tak tergugat dengan tindakan bekas ketuanya.."saya masih ada tugas dan tanggungjawab untuk dilaksanakan"...........Okay.........Pak Lah...betul tu...laksanakanlah amanah dan tanggungjawab anda dengan meletakkan rasa takut kepada Allah mengatasi segalanya......sedar akan segala kerosakan dan kezaliman yang telah lama dan masih menimpa rakyat anda..Hentikanlah...kalau boleh letaklah jawatan dengan secara hormat...jangan tunggu sampai anda di singkirkan. Bila dah tak ada kuasa dan tak ada jawatan...tiada siapa lagi yang akan membela anda.



Hidup ibarat roda...kadang-kadang di atas...kita berkuasa..boleh melakukan apa saja...tak perlu ambil endah akan kata-kata atau nasihat orang lain. Bila kita ke bawah...habis kena lenyek tanpa ada rasa belas kasihan lagi...Janji Allah benar kepada orang yang zalim terutama sekali kepada Pemimpin yang zalim.

Untuk semua pemimpin dan kita juga sebagai seorang Muslim....jangan leka dan mengabaikan segala yang berlaku di hadapan mata kita dan di sekeliling kita...takutlah akan azab Allah..jangan rasa seperti kematian tidak akan menjenguk kita.


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu umpama binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. "Surah al-A'raf: 179

Semoga kita dijauhi dari mengikuti jejak pemimpin yang zalim dan tidak bertanggungjawab. Jangan membuta tuli mengikut....ingat akan ayat Allah...

"(Dikatakan kepada mereka): 'Ini adalah suatu rombongan yang masuk berdesak-desak bersama kamu (ke neraka)'. Mereka berkata: 'Tiadalah ucapan selamat datang kepada mereka kerana sesungguhnya mereka akan masuk neraka'. Pengikut mereka menjawab: 'Sebenarnya kamulah. Tiada ucapan selamat datang bagimu, kerana kamulah yang menjerumuskan kami ke dalam azab, maka amat buruklah jahannam itu sebagai tempat menetap'. Dan berkata: 'Mengapa kami tidak melihat orang-orang yang dahulu kami anggap sebagai orang-orang yang jahat (hina). Mereka berkata: 'Ya Tuhan kami! Barang siapa yang menjerumuskan kami ke dalam azab ini maka tambahkanlah azab kepadanya dengan berlipat ganda di dalam neraka'. apakah kami dahulu menjadikan mereka olok-olokan, ataukah kerana mata kami tidak melihat mereka?'. Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka.


Surah Sad: 59-64

Semoga kita tergolong dalam umat yang disebutkan di dalam ayat di bawah.Buat perubahan dengan penuh kesedaran sekarang sebelum tiba masa bertemu Allah yang Maha Berkuasa.

"Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka berlaku adil nescaya turunlah kepada mereka malaikat, (katanya): Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berduka-cita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu. Kamilah wali kamu pada hidup di dunia ini dan di akhirat dan untuk di sana apa-apa yang diingini oleh nafsumu dan untuk di sana apa-apa yang kamu minta. Sebagai rezekimu dari yang maha Pengampun lagi Pengasih. Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata: 'Sesungguhnya aku termasuk orang muslim'. Surah Fussilat: 30-33

Wednesday, 14 May 2008

Makan....Exercise...Petunjuk sepanjang jalan..



