Showing posts with label diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label diri sendiri. Show all posts

Friday, 13 February 2009

94:5 Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Kadangkala sejak beberapa hari ini saya terfikir....selama ini dengan bantuan sahabat-sahabat yang prihatin khususnya dari GMI, kami membantu keluarga tahanan ISA, saya mendengar masalah mereka, cuba menjadi pendengar yang baik...kalau mereka memerlukan wang kami di Pusat Sokongan Keluarga cuba menyelesaikan keperluan dan permohonan mereka sedaya upaya.
Kini apabila masalah yang ini baru sahaja timbul saya sudah mula resah, gelisah dan sedih...isteri-isteri dan keluaraga tahanan ISA telah melaluinya bertahun lamanya dan belum tentu bilakah akan berakhir.
Entah kenapa saya begitu sedih...sebenarnya saya sedih lebih kepada terharu dengan sokongan dan dorongan dari kawan-kawan jauh dan dekat. Banyak sms dan emel yang diterima.
Petang tadi balik dari sekolah, Asma' pula yang bertanyakan kepada saya.."tadi ummi nangis ye..Asiah kata ummi nangis..nape ummi nangis"..
Asiah pula yang menjawab.."ummi kata sebab Asiah nakal"..
Ummi..."Tak lah...ummi tipu...sebenarnya...ummi terharu..."
Asma'..."terharu tu apa ummi"
Ummi.."ye la..ummi terharu sebab kawan-kawan semua baik-baik tolong do'auntuk ummi dan abah."
Sesungguhnya saya dan suami terharu benar-benar terharu...
Saya kongsikan beberapa emel dan sms yang kami terima...bukan berniat untuk menaikkan diri sendiri dan sombong cuma ingin berkongsi kehangatan ukhhuwwah fillah...
Emel 1.
Salam..
Buat akhi,ana mewakili Karisma Daerah Gombak mengucapkan syabas dan tahniah diatas kegigihan akh melalui ujian Allah ini.
Kami mendoakan moga Allah menguatkan hati akhi sekeluarga buat melalui ujian ini.
Perjuangan kita masih panjang dan akh telah melalui satu ujian lokap dunia untuk melalui ujian2 lain yg lebih mencabar
Kita percaya sebagai dai' dunia adalah medan ujian dan di syurga insyaAllah kita berehat.
Wassalam
Emel 2:
Assalamualaikum wbt,
Perjuangan Bad dan Nashita sekeluarga menjadi peransang kepada kami di Perak. Wanita JIM KK begitu bersemangat mengiringi Nashita semalam. Memerlukan kekuatan dalaman untuk bersama Nashita apatah lagi dikelilingi FRU dan polis. Sudah tentu kekuatan dalaman terserlah pada Bad dan Nashita. Moga Allah swt mengurniakan kepada kita semua untuk terus berjuang dengan BERANI.

Begitu juga sumbangan kewangan bagi meringankan bebanan juga dapat dibuat dalam masa singkat. Infaq sahabat semua yang diterajui oleh Dr. Mokhtar, SU JIM Perak amat saya hargai. Ir Megat menjadi penjamin kedua bagi Sdr. Bad turut bersama walau pun baru balik dari cermah Palestin di PJ dan sampai subuh tersebut.

Sesungguhnya perjuangan Bad dan Nashita bersama rakyat perak di Kuala Kangsar pada 6hb Feb 09 penuh dengan hikmahnya yang hanya Allah swt mengetahuinya.

Yahanis
JIM Perak
Emel 3:
Salam.
Semuga Allah memberi ganjaran kepada enta dan keluarga atas setiap kesukaran yang di hadapi untuk menegahkan yang Hak.

94:5 (Malay) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
94:6 (Malay) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
94:7 (Malay) Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
94:8 (Malay) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Ada apa apa ana leh tolong?

