Showing posts with label Krisis Perak. Show all posts
Showing posts with label Krisis Perak. Show all posts

Saturday, 12 December 2009

Perlembagaan oh Perlembagaan..KRISIS PERAK

Jurufoto: Abah Asiah

Perlembagaan Malaysia...kita sebagai rakyat Malaysia telah diajar dan di asuh sejak dari kecil untuk mematuhi segala undang-undang dan perlembagaan yang diwujudkan di dalam negara.


Kedaulatan Undang-Undang
Keluhuran Perlembagaan

Menarik....ketika ingin membuat catatan di entry bergambar mengenai Forum Rakyat yang baru diadakan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada Rabu 9 Disember yang lepas, saya cuba mencari bahan di bawah tajuk Rukun Negara dan terjumpa laman ini...Nak Menurut Biar Berakal...betul tajuknya...cubalah baca...ada tajuk mengenai ISA dan sudah tentu mengenai kenapa ia diperlukan dan juga mengenai Rukun Negara...Saya salinkan di bawah:

RUKUN NEGARA.

LATAR BELAKANG Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.

MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.
Matlamat Rukun Negara -

mengukuhkan perpaduan. memelihara corak hidup demokratik. mencipta sebuah masyarakat yang adil. Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

........................................................................................................

Tetapi apa yang ingin saya kongsi kali ini merujuk kepada majlis Forum Rakyat yang telah diadakkan iaitu "Ke arah mana PERLEMBAGAAN: Natijah daripada Krisis Perak"...

Ini lagi menarik kerana dalam kita disogokkan dengan perlunya kita mendaulatkan undang-undang dan meluhurkan perlembagaan namun bila ianya isu yang berkaitan kehendak rakyat yang inginkan keadilan, pemerintah sendiri yang mengenepikan undang-undang dan menolak perlembagaan mengikut kehendak dan neraca mereka.

Ahli Forum jemputan yang pertama sudah tentulah Menteri Besar Pilihan Rakyat se Malaysia sendiri Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin. Sudah tentu beliau menceritakan tentang pengalaman yang berlaku di Perak kesah bagaimana ianya semua mula terjadi sehingga kepada episod "Patik Mohon SEMBAH DERHAKA" yang kemudiannya diputarbelitkan oleh pemimpin negara melalui media arus perdana. Baca di sini.

Panelis kedua ialah seorang yang tidak asing lagi dalam isu-isu perlembagaan ini, beliau adalah Professor Dato' Shad Saleem Farouqi. Beliau menyentuh mengenai banyak perkara yang berkaitan dengan isu-isu krisis di Perak. Mengenai ordinan darurat yang ternyata menzalimi rakyat terutama sekali mereka yang melawan kerajaan yang ada.

Nama saja kita sebuah negara yang merdeka namun kita masih dijajah dengan pelbagai akta yang zalim termasuk akta ISA, OSA dan Ordinan Darurat ini sendiri. Saya memetik dari Merdeka Review yang menulis seperti di bawah:

"Saya rasa polis dan Peguam Negara suka akta darurat ini, kerana lebih mudah dan senang untuk mereka," katanya sambil memberi contoh bagaimanan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim didakwa di bawah Ordinan Darurat bagi kesalahan menyalahgunakan kedudukan, yang lebih mudah untuk kerajaan.

Untuk bacaan lanjut klik di sini, MerdekaReview.com.

Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada salahnya dan dibolehkan untuk menyaman-melawan Raja-raja dan Sultan seperti yang berlaku di dalam kes Karpal Singh.

Prof Shad juga bersetuju bahawa mesyuarat DUN Perak yang diadakan di bawah pokok adalah sah dan boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja dengan memberikan contoh sidang DUN Pulau Pinang yang berjalan di USM kerana bangunan DUN Pulau Pinang di dalam proses pengubahsuaian.
Namun satu hal yang beliau tidak bersetuju ialah tindakan Speaker Perak yang menggantung 9 orang ADUN BN. Katanya tindakan itu adalah tidak wajar.

Prof Shad ada menyebut bahawa tindakan Tuanku Sultan Perak yang tidak menerima permohonan Dato'Seri Nizar untuk membubarkan DUN ada kewajarannya sekiranya Tuanku Sultan mengambil kira tentang 'jumlah bilangan' ADUN apabila diambil kira 3 orang ADUN lompat parti.

Di bawah adalah petikan dari Malaysiakini.

He also said that Sultan Azlan Shah's decision not to dissolve the state assembly was "morally questionable, politically controversial but legally it had some basis".

"In 2008, the Pakatan government holds a 31-28 plurality but in 2009, the Sultan might have thought it was a reversal, with BN holding a 31-28 plurality. "

'All about numbers'

Shad said that sadly politics in parliamentary democracies were not about morality but "about numbers".

"I am sad PKR has lost the numbers to hoppers," he noted.

Relying on Perak constitution Article 63 to 64, Shad said the sultan could have referred the following matters to the Federal Court:

* The legality of the open dated resignation letters (of the three state assemblypersons who choose to be independent),
* The conflicting views of the Speaker and,
* The function and viability of elections.

Panelis yang ke tiga pula ialah seorang peguam veteran, Tommy Thomas juga dari Majlis Peguam Malaysia yang juga peguam yang mewakili Speaker DUN Perak YB Sivakumar.

Anda boleh membaca lanjut di sini.

Saudara Andrew Khoo moderator dalam majlis forum tersebut juga dari Bar Council.Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Malaysia.



Profesor Kevin Tan yang berasal dari Singapura sepatutnya adalah salah seorang ahli panel dalam majlis Forum ini namun seperti yang di sebut oleh Sdra Andrew Khoo, kerajaan Malaysia melalui PDRM telah meletakkan 'road block' bagi menghalang 'kemasukan maklumat dan idea' dari beliau yang sudah pasti pakar dalam bidang undang-undang dan perlembagaan. Alasan yang diberikan ialah kerana dia bukan warganegara Malaysia.

