Tuesday 29 April 2008

"Alhamdulillah"

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita yang perlu kita bersyukur. Namun sepatutnya kita harus sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.

Hari ni saya rasa bersyukur atas beberapa perkara dan nikmat yang Allah kurniakan dan permudahkan buat saya.

Satunya...setelah asyik menangguh-nangguhkan kerja...Procrastination...dalam mengisi borang BE suami saya..hari ni awal-awal pagi saya luangkan juga masa saya untuk membuatnya. Memang inilah kerja saya setiap tahun..bukan kerja mengisi saja, tapi kerja menangguhkan kerja hingga saat akhir..memang amalan buruk saya. Memang risau juga kalau tak dapat submit online, sebab bila last minute banyak perkara akan menjadi halangan.

Alhamdulillah, pagi tadi just before subuh, borang tu dah dapat diisi dan dihantar online, and also tak perlu bayar instead ada la sikit lebihan bayar. Alhamdulillah.

Semalam pula saya dan keluarga telah berpeluang berjumpa dengan sahabat dan jiran dekat kami Sdr Zahir Hasan dan keluarga yang baru pulang setelah berada di Pakistan selama satu setengah tahun. Kami semua berjumpa dan makan di restoran Malaya Char Koew Teaw..di Setiawangsa. Hhmm..memang sedap char koew Teaw basahnya. Habis satu pinggan besar dan saya juga terpaksa menghabiskan sepinggan lagi makanan anak saya Asiah.
Dalam hati berfikir.."Tak boleh jadi ni..esok mesti exercise lebih sikit".
Apa tidaknya sebab sebelum itu saya dah berkata dalam hati yang saya tak akan mengambil makan malam pada malam tersebut sebab saya dah makan di luar sebanyak dua kali, tengaharinya bersama suami di JJ dan petangnya bersama kawan, Cikgu Laila, makan di Kluang Station ketika menemaninya membeli barangan rumah.
Tiba-tiba saya menerima sms dari seorang kawan lagi.."Jom g swimming pagi esok di rumah Kak N"...saya pun bertanya balik " What time..."..dapat jawapan.."7.30am to 9.30am". Dalam hati berkata.."alamak waktu puncak ni"..sebab waktu tu la sibuk dengan kerja rumah dan pukul 10.30 pula kena keluar hantar anak ke sekolah.
Tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, saya membalas sms "InsyaAllah akan pergi if dapat settle kerja rumah malam ni".Sebenarnya dalam hati terfikir.."Alamak borang BE tak buat buat lagi"
Alhamdulillah, pagi tadi saya berjaya juga mengatasi halangan dan dapat pergi ke rumah Kak N yang jauhnya hanya dalam 8 minit perjalanan bersama 2 orang anak perempuan saya, Asma' dan Asiah. Dapatlah kami berendam dan berenang sepuas hati.
Alhamdulillah, dengan segala nikmat dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah untuk seseorang, seseorang itu tidak pula lokek malah membuka pintu rumahnya dan hartanya untuk kegunaan orang lain. Bukan ramai orang yang mampu memiliki sebuah kolam renang malah bukan ramai orang yang mudah untuk pergi dan menggunakan sebuah kolam renang. Kak N memang membenarkan kawan-kawan, jiran, dan saudara mara menggunakan kolam renangnya mengikut waktu yang telah ditetapkan. Pagi tadi saya pergi bersama beberapa orang ahli Wanita JIM Gombak. Hari mereka ialah setiap hari Selasa dan Khamis. Sebelum ini saya telah beniat untuk pergi bersama beberapa ahli JIM Ampang Jaya yang masa mereka ialah pada hari Jumaat pagi.
Sebelum saya beredar tadi Kak N memberitahu yang selepas kami, akan ada satu kumpulan anak-anak lelaki dari sekolah Tahfiz pula yang akan menggunakan kolam tersebut. Jadi kami perlu pastikan yang kami tidak tertinggal barangan peribadi yang tak sepatutnya kelihatan di sana-sini.:)
Alhamdulillah juga, kerana ada seorang kakak yang bertaraf instructor bersama kami yang sudi mengajar kami berenang, jadi dapatlah saya memperbetulkan gaya swimming dan dapat berenang dengan lebih baik dan pada jarak yang lebih jauh lagi. Alhamdulillah.
Sebelum pulang saya sekali lagi bertanya pada kawan yang bersama saya, "kena bayar ke tak?"..jawabnya.."kak N kata tak payah.."....."Kak U pula yang ajar swimming tu?"..."Kak U pun kata tak payah bayar juga"...Subhanallah...Alhamdulillah...bersemangat saya untuk datang swimming lagi. Percuma, tempat yang selesa tidak jauh dari rumah dan pada masa yang sangat sesuai. Alhamdulillah.
Bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. Balik rumah kemas serba sedikit lepas tu hantar anak ke sekolah. Cadangan asal ialah nak ke bank atas urusan menyimpan duit sumbangan yang diterima ke dalam akaun GMI, tapi mata dah asyik nak tertutup dan badan terasa sangat letih, terus balik ke rumah..sempat juga ampai kain, then terus merebahkan badan tanpa sebarang gangguan. Alhamdulillah......
"Dan berinfaklah dengan sebahagian dari apa yang telah Kami kurniakan kepadamu, sebelum datang kematian salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, 'Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Al-Munafiqun:10)

Friday 25 April 2008

Ibu dan Ayah.....

Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani Kedah. Dulunya ia dikenali hanya dengan nama Sekolah Menengah Sains Kedah. Saya pernah menjadi penuntut di sekolah tersebut untuk 2 tahun sahaja. Sebelum itu saya bersekolah di Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
Hari ini saya berada di Pekan Sungai Petani. Melalui di hadapan sekolah tersebut membuatkan saya terkenang kembali zaman-zaman persekolahan saya yang telah lama berlalu, hampir 23 tahun yang lalu. Bukanlah banyak sangat kenangan indah atau duka lara di sekolah tersebut, tetapi banyak peristiwa penting yang menjadi titik bermulanya siapa saya sekarang ini.
Saya masih ingat semasa di tingkatan 4 saya pernah 'dihamun' oleh guru matematik saya, seorang berbangsa China yang tidak berapa fasih berbahasa Melayu. Semasa mendapat keputusan ujian penggal untuk mata Pelajaran Matematik Moden. Sambil memanggil nama saya, dia membaling kertas ujian ke arah saya dan menjerit "perempuan gila'. Sebenarnya saya menerima jeritannya itu sebagai satu 'compliment'. Sebab kemarahannya ialah saya telah failed dalam matematik moden tetapi lulus cemerlang dalam matematik tambahan, pelajaran yang paling saya minati. Mungkin itu sebabnya saya berjaya juga menggenggam segulung ijazah di dalam bidang perakaunan. Alhamdulillah.
Saya juga mula mendapat 'hidayah', insaf akan segala dosa-dosa yang dilakukan, pengorbanan Ibu dan Ayah dan mula memahami tuntutan menutup 'aurat dengan sempurna ketika saya berada di sekolah tersebut. Saya masih ingat dan jelas terpampang di mata saya individu yang telah merubah kehidupan saya ketika itu. Rakan sebaya saya juga, dan kini setelah lama terpisah dengannya saya telah bertemunya semula sekitar tahun lepas. Alhamdulillah, rupanya kami berada di dalam satu Jamaah yang sama, dia di Kota Bharu Kelantan dan saya pula di Kuala Lumpur.
Saya juga tidak mungkin dapat melupakan peristiwa di mana saya menyaksikan sendiri di hadapan mata saya, mak yang saya sayangi jatuh akibat 'stroke'. Allah panjangkan umurnya hingga kini untuk melihat kami semua membesar dan berjaya di dalam pengajian dan hidup masing-masing. Namun sejak dari hari itu sehingga kini, mak sering sakit dan tidak dapat lagi membuat sebarang kerja-kerja rumah. Sejak dari hari itu juga ayah saya mengambil alih tugas mak, menjalankan segala urusan rumahtangga di samping mencari rezeki untuk kami sekeluarga.
Di hari mak jatuh, saya seorang saja berada di rumah. Saya pulang bercuti hujung minggu dari asrama. Beberapa minggu sahaja lagi selepas itu,saya perlu menduduki peperiksaan SPM. Adik saya yang berada di tingkatan 4 di sekolah yang sama tidak pulang bercuti. Hari itu mak sangat sibuk, memasak, mengemas rumah dan mencuci. Saya juga diajak sama untuk menolongnya membuat semua kerja-kerja tersebut. Mak sebenarnya sangat gembira dan excited menunggu abang sulong saya yang akan pulang bercuti di rumah. Abang saya semasa itu baru saja mendirikan rumahtangga. Jadi sudah tentu mak ingin menyediakan segalanya yang terbaik untuk anak dan menantunya yang sulong. Sampai begitu sekali pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Ketika saya sedang sibuk mengemas rumah di tingkat atas, tiba-tiba saya terdengar suara jeritan mak dari arah bilik mandi. Bergegas saya turun ke bawah dan kelihatanlah ibu telah terjatuh dan terbaring di dalam bilik air. Saya menjerit-jerit memanggil-manggil ayah saya atau sesiapa saja. Saya mengangkat ibu keluar dari bilik air. Mak seperti sudah tidak sedarkan diri, tetapi matanya masih terbuka. Saya memanggil-manggil mak, sambil memicit-micit sebelah badan mak. Saya masih teringat bertanyakan mak sambil tangan saya terus memicit sebelah badan mak...." Mak rasa tak ni"....mak diam sahaja dan terus diam.
Bila ayah dah sampai ke rumah, ayah menyuruh saya pergi ke rumah saudara yang letaknya agak jauh di belakang. Saya masih teringat berlari sekuat hati untuk menyampaikan berita mak saya jatuh dan sakit. Mak kemudiannya dibawa ke hospital. Sebelah badan mak dah tak dapat bergerak. Mak tak dapat berkata-kata lagi dengan saya ketika saya perlu pulang semula ke asrama. Doktor mengesahkan ada darah beku di salur darah di kepala mak.
Walaupun hati saya amat sedih dan risau dengan apa yang terjadi pada mak, saya tetap perlu pulang ke asrama. Ayah menghantar saya pulang ke asrama. Sesampai di asrama, saya dan juga ayah lansung tidak memberitahu apa-apa kepada adik saya yang datang berjumpa ayah. Tetapi bila ayah pulang saya akhirnya tak tertahan juga, terpaksa juga memberitahu adik akan apa yang berlaku. Kami sama-sama berpelukan sambil menangis. Adik pulang juga ke rumah menziarahi mak keesokkan harinya.
Saya tidak dapat lagi mengingati bagaimana saya melalui hari-hari seterusnya hingga saya melalui peperiksaan SPM yang bakal menentukan masa depan saya dengan keadaan ibu yang sakit teruk. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah saya berjaya juga dengan keputusan yang cemerlang. Akhirnya saya menjadi anak mak dan ayah yang pertama yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Mak pula hingga kini masih lagi sakit dan banyak kali juga perlu keluar masuk hospital. Ayah pula ketika saya pulang bercuti di dalam tahun 1987, telah memaklumkan yang ayah akan kahwin lagi. Ayah mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan tersebut. Memandangkan mak sudah tidak lagi dapat melakukan sebarang kerja dan ayah pula yang terpaksa membuat segala kerja rumah, maka ramai saudara yang mendesak ayah untuk kahwin lagi, sudah tentu dengan persetujuan emak. Namun berat mata memandang dan cuba memahami sudah tentu lebih berat juga lagi tekanan perasaan buat emak dan juga ayah. Namun semuanya terpaksa juga dilakukan. Hampir ke semua adik beradik saya tidak bersetuju.
Di hari pernikahan ayah, tidak ada abang, kakak atau adik2 saya yang mahu atau sanggup menemani ayah ke rumah 'emak baru' kami. Hanya saya seorang yang diberikan tanggungjawab untuk menemani ayah.
Sedih....memang sedih ketika mendengar lafaz nikah dari mulut ayah. Menitis juga air mata saya...
Tetapi itu semua sudah lama berlalu..Allah masih panjangkan umur mak dan ayah. Ayah masih sihat menjalankan tanggungjawabnya terhadap mak dan 3 orang anak ayah bersama mak baru yang masih bersekolah. 3 orang anak ayah rapat dengan kami sekeluarga, hinggakan seorang darinya yang sulong tinggal dan dibela oleh mak saya. Namun perhubungan dengan mak, anak dan mak yang kedua tetap dingin hingga kini. Namun ayah tetap sabar menjadi seorang suami dan ayah yang adil. Di suatu ketika saya menjadi tempat ayah meluahkan perasaan sedih terhadap apa yang berlaku kepadanya. Saya hanya mampu menjadi seorang pendengar yang baik untuk meringankan beban masalah ayah.
Saya tidak akan boleh dan melupakan jasa dan pengorbanan ibu dan ayah...Semoga Allah panjangkan usia mereka dalam keimanan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Swiss-Inn
Sungai Petani

