Showing posts with label GMI. Show all posts
Showing posts with label GMI. Show all posts

Thursday, 5 February 2009

Nak pegi Perak???..Tulisan tanpa noktah....dari Asiah

Malam tadi dengan berat hati saya meninggalkan juga rumah pada jam 8 malam untuk menghadiri meeting GMI, Gerakan Mansuhkan ISA di Petaling Jaya. Meeting dijadualkan at 8pm dan saya keluar dari rumah di Gombak at 8.12pm.

Saya hantar sms pada Pengerusi GMI, Syed Ibrahim, "sorry lambat sikit. STRESS!!"....sempat juga Pengerusi reply: " Jangan biar stress menguasai diri".....he..he...lawakla pulak...memang saya stress dan kelam kabut hingga saya lupa bawa pamplet GMI yang terkini yang ada 50 ribu keping di rumah saya...

Seperti biasa peneman setia saya Asiah menemani. Sebaik sampai...terkejut saya tengok meja mesyuarat yang besar tu dipenuhi dengan AJK...penuh!!!..12 orang tak termasuk saya dan Asiah....selalunya cuma paling ramai 6 orang yang datang..paling teruk mungkin 3 orang. Alhamdulillah...saya berseloroh "okay lah dah ramai bolehla saya balik"...marah semua orang...

Meeting kali ini penting untuk decide samada GMI mahu teruskan atau tidak HIMPUNAN MANSUH yang dicadangkan diadakan pada 21hb Mac...mulanya concern kami ialah kerana perhimpunan besar2an oleh Gabungan PPSMI..berkenaan isu penggunaan BI yang dicadangkan diadakan pada 7hb Mac...namun kini..yang lebih menjadi concern ialah keadaan politik semasa yang tak menentu.....namun kami juga terfikir yang rakyat perlu terus dingatkan tentang undang-undang kuno ISA ini...kerana inilah senjata kerajaan pemerintah apabila mereka tersepit...

di perkarangan Masjed Jamek pada 10-11 demo bersih 2007


.....apa-apa pun belum ada keputusan yang dibuat...perlu rujuk kembali kepada Jawatankuasa Induk yang diwakili oleh pimpinan Parti Politik dan NGO...namun kini tumpuan semua adalah isu politik semasa di Perak....

Asiah lencun rahmat...diberikan garam untuk hilangkan keperitan disembur dengan gas pemedih mata dan air kimia dari truck FRU-demo bersih 10-11-07

Sebenarnya...saya ingin kongsikan catatan anak saya Asiah 8 tahun di dalam blognya....dia tulis ketika saya sedang meeting GMI...kami bawa bersama notebook untuk terus updated dgn isu-isu panas....buat masa ni ISU kezaliman dalam negara terasa dekat di hati....tapi Asiah belum dapat merasainya lagi...dia menulis tentang Palestin...masih dekat di hati kita..


Rocky Bru bergambar dengan 'the young marcher' pada peace walk sempena Human Rights Day 2007

Dalam perjalanan balik ke rumah, saya tanya Asiah.."Asiah tahu tak apa yang sedang terjadi di negeri Perak"...jawab Asiah...."entah, Asiah tak tahu"

Saya pun cerita la sikit-sikit pada dia.....namun akhirnya Asiah menjawab "entahla...kalau ummi cerita pun Asiah bukannya faham".

Ummi sambung lagi.."kalau esok kita nak pergi Ipoh rumah MB Perak ada perhimpunan, nak tak????"

Asiah dengan bersemangat..."naaaaakkkk"....he...he...dalam tak faham tu....yang dia tahu...itu maknanya dapat pergi jalan-jalan....

Ini lah hasil tulisan Asiah dalam blognya...

hai asiah di sini siape tengok iklan mu' min die ade kate halal sebab die ade kate pasal palestine aaa.... ape lagi ye? hmm... ha bau tahu ape nak cakap pastu mase asiah kat sekolah ade sorang banin(lelaki)(boy) name die syed muaz die bawak tabong palestine tau pastu die mintak derme kat asiah pastu asiah bagi duet lime puloh sen kat die pastu die mintak dermekat orang laen pulak patot nye bagos tak derme tabong paletine kat orang hmm... ha mestila bagos kan good job oke lah asiah nak pergi tengok blog orang laen pulak ok ta-ta bye-bye wassalammualai kom

...sebenarnya lepas tu dia kacau ummi meeting ajak pegi toilet pulak...eee...gerammm...

ummuasiah:...ini kes tak boleh tidor...bnykla posting keluar...pecah rekod....