Beliau tetap datang dan duduk bersama sidang hadirin. Ketika sesi soal jawab ada penonton yang mencadangkan agar beliau bangun memberikan pendapat dari kerusi peserta Forum.

Untuk membolehkan beliau menjadi ahli panelis penganjur perlu memohon visa khusus untuk ini iaitu Pas Ikhtisas, pas yang sama yang diperlukan sekiranya hendak membawa masuk artis dari luar negara membuat persembahan di dalam negara....menarik dan sungguh double standard...baca di sini.

Walaupun ada kalanya panelis berbeza pendapat dalam beberapa isu, namun kesimpulannya kesemua mereka yang pakar dan sering dirujuk ini bersetuju bahawa untuk menyelesaikan isu yang besar ini ialah dengan memulangkan semula kepada rakyat untuk memilih siapkah yang mereka ingini untuk memerintah dan mentadbir..mereka yang memilih dahulu di PRU 12 maka Rakyat Perak jugalah yang berhak membuat penilaian dan pemilihan semula ...

Hakikatnya BUBAR DUN adalah satu-satunya cara yang terbaik!!!!

SB>>>saya yakin mereka ini SB yang buat 'intipan'...kenapa??? kerana mereka duduk dalam gelap...buat rakaman jauh di belakang sekali dihujung sekali...kalau nak buat rakaman duduklah dan ambil posisi di hadapan sekali....SB oh SB!!!! Tak perlu buat intipan pun...memang open to all...rakaman pun ada dibuat secara lansung......di sini.

Thursday, 30 April 2009

"Apa lagi yang SB Mahukan dari kami???" dan "POKOK DEMOKRASI"

Saya tidak menyangka ada sesuatu yang 'pelek' akan berlaku di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar semalam 29hb April 2009. Semalam ke semua 13 orang OKT Kuala Kangsar telah hadir untuk mendengar sebutan kes mereka. Pada 13hb April lepas kes tersebut telah diperkenankan untuk ditangguhkan untuk sebutan kes pada 29hb setelah seorang OKT iaitu Abah Asiah tidak hadir dengan MC dan dokumen yang baru diterima dari pihak pendakwaraya.

Memang semuanya berjalan dengan lancar dengan Hakim Norsalha Dato' Hamzah menetapkan tarikh 17-19hb Ogos 2009 untuk kes tersebut dibicarakan....fuuuhhh...Alhamdulillah memang sungguh lega mendengarnya...kami masih punya lebih dari 3 bulan untuk bergerak dan bernafas di dunia yang sementara ini dengan sedikit kelegaan.

Namun sebaik saya keluar dari kamar Mahkamah kelihatan suami saya dan Adi seorang lagi OKT sedang serius berhadapan dengan seorang anggota polis beruniform...dalam hati terdetik apa hal pulak ni...di tag namanya tertulis "Ishak"...baru saya teringat Chief Inspector Ishak ini adalah ketua IO..Interrogation Officer ketika ke semua OKT ini ditahan reman di Lokap IPD Kuala Kangsar. Dan pada pagi 9hb Februari ketika kami menunggu saat suami dan semua OKT lain dibebaskan, kami dimaklumkan yang Insp Ishak tiada di balai kerana dipanggil mengadap 'tuannya' di Putrajaya...ketika itu memang terdetik di hati...'bala apa lah pulak yang akan menanti'...namun Alhamdulillah hasil desakan kami dengan terus menunggu di Balai dengan Sdr Zahir Hassan terus menghubungi pegawai yang bertanggungjawab maka ke semua OKT dapat dibebaskan dengan segera.

Okay...berbalik ke insiden semalam diluar kamar mahkamah...Chief Inspektor Ishak memaklumkan yang suami saya dikehendaki ke balai untuk diambil keterangan tambahan...apa lagi melentinglah saya...apa taknya memang pelik...lagi pelik bila hanya suami saya seorang sahaja yang perlu diambil keterangan tambahan dan tidak ke semua 12 yang lain....tak cukup lagi ke soal siasat selama 4 hari mereka di reman di lokap!!!
"eh..kenapa pulak nak ambil keterangan lagi...mereka dah didakwa di mahkamah.."

...suami saya juga turut menambah dengan yakin.."ya...kalau ada apa-apa saya akan jawab di mahkamah...di depan peguam saya..?

CI Ishak pula dengan selamba menjawab..."saya tak tahu..kena ambil keterangan tambahan...SB nak jumpa..."

Apa lagi bila dengar saja perkataan sejenis jawatan SB tu...lagi la menggelegak rasa hati...

"eh...apa pulak...tak boleh...apa hal SB pulak nak ambil keterangan lagi...jumpa saja lawyer kami.."

CI Ishak masih tegak berdiri di situ mungkin mengharapkan suami saya ikut beliau...ya lah...mungkin dia dah mendapat arahan dan sudah menerima tekanan dari pihak SB....

Adi rakan selokap suami juga menambah.."apa pulak Bad seorang saja...kalau dia kena...kami semua pun akan ikut dia.."....wah memang hebat semangat setiakawan kesemua bekas penghuni lokap IPD Kuala Kangsar....

Akhirnya, peguambela Charam Singh Keluar dan menegaskan lagi kepada CI Ishak...

"rubbish...mana boleh ambil keterangan lagi...you don't entertain them..if they harrass you again..just make police report"....lalu kami semua berlalu pergi meninggalkan CI Ishak di belakang kami...

Entahla...macam-macam cara mereka hendak harass kami dan menakut2kan kami...tapi kami juga faham sedikit sebanyak hal undang-undang ni...polis lebih-lebih lagi tidak boleh sewenang2nya nak korek maklumat atau nak soal siasat...hatta ketika kita ditahan reman..kita berhak untuk duduk bersama peguam dan berhak berkata "saya tidak mahu menjawab...saya akan jawab di mahkamah...full stop!"

