Friday, 30 January 2009

Guantanamo Bay, Kem Kamunting dan kini SPRM??

Bosannya melihat blog sendiri tak berupdate...teringin nak menulis sesuatu, berkongsi banyak perkara dan isu yang masih belum dihighlitekan lagi....tapi bila mood tidak ada...maka otak jadi kaku dan lesu nak menulis.

Banyak betul perkara yang berlaku dalam masa kurang dari 2 minggu ini. Highlight news untuk minggu lepas sudah tentu isu Obama yang telah dilantik menjadi Presiden Amerika yang terbaru. Paling terkesan untuk kita ialah pengistiharannya untuk mengarahkan agar Kem Guantanamo ditutup segera dalam masa setahun. Alhamdulillah...ini kerana Kem Guantanamo ini menyimpan banyak rahsia kezaliman yang dilakukan ke atas tahanan terutamanya dari Pakistan Afghanistan dan beberapa negara lagi termasuk 2 orang rakyat Malaysia.

Kempen mengenai penutupan Kem Guantanamo ini telah mendapat liputan dan desakan yang meluas dari badan-badan Hak Asasi Manusia seluruh dunia. Kita di Malaysia juga mendesak dan mengadakan kempen agar Kem ini ditutup segera. Pada masa yang sama kita kaitkan dengan kewujudan Kem Tahanan Kamunting di Taiping Perak yang turut menahan rakyat Malaysia dan negara luar tanpa dibicarakan bertahun lamanya. Tahanan di Malaysia juga turut diseksa sama saja seperti tahanan di Abu Gharib.



Dalam tahun 2006, sebuah movie yang bertajuk The Road To Guantanamo telah berjaya ditayangkan. Ianya memaparkan kisah benar bagaimana 3 orang pemuda telah ditangkap ketika mereka dalam perjalanan untuk ke Afghanistan. Dari situ bermulalah sesuatu yang amat mengerikan yang bukan lagi wujud dalam mimpi-mimpi ngeri dan menakutkan namun ianya datu penyeksaan yang amat real sekali...sukar untuk diterima oleh akal....Sila baca synopsis ceritanya di sini. Anda juga boleh menontonnya di you tube...cuba cari di sini. 'The First Look Inside The World'sMost Notorius Prison'.

Kita di Malaysia juga sebenarya mempunyai sketsa yang sama seperti apa yang berlaku di Kem Guantanamo...cumanya tahanan diseksa dengan zalim dan teruk lebih teruk lagi daripada binatang ganas ketika mereka dibawah kawalan Polis dan SB. Ketika mereka ditahan selama 60 hari di satu tempat yang dirahsiakan. Kita juga berjaya mendedahkannya sedikit sebanyak melalui Teater Bilik Sulit...juga mendedahkan cara-cara SB menzalimi tahanan ISA. Walaupun tidak setaraf filem Road To Guantanamo yag berjaya meraih award. Namun cukup untuk kita rasa geram marah serta benci dengan keganasan pihak polis yang terilibat.

ISA, polis dan SB berada di bawah jagaan dan kawalan Menteri Dalam Negeri. GMI telah berusaha melawan akta yang zalim ini dan berjuang agar ianya dihapuskan sejak jawatan Menteri Dalam Negeri disandang oleh Tun Dr Mahathir, kemudiannya Datuk Seri Abdullah Badawi dan yang terkini pula ialah di bawah jagaan Syed Hamid Albar.

Semenjak Syed Hamid Albar memegang tampok jawatan ini, pada pembacaan dan pendengaran saya neliau sering mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin tertinggi di Malaysia dan sebagai seorang yang berpendidikan tinggi. Kebanyakan kenyataannya yang ingin menafikan segala salah laku pihak polis, keganasan dan kezaliman akta ISA banyak yang melencong dan sukar diterima oleh akal orang yang waras.


Baca kenyatannya di bawah untuk menolak saranan dan desakan agar ISA dimansuhkan dan Kem Kamunting ditutup sejajar dengan desakan dan arahan agar Kem Guantanamo ditutup :

Dipetik dari The Star

On a separate matter, Syed Hamid said the American-run Guantanamo Bay prison in Cuba should not be compared to the Kamunting detention camp for Internal Security Act detainees.

Unlike Kamunting, he said Guantanamo Bay was located on an island.

“Detainees in Guantanamo Bay have their legs shackled even when they are out for exercise. It is not a comparison,” he said when asked whether Malaysia would review its preventive detention laws in the light of American President Barack Obama’s decision to close the detention camp.

Syed Hamid added that the closure of Guantanamo Bay was the best thing that could happen, adding that the facility operated under such secrecy that nobody knew what went on inside.

On the fate of the two Malaysian detainees held captive there, he said he was not sure whether they were Malaysian nationals.

Untuk lebih memahami isu Kem Kamunting, Tahanan Tanpa Bicara dalam undang-undang ISA dan Kem Guantanamo sila klik di sini. Juga isu kematian dalam tahanan polis Mendiang A.Kugan.

Ah...sukar betul nak difahami cara pemikiran Pak Pak Menteri kita kini......

Apakah benar seperti yang disebutkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malam Perihatin Palestin...mengenai 'Human Conscience'...yang diterjemahkan di dalam blog Nik Nazmi sebagai Dhamir Kemanusiaan. Iaitu bila seseorang sudah aa segalanya..kedudukan, harta, pangkat dan segalanya,seseorang itu sudah sukar untuk meletakkan dirinya di tahap manusia biasa, manusia bawahan. Hilang rasa kemanusiaan...bila ianya hilang lenyap...apa lagi perasaan yang tinggak untuk menghayati dan merasai akan segala bentuk keganasan dan kezaliman yang berlaku atas rakyat mereka sendiri...
Terkini sudah ada laporan ahli UMNO pula diseksa dan didera bukan lagi oleh polis tetapi pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia....sama saja seperti apa yang beraku kepada tahanan ISA....AJK Umno: Saya dipaksa bogel depan pegawai SPRM...siapa lagi yang boleh mengatakan diri mereka selamat????

Pikir-pikirkan lah sendiri....Ingatlah wahai pemimpin tanah air ku....langit yang dijunjung tu milik Allah dibawah kekuasaan Allah...bumi yang dipijak pun milik Allah, samapi waktu akan dibenamkan juga ke dalam bumi...langit pun tidak selalunya cerah....

Monday, 26 January 2009

Khabar dari Gazza...Malam Prihatin Palestin

Alhamdulillah..setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah yang telah menganugerahkan kita semua dengan nikmat kehidupan yang selesa..sehat..Alhamdulillah...bagi kami sekeluarga juga turut bersyukur dengan nikmat dan peluang yang Allah kurniakan kepada kami...Hajat di hati nak balik kampung sempena cuti panjang ni, tapi anak2 ada yang ada program sekolah dan yang tingkatan 3 ada banyak homework. Jadi kami ambil peluang mengisi masa dengan menghadiri program Malam Prihatin Palestin Anjuran Kerajaan Negeri Selangor

Majlis bermula dengan candlelite vigil sebagai tanda solidarity kepada rakyat Palestin dan tahanan ISA di Kem Kamunting yang seangkatan dengan Kem Guantanamo milik kerajaan Amerika Syarikat yang diarahkan ditutup oleh Presiden barunya Obama..

Alhamdulillah..sesampai di pintu gerbang MBPJ...saya agak terperanjat kerana tiada halangan polis dan polis mengawal lalulintas dengan baik di setiap selekoh. Kami dapat meletakkan kenderaan dengan baik di kawasan parking Dewan Sivik MBPJ...tabik hormat pada pihak polis dan pegawai MBPJ...Tahniah...teruskan usaha yang baik.

Candlelite Vigil dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan dari pihak polis....tidak seperti di minggu sebelumnya di mana kami dihalau dan dijerit pekik oleh polis walaupun bersama kami ada 4 orang ahli Majlis Bandaran Petaling Jaya.
Apa-apa pun majlis yang berlalu itu memberi kesan yang besar dalam diri saya khususnya...banyak yang ingin diceritakan di sini...saya mulakan dengan perkongsian pengalaman kumpulan misi kemanusiaan yang dianggotai oleh Yayasan Amal Malaysia dan kerajaan Negeri Selangor. Perkongsian disampaikan oleh Dr Abd Rani Osman sebagai Ketua Relif Yayasan Amal Malaysia.

Beliau menyampaikan pemyampaian dengan dibantu tanyangan slide. Beberapa point yang saya ingin kongsikan yang menyentuh jiwa dan perasaan ialah seperti di bawah...setakat yang saya dapat ingati.

1. Keunikan rakyat Palestine ialah walaupun kehidupan mereka dihantui dengan pembunuhan, kekejaman dan kematian...namun mereka sentiasa tersenyum dan gembira..gambar yang ditunjukkan pesakit yang terlantar bila bergambar tersenyum dan menunjukkan isyarat 'Peace'

2. Seorang anak perempuan yang mereka temui, bernama Jamilah..berumur 10tahun...2 kakinya kudung terpaksa dipotong namun bersyukur dan bergembira kerana katanya 2 belah kakinya telahpun berada di Syurga....SUBHANALLAH...ALLAH hu AKBAR...begitu rindunya mereka dengan syahid dan syurga Allah...

3. Dr Rani menunjukkan gambar beliau bersama seorang anak yg lelaki yang berumur dalam 8 tahun...kanak-kanak ini katanya rindukan untuk Syahid...Subhanallah...

4. Sambil menunjukkan gambar anak kecil yang luka-luka di muka...matanya membengkak dan tertutup rapat...ini menunjukkan style kecederaan yang berlaku yang kebanyakannya membutakan mata kanak-kanak sekiranya tidak diberi rawatan segera. Maka mereka di sana amat-amat mengalu2kan kedatangan para doktor mata ke sana.

5. Beliau juga menunjukkan gambar anak-anak yang terbunuh...katanya rata-rata anak-anak kecil dibunuh dengan ditembak pada jarak dekat di kepala mereka.


6. Satu lagi yang unik dan pelik ialah..peluru yang menembusi anggota tubuh manusia..tembus dengan tanda yang amat halus..namun apabila ianya tembus ke bahagian belakang badan meninggalkan kesan yang luas dan besar...peluru itu merosakkan banyak anggota dalam badan yang penting. Mereka seolah sedang melakukan experiment ke atas rakyat palestin dengan bom dan peluru yang canggih.