Thursday 24 April 2008

Duka Mereka..."Biarlah Gambar pula yang berkata-kata"

Gambar di atas adalah gambar suami Pn Norlaila Othman, Mat Sah Mohd Satray, tahanan ISA yang akan genap penahanan 6 tahun pada bulan Jun ini. Berdiri di sebelahnya ialah Suhaib Mat Sah, kini berumur 15 tahun. Ketika ayahnya ditahan umurnya sekitar 8 tahun....baru darjah dua,kini sudah di tingkatan 3.

Gambar ini diambil ketika Mat Sah dibenarkan pulang untuk menziarahi ibu beliau yang terlantar sakit di HUKM baru-baru ini. Proses untuk membawanya pulang bukanlah mudah. Ibunya pula setiap hari menyebut-nyebut dan menunggu kepulangan anak yang dikasihi dan dicintai. Ibunya akan menangis setiap kali nama anaknya disebut-sebut.....

Biarlah gambar yang berkata-kata mengenai duka mereka...dipisahkan akibat akta zalim ISA.

Wednesday 23 April 2008

"kerja apa ya saya ni??"

Hari ni, semalam dan kelmarin agak sibuk...entah apa yang disibukkan sangat. Ini pun sampai rumah, sempat ampai kain at 12.30 tgh. Switch on PC, check emels, reply apa yang patut, buka blog and blog hop..tinggal kan komen pada kawan2. Then lepas ni I have to be di rumah Kak Aliza di Sri Ukay at 1.50pm. Ada wartawan dari Indonesia nak datang interview isteri tahanan ISA 6 tahun, 2 orang dari mereka, suami mereka ialah rakyat Indonesia. Kedua suami mereka telahpun dilanjutkan tempuh tahanan mereka menjadi 8 tahun . (gambar disertakan, isteri2 tahanan dan anak mereka)

Saya perlu hantar original sketches oleh tahanan ISA tentang cara mereka diseksa semasa dalam tahanan 60 hari. Wartawan ini akan cuba buat coverage mengenai isu ISA untuk dihebahkan di negara mereka. Sekitar tahun lepas telah ada beberapa orang tahanan ISA warga Indonesia telah dihantar pulang ke negara mereka. Di sana mereka telah dibebaskan sepenuhnya. Namun kerajaan Malaysia masih terus menerus menahan mereka-mereka yang lainnya.

Tajuk saya ialah "kerja apa saya ni??'..sebab selalunya orang akan bertanya saya "kerja apa"..jawapan yang saya berikan "suri rumah"...jawapan apa yang bagus untuk saya berikan ya???
Alamak dah 1.38pm, dan saya masih di depan PC....okay I have to go now...jumpa lagi..InsyaAllah.

Monday 21 April 2008

Seruan Makkal Sakhti, Mansuhkan ISA dan Bebaskan Tahanan bergema di P.Pinang!

Ini adalah catatan Tuan Syed Ibrahim Syed Noh-Pengerusi GMI yang melaporkan tentang apa yang berlaku di Forum Mansuhkan ISA anjuran Hindraf di Pulau Pinang. Semoga menambahkan semangat kita untuk yakin bahawa pejuangan menentang kezaliman ini pasti akan ada cahaya di hujung lorong yang panjang lagi berduri........


Salam & Greetings,

Seruan 'Makkal Sakhti', mansuhkan ISA dan bebaskan tahanan ISA bergema di Penang Chinese Town Hall di tengah-tengah bandaraya Georgetown, Pulau Pinang malam 19 April 2008 lalu.

Forum Mansuhkan ISA anjuran Hindraf tersebut telah dihadiri oleh sekitar 7,000 orang sedangkan dewan boleh memuatkan sekitar 5,000 orang. Untuk seketika, kelihatan seolah-olah kempen pilihanraya umum belum tamat. Setiap penceramah atau tetamu jemputan yang tiba disambut bagaikan wira. Akan kedengaranlah seruan berulang-ulang kali, "Makkal Sakhti...Valga", "Makkal Sakhti...Valga" (Hidup Suara Rakyat atau Long live people's power).

Barangkali kehadiran barisan penceramah dan tetamu jemputan telah menjadi daya tarikan malam itu. YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang telah hadir dan menyampaikan ucapan. Turut memberikan ucapan sebelum itu ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh. Barisan penceramah lain ialah YB Prof P. Ramasamy (Timb Ketua Menteri I), YB Raveen (ADUN Batu Uban), Latheefa Koya (peguam hak asasi manusia dan pimpinan PKR), Puan Kalaivani (ibu kepada tahanan ISA-Hindraf, Uthayakumar) dan Sdr Thanenthiran (pemimpin Hindraf). Turut hadir ialah Puan Norlaila Othman (isteri tahanan 6-Tahun ISA) dan Nalini (Setiausaha GMI).
Dalam ucapannya, Syed Ibrahim telah mengemukakan sebab-sebab mengapa ISA perlu dimansuhkan dan tahanan dibicarakan atau dibebaskan sahaja. Penggunaan visual persembahan telah berjaya menarik perhatian hadirin. Beliau telah menggambarkan penderitaan yang dihadapi tahanan dan keluarga dan bagaimana ISA merupakan instrumen bermotif politik, fitnah, zalim dan tidak berperikemanusiaan sejak dari awal akta tersebut digubal. "Kemenangan Pakatan Rakyat dengan menempatkan seramai 82 orang MP adalah satu pemangkin ke arah melihat ISA dimansuhkan. Ia menunjukkan rakyat menyokong penolakan undang-undang zalim seperti ISA", kata beliau disambut teriakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Lim Guan Eng dalam ucapannya menghangatkan lagi dewan dengan berkata, "Kamu tidak keseorangan dalam menuntut pembebasan tahanan ISA. Kamu ada 5 Negeri yang menyokong tuntutan sama dan saya akan membawa mesej ini ke Parlimen!" Beliau juga turut menyentuh tentang YB M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah yang merupakan tahanan ISA. Hak beliau telah dinafikan sebagai wakil rakyat yang dipilih dalam PRU12. Sehingga kini, beliau masih belum mengangkat sumpah sebagai ADUN. Lim Guan Eng menyeru Perdana Menteri untuk menunaikan hak berkenaan yang sebenarnya mendapat sokongan rakyat. Menolaknya bermakna menolak suara rakyat.

Gerai GMI yang meletakkan buku-buku ISA, lencana dan bahan-bahan kempen "Bebaskan Tahanan 6-Tahun ISA" seperti surat tandatangan kepada Menteri Dalam Negeri dan UN serta petition on-line telah mendapat sambutan yang sangat baik sehingga ramai yang penuh sesak beratur di gerai berkenaan.

Semasa Forum tersebut, satu surat petisyen telah diserahkan kepada Lim Guan Eng bagi menuntut pembebasan tahanan ISA. Beliau juga telah menurunkan tandatangan pada kain rentang yang digantung di tepi dewan.

Ramai hadirin telah menunggu sehingga selesai Forum pada kira-kira jam 11 malam. Amat jelas tidak wujud rasa ketakutan dalam diri mereka pada malam itu. Malah ramai yang lebih memahami ISA dan kezalimannya serta bersedia menawarkan diri sebagai sukarelawan dalam aktiviti GMI. Penutupnya merupakan dendangan lagu perjuangan dalam bahasa Tamil yang diakhiri dengan sekali lagi laungan, "Makkal Sakhti...Valga", "Makkal Sakhti...Valga"!

