Friday 30 May 2008

Ratusan Kerdipan Lilin depan Kem Tahanan Kamunting-dari malaysiakini

(Anda semua dijemput bersama kami menyatakan sokongan dan bantahan kepada kezaliman ini.)

Ratusan kerdipan lilin depan kem ISA
Jimadie Shah Othman May 29, 08 2:14pm

Seribu orang dengan kerdipan api lilin di tangan masing-masing dijangka menyertai perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di depan kem tahanan Kamunting, Taiping pada sebelah malam 7 Jun ini.

Perhimpunan itu, anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), diadakan sempena kempen membebaskan 10 tahanan yang meringkuk di kem itu selama enam tahun, kata pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh.

“Kem tahanan Kamunting merupakan simbol atau mercu tanda pembenaran ke atas kezaliman. Kewujudan kem tahanan itu adalah akibat daripada wujudnya ISA."

“Kem tahanan itu pernah menempatkan beribu-ribu tahanan ISA yang tidak pernah dibicarakan dan dibuktikan kesalahan mereka di mahkahmah,” katanya di sidang media tengah hari tadi.

Pengarah kempen 'bebaskan tahanan enam tahun ISA', Norlaila Othman (foto, tengah) di sidang media itu, menjelaskan pihaknya memberi peluang kepada penyokong GMI dari sebelah utara Semenanjung menunjukkan bantahan mereka.

Suami Norlaila kini ditahan selama enam tahun di Kamunting. Mat Sah Mohamad Satray, yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Menteri besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah memberikan sokongan terhadap program itu tetapi belum mengesahkan kehadiran, kata Syed Ibrahim.

Menurutnya, Mohammad Nizar juga bersetuju membawa usul membantah ISA di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti diluluskan di sidang DUN Selangor awal minggu ini.

"Kita sedar walaupun mereka tiada kuasa untuk memansuhkannya (ISA), tetapi (usul) ini penting untuk rekod. (Tindakan) ini akan menjadi sejarah tersendiri," katanya lagi.

Perkembangan positif itu, kata Syed Ibrahim, disebabkan Pakatan Rakyat ingin mengotakan janji mereka dalam manifesto pilihanraya umum lalu.Selepas ke DUN Selangor, GMI merancang bertemu menteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak pada 7 Jun ini, sementara pertemuan dengan dua lagi pemimpin utama negeri Pakatan, Pulau Pinang dan Kelantan, sedang ditetapkan.

Sejak 'kempen bebaskan tahanan 6 tahun ISA' dilancarkan pada 11 April lalu, menurut Norlaila, 4,200 orang telah menandatangani petisyen di internet dan 10,000 daripada 50,000 poskad kepada menteri dalam negeri telah diisi.

Syed Ibrahim berkata GMI akan memaklumkan kepada polis Taiping dalam masa terdekat berhubung perhimpunan itu agar ia berjalan lancar.

Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah M Salleh, yang turut hadir di sidang media itu, berkata perhimpunan menyalakan lilin tidak bercanggah dengan Islam kerana acara itu tidak berkaitan dengan budaya Kristian seperti tanggapan sesetengah pihak.

Monday 26 May 2008

Satu langkah antara berjuta langkah menuju kejayaan...di Negeri Selangor Darul Ehsan

"Usul tergempar ISA lulus di DUN Selangor"

"Selangor to aid ISA families"
(Bergambar kenangan di kawasan Lobi Dewan Undangan Negeri Selangor-dari kiri UmmuAsiah, Puan Norlaila Othman-isteri tahanan ISA 6 Tahun dan Puan Aliza Jaffar isteri YB Saari Sungib(bekas tahanan ISA 2 kali)

Alhamdulillah itulah 2 tajuk berita di atas yang sempat saya browsed dari http://www.malaysiakini.com/ sambil cuba menulis satu entry tentang pengalaman saya dan beberapa orang AJK Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) semasa sesi sidang media dan penyerahan memorandum kepada YAB Menteri Besar Selangor siang tadi. Alhamdulillah, Allah hu Akbar. Ini adalah satu permulaan yang memberi makna yang sangat besar buat kami di GMI lebih-lebih lagi kepada mangsa kezaliman ISA.

Syukur kepada Allah yang telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah di negeri Selangor khususnya dan kepada 4 buah negeri yang lain. Lebih bersyukur lagi kerana kerajaan negeri Selangor benar-benar cuba sedaya upaya nya untuk memenuhi segala manifesto seperti yang dijanjikan di dalam PRU yang lepas.

(gambar ketika pertemuan AJK GMI bersama isteri-isteri Tahanan ISA HINDRAF dan YB Rodziah Ismail di pejabatnya)

Kehadiran kami di sidang DUN Selangor adalah hasil idea dari YB Rodziah Ismail semasa perjumpaan kami yang lepas semasa membincangkan bentuk bantuan kebajikan yang boleh disampaikan kepada GMI dan keluarga tahanan ISA. YB mencadangkan kepada kami untuk datang lagi dan menyampaikan lencana "Malaysia Bebas Dari ISA" kepada semua ADUN di negeri Selangor. Kami menyambut baik cadangan tersebut maka perancangan untuk program hari ini kami susun dengan baik sambil mengambil peluang keemasan menyerahkan memorandum dan kenyataan media GMI. Hari ini dipilih juga kerana kami diberitahu bahawa usul mengenai ISA akan dibawa pada hari ini.

(Pengerusi GMI, Syed Ibrahim membacakan kenyataan media GMI)

Kami diberi peluang untuk menyerahkan memorandum dan mengadakan sidang media ketika persidangan berhenti rehat sewaktu makan tengahari. Kami pada mulanya dimaklumkan oleh Puan Arfah, PA YAB Menteri Besar, bahawa YAB MB tidak dapat bersama kami menerima memorandum kerana mempunyai urusan untuk menyediakan hujah-hujah penggulungan untuk sesi penutup sidang DUN. Kami dimaklumkan bahawa YAB MB telah mengarahkan supaya YB Nik Nazmi untuk menerima bagi pihaknya. Sudah tentu kami berasa sedikit kecewa dan memohon jasa baik Puan Arfah untuk membantu kami mendapatkan juga sedikit masa YAB MB.

Semasa menunggu sidang media diadakan kami dimaklumkan oleh Puan Aliza isteri YB Saari Sungib yang juga AJK GMI bahawa dia mendapat maklumat bahawa MB telah memberikan surat dan meletakkan di meja semua YB ADUN, arahan untuk semua YB ADUN untuk menghadiri sesi sidang media kami GMI. Kami semua berasa sungguh berbesar hati.