Selesai kes di mahkamah kesemua OKT beredar ke pejabat PAS Kuala Kangsar untuk melihat bahan bukti yang disediakan oleh polis berupa hampir 1000 keping gambar dan 3 VCD insiden...

Memang sungguh mengkagumkan dengan usaha polis mengambil sekian banyak gambar...sungguh tidak disangka....banyak terisi adegan yang ingin anda lihat dan terkejut anda lihat...video clip nya juga sungguh hebat...memang class usaha polis bab mengintip-intip tindak tanduk mangsa...if only kita tahu yang dok ambik gambar kita tu polis yang nak memerangkap kita mahu saja dibaling dengan cannister tear gas yang ditembak melulu oleh FRU kepada rakyat...memang gerrraaaaammmm....

Apa-pun saya nak kongsi gambar yang saya simpan pulak..gambar yang polis bagi sebagai bahan bukti tak boleh nak tayang lagi...eksklusif...nanti tak pasal2 ummuasiah yang kena pulak...

Ni kira flash back lah...

Ini plois yang sangat hero...dari bawah bukit dia lari ke atas bukit di perkarangan Masjid Ubudiah untuk membelasah Wak Idris ni ala-ala..The Rock!!!!..dia ni lah polis yang bernama Hasbullah dalam cerita saya di entry ini....gerrrraaaammm lagi.....

ini lagi adegan yang sedang anda lihat dan sudah lihat.....

Ni lah dia polis SB yang entah berapa ratus orang hadir hari tu....mereka ni kalau ada perarakan aman memang sentiasa bersedia nak cekkkkuuuppp orang....

terkena bedilan dan semburan tear gas yang memeritkan

kena halau. dijerit, dijerkah dan macam-macam lagi oleh FRU....



sekembali dari Kuala Kangsar menuju ke Kuala Lumpur kami sempat juga menyinggah ke Ipoh untuk melawat 'POKOK DEMOKRASI'...untuk melihat keadaannya...maklumlah macam-macam dah terjadi pada poko ni sejak episod sidang DUN bersidang di bawahnya...nak tengok gambar asalnya 'POKOK DEMOKRASI' ni sila rujuk di entry ni..

Sebelum ni tak ada pula nama Taman Istana tu kat situ..tetiba selepas berapa tahun pun tak tahu...muncul pulak...pokok yang layu di sekeliling tu ditanam oleh Majlis Bandaraya Ipoh setelah plak pokok demokrasi dihancurkan..kononnya untuk menghalang usaha kerajaan PR buat plak yang baru...kesian pokok tu mogok tak nak hidup..tapi sepupu-sepupu pkok demokrasi yang ditanam di padang bersebelahan hidup segar bugar!!!!


Sunday, 26 April 2009

OKT Kuala Kangsar-Pandang Hari Muka dengan penuh keyakinan...

Kita adalah pejuang, kita yakin dengan apa yang kita lakukan. Parti akan pastikan nasib setiap OKT akan terbela, sekiranya ada yang dibuang kerja atau menghadapi apa-apa masalah sila beritahu pada pimpinan. Parti akan membantu, kita sediakan barisan peguam dan akan pastikan OKT tidak perlu mengeluarkan apa-apa bayaran.


Dari kanan Hj Isha Ridzuan, Sdr Yusof (Bilal), Faiz (bertshirt putih) dan Adi (t-shirt oren)

Alhamdulillah, begitulah lebih kurang apa yang disampaikan oleh YB Salahuddin kepada semua OKT yang hadir menjadi tetamu di pejabat PAS Kuala Kangsar bagi mendengar taklimat dari peguam dan berbincang mengenai kes yang terbabit.

Pada 13 April Hakim Norsalha telah menerima permohonan dari peguam bela Augustine Anthony untuk menangguhkan kes kerana bahan bukti baru diserahkan oleh pihak Pendakwaraya. Maka pada 25hb April kesemua OKT telah diminta untuk berkumpul di pejabat PAS Kuala Kangsar untuk melihat semua bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak polis.


Alhmdulillah YB Salahuddin Ayub telah dijemput untuk memberikan kata-kata semangat kepada OKT yang terlibat dan telah hadir pada hari itu. YB Salahuddin juga pernah memilih untuk dipenjarakan selama SEBULAN bersama YB Mahfuz dan Pak Amjal apabila Mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap mereka di dalam kes demonstrasi membantah kedatangan pemain Kriket dari Negara Haram Israel pada tahun 1997 dan mereka dijatuhkan hukuman pada tahun 2000. Mereka memilih untuk dipenjarakan daripada pilihan membayar membayar denda. Mereka yakin dengan perjuangan mereka.

Maka kesemua OKT Kuala Kangsar juga sudah perlu mempersiapkan minda mereka bagi segala kemungkinan yang akan datang....kerana keputusan kes ini bergantung juga pada keadaan politik semasa dan Hakim yang mengadili ... namun usaha dan keyakinan tetap memainkan peranan penting.

Augustine juga meyakinkan kepada semua bahawa barisan peguam komited dan akan berusaha bersungguh2 dalam kes ini. Baginya apa yang berlaku pada 6hb Februari hingga membawa kepada penangkapan semua OKT adalah sesuatu yang amat unik dan belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia...di mana rakyat tempatan sendiri bangun menolak pemilihan MB yang dilantik hasil dari rampasan kuasa yang berlaku sehari sebelumnya. Rakyat dengan berani telah bangun dan memprotes. Keberanian rakyat pada hari itu adalah sangat-sangat luar biasa.


Dari kiri Augustine Anthony..yang 'dituduh' oleh wartawan KOSMO pada 13 April sebagai sanggup berhujah selama 2 jam semata untuk minta penangguhan dan menulis bahawa Augustine diarah keluar sekiranya hendak berbincang tentang s51 A. Di sebelahnya Hj Nazir yang dilantik sebagai ketua dan 'orang' yang memegang bendera PALESTINE sambil berbaring diatas jalan...berani giller..memang semangat jihad tinggi dan meluap ketika itu. Di hujung sekali Charam Singh seorang lagi peguam...tabik springgg....kepada mereka kerana berkhidmat tanpa upah dan sanggup datang hatta pada hari cuti hujung minggu!!!!...kerana yakin dengan perjuangan yang benar dan berada di jalan yang lurus!!!