Syed Ibrahim Alhabshi

p/s - Benarlah bagai dikata dalam salah satu blog..."How times have changed. If we want to look at it from a racial point of view, you had a Malay activist addressing a largely Indian crowd at the Chinese Town Hall!"

Kempen Bebaskan Tahanan ISA di Pulau Pinang-19/4/08

Saya kongsikan berita yang saya dapati dari sebuah blog..InsyaAllah, kebangkitan rakyat dapat memberi harapan baru kepada mangsa-mangsa ISA.


5 state govts back call for ISA detainees' release, Guan Eng tells Makkal Sakthi crowd

Sun, 20/04/2008 - 11:29 — puvan

For one moment, it looked as if the general election campaign was not yet over. The orange shirts were back in numbers. A similar crowd had packed the Penang Chinese Town Hall in the run-up to the general election.

Makkal Sakthi is still alive and kicking - and the newfound sense of solidarity has not abated one bit.

But how was Hindraf, the organiser, able to get a permit so easily for this gathering? Well, I suppose it helps if your star speaker is the Penang Chief Minister! Not that permits should be required for such gatherings. A couple of uniformed cops sat in the audience, a couple more outside the hall.

Syed Ibrahim, the Chairman of the Abolish ISA Movement (GMI), gave a run-down on why the ISA had to be abolished. Also on stage was human rights lawyer Latheefa Koya. It has been a long time since I had seen such a huge crowd enthusiastically calling for the release of ISA detainees. In between, cries of Makkal Sakthi! and Valga! (Long live people power!) pierced the air.

How times have changed. If we want to look at it from a racial point of view, you had a Malay activist addressing a largely Indian crowd at the Chinese Town Hall!

I don't think I have seen so many people queuing up to sign petitions calling for the release of ISA detainees. Some of these detainees have been held for more than six years! Where previously people would have been afraid or reluctant to sign such petitions, tonight there was no such fear. People were distributing all sorts of anti-ISA literature. Amazing! It can't be too long before the ISA is totally abolished.

It was an especially meaningful occasion for Guan Eng. Tonight was exactly 19 years to the day since he was released from ISA detention in 1989.

Guan Eng delighted the audience in the packed hall when he told them, "You are not alone in your call for the release of ISA detainees. You have five state governments backing this call and I will take this message to Parliament!" he said to loud applause. He told the crowd that the huge swing in their votes had made a big difference in the general election this time.

People rose to their feet to cheer when a petition calling for the release of the ISA detainees was later handed over to the Chief Minister.

Duka Mereka..."Berat Mata Memandang, Berat lagi Bahu Yang Memikul"

"Hindraf ISA Detainee Vasantha Kumar's daughter admitted in Pantai Medical Center Cheras. She is missing her father dearly". Saya menerima sms ini dari Puan Vickneswary isteri tahanan ISA Hindraf, Vasantha Kumar. Mungkin Vickneswary menyimpan nombor handphone saya setelah beberapa kali saya berhubung dengannya ketika kami dari GMI ingin mendapatkan salinan laporan polis yang dibuat berhubung kes suami beliau didera mentalnya melalui soal siasat oleh SB ketika berada di Kem Kamunting. Saya juga telah berjumpa Vickneswary di Mahkamah Jalan Duta ketika judgement untuk kes Habeas Corpus suaminya dan tahanan ISA Hindraf yang lain diadakan di sana. Dimana, Mahkamah telah menolak permohonan Habeas Corpus tersebut, maka 5 orang tahanan Hindraf terus menerus ditahan di bawah ISA seperti nasib semua tahanan ISA yang lainnya.

Semasa saya berada di perkarangan Mahkamah Jalan Duta, kesemua isteri dan ahli keluarga tahanan ISA tersebut kelihatan sedih, lesu dan tak bermaya. Apa tidaknya suami mereka yang tidak dibuktikan kesalahan telah terus ditahan tanpa dibicarakan. Mereka akan melalui detik-detik kehidupan yang sama yang pernah saya lihat dilalui oleh beratus-ratus orang ahli keluarga tahanan ISA yang lain. Anak-anak kehilangan kasih sayang seorang bapa. Mereka akan terus merindui bapa mereka yang telah dibawa pergi, tidak tahu bila akan kembali. Mereka tidak memahami apa kesalahan bapa mereka. Apa yang mereka tahu, bapa mereka adalah orang yang baik, penyayang dan sering membantu orang lain yang di dalam kesusahan dengan cara mereka sendiri.

Oleh itu bila saya menerima sms tersebut, dengan segera saya membalasnya dengan panggilan telefon untuk bertanyakan khabar. Saya terus berjanji akan menziarahinya keesokan harinya. Saya mengatur rancangan untuk menziarahi Vickneswary dan anaknya bersama dengan seorang isteri Tahanan ISA-6 Tahun, Cikgu Laila.

Kami tiba di Pusat Perubatan tersebut pada jam 2.30 petang. Kelihatan di hadapan bilik tersebut ada beberapa orang penyokong Hindraf dan ahli Keluarga. YB R.Sivarasa-Ahli Parlimen Subang, juga ada bersama. YB adalah seorang peguam yang memperjuangkan Hak Asasi Manusia terutamanya mengenai isu ISA. Ahli keluarga dan penyokong Hindraf tersenyum dan menunjukkan rasa berbesar hati menerima kedatangan kami berdua. Kedatangan kami menunjukkan sokongan kami tidak mengira bangsa dan agama. Selagi mereka adalah mangsa ISA kami akan tetap membantu memberikan sokongan dan bantuan. InsyaAllah.

Uniknya mengenai kisah 5 orang tahanan ISA Hindraf ini ialah, sebaik penangkapan mereka di bawah akta ISA, ramai sekali kaum India yang bangun bersama menuntut agar ke 5 mereka dibebaskan segera. Majority dari mereka baru mula mengetahui tentang apa itu ISA sebenarnya. Setiap kali ada perjumpaan atau program mengenai ISA yang bersangkut paut dengan 5 orang tahanan tersebut, pasti setiap dewan atau majlis tersebut diadakan akan 'full house' hingga melimpah ruah. Begitulah adanya, bagaimana, lebih ramai lagi yang tahu bahawa di Kem Kamunting masih menyimpan ramai lagi tahanan ISA selain dari 5 orang tahanan Hindraf.

Cikgu Laila berkongsi pengalaman bersama Vickneswary mengenai nasib yang pernah dilaluinya selama 6 tahun menjadi isteri tahanan ISA. Vickneswary pula menceritakan apa yang sedang dilaluinya. Beliau berpeluang menziarahi suaminya setiap minggu di Kem Kamunting dengan bantuan dari ahli keluarga suaminya yang tinggal di Johor dan juga keluarganya sendiri yang tinggal di Kedah. Walaubagaimanapun dia masih sukar untuk menceritakan perkara yang sebenar kepada 2 orang anaknya yang berumur 6 dan 4 tahun tersebut. Beliau mengatakan yang ayah mereka berada di hospital..tetapi anak-anaknya akan bertanya, 'kalau hospital, mengapa tak ada doktor?".....Beliau juga runsing memikirkan nasib yang perlu dilaluinya lebih-lebih lagi dalam masalah kewangan. Satu masalah yang terpaksa dtanggung oleh semua keluarga tahanan ISA. Apa tidaknya seorang ketua keluarga diambil pergi begitu sahaja. Segala punca pendapatan hilang begitu sahaja dalam sekelip mata.

Kami di Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hanya dapat terus membantu dengan terus-terusan mengadakan kempen untuk menyedarkan masyarakat mengenai kezaliman ISA dan terus menerus mendesak kerajaan untuk membebaskan ke semua tahanan ISA atau bicarakan mereka di Mahkamah dan buktikan kesalahan mereka sekiranya ada. Jika tidak mereka WAJIB dibebaskan segera.

InsyaAllah satu pertemuan di antara Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA-GMI dan ahli keluarga tahanan ISA Hindraf akan diadakan dengan bantuan YB R. Sivarasa. Semoga pertemuan ini akan mengukuhkan lagi perjuangan menentang kezaliman ISA.

Sunday 20 April 2008

"Kesian Anak itu"

Pada hari Jumaat, sekitar jam 12tgh ketika baru saya terjaga dari tertidur, tiba2 terdengar suara orang memberikan salam dari luar rumah. Hairan juga, sebab bunyinya sangat dekat. Saya turun ke bawah dan mencari-cari bunyi suara tu. Dari atas tangga saya meninjau-ninjau ke luar, tak nampak pulak sesiapa. Tapi suara bunyi salam tu datang lagi. Rupanya ada seorang anak lelaki umur sekitar 11 tahun menjenguk muka dari tingkap depan. Rupanya saya lupa menutup pagar depan, patutlah suara tu dengar dekat saja.
Sopan anak tu menegur saya, "Makcik tidur ke?..minta maaf ye makcik, ganggu makcik tidur".
Saya jawab " Tak apa..dah bangun pun.Kenapa ni?" tanya saya.
Anak tu menjawab dengan suara yang sedih dan airmata mula mengalir...
" Makcik ada duit empat ringgit lima puluh sen tak?"
" Ada..kenapa"....tanya saya kepada dia.
" Duit saya tu hilang, tercicir kat jalan agaknya"...sambil tangannya memaut pada grill besi tingkap rumah saya dan menunjukkan wang seringgit sahaja di tangannya. Ada juga sekeping kertas, mungkin pesanan dari ibunya untuk senarai barang yang perlu dibeli.
"Dari mana ni, mak tahu tak"...tanya saya lagi kepadanya.
"Mak suruh pergi kedai beli tepung dengan makanan kucing, bila balik duit tu tak ada. Mak marah suruh cari sampai jumpa"..airmata dia terus mengalir.
Dalam keadaan cuaca yang amat terik tu..membuat saya amat simpati kepadanya..terbayang di mata saya anak lelaki saya yang hampir sebaya dengannya..kesihan betul.
"Okay, makcik ada, tunggu sekjap makcik ambil duit tu"...saya pun beredar dan menghulurkan wang RM 5 kepadanya...Cepat-cepat dia ucapkan terima kasih dan terus berlalu...
Hhhmm...terfikir-fikir juga tentang sifat diri sendri yang selalu hilang sabar dan nak marah2 pada anak...tapi apakah kita pernah terfikir apakah setiap kesalahan mereka itu sengaja atau tidak disengajakan atau mungkin akibat kesalahan orang lain. Kesihan anak-anak ini ya..
Moga-moga kita sentiasa boleh bersabar dalam mendidik anak-anak.
Tapi...jauh di sudut hati saya, saya berharap anak ini bercakap benar..dan kejadian itu benar berlaku dan bukan rekaannya semata-mata. Apa-apapun memang saya simpati betul melihat raut mukanya yang amat mengharap belas ehsan dari saya ketika itu.
Sebelum ini saya pernah tertipu dengan seorang lelaki yang datang mengetuk pintu rumah dan meminta meminjam duit RM30 nak baiki keretanya. Katanya abangnya tinggal beberapa rumah dari rumah saya. Nanti dia akan bayar balik. Saya ni entah macam mana begitu percaya..dan memberitahu dia saya cuma ada sekeping RM50. Of coursela katanya tak apa, nanti saya pulangkan bakinya. Saya terus bagi RM50. Dia pergi tak kembali lagi.....:((...jiran yang dikatakan rumah abangnya pun bila saya jumpa mengatakan tak ada adik yang datang ke rumahnya. Kena tipu bulat2.
Mulai dari hari tu..saya memang dah tanam tekad..tak akan buka pintu lagi kalau orang yang tak dikenali datang ke rumah. Kalau kebetulan saya dan anak2 ada di ruang tamu..saya akan bersembunyi di sebalik pintu..dan suruh anak-anak diam sampai orang tu berlalu pergi.
Harap-harap kita tidak tertipu lagi...dan tak ada orang yang datang untuk menipu kita..kalau tertipu pun semoga kita mendapat ganjaran atas niat ikhlas kita untuk membantu orang yang di dalam kesusahan.

