Saturday, 27 September 2008

Polis Halang Program rakyat tuntut bebaskan semua tahanan ISA

Pada 26 hb September 2008 bertempat di hadapan Masjed Jamek GMI telah mengadakan satu protes aman bagi menuntut pihak pemerintah membebaskan semua tahanan ISA sempena bulan Ramadan yang mulia ini dan bersempena ketibaan tarikh 1 Syawal.

(di dalam sesuatu perhimpunan BANNER merupakan satu 'SENJATA' yang paling ditakuti oleh pihak polis dan pemerintah)


Perhimpunan awal yang bermula pada jam 12 tengahari dari awal lagi telah dihalang oleh sepasukan polis yang diketuai oleh ASP Sydney Clyde Jeremiah. Polis telah mengganggu perhimpunan GMI sebelum sempat program tersebut dijalankan. Demi meneruskan misi kami tanpa mengganggu mereka yang ingin memasuki masjid, kami telah mengajak semua yang ingin turut serta menyeberangi jalan dan berkumpul di hadapan stesen LRT Masjed Jamek.

(peserta bergerak menyeberangi jalan menuju ke stesen LRT Masjed Jamek)

Namun polis masih mengekori kami. Sebaik kami mengeluarkan 2 keping banner yang kami bawa, polis dengan segera meluru dan cuba merampas 2 banner tersebut. Syed Ibrahim cuba memohon agar polis membenarkan kami berkumpul dan membuka banner tersebut, tapi ASP Sydney berkeras dan cuba merampas banner tersebut. Kami yang memegang banner terus beraput dan menarik sekuat hati bag menghalang banner tersebut dari dirampas. Namun usaha kami gagal dan polis tetap menarik dan merampas dengan kasar.


(ASP Sydney dan anggotanya sambil menggenggam erat dan kuat banner kami...kami tetap melawan)

Polis dan SB juga kemudiannya secepat kilat merampas dengan kasar setiap placards yang dkeluarkan dan ditayangkan kepada umum. Seketika kemudiannya kelihatan beberapa orang polis mengerumuni sekumpulan lagi peserta protes yang sedang memegang satu lagi banner GMI, namun banner tersebut tidak berjaya dirampas dan selamta disimpan semula.


(Sekumpulan peserta lagi yang diganggu polis)

Petikan dari Malaysiakini:
The activists were however defiant and tried to unfurl a large banner and placards opposite the mosque, prompting the police to swiftly move in to remove the ʽoffensive' materials.

"We cannot achieve our target of distributing leaflets and creating public awareness because the police confiscated and stole our banners.


(Syed Ibrahim membacakan kenyataan GMI)

Protes kami diteruskan dengan Syed Ibrahim dengan lantangnya membacakan kenyataan media GMI mengenai tuntutan GMI.
Petikan dari kenyataan GMI:

Kekejaman dan kezaliman akan berterusan selagi ISA masih wujud. Penahanan tanpa bicara walaupun selama 18 jam (sebagaimana kes wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng) atau 7 hari (seperti kes Teresa Kok) merupakan pencabulan besar hak asasi manusia dan fitrah keadilan, inikan pula jika dihumbankan ke Kemta untuk dua tahun (seperti Raja Petra Kamaruddin dan Hindraf-5) atau lebih buruk lagi, disumbat sehingga 7 tahun seperti 5 orang suspek Jemaah Islamiyah (JI) (seperti Yazid Sufaat, Suhaimi Mokhtar, Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray dan Shamsuddin Sulaiman).

Bagaimana pula dengan nama-nama lain yang tidak kita kenali seperti antaranya, Zaini Zakaria, Francis Indanan, Mohd Khider Kadran, Lai Kin Choy, Kasem Dayama, Mavalavan s/o Muthuramalingam dan Idris Lanama? Adakah hak mereka akan dibela? Berapa lama lagi harus mereka tanggung derita? Inilah antara 66 orang tahanan yang ditahan tanpa bicara atau tanpa bukti. Mereka dinafikan semua hak ini semata-mata kerana disyaki mengancam keselamatan negara.


(ambil peluang menjual badge only RM1 )

Kami sempat juga mengambil peluang menjual lencana GMI "Malaysia Bebas Dari ISA dan ISA- Tahan Tanpa Bicara Kejam"

Polis nampaknya masih lagi tidak berpuashati apabila ASP Sydney sekali lagi menghampiri kami dan mengarahkan kami untuk mengarahkan semua yang berkumpul untuk pulang. Namun kami tetap berada di sana berkumpul yang akhirnya menarik minat ramai yang lalu lalang di sana.

(orang ramai yang turut sama memerhatikan)


Sudah tentu bila tiba masanya semuanya akan pulang juga. Ramai sekali polis dan SB yang 'menjaga' kami pada tengahari tersebut termasuk 2 orang SB wanita yang sentiasa berada di belakang kami.....

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, semoga tuntunan rakyat berjaya dan paling penting juga biar rakyat memahami perjuangan GMI dalam berjuang menuntut agar semua tahanan ISA dibebaskan segera dan ISA dimansuhkan.

Sumbangan di sana sini-Anak-anak Tahanan ISA diberi bantuan-SINAR HARIAN N3

Kami sekali lagi memanjatkan kesyukuran kepada Allah diatas segala limpah dan rahmatNya yang dikurniakan kepada manusia terutama sekali untuk mereka yang dizalimi oleh Akta Zalim ISA.

Sejak dari awal pengambilalihan kuasa pemerintahan kerajaan Negeri Selangor oleh pimpinan Pakatan Rakyat, GMI telah turut sama mendapat tempias kebajikan dari kerajaan negeri. Mungkin inilah kali pertama dalam sejarah mangsa kezaliman ISA mendapat bantuan secara terus dari kerajaan sesebuah negeri. Malahan kempen dan aktiviti GMI juga mendapat perhatian mereka.

Buat masa ini kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan sebuah bas untuk membawa keluarga tahanan ISA melawat suami dan ayah mereka yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting. Perkhidmatan ini disediakan setiap 2 kali sebulan. Alhamdulillah ini adalah satu perkara yang amat baik sekali untuk keluarga dan juga tahanan yang merengkuk di KEMTA.

Kerajaan negeri juga telah berjanji untuk memberi bantuan kepada keluarga dan bantuan pendidikan kepada anak-anak Tahanan ISA. Terdapat 16 buah keluarga tahanan ISA di negeri Selangor sahaja. 5 dari mereka adalah ahli keluarga Tahanan Hindraf, selebihnya adalah yang beragama Islam.

(tersenyum gembira bagi pihak keluarga tahanan ISA sambil menerima cek dari YB Rodziah sambil ditemani oleh Cikgu Laila)


Pada hari Jumaat PSK GMI telah dijemput datang ke pejabat YB Rodziah, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi. Kami bertolak terus dari program Tuntutan Raya GMI di Masjed Jamek. Terus bergegas ke Shah Alam pada jam 1.30 tghri. Dalam perjalanan sempat juga kami menalipon YB Rodziah yang kami sedang di dalam perjalanan. YB memaklumkan yang beliau perlu berada di satu tempat yang lain pada jam 2.30 petang. Maka saya terpaksa memecut kenderaan di NKVE dan berjaya sampai pada jam 2.00 petang.


Telah sedia menanti kami ialah beberapa orang Wartawan kerana YB juga membuat sidang media sempena penyerahan cek tersebut.

Alhamdulillah, sekeping cek bernilai RM8,000.00 dari Kerajaan Negeri Selangor telah disampaikan kepada PSK-GMI untuk disalurkan kepada 16 buah keluarga di Selangor.

Selesai sesi tersebut kami terus pulang dan hanya singgah untu solat di Stesen Esso Federal Highway. Sempat membeli 5 pek Nasi Ayam, 2 kotak Air di stesen tersebut. Cikgu Laila menegur saya kerana membeli terlalu awal pada jam 3.00 petang. Selesai solat terus bergegas memandu pulang. Kami mendapat dugaan terpaksa menjadi mangsa kesesakan jalanraya yang amat teruk sekali. Kami bertolak jam 2.30 petang dari Shah Alam dan saya hanya tiba di rumah saya pada jam 6.40 petang. Subhanallah, perancangan Allah yang terbaik buat saya kerana telah siap membeli makanan yang siap dipek beserta 2 kotak Air. Sampai di rumah saya hanya perlu menghidangkan makanan tersebut di atas meja untuk suami dan anak-anak yang menanti penuh setia dan sepenuh harapan.

Alhamdulillah. Semoga harapan keluarga tahanan ISA terus bersinar dengan kesedaran rakyat dan keprihatinan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Rezeki untuk mereka yang dizalimi

Alhamdulillah, Allah telah panjangkan umur kita untuk terus menikmati kehidupan dan beribadat sehingga ke tarikh akhir Ramadan.

Di penghujung Ramadan ini juga Allah menyediakan pahala dan rahmat yang berlipat ganda dan melimpah ruah.

(anak-anak tahanan ISA dari Tawau gembira menerima duit raya dari En Lutfi. Mereka semuanya tidak bersekolah kerana kesempitan hidup dan sudah tidak bertemu ayah lebih dari 3 tahun. Foto ehsan dari http://lailagmi.blogspot.com/)


Seperti beberapa tahun yang lepas, kami di Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA telah memberi peluang dan membuka jalan bagi semua rakan-rakan untuk menyumbang kepada keluarga tahanan ISA. Ini adalah kerana mereka adalah golongan yang dizalimi oleh kerajaan. Dengan tertangkapnya suami dan ketua keluarga maka isteri dan anak-anak telah hilang tempat pergantungan. Kebanyakan isteri-isteri yang ditinggalakan tidak bekerja dan kini terpaksa berusaha sendiri untuk melalui kehidupan dan membesarkan anak-anak sendirian.


(rujuk cerita selanjutnya di http://lailagmi.blogspot.com

Kebanyakan dari mereka juga tidak mendapat apa-apa bantuan dari pihak pemerintah setelah suami mereka ditangkap dan disumbat ke dalam Kem Tahanan Kamunting bertahun-tahun lamanya. Maka kami di PSK-GMI telah mengambil inisiatif sendiri dengan menyediakan satu akaun untuk mengumpul wang sumbangan untuk mereka. Sepanjang Ramadan terutama sekali di akhir Ramadan kami menerima banyak sumbangan. Beberapa hari sebelum Aidil Fitri pula kami akan agihkan wang yang terkumpul dan dimasukkan ke dalam akaun isteri-isteri tahanan ISA. Sebahagian wang lagi kami akan simpan dan akan salurkan kepada isteri sepanjang tahun apabila mereka memerlukan.


