Showing posts with label SB. Show all posts
Showing posts with label SB. Show all posts

Thursday, 30 April 2009

"Apa lagi yang SB Mahukan dari kami???" dan "POKOK DEMOKRASI"

Saya tidak menyangka ada sesuatu yang 'pelek' akan berlaku di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar semalam 29hb April 2009. Semalam ke semua 13 orang OKT Kuala Kangsar telah hadir untuk mendengar sebutan kes mereka. Pada 13hb April lepas kes tersebut telah diperkenankan untuk ditangguhkan untuk sebutan kes pada 29hb setelah seorang OKT iaitu Abah Asiah tidak hadir dengan MC dan dokumen yang baru diterima dari pihak pendakwaraya.

Memang semuanya berjalan dengan lancar dengan Hakim Norsalha Dato' Hamzah menetapkan tarikh 17-19hb Ogos 2009 untuk kes tersebut dibicarakan....fuuuhhh...Alhamdulillah memang sungguh lega mendengarnya...kami masih punya lebih dari 3 bulan untuk bergerak dan bernafas di dunia yang sementara ini dengan sedikit kelegaan.

Namun sebaik saya keluar dari kamar Mahkamah kelihatan suami saya dan Adi seorang lagi OKT sedang serius berhadapan dengan seorang anggota polis beruniform...dalam hati terdetik apa hal pulak ni...di tag namanya tertulis "Ishak"...baru saya teringat Chief Inspector Ishak ini adalah ketua IO..Interrogation Officer ketika ke semua OKT ini ditahan reman di Lokap IPD Kuala Kangsar. Dan pada pagi 9hb Februari ketika kami menunggu saat suami dan semua OKT lain dibebaskan, kami dimaklumkan yang Insp Ishak tiada di balai kerana dipanggil mengadap 'tuannya' di Putrajaya...ketika itu memang terdetik di hati...'bala apa lah pulak yang akan menanti'...namun Alhamdulillah hasil desakan kami dengan terus menunggu di Balai dengan Sdr Zahir Hassan terus menghubungi pegawai yang bertanggungjawab maka ke semua OKT dapat dibebaskan dengan segera.

Okay...berbalik ke insiden semalam diluar kamar mahkamah...Chief Inspektor Ishak memaklumkan yang suami saya dikehendaki ke balai untuk diambil keterangan tambahan...apa lagi melentinglah saya...apa taknya memang pelik...lagi pelik bila hanya suami saya seorang sahaja yang perlu diambil keterangan tambahan dan tidak ke semua 12 yang lain....tak cukup lagi ke soal siasat selama 4 hari mereka di reman di lokap!!!
"eh..kenapa pulak nak ambil keterangan lagi...mereka dah didakwa di mahkamah.."

...suami saya juga turut menambah dengan yakin.."ya...kalau ada apa-apa saya akan jawab di mahkamah...di depan peguam saya..?

CI Ishak pula dengan selamba menjawab..."saya tak tahu..kena ambil keterangan tambahan...SB nak jumpa..."

Apa lagi bila dengar saja perkataan sejenis jawatan SB tu...lagi la menggelegak rasa hati...

"eh...apa pulak...tak boleh...apa hal SB pulak nak ambil keterangan lagi...jumpa saja lawyer kami.."

CI Ishak masih tegak berdiri di situ mungkin mengharapkan suami saya ikut beliau...ya lah...mungkin dia dah mendapat arahan dan sudah menerima tekanan dari pihak SB....

Adi rakan selokap suami juga menambah.."apa pulak Bad seorang saja...kalau dia kena...kami semua pun akan ikut dia.."....wah memang hebat semangat setiakawan kesemua bekas penghuni lokap IPD Kuala Kangsar....

Akhirnya, peguambela Charam Singh Keluar dan menegaskan lagi kepada CI Ishak...

"rubbish...mana boleh ambil keterangan lagi...you don't entertain them..if they harrass you again..just make police report"....lalu kami semua berlalu pergi meninggalkan CI Ishak di belakang kami...

Entahla...macam-macam cara mereka hendak harass kami dan menakut2kan kami...tapi kami juga faham sedikit sebanyak hal undang-undang ni...polis lebih-lebih lagi tidak boleh sewenang2nya nak korek maklumat atau nak soal siasat...hatta ketika kita ditahan reman..kita berhak untuk duduk bersama peguam dan berhak berkata "saya tidak mahu menjawab...saya akan jawab di mahkamah...full stop!"

Selesai kes di mahkamah kesemua OKT beredar ke pejabat PAS Kuala Kangsar untuk melihat bahan bukti yang disediakan oleh polis berupa hampir 1000 keping gambar dan 3 VCD insiden...

Memang sungguh mengkagumkan dengan usaha polis mengambil sekian banyak gambar...sungguh tidak disangka....banyak terisi adegan yang ingin anda lihat dan terkejut anda lihat...video clip nya juga sungguh hebat...memang class usaha polis bab mengintip-intip tindak tanduk mangsa...if only kita tahu yang dok ambik gambar kita tu polis yang nak memerangkap kita mahu saja dibaling dengan cannister tear gas yang ditembak melulu oleh FRU kepada rakyat...memang gerrraaaaammmm....

Apa-pun saya nak kongsi gambar yang saya simpan pulak..gambar yang polis bagi sebagai bahan bukti tak boleh nak tayang lagi...eksklusif...nanti tak pasal2 ummuasiah yang kena pulak...

Ni kira flash back lah...

Ini plois yang sangat hero...dari bawah bukit dia lari ke atas bukit di perkarangan Masjid Ubudiah untuk membelasah Wak Idris ni ala-ala..The Rock!!!!..dia ni lah polis yang bernama Hasbullah dalam cerita saya di entry ini....gerrrraaaammm lagi.....

ini lagi adegan yang sedang anda lihat dan sudah lihat.....

Ni lah dia polis SB yang entah berapa ratus orang hadir hari tu....mereka ni kalau ada perarakan aman memang sentiasa bersedia nak cekkkkuuuppp orang....

terkena bedilan dan semburan tear gas yang memeritkan

kena halau. dijerit, dijerkah dan macam-macam lagi oleh FRU....



sekembali dari Kuala Kangsar menuju ke Kuala Lumpur kami sempat juga menyinggah ke Ipoh untuk melawat 'POKOK DEMOKRASI'...untuk melihat keadaannya...maklumlah macam-macam dah terjadi pada poko ni sejak episod sidang DUN bersidang di bawahnya...nak tengok gambar asalnya 'POKOK DEMOKRASI' ni sila rujuk di entry ni..

Sebelum ni tak ada pula nama Taman Istana tu kat situ..tetiba selepas berapa tahun pun tak tahu...muncul pulak...pokok yang layu di sekeliling tu ditanam oleh Majlis Bandaraya Ipoh setelah plak pokok demokrasi dihancurkan..kononnya untuk menghalang usaha kerajaan PR buat plak yang baru...kesian pokok tu mogok tak nak hidup..tapi sepupu-sepupu pkok demokrasi yang ditanam di padang bersebelahan hidup segar bugar!!!!