Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts
Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts

Tuesday, 24 March 2009

SELCAT Day 2..terjawabkah teka-teki penerima songket ke 5???

Ingat entry saya yang lepas.....SIAPA PENERIMA Ke 5 sepersalinan songket???

Sepatutnya jawaban tersebut sepatutnya dijawab pada hari ke dua pendengaran siasatan awam. Sebelum beredar pada hari pertama, YB Saari telah mengingatkan agar Dato' Haji Abd Karim datang dengan membawa jawapan tersebut....kami memang sangat tertanya-tanya, namun saya dan suami tidak berkesempatan untuk ke sana pada sesi pagi hingga ke tengahari kerana perlu ke Hospital untuk appointment susulan suami yang 'slip disc'. Jadi saya telah menghantar sms kepada Kak Aliza isteri YB Saari yang berada di Sidang tersebut..
"Dah tahu siapa penerima ke 5 songket?"
"Dia nafikan ada penerima ke 5! Teruskan teka-teki! Sekarang Datin Khairiah, CEO PNSB jadi saksi. 1 tahun RM 1 juta untuk BALKIS dari 2002-2007."
Wow......semakin hebat, semakin panas, semakin menyerlah kerakusan perbelanjaan isteri-isteri ADUN BN sewaktu dahulu.
Pada hari pertama kita didedahkan dengan pembayaran segala bil, pelancongan, makan malam, majlis bersama MAWI, tanah, cokelat dan bermacam2 lagi yang mencecah lebih dari sejuta dari 2-3 syarikat milik kerajaan negeri Selangor iaitu 2 yang terbesar ialah PKNS dan KDEB.....rupa-rupanya on top of that satu lagi GLC- syarikat berkaitan kerajaan iaitu PNSB turut juga menyediakan RM 1 juta dan mungkin lebih lagi untuk BALKIS setiap tahun...Sungguh menggemparkan...tidak tahu selepas ini apa lagi...berapa juta setiap tahun yang telah dibelanjakan oleh mereka. Sekiranya ianya disalurkan kepada rakyat sudah tentu tidak ada yang perlu hidup melarat.
Di sesi tadi Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Datin Khairiah Abu Hassan telah hadir sebagai saksi untuk menjawab segala persoalan berkaitan setiap perbelanjaan secara terperinci. Beliau mengaku dirinya sebagai teman akrab Datin Seri Zaharah Kechik isteri Bekas Menteri Besar Selangor. Beliau membawa bersamanya 4 orang pegawai pembantu berbanding seorang sahaja yang dibawa di sesi yang lepas...namun walau berapa orang yang dibawa...setiap orang hanya terkedu, diam membisu tidak tahu hendak menjawab atau avoiding themselves dari menjawab...itulah hakikatnya.
Tak larat saya hendak menulis dan mengulangnya di sini tentang semua figures yang disebut...memang banyak, memang banyak kali dan MEMANG DIBUAT SECARA TUNAI DAN SEMEMANGNYA ADA YANG DIBUAT PERMOHONAN SECARA BERBISIK-BISIK SAHAJA.....ini bukan saya yang kata tapi saya dengar YB Pengerusi SELCAT yang kata berulang kali...kerana setiap kali beliau bertanyakan seperti semalam.."adakah permohonan secara bertulis melalui surat dari BALKIS untuk sesuatu permohonan?".....maka Datin Khairiah mengambil masa yang lama untuk menjawab...yang berakhir dengan JK SELCAT terpaksa membuat kesimpulan bahawa tidak wujud sebarang surat permohonan.
Okaylah...saya sebut secara general di sini akan beberapa pemberian wang dari PNSB kepada BALKIS...selebihnya cari di Harakahdaily dan malaysiakini..tak perlu beli paper lain...
Tahun 2003
1.Hamper dan wang tunai sempena Ramadan dan Hari Raya berjumlah RM463,263.00