"Please do not worry too much on what's going to happen in the future..."

"Let us think on how we are going to win this case..."


Augustine merasa amat bertuah untuk mengendalikan kes ini. Ini juga membuatkan semua OKT rasa amat bertuah dan terharu kerana ke semua peguam yang membela adalah terdiri dari peguam yang amat terkenal dan mahir dalam bidang mereka khususnya dalam isu Hak Asasi dan Hak Rakyat yang merdeka. Alhamdulillah.


Barisan Muslimatnya pula..dari kanan Pn Suhana Abdullah..OKT wanita tunggal ditahan pada 10hb Februari, di sebelahnya Kak Ani, kakak Suhana, dan juga ummuasiah.

Saya suka berkongsi tentang Suhana untuk tatapan pembaca...saya salute dia di atas keberanian kecekalan dan yakin dengan tindakannya benar pada hari kejadian. Suhana seorang ibu tunggal mempunyai 3 orang anak. Beliau bekerja di Masjid Ubuddiah (tempat berlakunya demonstrasi aman). Beliau bekerja sebagai pencuci di Masjid tersebut di bawah satu syarikat swasta yang memegang kontrak mencuci masjid. Beliau telah bekerja selama 5 tahun di sana. Sudah tentu apabila kita bekerja di sebuah masjid maka kita akan bekerja dengan sepenuh hati.

Beliau memang turut serta dalam demonstrasi aman pada hari itu dan seperti kebanyakan yang berada di sekitar kawasan masjid merasa benci akan perlakuan polis pada hari tersebut. Beliau ditangkap beberapa hari selepas kejadian demonstrasi aman setelah gambarnya disiarkan di TV dan akhbar. 20 orang polis telah datang untuk menangkapnya!!!!!....just look at her a very small lady dan sangat lemah lembut....

Beliau kini telahpun berhenti dari kerja apabila syarikatnya secara tidak lansung telah memberhentikannya apabila meminta dia menyelesaikan kesnya dalam masa 2 bulan....satu arahan yang sungguh tidak logik dan beliau juga telah diminta menghantar surat tunjuk sebab...maka kini beliau sedang cuba untuk memulakan peniagaan sendiri dengan dibantu oleh kakaknya.

Mereka yakin dengan perjuangan mereka dan akan memastikan kerajaan Haram Perak akan dihapuskan dengan segera!!!!

Kes ini akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada 29hb April 2009 jam 9 pagi...sekali lagi kami akan menyusuri PLUS menuju ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar...semoga Raja-raja benar-benar menjaga kedaulatan mereka dengan mengambil kira hak dan kehendak rakyat di setiap masa dan ketika selagi tidak menyalahi syariat agama dan undang-undang sesebuah negeri dan negara.

Monday, 9 March 2009

POKOK DEMOKRASI DAN TERKUBURNYA DEMOKRASI

"Ummi...demokrasi tu apa??"

Hhmm...demokrasi, apa ye...nasib baik anak ummi yang tanya...kalau wartawan SINAR HARIAN yang ada kat situ tanya..kantoi pulak ummi tengahari tu..

Ye lah..beria-ia..perjuangkan hak rakyat dalam negara yang berprinsipkan demokrasi tapi...ikut orang saja..dalam diri tak faham pun..

Itulah persoalan yang ditujukan oleh anak ke 3 saya Asma'..apa demokrasi tu..bagus juga..lebih-lebih lagi dalam suasana politik yang telah menguburkan demokrasi..

"Demokrasi sudah berkubur di bumi Perak"...inilah kenyataan Ir Nizar di Harakah 9-12 Mac 09.
"Saya merasakan apa yang berlaku pada 3hb Mac mendedahkan siapa sebenarnya UMNO-BN. Dan rakyat boleh menilai siapa sebenarnya pihak polis, penjawat awam dan UMNO. Mereka ini keseluruhannya telah melanggar seluruh peraturan yang ada yang dahulunya mereka meminta rakyat mematuhi undang-undang dalam sebuah negara, dalam Rukun Negara ada dinyatkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, semuanya ini dilanggar.
Persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan di bawah pokok telah membuka minda rakyat Perak atau rakyat Malaysia untuk menilai sendiri siapa sebenarnya BN yang ternyata cukup rakus. Oleh kerana itu rakyat Malaysia sewajarnya tidak memberi lagi sokongan kepada BN. Mereka telah membunuh demokrasi itu sendiri.
Demokrasi telah berkubur di bumi Perak apabila sidang DUN dijalankan di bawah pokok setelah Speaker dan 27 ADUN Pakatan dihalang memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan oleh pasukan polis."

Asiah asyik membaca catatan yang tersurat di atas batu tanda Pokok Demokrasi yang menjadi tumpuan.

Demokrasi...jawapan ummi kepada Asma' secara spontan ialah.."demokrasi ialah hak rakyat untuk memilih pemimpin dan kerajaan, rakyat punya hak bersuara, rakyat pun ada kuasa..hak memilih siapa yang mereka suka untuk memerintah melalui pilihanraya"...

Jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ceramah semalam ialah antaranya...Demokrasi Pilihanraya...dan bukannya demokrasi Jalanraya...tajam maksudnya...maklumlah bila tiba musim pilihanraya...banyak lah jalanraya bertukar kulit menjadi warna hitam dan tidak berlopak lagi...jalan raya baru boleh sampai hingga ke pintu dapur!!!!

Mengapa pula perbualan ini timbul??.

Inilah dia Pokok Demokrasi...di bawah pokok inilah sidang DUN Perak terpaksa diadakan.