Wednesday, 4 June 2008

KISAH PILU TAHANAN ISA-harakahdaily

Kisah pilu tahanan ISA: Setelah didera, kini dihantar ke Hospital Bahagia
Anis Nazri Foto GMI

Wed Jun 04, 08 8:55:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - 'Sudah jatuh ditimpa tangga', begitulah yang dialami isteri seorang tahanan ISA, Sharmila Sanjeev Kumar, apabila suaminya yang kini lumpuh di Kem Tahanan Kemunting dicadangkan dimasukkan ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.
Berita yang dimaklumkan pihak Kemta kepada Sharmila menambahkan lagi episod luka wanita itu, yang baru enam bulan mendirikan rumahtangga dengan Sanjeev Kumar Krishnan, yang ditahan pada 28 Julai 2007 atas tuduhan 'agen perisik asing'.

Sharmila berkata, pihaknya membantah pihak Kemta menghantar suaminya ke Hospital Bahagia atas cadangan Hospital Taiping kerana beranggapan suaminya tidak mempunyai masalah kesihatan, khususnya berkaitan mental.

"Suami saya seorang yang cergas dan aktif. Beliau juga sihat, dan normal. Sejak masuk ISA, dia selalu mengadu sakit-sakit," kata beliau di hadapan Pesuruhjaya Suhakam, Dr Chiam Heng Keng, di pejabat Suhakam, petang tadi.

Sharmila, yang ditemani abang Sanjeev, Gunalan Kumar, dan diiringi GMI turut meminta Suhakam mengambil langkah segera bagi membantu membebaskan suaminya untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Serah memorandum
Dalam masa sama, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh menyerahkan memorandum berkenaan dakwaan seksaan yang dilakukan ke atas Sanjeev, yang mengakibatkan beliau disahkan lumpuh.
Menurut Syed Ibrahim, Sanjeev yang kini berkerusi roda, dikatakan mengalami pelbagai penyeksaan yang dilakukan polis cawangan khas (SB) seperti ditendang dan dibelasah di bahagian badan dan kepala dengan menggunakan kaki, selain dipukul dengan botol berisi air.

Lebih malang lagi, katanya Sanjeev juga didera secara fizikal apabila kemaluannya dipukul dan duburnya dijolok dengan objek keras, di samping diminta meminum air kencing sendiri tiga hingga empat kali.
Syed Ibrahim berkata, selepas tempoh 55 hari penahanannya di bawah ISA, Sanjeev dihantar ke Kemta pada 22 September 2007, dan bermulalah episod kesakitan Sanjeev apabila beliau mula mengadu kaki kiri dan tangan kirinya sakit serta tidak berfungsi dengan baik.

Sehubungan itu, GMI dan Sharmila bertindak membuat laporan polis, di Balai Polis Dang Wangi, Jalan Stadium, 20 Mei lalu meminta agar PDRM menyiasat secara terperinci dan telus berkenaan dakwaan Sanjeev tersebut.

Dikatakan sakit mental
Menurut Syed Ibrahim, selepas kenyataan akhbar dan laporan polis GMI, Sanjeev dihantar ke Hospital Taiping pada 14 Mei, yang kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang, sebelum dihantar ke Kemta pada 24 Mei lalu.

Bagaimanapun, ketika lawatan keluarga pada 1 Jun lalu, Sanjeev memaklumkan kepada keluarga bahawa beliau kemungkinan besar akan dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

"Berita terbaru ini mengejutkan isteri dan GMI. Mengapakah beliau dihantar ke hospital yang dikhaskan untuk pesakit mental?" soal Syed Ibrahim.

Justeru, GMI menggesa Suhakam untuk menyiasat aduan berkenaan dan mencadangkan langkah tegas supaya Sanjeev dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat atau membicarakan beliau di mahkamah terbuka.

Pendirian Suhakam
Sementara itu, Dr Chiam, dalam respon awalnya berkata Suhakam berpegang dengan pendirian bahawa ISA merupakan akta yang bertentangan dengan hak asasi manusia, dan setiap yang ditahan perlu dibicarakan di mahkamah.

Bagaimanapun, dalam kes Sanjeev ini, Dr Chiam menyatakan bahawa pihak Suhakam, melalui Pesuruhjayanya, Dato' Siva Subramaniam telah membuat lawatan ke Kemta pada 7 Mei lalu dan bertemu Sanjeev di Hospital Taiping.