(YAB Menteri Besar menerima memorandum dari GMI dan memberi ucapan menyokong usaha memansuhkan ISA, membebaskan semua tahanan ISA dan memberi bantuan kebajikan kepada keluarga tahanan ISA, di sebelah kirinya YB Saari Sungib-bekas tahanan ISA, ADUN Hulu Kelang)
Akhirnya, YAB MB telah turun ke kawasan lobby tempat kami menunggu dan sidang media GMI dan majlis penyerahan memorandum telah dapat dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah, terjawablah persoalan mengapa ramai sekali,mungkin hampir semua ADUN Pakatan Rakyat telah turut sama hadir ke sidang media kami tengahari tadi. Para wartawan juga begitu ramai sekali yang mengerumuni kami, hinggakan saya sendiri tersepit di kalangan mereka. Walaubagaimanapun dapat juga saya mengambil bebera gambar untuk simpanan.
Selesai sidang media kami dijemput untuk menikmati jamuan tengahari di meja VIP. Kami didatangi oleh YB Rodziah yang memaklumkan kepada kami bahawa kerajaan negeri berhasrat untuk menyediakan sebuah 'coaster' atau bas untuk membantu membawa keluarga tahanan ISA melawat suami dan ahli keluarga yang ditahan di KEM Tahanan Kamunting. Kami dijemput ke pejabatnya lagi untuk membincangkan dengan lebih lanjut tawaran tersebut.

(Menjamu selera makanan tengahari di meja VIP. Membelakangkan kamera ialah YB dari Barisan Nasional. Lencana yang diberikan disimpan di dalam poket)
Selesai makan dan solat zuhur kami bergerak pula menuju ke dewan persidangan bagi mengikuti sesi persidangan buat pertama kalinya...satu pengalaman yang amat bermakna...lebih-lebih lagi dapat mendengar hujah-hujah yang bernas dari ADUN Pakatan Rakyat, terutama sekali YB Hassan Ali yang dengan tegas menyatakan kemarahan dan kekecewaan rakyat khususnya akan segala penyelewangan yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan ADUN Sg Panjang yang juga bekas Menteri Besar Selangor.


(Mengabadikan kenangan di dalam dewan persidangan sebelum sidang bermula sesi petang. Wajib memakai blazer ketika di bangunan DUN ini. Ahli YB Pembangkang duduknya di bahagian bawah tempat kami berdiri, jadi muka mereka hanya dapat kami lihat di TV ketika mereka bangun membantah atau mohon penjelasan)
Selangor akan menjadi sebuah negeri yang pertama yang secara terang-terangan dan secara khusus memberi bantuan kepada keluarga mangsa kezaliman akta ISA. InsyaAllah ianya pasti akan membuka mata semua rakyat akan keprihatinan kerajaan negeri Selangor. Ianya juga akan menyedarkan rakyat betapa zalimnya mereka yang telah menahan tahanan ISA tanpa dibicarakan, ahli keluarga juga turut menderita hasil kezaliman ini, tidak ada sebarang pembelaan ke atas nasib mereka. Peristiwa ini juga bakal memberi impak kepada negeri-negeri lain yang turut sama diperintah oleh Pakatan Rakyat.

GMI akan terus mengorak langkah bertemu dengan pimpinan tertinggi 2 buah negeri Pakatan Rakyat yang lainnya. Dalam masa terdekat ini kami telah membuat temujanji untuk bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kedah. Perjumpaan dengan Menteri Besar Perak telah diadakan pada awal Mei lepas.

InsyaAllah janji Allah benar...kezaliman pasti akan dihapuskan, keadilan pasti akan ditegakkan...dengan api perjuangan yang tidak akan malap. Hanya masa yang akan menentukannya.


MANSUHKAN ISA
BEBASKAN TAHANAN ISA
TUTUP KEM KAMUNTING

Thursday 22 May 2008

99 Asmaul Husna

Kutip Semangat dari 99 Asma Ul Husna

Semalam saya telah menghadiri mesyuarat Post Mortem untuk program Ibu Tunggal yang telah diadakan pada sambutan Hari Ibu yang lepas. Sebenarnya pada awalnya saya rasa agak malas untuk pergi. Entahlah mungkin saya telah missed satu mesyuarat terakhir yang diadakan menyebabkan saya rasa agak ketinggalan, yang membuatkan saya rasa tidak ada semangat untuk menghadiri mesyuarat tersebut.Semasa program tersebut tugasan yang diberikan kepada saya ialah untuk menjadi camerawoman dan juga membuat liputan video program tersebut. Saya merasakan diri saya telah tidak menjalankan tugas dengan baik pada hari itu, ini juga membuatkan saya terasa berat untuk menghadiri mesyuarat pada malam semalam.

Namun sambil menghadapi makan malam, saya bertanyakan kepada suami. patutkah saya ke mesyuarat tersebut, suami memberikan dorongan untuk saya pergi. Satu lagi sebabnya ialah tempat kebiasaan mesyuarat diadakan agak jauh memandangkan saya di 'luar kawasan'. Saya tinggal di Gombak dan menjadi ahli di Hulu Kelang...rumah tersebut pula terletak agak ke dalam, kawasan atas bukit dan agak terceruk di Desa Haras, Zooview...seram dan gerun jugak untuk ke sana. Tetapi saya kuatkan juga semangat bersiap dan terus keluar rumah menuju ke destinasi.

Alhamdulillah....saya rasa bersyukur kerana ke sana. Pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat dengan dendangan nasyid Asma ul Husna..sambil menanti kehadiran ahli mesyuarat yg lain hadir. Teknik2 yang digunakan di dalam program ESQ165 yang sedang hangat diperkatakan, program yang mampu mencairkan hati-hati yang keras. Saya belum berpeluang untuk menghadiri program tersebut kerana kosnya agak tinggi...walaupun ramai teman-teman yang menegaskan bahawa ianya amat berbaloi...one time investment.

Memang benar...tempias sedikit dari program tersebut sudah mampu membuatkan hati rasa sedih dan takut dengan azab Allah..rindu dan Cinta kepada Rasululullah (saw) dan amat rindu dan cinta kepada Allah walau hati rasa amat takut dengan dosa yang terlalu banyak ditanggung sepanjang kehidupan ini.

Kata pengerusi, dengan mendendangkan dan mendengarkan nasyid Asmaul Husna ini mampu mencerdaskan minda kita lagi dalam menjalani mesyuarat pada malam itu. Alhamdulillah, memang benar...banyak perkara yang dapat sama-sama kami bincangkan mengenai kelemahan dan kekuatan dari program besar Ibu Tunggal yang telah diadakan, dalam usaha kami di DUN Hulu Kelang untuk merangka berbagai lagi program besar dan kecil untuk penduduk di Dun Hulu Kelang.

Pengerusi berjanji akan menggunakan teknik ESQ165 lagi dan dengan dendangan nasyid-nasyid di dalam Usrah kami pula yang akan diadakan pada malam ini, InsyaAllah.

Semoga Kejayaan Sentiasa bersama orang-orang yang benar dan berjuang demi sebuah Keadilan dan kerana Allah S.W.T.

Tuesday 20 May 2008

Mesti di catitkan jugak....