2. Program Back to School pembelian bag sekolah yang dibeli dari China berjumlah RM80,000.00 untuk 10,000 beg sekolah termasuk air freight.
Tahun 2004
1. Program Tahun Baru China sejumlah RM 327,856.86 dikeluarkan untuk BALKIS di mana sejumlah RM290,000.00 adalah dalam bentuk wang tunai.
Tahun 2007
1. Majlis Sukan BALKIS dari 31/7/07 sejumlah RM338,547.97 dikeluarkan untuk pelbagai bayaran termasuk baju sukan, cenderahati, pakaian batik VIP, cenderahati VVIP dan macam-macam lagi.
Tahun 2006
1. Wang tunai sebanyak RM50,000.00 telah diberikan kepada BALKIS untuk Majlis Perasmian Kompleks Wawasan.
Datin Khairiah tidak dapat menjawab setiap soalan berkaitan kenapa sejumlah wang tunai diberikan terus kepada BALKIS...cuba bayangkan macam kita beri wang saku sebanyak RM2 pada anak kita untuk ke sekolah...tetapi ini sejumlah puluhan hingga ratusan ribu diberi secara tunai.
RM16,000.00 untuk perbelanjaan Misi Kemanusian BALKIS ke BUKIT TINGGI Indonesia...Datin Khairiah turut serta atas jemputan.
RM4200 dikeluarkan untuk membeli cenderahati kepada suami Ketua Balkis yang berupa jacket and seluar berjenama Summerman yang berharga RM3,600.00. Dibeli oleh Datin Khairiah dan diserahkan kepada Ketua BALKIS untuk diserahkan kepada suaminya. Ini terjadi semasa majlis sambutan Tahun Baru China.
YB Azmin bertanyakan adakah Datin Khairiah pernah terlihat Khir Toyo memakainya atau memulangkan semula...Datin Khairiah mengatakan tidak.....
Ada dua insiden di mana wang tunai berjumlah RM17,000 dan RM10,000 dipulangkan semula oleh BALKIS kepada PNSB kerana terlebih wangnya...maka untuk ini YB Teng membuat andaian atau conclusion kepada Datin Khairiah bahawa PNSB adalah merupakan CASHIER bagi BALKIS sepertimana KDEB dan PKNS pula adalah Perbendaharaan kepada BALKIS...ini adalah kerana PNSB memberikan wang tunai kepada BALKIS dalam banyak situasi sebaliknya PNSB dan KDEB membuat bayaran bagi setiap bil yang diserahkan kepada mereka....wah...senang betul hidup orang-orang BALKIS ni ye....
Di sidang tersebut..kami yang ada di sana merasakan kenapa susah sangat mereka yang dipanggil sebagai saksi untuk mengaku bahawa sebenarnya memang mereka tak punya kuasa untuk mengatakan tidak...masing-masing ketika itu terpaksa menurut sahaja pada setiap permintaan yang sampai ke tangan mereka atau ke telinga mereka....kenapa mesti mereka membiarkan diri mereka dimalukan hanya untuk menutup kesalahan dan salah laku orang lain???..
Mereka juga amat payah, susah dan berat mulut untuk menyebut nama individu yang terbabit iaitulah Datin Seri Zaharah Kechik...sehinggakan setiap kali JK SELCAT terpaksa menyoal banyak kali...SIAPA???...SIAPA???...dan SIAPA???...baru lah secara perlahan mereka menyebut nama individu terbabit....
Akhirnya sesi sidang di hari kedua berhenti dan ditangguhkan pada jam 4 untuk memberi peluang kepada Datin Khairiah untuk lebih bersedia untuk sesi esoknya yang akan bermula jam 10 pagi....
hhmmm...masih ada lagi 5 hari dan ramai lagi yang akan dipanggil...apakah makin banyak lagi bermain dengan angka-angka....kena tunggu, lihat dan dengar...entahla..adakah lagi kekuatan untuk saya merentas KESAS Highway, NKVE ataupun Federal Highway...nasib baik harga minyak sudah turun sedikit...tidak sia-sia usaha memprotes hingga dipenjarakan.....moga Allah menerima segala amalan kita....