Thursday 17 April 2008

Pertemuan dengan Menteri Besar Selangor

Rabu 2.30 petang.

Setelah selesai menghadiri pertemuan di Hulu Kelang perjalanan hari itu diteruskan pula dengan misi yang ke dua. Bersama dengan Cikgu Laila dan Mun Hooi (koordinator SUARAM), kami bergerak dari pejabat SUARAM di Petaling Jaya menuju ke Shah Alam iaitu menuju ke Bangunan SUK. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke dalam bangunan ini. Teringatlah saya berita yang dibaca mengenai peristiwa yang berlaku di malam kemenangan PR di Selangor. Bangunan tersebut terpaksa dikawal oleh polis, FRU dan penyokong ahli Pakatan Rakyat.

Pertemuan di antara NGO-NGO yang kini dikenali sebagai Coalition for Good Governance (CGG) bersama YB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Tujuan utama pertemuan ialah untuk melakukan kerjasama dengan kerajaan negeri yang baru. Semuanya bertujuan untuk memberi kebaikan kepada semua pihak terutama rakyat di Negeri Selangor.

Ada hampir 100 NGO yang turut serta. Saya dan Cikgu Laila mewakili Gerakan Mansuhkan ISA. Sudah tentu isu yang kami bangkitkan ialah mengenai isu perlanggaran Hak Asasi Manusia dan perkara yang penting juga ialah mengenai kebajikan keluarga tahanan ISA yang berada di Selangor.

Pertemuan dengan MB sepatutnya bermula pada jam 3.30 petang. Namun sebaik sampai kami sudah dimaklumkan bahawa kemungkinan besar MB akan datang agak lambat kerana beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis mengenai isu program 'Black 14' yang diadakan pada hari Isnin 14 April. Oleh itu sementara menunggu semua yang hadir mengambil peluang untuk berbincang dan membangkitkan isu-isu yang ingin dibawa ke pengetahuan MB dan Exco-exconya untuk diambil tindakan.

Semua yang hadir menjadi resah dan ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana MB masih juga gagal untuk datang bertemu walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4.15 ptg. Pertemuan tersebut sepatutnya berakhir pada jam 4.30 ptg. Namun setelah berbincang semua bersetuju untuk menunggu sekejap lagi kerana MB berjanji akan datang secepat mungkin kerana beliau terpaksa juga mengadakan mesyuarat exco kerajaan. Semuanya menjadi lewat gara-gara gangguan dari pihak polis. Kami semua telah dijemput untuk menjamu selera dengan jamuan petang yang berbagai. Ada mee goreng, bihun, kuaeteow, 2 jenis kueh, buah-buahan dan minumah panas. Alhamdulillah, sejuk sikit hati-hati yang sedikit panas tadi.

MB akhirnya muncul ke bilik mesyuarat pada jam lebih kurang 4.40 ptg. Perbincangan terus diadakan. MB terus menjawab dan memberi komen untuk setiap persoalan, cadangan dan permintaan yang diajukan kepadanya. Untuk isu ISA, beliau berjanji akan memberikan sokongan. Apatah lagi beliau juga seorang Ahli Parlimen dan memastikan akan memberi satu vote agar ISA dimansuhkan. Beliau juga mengatakan akan ada satu peruntukan dalam bentuk wang yang akan diberikan kepada keluarga mangsa ISA, melalui wang zakat atau dari bahagian kebajikan untuk bukan Islam. Alhamdulillah. Sebagaimana yang disebutkan oleh DS Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengannya Tan Sri Khalid juga menegaskan yang Pakatan Rakyat akan segera membebaskan tahanan ISA dan Memansuhkan ISA sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah. Walau apapun janji yang diberikan, perjuangan GMI akan tetap diteruskan.

Hampir jam 6.20 petang pertemuan tersebut belum lagi selesai...saya agak resah sebab dah terlalu lewat untuk saya. Terpaksalah saya minta diri untuk pulang, nasib baik saya memandu sendiri, dapatlah saya pulang lebih awal dari Cikgu Laila dan Mun Hui. Mereka berdua perlu pulang semula ke SUARAM untuk menghadiri mesyuarat GMI pula. Terpaksalah saya ponteng dari menghadiri mesyuarat tersebut.

Nota:Tan Sri Khalid adalah orang yang membantu membayar ikat jamin saya dan beberapa orang lagi ketika 36 orang kami ditangkap dan dipenjarakan selama 3 hari 2 malam semasa perhimpunan aman di KLCC pada 26hb Januari 2008. Di bawah adalah gambar kenangan ketika kami dibebaskan dengan ikat jamin..ihsan harakah daily. Semoga Allah menjadikannya seorang pemimpin yang beriman dan membawa Selangor menjadi sebuah negeri yang maju dan di rahmati Allah.



Mesra Berkebajikan..Membela Nasib Ibu Tunggal

Rabu, 9.30 pagi.
Dalam melaksanakan moto 'Mesra Berkebajikan', YB ADUN Hulu Kelang telah mengaturkan perjumpaan dengan beberapa individu dan organisasi yang berkenaan. Satu pertemuan telah diadakan khusus untuk membincangkan tentang kebajikan "Ibu Tunggal". Pertemuan diadakan di pejabat Penghulu Ulu Kelang.

Dalam pertemuan tersebut Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Ibu Tunggal turut hadir, begitu juga wakil dari Pejabat Daerah yang bertanggungjawab dalam bahagian Kebajikan Masyarakat turut hadir. Jabatan ini sangat penting kerana segala bantuan yang sepatutnya didapati oleh masyarakat yang susah akan disalurkan ke bahagian ini. Maka rakyat yang susah perlu tahu bentuk bantuan yang disediakan dan bagaimana cara untuk mendapatkannya. Sebelum ini mungkin maklumat yang penting ini tidak sampai kepada golongan yang sepatutnya. Maka ramai yang tidak mendapat hak yang sepatutnya mereka dapati. Maka untuk memastikan nasib golongan ibu tunggal ini terbela maka satu program khusus akan diadakan untuk mereka.

Program pertama yang akan dilaksanakan ialah untuk mengenal pasti semua ibu tunggal yang ada di DUN Hulu Kelang dan mengajak seramai mungkin ibu tunggal yang ada untuk turut sama hadir ke majlis yang bakal diadakan. Mereka akan diberi maklumat akan peluang bantuan yang tersedia kepada mereka dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Program ini akan dilaksanakan bersama Pusat Zakat Selangor yang juga akan memberi maklumat mengenai bantuan yang disediakan oleh Pusat Zakat. Beberapa program susulan akan dilaksanakan seperti program Motivasi dan Kelas-kelas Keusahawanan.

Harapan kita semua ialah semoga semua golongan ibu tunggal dapat menerima bantuan yang sepatutnya tanpa mengira fahaman politik mereka. Semoga mereka dapat hidup berdikari dan berjaya dalam kehidupan mereka. Nasib anak-anak mereka juga terbela dan tidak ada lagi anak-anak yang terpaksa tercicir dari mendapat pendidikan yang sempurna lantaran kesusahan hidup yang terpaksa mereka tanggung.

Berita Kematian...

Semalam saya menerima satu berita kematian. Kematian kakak kepada sahabat kami Rahim & Rose. Rumah Allahyarham dekat sangat dengan rumah kami. Saya tidak mengenali Allahyarham, cuma rapat dengan Rahim & Rose. Allahyarham meninggal mengejut kerana stroke...Di dalam kereta yang dipandu oleh Kak Rose sendiri...bagaimana kita nak menghadapinya sekiranya berlaku kepada kita?

Setiap kali menerima berita kematian pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita. Apa tidaknya " setiap jiwa pasti akan merasai mati"..."kematian yang pasti akan datang menemui kita pada bila-bila masa sahaja"..."tidak ada sesiapa yang dapat lari dari kematian"...

Persoalannya...apakah kita telah bersedia menghadapinya...apakah kita sentiasa beringat..sedangkan peringatan Allah ada di mana-mana.

Awal pagi tadi saya melalui jalan betul2 di hadapan rumah Allahyarham, pintu hadapan terbuka luas..ternampaklah oleh saya sekujur tubuh dibaringkan di ruang tamu rumah tersebut.

Sama-samalah kita sedekah AL-Fatihah....Al Fatihah...Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman.