Hmm...berita hangat sejak dari semalam..Dr Mahathir keluar UMNO!!!..ya...suami saya beria-ia memanggil saya yang sedang enak berehat2 selepas letih mengemas rumah..."Ummi..Mahathir keluar UMNO"...saya tak pulak terkejut atau rasa nak bangun berlari dengar news tu..Entahla..sedikit pun tak terdetik rasa terkejut, seronok atau hairan. Dah la tu later baca news..keluar tu sementara saja hingga Pak Lah yang letak jawatan...hmm...hampeh betul rasanya.

Dr Mahathir dah tak berkuasa sekarang....tak tahulah sekiranya ada yang berani mengikut jejak langkahnya, especially mereka-mereka yang masih memegang jawatan dalam kabinet menteri sekarang. Dah menjadi adat, orang yang berkuasa akan cuba untuk terus berkuasa. Mahukah mereka kehilangan segalanya sekarang ini??

Perdana Menteri kita, Pak Lah memberi respon yang lansung bukan di luar jangkaan..tak tergugat dengan tindakan bekas ketuanya.."saya masih ada tugas dan tanggungjawab untuk dilaksanakan"...........Okay.........Pak Lah...betul tu...laksanakanlah amanah dan tanggungjawab anda dengan meletakkan rasa takut kepada Allah mengatasi segalanya......sedar akan segala kerosakan dan kezaliman yang telah lama dan masih menimpa rakyat anda..Hentikanlah...kalau boleh letaklah jawatan dengan secara hormat...jangan tunggu sampai anda di singkirkan. Bila dah tak ada kuasa dan tak ada jawatan...tiada siapa lagi yang akan membela anda.



Hidup ibarat roda...kadang-kadang di atas...kita berkuasa..boleh melakukan apa saja...tak perlu ambil endah akan kata-kata atau nasihat orang lain. Bila kita ke bawah...habis kena lenyek tanpa ada rasa belas kasihan lagi...Janji Allah benar kepada orang yang zalim terutama sekali kepada Pemimpin yang zalim.

Untuk semua pemimpin dan kita juga sebagai seorang Muslim....jangan leka dan mengabaikan segala yang berlaku di hadapan mata kita dan di sekeliling kita...takutlah akan azab Allah..jangan rasa seperti kematian tidak akan menjenguk kita.


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu umpama binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. "Surah al-A'raf: 179

Semoga kita dijauhi dari mengikuti jejak pemimpin yang zalim dan tidak bertanggungjawab. Jangan membuta tuli mengikut....ingat akan ayat Allah...

"(Dikatakan kepada mereka): 'Ini adalah suatu rombongan yang masuk berdesak-desak bersama kamu (ke neraka)'. Mereka berkata: 'Tiadalah ucapan selamat datang kepada mereka kerana sesungguhnya mereka akan masuk neraka'. Pengikut mereka menjawab: 'Sebenarnya kamulah. Tiada ucapan selamat datang bagimu, kerana kamulah yang menjerumuskan kami ke dalam azab, maka amat buruklah jahannam itu sebagai tempat menetap'. Dan berkata: 'Mengapa kami tidak melihat orang-orang yang dahulu kami anggap sebagai orang-orang yang jahat (hina). Mereka berkata: 'Ya Tuhan kami! Barang siapa yang menjerumuskan kami ke dalam azab ini maka tambahkanlah azab kepadanya dengan berlipat ganda di dalam neraka'. apakah kami dahulu menjadikan mereka olok-olokan, ataukah kerana mata kami tidak melihat mereka?'. Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka.


Surah Sad: 59-64

Semoga kita tergolong dalam umat yang disebutkan di dalam ayat di bawah.Buat perubahan dengan penuh kesedaran sekarang sebelum tiba masa bertemu Allah yang Maha Berkuasa.

"Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka berlaku adil nescaya turunlah kepada mereka malaikat, (katanya): Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berduka-cita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu. Kamilah wali kamu pada hidup di dunia ini dan di akhirat dan untuk di sana apa-apa yang diingini oleh nafsumu dan untuk di sana apa-apa yang kamu minta. Sebagai rezekimu dari yang maha Pengampun lagi Pengasih. Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata: 'Sesungguhnya aku termasuk orang muslim'. Surah Fussilat: 30-33

Sunday 18 May 2008

Rehat dan Relax Betul

Alhamdulillah...hari ni saya betul-betul merehatkan diri saya. Membiarkan diri saya tidur dan bangun sedikit lewat. Hari minggu...hari berehat..tapi..untuk aktivis..hari minggu juga boleh dipilih untuk menjadi hari yang teramat sebuk. Tapi hari ini saya pilih untuk berehat. Berehat lansung juga dari membuat sebarang kerja rumah. Sekarang jam hampir pukul 11 pagi, saya masih belum menyidai kain, masuk dapur, cuci pinggan, kemas rumah, sapu lantai, kemas bilik, lipat kain, cuci lantai luar, angkat kain yang disidai semalam...apatah lagi memasak....teruk bukan???...
Waktu ini tinggal saya sendirian. Saya pilih untuk berada di hadapan computer...blog hop..membaca kisah hidup rakan-rakan bloggers yang tidak dikenali...semuanya ibu-ibu. Masing-masing dengan kisah hidup masing-masing, membesarkan anak, bekerja, memasak, berusaha mencari rezeki menjadi usahawan dan lain-lain. Semuanya memberikan inspirasi untuk kita menjadi sebaik mereka atau lebih baik dari yang ada.
Hari ini mungkin merupakan satu anugerah untuk saya untuk berehat sendirian. Awal pagi tadi sempat juga melayan diri dengan suami berbasikal walau pun sekejap sahaja...kerana saya hanya ditinggalkan dengan sebuah basikal yang sedikit buruk yang membuatkan saya rasa lenguh tangan, sakit punggung dan lutut dan kaki rasa sedikit lenguh dan kebas. Basikal yang sering digunakan telah digunapakai oleh anak lelaki,Ammar, yang pagi-pagi mengejutkan saya dan bertanyakan sekiranya saya nak exercise atau tidak hari ini...saya hanya menggeleng...ye lah sedang sedap melayan mimpi.
Sebelum ini basikal di rumah cukup untuk kami semua, namun satu malam di malam kami sibuk kerja di luar di musim kempen pilihanraya..ada pula sang manusia sampai ke tahap sanggup 'mengangkat' basikal kami dan dibawa lari. Bayangkan susah payah orang itu mengangkat basikal keluar dari pintu pagar kami yang agak tinggi...hilanglah satu basikal yang baru beberapa minggu dibeli..itu kan namanya tak ada rezeki dan mungkin salah kami yang juga kurang berhati-hati...selepas itu setiap malam semua basikal dibawa masuk ke dalam rumah walaupun membuatkan pemandangan sedikit tak berseri.
Saya sangat free hari ini, sebab pertamanya sejak tengahari semalam dua orang anak perempuan saya telah dihantar ke rumah kawan mereka, yang ibu dan ayahnya juga kawan saya dan suami. Bukan hanya untuk bermain tetapi kiranya macam satu kebajikan juga sebab anak kawan saya ni anak bongsu dan kakak dan abang dah agak besar...so agak kesunyian lah dia. Semalam saya pergi juga menjenguk mereka di rumah kawan saya tu..wah seronok betul mereka bermain, terjerit dan terlompat-lompat...maka saya tinggalkan mereka untuk tidur di sana.
Waktu ini juga suami saya telah keluar bermain bola dan anak lelaki saya masih belum pulang dari rumah kawannya.
Tetapi sekarang saya mesti berhenti menaip dan memulakan tugas saya yang sebenar yang banyak terbengkalai..sebelum saya menjadi seorang yang benar-benar pemalas...Jumpa lagi...