Kenyataan ke 6 di atas selari dengan maklumat melalui emel yang diterima dari Federation of Islamic Medical Associations FIMA – GAZA RELIEF NO. 7 ( 21 Jan 2009 ) seperti di bawah:

1. Rehabilitation - the al-Wafa hospital. Probably the only one in Gaza city, which Dr. Jemilah and I visited in 2003, was bombed and destroyed. Now with the existing patient load (btw, Israeli snipers have the habit of shooting youngsters in the spine, leaving them paralyzed and needing life-long rehabilitation), there's plenty more added patients. Especially with the newer bombs including possible dime bombs - no shrapnel but civilians end up with bilateral lower limb amputations, and as we were briefed, even including pregnant women !

Apakah tujuan mereka sebenarnya?????

Banyak lagi isu yang ingin dikongsikan hasil pendegaran dari ucapan2 yang disampaikan semalam terutamanya dari DSAI yang menyentuh banyak perkara termasuk isu kematian dalam tahanan polis yang terkini S.Kugan, kezaliman yang berlaku ke atas tahanan ISA, Kem Kamunting vs Kem Guantanamo, kemasukan ADUN Bota Perak ke dalam Pakatan Rakyat dan banyak lagi yang menyuntik semangat..moga dapat kelapangan masa untuk menulis...InsyaAllah..

We will not go down....

Sunday, 25 January 2009

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi????

Kali ini mungkin polis telah amat-amat tidak bernasib baik..selama ini mereka boleh lepas tangan dengan mencipta berbagai-bagai alasan yang tidak menasabah...begitulah juga yang terjadi pada nasib tahanan ISA ketika mereka ditahan selama 60 hari di bawah tahanan polis...tetapi Polis dan SB 'bernasib baik' di dunia ini kerana selepas itu mereka boleh lagi mengurung tahanan selama bertahun lamanya hingga hilang kesan-kesan kezaliman ke atas tahanan...

Di harap perkara ini dapat membuka mata semua rakyat Malaysia tentang kezaliman pihak polis kepada rakyat...jangan jadi raja di Malaysia..

Baca keratan berita dari Malaysiakini.

For six days following A Kugan's disappearance on Jan 14, his family members had sleepless nights searching for him but it was all in vain.

On Jan 20, their worst fears were realised when a patrol car pulled up in front of a relative's home in Puchong, to inform them that Kugan had died under police custody.

"Why? Why couldn't they just call us when he was arrested? But when he died, they seemed to know how to find our house," said Kugan's father G Sandaran when met at his relative's home in Puchong today.

Kugan is the latest victim of death while in police custody, allegedly due to assault. The police had claimed that Kugan was a suspected car thief and there was no foul play involved in his death.

Relatives told Malaysiakini that they last saw Kugan on Jan 14 at about 7pm and never heard from him again.

His aunt, S Renuga, 31, recalled on that evening she received an anonymous phone call informing her that Kugan had been arrested but details were sketchy.

"I could not sleep that night. We searched from one police station to another looking for him but everywhere we went, they said he was not there," she said.

The following morning, Renuga got even more anxious when two plainclothes policemen came to her home at 6am looking for Kugan.

"They said they were from D9 (serious crimes unit). They were very fierce and they wanted to know who Kugan's friends were," she said, adding that she had no knowledge of the deceased's friends.

No criminal record

Renuga is close to Kugan because the latter frequently visited her husband who was his business partner. Kugan used to help his uncle tows cars for an insurance company.

With two jobs to manage, Renuga and Sandaran are both convinced that Kugan had no time for criminal activities, as alleged by the police, especially since the deceased never had a criminal record.

"Every sen he earned was legitimate. He has been learning how to fix cars since his secondary school days. His hobby was modifying cars, not stealing them," said Sandaran.

"But now, the first time he was arrested, he was killed," Renuga was quick to add.

Sandaran said he was extremely suspicious because of the numerous injuries found on Kugan's body and the statements made by Selangor police chief Khalid Abu Bakar.

Kugan's family has ruled out death due to illnesses because he never had any medical conditions.

Sandaran vowed to pursue the matter until those responsible for his son's death are brought to justice, though his immediate concern was to see that a second post-mortem is conducted and burial rites are performed quickly.

"I hope this never happens to another Malaysian, especially an Indian. The Indians are the largest number of people who die at the hands of the police," he said.

Sandaran also denied police and media accusations that a 'mob' had barged into the Serdang hospital mortuary on Jan 20 to claim Kugan's body.

"They (hospital attendants) opened the door for us. The door can only be opened from the inside," he said.

Khalid had earlier claimed that Kugan died from having 'fluid in his lungs' and that his family had barged into the hospital mortuary.

Saturday, 24 January 2009

Konsert Rihanna...Apa nak jadi dengan Malaysia Negara Islam Hadhari ni???

Semalam di Markaz PAS Taman Melewar telah diadakan satu ceramah bagi memperingati kemenangan calon Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu dan juga bagi memperingati perjuangan Umat Islam dalam menghancurkan serangan Israel di Palestin. Alhamdulillah nostalgia sewaktu zaman reformasi dahulu hampir kembali apabila Dewan Dato Fadzil Nor penuh dengan orang ramai yang datang untuk mendengar ceramah. Kereta-kereta juga berderet di park di tepi-tepi jalan. Rumah kami memang berada tidak jauh dari Markaz, sekiranya speaker berfungsi dengan baik, kami dapat mendengar ceramah dari atas anjung rumah.

Saya tertarik dengan isi ucapan seorang dari penceramah, kalau tak salah YB Salahuddin - Ketua Pemuda PAS Pusat, yang berucap kerana saya mendengar sambil sedang berjalan balik ke rumah. Kata penceramah tersebut, umat Islam dibunuh dan dibedil dengan bom dan peluru yang bertalu-talu....mereka dibunuh Syahid....dalam usaha Israel menghalau dan menghapuskan umat Islam dari bumi Palestin. Namun bagi umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia, umat Islam dibunuh pemikiran mereka dalam bentuk hiburan yang bermacam dan budaya yang negatif...Ini pula penambahan dari saya...walaupun jasad kita tidak hapus dan tidak mati...pemikiran kita sudah tidak lagi berlandaskan prinsip-prinsip Islam...sudah tidak lagi meletakkan Islam di atas segala-galanya. Ya kita sebagai manusia memang simapti dengan apa yang berlaku pada umat Islam di Palestin namun kita tidak menyedari yang kita perlu melihat dalam diri kita sendiri yang telah membiarkan diri kita dijajah oleh Israel dan sekutunya Amerika Syarikat. Pemimpin dan kerajaan Malaysia juga membiarkan segalanya yang buruk terus berlaku atas alasan mengikut perkembangan zaman dan kehendak rakyat semasa....Hhhmm...memang hampeh dan haprak betul!...

Paling terkini kerajaan telah memberikan kelulusan penganjuran Konsert Rihanna yang akan diadakan 13 Feb ini di Stadium Putra Bukit Jalil..." walaupun Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah konsert itu."

Saya sendiripun tak pernah dengar nama penyanyi ni..tapi bila perkara ini berlaku barulah tahu..baca juga keratan berita dari harakahdaily...

Artis ini berkecimpung dalam genre R&B, Pop,Pop-Rock, dance dan reggae sering membawakan aksi yang menghairahkan dalam penyampaian lagu-lagunya disamping mengenakan pakaian ketat dan seksi, ujarnya.

"Ini sememangnya tidak memenuhi citarasa budaya tempatan, dan tidak secocok dengan syarikat telekomunikasi itu yang dilihat sebagai sebuah syarikat tempatan yang sewajarnya mengutamakan budaya ketimuran dan artis-artis tempatan," katanya.

Kehadiran Rihanna yang kini sudah menetap di Amerika sedikit sebanyak akan membawa keluar wang negara yang akhirnya akan masuk ke Amerika, katanya.

Melihat kepada pengaliran wang ini, bukan sahaja membawa kita memahami erti kerugian buat negara tetapi satu penderitaan buat rakyat Palestin.

Amerika menjadi sekutu Israel membekalkan senjata ketika pembunuhan ngeri di Gaza hasil dari sumbangan dan dana cukai yang diberi oleh penduduk Amerika, katanya.

Baca keratan berita bernama seperti di bawah..

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata: "Mereka (Dewan Pemuda PAS) boleh bantah tapi keputusan akhir di tangan kementerian.

"Beliau berkata apa yang penting ialah pihak penganjur telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan kementerian.

"Perkara utama yang kami lihat ialah sama ada konsert itu selaras dengan budaya Malaysia, tetapi memandangkan industri hiburan sangat dinamik dan kreatif, kita perlu membenarkan rakyat kita mendapat akses untuk itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Tahun Baru China 2009 di sini hari ini.

Selasa lepas, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menyuarakan rasa kesal terhadap syarikat komunikasi tempatan menganjurkan konsert 'Rihanna Live in Kuala Lumpur'.
Oh Malaysia Tanah Airku...mengapa pemimpin mu begitu tidak sensitif dengan apa yang menimpa umat Islam kini..apa yang menimpa umat di bumi Palestine..sanggup kamu membiarkan rakyat mu bersuka ria, lupa diri, agama dan dunia...Apa sebenarnya agenda kamu ya????/merosakkan lagi anak bangsa dan agamamu????
Bila disebutkan tentang permit dan kelulusan yang diberikan kepada penganjur untuk mengadakan konsert tersebut di Stadium Putra Bukit Jalil, membuatkan saya mengimbas kembali usaha suami saya dan pihak penganjur Himpunan 100,000 rakyat yang diadakan pada 5hb November 2000. Himpunan ini akhirnya menjadi satu perhimpunan yang sangat bersejarah apabila pihak polis dan FRU telah menyekat semua jalan menuju ke Jalan Kebun, Kelang, maka perhimpunan dengan 100,000 rakyat berakhir dengan rakyat memenuhi setiap jalan di atas lebuhraya KESAS.
Pihak penganjur telah memohon permit dan kelulusan untuk mengadakan perhimpunan di dalam stadium Bukit Jalil, namun tidak diluluskan maka perhimpunan diteruskan untuk dibuat di tapak persendirian di Jalan Kebun...itupun polis halang dan sekat akhhirnya terjadilah..perhimpuan di KESAS HIGHWAY.

Thursday, 22 January 2009

Himpunan 100,000 Rakyat untuk Gazza

Dear all,

Please take note that gathering at Dataran Merdeka to be held on Friday, 23rd January has been postponed.