(saya dan Norlaila dijemput menyaksikan penyampaian wang sumbangan yang berjaya dikumpul oleh Ustaz Suhaimi melalui ceramahnya yang khusus menceritakan kisah kezaliman akta ISA ke atas keluarga terutama sekali anak-anak tahanan ISA. Wang sumbangan sebanyak RM5,000.00 diserahkan kepada En Lutfi di pejabat Harakah-25-09-08)

Alhamdulillah, dari rahmat yang Allah turunkan di sebalik pelbagai dugaan dalam perjuangan membebaskan Malaysia dari ISA, Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA menerima sambutan yang amat baik dari segenap masyarakat untuk menyumbang. PSK-GMI juga mendapat kerjasama yang amat baik dari pihak Harakah untuk mengumpul sumbangan. Sebahagian sumbangan telah diserahkan sendiri oleh pihak Harakah ketika mereka melawat keluarga di Tawau pada hari 23 dan 24 September lepas. Turut sama dalam rombongan tersebut ialah En Lutfi Ketua Pengarang Harakah, wartawan Harakah Anis dan Wan Nordin dan juga wakil dari GMI, Norlaila Othman yang juga isteri tahanan ISA.


(AJK PSK-GMI bergambar dengan wakil-wakil dari Pemuda PAS Pahang yang datang dari jauh untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga tahanan ISA)

Kepada semua yang telah sudi menyumbang kepada Tabung PSK-GMI kami mengucapkan ucapan Jutaan Terima Kasih. Sudah pasti ganjaran dari Allah menanti anda semua dengan berlipat kali ganda. Semoga Allah menerima segala amalan kita di sepanjang Ramadan ini sebagai amalan yang terbaik sepanjang kehidupan kita di dunia ini.

Thursday, 25 September 2008

Tuntutan Raya-Bebaskan Semua Tahanan ISA

Dear All,

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) will be organizing " Raya Demand Abolish ISA" on 26th September 2008 at Masjid Jamek.

The details of the program as below:

Date: 26 September 2008

Time: 12noon

Place: Please gather at main entrance of Masjid Jamek (near to Masjid Jamek LRT Station).

Please wear Black and Red coloured clothes to show your solidarity with GMI.

Lets demand for abolishment of ISA and release of all ISA detainees.

For program details please contact Miss Nalini at 019 3758912 or SUARAM office 03 77843525.

For direction please call Mr Syed Ibrahim at 013 3682067

Please spread the news to your friends and family and encourage them to come for this event.

GMI

Sharing: KAD RAYA DARI KEM TAHANAN KAMUNTING

Dikongsikan hasil tulisan Norlaila Othman isteri tahanan ISA-7 tahun.



Aku menuju ke peti surat dan mengambil dua keping kad Raya yang dihantar oleh suami yang masih di "simpan " oleh Hamid Albar di Kem Kamunting.Satu untuk ku dan satu untuk Suhaib. Jari ku terlalu ingin untuk mengoyak dan membaca isinya tetapi segera disergah oleh Suhaib yang akan di hantar ke sekolah untuk program iktikaf dan mukhayyam." Ummi, kita baca kad dalam kereta saja lah, dah lewat ni..." kata-kata itu mematikan segala keinginan tersebut.

Aku memandu agak perlahan.Suhaib yang kelihatan agak ceria, memasang memasang radio dan sesekali tersenyum mendengar celoteh DJ bertugas. . "Baca lah kad yang abah kirim tu" kataku sambil menjeling padanya yang tersandar disebelah ku. Dia segera mencapai envelope putih bersaiz 4 x 8 inci itu mengoyakkan kulit dan mengeluarkan isinya. Sebuah kad raya yang manis warnanya, coklat dengan kombinasi keemasan.

Suhaib membaca seketika ,tapi kemudian segera meletakkan kad itu didalam laci dashboard. Wajahnya tiba-tiba muram dan muncungnya kelihatan agak panjang.

"Kenapa ni? Apa yang abah tulis?Abah marah Suhaib ke" tanya ku bertalu-talu.
Suhaib mendiamkan diri.Wajahnya dihalakan ke arah tingkap sebelah kiri.

Aku sudah masak benar dengan sikap orang bujang disebelahku ini. Malas nak layan.Kami berdua sama-sama membatukan diri.Perjalanan dari Keramat ke Gombak terasa begitu lama sekali.Tiba di laman sekolah, Suhaib segera menghulurkan tangan, bersalam dan mencium tanganku.Aku ingin mencium pipinya tetapi cepat-cepat dia memalingkan wajahnya.Aku perasan hidung dan matanya nya merah sedikit.Tanpa sepatah kata, terus saja dia membuka pintu kereta dan berjalan meninggalkan ku yang masih termangu-mangu.

Aku mencapai kad Raya di laci kereta dan meneruskan perjalanan menghala ke Hulu Kelang. Aku cuba membaca kad Raya itu,tetapi tulisan yang agak halus itu menyukarkan aku memahami isi kandungannya. Aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan melihat kad itu semula.

" Suhaib, di Hari Raya ini, abah mohon jutaan maaf kerana sejak tujuh tahun yang lalu, abah tak pernah belikan baju Raya dan kasut baru untuk Suhaib.Abah juga terlalu ingin untuk membawa Suhaib ke kedai dan membeli barang-barang yang Suhaib suka. Abah juga minta maaf kerana tidak dapat membesarkan Suhaib dan memberi didikan yang baik sepertimana bapa orang lain.Abah terlalu rindu untuk bersama-sama Suhaib dan Umi dan menyambut Raya macam orang lain....."

Ohhhh!!!! Ucapan ini ke yang menyebabkan Suhaib muncung macam ikan todak. Aku pun terasa sayu juga membaca ucapan itu.Air mataku sendiri bergenang. Nasib baik aku sedang bersendirian di kereta.

Pada ketika itu, aku hanya mampu berdoa supaya kezaliman ISA segera di angkat dari keluarga kami.

Tuesday, 23 September 2008

ISU ISA DI SANA SINI-EGM BAR COUNCIL

Pada hari Sabtu 20hb September 2008, Bar Council telah mengadakan EGM bertempat di Wisma MCA. EGM ini diadakan khusus untuk membincangkan dan mengutuk penggunaan akta zalim ISA. Dan di dalam mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh lebih 700 orang peguam telah unanimously voted for its abolishment.

(pemandangan di dalam dewan ketika EGM berlansung)

Dipetik dari Mkini.."In the end, the decision was unanimous. Malaysian lawyers stood united against the Internal Security Act and want the draconian legislation out of the way."

"Former Bar chairperson Sulaiman Abdullah, present at the press conference, stressed that the government should take into consideration the challenges and trauma faced by the families of detainees. “It's about time the government repeals the ISA since it can be abused against those opposing the government,” he said."

Alhamdulillah bagi kami di GMI ianya adalah satu lagi kejayaan seperti kata-kata Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI yang mengibaratkan apa yang berlaku sebagai..."Liku-liku positif dalam menegakkan prinsip". Ianya juga kami terima sekali lagi sebagai satu kejayaan yang dicipta di dalam bulan Ramadan ini.

Saya sempat menonton sedutan berita di NTV7 dan TV3 pada sebelah malamnya, jelas dan agak lama juga menayangkan tentang isu ini. Gambar2 poster dan poskad dari kempen GMI seperti di bawah juga jelas ditonjolkan termasuk poskad kempen bebaskan tahanan 6 tahun.


(gerai GMI, dari kiri Nalini-Setiausaha GMI, ummuasiah-bendahari GMI, Norlaila-AJK n isteri tahanan ISA dan Amer Hamzah-peguam yang gigih membantu dari beberapa tahun yang lepas, beliau juga mengetuai barisan peguam yang membela OKT yang ditahan pada 26 Januari 2008)

Cikgu Laila dan saya juga telah berada di sana diatas jemputan pihak Bar Council untuk kami set up booth. Alhamdulillah, sebaik kami sampai telah tersedia satu booth untuk kami betul2 di sebelah pintu masuk dewan. Dan telah bersedia menunggu kami beberapa orang peguam yang sanggup dan sudi membantu kami berdua. Berbagai ragam manusia yang ada di sana..namun mereka sehati sejiwa ingin membantu kami.


(kumpulan peguam yang ceria dan gigih membantu kami dan mereka juga adalah kumpulan peguam yang volunteer untuk ke KEMTA bertemu tahanan ISA setiap 2 minggu sekali. dari kiri Usha, Dara, Siti, ummuasiah, norlaila, lateefa koya, nalini, fadiah, tina, amer, puspa, n lagi seorang tak ingat nama)


Kami membawa t-shirt merah hitam, badges dan buku2 serta paling penting tabung GMI(hinggakan terpaksa buat emergency u-turn setelah separuh jalan kerana tabung tertinggal).
Kami membawa t-shirt sejumlah 60 helai. Tetapi pada awalnya kami tidak berani membawa naik ke semua t-shirt tersebut kerana takut kecewa lagi. Ketika kami ke suhakam pada hari isnin lalu, kami menerima order 100 helai t-shirt!...bersusah an juga kami membawanya dan menyerahkan kepada yang meminta. Tetapi keesokan harinya kami terpaksa pula pergi menjemput pulang ke semua t-shirt tersebut.


(pemandangan di gerai kami sebaik EGM tamat, memang tak menang tangan, at last saya hanya berdiri dibelakang menerima duit dan memberi duit change)


Di tingkat 2 WISMA MCA dimana EGM diadakan, sejak awal barangan kami tiba, kesemua kami tidak menang tangan menjual t-shirt tersebut sehingga saya terpaksa turun naik beberapa kali untuk mengangkut t-shirt dan barangan yang lain.
Ketika EGM berakhir, kesemua t-shirt habis dijual hingga ada yang terpaksa meninggalkan order mereka untuk t-shirt2 tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya terasa sedikit ralat kerana masih ada banyak lagi T-shirt di rumah yang tidak saya bawa. Tak terdaya nak pulang ke rumah mengambinya. Itupun saya terpaksa juga sekali lagi berpatah balik ke rumah Cikgu Laila kerana kami terlupa membawa buku-buku Dunia Tanpa Suami Jilid 2 yang mengisahkan kehidupan dan pengalaman isteri dan keluarga tahanan ISA.



Kami pulang dengan membawa hasil jualan dan sumbangan yang banyak untuk kami sama-sama sumbangkan ke tabung kempen GMI dan tabung PSK-GMI khusus untuk sumbangan kepada keluarga tahanan ISA sempena Aidil Fitri ini.
Team Bar Council juga berjaya mengumpul ramai nama-nama peguam yang volunteer untuk melawat tahanan ISA di Kemta setiap 2 minggu.Ianya bukan hanya sekadar lawatan, tetapi bertujuan untuk mengumpul maklumat dan temubual bagi penyedian Kes permohonan Habeas Corpus untuk tahanan-tahanan ISA. Ada kerja yang perlu mereka lakukan. Lawatan tersebut amat penting bagi tahanan kerana jika tidak selain dari warden KEMTA, selama bertahun2 dikurung manusia lain yang mereka jumpa hanyalah ahli keluarga yang mungkin hanya dapat datang beberapa kali sahaja dalam setahun.
Alhamdulillah. ..ini lah dia rahmat di sebalik setiap dugaan yang Allah berikan. Pada awalnya kami amat risau dengan jualan t-shirt merah hitam kami kerana isu ISA tidak mendapat tempat di hati rakyat, tapi kini berbagai lapisan masyarakat tampil untuk membantu dan bertanyakan apa yang boleh mereka bantu. Semoga Allah terus melimpahkan Rahmah dan kekuatan untuk kita untuk berjuang membebaskan Malaysia dari belenggu akta Zalim ISA.

