Showing posts with label Sokongan. Show all posts
Showing posts with label Sokongan. Show all posts

Sunday, 26 April 2009

OKT Kuala Kangsar-Pandang Hari Muka dengan penuh keyakinan...

Kita adalah pejuang, kita yakin dengan apa yang kita lakukan. Parti akan pastikan nasib setiap OKT akan terbela, sekiranya ada yang dibuang kerja atau menghadapi apa-apa masalah sila beritahu pada pimpinan. Parti akan membantu, kita sediakan barisan peguam dan akan pastikan OKT tidak perlu mengeluarkan apa-apa bayaran.


Dari kanan Hj Isha Ridzuan, Sdr Yusof (Bilal), Faiz (bertshirt putih) dan Adi (t-shirt oren)

Alhamdulillah, begitulah lebih kurang apa yang disampaikan oleh YB Salahuddin kepada semua OKT yang hadir menjadi tetamu di pejabat PAS Kuala Kangsar bagi mendengar taklimat dari peguam dan berbincang mengenai kes yang terbabit.

Pada 13 April Hakim Norsalha telah menerima permohonan dari peguam bela Augustine Anthony untuk menangguhkan kes kerana bahan bukti baru diserahkan oleh pihak Pendakwaraya. Maka pada 25hb April kesemua OKT telah diminta untuk berkumpul di pejabat PAS Kuala Kangsar untuk melihat semua bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak polis.


Alhmdulillah YB Salahuddin Ayub telah dijemput untuk memberikan kata-kata semangat kepada OKT yang terlibat dan telah hadir pada hari itu. YB Salahuddin juga pernah memilih untuk dipenjarakan selama SEBULAN bersama YB Mahfuz dan Pak Amjal apabila Mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap mereka di dalam kes demonstrasi membantah kedatangan pemain Kriket dari Negara Haram Israel pada tahun 1997 dan mereka dijatuhkan hukuman pada tahun 2000. Mereka memilih untuk dipenjarakan daripada pilihan membayar membayar denda. Mereka yakin dengan perjuangan mereka.

Maka kesemua OKT Kuala Kangsar juga sudah perlu mempersiapkan minda mereka bagi segala kemungkinan yang akan datang....kerana keputusan kes ini bergantung juga pada keadaan politik semasa dan Hakim yang mengadili ... namun usaha dan keyakinan tetap memainkan peranan penting.

Augustine juga meyakinkan kepada semua bahawa barisan peguam komited dan akan berusaha bersungguh2 dalam kes ini. Baginya apa yang berlaku pada 6hb Februari hingga membawa kepada penangkapan semua OKT adalah sesuatu yang amat unik dan belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia...di mana rakyat tempatan sendiri bangun menolak pemilihan MB yang dilantik hasil dari rampasan kuasa yang berlaku sehari sebelumnya. Rakyat dengan berani telah bangun dan memprotes. Keberanian rakyat pada hari itu adalah sangat-sangat luar biasa.


Dari kiri Augustine Anthony..yang 'dituduh' oleh wartawan KOSMO pada 13 April sebagai sanggup berhujah selama 2 jam semata untuk minta penangguhan dan menulis bahawa Augustine diarah keluar sekiranya hendak berbincang tentang s51 A. Di sebelahnya Hj Nazir yang dilantik sebagai ketua dan 'orang' yang memegang bendera PALESTINE sambil berbaring diatas jalan...berani giller..memang semangat jihad tinggi dan meluap ketika itu. Di hujung sekali Charam Singh seorang lagi peguam...tabik springgg....kepada mereka kerana berkhidmat tanpa upah dan sanggup datang hatta pada hari cuti hujung minggu!!!!...kerana yakin dengan perjuangan yang benar dan berada di jalan yang lurus!!!

"Please do not worry too much on what's going to happen in the future..."

"Let us think on how we are going to win this case..."


Augustine merasa amat bertuah untuk mengendalikan kes ini. Ini juga membuatkan semua OKT rasa amat bertuah dan terharu kerana ke semua peguam yang membela adalah terdiri dari peguam yang amat terkenal dan mahir dalam bidang mereka khususnya dalam isu Hak Asasi dan Hak Rakyat yang merdeka. Alhamdulillah.


Barisan Muslimatnya pula..dari kanan Pn Suhana Abdullah..OKT wanita tunggal ditahan pada 10hb Februari, di sebelahnya Kak Ani, kakak Suhana, dan juga ummuasiah.

Saya suka berkongsi tentang Suhana untuk tatapan pembaca...saya salute dia di atas keberanian kecekalan dan yakin dengan tindakannya benar pada hari kejadian. Suhana seorang ibu tunggal mempunyai 3 orang anak. Beliau bekerja di Masjid Ubuddiah (tempat berlakunya demonstrasi aman). Beliau bekerja sebagai pencuci di Masjid tersebut di bawah satu syarikat swasta yang memegang kontrak mencuci masjid. Beliau telah bekerja selama 5 tahun di sana. Sudah tentu apabila kita bekerja di sebuah masjid maka kita akan bekerja dengan sepenuh hati.

Beliau memang turut serta dalam demonstrasi aman pada hari itu dan seperti kebanyakan yang berada di sekitar kawasan masjid merasa benci akan perlakuan polis pada hari tersebut. Beliau ditangkap beberapa hari selepas kejadian demonstrasi aman setelah gambarnya disiarkan di TV dan akhbar. 20 orang polis telah datang untuk menangkapnya!!!!!....just look at her a very small lady dan sangat lemah lembut....