Pada hari yang penuh bersejarah dalam diari rakyat Malaysia..8hb Mac 2008...dan pada 8hb Mac 2009 kami sekeluarga memulakan perjalanan kami dari rumah di Gombak menuju ke Perak...ke negeri yang sama tarafnya kini dengan negara Haram Zionis Israel..Ini adalah seperti yang disebutkan sendiri oleh Ir Nizar di dalam ceramah Gempur Bukit Gantang pada 8 Mac 2009. Katanya dalam dunia ini ada 2 buah kerjaan HARAM, satunya Israel dan satu lagi di Malaysia sendiri iaitulah Kerajaan HARAM BN di PERAK.

Sebuah keluarga yang turut datang berkenalan dengan Pokok Demokrasi
Kami sejak dari awal minggu telah membuat perancangan untuk bersama-sama rakyat Parlimen Bukit Gantang mendengar amanat Pemimpin Pakatan Rakyat dalam usaha menguburkan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRK di Parlimen Bukit Gantang. Satu ceramah telah dijadualkan diadakan di Pekan Simpang di Taiping.
(bergambar kenang-kenangan di batu tanda Pokok Demokrasi....sebelum ianya juga mungkin dikuburkan)
Sebelum bertolak pada pagi Sabtu tersebut suami sempat lagi melihat blog YB Idham Lim dan mendapat maklumat bahawa satu upacara akan diadakan di Ipoh di tempat bersejarah di mana Sidang Tergempar DUN Perak telah diadakan di bawah pokok. Acara tersebut dijadualkan dijalankan pada jam 10 pagi...tidak sempatlah untuk kami bersama.

Kami bertolak terus ke Ipoh, sampai di Ipoh sempat menelefon YB Lih Kang untuk bertanya khabar kerana kami juga mendapat maklumat dari blog YB Idham bahawa ibu YB Lih Kang juga telah di interrogate oleh polis. Polis telah menghantar notis untuk ibu YB Lih Kang ke balai polis untuk disoal siasat....alasannya????.....kerana dalam satu perhimpunan, sebuah kenderaan telah digunakan sebagai pentas.....mungkin polis telah menyiasat siapa pemilik kenderaan tersebut dan pemiliknya terpaksa di bawa mengadap polis untuk disoal siasat....terukkan?????...polis oh polis...

YB Lih Kang juga memaklumkan tentang upacara penanaman 5 batang pokok lagi berdekatan pokok DEMOKRASI. Kami terus menuju ke arah Bangunan PERAK DARUL RIDZUAN dengan tujuan mencari dan melihat sendiri pokok yang bersejarah tersebut.

Dari jauh sudah kelihatan beberapa orang sedang berada di bawah pokok beserta 3 orang wartawan termasuk wartawan dari SINAR HARIAN yang menegur kami. Jurugambarnya masih mengingati wajah suami kerana dia bertugas membuat liputan ketika kes reman 9 tahanan Masjid Ubudiah dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.

Mereka menunggu di situ sambil cuba mendapatkan pendapat orang awam yang datang melihat pokok tersebut secara dekat.

"Apa pendapat puan mengenai perletakan batu tanda di pokok ini?"...tanya wartawan SINAR.
"Ianya memang suatu langkah yang baik, kerana satu peristiwa bersejarah telah berlaku di bawah pokok ini, dimana sidang tergempar DUN Perak terpaksa dijalankan di bawah pokok ini. Sesuatu yang belum pernah berlaku setakat ilmu yang cetek yang ada pada saya. Ada Menteri yang berpendapat bahawa Sidang DUN tersebut tidak bertamadun dan seperti orang UTAN, tapi atas tindakan polis dan FRU yang menutup DUN Perak dan Bangunan Perak Darul Ridzuan, maka sidang DUN tersebut terpaksa dilakukan di bawah pokok...ianya akan menjadi satu tanda bersejarah buat negeri Perak sebagaimana wujudnya sebatang pokok getah tertua yang terdapat berdekatan Mahkamah Majistret Kuala Kangsar"
Adakah lagi demokrasi dalam negara Malaysia???.....saya menyambung lagi dan relatekan dengan peristiwa bedilan peluru gas pemedih mata...pancutan air dari pihak FRU ke arah rakyat yang berarak secara aman bagi memohon mendaulatkan Bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik.
Semasa kami berdiri di bawah pohon yang rendang dan teduh itu ada beberapa buah kenderaan lagi yang datang melihat pokok tersebut, semuanya ingin datang melihat dari dekat, Cina, Melayu dan India...semua bangga dan amat prihatin dengan suasana politik di Perak. UMNO dan BN sudah tidak boleh lagi bertindak mengapi-apikan isu perkauman untuk memecahbelahkan rakyat....semua rakyat sudah sedar dan lebih terbuka...kecuali mungkin segelintir rakyat yang berada di pedalaman yang hanya bergantung kepada TV milik kerajaan dan media milik kerajaan dan kuncu-kuncunya sahaja sebagai bahan bacaan.
Sesudah puas bermesra dan berbual dengan penduduk tempatan yang bangga dengan kejadian di bawah pokok tersebut, kami bertolak ke Taiping untuk berehat sebelum meneruskan dengan aktiviti di sebelah malamnya pula. Kami memilih Taiping Golf Resort sebagai tempat penginapan, selesa dan berpatutan.
Adik receptionist yang bertugas memberitahu kepada saya.."Kak, saya bagi kak bilik yang bersebelahan dengan bilik Tuan Guru Nik Aziz"
Saya dengan agak excited.."Ye ke..betul ke ni...,baguslah...boleh saja, memang kami pun datang nak ke ceramah yang Tuan Guru akan hadiri..."...
Kata adik tu memang ada satu booking dibuat untuk Tuan Guru pada jam 3 petang. Memang sahla, sebab nama Tuan Guru tersenarai dalam penceramah pimpinan Pakatan Rakyat yang akan memberi amanat pada ceramah di sebelah malamnya.
Saya berpesan kepada anak-anak...."jangan bising sangat tau...Tok Guru Nik Aziz dok sebelah bilik kita..Tok Guru mesti nak berehat.."...memang Tuan Guru sentiasa nampak amat lemah bila muncul di pentas ceramah dan kadangkala terpaksa menguzurkan diri dari majlis yang perlu dihadirinya.
Tuan Guru Nik Aziz berceramah paling akhir.Tuan Guru Nik Aziz berceramah dengan bersemangat pada malam tersebut..membacakan tulisan Ustaz Idris Ahmad mengenai beberapa tindakan DERHAKA UMNO TERHADAP RAJA-RAJA seperti yang tertulis di Harakah