BEBASKAN SEMUA TAHANAN SEGERA
MANSUHKAN ISA
TUTUP KEM KAMUNTING

ISU ISA DI SANA SINI-RAJA PETRA DIHANTAR KE KAMUNTING

Dimulakan dengan berita terkini...akhirnya jangkaan Raja Petra memang tepat...dia akhirnya dihantar ke Kem Tahanan Kamunting untuk ditahan selama 2 tahun dan boleh ditambahkan ikut suka ati...


Di dalam artikelnya yang terakhir dia ada menyebut yang kemungkinan dia akan dihantar ke Kamunting dan sekiranya kita tidak berkempen dengan hebat untuk membebaskannya sudah tentu dia akan ditahan dengan lebih lama kerana sekiranya Najib yang berjaya menjadi PM sudah pasti Najib akan membiarkannya dengan lebih lama lagi di dalam Kem Kamunting. RPK juga meletakkan harapan yang besar kepada Pakatan Rakyat untuk berjaya mengambil alih pemerintahan negara. Itu sahaja harapan yang dia ada untuk menjaminkan pembebesannya.

Hari ini juga Mahkamah mendengar permohonan Habeas Corpusnya."Habeas corpus is a writ ordering prisoners to be brought before a judge to ascertain if there are any procedural defects which could render their detention unlawful."

Kebetulan atau disengajakan apabila pada hari ini juga beliau dihantar ke KEMTA setelah menteri menandatangani perintah tersebut. Sengaja??..kerana apabila dia telah dihantar ke KEMTA penahanannya sudah bertukar ke S 8(1) iaitu: dimana ianya ialah dibawah kuasa menteri untuk terus menahan seseorang selama 2 tahun atau terus menyambungnya setiap 2 tahun.
Maka sekiranya permohonan Habeas Corpus RPK berjaya sekalipun ianya sudah tidak boleh dipakai lagi sudah menjadi 'academic', kerana permohonan Habeas Corpus awal ialah dibawah s 73 (1). Di sini kuasa menahan seseorang ialah dibawah pihak polis untuk menahan seseorang untuk disoal siasat untuk tempuh tidak lebih dari 60 hari.
Perkara ini pernah berlaku kepada tahanan reformasi di tahun 2001, di mana walaupun Mahkamah telah menerima permohonan Habeas Corpus mereka dan mengatakan bahawa polis berniat jahat namun mereka tidak boleh dibebaskan kerana mereka telahpun berada di Kem Kamunting. Begitulah nasib yang perlu ditanggung oleh tahanan ISA.
Tempoh tahanan di bawah s73(1) juga kini sudah tidak seperti dahulu lagi, dimana pada tahun2 yang lepas kesemua tahanan terpaksa merengkok di dalam bilik kurungan rahsia, diseksa, disoal siasat siang malam tanpa henti untuk tempuh hampir 60 hari. Sebelum tamat tempuh 60 hari tersebut barulah mereka dihantar ke KEMTA.
Apa yang terjadi kepada 5 orang tahanan HINDRAF juga amat berbeza kerana mereka terus dihantar ke KEMTA sebaik ditangkap dibawah akta ISA...itulah sebabnya ISA ini adalah IKUT SUKA AKU!!!
GMI sejak dari awal penubuhannya telah mendedahkan segala bentuk kezaliman yang berlaku dalam tempuh tahanan dibawah kurungan pihak polis dan SB.
Selagi ISA wujud selagi itulah ianya akan disalahgunakan oleh mereka yang berkuasa yang ingin terus mempertahankan kekuasannya dengan cara yang salah lagi zalim!!!!

Monday, 22 September 2008

Hadiah Aidilfitri 1429H: Bebaskan Semua Tahanan ISA Sekarang


KENYATAAN MEDIA WANITA JIM
21 September 2008
HADIAH AIDILFITRI 1429H : BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA SEKARANG !

Wanita JIM menerima berita pembebasan YB Teresa Kok dari penahanan di bawah akta zalim dan kuno, ISA dua hari lepas dengan penuh rasa gembira dan lega. Dengan bebasnya dua orang aktivis wanita , wartawan Sin Chew Daily Saudari Tan Hoon Cheng dan YB Teresa sendiri, dari cengkaman ISA tersebut dalam keadaan yang baik, kebimbangan Wanita JIM terhadap aspek kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan fizikal tahanan wanita yang berada di bawah penahanan pihak berkuasa dapat dikurangkan.
Namun, Wanita JIM yakin, penahanan tersebut tetap akan serba sedikit memberi kesan mendalam kepada kedamaian emosi dan ketenteraman perasaan semua yang terbabit. Walau apapun alasan dan sebab yang diutarakan pihak yang menyokong kewajaran ISA dikekalkan dalam negara Malaysia yang aman makmur ini, Wanita JIM melihat akta ISA digunakan semata-mata sebagai senjata untuk menekan dan menakut-nakutkan rakyat jelata agar tidak sekali-kali `engkar' dan menimbulkan `masalah' kepada pihak tertentu dalam kerajaan.
Wanita JIM ingin menarik perhatian semua, masih terdapat ramai lagi tahanan ISA selain dari Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang belum dibebaskan dan terus di`simpan' bertahun-tahun lamanya di Kem Tahanan Kemunting, tanpa mengetahui bilakah tempoh penahanan tersebut akan berakhir. Tiada pendakwaan, tiada prosedur pembuktian, tiada tatacara pembicaraan yang dijalankan untuk tahanan ISA ini, sekalipun mereka ditahan bertahun-tahun lamanya atas `tuduhan berat' pihak pemerintah bahawa mereka adalah ancaman kepada keamanan negara.

Wanita JIM juga mengingatkan semua mengenai penderitaan, kesengsaraan dan kesukaran hidup yang dialami oleh ahli keluarga - ibu bapa, isteri dan anak-anak tahanan ISA tersebut. Tekanan serta kepincangan hidup akibat kesempitan ekonomi, cemuhan masyarakat dan penderitaan emosi mereka tidak langsung diambilkira dan diperdulikan oleh pihak berwajib yang bertanggungjawab memisahkan keluarga malang ini dengan individu-individu yang ditahan di bawah akta ISA. Seolah-olahnya, ISA bukan setakat digunakan untuk `kononnya memberikan pengajaran' kepada individu yang ditahan di bawah akta yang zalim ini, malahan keluarga mereka juga akan dihukum sama.
Saban tahun, menjelang hari perayaan Aidilfitri, akan kedengaran tuntutan, desakan dan rayuan terutamanya dari para isteri dan anak-anak agar tahanan ISA dibebaskan segera untuk kembali ke pangkuan keluarga mereka. Namun, rayuan penuh harapan itu seolah-olah tidak langsung didengar dan diperdulikan, ibarat melukut di tepi gantang.
Usaha gigih yang tidak pernah kenal jemu dan lelah pasukan keluarga tahanan ISA yang diketuai oleh Cikgu Norlaila Othman, yang juga merupakan salah seorang ahli Wanita JIM yang komited, perlu disanjung dan diberikan sokongan sepenuhnya. Kecekalan dan ketabahan Cikgu Norlaila , suami beliau, Saudara Mat Sah Mohd. Satray yang telah menjadi tahanan ISA selama lebih tujuh tahun dan anak remaja mereka Suhaib, menjadi simbol penentangan dari kelompok rakyat yang terpinggir dan teraniaya hak mereka di negara ini.
Pada tahun ini, mengambil sempena suasana kerohanian yang subur di penghujung sepuluh Ramadhan yang terakhir, Wanita JIM menggesa dan meminta pihak berwajib memberikan sepenuh pertimbangan yang wajar untuk membebaskan semua tahanan ISA pulang ke pangkuan keluarga tersayang. Sesungguhnya, pembebasan tersebut adalah hadiah Aidilfitri yang paling bermakna bagi mereka yang sudah bertahun-tahun menunggu. Biarlah kali ini, Aidilfitri disambut bersama keluarga di rumah masing-masing, bukannya dalam suasana duka dan bungkam di ruangan pelawat di KEMTA, yang hanya mengizinkan tempoh lawatan yang begitu terhad dan pendek.
Sekaligus, Wanita JIM mendesak agar akta zalim ISA dihapuskan terus, sementara keamanan dan kedaulatan negara terus dipertahankan melalui sistem perundangan yang benar-benar bebas dan adil serta didokong oleh rakyat jelata yang bangga mencintai negaranya sepenuh hati, prihatin, berjiwa besar tanpa dikongkong perasaan takut, resah gelisah dan bimbang sepanjang masa.

Wanita JIM tidak langsung dapat menerima akta zalim ISA ini untuk terus menghantui masyarakat moden Malaysia yang semakin terpelajar, berdayasaing dan terbuka mindanya. Sebagai golongan wanita fundamental, kontemporari dan profesional, yang juga merupakan isteri, ibu dan ahli masyarakat yang aktif, Wanita JIM tidak mahu sama sekali generasi muda Malaysia membesar dalam suasana negara yang tidak menghormati prinsip asas keadilan dan kesaksamaan, di mana `setiap individu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah'. Wanita JIM penuh yakin dengan kewibawaan pihak perundangan negara yang bijak dan cukup berpengalaman dalam merangka pelbagai akta lain yang lebih efektif bagi mengekalkan keharmonian dan kedaulatan negara ini.

Malaysia tidak perlu mengekalkan akta zalim seperti ISA untuk terus relevan dan membangun sebagai sebuah negara yang disegani di rantau ini.Semoga Allah SWT menyelamatkan Malaysia dari sebarang bencana dan musibah, angkara tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab dan hati-hati yang ketandusan perikemanusiaan...Amin Prof. Madya Dr. Harlina Halizah SirajKetua Wanita JIM Pusat

Sunday, 21 September 2008

Makanan di Penjara Seperti Makanan Anjing-Teresa Kok

Betul ke makanan di penjara seperti makanan ANJING????...saya mendengar mengenai isu ini di berita NTV7 semalam dan juga di website Malaysiakita.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T.Murugiah memberikan komennya di dalam siaran berita tersebut, dia nampak seolah marah dan terkejut dengan kenyataan Teresa tersebut dan akan mengarahkan kakitangannya di biro pengaduan untuk membuat penyiasatan.
Baguslah kalau begitu...harap jangan pula time mereka membuat penyiasatan makanan yang dimasak adalah yang paling enak atau makanan yang ditunjukkan adalah makanan yang sebenarnya hendak disediakan kepada pegawai penjara
Saya juga pernah menjadi Orang Kena Tahan (OKT), diletakkan di IPK KL dari jam 3 petang 26hb Januari 2008 dan dihantar untuk menghuni di Lokap Penjara Pudu pada jam 2.30 pagi 27hb Januari 2008 dan keluarkan untuk dibawa ke Mahkamah Jalan Duta pada jam 12.30 tghri, 28 hb Januari 2008. Sesampai di kompleks Mahkamah Jalan Duta kami dikurung lagi di Penjara bawah tanah di kompleks tersebut.