Sejak awal minggu ni, saya dah ubah semula kegiatan exercise di waktu pagi saya. Selalunya saya akan ber'brisk walk' di awal pagi selepas menghantar anak ke sekolah. Selalunya akan ambil masa dalam 30 minit saja. Sebelum dari routine tersebut, saya berbasikal untuk exercise setiap pagi. Tetapi sejak berjumpa doktor kerana sakit lutut yang amat sangat saya dinasihati agar tidak berbasikal. Tetapi kini saya 'berdegil' sedikit hendak juga berbasikal di waktu pagi. Jadi untuk meneruskan hasrat saya, saya kena lah rajin mengambil vitamin khusus untuk kurangkan sakit lutut. Kena lebih exercise setiap kali saya rasa saya terlebih makan...sayang kalau berat badan saya naik semula..bukan senang nak turunkan berat badan walau pun sedikit...so kena la monitor and maintain and if possible..biar turun lagi...
Berbasikal amat menenangkan hati dan menyegarkan minda dan perasaan. Seperti berenang, saya rasa tenang, aman dan segar bila berbasikal. Tiupan angin yang sejuk dan segar di waktu pagi benar-benar membahagiakan diri buat seketika. Terlupa sebentar segala duka di hati dan masalah yang ada. Itupun kalau dapat lapangkan fikiran dan kalau tersedar dari lamunan, cepat-cepat cuba menghiaskan hati dan jiwa dengan zikir dan selawat.

Kawasan tempat saya tinggal, di sekitar Taman Melewar, Taman Changkat dan Padang Balang masih mempunyai ciri-ciri kekampungan. Rumah-rumah kayu di tanah-tanah lot, sungai-sungai kecil walaupun sangat-sangat dicemari...tetap membangkitkan suasana kampung yang aman dan damai. Kesibukan ibu-ibu menyidai kain di ampaian maupun bersembang tenang di halaman, tuan-tuan kedai runcit mengemaskan barang jualan, ibu ayah yang sibuk menghantar anak-anak ke sekolah dengan motor dan berbasikal, termasuk ayam-ayam yang senang lenang mencari makanan di tanah yang rata lagi lapang....ah...sungguh aman dan tenteram.....Subhanallah... Maha Suci Allah.....yang menciptakan segala sesuatu...
Walaupun mengambil jalan dan lorong yang berbeza, namun setiap kali saya akan tetap tembus semula ke jalan yang sebenarnya menuju ke destinasi saya...begitulah juga dengan kehidupan kita mungkin, setiap kali terpaksa membuat pilihan jalan mana, perkara apa yang perlu dilakukan, namun semuanya kerana hendak menuju ke satu destinasi...mencari keredhaan Allah yang kekal abadi....banyak dugaan yang kita tempuhi yang kadangkala kita tidak dapat mengelakkan diri kita dari hasutan iblis dan syaitan...namun kasih sayang dan Rahmat Allah masih terus bersama kita selagi kita mengingatinya...kita tetap diberi petunjuk ke jalan yang benar....InsyaAllah....Alhamdulillah.....
(Nota:..hajat hati nak letakkan gambar ayam-ayam berlatarbelakangkan rumah kayu..dan gambar bukit2 yg dalam hp..tapi dahla dok cari wayar2nya..tak jumpa pulak...misplaced lagi..teruk betul..sempat asma' tegur.."ummi,nanti asma' bagi do'a barang hilang tu"... :)) ...dah jumpa at 12.03am. Alhamdulillah..petang tadi masa cari, dah tengok kat situ..tak pulak perasan bendanya ada di situ.

Friday, 2 May 2008

Berhati-hati selalu....

Awal pagi tadi sebaik sampai di hadapan pintu pagar rumah selepas menghantar anak ke sekolah, saya terdengar satu bunyi dentuman yang kuat, diikuti dengan bunyi deraian kaca pecah. Terkejut juga saya. Saya dah agak satu perlanggaran kecil dah berlaku. Sebelum itu, saya terperasan sebuah kereta savvy dibawa dengan had laju yang agak tak sesuai untuk kawasan perumahan dan di sebuah selekoh pula tu. Maka berlakulah perlanggaran yang tak diingini. Sebuah kereta savvy dan sebuah Proton Iswara Aeroback berlanggar berdepan. Bahagian kereta depan Iswara remuk teruk, savvy nampak macam okay saja.