Thursday 15 May 2008

ISA Tidak Zalim...Kata KPN

Sebelum membaca keratan berita dibawah,saya telah pun mendengar kata-kata KPN ini di dalam berita di TV sebelum kaki melangkah keluar menghadiri mesyuarat GMI.

Sesak nafas dan hati menjadi sakit..itu baru perasaan hati saya yang bukan secara direct menjadi mangsa kezaliman ISA..apa pula perasaan dan kata hati mereka-mereka yang menjadi mangsa kezaliman ISA yang sebenarnya.
Apa yang membuatkan saya merasa marah lagi ialah mereka-mereka ini sedap cakap saja kerana mereka tahu berita sebenar tentang kezaliman ISA tidak terpampang dan terpancar dalam TV atau akhbar arus perdana milik mereka. Mereka juga lansung tidak bertanggungjawab di atas kenyataan mereka apatah lagi di atas amanah yang dipegang oleh mereka.

Kata IGP ISA tidak zalim????..Lihat gambar di bawah ini yang dilukis sendiri oleh tahanan ISA yang masih merengkok di dalam KEMTA selama 6 tahun sudah...gambar ini sudah lama dilukis dan dapat dikeluarkan dan dijadikan bahan pameran oleh kami di GMI untuk menunjukkan tentang kezaliman ISA secara physical dan mental...Banyak lagi lukisan yang lain...cukuplah ini sebagai bukti.
Tatapi lah ia...




























Hati saya juga sakit dengan kenyataannya lagi bahawa "ISA detainees can still obtain their defence by providing evidence in court"....apa yang dimaksudkannya ni????...kami di GMI puas mendesak kerajaan dan polis supaya membebaskan tahanan ISA atau bawa mereka ke mahkamah untuk dibuktikan kesalahan mereka sekiranya ada...tapi...ini kan namanya "tahanan tanpa bicara"....bertahun-tahun ditahan kerana polis gagal menunjukkan bukti atau lansung tak ada bukti.Mungkin IGP kita ni lupa atau tidak tahu agaknya
Lagi sakit dan tersiat hati bila baca statement ini.."There is an advisory panel which re-evaluates cases of ISA detainees. If the panel says the detainees do not threaten the country's security, we will free them,"
Nak tahu kenapa???...sebab kalau kerajaan dan IGP bercakap benar dan ikhlas dah lama semua tahanan ini sepatutnya dibebaskan kerana kebanyakan mereka telah pun direcommendkan oleh Lembaga Penasihat untuk dibebaskan kerana semuanya baik-baik belaka. Lansung tak mengancam keselamatan negara.
Tetapi hakikat yang sebenarnya ialah kewujudan Lembaga Penasihat hanyalah satu procedure sahaja atau nak make up biar nampak cantik dan baik saja ISA ini. Mereka sebenarnya tidak ada kuasa hanya layak untuk menasihatkan sahaja sama seperti kewujudan SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia..hanya sekadar boleh memberi nasihat dan pandangan, akhirnya keputusan muktamad adalah di bawah kuasa mereka yang berkuasa.

Internal Security Act not cruel, says IGP

Thursday, 15 May 2008
KUALA LUMPUR, May 14 (Bernama) -- Dismissing the notion that the Internal Security Act (ISA) is cruel, the inspector-general of police says it is still needed to safeguard national security.

Tan Sri Musa Hassan also rejected charges by some quarters that detainees held under the ISA were given no opportunity to defend themselves in court.

"ISA detainees can still obtain their defence by providing evidence in court."

There is an advisory panel which re-evaluates cases of ISA detainees. If the panel says the detainees do not threaten the country's security, we will free them," said Musa, adding that members of the panel were former judges.

He was speaking to reporters after officiating the first meeting of the Asean Regional Crime Prevention Foundation (ARCPF) here Wednesday.

Answering a question from an Indonesian journalist who was covering the ARCPF event, Musa said among the ISA detainess were 13 Indonesians who enjoyed permanent resident status here.

He said they were being detained in Peninsular Malaysia and Sabah.The three-day meeting which began Wednesday focusses on the establishment of the Malaysian Crime Prevention Foundation by emphasising on aspects of crime prevention in drug smuggling, human trafficking and police enforcement.Also present was acting ARCPF chairman Tan Sri Da'i Bachtiar of Indonesia.

Wednesday 14 May 2008

Makan....Exercise...Petunjuk sepanjang jalan..



Sejak awal minggu ni, saya dah ubah semula kegiatan exercise di waktu pagi saya. Selalunya saya akan ber'brisk walk' di awal pagi selepas menghantar anak ke sekolah. Selalunya akan ambil masa dalam 30 minit saja. Sebelum dari routine tersebut, saya berbasikal untuk exercise setiap pagi. Tetapi sejak berjumpa doktor kerana sakit lutut yang amat sangat saya dinasihati agar tidak berbasikal. Tetapi kini saya 'berdegil' sedikit hendak juga berbasikal di waktu pagi. Jadi untuk meneruskan hasrat saya, saya kena lah rajin mengambil vitamin khusus untuk kurangkan sakit lutut. Kena lebih exercise setiap kali saya rasa saya terlebih makan...sayang kalau berat badan saya naik semula..bukan senang nak turunkan berat badan walau pun sedikit...so kena la monitor and maintain and if possible..biar turun lagi...
Berbasikal amat menenangkan hati dan menyegarkan minda dan perasaan. Seperti berenang, saya rasa tenang, aman dan segar bila berbasikal. Tiupan angin yang sejuk dan segar di waktu pagi benar-benar membahagiakan diri buat seketika. Terlupa sebentar segala duka di hati dan masalah yang ada. Itupun kalau dapat lapangkan fikiran dan kalau tersedar dari lamunan, cepat-cepat cuba menghiaskan hati dan jiwa dengan zikir dan selawat.