Di bawah ada lah sedutan dari tulisan yang saya nukilkan sebaik saya dibebaskan. Para di bawah spesifik menceritakan tentang bentuk makanan yang dihulurkan kepada kami.

..............................................................................................................................................

Makanan tengahari kami dihulurkan di dalam sebuah beg plastik yang besar. Di dalamnya terdapat bungkusan nasi, kuah di dalam plastik dan air kosong dibungkus di dalam plastic tanpa cawan dan straw. Tahanan hanya dibenarkan menghirup air terus dari plastik.

Kami membuka satu bungkusan nasi untuk melihat isinya. Di dalamnya terdapat 2 ketul kecil terung yang direbus sehingga keras dan kehitaman warnanya dan ayam yang tersangat kecil sebesar ibu jari sahaja mungkin. Kuahnya pula ialah campuran air dan rempah kari. Tidak ada seorang dari kami yang sanggup menjamah makanan tersebut. Akhirnya kami membiarkan diri kami berlapar.

Tahanan-tahanan lain yang berada di dalam lokap mereka meminta makanan tersebut dari kami. Kami terus membahagikan bungkusan-bungkusan tersebut kepada mereka.

Sekali lagi kami sedih dan simpati melihat keadaan mereka,makanan mereka diletakkan di atas lantai di luar pintu lokap. Mereka terpaksa menghulurkan tangan keluar untuk mengambil makanan tersebut. Kadang-kadang kucing yang banyak berkeliaran terlebih dahulu menghidu-hidu bungkusan tersebut. Selesai makan kertas bungkusan diletakkan semula di luar pintu sel sebelum dipungut oleh tahanan Indonesia yang diberi tugas sebagai ‘bibik’ kepada pegawai polis. Makanan yang terbiar juga dihabiskan sisanya oleh kucing-kucing yang berkeliaran.

....................................................................................................................

Dalam temuramah tersebut juga Teresa menyatakan bahawa lauk yang diberikan kepadanya ialah 2 biji telur rebus. Nampaknya menu nya juga sama dengan menu lauk nasi kami pada hari yang ke 2 iaitu sebiji telur rebus dan kuah dan sayurnya sama seperti hari yang pertama.

Sepanjang 2 hari lebih saya dan kawan2 di lokap kami lansung tidak menyentuh makanan yang diberikan kepada kami melainkan hanya menghirup air kosong dari bungkusan plastik yang dihulurkan kepada kami.

Di bawah ini pula sedutan tulisan saya untuk menu sarapan di pagi yang pertama.

............................................................................................................................................

Lokap kami terletak di hujung sekali. Sebaik kami berlima masuk ke dalam lokap, pintu lokap terus dikunci dengan mangga yang besar. 6 orang sahabat kami masing-masing sudah terbaring di posisi masing-masing di atas simen yang dinaikkan sedikit seperti pangkin. Masing-masing menggunakan t-shirt lokap sebagai alas. Mereka semuanya kelihatan seperti sedang lena tidur. Kami yang lain mencari ruang-ruang yang sesuai untuk melabuhkan badan dan berbaring.
Saya hanya dapat memejamkan mata, namun sedikit pun tidak terlelap. Kesejukan simen menusuk sehingga ke tulang-tulang. Entah berapa lama begitu, saya bingkas bangun dan menyarungkan t-shirt lokap untuk menghilangkan sedikit kesejukan. Rupanya saya tidak keseorangan, Aiman juga bingkas bangun dan kami sama-sama bersembang-sembang dan mendendangkan nasyid. Entahla samada teman yang lain geram atau tidak dengan kami kerana bising.

Seketika kemudian datang 2 orang tahanan Indonesia mengheret bakul dan meletakkan beberapa bungkusan roti berkrim, biskut 4 segi dan air teh yang diisi di dalam plastik kecil dan diikat dengan getah. Semua barang tersebut diletakkan di atas lantai simen di depan pintu sel. Ketika itu juga datanglah beberapa ekor kucing menghidu-hidu dan melangkah-langkah makanan tersebut.

Kami biarkan saja makanan tersebut di situ. Tak terdaya hendak menyentuhnya.
..................................................................................................................................................
Ini pula kenyataan Syed Hamid Albar mengenai isu makanan yang didakwa seperti makanan anjing oleh YB Teresa.
KUALA LUMPUR 20 Sept.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kesal dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mendakwa dijamu seperti makanan anjing semasa ditahan selama tujuh hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Sambil menafikan dakwaan tersebut, beliau menegaskan makanan yang diberikan kepada wakil rakyat itu sepanjang penahanannya adalah mengikut piawaian ditetapkan oleh badan antarabangsa.

Semasa saya dan kawan-kawan menjadi penghuni lokap Penjara Pudu timbul rasa simpati yang amat sangat terhadap mereka yang diletakkan di dalam penjara. Tahap layanan terhadap mereka amat buruk sekali...hak asasi mereka sebagai manusia malah sebagai manusia yang beragama juga dinafikan sewenangnya.

Sekiranya kerajaan ikhlas dengan kata-kata mereka maka jalankanlah penyiasatan dengan telus. Cari di mana silapnya..ke mana wang yang septutnya digunakan untuk menyediakan makanan yang lebih baik tersebut pergi,jika benar makanan yang sepatutya adalah lebih baik.

Hentikan segala bentuk kezaliman dan penindasan!!

Saturday, 20 September 2008

TERESA KOK RELEASED, HOW ABOUT OTHERS?

GERAKAN MANSUHKAN ISA
(ABOLISH ISA MOVEMENT)
PRESS STATEMENT: 19 SEPTEMBER 2008
TERESA KOK RELEASED, HOW ABOUT OTHERS?

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) welcomes the release of Member of Parliament of Seputeh and senior executive councilor of Selangor state government, Teresa Kok. Teresa Kok was released unconditionally today at 1pm after she has been detained for seven days without trial under the Section 73(1) of draconian Internal Security Act (ISA).

Teresa Kok was arrested under the ISA on 12 September 2008 at about 11.18pm when she was on her way back to her apartment. She was arrested on 12 September 2008 under Section 73(1) of the ISA for allegedly inciting racial and religious tension. However, she has denied the allegations.

During the entire period of her seven-day detention, Teresa Kok was put in solitary confinement. According to her, she was cut off from the outside world and had no access to newspapers or even a blank piece of paper. She did not know what day it was when she was in detention. She was unwell and the doctor said her blood pressure was very low. She also said that the food given to her while she was in detention was very bad and unhygienic.

GMI views ISA as a totally abusive law which allows for detention without trial. The latest round of ISA arrests once again reveals the arbitrary nature of the ISA. Neither clear explanation nor details were given the nature of the threat or national security risks. In fact under the ISA, the Home Minister has no obligation to disclose to the public or the courts the details of the detention or release.

GMI would also like to remind the government that there is another 65 detainees still being detained under the ISA in Kamunting. Apart from the 65 detainees, Malaysia Today blogger Raja Petra Kamaruddin is still being detained under the 60 days period of ISA since last 12 September 2008 .

Why is the government so selective in releasing detainees? What is the standard applied by the government in releasing detainees? Or is there no standard whatsoever in these decisions? This clearly shows that the draconian ISA constitutes gross abuse of power by the authorities. Things can be done arbitrarily since the ISA is not subjected to any judicial review.

GMI firmly believes that national security laws, such as the ISA, must not be used to curtail or inhibit the exercise of universal democratic liberties or the peaceful expression of political views. The detention of Malaysian citizens under the ISA is viewed by the international community as a fundamental infringement of democratic rights and values.

Therefore, GMI strongly urges the government to:

1) Release or prosecute all ISA detainees held at Kamunting Detention Camp, Police Custody and Police Remand Center (PRC) in Kuala Lumpur .

2) Adopt the recommendation of SUHAKAM to abolish the ISA.


Abolish ISA!

Release All ISA Detainees!

Close Down Kamunting Detention Camp!

Wednesday, 17 September 2008

MALAM BERSEJARAH-SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE 45

RAHMAT DALAM UJIAN/DUGAAN

Rahmat dalam Ujian/Dugaan

Kami di GMI dan saya khususnya merasakan ada satu rahmat besar yang Allah kurniakan kepada kami dalam perjuangan membebaskan rakyat Malaysia dan Malaysia khususnya dari cengkaman ISA, dalam usaha kami menyedarkan rakyat tentang betapa zalimnya ISA dan kenapa ianya perlu dihapuskan. Mungkin juga Rahmat ini Allah kurniakan kerana perjuangan memansuhkan ISA telah wujud sejak akta ISA ini digubalkan dan mula menangkap dan menzalimi rakyat Malaysia yang tidak bersalah dan tidak pernah dibuktikan kesalahan mereka.

"kami bangga menjadi anak Malaysia Baru"
Perjuangan ini hingga kini diteruskan dengan secara yang lebih kemas dan teratur oleh GMI. Perjuangan GMI mendapat sokongan yang besar dan padu ketika ianya mula ditubuhkan pada 30hb April 2001 ketika 10 orang tahanan reformasi ditangkap. Cukup 2 tahun ketika mereka semua dibebaskan semakin kurang yang actively involve dalam GMI. Hingga kini kami bertahan dan terus berjuang menggerakkan rakyat.

Pada saat Raja Petra ditangkap, disusuli dengan wartawan Tan dan MP Teresa Kok...sekali lagi rakyat rasa terkejut dan marah seperti apa yang berlaku pada tanggal 10hb April 2001. Dengan teknologi internet, kemarahan rakyat semakin terserlah dan dibaca dan dilihat di mana-mana. Alhamdulillah. Ramai yang kembali datang memenuhi meja mesyuarat di bilik mesyuarat SUARAM ketika mesyuarat tergempar diadakan pada hari Sabtu 13 September sehari selepas tangkapan berlaku.

Banner besar 'BEBASKAN RAJA PETRA" di Stadium MPPJ


Namun apa yang paling membuatkan saya terharu, sebagai seorang AJK GMI ialah apabila di malam Sambutan Hari Malaysiandi Stadium MPPJ di Kelana Jaya, perkataan untuk akta paling zalim iaitu lah ISA diungkap berulang kali. Semua pemimpin mengutuk keras penggunaan ISA ke atas RPK, Teresa dan Tan begitu juga kepada semua tahanan ISA. Semua mendesak agar semua tahanan dibebaskan. Kami di GMI tidak perlu lagi membuat permohonan mahupun merayu agar pemimpin-pemimpin membangkitkan tentang kezaliman ISA dalam ucapan mereka.