Monday, 23 March 2009

SELCAT...SIAPAKAH PENERIMA SONGKET KE 5 BERNILAI RM RIBU-RIBU...

Apakah kerajaan makin zalim, makin menekan...dalam episod kedatangan 3 Pilihanraya Kecil pada 7hb April ini???

Kena fikir-fikirkan...hari ini KDN telah menggantung permit Harakah dan SUARA Keadilan selama 3 bulan...alasan tidak pula diberikan...."Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik

Tak apa...mungkin mereka sedang berkuasa...tunggu saat kejatuhan dan kehancuran mereka..segala tingkah laku dan tindak tanduk jahat mereka akan dibongkarkan dan ditelanjangkan...sebogel-bogelnya!!!!!

Tengahari tadi saya dan suami telah meluangkan masa untuk ke Bangunan Annex di Shah Alam untuk mengikuti satu sidang khas Pendengaran Awam berhubung dengan BALKIS Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor.

Pendengaran Awam ini dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang dianggotai oleh 7 orang wakil rakyat yang dua orang darinya ialah dari Barisan Nasional...tapi mereka lesap selepas sidang berehat!!!!...tak masuk-masuk semula...

Kami terus ke sana sebaik selesai kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ditangguhkan..(akan dikongsi di entry lain).

Apa yang nak dikata ye tentang pendengaran awam tersebut???.....hhhhmmmm....dahsyat...sungguh melondehkan segalanya...betapa selama beberapa tahun Isteri bekas Menteri Besar Selangor ini menjadi Pengerusi Balkis....jutaan wang ringgit telah disalurkan kepada mereka tanpa perlu disoal....maksudnya...minta saja...terus bagi...BALKIS beli barang..hantar bil pada PKNS...hantar bil pada KDEB..terus dibayarkan walaupun nilainya ratusan ribu ringgit dan pembeliannya barangan yang pelik-pelik.

Panel JK SELCAT sedang menyoal bekas Pengurus Besar PKNS...soalan 'maut' yang ditanyakan oleh YB Saari ialah apakah ada rasa takut sekiranya kontrak tidak disambungkan sekiranya PKNS tidak meluluskan sumbangan kepada BALKIS memandangkan umur Pengurus ketika itu hampir sampai ke penhujung kariernya

PKNS-Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Pengerusinya ketika itu ialah Khir Toyo. Yang dipanggil menjawab tadi ialah Bekas Pengurus Besarnya.

KDEB- Kumpulan Darul Ehsan Berhad. Presidennya seperti yang tercatat di website mereka ialah YBhg Dato’ Haji Abd Karim bin Munisar.

Dalam pendengaran awam tadi ke dua-dua orang atasan bagi PKNS dan KDEB telah dipanggil untuk memberikan keterangan. Kami terlepas sesi pendengaran dan soalan bersama Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Isu yang dibangkitkan tadi memang bunyi sangat simple dan remeh namun membabitkan perbelanjaan 'tanpa soal' yang mencecah ratusan ribu.


Menyerahkan dokumen bukti kepada JK SELCAT

Pertamanya: Majlis Makan Malam Isteri-isteri ADUN seMalaysia. BALKIS telah meminta wang sebanyak secara totalnya RM700,000.00 dalam tahun 2007 sahaja. Wang tersebut telah dikeluarkan dari PKNS, KDEB, dan beberapa anak syarikat yang lain. Dalam isu ini PKNS telah mengeluarkan wang sumbangan tanpa mengetahui yang kerajaan negeri juga telah mengeluarkan sejumlah wang sumbangan.