"Ya Allah, akhirilah hidup kami dalam keimanan, permudahkanlah kami ketika menghadapi gelombang sakaratul maut..Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, Terimalah taubat kami, Ya Allah"

Tuesday 15 April 2008

'Haram Menyerah Kalah Kepada Kezaliman'

Dalam meniti hari-hari mendatang di mana sahabat saya Cikgu Norlaila yang suaminya, Mat Sah Mohd Satray, bakal ditentukan samada akan dibebaskan atau terus ditahan lagi untuk tempuh 2 tahun yg akan datang. Menjadikannya seorang isteri yang bakal hidup tanpa suami selama 8 tahun lamanya..(semoga mereka dibebaskan segera)......Saya kongsikan coretan saya, yang ditulis hampir setahun yang lepas. Suami Cikgu Norlaila akan tamat tempuh tahanan 6 tahun pada bulan Jun 2008 ini. ......................................................................................................................................................

Awal pagi Sabtu 16 hb Jun (2007)saya membuka handphone saya setelah semalaman terbiar di dalam beg akibat keletihan. Bertalu-talu sms masuk ke inbox handphone saya. Berita-berita penting pulak tu yang saya ketinggalan. Namun walaupun berita itu menggembirakan bagi keluarga yang telah dizalimi hampir 6 tahun,tapi saya seolah tidak ada perasaan apa-apa ketika membaca sms-sms yang dikirimkan oleh sahabat saya Cikgu Norlaila.

Dua sms dari Cikgu laila ialah sms yang diforwardkan dari 2 orang isteri tahanan ISA. SMS dari Kak Wan menyebutkan lebih kurang " Mohd dah balik, jemput ke rumah lunch, bawa family". Suami Kak Wan mungkin ditahan awal sedikit dari suami Cikgu Laila. Lebih kurang setahun lebih yang lepas, Kak Wan sering bersama kami dan GMI menjalankan aktiviti-aktiviti bersama GMI. Kak Wan juga salah seorang isteri yang tak lepas peluang untuk setiap program berjumpa Mufti bersama Abu 'Urwah (Hj Saari Sungib) dan GMI.

Perjumpaan ini adalah usaha GMI untuk mengenengahkan isu ISA Haram dalam Islam. Tetapi selepas itu Kak Wan membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak. Memang berat masalah yang perlu ditanggung oleh isteri untuk mencari nafkah dan membesarkan anak-anak yang ramai dan meningkat dewasa tanpa suami di sisi. Alhamdulillah, akhirnya suami Kak Wan pulang juga ke pangkuan keluarganya.

Satu lagi sms yang diforwardkan ialah dari Ru yang tinggal di Pahang. Juga memaklumkan yang dia mendapat berita yang suaminya juga bakal dibebaskan. Dia mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Laila dan kami di GMI kerana tidak jemu-jemu berjuang untuk bebaskan tahanan dan meMansuhkan ISA.

Puan Ru adalah seorang isteri tahanan yang tidak pernah menghampakan harapan kami setiap kali kami mengharapkan kedatangannya ke program-program yang kami jalankan di Kuala Lumpur. Kali terakhir ialah pada pertengahan tahun lepas ketika bersama program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat. Anaknya adalah salah seorang anak tahanan yang membacakan testimony berkenaan penahanan ayahnya dalam slot persembahan dari anak-anak tahanan ISA. Dia menceritakan bagaimana ibunya yang ketika itu mengandung sehingga kematian anak yang dikandungnya.

Pada malam tersebut mereka sekeluarga menumpang tidur di rumah Cikgu Laila. Selesai program tersebut hampir lewat malam, seorang anak Ru terkena sakit gatal2 dan bengkak seluruh badannya. Saya membawa mereka ke klinik pada malam itu juga. Sedih melihat nasib mereka sekeluarga. Siangnya sebelum menghantar mereka ke perhentian bas di Pekeliling, saya membawa mereka sarapan di kedai dan membawa mereka berjalan-jalan di Pasaraya Giant Batu Caves. Puas hati dapat melayan mereka sekeluarga. Alhamdulillah, kini ayah dan suami yang dirindu telah pulang kepangkuan mereka.


Begitulah tugas kami di Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA, dengan wang sumbangan dari orangramai, kami cuba memenuhi keperluan kewangan keluarga yang terdesak dan cuba sedaya upaya memastikan mereka tidak terus berada di dalam kesusahan selagi kami mampu. ......Entah kenapa jari saya tidak tergerak untuk membalas sms-sms yang diforwardkan oleh Cikgu Laila seperti biasa, saya juga lansung tidak cuba memikirkan akan apa agaknya perasaan Cikgu Laila dan mungkin perasaan Siti Normah, Fatma serta isteri2 yang lain yang suami-suami mereka masih tidak dibebaskan. Hari ini baru saya terfikir-fikir sendiri, Bagaimana agaknya perasaan mereka dan anak-anak mereka ketika ini...????

Walaupun telah hampir 6 tahun bergelumang dengan kerja-kerja berkaitan akta zalim ISA, mendengar dan menyaksikan sendiri penderitaan hidup mereka, tak mungkin saya dapat memahami mahupun menghayati perasaan dan keadaan hidup mereka kini,esok,lusa atau bila-bila sahaja atau sehingga suami mereka dibebaskan.

Selagi akta zalim ini wujud di negara kita, selagi itu jugalah kita akan terus mendengar kisah-kisah duka akibat penahanan yang zalim dan haram ini.

Namun itulah yang dinamakan kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Hidup mesti diteruskan,perjuangan mesti terus dilaksanakan. SMS ketiga yang diterima dari Cikgu laila,juga diforwadkan.. memberi sedikit ruang untuk saya rasa lebih bertenaga..."perjumpaan dengan pimpinan PAS confirmed 10am di pejabat PAS Jln Raja Laut ahad 17 jun". Bukan senang untuk kami dapat ruang sebegini.

Alhamdulillah,semoga semangat muktamar masih segar di dalam jiwa-jiwa semua yang hadir. Ucapan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang banyak menyentuh tentang kezaliman yang perlu ditentang.

Dalam keluaran Harakah yang terbaru di Harakah FIKRAH, tajuknya sangat besar "HARAM MENYERAH KALAH KEPADA KEZALIMAN"...Inilah yang disebut oleh Tuan Guru di dalam ucapannya.....

NMN
Pusat Sokongan Keluarga
Gerakan Mansuhkan ISA

Monday 14 April 2008

Yang Berkhidmat VS Yang Berhormat

Sejak tarikh 8hb Mac 2008, rata-rata orang memperkatakan tentang kehangatan keputusan PRU12. Rasanya buat kali ini juga baru kita sedar akan kedudukan dan kepentingan Raja-Raja dalam isu pemilihan Ketua sesebuah negeri selain dari kuasa rakyat memilih pemimpin setempat yang mereka harapkan menjaga dan memberi khidmat kepada kawasan mereka.

Saya pula sebagai pemilih di N18 DUN Hulu Kelang kini dapat melihat sendiri apa bezanya di antara ke dua-dua YB YB ni...berkhidmat atau berhormat. Semasa bersama-sama dengan penduduk di beberapa kawasan setempat rata-rata menyebut bahawa ADUN yang terpilih dahulu jarang atau lansung tidak pernah masuk ke kawasan mereka. Itulah dia Yang Berhormat...terpilih saja tetapi tidak memberi khidmat.

Yang Berkhidmat pula setelah terpilih terus bejumpa dengan penduduk setempat serta mengadakan sesi dialog untuk mengetahui apa masalah penduduk setempat. Ramai yang mengadu, ada yang inginkan surau atau masjid di tempat mereka..ada yang mengadu longkang di hadapan rumah mereka tidak pernah diuruskan, tanah wakaf untuk surau telah digunakan untuk projek lain dan macam-macam lagi.

Saya berkesempatan juga bersama-sama membantu beberapa program khidmat masyarakat yang diadakan oleh ADUN Hulu Kelang. Kami mengadakan hari khidmat kesihatan dengan menyediakan doktor-doktor pakar perubatan di beberapa tempat hampir setiap minggu. Kebanyakannya diadakan di kawasan perumahan yang berpendapatan rendah. Alhamdulillah, ianya mendapat sambutan yang hangat sekali.

Majlis-majlis pengajian, solat berjamaah, bacaan Yassin dan solat hajat juga turut diadakan dengan dihadiri oleh YB sendiri. Contohnya pada hari Sabtu malam Ahad yang lepas kami menghadiri majlis bacaan Yassin, solat Magrib, Isya' dan Solat Hajat berjamaah di sebuah rumah di Kuala Ampang. Uniknya kawasan ini ialah kawasan majority kaum China. Cuma ada sejumlah 40 keluarga Melayu/Islam. Maka tidak ada surau di sini walaupun kampung tersebut dah berusia lebih 40 tahun. Mereka terpaksa keluar kawasan untuk untuk solat jumaat atau sewaktu solat tarawikh...jauh juga jaraknya. Maka tidak ada aktiviti keagaamaan yang dapat dijalankan di sana. Namun di situ ada gereja, kuil India dan Sikh Temple.

Alhamdulillah, semenjak kemenangan PAS buat julung kali di sana, penduduk Islam di sana telah bangun bersama untuk memulakan aktiviti-aktiviti seperti solat berjamaah, solat hajat dan pengajian.InsyaAllah kami akan cuba bersama mereka untuk aktiviti bulanan maupun mingguan ini.

Untungnya kalau bertanya

Pagi semalam setelah menghantar van untuk diservis di Cheras, saya dan suami singgah sebentar di JJ Taman Maluri. Ada pula store MPH di situ, apa lagi mesti singgah tengok2 buku. Saya pilih satu Novel Baru dari PTS..macam best saja tajuknya..cover pun cantik. One thing about buku PTS...covernya amat menarik dan cantik. Suami pula pilih buku tentang camera dan buku tentang Photoshop. Suami minta saya bayarkan dan cuba tanya cashier if dia boleh beri discount untuk buku photoshop tu. Buku tu masih baru cuma ada sedikit kesan berlipat mungkin sebab bnyk kali di browsed thru.

Ikutkan hati saya memang malas nak bertanya, tapi bila saya sampai ke cashier,cuba juga saya buka mulut "boleh ke beri discount utk buku ni...nampak tak berapa elok"..terus adik cashier tu jawab.."boleh..boleh...tunggu ye..".

Terus cashier tu panggil supervisornya yang cepat datang. Supervisor tu kata "Ok...no problem..give 20% disc..." Hmm....not bad at all...berbaloi..ikut nasihat suami dan tak malu bertanya...safe juga beberapa RM..