Pengerusi GMI iaitu Syed Ibrahim Syed Noh juga mendapat penghormatan untuk berucap dan menjadi penceramah yang pertama pada malam itu. Ketika kami dalam perjalanan menuju ke Stadium MPPJ, saya menerima sms dari Syed Ibrahim memohon input apa yang patut disampaikan dan memohon do'a. Seperti biasa Syed mahupun Cikgu Laila akan memohon pendapat dari AJK GMI yang lain.


Pengerusi GMI Syed Ibrahim memulakan ucapan di Stadium MPPJ

Jawapan saya kepada Syed berbunyi.."Don't know how to put this, but it needs org high profile ditangkap untuk menyedarkan rakyat tentang kezaliman ISA. So rakyat kena terus lawan selagi ISA ada". Sebenarnya saya yakin kebanyakan kami di AJK GMI merasakan demikian. Maka dalam ucapan pembukaan pengerusi GMI beliau telah juga menyatakan seperti yang saya sebutkan. Alhamdulillah.


Pilu mengenang hari muka...Anak-anak tahanan ISA yang masih kecil...ayah mereka masih merengkok di KEMTA...PULANGKANLAH AYAH KAMI

Alhamdulillah, sememangnya kami amat bersyukur dan sangat terharu....walaupun ramai keluarga tahanan ISA terpaksa menderita untuk sekian lama, bertahun-tahun lamanya sehingga ada yang mencecah lebih dari 8 tahun. Begitulah penderitaan mereka....tak berkesudahan, sampai entah bila. Dan kini ada lagi tahanan baru...keluarga RPK dan YB Teresa.

Syukur lagi kerana DSAI berulang kali dan tegas mengatakan bahawa....

"SEKIRANYA HARI INI KITA MEMERINTAH ESOK SEMUA TAHANAN ISA AKAN DIBEBASKAN!!!!"

ALLAH HU AKBAR!!!!!.

Semoga semua ini bakal menjadi kenyataan.

Sejarah juga telah tercipta apabila seorang Menteri iaitu Dato' Zaid Ibrahim juga telah tegas dengan pendiriannya dan meletakkan jawatannya sebagai seorang Menteri kerana prinsipnya yang tidak bersetuju dengan penggunaan ISA ke atas rakyat. Lebih khusus lagi beliau mengatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan apa yang berlaku apabila polis menahan seseorang hanya untuk disoal-siasat. Itulah hakikatnya....seseorang manusia tidak boleh ditahan sewenang-wenangnya tanpa dibicarakan apatah lagi untuk menzalimi mereka dengan sesi soal-siasat yang tiada batasan.

ALLAH HU AKBAR!!!!!

Monday, 15 September 2008

Makin Berani...Makin Lantang...menuju Negara Malaysia Yang Adil

Alhamdulillah...awal pagi tadi terdengar berita di IKIM.FM..liputan dari daily newspapers...Alhamdulillah..Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zaid Ibrahim pun tidak bersetuju dengan penggunaan akta zalim ISA, dan lebih berani lagi beliau sanggup meletakkan jawatan jika perlu.
Petikan dari Harakahdaily..
ISA tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.
Menteri yang bertanggungjawab berkaitan soal perundangan dan kehakiman itu berkata, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Kata beliau, sudah tiba masa bagi kerajaan Persekutuan kembali kepada matlamat asal penggubalan ISA, yang digubal untuk mengawal komunis, ataupun pada hari ini untuk menangani pengganas ataupun mereka yang hendak menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.

Namun beliau masih berpendapat bahawa ISA tidak perlu dimansuhkan.."Saya tidak meminta supaya ISA dimansuhkan tetapi hanya menggunakannya apabila wujud ancaman ke atas keselamatan negara seperti pengganas dan bukan orang awam."
Di situlah letaknya permasalahan apabila ISA terus dikekalkan, apabila pemerintah merasakan diri mereka diancam, terancam dan bakal hilang kuasa, maka ISA menjadi penyelamat mereka dan yang menjadi mangsanya ialah rakyat yang bangun menegakkan keadilan.
Bagi membela nasib mereka yang baru ditahan di bawah akta zalim ISA dan semua tahanan yang merengkok di KEM Tahanan Kamunting, hari ini, Gerakan Mansuhkan ISA dan rakyat prihatin akan menyerahkan satu memorandum ke SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Pertemuan akan diadakan pada jam 2.30 petang.
Pada sebelah malamnya sehubungan dengan sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 hb September 916...Pakatan Rakyat juga bercadang mengadakan himpunan secara aman bersama Kerajaan Negeri Selangor di stadium Kelana Jaya pada malam 15 September 2008 bagi merayakan Hari Malaysia. Ini juga bagi menyatakan kemarahan rakyat atas sifat zalim pemerintah menggunakan ISA ke atas rakyatnya!!!


Sunday, 14 September 2008

" Innocent Until Proven Guilty"

Hari ini sudah masuk hari ke 3 Raja Petra Kamaruddin dan Teresa Kok ditangkap, diculik dan ditahan di bawah ISA atas alasan yang tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Wartawan Sin Chiew Daily, Tan pula telah dibebaskan. Alasan yang diberi oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar lebih lagi tdak dapat diterima pakai...untuk menjaga keselamatan Tan yang kononnya terancam.

Mulai dari hari penangkapan bermula lah episod hitam dalam keluarga Raja Petra Kamruddin dan YB Teresa. Keluarga mereka telah mula melalui episod yang sedih dan tidak ketahuan, tidak tahu dimana orang yang tersayang diletakkan, berapa lama lagi mereka akan dikurung, apakah mereka diseksa..ke tahap apakah mereka diseksa...????

Semua ini sudah dilalui oleh RPK dan keluarganya...namun anda semua boleh menghayati apakah yang dirasakan dan telah dialami oleh mangsa Kezaliman ISA yang kini telah mengharungi detik-detik zalim dalam kehidupan mereka selama lebih dari 6 tahun, sudah masuk tahun yang ke TUJUH kini....bacalah di sini http://lailagmi.blogspot.com/

Friday, 12 September 2008

Harapan Rakyat danTahanan ISA khususnya - Peristiwa 916

Buat masa ini heboh diperkatakan tentang peristiwa yang bakal terjadi pada 916...16 September 2008 ini...sesuatu yang nampak sangat real. Jangkaan Pakatan Rakyat akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Mungkin rakyat biasa tidak berapa terasa akan bahang ini, namun untuk pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO khususnya bahangnya amat dirasakan, seperti cacing yang kepanasan walaupun mereka cuba menyembunyikannya.
Nampaknya rakyat biasa yang tidak tahu apa juga turut terkesan sebenarnya...apa tidak, tiba-tiba sahaja kita dikejutkan dengan program penghantaran 40 orang MP Barisan Nasional ke Taiwan untuk mempelajari teknologi Pertanian di negara tersebut. Dalam bulan puasa pulak tu...dan kenapa ramai sangat...hantar sajala menteri yang terbabit saja.
Bayangkan berapa banyak wang rakyat yang terpaksa dihabiskan untuk program ini. Dulu kononnya nak kurangkan trip ke luar negara.
Menarik lagi petang tadi 3 orang MP dari Pakatan Rakyat dan Sdr Low Chee Cheong turut berlepas ke Taiwan. Mereka akan tinggal di hotel yang sama yang didiami oleh MP dari BN. Lucu dan menarik juga komen yang diberikan oleh Tian Chua ketika disoal oleh pemberita sebelum bertolak, katanya MP Pakatan Rakyat pun nak belajar juga sebagai persediaan ketika mengambil alih pemerintahan nanti..
YB Saifuddin juga begitu optimis akan berlaku peristiwa besar pada 916 nanti...InsyaAllah. Kita do'akan yang terbaik untuk semua.
Namun apa yang mencengkam jiwa kita sekarang mengapa pula ISA mengganas????...Tengahari tadi kita dikejutkan dengan penangkapan Raja Petra Kamaruddin. Alasan penangkapannya seperti yang disiarkan di TV ialah kerana articlenya yang menghina ISLAM dan Nabi Muhammad (SAW)...ahhh...tak mungkin...kalau ia pun kenapa nak tangkap bawah ISA...ajak saja dia berbincang dan betulkan apa salahnya...lansung tak menimbulkan kemudaratan kepada rakyat dan negara. Geram betul saya!!!
Malam ini kita dikejutkan pula dengan penangkapan seorang wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng 33 tahun seorang wanita. Dia ialah wartawan yang membuat laporan tentang kata-kata yang berunsur perkauman oleh Ahmad Ismail. Sekali lagi kenapa pula mesti dia ditangkap???? Marah dan bengang betul saya!!!!
Sedih, marah, geram, semua datang bertalu-talu...apa lagi pula perasaan mereka yang tertangkap dan keluarga mereka.
Baru malam semalam terdengar di dalam berita yang mengatakan bahawa semua ban ke atas laman blog ditarik balik termasuk laman Malaysia Today...patutlah...sebab hari ini perkara sebaliknya berlaku....baca keratan laporan dari Malaysiakini seperti di bawah:
Raja Petra said worries of an impending arrest was triggered by Home Minister Syed Hamid Albar’s warning that he could be detained under the tough security law for allegedly insulting Islam in an article he wrote in Malaysia Today. “I was told they would probably pick up all the bloggers, at least until it is safe to release everyone again, but we need to be free because we need information to flow,” he said.
While I am witing this, I received another sms saying that YB Teresa Kok Seputeh MP and Selangor Exco member also arrested under ISA...Oh Ya Allah....apa sudah jadi dengan negara kita...
Janganlah berlaku lagi tangkapan beramai-ramai...Ya Allah...selamatkanlah kami semua rakyat Malaysia yang ingin Keadilan tertegak di bumi Ya Allah....
Harapan kami dan semua tahanan ISA...KEBEBASAN yang sebenarnya....
Sedih membaca petikan ini yang diambil dari blog Zorro Unmasked:

".... Today, I received many phone calls from concerned friends who told me that the government is considering detaining me under the Internal Security Act ‘very soon’.

If that does happen, then this could probably be the last article I write, at least until 16 September 2008. So I too need Anwar to succeed. If not I will be in Kamunting for quite some time to come and you will not hear from me over the next couple of years.

Yes, I too have placed, not only my money, but also my freedom on Anwar. And if Anwar fails to deliver his promise on 16 September 2008, not only he but I as well am headed for a fall. But I have confidence he will do it. And I have confidence that my stay in Kamunting will not be for two years but for a mere two weeks.But if I am WRONG…..well, then see you maybe in six or seven years time, because for sure Najib Tun Razak will not release me in 2010 when he becomes Prime Minister.
What he would do, instead, would be to rollover my two-year detention another two years, and another two years, and another two years, until I am too old to think and write anymore.Till we meet again, if we do meet again, take care and keep the flame burning.