Ketika kami turun dari bilik menuju ke kenderaan untuk ke tapak ceramah kelihatan beberapa orang anggota UNIT AMAL telah bersedia menunggu untuk menjemput Tuan Guru. Kenderaan Tuan Guru juga telah ada di bawah.
Sebahagian rakyat yang turut hadir dalam ceramah-mutu gambar tak berapa baik, mungkin sebab hujan

Daerah Taiping memang terkenal dengan iklim lembabnya, maka pada malam tersebut hujan telah turun tanpa henti. Tapak ceramah yang luas yang baru disediakan juga menjadi sangat becak dan berair, namun, orang ramai tetap memenuhi segenap kawasan kosong yang ada. Masing-masing bersiap sedia dengan tikar dan payung, Semua duduk hingga ke akhir ceramah, walaupun ada ketika pada awalnya hujan turun agak lebat, namun tidak ada yang meninggalkan majlis...ramai sekali orang, ribuan orang Perak termasuk kami yang datang dari jauh juga...tidak mahu ketinggalan mendengar amanat yang berapi dan menguatkan semangat menumbangkan kerajaan yang zalim.
Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur pada tengahari Ahad. Sebelum beredar saya sempat bertanyakan kepada adik receptionist untuk buat booking satu bilik pada 28 hb Mac..esoknya 29hb Mac ialah hari penamaan calon PRK Bukit Gantang..jawapnya...semua bilik sudah habis dibooking sehari selepas Allahyarham Hj Roslan kembali ke Rahmatullah...cekap betul orang-orang ni...siap ditempah untuk 10 hari!!!!...namun adik yang baik hati tu telah referkan kami kepada seorang pemilik beberapa unit apartment yang juga telah bermurah hati sponsorkan bilik kepada Tuan Guru...Alhamdulillah..kami diberi jaminan untuk dapatkan sebuah unit apartment pada tarikh tersebut.
Bukit Gantang...kami akan kembali...InsyaAllah...
Hajat kami untuk singgah di Balai Polis Kuala Kangsar untuk mengambil semula Handphone yang telah dirampas sebagai bahan bukti kononnya oleh polis semasa suami ditangkap terpaksa dikuburkan sebab kami mendapat maklumat dari rakan OKT yang lain yang polis masih berdaleh-daleh dalam hal hal ini...hampeh betul polis ni!!!!
Di bawah adalah gambar 5 batang pokok yang telah ditanam di hari batu tanda Pokok Demokrasi dipahatkan..pokok2 yang menjadi lambang moto kerajaan Pakatan Rakyat...


Pokok Kebajikan ini berlatarbelakangkan Bangunan Perak Darul Ridzuan, tempat di mana Sidang DUN sepatutnya dijalankan.


Wednesday, 4 March 2009

Usul Bubar DUN bawah pokok SENA..

Selemah-lemah iman ialah membenci di dalam hati apabila melihat sesuatu kemungkaran....

Kemungkaran...memang banyak...mungkin kita hanya membayangkan maksiat yang berlaku di depan mata...
Namun kemungkaran yang paling hebat kini...setelah kita dihantui dengan bayangan penyeksaan dan kezaliman Tentera Israel ke atas umat Palestin, kini kita rakyat Malaysia dihindangkan dengan kezaliman pemerintah....kebiadapan, ketamakan, dengki...apa lagi perkataan yang sesuai..entahlah...
Rakyat yang prihatin dan sayangkan negeri dan tanah air...terasa hati bagai disiat-siat, pedih sedih, geram, benci semua datang silih berganti...

NAJIB...kamu seorang pemerintah yang amat ZALIM!!!!!!!......

Keimanan juga berada di tahap yang tinggi jika kita berani mengatakan kepada pemimpin yang zalim di hadapannya...kamu adalah pemimpin yang zalim....kalau dulu Tun Dr Mahathir di era tahun 1998 hinnga dia bersara...beliau diberi gelaran dengan berbagai gelaran yang membayangkan kezalimannya dalam menekan rakyat dari bangun melawan pemerintah dan menyatakan kebenaran, beliau di gelar Mahazalim dan Mahafiraun...

Di hari penamaan calon di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lepas, ketika Najib dan rombongannya berjalan masuk ke tempat penamaan calon...ramai orang menjerit-jerit kepadanya tanda benci...gelaran paling famous untuknya ialah 'MONGOLIA DAN ALTANTUYA'...saya jerit ke arahnya...ZALIM!!!ZALIM!!!.....dari kejauhan sahajalah...tapi suasana terlalu bising..sudah tentu dia dan polis-polisnya tak dengar..Apa-apa pun kita tunggu di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau kelibat pemimpin2 yang zalim ini...

Ishh..apa sebenarnya kezaliman mereka...banyak, tapi biarlah kita fokus sekarang ini kepada satu topik sahaja yang menzalimi seluruh rakyat Perak dari memiliki kerajaan dan pemimpin yang mereka ingini...

Dalam satu artikel YAB MB Ir Nizar telah menceritakan tentang Constitutional Crisis yang berlaku di Perak..di dalam artikelnya yang bertajuk Detik-detik Hitam di Perak...banyak dituliskan tentang apa sebenarnya yang terjadi..dari awal hingga akhir.