Kisah sebelumnya pula..akibat malas bertanya...Pada hari Jumaat lepas saya called sekolah anak saya untuk tanyakan tentang program hari Anugerah di sekolah anak sulong saya Anas. Saya cuma tanya pukul berapa mula. Sebelum saya tamatkan perbualan, suami saya pesan...'tanyala pukul berapa anugerah untuk anak Maahad Tahfiz mula"...tapi saya tak tanya. So pada hari ahad lepas kami pun bertolak dari rumah sekitar jam 7.40 pagi..acara bermula ikut maklumat yang saya dapat dari sekolah jam 8 pagi. Kami tiba jam 8.40 pagi. Kecoh keluar awal pagi tanpa sempat bersarapan, kemas rumah dan ampai baju...nak cepat la katakan.

Bila sampai kompang baru dipalukan menunjukkan tetamu khas baru tiba. Dapat pulak buku aturcara...acara anugerah untuk Anas hanya bermula pada jam 12 tgh...Ha...tu la...kalau saya tanya habis-habisan..tak perlu la terkecoh-kecoh...tapi tu semua hanya...kalau...

So kami sekeluarga buat keputusan keluar dulu dan cari tempat untuk bersarapan. Alhamdulillah..

So next time...jangan segan nak bertanya...bertanyalah...tapi tanya lah dengan berhemah..lembut tanpa meyakitkan hati orang yang kita tanyakan...

Petition Online-Abolish ISA-Release All ISA Detainees

GERAKAN MANSUHKAN ISA
433A, 1st Floor,
Jalan 5/46, Gasing Indah,
46000,Petaling Jaya,
Selangor
Tel: 03 77843525/Fax: 03 77843526
email to mailto:suaram@suaram.net or mailto:abolishisa@yahoo.%20com

Dear All,

Abolish ISA, Release All the Detainees,
Close Down Kamunting Detention Camp And Uphold Justice!

You can make Difference

Your Signature saves Humanity!

Please Log on to http://www.petitiononline.com/NoISA/petition.htmland sign it.

Thanks for your support...

Regards,

Nalini.E

Secretary
019 3758912

Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad (saw)

Pagi-pagi ketika menghantar anak ke sekolah, seperti biasa radio mesti di tune in ke RMKL 97.20. Dengar-dengar tazkirah dari Ustaz Fauzi Mustafa dan Ustaz Wan Sohor. Banyak peringatan yang mudah2 untuk kita lakukan dikongsi bersama. Untuk sesi Ustaz Fauzi ialah berkenaan do'a-do'a. Banyak do'a yang mudah namun mempunyai kelebihan dan ganjaran untuk kita. Kita boleh baca sewaktu drive atau buat kerja...tapi hakikatnya...selalunya habis masa mengelamun...itu pentingnya peringatan..



Pagi ni Ustaz sebutkan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad (saw)....mudah bukan...Katanya sekiranya kita berselawat...ucapan dan salam kita akan sampai terus kepada Nabi Muhammad(saw). Dalam banyak2 malaikat akan ada seorang malaikat yang diutuskan Allah untuk turun...term yang ustaz gunakan ialah melancong mencari hamba-hamba Allah yang berselawat. Ini ada dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah kata Ustaz. Malaikat ini akan datang kepada kita yang berselawat dan membawanya terus ke telinga Nabi Muhammad(saw). Allah akan memberikan roh semula kepada Ar-Rasul untuk menjawab salawat dan salam kita...SUBHANALLAH....



So...apa lagi...jom kita pakat2 isi masa terluang yang ada dengan berdo'a dan berselawat...

Sunday 13 April 2008

Malang Tak berbau

Semalam saya diceritakan mengenai satu kisah yang berlaku di Taman Permata dalam kawasan DUN Hulu Kelang. Baru terjadi petang semalam. Satu kebakaran yang berlaku di ruang dapur. Seorang makcik ni memasak air menggunakan dapur gas. Kebiasaannya dia masak air guna electric kettle, petang tu saja pula bertukar cara. Makcik masak air sebab nak buat minum petang untuk suami lepas balik dari surau untuk solat asar. Sementara tunggu air masak makcik pergi ke surau nak jumpa suami..rumah dekat saja dgn surau. Pakcik pula ajak makcik pergi minum di kedai. Makcik terus ikut sebab dah lama tak dapat peluang macam tu. Lansung lupa tentang air yang tertenggek atas dapur.

Bila balik api dah membakar dapur makcik. Habis musnah peti sejuk 2 pintu yang baru dihadiahkan oleh anak, sebuah microwave oven yang agak mahal yang baru lagi dibeli dan peralatan dan kabinet dapur yang lain. Bila sampai juga bomba dah pun datang padamkan api.

Kesihan makcik sedih tengokkan alatan dapur yang habis rosak. Mereka juga tidak mengambil sebarang perlindungan insurans. YB Hulu Kelang yang datang melawat cuba mencari jalan untuk bantuan dan diberitahu yang CIMB ada menyediakan bantuan untuk kejadian macam ni. Walaupun sedikit adala juga untuk permulaan. Bagus juga bila jadi peristiwa macam ni baru kita cuba mencari ruang2 dimana ada mana2 pihak yang menyediakan bantuan.

Sebenarnya saya juga pernah mengalami kejadian yang serupa tahun lepas, masih baru lagi. Tapi nasib saya amat baik, Alhamdulillah. Saya rebus telur...kononnya untuk breakfast, tapi samala juga, suami ajak keluar breakfast, terus hantar anak ke sekolah dan ke beberapa tempat yang lain. Bila balik rumah, the whole house bau hangit dan berasap. Bila ke dapur di belakang rumah, tengokkan, periuk dah hitam bersekali dengan telur yang hangus. Nasib baik maid jiran saya memanjat pagar dan menutup api dapur gas. Kebetulan juga saya terlupa sekali untuk mengunci pintu grill belakang. dapatlah dia masuk ke tempat masak saya. Alhamdulillah..ketentuan Allah dah macam tu. If not, tentu nasib yang serupa menimpa saya.

Tapi siapla..my neighbour ni tak berapa friendly. Bila my husband balik, siap dia suruh my son panggil my husband jumpa dia di luar and bebel about what happened. Saya sendiri cuba tutup cerita tu sebab tahu it was my mistake sebab careless.

So...next time kita semua kena selalu berhati-hati..malang tak berbau...moga Allah kurangkan sifat pelupa kita ni...kenala banyak-banyak baca Al-Quran.InsyaAllah.

Saturday 12 April 2008

Perjumpaan dengan Ketua Pembangkang

Jumaat, jam 3.30 petang, kami dari AJK GMI telah memenuhi temujanji bersama DS Wan Azizah di pejabatnya di Petaling Jaya. Sepejabatlah dengan DSAI. Kali ini lebih ramai AJK GMI dapat turut serta. Semuanya ingin memastikan agar Kak Wan sebagai ketua Pembangkang dapat membawa Isu ISA ke sidang Parlimen yang akan bermula pada 28hb April ini. Semasa pertemuan dengan DSAI, beliau telah meyakinkan kami bahawa isu ISA akan dibawa kerana ianya adalah isu yang sangat urgent memandangkan ianya melibatkan isu Hak Asasi Manusia yang ditahan tanpa dibicarakan bertahun-tahun lamanya.


Kak Wan berbesar hati menerima kedatangan kami dan pada masa yang sama amat bersedih memikirkan tentang adanya tahanan dan keluarga yang terpaksa menanggung penderitaan akibat penahanan ISA. Beliau juga telah merasa keperitan selama 6 tahun bila DSAI juga dipenjarakan.


Alhamdulillah, soalan mengenai isu ISA dan tahanan ISA 6 tahun telah dikemukakan ke Parlimen dan akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang dalam ucapannya. Kami berharap Kak Wan dapat menekankan mengenai fakta bahawa masih ada 70 orang tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting di atas pelbagai dakwaan. 10 dari mereka akan atau telah genap tempuh tahanan selama 6 tahun dan menunggu untuk ditambah lagi ke 8 tahun.


Persoalan pentingnya mengapakah mereka perlu menahan mereka dengan begitu lama hanya untuk mencari bukti kesalahan yang tidak pernah dikemukakan. Sedangkan polis Malaysia dikatakan adalah yang ke 3 terbaik. Mengapa pula mesti ada pembebasan terpilih, di mana ada sesetangah tahanan yang ditahan atas dakwaan yang serupa telah dibebaskan. Banyak lagi perkara yang tidak ada jawapan mengenai isu ISA ini dan Menteri masih mampu mengatakan bahawa semua tahanan tidak boleh dibebaskan yang bermakna masih mengancam keselamatan negara.


GMI akan membekalkan button badge bertemakan "Malaysia bebas dari ISA" kepada semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk dipakai di sidang Parlimen nanti. Badge yang sama juga akan diberikan kepada ahli Parlimen yang lain. Sama-sama kita nantikan dalam live telecast sidang parlimen nanti.


Kami dari GMI juga memaklumkan bahawa buat masa ini terdapat 14 orang ahli Parlimen yang ada kaitan dengan isu ISA samada mereka adalah bekas tahanan ataupun aktivis yang berjuang memastikan ISA dihapuskan.


Semoga angin perubahan yang melanda politik Malaysia akan membawa khabar gembira kepada semua keluarga tahanan ISA. Semoga semua mereka dibebaskan segera dan ISA dimansuhkan.


Friday 11 April 2008

Ingin membantu usaha kami?

GMI telah berjaya mengadakan satu sidang media bertempat di Selangor Chinese Assemby Hall. Sidang Media ini bertujuan untuk melancarkan kempen terkini GMI dalam usaha membebaskan kesemua tahanan ISA di Kem Kamunting terutama sekali mereka yang telah ditahan selama 6 tahun. 'KEMPEN BEBASKAN TAHANAN 6 TAHUN-ISA' Bertemakan "Cukuplah 6 Tahun Mereka Dizalimi."

Ini adalah sebahagian dari usaha kami di GMI untuk membantu membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan tanpa dibicarakan sehingga tempuh 6 tahun dan mungkin akan ditambah lagi.