There is still a long fight ahead of us in bringing reforms to this beloved country of ours.- Raja Petra Kamarudin

ISA mengganas lagi!!!!!!!! 12 Ramadan

Berita terkini dari Malaysiakini...

Seperti yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri bahawa Raja Petra boleh dikenakan ISA kerana tulisannya di Malaysia Today, maka hari ini pada jam 1.10pm, Raja Petra telah ditangkap oleh polis di bawah akta yang amat zalim lagi kuno....iaitulah ISA.

Sekali lagi keluarganya akan dizalimi. Sekali lagi beliau dizalimi dibawah ISA setelah pertama kali ditangkap di bawah ISA pada April 2001.

Kami di GMI pasti akan menggerakkan rakyat untuk sama-sama bangun menentang akta yang zalim ini dan mendesak agar Raja Petra dan semua tahanan lain dibebaskan segera. Sekiranya mereka bersalah bawa dan dakwa mereka di mahkamah. Jangan diseksa mereka di bawah akta yang boleh menahan seseorang tanpa dibicarakan UNTUK BERTAHUN TAHUN LAMANYA.

Biarpun ini ada bulan yang mulia..bulan di mana semua umat Islam berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga, menahan diri dari segala nafsu marah dan benci, namun nafsu marah dan benci pada kezaliman ini sudah pasti tidak boleh ditahan dan dibendung lagi.

Kami pasti bangun untuk terus BERJUANG!!!!!!!!

MANSUHKAN ISA!!!
BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA!!!
TUTUP KEM KAMUNTING!!!

Thursday, 11 September 2008

Lawatan ke rumah keluarga Tahanan ISA- Suhaimi Mokhtar-Tahanan 8 Tahun ISA

Pada hari Isnin 8hb September 2008, kami di Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA telah menziarahi keluarga seorang tahanan ISA iaitu Suhaimi Mokhtar. Suhaimi ditahan dibawah akta zalim ISA di Kem Tahanan Kamunting masuk tahun yang ketujuh. Kami menziarahi keluarga Suhaimi di Kampung Pandan. Isteri Suhaimi Puan Jurainah sedang bekerja dan beliau tinggal di sebuah flat PPRT di Jalan Jelatek.


Lawatan kami adalah atas pelawaan Exco Kebajikan iaitu YB Rodziah dan pembantunya YB Gan, ADUN Rawang. Namun YB Rodziah tidak dapat hadir bersama kerana ada urusan lain. Turut bersama kami ialah YB Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang.

Lawatan tersebut juga diadakan di atas permintaan YAB Menteri Besar Selangor sendiri, setelah YAB MB menerima surat yang dihantar oleh Ayah Suhaimi iaitu Pakcik Mokhtar.

Bapa tahanan ISA Suhaimi Mokhtar telah menulis surat pada MB Selangor, YAB Tan Sri Khalid memohon supaya membantu membebaskan anaknya yang masih ditahan di Kem Kamunting.


Semasa lawatan tersebut kami mendengar sendiri cerita dari Pakcik Mokhtar yang berusaha melakukan berbagai perkara sepanjang anaknya ditahan lebih-lebih lagi semenjak penahanan anaknya disambung ke 8 tahun. Menurut Pakcik Mokhtar, beliau telahpun menghantar surat kepada Perdana Menteri, beliau juga telah pergi sendiri ke pejabat Syed Hamid Albar Menteri dalam Negeri di Putrajaya. Namun usaha untuk bertemu menteri tersebut gagal. Kakitangan di pejabat MDN memberi alamat rumah Syed Hamid Albar kepada pakcik Mokhtar.

Pakcik Mokhtar tidak berputus asa, beliau tetap berusaha dengan pergi sendiri ke rumah Syed Hamid Albar untuk menyerahkan surat memohon pembebasan anaknya. Surat hanya dapat disampaikan kepada anak Menteri tersebut. Namun walau sampai ke tahap itu usaha seorang ayah, surat-surat yang dihantar tidak mendapat sedikit pun respon.


Pakcik Mokhtar masih kuat dan bekerja sebagai pemandu teksi, tetapi isteri beliau mengidap penyakit kencing manis dan perlu mencuci darah setiap minggu. Mereka berdua tidak pernah mempercayai segala tuduhan yang dilemparkan ke atas anak mereka dan juga kepada tahanan lain yang senasib dengan Suhaimi. Mereka juga marah dengan segala kezaliman yang menimpa anak mereka selama ditahan. Mereka juga memahami sikap SB yang zalim dan sering mengganggu kehidupan peribadi tahanan dan keluarga mereka.

Suhaimi sebelum ini pernah dibawa ke Bukit Aman bersama-sama beberapa orang tahanan ISA yang lain untuk dibebaskan. Prosedur untuk mereka dibebaskan ketika itu termasuklah untuk membuat pengakuan yang akan dirakamkan bahawa ISA itu tidak zalim. Suhaimi yang berhati cekal dan mempunyai sifat melawan, tetap mengatakan bahawa ISA adalah ZALIM!. Maka beliau tidak jadi dibebaskan dan dibawa semula dan disumbatkan ke KEMTA untuk bertahun-tahun lagi hingga entah bila.

Ibu Suhaimi nampak begitu cekal dan tabah, cuba sekuat mungkin menahan airmatanya dari tumpah di hadapan kami ketika menceritakan perihal anaknya, perihal lawatan keluarga yang sungguh tidak berperikemanusiaan iaitu tidak dapat duduk bersama dan bersentuhan. Tidak dapat makan makanan yang dibawa hatta sebiji kek yang dibawa khas untuk menyambut hari ulangtahun cucunya. Begitulah kejamnya ISA. Makcik juga turut menyatakan simpatinya kepada Cikgu Norlaila yang ada bersama, kerana beliau gigih berjuang membebaskan suaminya dan tahanan yang lain bersama GMI, namun hingga kini suaminya juga belum lagi dilepaskan. Alasan terkini yang diberikan kepada Mat Sah suaminya ketika ada tahanan yang lain yang akan dibebaskan ialah "Kuota untuk tahun ini sudah penuh".....tidak kah itu satu alasan yang paling zalim dan tidak masuk akal. Mat Sah sendiri khabarnya tergelak mendengar alasan yang amat bodoh itu......Hakikatnya itulah dia ISA.....IKUT SUKA AKU....tak tahulah ikut suka siapa sebenarnya?????......

Di akhir lawatan YB Gan bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Suhaimi Mokhtar.

Kami di Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA merasa amat terharu dan berterima kasih di atas keprihatinan YAB Menteri Besar dan kerajaan Negeri Selangor yang telah banyak membantu termasuk menyediakan kenderaan iaitu sebuah bas untuk membawa keluarga tahanan ISA ke KEMTA sebanyak 2 kali sebulan. Kerajaan Negeri juga dalam proses menentukan jumlah dan bentuk sumbangan yang akan diberikan kepada setiap keluarga tahanan ISA di dalam negeri Selangor termasuk bantuan pengajian kepada anak-anak Tahanan ISA. Alhamdulillah, walaupun baru mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri selama 6 bulan, kekayaan dan harta negeri dapat disalurkan kepada mereka yang dizalimi dan memerlukan bantuan.

Wednesday, 10 September 2008

Seraaamm....10 Ramadan

2 orang anak demam serentak tiba-tiba. Kedua-duanya bermula dengan sakit perut di sebelah petang. Seorang darinya ialah anak yang sedang menduduki UPSR....dugaan.
Selepas berbuka puasa, si adik Asma' dah flat. Panas sangat badannya. Terus tidor. Abang okay lagi, siap minta duit offer untuk ke kedai beli panadol dan air 100plus, selepas solat Tarawih di rumah sahaja.
Selepas itu abang pun sama panas badannya. Semua tidor cepat. Saya terjaga bila terdengar Asma' menjerit dari bilik sebelah, nampak dia merenung tajam muka saya...seram juga saya...tengok jam..dah hampir 2.20am. Tanya dia kenapa...dia muncung ke arah pintu bilik dan terus tutup muka....seram lagi saya. Pegang kepalanya....panas betul. Terus bangun mencari tuala kecil dan menuju ke bilik air...Asma' pun bingkas bangun ikut sama...katanya nak ikut ummi...takut..sampai di pintu lagi kuat dia pegang saya sambil tutup muka. Seram lagi saya...tapi saya katakan pada dia...dalam bulan puasa tak ada syaitan, tak ada hantu...tapi dalam hati takut memikirkan hantu dan syaitam yang wujud dalam diri manusia.
Teringat pula saya peristiwa kejam waktu sahor yang menimpa satu keluarga di Shah Alam baru semalam. Penjenayah masuk ke rumah ketika sekeluarga sedang bersahor...siisteri/ibu dibunuh kejam. Seram dan takut saya dengan perasaan tidak 'aman' ini...timbul rasa takut dalam hati saya untuk turun ke tingkat bawah, walau perut terasa lapar.
Saya basahkan kepala Asma' dan letakkan tuala kecil di kepalanya. Alhamdulillah...dia sambung tidur lena....si abang pula mundar-mandir tak boleh tidor...pening dan kepanasan pula...saya letakkan minyak dan urut kepala....tidor semula...
Hopefully dia sihat dan tak pening lagi di bila tiba waktu peperiksaan.

Tuesday, 9 September 2008

Kejayaan GMI Hari Ini-9 Ramadan


AJK GMI bersama trophy, sijil dan cek yang diterima untuk Civil Society Award

Berdiri dari kiri Ustaz Ramadhan Fitri, Syed Ibrahim Syed No, Zainal Adnan, E Nalini.

Duduk dari kiri Aliza Jaffar, Ummu Asiah, Norlaila Othman, Ustazah Nuridah, Fadiah dan tak ketinggalan Asiah. Kakaknya Asma' mengambil gambar.

Alhamdulillah, baru beberapa minit menerima sms seperti di bawah dari Setiausaha GMI E Nalini:

(isteri Sanjeev ketika membuat pengaduan ke SUHAKAM bersama GMI)
"Sanjeev Kumar sudah dibebaskan hari ini. Hidup GMI!"

Balasan dari saya: "Good. Hidup Perjuangan!!"

Cerita mengenai Sanjeev pernah saya hilitekan dalam salah satu entry saya. Beliau telah diseksa dan dizalimi hingga lumpuh dan terpaksa hanya duduk dan bergerak dengan menggunakan kerusi roda. Beliau mengalami kesan depression yang sangat teruk akibat diseksa sepanjang ditahan oleh polis. Sebelum ditahan dia adalah seorang pemuda yang sehat baru berusia 25 tahun. Beliau telah dihantar dan diletakkan di Hospital Tanjong Rambutan seketika sebelum dipindah semula ke KEMTA.