BEBASKAN GAZA HAS BEEN POSTPONED DUE TO CIRCUMSTANCES BEYOND OUR CONTROL

New date will be announced shortly.Please spread the word.Thanks


====================================================

Di atas adalah makluman rasmi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur bagi perhimpunan yang dicadangkan diadakan pada 23hb Januari 2009 di Dataran Merdeka. Pihak Penganjur bagi program ini ialah COMPLETE : COALITION OF NGOs AGAINST PERSECUTION OF PALESTINIANS.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui mengenai event ini...namun banyak usaha telah dijalankan dan JK Penganjur memang committed untuk melaksanakan dan mempromosikannya sekiranya berhasil...namun banyak hikmah di sebaliknya..mungkin ada ruang masa, tempat dan peluang yang lebih baik bakal Allah sediakan untuk kita demi untuk bersama menyemarakkan perjuangan membela nasib tanah suci umat Islam dan rakyat Palestin yang dizalimi.

Di bawah pula ialah kata-kata yang dipetik dari tulisan oleh IR Haji Zairulshafuddin, naib Presiden JIM selaku Pengarah bagi program ini

Namun kita berundur 1 langkah kebelakang untuk melonjak beberapa langkah ke hadapan, Insya ALlah.

Oleh itu kita tangguh dulu & kumpulkan tenaga utk minggu hadapan Insya ALlah.

Wednesday, 21 January 2009

Bakar lilin, Permit Polis....Untukmu Palestin...

Petang tadi saya menemani suami saya ke IPD Dang Wangi di Jalan Stadium. Tujuan ke sana ialah untuk memohon permit untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka pada hari Jumaat ini!...23hb Januari...InsyaAllah kalau dapat permit on la program ni...UNTUKMU PALESTIN.

Inilah kali pertama saya turut sama berurusan untuk memohon permit bagi tujuan mengadakan perhimpunan. Kami di arah menemui Ketua SB di sana. Wah...tension juga bila melihat tanda-tanda kawasan 'Cawangan Khas'...terserempak juga dengan seorang SB yang sentiasa ada bersama kami setiap kali GMI mengadakan sidang akhbar mahupun aktiviti lain. Oleh kerana saya memasuki kubu kuat mereka maka haruslah saya menjaga adab-adab ketika berada di sana..

Sebelum ini pada 10 Januari saya dan 20 orang yang lain juga telah dihantar ke sana setelah ditangkap. Tapi kali ini tujuan ke sana adalah berbeza. Bukan senang bila kita hendak mengadakan sesuatu program. Perlu memohon permit polis...bermakna perlu mengadap pegawai polis yang bukan berpakaian seragam in other words..Pegawai Cawangan Khas, di samping perlu mengikut prosedur biasa iaitu mengisi borang.

MALAYSIA BEBAS DARI ISA....INSYAALLAH...Teruskan perjuangan....

Banyaklah soalan yang ditanya bertalu...siapa penganjur, persatuan berdaftar atau tidak, program macam mana, ada ceramah atau tidak, siapa yang dijemput dan macam-macam lagi...sabar saja suami saya melayan dan menjawab semua soalan-soalan SB tu...saya pula...amat stress dan boring...nasib baik ada 2 naskah suratkhabar di hadapan saya untuk saya ulang dan ulang tengok dan baca....

Asiah memerhatikan lilin-lilin besar dan cantik yang dinyalakan...cantikkan ummi..jom bawa balik satu:)

Tetapi di antara soalan-soalan yang ditujukan kepada suami saya sebagai wakil pihak penganjur, soalan yang paling terkesan pada diri saya yang membuat saya rasa nak tergelak terbahak-bahak dalam hati saya ialah....."ada bakar-bakar lilin tak?????"....ha...memang kelakar untuk saya...hanya kerana saya terkenangkan peristiwa yang menimpa saya dan hampir seratus orang yang lain yang menghadiri Anti War Candlelight Vigil di Dataran Merdeka pada 10hb Januari lalu yang berakhir dengan tangkapan.

Peserta berkumpul sambil menanti kedatangan rakan-rakan bloggers yang baru pulang dari berjuang di PRK KT..antara mereka ialah Raja Petra, Zorro dan Haris Ibrahim

Ianya juga membuatkan saya teringat kembali tentang beberapa siri Candlelight Vigil yang diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang terpaksa berakhir dengan paksaan oleh pihak polis. Paling terkini ialah Vigil yang diadakan pada hari Ahad yang lepas yang saya, Cikgu Laila, Ammar, Asma' dan Asiah juga turut serta. Pada malam tersebut sekali lagi begitu ramai sekali tenaga polis dan FRU terpaksa dikerah untuk menghalau kami keluar dari kawasan Dataran MPPJ tersebut. Sebaik semua berkumpul, berpuluh2 orang polis telah datang meluru dan menjerit-jerit dengan kasar mengarahkan semua untuk beredar..."Ini adalah satu perhimpunan HARAM..semua diarahkan bersurai atau polis akan menyuraikan dengan kekerasan!!!!"...begitulah berkahirnya satu program yang cuba diadakan bagi mengingati 43 orang lagi tahanan ISA yang masih merengkok di KEM TAHANAN KAMUNTING...seorang darinya telah memasuki 8 tahun lamanya dan 2 orang lagi merengkuk selama 7 tahun...dan masih menghitung hari-hari bilakan mereka akan dibebaskan.


Polis sedang mengeluarkan arahan...lelaki yang di hujung dan berpakaian biasa itulah yang menjerit-jerit ke arah peserta macam dengan apa lagi!!!

Perhimpunan dan Vigil pada malam tersebut juga diadakan bagi meraikan kemenangan rakyat dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang membuktikan ramai rakyat inginkan kepimpinan yang Bersih dan Adil yang boleh membela nasib rakyat dan bukan hanya untuk menjaga kepentingan diri dan kroni sahaja.

Ramai tu Polis...ada ramai lagi yang berpakaian biasa dan bervest Hijau di sekeliling

Berbalik kepada kisah pertanyaan ketua SB samada acara bakar lilin ada atau tidak dan kisah vigil di MBPJ yang diganggu polis, saya telah menceritakan perkara ini di dalam mesyuarat GMI yang baru saya hadiri. Kebetulan Lateefa Koya seorang peguam yang juga ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya memaklumkan bahawa sebenarnya mereka Ahli Majlis telah pun memberikan kebenaran untuk aktiviti Vigil dan aktiviti lain diadakan di dataran MBPJ. Mereka malah telah juga bersetuju untuk kawasan tersebut digunakan sebagai 'Speakers Corner'. Tempat tersebut saya rasakan sesuai untuk dijalankan aktiviti keramaian sebegini kerana ianya jauh dari jalan besar dan berada di kawasan yang agak lapang. Sudah tentu ianya tidak akan menganggu orang yang ramai dan juga lalu lintas.

Makanan turut dibawa secara pot luck...disusun atur sebelum semua datang untuk makan tapi akhirnya terpaksa dibawa pergi

Namun apa yang paling sukar diterima kenyataannya ialah kenapalah polis harus meletakkan dan menghantar begitu ramai sekali tenga kerjanya di sana. Lebih menggusarkan lagi, mereka terus berada di sana sehingga begitu lama sekali. Ini kerana setelah polis dan FRU menghalau kami keluar dari kawasan Dataran MBPJ, semua peserta telah berjalan keluar beramai-ramai dan menuju ke jalan besar untuk menghala ke sebuah restoran di pawagam LOTUS yang berdekatan untuk berkumpul dan acara makan-makan kerana ramai peserta yang telah membawa bersama makanan untuk dikongsi bersama. Polis dan FRU terus mengubah posisi dan menutup jalan utama di jalan berdekatan....memang teruk betul prasangka pihak polis terhadap peserta vigil yang aman.

Kawasan lapang di hadapan Bangunan MBPJ di Dataran MBPJ...sangat sesuai untuk diadakan aktiviti di waktu santai

Renungkanlah gambar-gambar Candlelight Vigil pada 18hb Januari yang disertakan dan lihat sendiri kehadiran peserta-peserta yang bersungguh datang menunjukkan sokongan dan solidarity.

Cuba untuk negotiate dengan polis...tapi tak berjaya..tempikan yang diterima...kami cool saja...anak-anak pun tak takut sebab kami tak bersalah...

Moga pihak polis boleh lebih bertolak ansur dan dapat mengenal siapa sebenarnya penjahat, penjenayah.

Sempatlah bergambar dengan RPK mangsa ISA dua kali...sewaktu dahulu RPK pernah secara direct membantu PSK-GMI dalam menjalankan kempen termasuk kejayaan kami ambush Mahathir di Kubu UMNO PWTC ketika Persidangan Agong UMNO di tahun 2002...lama dah tu..Asiah masih baby lagi..

Sekali lagi berbalik kepada proses permohonan permit tadi, setelah selesai melalui proses 'soal-siasat' dengan 2 orang SB tadi, kami telah diminta supaya pergi ke satu department yang lain untuk satu lagi prosedur iaitu mengisi borang permohonan. Prosedur wajib juga. Kami pun menuju ke pejabat perlesenan, di sana kami menemui seorang pegawai polis yang sebenar iaitu yang beruniform. Beliau menyapa mesra dan ramah, dan terus mengatakan.."Oh...program untuk GAZA ya..okay, tak pa, tak pa...biar saya uruskan...bila program ni?...Jumaat ni ya..okay..okay tak apa..esok saya akan uruskan jumpa OCPD..petang sikit boleh hubungi saya..encik dah jumpa DSP **** ye...okay, bagus..bagus. Saya akan uruskan"....dan suami saya tidak pula perlu mengisi apa-apa borang ketika itu...jimat masa kami..moga segalanya dipermudahkan.

Bakar lilin dalam truck polis....

Hah....lega sedikit rasanya....namun kami masih menaruh harapan agar ianya menjadi kenyataan dan polis dapat memberikan permit...memang benar...masa yang pihak penganjur letakkan begitu teramat singkat sekali...memang begitulah kenyataan nya kini...apa yang berlaku kepada rakyat Palestine jua...segala keganasan dan kezaliman berlaku dengan pantas tanpa perlu diberikan sebarang amaran...IKUT SUKA ISRAEL...ISI...kita pula ISA....ha..ha...ISA kalau dah kena...maka tahanan dan ahli keluarga akan dicengkam dengan kezaliman bertahun-tahun lamanya...bagi tahanan ISA...kezaliman hanya nyata pada mereka ketika mereka disiksa oleh SB-SB dengan bertubi-tubi...nak menghayatinya..silalah tonton teater BILIK SULIT yang akan menemui penonton di beberapa tempat...terakhir ialah di Pulau Pinang...yang akan datang pada 6,7 dan 8 February ialah di Bandaraya Ipoh pula....bagi pihak keluarga pula..kezaliman nya mungkin tidak jelas nyata di mata kita namun hanya mereka yang merasainya..kita hanya tumpang merasa........................