Kawasan tempat saya tinggal, di sekitar Taman Melewar, Taman Changkat dan Padang Balang masih mempunyai ciri-ciri kekampungan. Rumah-rumah kayu di tanah-tanah lot, sungai-sungai kecil walaupun sangat-sangat dicemari...tetap membangkitkan suasana kampung yang aman dan damai. Kesibukan ibu-ibu menyidai kain di ampaian maupun bersembang tenang di halaman, tuan-tuan kedai runcit mengemaskan barang jualan, ibu ayah yang sibuk menghantar anak-anak ke sekolah dengan motor dan berbasikal, termasuk ayam-ayam yang senang lenang mencari makanan di tanah yang rata lagi lapang....ah...sungguh aman dan tenteram.....Subhanallah... Maha Suci Allah.....yang menciptakan segala sesuatu...
Walaupun mengambil jalan dan lorong yang berbeza, namun setiap kali saya akan tetap tembus semula ke jalan yang sebenarnya menuju ke destinasi saya...begitulah juga dengan kehidupan kita mungkin, setiap kali terpaksa membuat pilihan jalan mana, perkara apa yang perlu dilakukan, namun semuanya kerana hendak menuju ke satu destinasi...mencari keredhaan Allah yang kekal abadi....banyak dugaan yang kita tempuhi yang kadangkala kita tidak dapat mengelakkan diri kita dari hasutan iblis dan syaitan...namun kasih sayang dan Rahmat Allah masih terus bersama kita selagi kita mengingatinya...kita tetap diberi petunjuk ke jalan yang benar....InsyaAllah....Alhamdulillah.....
(Nota:..hajat hati nak letakkan gambar ayam-ayam berlatarbelakangkan rumah kayu..dan gambar bukit2 yg dalam hp..tapi dahla dok cari wayar2nya..tak jumpa pulak...misplaced lagi..teruk betul..sempat asma' tegur.."ummi,nanti asma' bagi do'a barang hilang tu"... :)) ...dah jumpa at 12.03am. Alhamdulillah..petang tadi masa cari, dah tengok kat situ..tak pulak perasan bendanya ada di situ.

Do'a cari barang hilang

Semalam ketika saya masuk ke bilik anak saya Asma', terlihat buku-buku bersepah di atas lantai, dia pula sedang duduk-duduk di atas katil membaca buku.

Soalan biasa seorang ibu.."Asma' kenapa buku bersepah kat lantai ni?"

Asma'menjawab..."Buku Soal Selidik Penilaian Amali Asma' hilang".

Ummi pulak..."Asma' letak kat mana sebenarnya?"

......."Asma' letak dalam beg,lepas tu dah tak ada"..
(Asma' terkenal dgn habit letak barang di tempat lain tapi sebenarnya bila dicari2 dan terjumpa sebenarnya diletakkan di tempat lain...puaslah kena mencari)

Arahan ummi pulak.."Okay,Asma' kemas dulu buku-buku ni, cari sambil tu kemas semua barang lain yang bersepah. Apa yang tak perlu buang saja dalam bekas sampah"
Dalam hati..rasa legalah jugak...boleh la dia kemas sikit bilik dia sendiri. Pagi-pagi nanti dah safe satu kerja rumah.

Bilik Asma' ni memang terkenal tiap hari mesti sepah...dah puas tolong organizekan barang-barang dia dan adiknya but...the next day mesti sepah lagi...macam-macam invention dan idea creative anak-anak perempuan ni..

Balik ke cerita buku Asma' hilang tadi..selepas beri arahan tadi, saya berehat sekejap sambil menonton TV. Tiba-tiba Asma' datang berlari-lari membawa sebuah buku..."Ummi, Asma' jumpa buku do'a, ada do'a mohon ditemui barang yang hilang".

Saya pun berilah semangat pada dia.."Okay bagus tu, bak sini ummi pun nak tahu, sebab ummi pun tengah cari barang hilang ni....(memang saya selalu hilang barang, very-very careless,terpaksa spend bnyk masa untuk mencari barang yang hilang...geram pada diri sendiri)"

Selang beberapa minit, Asma' datang berlari kepada saya lagi dengan gembiranya..."Ummi..Asma' dah jumpa buku tu"......Alhamdulillah, kalau tak jenuhla saya nak memujuk dia esoknya supaya menerima hakikat kalau betul2 buku dah hilang. Saya pun dah mula fikir langkah yang terbaik nak selesaikan isu tu...esok pergi sekolah and minta guru beri yang baru atau photocopy saja dari kawan atau guru. Tetapi akhirnya dah jumpa...itulah ibu...banyak perkara remeh temeh yang perlu diselesaikan dan difikirkan...sebab tu lah selalu kena migraine attack kot.

Ini lah do'anya....

"Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang."

Atau...

"Maha Suci Tuhan Allah zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai (lupa) wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lalai(lupa)"

Tuesday 13 May 2008

Hentikanlah Kezaliman Ini-Bebaskanlah Mereka

KENYATAAN AKHBAR
ISNIN 12 MEI 2008
PUSAT SOKONGAN KELUARGA (PSK)
SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU SEDUNIA
Pada 11 Mei, seluruh dunia meraikan hari yang cukup istimewa bagi kaum wanita iaitu Hari Ibu. Bagi seorang wanita, menjadi seorang ibu adalah satu pengalaman yang sangat berharga yang tidak dapat dibeli oleh wang ringgit. Segala sakit pening, penat lelah, jerih payah seorang wanita yang mengandungkan anaknya, adalah merupakan satu anugerah yang sangat indah bagi menandakan kesempurnaan seseorang wanita. Segala kesukaran dan kesakitan ketika proses melahirkan anak, dengan sekelip mata hilang begitu sahaja tika melihat wajah comel yang dikandung selama sembilan bulan selama ini.

Setiap wanita bergelar ibu, sudah pasti naluri keibuannya, tidak pernah lepas dari perasaan untuk terus-menerus membelai, menjaga, melindungi dan memberi sepenuh kasih-sayang kepada anak yang pernah dikandung dan dilahirkan dengan penuh susah payah. Si ibu pastinya sanggup berbuat apa saja untuk memastikan anak mereka berada dalam keadaan aman, selamat dan sejahtera.

Pada hari ini, PSK-GMI, ingin menarik perhatian seluruh masyarakat dunia, tentang isu pencabulan hak asasi yang dahsyat yang sedang mengancam kestabilan institusi kekeluargaan mereka yang dijadikan mangsanya. Seramai 70 tahanan akta zalim ISA di Kem Kamunting kini sedang dicabuli hak asasi mereka, dipisahkan selama beratus-ratus hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun, daripada perhatian dan kasih-sayang ibu yang amat menyayangi mereka.

Bagaimanakah perasaan seorang ibu yang anaknya telah ditahan selama lebih 6 tahun? Apakah yang ada di fikirannya selama ini bila anak yang dikasihi, dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang mengaibkan, kemudian dikurung berterusan tanpa pernah diberi sebarang perbicaraan mahupun pembelaan di mahkamah? Dapatkah diselami hati ibu tua itu yang sentiasa resah dan bimbang, bahawa pada suatu hari nanti beliau tidak dapat bertahan lama untuk menunggu bilakah anaknya akan dibebaskan, hingga akhirnya beliau menutup mata buat selama-lamanya?
PSK-GMI juga ingin bertanya, adakah si penguasa ISA tega dan sanggup melihat lebih banyak airmata ibu-ibu yang telah tua dan berusia, terus-menerus tumpah kerana terlalu lama menunggu dan terus menunggu pembebasan yang tidak kunjung tiba? Apakah dosa si ibu tua turut terhukum dengan penahanan tanpa bicara ISA milik Kerajaan BN ini?