Menurut statistik terkini GMI yang diperolehi daripada sumber ahli keluarga tahanan, pada tahun 2008 ini, seramai 10 tahanan akan cukup tempoh 6 tahun penahanan mereka. Kesemua tahanan ini ditahan tanpa dibicarakan. 5 orang tahanan telahpun dilanjutkan penahanan mereka untuk dua tahun berikutnya menjadikan semuanya lapan tahun.
Kesemua tahanan ISA ini terus menerus ditahan, dan tempuh tahanan mereka terus disambung setiap habis tempuh 2 tahun. Tiada sebarang bukti akan kesalahan mereka yang telah dikemukakan oleh pihak pemerintah. Keluarga tahanan terus menerus menantikan hari pembebasan suami dan ayah mereka yang tidak diketahui entah bila akan dibebaskan. Anak-anak terus terseksa dan dizalimi. Merekalah mangsa yang paling dizalimi dalam kes ISA ini.

Terlalu banyak kisah duka yang perlu mereka lalui..anak-anak terdera jiwa mereka lantaran kehilangan kasih sayang seorang ayah hingga ada diantara mereka yang mengalami masalah jiwa..ibu-ibu dan ayah-ayah tahanan ISA yang telah tua..ramai yang menderita merindui kepulangan anak yang disayangi hingga ramai yang menghembuskan nafas yang terakhir tanpa sempat menatap wajah anak-anak mereka. Apa lagi isteri-isteri tahanan yang bukan sahaja perlu menanggung beban perasaan jiwa dan fizikal namun terpaksa menanggung beban membesarkan anak-anak dan mencari nafkah tanpa bantuan dari pihak yang berwajib.

Oleh itu marilah bersama-sama kami membantu menjayakan kempen ini bagi memastikan kesemua tahanan ISA ini dibebaskan dengan segera dan ISA dimansuhkan dengan segera agar tidak ada lagi rakyat Malaysia yang akan dizalimi oleh akta yang zalim ini.

Banyak peluang untuk anda menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim yang berjuang menentang kezaliman. Sebagai Muslim kita juga bertanggungjawab untuk membantu mereka yang dizalimi dan juga membantu mereka yang membuat zalim iatu dengan menghentikan mereka dari terus menerus membuat kezaliman.

Mudah sahaja....Sila lawati website http://www.suaram.net/ Sila klik di ruangan Letter Signing Marathon. Anda hanya perlu print, tandatangan dan hantar surat tersebut, ataupun boleh juga hantar online..atau jika anda lebih kreatif..ciptakan surat anda sendiri dan hantar kepada pihak yang berwajib.

Ada lagi beberapa events dalam bulan April ini sehingga ke bulan Jun. Antara kempen yang akan dijalankan oleh GMI ialah 'Letter Signing Marathon/ Petition On-Line'yang bermula sepanjang April ini, kempen poskad (Mei), mogok lapar dan 'vigil' (Jun).

InsyaAllah saya akan teruskan update dengan program-program di atas.

Sekian. Terima Kasih.

Pernahkah terjadi kepada anda?

Apakah perkara2 sebegini pernah terjadi di dalam kehidupan anda??

1. Anda park kereta di shopping complex yang besar, lepas tu tak ingat dimana diletakkan.

2. Anda membeli barang2 di pasaraya besar, bila dah sampai ke cashier dan bila nak bayar, baru sedar wallet tertinggal?

3.Anda membawa kereta dalam panas terik dan dalam keadaan jam yang teruk, kereta anda bermasalah?

Hmmm...semua ni berlaku pada saya dalam masa 2 hari ini. Macamana nak maintain cool and sabar ye...

Kes 1

Tengahari semalam, setelah selesai perjumpaan dengan pelawat dari British High Commission, saya bertolak balik dan berjanji nak jumpa suami di KLCC..untuk lunch bersama. Sebaik hampir sampai ke KLCC, cuaca nampak macam nak hujan lebat, langit gelap dan angin kencang bertiup. Ikutkan hati malas nak singgah KLCC..tapi masuk juga dan parking kereta di underground parking. Bila keluar dari kenderaan dengan confidentnya juga saya lihat number2 yang tertera di tiang2 besar, 6B..7B..wah confident jugakla saya mesti saya senang nak cari bila balik nanti. Terus naik lift ke atas. Cuba juga ingatkan apakah kedai di sekeliling sebaik keluar dari lift..ada Secret Recipe, Spade dll..

Bila time nak balik, bayar parking dulu, masuk lift, jari terus tertekan P1, dalam hati fikir..P4 kot, so terus tekan P4 and keluar..carilah tiang-tiang yang bernombor 6B, 7B...berkali-kali round sampai berpeluh2 tak jumpa juga. Mulalah panik sakan. Call suami tak dapat. Nasib baik terserempak staff parking, terus tanya dia. Saya kata pada dia, saya park di area 6B dan 7B...rupanya kata dia..semua level pun bernombor yang sama...hah...malu saja. Dia minta parking tiket saya..dan terus cakap saya sebenarnya park di P1..Ya Allah..punyala confident tadi yang saya takkan susah cari kereta saya..

Moral of the story next time bila park kat tempat yang besar macam ni..make an effort untuk tulis..and kalau lupa juga..cuba tengok di parking tiket..perhaps ada tercatat which entrance or which level..and rasanya the difference is the colour pada tiang yang bernombor tu di each parking level.

Kes 2 n 3
Berlaku tengahari tadi. Lepas balik dari press conference GMI di Selangor Chinese Assembly Hall. Hantar Kak Aliza (isteri YB Saari Sungib-ADUN Hulu Kelang) di hadapan sekolah anaknya di Keramat. Lepas tu terus ikut Setiawangsa sebab nak singgah beli barang di Car4. Time orang nak pegi Solat Jumaat. Banyak la kereta. Berkali-kali traffic light bertukar lampu hijau dan merah tak dapat nak lepas-lepas lagi dari junction tu. Jalan Jelatek menuju ke Wangsa Maju pun nampak jam sangat. Suddenly terasa aircond agak panas. Dalam hati fikir mungkin tak ada apa2.Tapi terfikir juga baru seminggu buat major servis and aircond pun diservis juga. Teringat nak tengok temperature..Ya Allah...lagi setakuk nak ke level H..bukan main panik saya..cepat2 off aircond..tak turun juga temperature..

Saya dah berpeluh..dalam hati dah terfikir macam2, enjin berasap ke terbakar ke...puaslah dok berdo'a dalam hati...cepat-cepat call Servis Centre...dia suruh saya tunggu and dia will call back sebab tak de mekanik di situ sebab waktu rehat..Dia suruh saya berhenti di tepi jalan. Saya kata mana boleh jalan tengah jam and tinggal satu lorong saja..sebab jalan sedang dibaiki. Saya tak de choice terpaksa drive jugak..

Alhamdulillah...nasib baik lepas tu dah dapat keluar dari jam, temperature pun dah balik ke normal. Dapatlah saya teruskan perjalanan dan singgah ke car4 untuk beli barang2 keperluan camping anak saya.

Anyone ada good advise bila emergency macam ni berlaku..apa yang patut dibuat..if temperature high..sepatutnya apa tindakan kita ye??

Sesampai dalam Car4 cepat2 cari barang yang dipesan anak saja. Nak cepat sebab lepas tu kena terus hantar ke sekolah anak and at 2 dah nak kena bertolak ke PJ lagi. Sampai di cashier terus letakkan barang dan siap dimasukkan dalam plastic bag baru realise yang wallet tertinggal dalam van. Cuma bawa handbag saja. Alamak macam mana ni...nasib baik tak ada customer lain beratur di belakang saya. Terus minta maaf pada cashier tu and bagi tau wallet tertinggal, dia tanya ada kad ATM ke..mana ada semua dalam wallet. Kebetulan pula saya baru 'mengemas' handbag saya..if not ada juga beberapa RM di sana sini :))..Adik tu pun kata..tak pe akak pegi la ambil wallet tu dulu..dia pun tutupla dulu kaunter dia..

Alhamdulillah..Allah mudahkan. Terusla saya berlari dan memecut ke kenderaan saya..kena pula parking agak jauh..berpeluh lagi saya..Nasib baik ada..terus naik and terus bayar..Lega.....Alhamdulillah..Allah permudahkan..

Banyak betul dugaan..akibat kelalaian sendiri sebenarnya...So lain kali kena lebih beringat dan berhati2. Jangan Panik...stay cool..berdo'a banyak2..

Thursday 10 April 2008

GMI menerima Lawatan dari Pelawat British High Commission

Khamis 10hb April 2008, bertempat di Pejabat Suaram di Petaling Jaya, GMI telah menerima kedatangan 4 orang pelawat dari British High Commission. 2 orang dari mereka yang sempat dicatat namanya ialah, Tony Heal, Deputy Head of Prevent Unit, Office of Security and Counter Terrorism dan seorang lagi Ms Gill Attrill, Senior Principal Psychologist-High Intensity Programmes & Chromis, dari HM Prison Service.GMI pula diwakili oleh Nalini-Sektretariat GMI, Nashita-Bendahari GMI dan Hj Azmi-AJK GMI.

GMI berkongsi menceritakan tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh GMI untuk memansuhkan akta ISA yang zalim, membebaskan semua tahanan ISA dan aktiviti yang dijalankan oleh GMI dalam mencapai objektif tersebut. GMI juga menekankan yang tidak ada sebab mengapa seseorang perlu ditahan tanpa dibicarakan atau tanpa dikemukakan sebarang bukti walaupun atas alasan untuk 'counter terrorism' atau mengawal 'extremist'.
Mr Tony menyebut bahawa di negara mereka ada juga bukti yang dikaitkan dengan sebab penahanan dan penangkapan mereka dengan adanya 'bombings' dan pembunuhan. Berbeza dengan apa yang berlaku di kepada tahanan di Malaysia di mana di Malaysia lansung tidak ada kejadian tersebut. Mereka hanya dituduh dan dikaitkan dengan keganasan yang berlaku di tempat lain khusunya atas pertuduhan yang dikeluarkan oleh BUSH.