....Akhirnya....kami terpaksa menegaskan kepada SB tu bahawa program ingin diadakan purely untuk perjuangan dan tanda solidarity untuk rakyat Palestine...untuk membangkitkan kesedaran masyarakat...untuk masyarakat terus mengutuk kezaliman Israel, apatah lagi dengan taktik pengunduran sementara pihak ISRAEL Laknatullah ini...jadi berilah kepada pihak penganjur peluang ini...

Memang diikutkan hati tidak ingin saya menemui dan terpaksa melalui proses 'interogasi' ini bersama suami...tapi apa nak buat...ini undang-undang dan prosedur dunia yang perlu dilalui..tak mohon permit salah...dah pohon..belum tentu pulak akan diluluskan...namun saya yakin ianya akan berjaya diluluskan kerana kita semua benci kezaliman!!!!!

Oh...Malaysia Tanah Air ku....

Tuesday, 20 January 2009

Polystyrene containers...should we ban?

Selepas menghantar anak ke sekolah tengahari tadi, saya dan suami singgah sebentar di UIA Gombak. Sekolah Rendah Islam Al-Amin terletak berhampiran dengan UIA. Kami singgah untuk makan dan jalan-jalan melihat aktiviti yang terdapat di sana.

Apa yang ingin dikongsi ialah berkenaan dengan penggunaan bekas makanan dan minuman dari jenis polystyrene. Polystyrene containers ini digunakan sepenuhnya di cafe UIA di kawasan berdekatan dengan MAsjid UIA. Bermakna pinggan atau cawan plastic atau kaca lansung tidak disediakan. Mungkin untuk memudahkan pengurusan mereka supaya tidak perlu membasuh, boleh berjimat dari segi penggunaan air, sabun dan tenaga kerja. Sudah tentu penggunaan bekas polystyrene ini lebih menguntungkan untuk penjual....tapi pada hakikatnya bagaimana pula kesannya kepada pengguna.

Kemungkinan ramai yang tidak menyedari bahawa polystyrene ini adalah satu bahan yang merbahaya pada kesihatan dan alam sekitar. Namun bagi yang mengetahui termasuk diri sendiri yang menulis ini, belum ada kemampuan dan pengorbanan dalam diri sendiri untuk memboikot penggunaan bekas ini.

Saya menyedari bahawa sekitar beberapa bulan yang lepas saya pernah melihat gambar-gambar kenyataan yang terpampang di sekitar cafe di kawasan yang sama untuk menggalakkan pelanggan menggunakan bekas yang biodegradable...bekasnya diperbuat dari bahan seperti kertas dan berwarna coklat. Ada bekas untuk take away dan juga pinggan yang boleh digunakan di cafe di sana. Pelanggan mempunyai pilihan ketika itu, iaitu membayar tambahan sebanyak 20 sen untuk bekas biodegradabale. Memandangkan sudah agak lama saya tidak ke sana, saya tidak pasti bila dan kenapa kempen penggunaan tersebut telah ditarik balik. Yang nyata kini penggunaan polystyrene containers digunakan secara maksimum. Tidak dapat dibayangkan berapa banyak longgokan sampah hasil buangan bekas2 tersebut setiap hari.

Baca petikan berita yang saya copy dari Malaysiakini berkenaan topik ini. Sama-sama kita renungkan samada kita ingin terus menggunakannya...dan apa pilihan yang kita ada, kerana di mana-mana sahaja bekas ini sahajalah yang ada digunakan di setiap gerai dan kedai.

"The government will not ban polystyrene products because of the all powerful business lobby. Therefore it is up to the people to ban it themselves."

Moga kerajaan lebih friendly kepada pengguna dari hanya memberi keuntungan kepada penjual..."PEOPLE BEFORE PROFIT"..penjual juga adalah pengguna. Apa-apa yang kita cuba lakukan dan perjuangkan hari ini adalah untuk keselesaan anak-anak dan keturunan kita yang akan datang...Fight Now...for your right!

Public should impose ban on polystyrene containers
Athi Veeranggan Jan 16, 09 1:57pm


The public should refrain from using polystyrene-made containers which have been discovered to be a cancer causing agent, the Consumer Association of Penang (CAP) said today.
Besides being a health risk, CAP president S M Mohamed Idris said polystyrene was also detrimental to the environment since its disposal generates huge amount of garbage.
"Research reveals that polystyrene takes about 500 years to degrade in the environment," he told a press conference in George Town.

He said since the government would not institute a ban, the public must self regulate themselves.

Like cigarettes, alcohol, gambling and gaming machines, Mohamed Idris said, the government had shown a lukewarm attitude in banning polystyrene products even though the World Health Organisation (WHO) has classified styrene as a cancer agent.

"The government will not ban polystyrene products because of the all powerful business lobby. Therefore it is up to the people to ban it themselves," he said.

Authorities must assistReferring to the coming Thaipusam and Chinese New Year festivals, he called on the relevant communities to avert using the polystyrene containers to serve food and drinks.

He also urged the relevant authorities to assist the public by banning the use of polystyrene containers at religious functions.WHO's International Agency for Research on Cancer (IARC) has classified styrene as a Group 2B carcinogen or cancer causing agent, possibly a human carcinogen.

Styrene is also a mutagen (that causes genetic changes). Mutagens in turn may have a cancer risk and may also potentially cause reproductive damage.

Studies have shown that exposure to small quantities of styrene can cause low red blood cells count.

Women exposed to low concentrations of styrene vapours in the workplace have a variety of menstrual disorders.Polystyrene packaging can sometimes be identified by the number '6' surrounded by chasing arrows or letters 'PS' usually moulded in the bottom of a food container.

Polystyrene packaging normally contains some residual styrene because the manufacturing process is not 100% efficient.Chemicals from polystyrene can migrate into food when it is new (because they have not fully polymerised or become part of the plastic) and when it is old because it breaks down from heat, sun or wear.

"The styrene migrated into food will end up in the body and eventually affect our health," said Mohamed Idris.

In Malaysia, cancer is the second biggest killer after road accidents, with some 40,000 new cases detected annually.

According to the National Cancer Registry, one in four Malaysians is at risk to contract cancer in his or her lifetime.

"Cancer has become like an epidemic now. Eliminating styrene in the diet would help reduce cancer risks among Malaysians," said Mohamed Idris.

Saturday, 17 January 2009

Moga "LANGIT TERUS CERAH BERSERI"

Langit cerah...biru lembut memayungi bumi...dahan-dahan pokok dibuai-buai oleh angin yang sepoi-sepoi menghembus alam....Indah sungguh pemandangan alam di sekitar Gombak dan Ulu Kelang pagi ini....Terbayang di mata...suasana begini tentu lebih indah terasa nikmatnya jika dapat duduk-duduk bersantai di balkoni chalet atau balkoni hotel di tepi pantai...

Tiba-tiba teringat juga...sekiranya bom-bom dan bedilan peluru yang melanda bumi kita, sudah tentu lenyap segalanya...moga Allah lindungi kita...moga kita dan seluruh rakyat tidak terus tunduk pada kuasa besar...moga rakyat sedar dan terus sedar dan berani melawan sekiranya pemimpin negara kita cuba menggadaikan tanah air dan harta kita kepada kuasa besar terutama sekali Amerika dan Israel...kini kerajaan kita sedang menghentikan seketika proses perjanjian FTA dengan Amerika. Perjanjian FTA ini telah pun ditentang hebat oleh banyak pihak dalam negara kita lantaran sifatnya yang bakal menggadai negara dan rakyat....Banyak hikmah yang Allah kurniakan kepada kita akibat peristiwa kekejaman tentera Israel ke atas bumi Palestin. Kini sudah timbul kempen-kempen beli barangan Malaysia..kunjungi pasaraya selain dari pasaraya yang melambangkan kekuasaan negara HARAM Israel seperti TESCO.

Radio seperti IKIM sudah berani dengan terang-terangan menyebut dan mengajak kita memboikot barangan yang menyalurkan keuntungan mereka kepada ISRAEL dan Amerika seperti Mc Donalds, Coca Cola, Pizza Hut, jangan minum di STARBUCKS dan macam-macam lagi....

Topik perbincangan yang hangat kini sudah tentu mengenai Palestin dan Israel. Anak-anak sekolah yang masih kecil juga tidak kurang pekanya mereka akan isu ini. Asiah, anak kami yang berumur 8 tahun, pagi tadi membuka bicara tentang isu Israel, Palestin dan Boikot ketika kami dalam kereta keluar untuk bersarapan di luar.


"Umi, kawan Asiah kata, kalau makan Mc Donald, daging dia, makanan dia haram"...

"Bukan macam tu..Asiah. Makanan dia tak haram...boleh dimakan, tapi cuma kita tidak boleh membeli barangan di Mc Donald, sebab hasil jualan Mc Donald akan diberikan pada Amerika dan Israel. Kita tak boleh menguatkan ekonomi negara yang nak menghancurkan orang Islam"...jawab ummi Asiah.

"OO..kalau macam tu bila kita bayar dia terus bagi pada Israel la?"...Asiah tanya lagi..

"Nantilah...bila balik nanti, ummi ambil pen dengan kertas ummi explain pada Asiah okay"....Ummi cuba mengelak dari jawab panjang lebar sebab ummi sedang sakit kepala dan perut setelah terkena food poisoning sejak dua hari lepas, begitu juga abah Asiah. Tetapi 3 orang anak di belakang masih lagi heboh membahas topik-topik semasa seperti apa yang mereka lalui bersama-sama kawan-kawan di sekolah.

Alhamdulillah, semoga semangat ini akan berterusan dan berkekalan...semangat kesedaran, semangat setiakawan, ukhuwwah..."bila satu anggota badan sakit, seluruh tubuh turut merasakan kesakitannya"....Sekiranya semangat ini terus kekal sudah tentu tidak mudah untuk umat Islam dikalahkan, dan tidak mudah untuk kaum yang membenci umat Islam untuk menjajahi kita lebih-lebih lagi pemikiran anak-anak muda kita...

Semoga kita semua selamat bersama ISLAM dan terus mempertahankan ISLAM dari musuh Islam.

Thursday, 15 January 2009

We will not go down (Song for Gaza)

Hai..friends and readers..

I am sharing with all of you this song of hope....for the Palestinians...

I came across this beatiful song and video clip from this blog...a mother from GAZA http://a-mother-from-gaza.blogspot.com/
WE WILL NOT GO DOWN
TONIGHT WITHOUT A FIGHT...
WE WILL NOT GO DOWN
IN GAZA TONIGHT...