Keduanya: BALKIS telah menganjurkan Majlis sempena minggu setiausaha dengan menjemput penyanyi MAWI dalam tahun 2006 , PKNS telah mengeluarkan sebanyak RM200,000.00 untuk tujuan ini. Permohonan diluluskan dengan penerimaan surat dari SUK PKNS yang mengarahkan cek sejumlah tersebut dikeluarkan dan diserahkan kepada SUK PKNS.

Untuk ini Jawatankuasa SELCAT telah meminta sekiranya ada surat permohonan rasmi dari BALKIS untuk tujuan diatas...tetapi siang tadi mereka tidak dapat mengemukakannya dan perlu diserahkan di sidang esok hari.


YB Saari dan YB Azmin yang banyak memberikan soalan di samping YB Speaker, YB Teng.

Ketiganya: pada 9hb Februari 2006 PKNS juga telah mengeluarkan sejumlah wang sumbangan untuk Majlis Pelancaran Kompleks Wawasan BALKIS.....dalam catatan saya ada bertulis RM218,719.00 dalam bentuk claim untuk 13 bil.

Keempatnya: Balkis telah memohon wang perbelanjaan sebanyak RM17,000.00 dalam tahun 2007 untuk tiket penerbangan ke Guangzhou China. Sejumlah RM 206,578.00 dipohon bayaran untuk perbelanjaan cenderahati dari China.


Untuk setiap perbelanjaan pihak JK SELCAT dengan tegas memohon penjelasan dengan perlu disertakan resit dan invoice.

JK SELCAT telah bertanyakan siapakah yang menjadi ahli rombongan ke China, 2 orang dari mereka ialah Datin Seri Zaharah Kechik isteri Khir Toyo dan Datin Pon. Jenis tiket yang ditempah ialah satu tiket Business Class dan yang lainnya Economy Class....boleh agak siapa memiliki tiket Business Class?????..heh...heh...heh....jawab sendiri...:)

Nak tau apakah antara berpuluh barangan dari lis yang memenuhi beberapa mukasurat tersebut???....hah...yang dihilitekan oleh YB Teng ialah 400 batang bunga pelbagai warna...kuning, ungu, merah...dlll.....beratus-ratus lagi TOPI untuk TOUR Guide yang merangkumi pelbagai warna.....pelik bukan...untuk apa????

Lagi pelik dan mengharukan ialah total invoice tersebut RM206 ribu lebih tersebut diinvoicekan kepada sebuah syarikat yang beralamat di Kuala Lumpur!!!!!!...pelik...kena fikir-fikirkan sendiri...

Banyak lagi kena fikir ni...tu pun kami cuma sempat hadir dari jam 12tgh - 1.10ptg, sambung balik 2.30-3.30pm...

Ada lagi......

Pembelian coklat sebanyak RM25,000.00 dari sebuah syarikat yang berpengkalan di........Hulu Langat!!!!!hebat syarikat Malaysia...katanya sekotak berharga RM20...YB Azmin insisted nak tahu berapa berat untuk setiap kotak tu...besar mana pulak...untuk berbaloi beli hingga RM20 sekotak...itu mereka kena jawab esok agaknya...

Lagi.......pembelian SONGKET sejumlah RM65,312.00. YB Saari tanya kepada siapakah diberikan songket-songket tersebut....mulanya jawapannya diberikan kepada 4 orang....siapa????...DYMM Tuanku Sultan, ROSMAH!!!!!, Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah....ini berlaku pada 16/2/06...3 tahun selepas persaraan Tun Dr Mahathir...kenapa masih beri songket...????

JK Selcat nak tahu berapa harga setiap satu untuk setiap seorang...belum dapat jawabannya lagi tapi salah satu harganya RM6,900.00....then Presiden Eksekutifnya menyebut pula ada seorang lagi penerima, tetapi apabila disoal balas berkali-kali....berkali-kali juga beliau tidak dapat memberikan jawaban lansung.....

Ha.....sungguh amat curious.....siapakah gerangan penerima songket yang ke lima ini sehingga beliau amat-amat tidak dapat mengingati atau sekadar cuba mengelak dari menjawab atau reveal who the person is??????....entahla...kena tunggu esok....