Wassalam

ARAH
SHUQAIQ KSA
sms dari Kak Animah Ferrar:
Yeah,Nash, itulah pahit manis perjuangan tulen-yang pahit amatlah pahit, dan yang manis itu terlalu manis. Ketahuilah Allah akan pastikan setiap orang pejuang itu ada penyokong dan pembantunya, kadangkala yang tak sangka sama sekali!
dari teman blogger..
"it's okay to cry yesterday & today. We'll smile tomorrow & thereafter. InsyaAllah"......
dan banyak lagi yang tak sempat dikongsikan....di lain kali InsyaAllah....
Saya menghantar sms ini kepada kawan-kawan.."now i know, I am not strong at all. I cried everytime I received sms and wishes. But now we r laughing our heart out sbb nama bad disebut2 dari bibir ke bibir dari hp ke hp lepas keluar news and papers..kah..kah..kah.."
Kami hanyalah pejuang kerdil.....

Sunday, 18 May 2008

Rehat dan Relax Betul

Alhamdulillah...hari ni saya betul-betul merehatkan diri saya. Membiarkan diri saya tidur dan bangun sedikit lewat. Hari minggu...hari berehat..tapi..untuk aktivis..hari minggu juga boleh dipilih untuk menjadi hari yang teramat sebuk. Tapi hari ini saya pilih untuk berehat. Berehat lansung juga dari membuat sebarang kerja rumah. Sekarang jam hampir pukul 11 pagi, saya masih belum menyidai kain, masuk dapur, cuci pinggan, kemas rumah, sapu lantai, kemas bilik, lipat kain, cuci lantai luar, angkat kain yang disidai semalam...apatah lagi memasak....teruk bukan???...
Waktu ini tinggal saya sendirian. Saya pilih untuk berada di hadapan computer...blog hop..membaca kisah hidup rakan-rakan bloggers yang tidak dikenali...semuanya ibu-ibu. Masing-masing dengan kisah hidup masing-masing, membesarkan anak, bekerja, memasak, berusaha mencari rezeki menjadi usahawan dan lain-lain. Semuanya memberikan inspirasi untuk kita menjadi sebaik mereka atau lebih baik dari yang ada.
Hari ini mungkin merupakan satu anugerah untuk saya untuk berehat sendirian. Awal pagi tadi sempat juga melayan diri dengan suami berbasikal walau pun sekejap sahaja...kerana saya hanya ditinggalkan dengan sebuah basikal yang sedikit buruk yang membuatkan saya rasa lenguh tangan, sakit punggung dan lutut dan kaki rasa sedikit lenguh dan kebas. Basikal yang sering digunakan telah digunapakai oleh anak lelaki,Ammar, yang pagi-pagi mengejutkan saya dan bertanyakan sekiranya saya nak exercise atau tidak hari ini...saya hanya menggeleng...ye lah sedang sedap melayan mimpi.
Sebelum ini basikal di rumah cukup untuk kami semua, namun satu malam di malam kami sibuk kerja di luar di musim kempen pilihanraya..ada pula sang manusia sampai ke tahap sanggup 'mengangkat' basikal kami dan dibawa lari. Bayangkan susah payah orang itu mengangkat basikal keluar dari pintu pagar kami yang agak tinggi...hilanglah satu basikal yang baru beberapa minggu dibeli..itu kan namanya tak ada rezeki dan mungkin salah kami yang juga kurang berhati-hati...selepas itu setiap malam semua basikal dibawa masuk ke dalam rumah walaupun membuatkan pemandangan sedikit tak berseri.
Saya sangat free hari ini, sebab pertamanya sejak tengahari semalam dua orang anak perempuan saya telah dihantar ke rumah kawan mereka, yang ibu dan ayahnya juga kawan saya dan suami. Bukan hanya untuk bermain tetapi kiranya macam satu kebajikan juga sebab anak kawan saya ni anak bongsu dan kakak dan abang dah agak besar...so agak kesunyian lah dia. Semalam saya pergi juga menjenguk mereka di rumah kawan saya tu..wah seronok betul mereka bermain, terjerit dan terlompat-lompat...maka saya tinggalkan mereka untuk tidur di sana.
Waktu ini juga suami saya telah keluar bermain bola dan anak lelaki saya masih belum pulang dari rumah kawannya.
Tetapi sekarang saya mesti berhenti menaip dan memulakan tugas saya yang sebenar yang banyak terbengkalai..sebelum saya menjadi seorang yang benar-benar pemalas...Jumpa lagi...