Suhakam dimaklumkan bahawa Sanjeev mengalami simptom tekanan perasaan sehingga mengakibatkan beliau menjadi lumpuh, dan terpaksa dirujuk di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

Dr Chiam turut memaklumkan bahawa pihak Suhakam sedang menunggu laporan kesihatan daripada Hospital Pulau Pinang mengenai status kesihatan Sanjeev.

Tekanan perasaan berpunca dari ISA
Sementara itu, Pengarah 'Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA', Norlaila Othman, berkata sesiapa saja yang ditahan ISA mesti mengalami tekanan perasaan apabila didera secara mental dan fizikal, apatah lagi dengan pelbagai ugutan.

Beliau yang juga merupakan isteri tahanan enam tahun, Mat Sah Satray, berkata adalah lebih baik jika Sanjeev dibebaskan segera agar beliau boleh menerima rawatan yang lebih baik.

"Berdasarkan kes sebelum ini, terdapat tahanan yang mengalami lumpuh. Bagaimanapun, selepas beliau dibebaskan, beliau pulih apabila mendapat rawatan sewajarnya. Berdasarkan pengalaman itu, kesihatan Sanjeev lebih terjamin jika di luar berbanding di Kemta," tegas beliau.
Vigil di Kamunting, 7 Jun
Dalam perkembangan lain, Norlaila menyatakan bahawa GMI Perak telah menghantar surat makluman kepada polis Taiping berkenaan program 'vigil' yang akan diadakan Sabtu, 7 Jun ini, di hadapan Kemta.

"GMI juga mengambil kesempatan untuk meraikan rakyat di sebelah utara (Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis) untuk bersama-sama menjayakan kempen ini, yang mana mungkin sukar menyertai kempen kita di KL, sebelum ini," kata beliau, yang mensasarkan kehadiran 1000 orang pada kempen 'vigil' tersebut.

Beliau menyeru orang ramai agar turut sama menyertai program itu bagi menyatakan bantahan ke atas akta zalim tersebut. - mks.
(foto.....ehsan dari camera UMMUASIAH :))

Monday, 26 May 2008

Satu langkah antara berjuta langkah menuju kejayaan...di Negeri Selangor Darul Ehsan

"Usul tergempar ISA lulus di DUN Selangor"

"Selangor to aid ISA families"
(Bergambar kenangan di kawasan Lobi Dewan Undangan Negeri Selangor-dari kiri UmmuAsiah, Puan Norlaila Othman-isteri tahanan ISA 6 Tahun dan Puan Aliza Jaffar isteri YB Saari Sungib(bekas tahanan ISA 2 kali)

Alhamdulillah itulah 2 tajuk berita di atas yang sempat saya browsed dari http://www.malaysiakini.com/ sambil cuba menulis satu entry tentang pengalaman saya dan beberapa orang AJK Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) semasa sesi sidang media dan penyerahan memorandum kepada YAB Menteri Besar Selangor siang tadi. Alhamdulillah, Allah hu Akbar. Ini adalah satu permulaan yang memberi makna yang sangat besar buat kami di GMI lebih-lebih lagi kepada mangsa kezaliman ISA.

Syukur kepada Allah yang telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah di negeri Selangor khususnya dan kepada 4 buah negeri yang lain. Lebih bersyukur lagi kerana kerajaan negeri Selangor benar-benar cuba sedaya upaya nya untuk memenuhi segala manifesto seperti yang dijanjikan di dalam PRU yang lepas.

(gambar ketika pertemuan AJK GMI bersama isteri-isteri Tahanan ISA HINDRAF dan YB Rodziah Ismail di pejabatnya)

Kehadiran kami di sidang DUN Selangor adalah hasil idea dari YB Rodziah Ismail semasa perjumpaan kami yang lepas semasa membincangkan bentuk bantuan kebajikan yang boleh disampaikan kepada GMI dan keluarga tahanan ISA. YB mencadangkan kepada kami untuk datang lagi dan menyampaikan lencana "Malaysia Bebas Dari ISA" kepada semua ADUN di negeri Selangor. Kami menyambut baik cadangan tersebut maka perancangan untuk program hari ini kami susun dengan baik sambil mengambil peluang keemasan menyerahkan memorandum dan kenyataan media GMI. Hari ini dipilih juga kerana kami diberitahu bahawa usul mengenai ISA akan dibawa pada hari ini.