Beberapa perkara yang perlu mereka dedahkan esok....kena bawa surat permohonan rasmi untuk setiap permohonan dari BALKIS sekiranya ada...dan siapakah pemilik SONGKET yang ke lima tersebut......anda nak teka??????.....he...he....he....jom pakat teka...mana tahu betul...boleh claim hadiah topi tour guide atau bunga pelbagai warna atau cokelat buatan syarikat dari Hulu Langat...

Nak tahu apa cerita sebaliknya...dan mengapa isu-isu ini diambil berat oleh pimpinan PR Selangor kini????.....kerana segala wang yang dikeluarkan adalah milik rakyat bersama....tetapi bagi setiap pengeluaran yang disebut diatas bukannnya untuk manafaat rakyat TETAPI hanya untuk kesenangan segolongan manusia sahaja...SIAPA MEREKA????....BALKIS...isteri-isteri ADUN dan orang keliling mereka.

Bila ditanya apa matlamat PKNS...jawapan lebihkurangnya ialah untuk menyediakan prasarana untuk rakyat..pembangunan sosioekonomi Negeri, perumahan, kawasan perindustrian, kompleks sukan dll....saya pernah berurusan dengan PKNS ketika kami membeli rumah dari anak sayrikatnya SELAMAN...memang siksa juga ketika itu bika perlu berurusan dengan PKNS...gerrraaammm
Lagi....Pengerusi dan orang paling atas untuk dua entiti tersebut PKNS dan KDEB ialah Khir Toyo sendiri yang juga Menteri Besar dan suami kepada Presiden BALKIS.....so..tidakkah wujudnya satu conflict of interest yang amat menyerlah????...

Dan...untuk setiap tindakan PKNS dan KDEB mengeluarkan sejumlah wang kepada BALKIS, JK SELCAT telah bertanya..."apakah PKNS dan KDEB tidak meneliti setiap permohonan, kewajarannya, kemunasabahannya...apakah mereka lansung tidak critical....ataupun mereka OBLIGED to do it???"....so jawapan mereka ialah yes....mereka OBLIGED...terpaksa...soal kewajaran sudah timbul lagi hingga mereka tidak perlu meneliti setiap permohonan dan setiap bil yang mereka terima...walaupun ada diantaranya tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
Apa yang terserlah juga ialah....PKNS dan KDEB menjadi tukang bayar bil bagi setiap transaksi pembelian dan perbelanjaan oleh BALKIS...itulah hakikatnya...hinggakan YB Haniza Talha yang juga Timbalan Speaker menolong membuat conclusion di sana..."Mungkinkah KDEB ini ialah sebuah Perbendaharaan bagi BALKIS???"....

Ha....jawabla.....sendiri....
Banyak jawaban akan diperolehi lagi esok....akan datang Dr Khir Toyo dan isteri juga akan dipanggil untuk memberikan penjelasan....kita tunggu pula episodnya...mungkin akan penuh dewan ANNEX pada hari tersebut.....mungkin......kami memang memasang niat untuk pergi...
tetapi bila anak yang paling kecil ini pulang dari sekolah waktu petang...dia lemah tidak seperti biasa...ceria..bising dan lasak...katanya..."ummi...asiah pening dari waktu perhimpunan lagi..."..kesiannya anak ummi...ummi terus mandikan untuk segarkan badan dan beri ubat mudah-mudah disembuhkan Allah...moga ummi dan abah dapat meneruskan misi di siang hari bagi mendapatkan jawapan.....SIAPAKAH PENERIMA SONGKET YANG KE 5...?????
oooppss...ada lagi...pemberian 2 bidang tanah sejumlah 2 ekar kepada BALKIS dengan harga subsidi RM5.78 sekaki persegi di seksyen 7 Shah Alam....dengan cara memberi pinjaman kepada BALKIS yang akhirnya dilupuskan...JK SELCAT masih mengharapkan maklumat berapakah market value yang sebenarnya ketika itu....anda tahu?????

