Friday 16 September 2011

Apa erti RM2 pada anda???

"Ummi!, ummi!, ummi!" jerit Asiah sambil berlari-lari mendapatkan saya yang sedang duduk-duduk di ruang niaga kami di Masjid Negara.

" Kenapa ni?", terkejut juga saya dibuatnya, walau wajahnya kelihatan amat ceria sekali.

" Asiah dengan Amir dapat RM2 seorang" terlonjak-lonjak Asiah masih dalam kegembiraan dan kecerian.

" Mana dapat duit tu?" tanya saya pula.

" Tadi ada seorang pak cik tu panggil Asiah. Dia tanya berniaga ke?. Asiah jawab : Ya. Pastu dia tanya, untung tak. Asiah jawab : untung jugak. Pastu dia tanya: boleh tak pak cik nak bagi duit?." bersungguh-sungguh dan girang sekali Asiah bercerita.

" Habis tu Asiah jawab apa?" tanya saya kepada Asiah yang masih tersengih.

" Asiah jawab : boleh. Lepas tu pak cik tu bagila kat kita orang berdua sorang RM2!" seronok sungguh Asiah.

" Alhamdulillah, syukurnya, Masyaallah, baiknya pak cik tu." kini giliran saya pula yang gembira terlampau bagi pihak Asiah.

Walau hanya RM 2, ianya memberikan perasaan kegembiraan, takjub pada sikap pakcik tersebut. Bukan biasa-biasa mahu menghulurkan wang RM2 tersebut tetapi atas dasar persoalan "berniaga ke". Ianya memberikan kegembiraan yang sukar diungkapkan.

Asiah terus bermain girang berlari ke sana ke mari di ruang Masjid Negara yang luas, tenang dan aman. Paginya umminya rasa sungguh bersalah kerana perlu mengejutkannya awal pagi mengikut umminya yang belajar-belajar berniaga kecil-kecilan mencari rezeki di bumi Allah yang luas terbentang ini.

Syukur Ya Allah di atas segala nikmatMu walau ujian silih berganti datang menerjah.

Mansuh ISA terus!

MANSUH ISA!!!!

Ucapan tahniah bertalu- talu. Patutkah rasa bahagia dan bangga?

" You should be happy " kata seorang teman. Entahlah, patut rasa 'happy' atau tidak. Ketika berkempen memansuhkan ISA memang terasa perjuangan ini memang sukar.

" bagai anjing menyalak bukit" kata setengah orang.

Tapi kami teruskan juga walau seringkali longlai dengan kurangnya sokongan.

Akhirnya lembut lidah Perdana Menteri menuturkannya.

Terpulang kepada kita cara bagaimana untuk menerimanya. Namun jelas disebutkan, tindakan pencegahan dan penggubalan undang-undang dan akta baru akan dilaksanakan.

Kita tunggu dan lihat.

Kita masih tidak selamat dan kita masih dijajah oleh UMNO BN!!