(Pengerusi GMI, Syed Ibrahim membacakan kenyataan media GMI)

Kami diberi peluang untuk menyerahkan memorandum dan mengadakan sidang media ketika persidangan berhenti rehat sewaktu makan tengahari. Kami pada mulanya dimaklumkan oleh Puan Arfah, PA YAB Menteri Besar, bahawa YAB MB tidak dapat bersama kami menerima memorandum kerana mempunyai urusan untuk menyediakan hujah-hujah penggulungan untuk sesi penutup sidang DUN. Kami dimaklumkan bahawa YAB MB telah mengarahkan supaya YB Nik Nazmi untuk menerima bagi pihaknya. Sudah tentu kami berasa sedikit kecewa dan memohon jasa baik Puan Arfah untuk membantu kami mendapatkan juga sedikit masa YAB MB.

Semasa menunggu sidang media diadakan kami dimaklumkan oleh Puan Aliza isteri YB Saari Sungib yang juga AJK GMI bahawa dia mendapat maklumat bahawa MB telah memberikan surat dan meletakkan di meja semua YB ADUN, arahan untuk semua YB ADUN untuk menghadiri sesi sidang media kami GMI. Kami semua berasa sungguh berbesar hati.

(YAB Menteri Besar menerima memorandum dari GMI dan memberi ucapan menyokong usaha memansuhkan ISA, membebaskan semua tahanan ISA dan memberi bantuan kebajikan kepada keluarga tahanan ISA, di sebelah kirinya YB Saari Sungib-bekas tahanan ISA, ADUN Hulu Kelang)
Akhirnya, YAB MB telah turun ke kawasan lobby tempat kami menunggu dan sidang media GMI dan majlis penyerahan memorandum telah dapat dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah, terjawablah persoalan mengapa ramai sekali,mungkin hampir semua ADUN Pakatan Rakyat telah turut sama hadir ke sidang media kami tengahari tadi. Para wartawan juga begitu ramai sekali yang mengerumuni kami, hinggakan saya sendiri tersepit di kalangan mereka. Walaubagaimanapun dapat juga saya mengambil bebera gambar untuk simpanan.
Selesai sidang media kami dijemput untuk menikmati jamuan tengahari di meja VIP. Kami didatangi oleh YB Rodziah yang memaklumkan kepada kami bahawa kerajaan negeri berhasrat untuk menyediakan sebuah 'coaster' atau bas untuk membantu membawa keluarga tahanan ISA melawat suami dan ahli keluarga yang ditahan di KEM Tahanan Kamunting. Kami dijemput ke pejabatnya lagi untuk membincangkan dengan lebih lanjut tawaran tersebut.

(Menjamu selera makanan tengahari di meja VIP. Membelakangkan kamera ialah YB dari Barisan Nasional. Lencana yang diberikan disimpan di dalam poket)
Selesai makan dan solat zuhur kami bergerak pula menuju ke dewan persidangan bagi mengikuti sesi persidangan buat pertama kalinya...satu pengalaman yang amat bermakna...lebih-lebih lagi dapat mendengar hujah-hujah yang bernas dari ADUN Pakatan Rakyat, terutama sekali YB Hassan Ali yang dengan tegas menyatakan kemarahan dan kekecewaan rakyat khususnya akan segala penyelewangan yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan ADUN Sg Panjang yang juga bekas Menteri Besar Selangor.


(Mengabadikan kenangan di dalam dewan persidangan sebelum sidang bermula sesi petang. Wajib memakai blazer ketika di bangunan DUN ini. Ahli YB Pembangkang duduknya di bahagian bawah tempat kami berdiri, jadi muka mereka hanya dapat kami lihat di TV ketika mereka bangun membantah atau mohon penjelasan)
Selangor akan menjadi sebuah negeri yang pertama yang secara terang-terangan dan secara khusus memberi bantuan kepada keluarga mangsa kezaliman akta ISA. InsyaAllah ianya pasti akan membuka mata semua rakyat akan keprihatinan kerajaan negeri Selangor. Ianya juga akan menyedarkan rakyat betapa zalimnya mereka yang telah menahan tahanan ISA tanpa dibicarakan, ahli keluarga juga turut menderita hasil kezaliman ini, tidak ada sebarang pembelaan ke atas nasib mereka. Peristiwa ini juga bakal memberi impak kepada negeri-negeri lain yang turut sama diperintah oleh Pakatan Rakyat.

GMI akan terus mengorak langkah bertemu dengan pimpinan tertinggi 2 buah negeri Pakatan Rakyat yang lainnya. Dalam masa terdekat ini kami telah membuat temujanji untuk bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kedah. Perjumpaan dengan Menteri Besar Perak telah diadakan pada awal Mei lepas.