Friday, 13 March 2009

Pnas Lagi..Khir Toyo pegang janggut YB Saari Sungib..Najib dipanggil Pembunuh!!!!???

Wah...wah...wah....memang panas...memang meletup...ha...tu la..dok pi usik sarang tebuan buat apa....sebelum ni si dia ni dok hebuh buat macam-macam dakwaan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat Selangor...siap ancam suruh letak jawatan....heran jugak ye...mungkin memang dia rasa dia tak pernah buat kesalahan kot...
Memang teruk Ketua Pembangkang DUN Selangor kena belasah..habis 'ditelanjangi'...sampai ke Arab...sampai ke Disneyland kat Hong Kong sana....habis duit rakyat dia bawa keluar negara...labur kat luar negara...Seronok isteri, anak-anak dan keluarga melancong guna wang yang sepatutnya diagihkan pada rakyat.
Issh...kalaulah dia pemimpin berjiwa rakyat..tentu dah tak ada kawasan setinggan kat Selangor ni...kalau urus tadbir baik-baik...boleh la PKNS tu bagi diskaun banyak kat rakyat selangor untuk beli rumah...entah2 dapat subisidi untuk pergi Mekah...ni dok beli apartment mewah kat sana buat apa...
Habisla...peluang nak naik jadi Ketua Pemuda UMNO...
Kalau dia jadi tak tau apa nak jadi...semalam dia dah pi tarik janggut YB Saari Sungib..ADUN Hulu Kelang...memang heboh diperkatakan dalam blog-blog..
So saya pun tak nak la terus percaya...sebab memang sukar dipercayai...seorang pemimpin yang juga doktor gigi ni dok pi tarik janggut orang pulak...so saya pun sms pada isteri ADUN Hulu Kelang ni...
terus sms kak jije..."heboh dalam blog2. P.abu kena tarik janggut dgn K.toyo. teruk K.toyo kena belasah dlm blog"
jawab kak jije..."k.toyo amat emotional bila p.abu dedahkan skandal dia.dia pegang sikit janggut. tapi dah jadi sensasi."
..kami panggil ADUN Hulu Kelang Pak Abu..
hhmmm...ishh...loghlaq...betoi dr gigi ni...dok pegang janggut orang...sikit pun kira teruk dah tu....dah kira physical abuse dah tu...
katanya..Khir Toyo siap merayu jangan fitnah dan buruk sangka....
Sekarang ni dah bukan fitnah lagi....dah memang disiasat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor...habis akan didedahkan...
Paling trajis bila Khir Toyo kata..."Awak orang tua awak mesti semak dengan tepat, jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat." baca di harakahdaily
Lagi sensasi juga di Sidang Parlimen hingga ada Ahli Parlimen yang menyebut Najib sebagai Pembunuh.
Baca di malaysiakini.....

Gobind suspended over Altantuya
S Pathmawathy Mar 12, 09 4:35pm

Puchong member of Parliament Gobind Singh Deo has been suspended from the House for the rest of the day today for raising the Altantuya matter during the debate on the mini-budget.
However Gobind said he was speaking from what he had gathered from popular blogger Raja Petra Kamarudin's ongoing sedition trial where the Pekan MP (Najib) was an important witness.
At this juncture, Najib, who was about to leave the House, was called back by Gobind."I have not finished with you.
Please sit down... Pekan MP you are here, stand up and explain yourself.
"Answer me, you murderer," he said again, directing his verbal assault at Najib.

Najib, whose wife Rosmah Mansor and two children were at the visitors' gallery, returned to his seat but maintained silence throughout the episode.
nak dapat sedikit cerita baca di sini
Politik Malaysia semakin menggelegak..sekejap tak buka internet..macam2 cerita boleh keluar...