Wednesday, 14 May 2008

Makan....Exercise...Petunjuk sepanjang jalan..



Sejak awal minggu ni, saya dah ubah semula kegiatan exercise di waktu pagi saya. Selalunya saya akan ber'brisk walk' di awal pagi selepas menghantar anak ke sekolah. Selalunya akan ambil masa dalam 30 minit saja. Sebelum dari routine tersebut, saya berbasikal untuk exercise setiap pagi. Tetapi sejak berjumpa doktor kerana sakit lutut yang amat sangat saya dinasihati agar tidak berbasikal. Tetapi kini saya 'berdegil' sedikit hendak juga berbasikal di waktu pagi. Jadi untuk meneruskan hasrat saya, saya kena lah rajin mengambil vitamin khusus untuk kurangkan sakit lutut. Kena lebih exercise setiap kali saya rasa saya terlebih makan...sayang kalau berat badan saya naik semula..bukan senang nak turunkan berat badan walau pun sedikit...so kena la monitor and maintain and if possible..biar turun lagi...
Berbasikal amat menenangkan hati dan menyegarkan minda dan perasaan. Seperti berenang, saya rasa tenang, aman dan segar bila berbasikal. Tiupan angin yang sejuk dan segar di waktu pagi benar-benar membahagiakan diri buat seketika. Terlupa sebentar segala duka di hati dan masalah yang ada. Itupun kalau dapat lapangkan fikiran dan kalau tersedar dari lamunan, cepat-cepat cuba menghiaskan hati dan jiwa dengan zikir dan selawat.

Kawasan tempat saya tinggal, di sekitar Taman Melewar, Taman Changkat dan Padang Balang masih mempunyai ciri-ciri kekampungan. Rumah-rumah kayu di tanah-tanah lot, sungai-sungai kecil walaupun sangat-sangat dicemari...tetap membangkitkan suasana kampung yang aman dan damai. Kesibukan ibu-ibu menyidai kain di ampaian maupun bersembang tenang di halaman, tuan-tuan kedai runcit mengemaskan barang jualan, ibu ayah yang sibuk menghantar anak-anak ke sekolah dengan motor dan berbasikal, termasuk ayam-ayam yang senang lenang mencari makanan di tanah yang rata lagi lapang....ah...sungguh aman dan tenteram.....Subhanallah... Maha Suci Allah.....yang menciptakan segala sesuatu...
Walaupun mengambil jalan dan lorong yang berbeza, namun setiap kali saya akan tetap tembus semula ke jalan yang sebenarnya menuju ke destinasi saya...begitulah juga dengan kehidupan kita mungkin, setiap kali terpaksa membuat pilihan jalan mana, perkara apa yang perlu dilakukan, namun semuanya kerana hendak menuju ke satu destinasi...mencari keredhaan Allah yang kekal abadi....banyak dugaan yang kita tempuhi yang kadangkala kita tidak dapat mengelakkan diri kita dari hasutan iblis dan syaitan...namun kasih sayang dan Rahmat Allah masih terus bersama kita selagi kita mengingatinya...kita tetap diberi petunjuk ke jalan yang benar....InsyaAllah....Alhamdulillah.....
(Nota:..hajat hati nak letakkan gambar ayam-ayam berlatarbelakangkan rumah kayu..dan gambar bukit2 yg dalam hp..tapi dahla dok cari wayar2nya..tak jumpa pulak...misplaced lagi..teruk betul..sempat asma' tegur.."ummi,nanti asma' bagi do'a barang hilang tu"... :)) ...dah jumpa at 12.03am. Alhamdulillah..petang tadi masa cari, dah tengok kat situ..tak pulak perasan bendanya ada di situ.