InsyaAllah janji Allah benar...kezaliman pasti akan dihapuskan, keadilan pasti akan ditegakkan...dengan api perjuangan yang tidak akan malap. Hanya masa yang akan menentukannya.


MANSUHKAN ISA
BEBASKAN TAHANAN ISA
TUTUP KEM KAMUNTING

Thursday, 15 May 2008

ISA Tidak Zalim...Kata KPN

Sebelum membaca keratan berita dibawah,saya telah pun mendengar kata-kata KPN ini di dalam berita di TV sebelum kaki melangkah keluar menghadiri mesyuarat GMI.

Sesak nafas dan hati menjadi sakit..itu baru perasaan hati saya yang bukan secara direct menjadi mangsa kezaliman ISA..apa pula perasaan dan kata hati mereka-mereka yang menjadi mangsa kezaliman ISA yang sebenarnya.
Apa yang membuatkan saya merasa marah lagi ialah mereka-mereka ini sedap cakap saja kerana mereka tahu berita sebenar tentang kezaliman ISA tidak terpampang dan terpancar dalam TV atau akhbar arus perdana milik mereka. Mereka juga lansung tidak bertanggungjawab di atas kenyataan mereka apatah lagi di atas amanah yang dipegang oleh mereka.

Kata IGP ISA tidak zalim????..Lihat gambar di bawah ini yang dilukis sendiri oleh tahanan ISA yang masih merengkok di dalam KEMTA selama 6 tahun sudah...gambar ini sudah lama dilukis dan dapat dikeluarkan dan dijadikan bahan pameran oleh kami di GMI untuk menunjukkan tentang kezaliman ISA secara physical dan mental...Banyak lagi lukisan yang lain...cukuplah ini sebagai bukti.
Tatapi lah ia...




























Hati saya juga sakit dengan kenyataannya lagi bahawa "ISA detainees can still obtain their defence by providing evidence in court"....apa yang dimaksudkannya ni????...kami di GMI puas mendesak kerajaan dan polis supaya membebaskan tahanan ISA atau bawa mereka ke mahkamah untuk dibuktikan kesalahan mereka sekiranya ada...tapi...ini kan namanya "tahanan tanpa bicara"....bertahun-tahun ditahan kerana polis gagal menunjukkan bukti atau lansung tak ada bukti.Mungkin IGP kita ni lupa atau tidak tahu agaknya
Lagi sakit dan tersiat hati bila baca statement ini.."There is an advisory panel which re-evaluates cases of ISA detainees. If the panel says the detainees do not threaten the country's security, we will free them,"
Nak tahu kenapa???...sebab kalau kerajaan dan IGP bercakap benar dan ikhlas dah lama semua tahanan ini sepatutnya dibebaskan kerana kebanyakan mereka telah pun direcommendkan oleh Lembaga Penasihat untuk dibebaskan kerana semuanya baik-baik belaka. Lansung tak mengancam keselamatan negara.
Tetapi hakikat yang sebenarnya ialah kewujudan Lembaga Penasihat hanyalah satu procedure sahaja atau nak make up biar nampak cantik dan baik saja ISA ini. Mereka sebenarnya tidak ada kuasa hanya layak untuk menasihatkan sahaja sama seperti kewujudan SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia..hanya sekadar boleh memberi nasihat dan pandangan, akhirnya keputusan muktamad adalah di bawah kuasa mereka yang berkuasa.

Internal Security Act not cruel, says IGP

Thursday, 15 May 2008
KUALA LUMPUR, May 14 (Bernama) -- Dismissing the notion that the Internal Security Act (ISA) is cruel, the inspector-general of police says it is still needed to safeguard national security.

Tan Sri Musa Hassan also rejected charges by some quarters that detainees held under the ISA were given no opportunity to defend themselves in court.

"ISA detainees can still obtain their defence by providing evidence in court."

There is an advisory panel which re-evaluates cases of ISA detainees. If the panel says the detainees do not threaten the country's security, we will free them," said Musa, adding that members of the panel were former judges.

He was speaking to reporters after officiating the first meeting of the Asean Regional Crime Prevention Foundation (ARCPF) here Wednesday.

Answering a question from an Indonesian journalist who was covering the ARCPF event, Musa said among the ISA detainess were 13 Indonesians who enjoyed permanent resident status here.