(bergambar di depan balai polis Dang Wangi setelah membuat laporan polis mengenai penyeksaan ke atas Sanjeev)

Alhamdulillah, hasil usaha semua, GMI, aktivis, seluruh rakyat termasuk isterinya yang tidak jemu mengikuti sebanyak mungkin aktiviti kempen GMI sepanjang tempuh penahanan suaminya walaupun terpaksa berulang alik dari Taiping. Akhirnya dapat mereka disatukan semula setelah dipisahkan oleh akta zalim ISA.
Kita mendo'akan lebih ramai lagi dan kesemua tahanan dibebaskan segera.
Sememangnya ada tahanan yang dibebaskan, namun ada fakta yang tersembunyi...jika 4 orang dibebaskan maka hakikatnya ada lebih dari 4 orang yang baru pula disumbatkan ke KEMTA!!!

UPSR 2008

Sebentar sahaja lagi anak-anak Tahun 6 2008 bakal menduduki kertas pertama mereka dalam ujian UPSR tahun ini. Hari ini ada 3 papers, Bahasa Melayu 1 & 2 dan juga Matematik.
Ammar anak kedua saya juga bakal menduduki peperiksaan ini. Do'a mengiringi mereka semua. Semoga semua dapat menjawab dengan tenang.
Walaupun sekadar ujian di peringkat darjah enam, nampaknya seluruh guru-guru telah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan anak-anak. Malahan ibu bapa juga bergiat aktif melalui kelab-kelab kelas masing.
Untuk Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak, kesemua anak-anak Tahun 6 Saad, 6 Jaafar dan 6 Usamah menduduki UPSR di sekolah 'saudara' mereka di Taman Keramat iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur.
Kepada semua anak-anak Tahun 6, Selamat menjalani peperiksaan. Semoga tenang dan terang hati menjawab semua soalan dan beroleh kejayaan yang memberangsangkan.
Hanya 3 hari sahaja, selepas itu bolehla...MERDEKA...hingga menunggu peperiksaan seterusnya 3 tahun lagi...PMR...:))

Sunday, 7 September 2008

Lagi-lagi nak guna ISA

Hari ini baru saya terbaca berita yang mengatakan bahawa Menteri Dalam Negeri kita mengatakan bahawa ISA boleh dikenakan ke atas Blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin.

Petikannya adalah seperti di bawah yang saya ambil dari laman web berita MKINI:

"Home Minister Syed Hamid Albar said controversial blogger Raja Petra Kamaruddin could be charged under the Internal Security Act for comments allegedly insulting Islam and Prophet Muhammad."

"The probe and action should be expedited so that he will realise his mistakes and learn to respect Islam," said Syed Hamid, adding that Raja Petra would face action if the authorities found he had committed the offence.

"Raja Petra is also alleged to have allowed comments to appear on his website that degraded Islam and Prophet Muhammad in an article entitled "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Sebenarnya saya belum sempat lagi membaca artikel seperti yang disebut diatas yang ditulis oleh RPK. Memang sepatutnya saya tidak layak memberikan apa-apa komen. Namun sebagai individu yang berada di dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), saya memang berasa marah dengan kenyataan yang sedemikian. Kami di GMI berusaha untuk memansuhkan ISA lantaran sifatnya yang menzalimi manusia yang bebas. Sifatnya yang menafikan hak asasi seorang manusia.

Di awal penubuhan GMI, di mana Raja Petra atau Pet, adalah salah seorang dari 10 orang tahanan ISA yang ditangkap pada 10 hb April 2001. Saya masih ingat lagi cerita mengenai peistiwa tangkapannya, di mana beliau ditangkap di atas jalanraya ketika beliau sedang memandu bersama isterinya. Di situlah beliau ditangkap dan dibawa pergi. Taktik penangkapannya memang adalah sama sahaja, iaitu demi mewujudkan rasa ketakutan yang amat sangat, dan membiarkan orang ramai yang melihat, bahawa mereka yang ditangkap adalah jahat dan bersalah, kerana begitu ramai anggota polis dan SB yang terlibat.




(beberapa orang pemogok lapar ketika menjadi tetamu khas di satu program di SCAH)


Saya juga masih ingat peristiwa yang berlaku selama kami berkempen membebaskan 10 orang tahanan Reformasi tersebut. Ketika itu juga saya memahami betapa zalimnya ISA melalui penderitaan keluarga yang ditinggalkan. Semuanya trauma dengan peristiwa tersebut. Namun ke semua ahli keluarga 10 orang tahanan reformasi tersebut tidak gentar malah kesemuanya bangun berjuang membebaskan suami-suami mereka.

(Bersama pemogok lapar ketika menghantar memorandum ke Kementerian Dalam Negeri April 2002-dari kiri; Lawyer Lat Koya, Arwah Pak Lang - mertua Chegu Bard, Ummu Asiah, Makcik Esah, ibu Ezam dan yg terlindung Muthanna Saari)

Mereka ialah, Kak Marina isteri Raja Petra, Bahirah isteri Ezam, Aliza Jaffar isteri Saari Sungib, Rosliyah isteri Ghani Haroon, Vasanthi isteri Gobalakrishnan, Kak Fatimah isteri Pak Din, Kak Zumrah isteri Ustaz Badrulamin, Mabel ketika itu kawan Tian Chua, Pak Amjal ayah saudara Hishamuddin Rais dan Norfarahin isteri Lokman Nor Adam.Mereka semua hingga ke saat suami mereka dibebaskan tidak pernah berputus asa berjuang hingga suami mereka dibebaskan.


(Muthanna Saari salah seorang yang mogok lapar jatuh pengsan dan dibawa ke hospital untuk rawatan)


Gobala dan Ghani Haroon berjaya dibebaskan melalui proses Mahkamah di mana Hakim yang Bijaksana Dato'Hishamuddin telah membebaskan mereka melalui Habeas Corpus. Mereka dibebaskan sebelum tamat tempuh 60 hari mereka ditahan, iaitu sebelum dihantar ke KEMTA. Yang menarik juga Hakim telah memberi arahan supaya polis tidak dibenarkan menahan mereka semula dalam tempuh 24jam. Ini adalah kerana telah menjadi kebiasaan untuk polis terus menahan tahanan semula sebaik dibebaskan oleh Mahkamah. Ini juga terjadi kepada tahanan ISA Nasharuddin Nasir yang ditahan sebaik dibebaskan di balai polis Kamunting. Beliau juga dibebaskan melalui proses Habeas Corpus.

(Nasharuddin Nasir ketika ditangkap semula oleh polis untuk ditahan lebih lama lagi di KEMTA)

Namun selepas dari itu tidak ada tahanan yang berjaya dalam kes Habeas Corpus mereka termasuklah di dalam kes beberapa orang tahanan reformasi, walaupun dalam kes mereka mahkamah telah memutuskan bahawa penahanan mereka adalah Mala Fide, POLIS BERNIAT JAHAT DALAM PENANGKAPAN MEREKA. Namun penghakiman hanya terhenti di situ dan mereka tidak dibebaskan. Saya bersama beberapa orang isteri yang terlibat mengikuti setiap kali kes itu dibicarakan di mahkamah yang mengambil masa lebih dari setahun.


(Zahir Hassan Pengerusi Kempen mengumumkan bahawa tahanan reformasi tidak dibebaskan walaupun mahkamah memutuskan penahanan mereka adalah Mala Fide di malam Kempen ISA Mala Fide)

Walaupun mereka tidak dibebaskan, kami berasa puas dan mengambilnya sebagai satu kejayaan yang amat besar bagi kami. Kami gunakan ianya sebagai satu kempen kami yang amat berkesan dan berjaya. Kami lancarkan kempen ISA Mala Fide!. Di malam kempen itu diadakan di bangunan Selangor Chinese Assembly Hall, polis telah lebih awal mengawal dan menghalang orang ramai dari masuk ke kawasan tersebut. Akhirnya program yang dirancangkan tidak dapat dijalankan dan terpaksa ditukar ke rumah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara. Begitu takutnya polis dengan kempen GMI dan kebangkitan orang ramai.

(Pintu pagar SCAH ditutup dan dikawal ketat oleh pilis dan FRU)

Penulisan saya ni dah lari sedikit dari asalnya...okay berbalik kepada Raja Petra, beliau dibebaskan sebelum tamat tempuh 60 hari di bawah seksyen 73(1). Beliau telah melawan selama beliau ditahan dan dizalimi oleh polis dan SB. Beliau telah melakukan mogok lapar. Mungkin polis dan SB tidak tahan dengan sifat lawannya atau polis tidak mahu bertanggungjawab sekiranya RPK meninggal di bawah jagaan mereka. Setelah beliau dibebaskan beliau terus membantu kami di dalam Pusat Sokongan Keluarga khususnya untuk terus melawan dengan berbagai aktiviti yang unik dan berkesan. Selama beliau membantu kami disamping ramai lagi aktivis dan para reformis, 2 aktiviti yang tak dapat dilupakan ialah proram kempen Mogok Lapar dan "Ambush PM, Dr Mahathir Mohamad". Kami ambush beliau ketika persidangan Agong UMNO diadakan di PWTC.

(salah satu aktiviti ketika program kempen mogok lapar 10 April-21April 2002-di hadapan SOGO)

Alhamdulillah..GMI masih terus bertahan berjuang membebaskan tahanan ISA dan Mansuhkan ISA.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia sedar akan kezaliman ISA dan tidak bersetuju dengan penggunaan akta ini.
Nota: Kesemua gambar di sini diambil dari laman web FAC kendalian RPK. Gambar-gambar koleksi kami entah kemana hilangnya...sayang....

Friday, 5 September 2008

Solat Tarawih di UIA-Nikmatnya....