Pada Ahad malam yang lepas, saya bersama suami dan anak yang paling kecil meredah hujan lebat dari Gombak ke Subang Jaya bagi mendengar ceramah dari MB Perak Ir Nizar. Ir Nizar menceritakan kembali tentang detik-detik hitam tersebut. Walaupun saya pernah dan telah terbaca di akhbar dan media alternatif, namun penjelasan dari mulut Ir Nizar sendiri benar-benar menyentuh hati dan terasa ZALIMNYA dan jahatnya orang yang bernama Najib dan kuncu-kuncunya..sayangnya dan simpatinya...ramai yang terpaksa turut sama terjebak dalam kezalimannya hanya semata-mata kerja makan gaji demi untuk melaksanakan dakyah jahat pemimpin yang zalim ini...mereka ini sudah tentulah termasuk pihak polis, kakitangan kerajaan di bawah mereka, pihak media...pembaca berita..dan banyak lagi..

Ir Nizar menceritakan tentang apa yang berlaku pada ADUN Bota, Dato' Nasaruddin yang telah keluar UMNO dan masuk PKR. Beliau keluar UMNO kerana mendengar nasihat ibu yang disayangi yang mahukan anaknya meninggalkan parti UMNO yang penuh dengan kejahatan dan tipu muslihat..juga kemungkaran...Isterinya Datin Umi juga memberi sepenuh sokongan. Dato Nasaruddin juga telah berjanji di hadapan rakyat Bota dan ibunya yang beliau tidak akan kembali kepada UMNO.

Apa yang berlaku kemudiannya ialah Dato' Nasa telah hilang dibawa lari oleh 2 orang ADUN UMNO dari rumahnya dengan tipu muslihat mereka bahawa ingin membawa mengadap Raja Muda Perak..selepas itu Dato' Nasa telah lesap dibawa lari ke Putrajaya dan hingga akhirnya berlansunglah Sidang Media oleh Najib yang mengatakan bahawa BN akan mengambil alih pemerintahan Perak dengan pulangnya Dato' Nasa ke pangkuan UMNO dan belotnya 3 orang ADUN PR menjadi Parti Bebas dan kononnya telah mengaku di hadapan Sultan bahawa mereka akan memberi sokongan yang penuh kepada Barisan Nasional..

Walaupun pada awalnya rakyat agak yakin dengan sikap positif Tuanku Sultan Perak terhadap permohonan MB Nizar untuk bubarkan DUN, namun pada pagi 5 February semuany beralih arah dan angin setelah Najib mengadap Tuanku Sultan...entah teknik apa yang digunapakai oleh Najib hanya Sultan dan kuncu-kuncu Najib yang tahu.

Menurut IR Nizar, hubungan beliau dengan Tuanku Sultan amat akrab, setiap minggu beliau akan mengadap Tuanku Sultan....namun pada hari penemuan terakhir sebelum kerajaan Perak dirampas secara zalim oleh Najib dan BN, Tuanku Sultan hanya tunduk ke bawah dan tidak memandang wajah Ir Nizar..hingga ke akhir pertemuan di mana Tuanku Sultan bertitah yang Tuanku tidak akan bubarkan DUN dan MB perlu letak jawatan barulah Tuanku Sultan mengangkat sedikit wajahnya...

Pedih bukan...tidak kah jelas nampak di mata dan hati kita..bahawa kerajaan Perak yang sah telah dirampas secara HARAM oleh Barisan Nasional melalui tipu daya Najib...

Kini kerana mereka berkuasa...mereka menggunakan seluruh kekuasaan yang ada pada mereka...sehingga ke tahap yang paling tinggi, Institusi yang kita harapkan dapat menjaga keadilan Negara termasuk Mahkamah dan Institusi Raja...sejak akhir-akhir ini makin ramai Sultan yang mengeluarkan kenyataan yang menuduh rakyat Biadap dan tidak hormat perbelembagaan dan lain-lain yang serupa dengan apa yang diucapkan oleh pemimpin BN.

Mahkamah juga telah nampak dengan jelas tidak dapat berlaku adil dalam situasi politik begini...dapatkan kita meletakkan kepercayaan????...bolehkah...tengok saja apa yang berlaku...bagaimana pula Mahkamah boleh mengarahkan Speaker Perak menggunakan khidmat peguam kerajaan...memang tak lojik..memang tak boleh dipercayai...beranikah peguam kerajaan ini melawan arahan ketua mereka...pemimpin tertinggi mereka...kecuali mereka yakin bahawa yang memberi rezeki itu adalah Allah...yang Maha Berkuasa itu juga adalah Allah dan bukannya UMNO Barisan Nasional.......GET RID of THEM!!!!

Maka akhirnya berlakulah sidang DUN di bawah pokok SENA...maka adalah pemimpin BN dan UMNO yang mengatakan bahawa itu adalah tindakan yang TIDAK BERTAMADDUN, MACAM ORANG UTAN DAN MACAM-MACAM LAGI...

Siapa yang mulakan????..Siapa pula yang mengarahkan agar Pejabat DUN dan semua pejabat negeri ditutup???..Isshhh...teruk dan desperate betul....

KALAULAH.....Tuanku Sultan dapat renung sejenak..walaupun umur dan kesihatan Tuanku Sultan tidak mengizinkan...apa lah salahnya gerangan Tuanku...tidak perlu memohon maaf atau mengaku kesilapan pun tidak mengapa...umumkanlah...terimalah usul Sidang tergempar DUN Perak untuk membubarkan DUN..dan membiarkan dan memberi mandat kepada rakyat untuk memilih pimpinan yang baru...biarlah bermaruah...hargailah dan kasihanilah seluruh rakyat Perak khususnya..
Kini saya yakin kita faham dan menghayati perjuangan Ir Nizar beserta Pakatan Rakyat dan rakyat Perak dan seluruh Malaysia dalam mempertahankan kerajaan Perak yang sah.
Teruskan Perjuangan...kami bersama anda semua...

BUBAR...BUBAR...BUBAR DUN PERAK!!!