Ya...mereka di bumi Palestine terus menerus berjuang mempertahankan bumi Palestine dengan darah, keringat dan air mata.

Saya baru saja sahaja pulang dari Himpunan Membantah Keganasan Israel di Taman Melewar. Penceramah jemputan ialah seorang Pelajar wakil dari HAMAS...beliau mengharapkan kita terus menerus memberikan sokongan...mengatakan dan membincangkan isu-isu Palestin di mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja agar isu kezaliman ISRAEL terus segar dan disedari oleh ramai pihak..Ianya memberikan semangat untuk mereka terus berjuang mempertahankan Bumi Palestine hingga mereka berjaya akhirnya..hingga kita semua bisa kembali bersujud di Masjidil Al Aqsa..Kiblat Pertama kita...

Beliau menceritakan bagaimana penderitaan penduduk Palestine kini yang bukan sahaja sudh tidak ada kemudahan asas..rumah yang musnah, ubat-ubatan...malah bekalan makanan sudah tiada lagi hingga mereka terpaksa MENGUTIP RUMPUT DI JALANAN...DIREBUS UNTUK DIJADIKAN BAHAN MENGISI PERUT MEREKA BAGI MENERUSKAN KEHIDUPAN MEMPERTAHANKAN TANAH SUCI UNTUK UMAT ISLAM SEDUNIA...

Jadi apakah kita boleh hanya mendiamkan diri....lakukan sesuatu...jangan kita saling memperlekehkan sesuatu yang cuba diakukan oleh orang lain...kita semua boleh menyumbang...kita semua boleh kembali kepada Allah...bersujud, berdo'a dan bermunajat...Inilah hikmah di sebalik segala kejadian...kembali kepada Allah...berihkan diri...dekatkan diri dengan Allah...tinggalkan segala perkara yang mungkar...hentikan perbalahan...

Hentikan guna produk keluaran AMerika..Israel dan sekutunya...boikot...boikot...demonstrasi...unjuk rasa benci...macam-macam lagi teruskan usaha...

Hayati lirik di bawah...saya dapati dari blog sahabat http://memoth.blogspot.com/

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

http://michaelheart.com/Song_for_Gaza.html

Wednesday, 14 January 2009

Barangan Untukmu Palestine

"Kakak, nak tanya sikit boleh...." tegur seorang pegawai polis yang kelihatan masih muda kepada saya. Ketika itu saya dan beberapa orang teman yang ditangkap oleh polis di Dataran Merdeka sedang menunggu teman-teman yang lain selesai disoal-siasat.

Saya segera menoleh ke belakang melihat polis yang beruniform yang menegur saya. Rupanya dia sejak dari awal sudah berada di situ dan memerhati kami. Tidak pasti samada menunggu waktu untuk pulang atau ditugaskan untuk mengawal kami. Kerana ketika kami ditangkap dan dikurung sekiranya kami ingin keluar ke tandas atau keluar untuk menunaikan solat akan ada pegawai polis yang ditugaskan mengiringi kami....Prosedur...

Saya menjawab teguran polis tersebut..."Boleh, tanyalah...kenapa?"....jawab saya kepadanya..

"Kat mana kakak dapatkan kain tu?"...sambil menunjukkan ke arah kain berlambangkan Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang saya sarungkan di leher saya sejak tadi...kerana kami berdemo Candle light Vigil bagi menyatakan sokongan dan solidarity kami kepada rakyat Palestine yang dizalimi.

"OOO....kain ni...ha..ini tak dapat dibeli di tempat lain. Buat masa ni kakak hanya tahu dan nampak JIM saja yang jual. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia. Sekarang ni dah habis. Kena tunggu dulu dia orang order. Jauh ni....dari Syria"...Alhamdulillah, maklumat ini saya dapat dari Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin,Naib Presiden JIM,JK Perhubungan Antarabangsa ketika menghadiri kursus TOPS, Training of Palestine Speakers pada sebelah siangnya.

"Oh..ye ke..macamana saya nak dapatkan tu.."...berminat betul nampak gayanya dia.

"Kenala tunggu sampai barang tu ada, boleh lah order dan call ke pejabat JIM atau pergi sendiri ke pejabat JIM untuk beli"...saya beri saranan kepada dia.

Dia menceritakan kepada saya yang dia ada menghadiri Demo di Masjid Negara kerana bertugas tetapi tidak nampak ada orang menjual dan dia juga telah ke program Rapat Umum untuk Gaza di Stadium Malawati Shah Alam, tetapi hampa juga kerana tiada sesiapa yang menjualnya.

Memang benarlah agaknya hanya JIM sahaja yang menjualnya buat masa ini...sepanjang pengetahuan saya yang cetek ini.

Oleh kerana dia kelihatan sangat 'serius' dan jujur berminat dengan kain tersebut akhirnya saya offer untuk memberikan kain yang tersarung di leher saya kepadanya. Tersenyum gembira dia, tetapi saya katakan kena tunggu hingga selesai semua sahabat kami keluar dari proses interogasi. Dia pun menyuarakan rasa kesalnya kenapa lah kami semua ditangkap.

Entahlah..saya yakin dia ikhlas...dan atas pengalaman saya yang sedikit ini saya rasakan pegawai polis yang beruniform ini agak lebih sopan dan baik...jauh berbanding dengan pegawai polis yang tidak memakai uniform ini. Mereka yang menyembunyikan identiti mereka...mereka yang suka membuat provokasi di dalam sesuatu perhimpunan haram. Seperti apa yang berlaku kepada kami malam tersebut. Ketika proses negotiation berlaku di hadapan...SB-SB dibelakang telah mengepung dan menghimpit kami. Ada di antara mereka telah merampas barangan kami.

Berbalik kepada cerita kain Palestine tadi...di suatu program lagi di Stadium Tasik Titiwangsa pula...seorang siswi berlari sambil tersenyum-senyum mendapatkan saya...soalan yang sama yang saya terima...

"Nak tanya kat mana dapat kain tu"....
"OO...buat masa ni JIM saja yang jual....bla...bla.."...dialog saya sama seperti di atas, tapi kali ini saya tidaklah mempelawa untuk menyerahkan the one yang saya pakai, tapi saya terus nyatakan no telefon pejabat JIM kepada adik tu..

"Ha...adik call no ni...03-41089669"...dengan lancarnya tanpa perlu merujuk ke directory..:)
"Wah...hafal no tu.."...excited adik tu nak tahu.

"Call no ni, then order dari mereka..mesti mereka boleh tolong postkan atau pergi saja ke pejabat JIM tu, ada banyak barangan lain lagi yang mereka jual"...kemudian kami pun beredar dan berpisah melihat-lihat lagi barangan yang dijual yang boleh dibeli sambil menderma.

Ya...untuk sahabat yang membaca entry ini dan teringin memiliki beberapa barangan keluaran JIM yang berkaitan dengan Palestine boleh terus hubungi pejabat JIM atau terus saja ke pejabat tersebut. Maklumat seperti di bawah:

Pertubuhan Jamaah Islaj Malaysia (JIM)
Lot 300.3, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
Telefon : 03-41089669

JIM juga mempunyai satu centre khusus mengenai isu Palestine iaitu Palestine Centre of Excellence (PACE). PACE mempunyai ramai trainer dan penceramah yang boleh dijemput ke tempat anda di mana sahaja untuk menyampaikan ceramah kesedaran mengenai isu-isu Palestine. Pengarahnya ialah Prof Madya Dr Haji Hafidzi Mohd Noor yang amat peka dan pakar mengenai isu Palestine dan sejarah peperangan dan perjuangan Palestine. Layari laman web Lambaian Islah.

PACE juga mengeluarkan beberapa siri buku-buku khusus mengenai Palestine. Antara tajuknya seperti di bawah:

1. Al-Aqsa Dalam Bahaya
2. 20 Persoalan Asas Palestine
3. Penjara Jadi Pusara
4. Dalang di Palestine...HAMAS atau ISRAEL?
5. Menjejaki Pelarian Palestine di Lubnan..KEMBARA BEIRUT
6. Berdamai dengan Israel: Berapa Harganya?
7. ISRAEL Kenapa Dunia tidak boleh mengiktirafnya. Satu Sorotan Sejarah (1917-1948)
8. Rejim Zionis Selepas 60 Tahun Penjara Jadi Pusara
9. GAZA Diserang Catatan Sejarah perjuangan rakyat Palestine tahun 2006 hingga awal 2007
Jadi dapatkan barangan anda seperti di atas dengan segera...atau boleh memohon bantuan dari saya untuk membeli dan mengepos...:)

Tuesday, 13 January 2009

Haniya Yakin Menang dan Serukan Unjuk Rasa Besar-besaran di Dunia

Rakyat Palestine yang dipimpin oleh HAMAS akan terus tegak..tegar..mempertahankan tanah suci umat ISLAM...kita yang berada jauh dan sukar untuk mempertaruhkan nyawa kita di jalan ALLAH...dapat meneruskan perjuangan dari jauh....menyumbang, INFAQkan harta kita, boikot barangan...benci ISRAEL dan sekutunya...Unjuk Rasa..Demonstrasi...pamerkan kita benci kezaliman dan mahu Israel hentikan kezaliman mereka... Gaza – Infopalestina: Info Palestine

Ismael Haniya, PM Palestina di Jalur Gaza menegaskan keyakinannya bahwa kemenangan akan diwujudkan oleh pihak Palestina melawan kejahatan Israel di Jalur Gaza. Ia memberikan penghargaan kepada rakyat Palestina yang tegar menghadapi kejahatan Israel.

Soal mekanisme menghadapi kejahatan Israel ini, Haniya menegaskan pimpinan Palestina di Jalur Gaza menghadapinya dengan dua jalur; diplomasi dan perlawanan dengan tegar. Ia menghargai pola perlawanan tegar yang dilakukan oleh perlawanan Palestina dan tidak mudah menyerah.

Sementara jalur politik diplomasi, Haniya menegaskan bahwa pihaknya bergerak dan memberikan apresiasi positif yang menghentikan kejahatan Israel terhadap rakyat Palestina. PM Palestina ini mengungkapkan kepercayaanya bahwa rakyat Palestina akan menang dalam perang ini. Sebab mereka menghadapinya dengan penuh kesabaran dan tegar.

Ismael Haniya memberikan apresiasi kepada aksi unjuk rasa publik luas di dunia dalam memberikan solidaritasnya kepada rakyat Palestina di Jalur Gaza menghadapi kejahatan Israel. Ia menegaskan bahwa unjuk rasa itu harus terus dilakukan dan diperluas sebab penjajah Israel masih terus melakukan pembunuhan pagi dan petang.