Salah satu perkara yang paling seronok dalam bulan Ramadan ialah peluang untuk mengerjakan solat Tarawih berjemaah di masjid dan di surau-surau. Alhamdulillah semua masjid dan surau meriah dengan orang ramai yang ingin beribadat.
Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil dan tidak punya pembantu mungkin peluang untuk mengerjakan solat Tarawih secara berjemaah terpaksa diketepikan kerana banyak surau dan masjid yang agak 'berkira' dengan kehadiran anak-anak, hinggakan ada di sesetengah masjid telah jelas terpampang 'warning' yang berbunyi lebih kurang, "anak-anak di bawah umur 6 tahun dilarang memasuki kawasan solat". Kesihan kan pada anak-anak dan ibu-ibu yang ada anak kecil. Mengapa sampai jadi begini, sedangkan di dalam sirah Rasulullah(SAW) yang sering kita baca dan dengar, Rasulullah(SAW) amat menyayangi anak-anak kecil, hinggakan membawa cucu Baginda bersama ketika solat.....
Sejak beberapa tahun yang lepas Masjid yang menjadi pilihan kami sekeluarga ialah Masjid Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. Alhamdulillah, tahun ini memandangkan kami juga telah berpindah ke Gombak, maka tidaklah jauh sangat jaraknya. Namun di tahun-tahun yang lepas walaupun kami tinggal di Bukit Antarabangsa, Ampang kami tetap meluangkan masa untuk ke masjid UIA.
Suasana solat di sana agak berbeza, maklumlah sebuah universiti Antarabangsa, maka berbagai ragam dan warna kulit manusia yang ada. Berbagai cara mereka berpakaian dan cara solat juga ada sedikit berbeza. Namun semuanya berdiri, rukuk dan sujud mengikut Imam yang sama dan rukuk dan sujud pada Allah yang Esa.
Satu kelebihan yang mungkin sukar didapati di masjid dan surau yang lain ialah, kehadiran anak-anak kecil dan besar yang amat ramai sekali. Mereka bebas bermain, menjerit, berlari, bergumpal dan berguling di dalam masjid ketika ibu dan ayah mereka solat berjamaah. Tidak ada sesiapa yang memarahi, menjerit ataupun menjeling ke arah mereka mahupun kepada ibu bapa mereka. Kawasan di dalam masjid dan di luar masjid yang lapang dan luas amat sesuai untuk mereka enjoy bermain sepuas hati mereka.
Bagi saya, saya merasa tenang dan tenteram menunaikan solat di sana walaupun dengan tahap kebisingan yang agak tinggi. Anak-anak saya Asma' dan Asiah termasuklah dalam sejumlah anak-anak yang cergas bermain di dalam dan di luar masjid. Mereka girang bermain dan excited dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dari pelbagai bangsa.
Mungkin juga disebabkan bacaan Imam yang jelas, tenang dan syahdu membuatkan hati dan telinga tertumpu kepada bacaan Imam maka bunyi dan gangguan lain tidak menyebabkan semua yang sedang solat terbit rasa marah kepada anak-anak yang ramai di sana.
Namun sudah tentulah ibu bapa juga tetap berpesan-pesan tentang kebaikan dan adab yang mulia kepada anak-anak ketika di masjid...namun berapa lama sangatlah tahap kesabaran anak-anak ini dapat bertahan untuk duduk diam dan solat di dalam masjid. Ada juga anak-anak yang membawa permainan, buku dan lain-lain untuk mengisi masa lapang mereka. Tetapi akhirnya masing-masing akan tetap teruja dengan keaktifan rakan-rakan yang lain.
Dialog Asiah kepada saya semalam sebelum solat Isya' di dalam Masjid UIA...
Asiah..."Ummi, Asiah tak nak solatla, Asiah letih"
Ummi.."Asiah solat Isyak sajala"
Asiah.."Okla, Asiah solat dulu ye..solat Isyak saja"..lalu terus solat sendirian. Selesai beri salam, bertebaranlah dia lari mencari kawan....hilang lah rasa letih dia tadi..:))
Satu lagi penambahan tentang aktiviti ibadat di masjid UIA ialah, kaum wanita pun turut sama solat Jumaat. Ini kiranya perkara baru juga bagi saya. Kadangkala suami saya akan pulang untuk solat Jumaat, kebiasaannya dia akan mengajak saya juga ikut serta ke UIA. Selalunya saya akan solat Zohor di bahagian bawah masjid kemudiannya jalan-jalan di sekitar stall2 yang menjual jubah dan tudung di sana. Saya mula ikut serta solat Jumaat apabila suami saya memberitahu yang ada juga students wanita yang solat di bahagian atas yang dikhususkan untuk wanita. Puas juga dapat turut sama solat berjamaah dan mendengar khutbah Jumaat daripada meluangkan masa dengan perkara-perkara lain. Alhamdulillah.
Satu yang berbeza(dan bukannya kekurangan) ialah mungkin tidak ada slot tazkirah. Kelebihan di masjid dan surau yang lain di dalam pentadbiran Selangor yang baru ialah arahan untuk mengadakan sesi tazkirah selepas solat tarawih. Untuk surau Al-Rasyidin di Taman Gombak telah disediakan senarai lengkap Ustaz-Ustaz yang memberi tazkirah begitu juga aktiviti yang sama di Markaz PAS di Taman Melewar. Dulunya kerajaan Selangor telah 'mengharamkan' sesi tazkirah ini...Alhamdulillah..semoga bertambah baik dan berkembang maju seluruh rakyat negeri Selangor dan kekal mentadbir sebaik mungkin untuk semua rakyat.

Wednesday, 3 September 2008

Bulan Berkat untuk Orang yang Beriman dan beramal

Dah masuk hari ke 3 berpuasa Alhamdulillah...banyak blog menceritakan pengalaman berpuasa masing-masing. Satu bulan yang dinantikan oleh orang yang beriman. Berpeluang beribadat dengan ganjaran berlipat kali ganda bagi setiap amalan.
Alhamdulillah..memandangkan ibadat berpuasa ini diwajibkan keatas semua umat Islam, kita semua berpuasa tanpa rasa keluh kesah..even anak-anak yang kecil turut berpuasa, cuma ibu-ibu dan bapa-bapa kena menahan sabar melayan kerenah anak-anak yang baru belajar berpuasa ini.
Dalam keluarga kami juga, Asiah anak yang paling bongsu dah berumur 7 tahun, juga baru belajar berpuasa sehari penuh, bermula dari hari pertama. Tapi jenuhlah memujuk dan menjawab setiap kali ditanya berapa lama lagi nak berbuka puasa. Yang menambahkan simpati ialah kerana dia masih lagi ada habit menghisap jari...itu yang susah sikit..tetapi selalunya dia ingat sendiri, bila selesai berbuka terus jari dimasukkan ke dalam mulut.
Moga anak-anak kita akan kekal beriman dan beramal sehingga mereka dewasa.....
Semalam saya menghantar anak saya yang sulong, Anas, pulang ke asramanya di Jeram. Saya bertolak jam 3 petang. Sebelum pergi awal-awal lagi saya dah siapkan memasak makanan untuk berbuka jadi dapatlah saya bekalkan Anas dengan masakan kegemaran dia..air tangan ummi..kari ayam.
Dalam perjalanan di jalan Kepong, ada sebuah kereta yang memotong kenderaan saya dengan bahaya, memang geram juga. Kemudian saya terlihat pemandunya membuang abu rokok sambil memandu.
Terus saya katakan kepada Anas.."Okay, Ummi nak potong kereta depan ni, Anas tengok tau driver tu Melayu/Islam ke tak"..
Terus saya memecut, memotong dan slow kereta bersebelahan kereta Gen2 Hitam...Anas.."Macam melayu lah ummi"
Saya pun toleh sama..kebetulan pemandu tu pun memandang saya sambil mulutnya memang tengah mengunyah sesuatu dan ditangannya masih ada sepuntung rokok...selamba saja...menyirap betul darah saya. Geram...lansung tak menghormati bulan puasa, apatah lagi tidak taat perintah Allah dan tidak takut akan azab Allah. Apa susah sangat ke nak berpuasa.
Bila dia perasan yang saya memerhatikannya terus dia memecut laju, sambil membuat satu lagi kesalahan, membaling puntung rokok di atas jalan raya. Memang menyirap lagi darah saya...gerrraammm....tapi kena sabar...
Saya terfikir sekiranya dia seorang Islam dan mempunyai anak dan isteri, bagaimana agaknya dia hendak mendidik anaknya?...Sudah tentu semasa kecilnya ibu dan ayahnya telah mendidiknya dengan segala ajaran yang baik. Tak mungkin ada ibu atau ayah yang mendidik anak-anak untuk membesar menjadi hamba yang mengengkari perintah Allah. Perkara ini menyebabkan saya rasa insaf dan berdo'a agar anak-anak kita akan terus menjadi seorang Hamba Allah yang beriman.
Setiap kali Ramadan tiba juga saya akan memerhatikan kedai-kedai mamak mana yang buka dan kedai mana yang tutup. Memandangkan tahun ini saya menyambut Ramadan di kawasan yang baru, maka boleh la saya membuat satu senarai yang baru juga. Memang kebanyakan kedai mamak tetap beroperasi seperti biasa walaupun di dalam bulan puasa. Pembuat roti canai tetap sibuk menebar roti canai kepada pelanggan. Jadi saya kira untuk kita, selepas habis Bulan Ramadan ni, bolehla membuat pilihan yang tepat mengikut selera Islam yang sebenar kedai mamak mana yang nak kita kunjungi. Alhamdulillah, kedai mamak di hadapan rumah saya ni 'Restoran Taqwa' nampaknya tak beropersasi seperti biasa di awal siang hari. Saya belum survey lagi pukul berapa dia buka semula.
Sesudah menghantar Anas, saya berfikir-fikir jalan mana yang perlu saya pilih, samada nak ikut highway atau jalan dalam/belakang..ikut jalan Ijok dan Sungai Buloh. Saya memilih untuk mengambil jalan dalam atas dua sebab. Pertamanya untuk mengelakkan diri saya dari terlelap, ini kerana setiap kali saya menghantar Anas melalui NKVE, saya pasti akan terlentok-lentok mengantuk. Keduanya sebab saya akan melalui pekan Paya Jaras dan Pekan Sungai Buloh. Di kedua-dua tempat tu pasti ada bazar Ramadan. Namun Alhamdulillah, ketika saya melalui 2 pekan tu memang ada pasar Ramadan, namun saya berjaya melawan hawa nafsu saya dengan terus memandu pulang kerana di rumah telah tersedia hidangan yang lengkap di atas meja hasil masakan saya sendiri untuk kami sekeluarga berbuka puasa. Puas rasa hati melihat semua orang makan dengan berseleranya.
Di dalam perjalanan pulang, setelah melepasi exit Bandar Sri Damansara dan memasuki Kepong, hati saya selagi berasa insaf dan juga berasa beruntung, kerana saya tidak perlu melalui kesesakan jalanraya yang begitu teruk sekali setiap hari. Simpati juga, kerana masa pulang awal dari kerja untuk berbuka dirumah terpaksa dihabiskan dalam kesesakan jalanraya. Sepanjang perjalanan dari Bandar Sri Damansara penuh dengan kereta sehinggalah saya tiba ke Batu Caves. Dan masih banyak lagi kenderaan yang mencurah-curah datang dari arah Batu Caves...bayangkanlah sekiranya takuk tangki minyak anda dah hampir merah...Pasti ramai juga yang terpaksa berbuka puasa di dalam kereta lantaran tersangkut dalam traffic jam.
Alhamdulillah...moga kita semua dapat melalui Ramadan tahun ini dengan lebih baik lagi...
Nota: Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, saya telah meletakkan diri saya menjadi anak yang bakal menduduki ujian UPSR kerana anak kedua saya berada di Tahun 6. Selama 2 hari penuh tersebut saya bersama2 beberapa orang ibu bapa yang lain bersama anak-anak tahun 6 mengikuti program didik..bagaimana nak menjawab soalan. Alhamdulillah..berbaloi juga sebab walaupun dah masuk universiti dan umur pun dah 40 lebih, banyak juga perkara yang kita baru tahu. Satu contohnya ialah ejaan baru bagi Ramadan dan reda..sudah tidak ada H lagi...dan pandai pulak cikgu tu buat contoh, katanya yang masih guna H didalam ejaannya ialah "Hadhari' saja.....