Pelawat-pelawat ini juga begitu berminat mengetahui tentang keadaan para tahanan ISA di Malaysia yang ditahan hingga bertahun-tahun. Apakah aktiviti para tahanan, apakah mereka dibenarkan solat, solat Jumaat, apakah dapat bertemu keluarga dan lain-lain.
Puan Norlaila sebagai isteri kepada tahanan ISA-6 tahun menceritakan dengan secara detail akan apa yang dialami oleh suaminya.Khususnya bagaimana suaminya dihukum dengan dikurung di dalam bilik yang kecil yang hanya memuatkan sebuah katil dari batu-bata, satu pili air, satu laci kecil, satu ruang udara yang kecil. Suaminya dikurung seorang diri. Dilepaskan keluar pada waktu2 yang tertentu, cukup masa pintu akan dikunci dari luar. Ini berlaku selama dua tahun. Perkara ini berlaku selepas peristiwa Pn Norlaila terpaksa bertindak nekad 'ambush' Pak Lah pada tahun 2006 hanya kerana hendak menyampaikan surat memohon supaya suaminya dan tahanan yang lain dibebaskan segera. Pn Norlaila menegaskan kepada para tetamu GMI bahawa tindakan tersebut terpaksa diambil kerana segala usaha untuk membuat temujanji dengan Pak Lah telah tidak dilayan.

Ms Gill pula sebagai seorang yang bertugas di Prison Service amat berminat untuk membantu kami di Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA membantu keluarga dan para tahanan ISA yang sudah dibebaskan. Semoga usaha ini dapat dilaksanakan kerana ramai ahli keluarga tahanan ISA terutamanya anak-anak mengalami masalah tekanan jiwa yang serius. Begitu juga tahana ISA yang dibebaskan juga tetap akan menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan dunia luar sebaik mereka dibebaskan.

GMI mengucapkan terimakasih kepada tetamu yang datang dari jauh dan sudi 'berkenalan' dengan lebih rapat dengan Gerakan Mansuhkan ISA.

Taman Kecil dan Haiwan Perosak

Bila baca di blog Mak Lang tentang pokok..teringin juga nak share gambar yang kebetulan baru diambil pagi tadi. Ini sebahagian taman kecil di hadapan rumah. Pokok2 nya kesihan sangat sebab dijadikan sebagai tempat permainan dan persinggahan haiwan perosak..sang tikus yang bermaharajalela bila malam menjelma. Tikus2nya amat besar sekali sebesar lengan manusia dewasa. Ianya juga tak takut lansung pada manusia.

Lihat pasu kecil yang didepan sekali. Dulunya saya letak didalam rumah, tapi sebaik saja diletakkan diluar, sedikit demi sedikit daunnya hilang hingga licin sekali. Saya juga menanam ulam sambung nyawa, daun kunyit, sireh dan satu lagi tak sure apa namanya..wangi baunya..semuanya licin tinggal pasu saja jadi habuan makanan si tikus. Suami saya beri cadangan untuk meletakkan pasu-pasu pokok tersebut di balcony saja. Sayangnya nak kena tanam semula. Tikus-tikus ni juga melepaskan isi perutnya penuh di atas lantai di luar rumah. Almost everyday saya perlu mencucinya. If not memang membahayakan kesihatan dan baunya amat hancing dan busuk.

Saya dah pun complaint kepada Majlis Perbandaran Selayang melalui website mereka. Bagus MPS ni, few days lepas tu staff dia called and datang my house di waktu malam around 9.30pm. Dapatlah mereka menyaksikan tikus-tikus yang berpestaan di luar. Tapi katanya nothing much yang dapat dibantu sekadar meletakkan racun tikus di kawasan luar rumah. Itu saja. Hingga kini masalah tersebut masih ada.

Saya ingatkan hanya berlaku di kawasan perumahan saya saja, rupanya ketika saya mendengar ceramah dari ADUN Hulu Kelang YB Saari Sungib, beliau turut menceritakan kisah masalah tikus sebesar lengan manusia turut dialami oleh penduduk di kawasannya. Janjinya masalah itu akan cuba diatasi selepas ini. Harap2 segeralah haiwan perosak yang merbahaya ini dapat dihapuskan. Takut pula menular wabak penyakit yang baru...Moga dijauhi Allah hendaknya.

Wednesday 9 April 2008

Change of plan..meet DSAI instead




Hari ni plan awalnya nak ke klinik. Malam semalam kami baru sampai ke rumah setelah 2 hari berada di Sg Petani ikut suami outstation. So pagi ni memang kelam kabut sikit. Around 9 am while ironing baju sekolah anak2 dapat sms yang berbunyi " Saya diberitahu bhw pertemuan GMI bersama DSAI hari ini. pukul 12.30tgh di pejabatnya.Minta hubungi R untuk pengesahan".

Alamak ini penting ni..dah lama kami ingin buat pertemuan ini walaupun perancangan diatur baru 2 minggu lepas selepas dicadangkan oleh lawyer GMI..cik Latheefa. Kata Lat, why not GMI jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim..sebab katanya berbagai2 jenis orang yang berjumpa dia. Dia akan tetap menerima kedatangan semua tetamu.

So terpaksa la tukar plan, dan buat persiapan untuk pergi. Sebelum tu kenalah dulu buat pengesahan dengan orang tertentu di pejabat DSAI. Tapi tak dapat dihubungi. Rupanya mereka bersama DSAI baru saja tiba dari Jakarta dan pertemuan ini juga baru diconfirmkan lantaran kesebukan DSAI sendiri...

Dengan ditemani suami yang on leave hari ni, kami bertolak ke pejabatnya di seksyen 16 PJ. Alhamdulillah tak susah sgt nak cari. Rakan yang turut serta ialah Tn Syed Ibrahim Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Kak Animah Ferrar, dan Cikgu Laila..isteri tahanan ISA yang suaminya akan genap tempuh tahanan selama 6 tahun pada Jun ini..ini akan diceritakan lebih lanjut lagi later..

DSAI memang telah sedia menunggu kedatangan kami. Inilah pertama kali kami dari GMI dapat berjumpa secara rasmi dengan beliau. Pejabatnya sangat sederhana. Beliau juga bijak melayan kami membuatkan kami semua mudah menyampaikan apa tujuan dan pengharapan kami. Especially bila Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan, kami GMI mengharapkan sokongan yang penuh dari beliau dan seluruh ahli Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi bagi mereka yang terpilih sebagai ahli Parlimen. Isu ISA perlu di highlightkan. Ini melibatkan kezaliman ke atas manusia yang ditahan tanpa dibicarakan hingga bertahun-tahun.

Banyak juga yang dibincangkan hingga mengambil masa hampir 2 jam. DSAI masih meletakkan kusyen di belakangnya bila duduk di atas sofa. Mungkin masih sakit lagi..beliau juga memohon dari kami sekiranya dia boleh menutup aircond kerana beliau kesejukan. Kami bersetuju sebab memang keadaan agak sejuk ketika itu..tapi towards the end kami yang perlu menahan panas dan berpeluh-peluh, sedang dia masih berpeluk tubuh..masih sejuk la tu..mungkin sebab terlalu letih dengan jadual yang padat.

Pertemuan kami berakhir jam 2.20 petang. Alhamdulillah..DSAI berjanji akan terus memberikan sokongan kepada perjuangan GMI untuk mansuhkan ISA, Bebaskan Tahanan ISA dan Tutup Kem Kamunting.

Semasa saya menulis ini..baru saja sampai ke rumah setelah menghadiri meeting GMI untuk Kempen Bebaskan Tahanan-6 Tahun ISA. InsyaAllah saya akan menggunakan medium blog..sebagai satu cara saya untuk membantu kempen ini.

Minggu ini banyak juga aktiviti yang perlu dihadiri. Esok akan ke Petaling Jaya lagi untuk bertemu dengan wakil dari British High Commission yang ingin bertemu dan mengetahui dengan lanjut mengenai GMI dan aktiviti kami. Jumaat pula sudah ada 2 program, pagi dan petang. Itulah tugas rasmi saya dalam perjalanan hidup ini selain dari menjadi seorang Pengurus Rumahtangga.

Friday 4 April 2008

Peristiwa yang berlalu

Banyak betul peristiwa2 penting yang berlaku dalam kehidupan kita. Apatah lagi sekiranya peristiwa tersebut dapat memberi pengajaran dan menambah pengalaman pada diri kita sendiri mahupun orang lain. Mungkin itulah satu kepentingan dan kebaikan berblogging ini. Dengan cara yang canggih dan mudah.

Oleh kerana saya telah melepaskan kesempatan yang ada untuk mencatatkan pengalaman hidup di ketika ianya berlaku, maka selepas ini saya mesti cuba menghidupkannya kembali mengikut kekuatan daya ingatan saya.

Tahun 2007 diakhir akhir tahun menyaksikan saya dan rakan-rakan mengikuti banyak sekali demo-demo di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Tahun 2007 juga saya telah berjaya pregnant sebanyak 2 kali yang kedua-duanya berakhir dengan miscarriage ketika kandungan berusia 7-8 minggu.. sedih memang sedih tapi sebagai Muslim kita percaya akan hikmah2 di sebaliknya. Saya sudah mempunyai empat orang anak..tetapi kalau ikut pregnancy saya dan pregnant sebanyak 11 kali!! yang mana 7 daripadanya berakhir dengan keguguran pada 1st trimester. Anak saya yang paling kecil kini sudah berusia 7 tahun...semuanya kena cover kemudian nanti..

Banyak lagi nak kena cover...little by little lah...but for now..teringin sangat nak bagi pandai post gambar2 and pastekan link ke blog-blog yang saya sering kunjungi sebagai silent reader...would really like to be friends in the cyber space..dapat berkongsi2 cerita..suka dan duka..

Saya mesti mula dan teruskan

Ya..saya mesti mula menghidupkan blog saya sendiri. Saya enjoyed reading blog2 orang lain. Setiap kali membaca saya rasa 'cemburu' dan teringin sekali untuk terus menulis. Namun entah mengapa saya tidak juga menyambung 'nyawa' blog yang telah saya hidupkan.

Bila baca blog orang lain terasa juga serba salahnya kerana membaca kisah orang lain tanpa saya sendiri memperkenalkan diri. Saya teringin sangat berada dalam komuniti bloggers yang nampak sangat intim dan sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. Pastinya mereka sentiasa bersemangat dengan kata-kata komen yang diterima.

Sekali lagi saya berdo'a moga ini menjadi satu lagi titik permulaan untuk diri saya terus berblog.

Kena banyak lagi belajar sebelum mengexposekan diri.