Haniya juga memberikan apresiasi kepada tim relawan medis yang masuk ke Jalur Gaza untuk memberikan sumbangsih dan mendukung Jalur Gaza di sisi kesehatan dan melakukan sejumlah aksi kesehatan di sana. (bn-bsyr)

Selingan tapi tetap BENCI ISRAEL!!!!

Hari ni...entry selingan sedikit....

Ada banyak masa untuk diluangkan untuk membaca dan menulis...
Sedang berada di Service Center...nak service kereta yang dah over limit untuk diservice...tak boleh melanggar hak kereta ni dan hak penumpang penumpangnya...buruk padahnya..
Appointment at 10.00 am....tapi keluar rumah dah at 9.45am...kena pulak terpaksa pergi ke service centre di Petaling Jaya...service Centre di Cheras yang biasa dikunjungi terpaksa lalui waiting list yang lama, another 2 weeks baru boleh service...tu lah akibatnya sebab ambil kereta pelik2 ni...but this car sangat lasak dan tidak memberikan terlalu banyak masalah. Namun dari segi harga..untuk dijual semula...a very no way lah...pakailah sampai lunyai...sebab harganya jatuh dengan begitu teruk...keretanya...ada kawan saya panggil...van Ais Krim...ada ke patut...tapi kalau kereta yang digunakan oleh syarikat pest control tu memangla agak common...
Oleh sebab saya tidak pernah ke service centre ni...tadi saya ambil masa almost 30 mins utk melilau sana sini cari tempat just because I have missed the right turn...memang tension..but I remain cool saja...terpaksa cari kedai minyak untuk isi minyak dulu....Alhamdulillah..lately sejak harga minyak diturunkan...I can smile...when looking at the meter...when I filled up RM50...the pointer melepasi lebih dari takuk half...lega...kalau dulu memang sedih dan geram..
Lega...bila sampai ke service centre ni...dapat layanan 'first class' gak...siap tolong dibukakan pintu utk masuk ke dalam...maybe they knew that I was the one who called them few times asking for the direction....duduk dan dilayan dengan sopan...hilang sikit rasa penat dan lansung tak ada rasa nak marah....the toilet is clean..customer lounge nya amat selesa..ada la biskut dan minuman panas..yang penting saya boleh 'berinternet'..
And now duduk2 lepak...mengisi masa yang terluang...mungkin ambil masa yang lama hingga ke petang...and, I have made my self ready untuk tunggu hingga ke petang...tak ada shopping complex yang berdekatan utk diziarahi...tapi...the staff kat sini dah offer...if I wish to go to any place around here...just inform them and they will arrange a transport for me...a good offer...tapi buat masa ni I just stay here...boleh cari maklumat2 berguna dalam internet about the current issues which I can share in my blog...InsyaAllah...

Buat masa ini dan seterusnya...terus tetapkan hati membenci kezaliman yang melata di bumi kita dan terutamanya kezaliman yang menimpa rakyat Palesine.
BOIKOT BARANGAN yang MENYUMBANG KEPADA NEGARA HARAM ISRAEL...
Jangan Beli Coca-Cola....lagipun ianya tidak baik untuk kesihatan..
Hentikan merokok segera.....IAnya HARAM
Jangan melepak dan minum di STARBUCKS...banyak lagi kedai lain yang boleh dikunjungi.

Monday, 12 January 2009

DO IT NOW....HELP THE PALESTINIANS......SHOW YOUR SUPPORT!!!

Saya copy and paste catatan di bawah dari emel yang diterima dari seorang kawan....kerana saya rasakan ianya menarik untuk dikongsi bersama...bukan hanya untuk bacaan tetapi lebih kepada tindakan yang terdaya dan sedaya kita lakukan bagi menunjukkan rasa kebencian terhadap....Negara Haram Israel yang cuba menghancurkan Tanah Suci umat Islam dan membunuh hingga pada hari ini sahaja hampir 850 nyawa dengan zalimya...sebahagiannya adalah anak-anak kecil dan wanita....SAMADA PENDUDUK PALESTINE DIBIARKAN MATI...GUGUR SYAHID SECARA PERLAHAN-LAHAN LANTARAN PENUTUPAN SETIAP JALAN KELUAR MASUK ATAU MATI SEGERA LANTARAN BEDILAN DAN PENGEBOMAN TENTERA JAHANAM ISRAEL...

Jadi..usah persoalkan lagi....lakukan apa yang terdaya selagi terdaya........DO IT NOW!!!!!


Assalamualaikum,

Semalam 9 Jan 09, akhirnya tercapai juga cita-cita saya nak pi demo di kedutaan Amerika Syarikat. Marah sungguh, mendidih sungguh jiwa ini, panas membuak-buak bila melihat berita-berita menyayat hati saudara-saudara seagama kita dibunuh dan dislaughter hidup-hidup di bumi Palestine sana. Sudah tujuh lapan ratus orang dah terkorban, kalau setakat demo kat masjid di kampung-kampung saja, dah tak ada kick rasanya, nak kena pi direct ke kedutaan depa.

Banyak sudah ditulis orang dalam internet/blog/ artikel berkenaan bab Palestine ini; saya hanya org biasa dari pedalaman Padang Dan, Ulu Baling Kedah, x reti nak tulis dan ulas canggih-canggih macam depa dok tulis nu, cumanya saya nak catat di sini suara hati drpd perspektif saya sendiri.

Semalam Jumaat 9 Jan 09, saya dengan 3 org lagi kawan kami bertolak terus dari Kedah ke Kuala Lumpur. Nak habag betoi la, saya bukannya reti sangat jalan-jalan di KL nu, saya cuma tau jalan Baling/Sik/Sg Petani/Gurun Alor Setaq saja, kalau KL - tiap kali pi memanjang sesat.

Kami bertolak lebih kurang jam 7:45 pagi dari Kedah; on the way saya tanya memba-memba dalam keta tu depa tau ka jalan nak pi KLCC; sorang pun x tau. Kemudian saya call sahabat di KL minta panduan. Dia habag kata dari Kedah hg mai straight, sampai tol jln duta, hang cari jalan Kucing, sampai roundabout, hg amik pukul 3, himpit kiri hang cari Jln Tun Razak, pi straight KLCC belah kanan hang.

So, dengan hanya berbekalkan clue tu, dan mungkin sebab hati kami memang ikhlas nak pi demo nak habag kat Amerika kata kami dari ulu Baling ni marah sungguh dengan dajal depa si Yahudi tu dok semelih saudara-saudara kami di Palestine sana nu, maka alhamdulillah dengan izinNya, kami x sesat pun, lebih kurang jam 12:15 tghari kami sampai straight ke KLCC. Cumanya tang parking tu ja x reti, jenuh musin, last-last termasuk terowong mana entah, nu dekat 3 tingkat parking bawah KLCC.

Bila naik atas, tercangak-cangak gak kami sebab sahabat tu kata hang parking KLCC lepas tu boleh terus pi solat di Masjid Al-Syakirin, masalahnya kami x sure tang mana jln keluar nak pi masjid tu, jenuh gak tawaf kat Isetan ka mana nu, last-last sampai gak kat Masjid.

Belum demo lagi pun, waktu sebelum jumaat, ustaz mana entah pi bagi tazkirah, start mola sampai habis dok habag pasal Palestine saja. Kemudian mai tang khatib, juga cerita Palestine. Lagi lah panas hati kami yg dah sedia panas ni, x sabaq-sabaq nak turun demo. Mai tang doa antara 2 khutbah, ustaz tu pi baca doa untuk Palestine gak, merintih-rintih hati ni, rasa x sabaq nak turun demo dah. Habis solat jumaat, tok imam bangun ajak semua org buat solat hajat untuk palestine.

Habag betoi saya x kusyuk solat tu sebab waktu sujud last, kat luaq tu dah riuh puak-puak mana entah, dah mola dok HANCOQ HANCOQ, HANCOQ ISRAEL!! Habis salam, terus kami celapak pi.

Kami terus ke depan Tabung Haji, tempat di mana kumpulan COMPLETE (gabungan NGO yg diketuai oleh JIM) diminta berkumpul. Dari situ kami berarak ke kedutaan Amerika; saya berada dlm kumpulan yg tengah antara yg mola dan yg hujung, lebih kurang 5000 org rasanya. Waktu berarak tu, dlm group hat tengah tu sunyi saja, senyap x dak suasana demo, mungkin sebab panas atau pun mungkin sebab majoriti dlm group tu budak-budak mahasiswa, masih baru dgn alam demo ni. Tanpa disuruh saya terus pi jadi tekong, saya main bedal ja apa nak kata, depa-depa yg lain pakat ikut ramai-ramai:

Takbir! Allah hu Akbar 3X
Hidup Hidup, Hidup Islam,
Hidup Hidup, Hidup Palestine,
Jahanam Jahanam, Jahanam Israel,
Jahanam Jahanam, Jahanam Yahudi,
Jahanam Jahanam, Jahanam Amerika!!

Berulang-ulang kali saya bertempik jadi tekong x bertauliah tu - dan mcm biasa, mcm gak demo Iraq, demo denmark, demo minyak, demo tol, demo bersih dan lain-lain demo yg pernah saya turun sebelum-sebelum ini, sapa-sapa yg jadi tekong tak bertauliah ni, nanti zap-zap-zap "DEPA" mai tangkap gambaq. Tangkap pi lah peduli apa, janji saya puas ati, mai jauh dari Baling sana nu, kalau takat nak mai belarak tak kata apa, baik saya pi motong getah lagi baguih!!

Bila dah menghampiri pagar kedutaan Amerika, bila nampak bendera Amerika dok "megah" berkibar dalam pagaq tu, saya rasa dah mola naik Syeikh, dok habag kat diri sendiri "control munir control" , bukannya apa saya dok risau dlm keadaan panas dan letih mai jauh drive direct dari Kedah nu, saya risau takut jadi histeria ka apa pi balun kasut masuk ke dlm kedutaan tu, nanti tak pasal-pasal jadi berita utama CNN pula. Nasib baiklah saya tak naik syeikh sampai tara tu; kot mana pun mungkin sebab stress sangat, secara tiba-tiba sebelah badan saya kat area tulang ribs, dia jadi jem jadi krem, nak tarik nafas pun susah, terus saya stop dan pi ke tepi, x habag pun kat memba, rasa mcm nak kena stroke, panik gak la.