Ye lah..awal-awal pagi semua orang dalam suasana yang tergesa-gesa, nak cepat, especially kalau dah terlambat. Betul juga kata pepatah melayu, biar lambat asalkan selamat. Tapi jangan lambat sangat..mengganggu orang lain pula...

Saya pernah juga 3 kali kemalangan kereta kecil-kecilan, samada saya terlanggar kereta orang atau orang lain melanggar belakang kereta saya. Memang pengalaman yang sungguh tak seronok sekali, boleh rasakan kekecewaan yang amat sangat apabila dentuman berlaku. Banyak benda-benda remeh yang perlu dilakukan kalau berlanggar, kecualilah masing-masing boleh bertolak ansur dan menyelesaikan dengan baik. Yang tak bestnya lagi, dah la rugi bila kena baiki kereta, bila buat laporan polis pun kena bayar lagi. Bertimpa-timpa kesusahan. Kereta pula mungkin tak boleh digunakan untuk beberapa hari.

Jadi kita kenalah selalu berhati-hati bila memandu, do'a perjalanan jangan lupa dibaca, agar perjalanan kita djauhi dari segala perkara yang buruk.


Tuesday, 29 April 2008

"Alhamdulillah"

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita yang perlu kita bersyukur. Namun sepatutnya kita harus sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.

Hari ni saya rasa bersyukur atas beberapa perkara dan nikmat yang Allah kurniakan dan permudahkan buat saya.

Satunya...setelah asyik menangguh-nangguhkan kerja...Procrastination...dalam mengisi borang BE suami saya..hari ni awal-awal pagi saya luangkan juga masa saya untuk membuatnya. Memang inilah kerja saya setiap tahun..bukan kerja mengisi saja, tapi kerja menangguhkan kerja hingga saat akhir..memang amalan buruk saya. Memang risau juga kalau tak dapat submit online, sebab bila last minute banyak perkara akan menjadi halangan.

Alhamdulillah, pagi tadi just before subuh, borang tu dah dapat diisi dan dihantar online, and also tak perlu bayar instead ada la sikit lebihan bayar. Alhamdulillah.