Thursday, 19 February 2009

DETIK-DETIK HITAM DI PERAK

Sudah berhari juga saya tidak update blog....banyak isu-isu panas dan hangat yang berlaku di sekeliling...kehidupan boleh saja diteruskan seperti biasa tanpa mengambil kira tentang situasi politik semasa...


Semakin panas dan ganas...apa saja peluang akan digunakan untuk menjatuhkan lawan...

ISA kekal berkuasa...yang ditahan bertahun lamanya...anak isteri dan keluarga terus menderita...

Kini Najib semakin ingin memastikan ianya kekal berkuasa...

Bermulalah Constitutional Crisis dalam Negara...khususnya di Perak...walaupun kami bukan orang Perak namun isu di hadapan mata ialah isu umum yang berkait dengan kezaliman tahap tertinggi...merampas kuasa dan hak rakyat...sentiasa amat terkesan di hati kami...

Namun tak disangka...kami menjadi mangsa kezaliman pemerintah yang menggunakan semua sistem yang ada dalam pemerintahan mereka untuk menekan dan menakutkan rakyat..

Dalam satu perhimpunan aman di hadapan Masjid Ubudiah pada 6hb Februari 2009, suami sendiri tertangkap dan dipenjarakan selama 4 hari 3 malam bersama 8 orang wira rakyat yang lainnya...mereka disoal-siasat persis soal-siasat yang dikenakan ke atas tahanan ISA sehingga mereka merasakan yang mereka pasti tidak akan dibebaskan dan bakal dibelasah oleh UTK (unit tindakan khas) yang telah bersiap sedia ada di IPD Kuala Kangsar...Interrogation Officer mereka telah dipanggil mengadap ketua di Bukit Aman dan Putrajaya di hari mereka sepatutnya dibebaskan...

Banyak lagi peristiwa yang berlaku ke atas diri mereka selama dilokapkan...belum sempat berkongsi...malahan setelah mereka dibebaskan ada beberapa orang yang kehidupan mereka terus diganggu sehingga mereka terpaksa bersembunyi dan tidak tinggal di rumah sendiri.

Kehidupan kami suami isteri juga sedikit berubah terutama sekali dalam memikirkan tentang masa depan, kami perlu bersedia mentally dan physically...


Secara berterus terang, saya sering terfikir dan berfikir...berbaloikah dengan apa yang kami lakukan...hadiri protes aman tanda membantah kezaliman pemerintah...kemudian ditangkap, dipenjarakan...mentally being tortured, didakwa dimahkamah...diaibkan oleh TV dan Akhbar media arus perdana...akhirnya terpaksa melalui proses turun naik mahkamah yang entah bila akan berakhirnya....namun setiap kali persoalan itu menerjah ke kepala ada saja inspirasi dan motivasi baru yang Allah kurniakan untuk saya terus rasa strong dan yakin dengan apa yang dilakukan...

Jadi di sini saya link kan ke article yang dituliskan oleh Menteri Besar Perak yang SAH Datuk Seri Ir Nizar.....ianya boleh membuka mata kita tentang apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir kuning Istana..sehingga mencetuskan satu detik hitam yang pekat dan panjang dalam kehidupan kita rakyat yang prihatin dan dahagakan keadilan...bencikan kezaliman....

Baca entry ini di Detikdaily...saya yakin kesahihannya...DETIK-DETIK HITAM DI PERAK
sedikit petikannya di bawah:
vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.
Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Friday, 13 February 2009

MB Ir Nizar saman Kerajaan Haram Perak‏ - Berita Bergambar


Melambai kepada orang ramai ketika sampai ke perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta


Di dalam bilik pentadbiran, di kaunter untuk file kan saman...menunujkkan kepada pemberita dan orang ramai..salinan saman tersebut.

Beliau memfailkan saman bernombor MK25-25-09 di bahagian Pendaftaran Rayuan dan Kuasa-kuas Khas di tingkat satu mahkamah tersebut.

Berucap dengan tegas ketika keluar dari mahkamah. setiap langkah dihentikan oleh pemberita.."Datuk Seri...Datuk Seri"

"Kita failkan saman ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (13 Februari 2009) untuk nyatakan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat Perak bahawa kami dianiaya oleh Umno BN yang dipimpin oleh Najib Altantuya (Dato' Seri Najib Tun Razak)," kata Nizar selepas memfailkan saman ke atas Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat Jalan Duta.

Gemuruh tepukan dan sorakan orang ramai bila disebut Najib Altantuya...

"Umno/BN telah melaksanakan rampasan kuasa jadi untuk itu saya ambil tindakan mahkamah untuk menuntut deklerasi atau isytihar perintah bahawa saya adalah dari setiap masa dan material masih MB Perak," tegasnya.

Sebelum mengadakan sidang akhbar, Nizar sempat mengetuai bacaan doa di atas tangga tingkat satu Mahkamah Tinggi tersebut sambil diaminkan para penyokong.

Beliau juga membaca Do'a Qunut Nazilah dengan lantang dengan sambutan Ameen dari penyokong di tengah-tengah lobby Mahkamah.

Bergambar bersama, AJK GMI, Norlaila, Ummu Asiah, YB AHli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo, ketika YAB MB Perak singgah rehat di Pejabat Ahli Parlimen Tutiwangsa...mungkinYAB MB memberi semangat kepada OKT di Kuala Kangsar atas tangkapan yang berlaku.

Berjalan bergerak menuju Masjid Kampung Baru untuk Solat Jumaat.



Berjalan ke Masjid

Orang ramai yang membanjiri Masjid Kampung Baru sebaik selesai solat Jumaat untuk mendengar ucapan YAB MB Perak.


Mengambil peluang mengajak orang ramai menandatangani memorandum sokong bubar DUN Perak.

Maka kata Nizar, beliau hadir dengan ahli Exco dan Adun Pakatan Rakyat untuk meminta hak diberikan semula kepada rakyat Perak agar dibubarkan Dun Perak seterusnya menjalankan pilihan raya kecil Dun Perak.

Orang ramai berpusu-pusu memberikan sokongan
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!