Sunday 8 July 2007

Mood panas menulis-trip to Hira'

Alhamdulillah...dah ada mood baru...harap2 berkekalan.

Petang tadi saya baru sahaja menghantar anak saya yang pertama, Anas pulang ke asramanya di Maahad tahfiz Hira', Jeram. Seperti biasa kalau menghantar dan mengambil Anas menjadi tugas saya. Saya memang enjoy drive pergi dan balik ke sana. Kali ini,hanya Ammar, anak ke dua saya yang ikut serta meneman. Dia memang suka mengikut. 2 orang anak perempuan, Asma' dan Asiah baik pulak kali ni tak nak ikut. Nak tinggal dengan abah. Tapi saya dah warning mereka, jangan pula lepas ni asyik nak call sebab bosan kena tinggal. Alhmadulillah, tak sekali pun mereka menalifon saya, tapi suami pulak yang called.Maybe dia risau sebab masa bertolak tadi hujan lebat.

As for Asiah n Asma', rasanya both of them tak nak ikut sebab excited bila tengahari tadi saya dah mengemas dan ubahsuai sikit bilik mereka.

Satu tempat yang saya mesti singgah on the way to sekolah Anas ialah, 'Nasi Lemak Kapar Bistro' or pendeknya 'NLK'. Memang sedap dan banyak pilihannya. Memang rambang mata nak makan yang mana satu. As for petang tadi, kalau ikutkan tak la lapar sangat, tapi dah teroder juga rojaknya and 2 keping kuih plus air teh panas. Kalau ikutkan masa saya diet dulu memang tak sentuh lansung air manis2 ni. Lepas makan tadi baru menyesal...isshhh...kenapala aku makan. Dah kena pasang niat esok pagi kena exercise. Bakar balik semua kalori yang terkumpul.

Lepas makan singgah pulak ke kedai econsave untuk beli 'stock' makanan Anas. Saya pun tumpangla beli beberapa barangan keperluan yang dah habis, sabun2 cuci tandas dan clorox.

Then straight ke sekolah Hira'. Anas kata if after 6 mungkin Pak Guard tak bagi bawa masuk kereta ke dalam. Alhamdulillah sampai ke sekolah dan ramai parents yang keluar masuk hantar anak2. Lepas salam dan peluk2 anas terus bertolak balik. Tapi on the way terpaksa pulak melencong ke arah Meru sebab, sign minyak dah merah, tak berani nak terus drive ke highway dari setia alam. mati tengah jalan tak pasal la pulak.

Lagi satu tempat yang saya mesti singgah on the way back is station Petronas NKVE. Selalunya bukan untuk isi minyak pun tapi saja suka2 duduk2 minum2. Sebelum ni saya sering duduk minum di Dunkin Donnuts di situ. Tapi saya ada 'kenangan hitam' di situ, disebabkan kelalaian sendiri. Wallet saya terjatuh di situ dan saya hanya menyedarinya bila saya dah sampai di KLCC waktu dah maghrib untuk jemput suami. Puaslah saya geledah seluruh kereta. Suami seperti biasa memangla marah sebab saya memang selalu careless. Nasib baik dalam marah2 dia, dia drove back ke stesen petronas tu. On the way puasla saya menalipo sana sini nak cari no tel kedai Donnuts and kedai petronas tu. Alhamdulillah bila saya sampai kat kedai tu, adik2 kedai DD tu simpan wallet saya....lega tak terkata. Bukannya banyak pun duit dalam wallet tu...tapi renyahnya nak handle all the cards yang ada if hilang especially my IC yang sebelum ni dah 2 kali hilang...not again...but it happened juga lagi sekali...lebih kurang 2 mths lepas tu...ha...panjang cerita lagi..kena sambung lain kali..banyak cerita nak cover niihh..he...he..syok sendiri dok cerita n menulis..

okay sambung esok...asiah pun dah membebel,ummi ni asyik menulis je...dia pulak dah berapa kali dok tukar cd...

ummu anas
11.24pm 8/7/07

Mesti juga mula menulis

Sejak dah create blog sendiri 2 bulan yang lepas, tak satu entry pun yang dapat ditulis. Semuanya tinggal dalam angan-angan saja.Sayang dan rugi bila difikirkan,banyak peristiwa dan perkara yang berlaku dalam hidup.

Anyway, yang bagusnya ialah, setiap hari macam ada rasa teringin untuk buka blog yang ada dalam link di blog kawan saya zlaa's blog. Dari situ dapat 'berkenalan' dengan teman-teman bloggers yang lain. Memang seronok dan enjoy membaca kisah-kisah hidup orang lain. Itulah yang membuatkan saya rasa sangat 'cemburu' untuk memulakan langkah baru dalam kehidupan saya. Mencatat diari kehidupan.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang dikenali di alam cyber ini kerana memberikan satu inspirasi untuk mengisi masa-masa lapang. Tapi...rasanya saya perlu belajar lagi untuk menambah daya tarikan di blog saya sendiri.

ummu asiah
10.57pm 8/7/07

Saturday 12 May 2007

Mula..berblog..Alhamdulillah.

Sudah lama simpan keingininan untuk punya blog sendiri. Alhamdulillah dengan bantuan suami, hari ini dah terbina satu blog.

Saya suka menulis. Setiap hari apabila ada sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan saya, saya sentiasa terfikir jalan ceritanya untuk dikongsi bersama. Sayang pula rasanya jika tidak dicoretkan, kerana mungkin akan menjadi satu bahan sejarah dalam hidup saya, suami,anak-anak serta sahabat handai. Especially sekiranya kita sudah tidak ada lagi di dunia ini. Mungkin bahan tulisan ini bakal menjadi pengubat rindu kepada yang ditinggalkan.

.........Alhamdulillah...mulai hari ini 12hb Mei 2007 saya akan memulakan misi saya untuk mencoretkan pengalaman hidup sendiri. Semoga bermanafaat kepada sesiapa yang membacanya.

Ummu Asiah