On the way back baru saya habag kat kwn-kwn, saya kata kalau saya terus pengsan gol kat situ, saya harap akan dpt pahala syahid ka apa. Sorang memba tu gelak, dia kata awat hg x gol, kalau hg syahid baguih gak, boleh kami tumpang syafaat hang - ha, pandailah buat lawak. Kot mana pun, sapa-sapa nak turun demo, elok exercise sikit sehari dua before, tambah-tambah yg berusia mcm saya ni, takut jem.

Waktu saya cari tempat nak rest sat tu kot, saya tertolak ke tepi pagar kedutaan, baru saya teringat antara cita-cita hati saya yg lama terpendam selama ni, dan kebetulan habuk masuk mulut pun; terus PTUIH! nah amik hang tercapai juga cita-cita saya nak ludah pintu pagar rumah Pak Menakan Israel tu.. (Waktu drive balik tu saya rasa puas hati sungguh, mcm tercapai dah misi demo kami hari tu, x sia-sia pi drive jauh-jauh dari Kedah sana nu).

Penutup cerita, waktu berenti solat maghrib di RR Tapah, bila tengok saya pakai baju SAVE PALESTINE, sorang pakcik beruban kat luaq Surau tu dia terus sembang bab Palestine. Saya saja la habag kata kami baru balik drpd berdemo di kedutaan tu; di x puas hati, dia kata dia hidup dekat 60 tahun dah, bab Palestine x leh selesai dengan demo-demo ni; dengan kata lain demo-demo ni tak ada gunanya. Saya senyum ja lah, malas nak layan org-org tua mcm tu.

Bila saya habag kat kwn saya dlm keta lepas tu, kawan saya tu kata: La, awat hang tak habag kat aku, kalau aku ada kat situ, aku nak suruh dia mengucap balik, amik semayang pi naik solat balik.

Pasal apa? kawan saya tu kata, itu dah melibatkan bab Aqidah.

Kwn saya ni x mcm saya, saya ni mengaji sekular ja, x reti sangat bab-bab agama ni; yg saya taunya ada org alim mana entah pernah habag kat saya, dia kata kita dengan isteri kita, asalnya x ada ikatan apa-apa, tapi sebaik sahaja keluar lafaz "AKU TERIMA AKAN NIKAHNYA.... sekian sekian", maka dengan lafaz tu, terus terikat kita dgn isteri kita jadi suami isteri sah dari kaca mata Islam.

Org alim tu habag lagi kat saya, dia kata:

"Macam tu gak dengan Lafaz Dua kalimah Syahadah. Sekali saja hang mengucap Dua kalimah tu, maka secara otomatik, sah drpd kacamata Islam hang terikat sebagai saudara dengan semua org yang mengucap Dua kalimah Syahadah tak kira la depa dok di KL ka, Baling ka, Kedah ka, Malaysia ka, Palestine ka mana ka"

Mungkin disebabkan oleh aura Dua kalimah Syahadah tu kot, maka saya yg dok di Baling ini rasa sakit hati sungguh bila tengok org-org yg ada satu kalimah Syahadah dengan saya dibom dan dibunuh di Palestine sana nu. Hebat sungguh rupa-rupanya "daulat" Dua kalimah Syahadah ni!

Bila saya tanya kwn saya pasal aqidah tu, dia habaq kat saya dalam kitab Sahih Muslim, Nabi Muhammad SAW ada bersabda, maksudnya:

“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh anggota lain turut berjaga malam dan demam”

Persoalannya, di kala saudara-saudara kita di Palestine sana merasa sakit, apakah kalian di Malaysia ini turut merasakannya? Jika tidak ada apa-apa rasa, maka tepuklah dada tanyalah selera. Jika tidak, turunlah berdemo sebagai menyatakan bantahan kita terhadap kekejaman yg dilakukan ke atas saudara-saudara kita ini.

Again, saya x pandai menulis, x reti nak mengulas macam org lain. Cuma saya berharap akan ada sebaris dua drpd tulisan saya ini yang mampu mengubah hati kita, mampu mewujudkan kesedaran dan awareness tentang kenapa perlunya kita semua mengambil berat akan isu Palestine ini.

Depa-depa di Palestine diuji dengan bom dan peluru, gugur mereka gugur sebagai shuhada, kita pula diuji dengan harta dan kemewahan, nak bantu ka tak nak bantu terpulanglah kpd kita. Kalau nak bantu, turunlah berdemo, kalau tidak pun, hulurkanlah sumbangan kepada mana-mana tabung yg diiktiraf. Dan yg penting, mcm kata Ustaz kat Masjid As-syakirin tu, hulur-hulurkanlah doa, itu yg paling mudah antara semua.

Sekian moga ada manafaatnya.

moniermatdin@ yahoo.com
10 Jan 2009
http://www.monierma tdin.blogspot. com

Sunday, 11 January 2009

21 arrested at anti-war vigil-malaysiakini




Video showing the incident last night...even when our elected Parliamentarians tried hard to negotiate that we were given time to show our solidarity to the Palestianians...the police still didn't want to listen and co-operate...while the police and the YBs were negotiating, the SBs behind us started to grab and rampas our placards and banners...they pushed and surrounded us...the video can really explained the situation we were in and how mad we were....YB Charles Santiago also appealed to the police not to arrest and let us demonstrate so as not to 'memalukan' our Perdana Menteri malaysia...but the police just DON'T Care!!!!

While the Education Minister even encouraged the students to demonstrate and show support to the Palestinians, we were being captured by our policemen...what else can we say about our Polis Di Raja Malaysia????.....double standard or what..read here as well...

...and...my son who is 13th years old are among those who were arrested and later being interrogated by the SBs...luckily our lawyers from the Bar Council really did a great job in helping us..

Thank you to all who came to the IPD to show support to all of us arrested including our family friends..Zahir Hassan and Family..friends from Jamaah Islah Malaysia...YB Ronnie Liu also came to support us...Thank you..

Selamat kan Palestine...Stop War...Stop The Killings!!!

Vigil anti perang, polis tahan 21 orang

Laporan dari Harakahdaily....laporan dari ummuasiah dan anak-Ammar yang ditangkap menyusul kemudian...baru tiba di rumah selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 11.30 malam, namun sebagai tanda solidariti kami menunggu ke semua yang ditahan selesai proses interogasi hingga jam 12.30 malam sebelum beredar keluar...anak saya Ammar berumur 13 tahun turut sama ditangkap dan diambil kenyataan, walaupun berkali-kali YB Charles Santiago memohon untuk polis melepaskannya...

Vigil anti perang, polis tahan 21 orang
Mohd Khalil Abdullah
Sat Jan 10, 09 9:03:01 pm MYT

TerkiniKUALA LUMPUR, 10 Jan (Hrkh) - Seramai 21 orang ditahan polis sebentar tadi di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur ketika orang ramai berhimpun untuk vigil anjuran Gabungan Anti Perang.

Menurut Norlaila Othman salah seorang aktivis yang turut ditahan, pihak polis telah membuat provokasi sehinggakan kumpulan yang berhimpun tidak berkesempatan untuk bersurai.

Sebelum itu, Harakahdaily dimaklumkan para peserta perhimpunan telah berhimpun di sekitar bangunan Majlis Peguam dan mula berarak ke Dataran Merdeka.

Ketika menghampiri kawasan Dataran Merdeka, para aktivis mula memasang lilin dan membuka 'banner' 'anti perang' tetapi telah dihalang oleh pihak polis atas alasan perhimpunan tersebut adalah perhimpunan haram dan tidak mendapat permit.

Ketika itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim cuba untuk berunding tetapi tidak dilayan.

Sementara itu, anggota cawangan khas yang turut berada di lokasi perhimpunan telah mula membuat provokasi dengan membuat bising,marah-marah dan merampas 'banner' yang dibawa.

Tambah Norlaila, setelah itu, seluruh kawasan tersebut telah dikepung oleh pihak polis dan tidak memberi peluang untuk para aktivis beredar.

Katanya, pihak polis kemudian telah mengeluarkan arahan untuk menangkap semua yang berkumpul.

Antara yang ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi ketika ini ialah Charles Santiago, Dr Nasir, Norlaila, Ahli Parlimen Kuala Langat,Abdullah Sani;Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM),S Arutchelvan;Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad; Aktivis PSM, Nashita dan anaknya Ammar. -

Thursday, 8 January 2009

Ayuh Bersama....Stop The War!!!!!!


HENTIKAN PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN SEKARANG!!!!

PANGGILAN ini bukan menyeru anda untuk KELUAR BERJIHAD atau menghadapi musuh di medan, tetapi yang perlu anda korbankan hanyalah tenaga!

Ayuh kita tunjukkan SOLIDARITI kita terhadap pembunuhan massa yang sedang berlaku di Gaza!


Tempat berkumpul:
Kompleks Tabung Haji,

Jalan Tun Razak(naik LRT PUTRA ke Ampang Park)

Wanita boleh singgah solat zuhur di surau Ampang Park

Waktu: 2 petang
Tarikh:9 Januari 2008 - Jumaat

Bawa kawan-kawan seramai mungkin, pakai pakaian seragam warna bendera Palestine - Merah Hitam Putih & Hijau, bawa kad manilla, mafla, button badge, apa sahaja yg menunjukkan keprihatinan pada Palestine.

Bilangan yang ramai menunjukkan kita prihatin dan bencikan kezaliman dan berani menyatakan benci kepada peperangan yang membunuh anak-anak, wanita serta rakyat yang tidak berdosa!!!!

LET US STOP THE WAR OF SILENCE!!!

Wednesday, 7 January 2009

Suara hati ini....

Seluruh dunia kini sedang mengikuti dan menghayati dengan penuh rasa sedar, marah, geram dengan apa yang berlaku dan menimpa bumi Palestine serta rakyat yang masih tinggal mempertahankan tanah air mereka. Kemungkinan untuk mereka keluar menyelamatkan diri dari negara tanah air mereka adalah sukar apabila semua pintu yang menhubungkan dengan negara berjiran telah ditutup dan disekat.......Mereka harus juga tinggal mempertahankan tanah dan bumi yang suci dan diberkati, tanah para anbiya', tanah yang terdapatnya Masjid al-Aqsa, masjid ke 3 paling suci bagi umat Islam.


"Bumi Baitul Maqdis juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari Kiamat.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka, dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan, dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala". Para sahabat bertanya: "Di manakah tempat mereka itu ya Rasulullah s.a.w?". Baginda s.a.w. menjawab: "Di Baitul Maqdis dan di aknaf (di bawah lindungan) Baitul Maqdis."

Di petik dari buku " Al-Aqsa Dalam Bahaya" tulisan Maszlee Malik, terbitan JIM International dan JIM Media.