Demi kasih sayang anugerah daripada Tuhan, berilah sedikit ruang agar segala perhatian, rasa rindu dan kasih sayang dengan mereka yang telah sekian lama dipisahkan selama ini segera ditautkan kembali, dengan membebaskan kesemua tahanan ISA itu.

Sempena Hari Ibu ini, PSK-GMI mendesak supaya Menteri Dalam Negeri,
1. Segera membebaskan semua tahanan ISA yang sedang dikurung
2. Segera memansuhkan akta zalim ISA yang menghina nilai-nilai kemanusiaan ini
3. Dan segeralah tutup sahaja Kem Kamunting.

Menteri Dalam Negeri tidak akan kerugian apa-apa dengan melakukan sedikit kebajikan iaitu membebaskan rakyat marhaen yang selama ini menderita disebabkan kewujudan akta zalim ini. Berikanlah sedikit kegembiraan pada kaum ibu yang selama ini turut ‘terpenjara’ minda dan perasaan mereka kerana dipisah secara paksa dengan anak kesayangan mereka.

Mansuhkan ISA.
Bebaskan semua tahanan
Tutup Kem Kamunting.
Norlaila Othman,
Isteri Tahanan ISA,
PSK-GMI.

Monday 12 May 2008

Pertemuan

Pada hari Jumaat lepas saya bersama Puan Norlaila dan Mun Hooi mewakili GMI bertemu dengan YB Rodziah Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,Sains, Teknologi dan Inovasi di pejabatnya di Bangunan SUK. Kami ke sana atas jemputan YB bagi membincangkan bentuk bantuan yang kerajaan Selangor dapat hulurkan kepada keluarga mangsa ISA.

Beberapa hari sebelum itu, saya telah beremel dan bersms dengan Kak Azzah8 untuk berjumpa di sana, kerana Kak Azzah8 ada juga sedikit urusan yang memerlukannya ke sana. Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga berjumpa..tak susah sebab dah kenal gambar dari dalam blog..walau tak pernah berjumpa dan kenal namun rasa macam dah lama kenal. Apa tidaknya..if saya tak silap, blog Kak Azzah8 adalah blog pertama yang saya mula browsed, baca dan lihat. Selepas itu saya mula blog hop ke blog lain melalui blog kak Azzah8. Thank you Kak Azzah8....
Kak Azzah berpeluang berjumpa, makan dan mendengar cerita direct dari keluarga tahanan ISA sendiri....dan Kak Azzah8 belanja kami semua makan tengahari tu..selalunya menjadi tugas saya sebagai bendahari GMI untuk belanja. Alhamdulillah.

"No Resignation"..Selamat Hari Ibu...

Dah berhari juga saya tak update blog ni almost a week..bukan tak ada apa cerita..cuma sedikit tidak ada mood.

Semalam ramai ibu yang bergembira kerana diraikan oleh anak-anak yang tersayang begitu juga oleh suami yang tercinta. Ramai menerima ucapan "Selamat Hari Ibu". Saya menerima satu sms dari seorang kawan, dan sebenarnya beberapa tahun yang lepas saya juga menerima sms yang sama, namun kali ini, ada satu ayat yang menyentuh jiwa saya....no resignation..ya..untuk seorang ibu, satu tugas yang tak ada peluang untuk meminta diri untuk resign. Ini sudah tentu bagi seorang ibu yang baik dan bertanggungjawab.

Mungkin ramai juga yang menerima ucapan yang sama..namun di bawah saya catitkan sms tersebut :

"Motherhood is a tough 24-hr job: No Pay, No day-off. Most often unappreciated. And yet resignation is impossible! Hello Pretty Mom, Happy Mother's Day!"

Lagi satu ucapan melalui sms..:

"Happy,Happy Mother's Day to a beautiful & perrrfect mom. Moga segala pengorbanan,kesabaran & usaha mendidik anak-anak yang dikasihi diganjari Allah sewajarnya."

Kedua-dua ucapan tersebut membuatkan air mata saya mengalir.....

Semalam saya menyambut hari ibu bersama hampir 500 orang ibu tunggal di Majlis Meraikan Ibu Tunggal Bersama Adun Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Taman Keramat.

Ramai sekali yang datang. Suasananya seumpama mereka datang 'berbondong-bondong'..ada yang berjalan kaki, menaiki bas dan teksi. Alhamdulillah, majlis tersebut mendapat sokongan dari beberapa badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Hasrat ADUN Hulu Kelang untuk membantu nasib ibu tunggal. Moga nasib mereka terus terbela.

Sedih mendengar nasib isteri-isteri yang dianiayai dan dizalimi oleh suami lantaran kehidupan yang sudah tidak serasi. Tetapi mengapa harus kehidupan mereka dan anak-anak diseksa???..Hidup mungkin tidak terseksa tetapi hati sentiasa pedih dan perit.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka untuk terus meneruskan kehidupan.

Tuesday 6 May 2008

Menarik dari YouTube

Ingin berkongsi satu video yang saya rasa menarik..untuk tontonan dan lebih lagi untuk kita memahami apa yang difahami oleh seorang Menteri yang diberi tanggungjawab.
Kami dari GMI telah cuba membuat temujanji untuk bertemu dengan Menteri tersebut,tapi gagal. Sejak tahun 2001 kami telah cuba menghantar banyak surat untuk membuat temujanji dan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri yang terdahulu yang juga Perdana Menteri iaitu Dr Mahathir dan juga Dato' Seri Abdullah Badawi. Namun semunya tak dilayan...jadi ada beberapa occasion kami terpaksa ambush kedua-dua Perdana Menteri ini. Kami berjaya menghulurkan surat ke tangan Dr Mahathir di Persidangan UMNO di PWTC dalam tahun 2002...memang teruk kami dikepung dan dihalau oleh bodyguard PM. Sekali lagi Pn Norlaila dan saya terpaksa ambush Pak Lah di Felda Sendayan dalam tahun 2006. Kami berjaya menembusi kepungan bodyguard dan SB-SB. Alhamdulillah, surat sampai ke tangan Pak Lah. Bila Pn Norlaila minta supaya suaminya dan tahanan yang lain dibebaskan Pak Lah kata "InsyaAllah, InsyaAllah"...hingga kini belum dibebaskan dan dah genap enam tahun di Kamunting.
Kadang-kadang kita terpksa melakukan perkara sebegini apabila orang yang bertanggungjawab tidak mahu melayan kita dengan cara yang baik dan melalui saluran yang betul.