He said they were being detained in Peninsular Malaysia and Sabah.The three-day meeting which began Wednesday focusses on the establishment of the Malaysian Crime Prevention Foundation by emphasising on aspects of crime prevention in drug smuggling, human trafficking and police enforcement.Also present was acting ARCPF chairman Tan Sri Da'i Bachtiar of Indonesia.

Tuesday, 13 May 2008

Hentikanlah Kezaliman Ini-Bebaskanlah Mereka

KENYATAAN AKHBAR
ISNIN 12 MEI 2008
PUSAT SOKONGAN KELUARGA (PSK)
SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU SEDUNIA
Pada 11 Mei, seluruh dunia meraikan hari yang cukup istimewa bagi kaum wanita iaitu Hari Ibu. Bagi seorang wanita, menjadi seorang ibu adalah satu pengalaman yang sangat berharga yang tidak dapat dibeli oleh wang ringgit. Segala sakit pening, penat lelah, jerih payah seorang wanita yang mengandungkan anaknya, adalah merupakan satu anugerah yang sangat indah bagi menandakan kesempurnaan seseorang wanita. Segala kesukaran dan kesakitan ketika proses melahirkan anak, dengan sekelip mata hilang begitu sahaja tika melihat wajah comel yang dikandung selama sembilan bulan selama ini.

Setiap wanita bergelar ibu, sudah pasti naluri keibuannya, tidak pernah lepas dari perasaan untuk terus-menerus membelai, menjaga, melindungi dan memberi sepenuh kasih-sayang kepada anak yang pernah dikandung dan dilahirkan dengan penuh susah payah. Si ibu pastinya sanggup berbuat apa saja untuk memastikan anak mereka berada dalam keadaan aman, selamat dan sejahtera.

Pada hari ini, PSK-GMI, ingin menarik perhatian seluruh masyarakat dunia, tentang isu pencabulan hak asasi yang dahsyat yang sedang mengancam kestabilan institusi kekeluargaan mereka yang dijadikan mangsanya. Seramai 70 tahanan akta zalim ISA di Kem Kamunting kini sedang dicabuli hak asasi mereka, dipisahkan selama beratus-ratus hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun, daripada perhatian dan kasih-sayang ibu yang amat menyayangi mereka.

Bagaimanakah perasaan seorang ibu yang anaknya telah ditahan selama lebih 6 tahun? Apakah yang ada di fikirannya selama ini bila anak yang dikasihi, dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang mengaibkan, kemudian dikurung berterusan tanpa pernah diberi sebarang perbicaraan mahupun pembelaan di mahkamah? Dapatkah diselami hati ibu tua itu yang sentiasa resah dan bimbang, bahawa pada suatu hari nanti beliau tidak dapat bertahan lama untuk menunggu bilakah anaknya akan dibebaskan, hingga akhirnya beliau menutup mata buat selama-lamanya?
PSK-GMI juga ingin bertanya, adakah si penguasa ISA tega dan sanggup melihat lebih banyak airmata ibu-ibu yang telah tua dan berusia, terus-menerus tumpah kerana terlalu lama menunggu dan terus menunggu pembebasan yang tidak kunjung tiba? Apakah dosa si ibu tua turut terhukum dengan penahanan tanpa bicara ISA milik Kerajaan BN ini?

Demi kasih sayang anugerah daripada Tuhan, berilah sedikit ruang agar segala perhatian, rasa rindu dan kasih sayang dengan mereka yang telah sekian lama dipisahkan selama ini segera ditautkan kembali, dengan membebaskan kesemua tahanan ISA itu.

Sempena Hari Ibu ini, PSK-GMI mendesak supaya Menteri Dalam Negeri,
1. Segera membebaskan semua tahanan ISA yang sedang dikurung
2. Segera memansuhkan akta zalim ISA yang menghina nilai-nilai kemanusiaan ini
3. Dan segeralah tutup sahaja Kem Kamunting.

Menteri Dalam Negeri tidak akan kerugian apa-apa dengan melakukan sedikit kebajikan iaitu membebaskan rakyat marhaen yang selama ini menderita disebabkan kewujudan akta zalim ini. Berikanlah sedikit kegembiraan pada kaum ibu yang selama ini turut ‘terpenjara’ minda dan perasaan mereka kerana dipisah secara paksa dengan anak kesayangan mereka.

Mansuhkan ISA.
Bebaskan semua tahanan
Tutup Kem Kamunting.
Norlaila Othman,
Isteri Tahanan ISA,
PSK-GMI.