Itulah kelebihan mereka yang tetap teguh tinggal mempertahankan bumi Palestine yang harganya lebih mahal dari nyawa dan jasad mereka...Mereka mempertahankan hak mereka..tanah air mereka...apabila ianya cuba dijajah dan dirampas maka wajib rakyatnya dan seluruh umat Islam mempertahankan hak tersebut, bukan sahaja umat Islam malah seluruh manusia harus mempertahankannya dan menjahamkan makhluk jahat yang cuba menzalimi mereka....

Kini sejak kezaliman Israel menjadi-jadi dan kejam sekali membunuh manusia maka kita semua bangun melawan dengan cara kita sendiri yang termampu...kami mengikuti setiap perkembangan dan mengikuti semua aktiviti dengan dekat selagi terdaya...

Namun jauh di sudut hati....nasib keluarga dan rakyat yang dizalimi di dalam negara sendiri tak pernah dilupai....sentiasa dekat di hati....cuma tidak ramai yang berani bangun dengan lantang membela nasib mereka...dan paling menaikkan kemarahan apabila pemerintah yang beragama Islam ini masih memekakkan teliga mereka dan mempertahankan tindak tanduk mereka yang zalim...dan menyembunyikan kezaliman tersebut....

Anak-anak, isteri dan keluarga terus dizalimi di bawah akta Zalim ISA...kini ramai yang sudah memasuki tahun yang ke 8 menderita menanti kepulangan suami, ayah dan anak...



Sudah ada banyak kes di mana isteri terpaksa memilih perceraian dengan suami lantaran jangka waktu bila suami akan dibebaskan tidak diketahui...bagi mereka yang bebas, ramai yang kehilangan kerja dan terpaksa bangun semula untuk membina keluarga...sukar...memang sukar..hanya mereka yang mengetahuinya...ada yang bebas sudah tidak seperti dahulu lagi sifatnya akibat kesan penahanan yang berpanjangan....

Catatan di bawah dipetik dari blog Merah Hitam...
Kes 1.
"Sejak bercerai dengan dia, saya rasa bebas dari masaalah.SB pun sudah tidak mengganggu saya lagi.Anak-anak saya faham saya tiada ikatan dengan Ayah mereka lagi. Anak-anak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.Mereka malu hendak mengaku punya Ayah yang menjadi tahanan ISA..." saya rasa pening kepala dan hendak pitam mendengar kata-kata tersebut.Itu hanya sebahagian dari luahan hati mereka yang tidak dapat dibendung dalam diri mereka lagi.Mereka tidak mampu menahan perasaan tanpa meluahkan pada sesiapa.Terlalu berat untuk ditelan....

Kes 2
"Saya sudah terbiasa hidup tanpa ayah. Lebih 6 tahun saya tidak mendapat kasih-sayang,bimbingan dan didikan dari seorang ayah. Saya tidak rindu padanya. Saya rasa ayah saya bagaikan sudah tiada lagi didunia ini" inilah luahan kata-kata yang keluar dari bibir seorang anak muda berusia 16 tahun, salah seorang anak bekas tahanan ISA.Terduduk saya mendengar kata-kata itu dan amat takut perkara yang sama ,berlaku dalam keluarga saya.Kes 2."Dia tidak memahami perangai anak-anak kami.Semasa dia kena tahan ISA 6 tahun lalu, anak-anak semuanya masih kecil, berusia kurang dari 14 tahun.Kini, sudah ada yang berusia 13, 16, 17 dan 19 tahun. Setiap anak membesar dengan perangai yang berbeza. Dia juga kurang sabar dengan suasana rumah yang bising dengan senyum tawa anak-anak. Semuanya jadi serba tak kena dan anak-anak merasakan itu bukan bapa mereka sepertimana belum ditahan dibawah ISA dulu" luah seorang isteri bekas tahanan kepada saya menerusi telefon. Saya tidak dapat tidur beberapa hari memikirkan kata-kata tersebut.


Allahyarham Aina Mardhiah membesar tanpa ayah sejak umurnya 11 tahun hinggalah dijemput Illahi pada umur 17 tahun.Ayah Aina, Shahrial Sirin tidak dapat membesarkan anak-anaknya termasuk Aina kerana ditahan tanpa bicara selama lebih dari 6 tahun.Kejahatan SB dan Menteri Dalam Negeri yang tidak kenal perikemanusiaan terserlah sejak 6 tahun lalu dan kemuncak kezaliman itu ialah bila Aina menghembuskan nafas terakhir tanpa diberi peluang oleh SB/ Menteri Dalam Negeri bagi beliau untuk bertemu bapanya walaupun ketika itu ,Aina dalam keadaan koma.Aina membawa segala kesukaran hidup membesar tanpa ayah, hingga ke liang lahad.

Bagi anak-anak ini, bapa mereka juga sudah hampir 6 tahun di kurung tanpa bicara di Kem Kamunting.Mereka ini setiap saat menjadi saksi terhadap kedurjanaan SB dan Menteri dalam Negeri .Setiap nafas yang disedut, akan mambawa bersama doa-doa supaya mereka yang ditahan,segera di lepaskan manakala orang yang melakuakan maksiat besar itu, biarlah segera diberi balasan oleh Allah swt, yang tidak pernah terfikir oleh kita manusia, bagaimana rupa balasan itu.Allah saja Maha bijaksana dan Maha Mengetahui.

Baca juga kesah Penderitaan seorang Ibu menanti kepulangan anaknya....

Tuesday, 6 January 2009

Teruskan Perjuangan...hingga ke akhirnya....

Dalam menghayati semangat perjuangan membela nasib umat Islam dan rakyat Palestine yang berjuang berhabis-habisan mempertahankan maruah dan tanah air mereka...yang juga menjadi jantung hati umat islam sedunia.....Juga dalam semangat perjuangan mempertahankan Hak Rakyat, hak asasi manusia....saya dan keluarga merasakan 2 buah keluarga ini yang mempunyai anak-anak yang terpilih untuk berjuang meneruskan kehidupan layak diberikan 'thumbs up' kerana masih gigih berjuang walaupun dengan mempunyai anak-anak yang sangat istimewa..

Pertamanya buat keluarga Encik 'Labun' serta anak-anak...'kakak dan adik bersama Mama'....

Asiah dan Asma' ketika menziarahi kakak ketika berada di wad paediatrik Hospital Serdang ketika cuti sekolah baru-baru ini. Kakak-An Nisa' sebaya dengan Asiah.

Kami mula mengenali wajah-wajah mereka di setiap demonstrasi jalanan di sekitar KLCC, Sunway Piramid dan juga IOI Mall Puchong...memang kagum melihat mereka yang sanggup datang sambil menyorong push chair kedua orang anak-anak mereka...di ketika itu kita semua memperjuangkan agar kerajaan lebih peka terhadap nasib rakyat yang dizalimi lantaran kenaikan harga Tol, harga barangan terutamanya harga minyak...kita sama-sama tidak gentar untuk membawa anak-anak bersama menghayati perjuangan kita yang bakal diwarisi mereka kelak...tidak menyerah kalah kepada kezaliman pemerintah...agar di suatu hari jika kita diberi pemimpin yang lebih zalim dan sanggup menggadaikan maruah dan tanah air kita..anak-anak kita juga akan berani bangun untuk berjuang sebagaimana beraninya anak-anak Palestine yang hanya bersenjatakan batu-batu di jalanan untuk menghapuskan tentera regim Isarel yang zalim...

Asma' Asiah dan Annisa di demonstrasi untukmu Palestine di Masjid Negara..kakak datang dgn babah sebab mama jaga adik di hospital. Kak Asiah dah muncung sbb cuaca panas sgt..An-Nur okay saja..lepas tu kak Asiah dapat makan aiskrim.....

Mama dan babah adik dan kakak membawa mereka kemana saja..Asiah dan Asma' juga bertemu mereka ketika menonton Teater Bilik Sulit di Bar Council serta demonstrasi menentang kezaliman tentera Israel dan membela nasib rakyat Palestine di Masjid Negara baru-baru ini.

Asma' dan Asiah bersedia untuk bersama peserta demonstrasi di hadapan Masjid Negara.

Biarpun akan ada yang mengatakan kita memperalatkan kanak-kanak namun kita melakukannya dengan hati yang sedar demi masa hadapan mereka..demi untuk menghidupkan hati mereka dengan ruh perjuangan kerana Allah semata-mata.....

Asma' dan Asiah ketika menziarahi adik Faras di Rumah Mc Donald HUKM selepas menziarahi Kakak An nisa' di Hospital Serdang

Keluarga Ustaz Zulfikri dan Ibu Yuki yang datang dari tanah yang ditimpa bencana Tsunami..jauh dari Acheh juga terasa dekat di hati kami sekeluarga...Anak mereka yang baru mencecah umur 2 tahun telah ditimpa dugaan yang berat untuk berjuang meneruskan kehidupan dengan kesakitan yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu...Leukimia menyerangnya sejak lebih setahun yang lalu..mula datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan di HUKM sejak Januari 2008..sudah melalui hingga peringkat yang terakhir dalam cycle rawatannya namun dua hari yang lepas adik Faras Hibban disahkan oleh doktor telah 'relapse' dan terpaksa melalui ke semua rawatan semula. Dengan dos ubat yang lebih tinggi...Ibunya merayu kami dan sahabat-sahabat semua untuk terus berdo'a untuk anaknya Faras...


Bersama bermain dan menceriakan hari Faras yang berkurung di bilik kecil mereka yang didiami hampir setahun lamanya..kadang2 terpaksa berpindah ke wad paedaiatrik...kini mereka harus mengharunginya lagi....

Ayahnya Ustaz Zulfikri bakal menjadi calon PKS dalam PEMILU - Pilihanraya Umum di Acheh pada bulan April 2009...maka mereka juga adalah keluarga Pejuang...adik Faras juga sudah memahami perjuangan PKS-Partai Keadilan Sejahtera dan juga perjuangan HAMAS dan umat Islam di Palestine...

Hari Isnin yang lepas saya dan suami menziarahi mereka..adik Faras baru dimasuki semula ke wad tengahari itu. Kami berdua pula menziarahinya sebaik selesai program mengiringi MP Pakatan Rakyat menghantar memo kepada PM berkaitan isu Palestine di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya...Faras yang terbaring..ceria melihat Pak Cik yang datang memakai muffler berlambangkan Palestine...kami mengahdiahkan untuknya muffler tersebut..semoga dia cergas dan sehat semula untuk menyambung perjuangan ummi dan abinya....

Moga Allah memberikan kekuatan kepada keluarga mereka dan meringankan dugaan kesakitan adik Faras.....