Monday 5 May 2008

8 Perkara Mengenai Diri Saya-UMMUASIAH

UMMU Asiah...Asiah di kanan sekali dan Asma' di sebelahnya...rakan baik anak-anak, Wasilah Saari...'the three young activists'
Hari ni saya perlu selesaikan satu tanggungjawab yang telah diberikan oleh silversarina. Kena tulis lapan perkara mengenai diri sendiri...banyak tu boleh buat buku. Nasib baik belum banyak kawan dalam alam bloggers ni...if not jadi 'famous' la jugak...okay...where do i begin...anyway apa-apa pun moga ada kebaikan dan pengajaran yang dapat diberikan maupun diambil mengenai kisah diri sendiri ini.
1. Mulanya, of course, tarikh saya dilahirkan...ha..ini kena pergi cari dalam buku-buku sejarah, bilakah tarikhnya. Saya buat sedikit reference dari buku 'Siri Cendekiawan Islam' '365 HARI DALAM SEJARAH' keluaran Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.

Tahun ini, bila tiba tarikh hari lahir saya, anak saya yang sulong Anas, memberitahu saya.."Ummi, tarikh hari ini ialah hari di mana Hassan Al-Banna syahid..".pada tahun 1948..As-Syahid Hassan Al-Banna, seorang pejuang Islam terkemuka dan pendiri gerakan Ikhwanul Muslimin terkorban dalam keganasan yang dilancarkan oleh Raja Faruq..dipetik dari buku tersebut..."Moga Allah kurniakan juga kepada kita kemuliaan sebagai Syuhada' ".

Pada tarikh ini juga Republik China telah didirikan oleh gerakan penentangan rakyat China yang dipimpin oleh Sun Yat Sen pada tahun 1912.

Dalam negara pula pada tarikh ini seorang pemimpin juga telah dilahirkan iaitulah Tun Hussein Onn(Allahyarham) pada tahun 1922. Perdana Menteri Malaysia yang ke 3.

Bagi tahu la juga...tarikhnya ialah pada 12hb Februari...lambat lagi kalau nak bagi hadiah pun..:)

2. Nama saya???...nak bagi tau ke..ramai blogger pun tak letak nama sebenar, tapi why not kan..ada beberapa kali bila saya beritahu nama kpd teman yang berbangsa Arab, mereka mengatakan maksud nama saya lebih kurang sebagai 'energetic..or..aktif'..ye...ke?..Nama saya Nashita bt Md Noor...selamat berkenalan semua..

3. Saya anak yang ke 5 dari 12 orang adik beradik..i.e 3 orang darinya dari anak ayah dengan isteri yang no 2.
4. Berasal dari Kedah-DUN Pengkalan Kundor. Sekarang tinggal di Gombak.

5. Saya berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Anas(15), Ammar(12), Asma'(9) dan Asiah(7). Tak ada rezeki untuk mempunyai anak yang lebih ramai kerana selama 5 tahun pertama perkahwinan saya mengalami 5 kali keguguran sebelum mendapat anak yang pertama pada 2 hb Oktober, sehari selepas kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 5. Tanda2 sakit nak bersalin mula terasa masa kami berdua keluar makan di JJ sempena menyambut ulangtahun perkahwinan. Alhamdulillah.

Lagi 3 lagi...apa ye....

6. Saya mendapat pendidikan tinggi di University of Wollongong dengan biasiswa PETRONAS dalam bidang perakaunan. Tapi tak terikat untuk bekerja dgn Petronas sebab di tahun saya balik tu mungkin tengah tak de kerja banyak, so di releasekan oleh Petronas. Ada kawan-kawan yang tak kerja dgn Petronas kena la bayar balik loan mereka. Untung juga saya, tapi lagi untung kot if dapat kerja dgn Petronas...Bonus lumayan!!!!...Ke Australia pada tahun 1985 dan balik pada tahun 1991..lama tu..6 tahun. Apa taknya sempat berkahwin di sana pada tahun 1988. Perkahwinan yang diarrange oleh sahabat-sahabat.

7. Sekarang saya tidak bekerja di mana-mana pejabat, pejabat di rumah saja. bekerja ikut masa sendiri. Suami beri peluang untuk saya berkhidmat kepada masyarakat. Alhamdulillah. Dengan kemudahan yang ada seperti kenderaan, komputer, internet, sedikit wang perbelanjaan, dan yang terutamanya masa dan tenaga saya gunakan untuk membantu golongan yang dizalimi. Saya bergerak aktif dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sejak 10 hb April 2001. Tarikh di mana 10 orang tahanan Reformasi ditahan di bawah ISA. Tarikh itulah saya mula mengenal dengan lebih mendalam lagi apa itu ISA (Internal Security Act, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Tahan Tanpa Bicara). Lebih-lebih lagi saya memahami apa kah kezaliman sebenar yang terkandung dan tersembunyi di sebalik akta tersebut.
Gambar ehsan dari blog Jeff Ooi-Lensa Malaysia..All in the Family joined the demo at IOI Mall Puchong 4 Feb 2007
Sebelum dari tarikh tersebut saya bergiat aktif dalam aktiviti reformasi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan dari jawatannya. Mula dari tarikh tersebut, saya sentiasa mengikuti setiap demonstrasi yang diadakan walaupun ketika itu saya sedang mengandung dalam tempuh 7 bulan atau 8 bulan.
Gambar kenangan di 'centre court' Penjara Pudu..di belakang ada pagar tinggi sebelum memasuki blok penjara..rehat2 sebelum dibawa ke dalam lokap at around 3-5am.
8. Akhir sekali saya pernah juga dipenjarakan semasa mengikuti demonstrasi aman anjuran PROTES..memprotes kenaikan harga barangan pada 26hb Januari 2008. Saya dan kawan2 ditangkap sebelum kami sempat sampai di tempat perhimpunan. Kami hanya dibebaskan dari penjara pada jam 7.10 min malam Isnin 28hb Januari. Dapatlah saya merasakan tinggal di dalam lokap penjara Pudu dan beberapa jam di lokap Mahkamah Jalan Duta. Saya ada menulis mengenai pengalaman saya.....'OPS PADAM 3'
Sekian saja kak rina dari saya...nak cerita lagi jadi buku pulak.

Friday 2 May 2008

Berhati-hati selalu....

Awal pagi tadi sebaik sampai di hadapan pintu pagar rumah selepas menghantar anak ke sekolah, saya terdengar satu bunyi dentuman yang kuat, diikuti dengan bunyi deraian kaca pecah. Terkejut juga saya. Saya dah agak satu perlanggaran kecil dah berlaku. Sebelum itu, saya terperasan sebuah kereta savvy dibawa dengan had laju yang agak tak sesuai untuk kawasan perumahan dan di sebuah selekoh pula tu. Maka berlakulah perlanggaran yang tak diingini. Sebuah kereta savvy dan sebuah Proton Iswara Aeroback berlanggar berdepan. Bahagian kereta depan Iswara remuk teruk, savvy nampak macam okay saja.

Ye lah..awal-awal pagi semua orang dalam suasana yang tergesa-gesa, nak cepat, especially kalau dah terlambat. Betul juga kata pepatah melayu, biar lambat asalkan selamat. Tapi jangan lambat sangat..mengganggu orang lain pula...