Beliau kini telahpun berhenti dari kerja apabila syarikatnya secara tidak lansung telah memberhentikannya apabila meminta dia menyelesaikan kesnya dalam masa 2 bulan....satu arahan yang sungguh tidak logik dan beliau juga telah diminta menghantar surat tunjuk sebab...maka kini beliau sedang cuba untuk memulakan peniagaan sendiri dengan dibantu oleh kakaknya.

Mereka yakin dengan perjuangan mereka dan akan memastikan kerajaan Haram Perak akan dihapuskan dengan segera!!!!

Kes ini akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada 29hb April 2009 jam 9 pagi...sekali lagi kami akan menyusuri PLUS menuju ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar...semoga Raja-raja benar-benar menjaga kedaulatan mereka dengan mengambil kira hak dan kehendak rakyat di setiap masa dan ketika selagi tidak menyalahi syariat agama dan undang-undang sesebuah negeri dan negara.

Friday, 13 February 2009

94:5 Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Kadangkala sejak beberapa hari ini saya terfikir....selama ini dengan bantuan sahabat-sahabat yang prihatin khususnya dari GMI, kami membantu keluarga tahanan ISA, saya mendengar masalah mereka, cuba menjadi pendengar yang baik...kalau mereka memerlukan wang kami di Pusat Sokongan Keluarga cuba menyelesaikan keperluan dan permohonan mereka sedaya upaya.
Kini apabila masalah yang ini baru sahaja timbul saya sudah mula resah, gelisah dan sedih...isteri-isteri dan keluaraga tahanan ISA telah melaluinya bertahun lamanya dan belum tentu bilakah akan berakhir.
Entah kenapa saya begitu sedih...sebenarnya saya sedih lebih kepada terharu dengan sokongan dan dorongan dari kawan-kawan jauh dan dekat. Banyak sms dan emel yang diterima.
Petang tadi balik dari sekolah, Asma' pula yang bertanyakan kepada saya.."tadi ummi nangis ye..Asiah kata ummi nangis..nape ummi nangis"..
Asiah pula yang menjawab.."ummi kata sebab Asiah nakal"..
Ummi..."Tak lah...ummi tipu...sebenarnya...ummi terharu..."
Asma'..."terharu tu apa ummi"
Ummi.."ye la..ummi terharu sebab kawan-kawan semua baik-baik tolong do'auntuk ummi dan abah."
Sesungguhnya saya dan suami terharu benar-benar terharu...
Saya kongsikan beberapa emel dan sms yang kami terima...bukan berniat untuk menaikkan diri sendiri dan sombong cuma ingin berkongsi kehangatan ukhhuwwah fillah...
Emel 1.
Salam..
Buat akhi,ana mewakili Karisma Daerah Gombak mengucapkan syabas dan tahniah diatas kegigihan akh melalui ujian Allah ini.
Kami mendoakan moga Allah menguatkan hati akhi sekeluarga buat melalui ujian ini.
Perjuangan kita masih panjang dan akh telah melalui satu ujian lokap dunia untuk melalui ujian2 lain yg lebih mencabar
Kita percaya sebagai dai' dunia adalah medan ujian dan di syurga insyaAllah kita berehat.
Wassalam
Emel 2:
Assalamualaikum wbt,
Perjuangan Bad dan Nashita sekeluarga menjadi peransang kepada kami di Perak. Wanita JIM KK begitu bersemangat mengiringi Nashita semalam. Memerlukan kekuatan dalaman untuk bersama Nashita apatah lagi dikelilingi FRU dan polis. Sudah tentu kekuatan dalaman terserlah pada Bad dan Nashita. Moga Allah swt mengurniakan kepada kita semua untuk terus berjuang dengan BERANI.

Begitu juga sumbangan kewangan bagi meringankan bebanan juga dapat dibuat dalam masa singkat. Infaq sahabat semua yang diterajui oleh Dr. Mokhtar, SU JIM Perak amat saya hargai. Ir Megat menjadi penjamin kedua bagi Sdr. Bad turut bersama walau pun baru balik dari cermah Palestin di PJ dan sampai subuh tersebut.

Sesungguhnya perjuangan Bad dan Nashita bersama rakyat perak di Kuala Kangsar pada 6hb Feb 09 penuh dengan hikmahnya yang hanya Allah swt mengetahuinya.

Yahanis
JIM Perak
Emel 3:
Salam.
Semuga Allah memberi ganjaran kepada enta dan keluarga atas setiap kesukaran yang di hadapi untuk menegahkan yang Hak.

94:5 (Malay) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
94:6 (Malay) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
94:7 (Malay) Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
94:8 (Malay) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Ada apa apa ana leh tolong?

Wassalam

ARAH
SHUQAIQ KSA
sms dari Kak Animah Ferrar:
Yeah,Nash, itulah pahit manis perjuangan tulen-yang pahit amatlah pahit, dan yang manis itu terlalu manis. Ketahuilah Allah akan pastikan setiap orang pejuang itu ada penyokong dan pembantunya, kadangkala yang tak sangka sama sekali!
dari teman blogger..
"it's okay to cry yesterday & today. We'll smile tomorrow & thereafter. InsyaAllah"......
dan banyak lagi yang tak sempat dikongsikan....di lain kali InsyaAllah....
Saya menghantar sms ini kepada kawan-kawan.."now i know, I am not strong at all. I cried everytime I received sms and wishes. But now we r laughing our heart out sbb nama bad disebut2 dari bibir ke bibir dari hp ke hp lepas keluar news and papers..kah..kah..kah.."
Kami hanyalah pejuang kerdil.....