Semalam pula saya dan keluarga telah berpeluang berjumpa dengan sahabat dan jiran dekat kami Sdr Zahir Hasan dan keluarga yang baru pulang setelah berada di Pakistan selama satu setengah tahun. Kami semua berjumpa dan makan di restoran Malaya Char Koew Teaw..di Setiawangsa. Hhmm..memang sedap char koew Teaw basahnya. Habis satu pinggan besar dan saya juga terpaksa menghabiskan sepinggan lagi makanan anak saya Asiah.
Dalam hati berfikir.."Tak boleh jadi ni..esok mesti exercise lebih sikit".
Apa tidaknya sebab sebelum itu saya dah berkata dalam hati yang saya tak akan mengambil makan malam pada malam tersebut sebab saya dah makan di luar sebanyak dua kali, tengaharinya bersama suami di JJ dan petangnya bersama kawan, Cikgu Laila, makan di Kluang Station ketika menemaninya membeli barangan rumah.
Tiba-tiba saya menerima sms dari seorang kawan lagi.."Jom g swimming pagi esok di rumah Kak N"...saya pun bertanya balik " What time..."..dapat jawapan.."7.30am to 9.30am". Dalam hati berkata.."alamak waktu puncak ni"..sebab waktu tu la sibuk dengan kerja rumah dan pukul 10.30 pula kena keluar hantar anak ke sekolah.
Tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, saya membalas sms "InsyaAllah akan pergi if dapat settle kerja rumah malam ni".Sebenarnya dalam hati terfikir.."Alamak borang BE tak buat buat lagi"
Alhamdulillah, pagi tadi saya berjaya juga mengatasi halangan dan dapat pergi ke rumah Kak N yang jauhnya hanya dalam 8 minit perjalanan bersama 2 orang anak perempuan saya, Asma' dan Asiah. Dapatlah kami berendam dan berenang sepuas hati.
Alhamdulillah, dengan segala nikmat dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah untuk seseorang, seseorang itu tidak pula lokek malah membuka pintu rumahnya dan hartanya untuk kegunaan orang lain. Bukan ramai orang yang mampu memiliki sebuah kolam renang malah bukan ramai orang yang mudah untuk pergi dan menggunakan sebuah kolam renang. Kak N memang membenarkan kawan-kawan, jiran, dan saudara mara menggunakan kolam renangnya mengikut waktu yang telah ditetapkan. Pagi tadi saya pergi bersama beberapa orang ahli Wanita JIM Gombak. Hari mereka ialah setiap hari Selasa dan Khamis. Sebelum ini saya telah beniat untuk pergi bersama beberapa ahli JIM Ampang Jaya yang masa mereka ialah pada hari Jumaat pagi.
Sebelum saya beredar tadi Kak N memberitahu yang selepas kami, akan ada satu kumpulan anak-anak lelaki dari sekolah Tahfiz pula yang akan menggunakan kolam tersebut. Jadi kami perlu pastikan yang kami tidak tertinggal barangan peribadi yang tak sepatutnya kelihatan di sana-sini.:)
Alhamdulillah juga, kerana ada seorang kakak yang bertaraf instructor bersama kami yang sudi mengajar kami berenang, jadi dapatlah saya memperbetulkan gaya swimming dan dapat berenang dengan lebih baik dan pada jarak yang lebih jauh lagi. Alhamdulillah.
Sebelum pulang saya sekali lagi bertanya pada kawan yang bersama saya, "kena bayar ke tak?"..jawabnya.."kak N kata tak payah.."....."Kak U pula yang ajar swimming tu?"..."Kak U pun kata tak payah bayar juga"...Subhanallah...Alhamdulillah...bersemangat saya untuk datang swimming lagi. Percuma, tempat yang selesa tidak jauh dari rumah dan pada masa yang sangat sesuai. Alhamdulillah.
Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. Balik rumah kemas serba sedikit lepas tu hantar anak ke sekolah. Cadangan asal ialah nak ke bank atas urusan menyimpan duit sumbangan yang diterima ke dalam akaun GMI, tapi mata dah asyik nak tertutup dan badan terasa sangat letih, terus balik ke rumah..sempat juga ampai kain, then terus merebahkan badan tanpa sebarang gangguan. Alhamdulillah......
"Dan berinfaklah dengan sebahagian dari apa yang telah Kami kurniakan kepadamu, sebelum datang kematian salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, 'Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Al-Munafiqun:10)

Thursday, 17 April 2008

Berita Kematian...

Semalam saya menerima satu berita kematian. Kematian kakak kepada sahabat kami Rahim & Rose. Rumah Allahyarham dekat sangat dengan rumah kami. Saya tidak mengenali Allahyarham, cuma rapat dengan Rahim & Rose. Allahyarham meninggal mengejut kerana stroke...Di dalam kereta yang dipandu oleh Kak Rose sendiri...bagaimana kita nak menghadapinya sekiranya berlaku kepada kita?

Setiap kali menerima berita kematian pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita. Apa tidaknya " setiap jiwa pasti akan merasai mati"..."kematian yang pasti akan datang menemui kita pada bila-bila masa sahaja"..."tidak ada sesiapa yang dapat lari dari kematian"...

Persoalannya...apakah kita telah bersedia menghadapinya...apakah kita sentiasa beringat..sedangkan peringatan Allah ada di mana-mana.

Awal pagi tadi saya melalui jalan betul2 di hadapan rumah Allahyarham, pintu hadapan terbuka luas..ternampaklah oleh saya sekujur tubuh dibaringkan di ruang tamu rumah tersebut.

Sama-samalah kita sedekah AL-Fatihah....Al Fatihah...Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman.

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dalam keimanan, permudahkanlah kami ketika menghadapi gelombang sakaratul maut..Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, Terimalah taubat kami, Ya Allah"