Wednesday 30 September 2009

Mansuhkan ISA di sana sini...HAPUSKAN ISA

Dah lama tak update blog...bila saya semak di blog kulupsakah...dah 1 week tak update blog...kesian..

Jadi bersempena dengan selesainya penamaan calon di Bagan Pinang oleh BN saya terasa ada semangat untuk update blog...bersempena nak kuatkan semangat untuk sama-sama kempen HAPUSKAN ISA di Bagan Pinang dan di tanahair tercinta Malaysia.

Buat permulaan update semula blog ni...saya pun sama-sama nak kempen untuk letakkan image ni di blog...
Di bawah ni pula..saya kongsikan saja gambar2 raya bersama para reformis di rumah Dr Hatta Ramli pada hari Sabtu yang lepas...seronok dan ceria dapat bertemu ramai teman-teman lama yang sering kena tembak dengan tear gas dan water cannon.


Aiman-teman selokap dua kali...Dr Wardah pernah juga merasa ditangkap..ummuasiah..tak berhenti makan..ambil peluang makan sepuasnya...kambing bakar...sedap sekali...di belakang Asma' dan Raja Rohaisham..ibu kepada 2 orang anak teristimewa dan isteri Kulup Sakah:)


Deretan makanan...just can't resist it...

ummuasiah..."eh..Aiman..apa kata next time demo kita pakai baju kurung cantik2 dan berwarna warni..mesti tak kena tangkap punya. Kan hari tu di mahkamah polis kata dia cam orang yang nak ditangkap melalui warna kulit dan pakaian."

Dr Hatta: "ishh..racist betul"

Aiman: "tak yah la kak...kak muka kita ni dah ada chop dah untuk ditangkap, tapi tak pe lah..jom kita pesan baju kurung cantik2".

Sham: "kak..siap bawa handbag glamour-glamour sikit"

Itukah serba sedikit bualan kami petang tu di rumah Dr Hatta...tapi memang benar polis yang dipanggil saksi telah mengatakan demikian...mereka cam orang yang mereka tangkap melalui warna kulit, pakaian..dan entah apa lagi tah...teruk betul...

Ha...ni kumpulan reformis dulu hingga kini...Zunar and team siap bawa majalah Gedung Kartun untuk dipromosi dan dijual...laris...semua beli lebih dari satu...datang YB Ronnie lagi banyak dia borong...risau semua takut habis...

Terimakasih Zunar sebab bagi copy paste gambar2...cameraman entah macamana tak bawa camera dia hari tu...

Moga bertemu kembali...

Friday 18 September 2009

Ramadan akan berlalu pergi...kenangan di malam 28 Ramadan...

Bersahur beramai-ramai...anak-anak remaja harapan Agama dan bangsa...moga Al-Quran di dada dan di dalam diri sentiasa dijaga dan dijulang...anak-anak hafiz dan bakal Hafiz dari Sekolah Menengah Islam Hira', Maahad Tahfiz Al-Quran Hira'.


Imam solat Tahajjud dan solat Tarawikh di Masjid UIA...indah dan sedap bacaannya...

Apa lah pulak yang dido'akan oleh seorang sahabat kepada sahabatnya ni...
Yang merengkok tidur tu, anak yang sulong...Anas Al Hafiz...letih la kot dok buat pengambaraan...ummi ambil dari sekolah petang terus mohon dihantar ke Masjid..tak balik rumah lansung....
Alhamdulillah...Al-Quran dijulang...sentiasa di sisi...

Alhamdulillah...moga akan kekal begini dari kecil hingga dewasa..moga menjadi peneman di dalam kegelapan di alam kubur...

Tenang hati dan jiwa....Indahnya Ramadan....

Hidup...dan berseri Ramadan di Masjid UIA...

Asiah yang tak tidor malam pada malam 27 dan 28 Ramadan...saya kata dia kira batu2 di sekitar masjid...marah betul dia...ada satu malam tu saya terjaga pada jam 3 pagi dan dia tiada di sisi, saya cari dia di segenap pelusuk masjid hingga masuk ke bilik operasi Masjid...at last baru teringat nak call abah dia..rupanya dia turun pergi tidor di ruang lelaki...ishh...menduga kesabaran betul...

Anak-anak lepas bersahur....

Anak kecil pun iktiqaf...berbagai bangsa...comel...banyak aktiviti...belajar, mengaji...dengan niat beribadat kepada Yang Maha Pencipta...

Tengok ceria mereka menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan..moga Allah reda.....

Thursday 17 September 2009

Kejayaan GMI,kenangan manis, namun harus terus berjuang

Lagi kenangan manis...namun kami harus terus berjuang untuk mereka yang masih belum dibebaskan, Samsudin yang paling lama kini...seangkatan dengan Mat Sah dan Dr Abdullah Daud...beliau jugalah orangnya yang berjasa melakarkan gambar-gambar seksaan SB terhadap tahanan ISA...juga Pakcik Matin yang berusia 61 tahun....sebelum ini anaknya Saodah Matin menderita lantaran suaminya Zaini Zakaria juga ditahan ISA...bila berlaku pembebasan mereka masih tidak bersama kerana jodoh mereka berakhir lantaran KEZALIMAN ISA.....ZALIM!!!!!