Saya pernah juga 3 kali kemalangan kereta kecil-kecilan, samada saya terlanggar kereta orang atau orang lain melanggar belakang kereta saya. Memang pengalaman yang sungguh tak seronok sekali, boleh rasakan kekecewaan yang amat sangat apabila dentuman berlaku. Banyak benda-benda remeh yang perlu dilakukan kalau berlanggar, kecualilah masing-masing boleh bertolak ansur dan menyelesaikan dengan baik. Yang tak bestnya lagi, dah la rugi bila kena baiki kereta, bila buat laporan polis pun kena bayar lagi. Bertimpa-timpa kesusahan. Kereta pula mungkin tak boleh digunakan untuk beberapa hari.

Jadi kita kenalah selalu berhati-hati bila memandu, do'a perjalanan jangan lupa dibaca, agar perjalanan kita djauhi dari segala perkara yang buruk.


Thursday 1 May 2008

"I love ISA"..."Saya suka ISA".."Saya tak suka tahanan ISA"-kata-kata Ahli Parlimen Barisan Nasional

Berita bergambar

Sekitar aktiviti GMI di Parlimen pada jam 12.30tghari hingga 2.00 petang, Rabu 30hb April 2008. Tarikh ini adalah juga tarikh ulangtahun GMI yang ke 7 tahun. GMI dilancarkan pada 30 hb April 2001. Aktiviti GMI pada hari ini ialah bersempena "Kempen Bebaskan Tahanan 6-Tahun ISA". Acaranya ialah penyerahan Memorandum GMI bersama Human Rights Committee, Bar Council dan lencana anti-ISA kepada Ketua Pembangkang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bagi pihak kerajaan), Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen BN. Ini bersempena Sidang Parlimen ke-12. Delegasi GMI menunggu di luar pintu utama Parlimen sebelum masuk beramai-ramai ke dalam bangunan Parlimen. Delegasi terdiri dari AJK GMI, wakil Human Rights Committee, Bar Council dan wakil Hindraf termasuk isteri M Manoharan tahanan ISA-Hindraf yang juga menang di PRU12.Delegasi GMI perlu berkumpul di depan kaunter pendaftaran sebelum dbenarkan naik ke atas bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah untuk mengadakan sidang media.

Berdepan dengan pegawai keselamatan Parlimen yang tidak membenarkan wakil GMI naik ke atas kerana tidak berpakaian lengkap i.e memakai slipper dan berbaju lengan pendek. Mujur ada peguam GMI Sdri Lateefa yang cuba mententeramkan keadaan dan memohon agar kami semua dibenarkan naik ke atas, keran kami cuma akan berada di lobby Parlimen dan bukannya akan masuk ke dalam Dewan Parlimen . Akhirnya kami semua dibenarkan masuk.
Mengambil tempat di sudut sidang media. Menunggu ketibaan Datin Seri Wan Azizah. Sidang Media hanya boleh diadakan dengan kehadiran seorang Yang Berhormat. Wakil keluarga tahanan ISA, dari kanan Puan Norlaila Othman isteri Mat Sah Mohd Satray, Puan S Pushpaneela isteri M Manoharan dan V Raidu, adik kepada S Ganapathi Rao juga tahanan ISA-Hindraf. Penantian yang bukan hanya disulami kesabaran yang tinggi, paling utama hati yang cekal dan berani menentang kezaliman yang menimpa diri mereka dan ahli keluarga mereka.Banner 'Penyerahan Badge ISA kepada Ahli Parlimen Malaysia" dikeluarkan...."MALAYSIA BEBAS DARI ISA".
Sidang Media bermula dengan kehadiran Ketua Pembangkang. Di sebelah kiri ialah Syed Ibrahim Syed Noh dan di sebelah kanannya ialah Peguam Amer Hamzah, wakil dari Bar Council yang juga seorang peguam yang berjuang membela nasib tahanan ISA dengan membawa kes Habeas Corpus ke mahkamah.Sementara menunggu sidang media selesai saya bersama beberapa orang AJK GMI telah memasuki ruang makan khusus untuk Ahli Dewan Rakyat sahaja dengan diringi oleh Sdra Gobalakrishnan seorang Ahli Parlimen yang juga seorang bekas tahanan ISA di era Reformasi. Ada Menteri yang menerima dengan tenang dan terbuka ada juga Menteri yang menerima sambil mengeluarkan kata-kata yang spontan tanpa berfikir dengan waras.Lencana turut diserahkan kepada Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat.
Penyerahan lencana secara rasmi oleh Ketua Pembangkang kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional. Kebanyakan mereka mengatakan bahawa mereka suka ISA. "Saya suka ISA"..."Saya tak suka tahanan ISA". Kata-kata dari Dato' Azmi Khalid ketika saya menyerahkan lencana kepadanya ialah "Sebab adanya ISA lah negara kita aman dan selamat"...Jawab saya kepadanya " Sebab itulah rakyat tidak mahu kepada kerajaan Barisan Nasional, sebab ada akta zalim ISA, sebab itulah rakyat mahukan Pakatan Rakyat yang memerintah, kawan saya suami dia dah 6 tahun ditahan ISA,zalim kan.."...terus tidak ada lagi penambahan dari Menteri dan MP yang lain . Apalah agaknya yang dibualkan oleh mereka..seronok dan mewah betul kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada Ahli Parlimen. Kelihatan Dato Nazri Aziz sedang 'berehat-rehat' dengan gayanya tersendiri. Saya masih teringat beberapa tahun lepas, saya bersama 2 orang isteri tahanan ISA pergi bertemunya dengan jemputan dari Dato'Nazri sendiri. Katanya kepada kami "Sebenarnya Pak Lah tak ada kuasa nak bebaskan tahanan ISA, yang berkuasa ialah Polis, sebab tulah polis disebut sebagai 'Polis Raja Di Malaysia'"...Ini bukan rekaan saya.

Dato' Mukhriz menerima dengan senyuman. Kata saya "I have given the badge to him earlier, I hope he will wear it"....Jawabnya "No I won't wear it" dan meletakkan badge tersebut di atas meja. Ini adalah adegan-adegan yang paling menarik. Berkejaran cameraman dan reporters datang menyerbunya untuk mendapatkan aksi dan reaksi beliau. Saya juga salah seorang camerawoman yang berjaya membuat liputan tersebut. Alhamdulillah. Dr Lo'Lo memperkenalkan Puan Norlaila kepada Khairy sebagai isteri tahanan yang suaminya dah 6 tahun di KEMTA. Kata Khairy lebih kurangnya.."..OOOO....I... love... ISA...sebab..belum ada keluarga saya yang kena ISA.."..Kalau boleh la saya jawab.."Jangan tunggu sampai ada yang kena, baru nak rasa peritnya" Ini mungkin satu adegan yang menarik juga. Datin Seri Wan Azizah meletakkan badge di baju Khairy. "Malaysia Bebas Dari ISA"...kata Khairy..."OO..this is very naughty...you know I cannot remove your hand...."............ouw..........

Sekian dulu laporan bergambar dari saya. Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan. Semoga ISA berjaya dimansuhkan dan semua tahanan ISA akan dibebaskan segera.