Kami dan kita seluruh rakyat Malaysia perlu terus bangun berjuang.....Kerajaan lansung tidak dapat membuktikan dan menujukkan bukti apa kesalahan mereka...memang sah nyata....mereka telah dizalimi...namun hidup berkeluarga mangsa-mangsa ISA terus dimusnahkan oleh kerajaan yang zalim.....


Barisan AJK GMI..bergambar bersama Award yang diterima..Anugerah Civil Society Award.

Kenangan bersama AJK GMI ketika mengadakan retreat di Frasers Hill di tahun 2007. dari kiri YB Lih Kang bekas setiausaha GMI yang ke 3, Hj Azemi, Yap juga bekas Setiausaha GMI yang ke 2, Zainal Adnan, Syed Ibrahim, YB Saari..hujung tak ingat siapa..duduk depan kiri, Kak Jije, Siti Norma isteri bekas tahanan ISA, Asiah, Nalini, setiausaha GMI kini yg ke 5, Ustazah Nuridah, Nashita, Cikgu Laila dan Asma'....antara kenangan manis kami bersama.....

'Bebas tahanan ISA kejayaan GMI'
Sep 16, 09 3:48pm


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyifatkan pembebasan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam sebagai kejayaan kempennya menentang akta tersebut, khususnya demonstrasi besar 1 Ogos lalu.

"Tentunya kerajaan tidak akan mengaku tunduk pada tekanan ini tetapi tuntutannya bukan hanya retorik atau beremosi seperti insiden (perhimpunan membawa) kepala lembu," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Perhimpunan besar-besar di Kuala Lumpur itu bertujuan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar baginda perkenan campur tangan memansuhkan ISA - bagaimanapun kira-kira 20,000 penentang akta itu dihalang polis.

Mat Sah Mohamad Satray, suami ahli jawatankuasa GMI Norlaila Othman, antara lima yang dibebaskan petang semalam setelah mereka didapati telah pulih dan tidak lagi mengancam keselamatan negara.

Kelima-lima bagaimanapun dikenakan perintah tahanan terhad yang mewajibkan mereka melaporkan kepada polis setiap minggu dan harus memohon kebenaran pihak berkuasa itu untuk keluar dari daerah tahanan.

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Ibrahim berkata pembebasan mereka itu bagaimanapun masih membangkitkan persoalan asas tentang kenapa mereka ditahan dan bukti-bukti kesalahan mereka.

"Jika diperhatikan seimbas lalu, seseorang akan perasan kenyataan menteri (dalam negeri) itu yang sewenang-wenangnya, subjektif dan boleh dipertikaikan," katanya, mengulas alasan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam.

Ketika mengumumkan perkara itu, beliau dilaporkan berkata kelima-limanya dibebaskan bagi membolehkan mereka menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

GMI juga mempersoalkan pembebasan secara memilih-milih yang dibuat oleh kerajaan apabila sembilan lagi tahanan - termasuk Shamsuddin Sulaiman yang ditahan selama lapan tahun.

Mat Sah ditahan sejak April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI), seperti juga tuduhan terhadap Dr Abdullah Daud yang ditahan Januari tahun yang sama.

Sementara tiga lagi yang turut dibebaskan - Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah - ditahan di kem Kamunting mulai Mei 2007.

Walaupun gembira dan mengalu-alukan pembebasan lima tahanan ini, GMI tetap mempertikaikan dua asas akta itu: penahanan itu dibuat secara sewenang-wenangnya dan kuasa sewenang-wenangnya untuk menahan pada menteri dan polis.

Wednesday 16 September 2009

Kenangan di sepanjang Jalan Perjuangan Membebaskan Tahanan ISA


Sebagai tanda sejarah dan kegembiraan, terharu...hasil usaha bersama..bersama GMI, bersama rakyat..di zaman reformasi saya bersama isteri dan keluarga tahanan ISA reformasi sehingga semua dibebaskan, di era tahanan yg dilabel KMM dan JI saya bersama ...ramai lagi keluarga tahanan ISA sehingga kebanyakan dibebaskan akhirnya kami berdua saling berteman dalam suka dan duka hingga ke tarikh akhirnya suaminya dibebaskan..moga kau berbahagia..kami dan kita akan teruskan perjuangan memastikan semua tahanan dibebaskan dan ISA dimansuhkan agar tiada lagi yang akan menderita dan dizalimi.....

Antara gambar-gambar yang dikutip sepanjang jalan kenangan ini................

Sungguh bererti.....Alhamdulillah....semoga Allah redha.....






Tuesday 15 September 2009

Syukur Ya Allah...[malaysiakini]Five more ISA detainees released

Saya menerima panggilan dari Cikgu Norlaila mengenai berita di atas.

Sungguh terharu sungguh gembira....

Syukur Ya Allah Yang Maha Mendengar rintihan dan do'a hamba-hambaMu.....

Syukur Ya Allah...moga ianya benar2 menjadi kenyataan...

Kami bersyukur hanya pada Allah....kami percaya dengan perjuangan kami yang tak pernah henti tak pernah gentar...hingga sampai diugut, di sembur dengan gas pemedih mata dan dipenjarakan...

..............................................................................................................................................................

Home Minister Hishammuddin Hussein announced that five Internal Security Act detainees will be released with certain conditions later today.

Two of them have been in detention since April 2002 and the remaining three since 2007 for alleged involvement in terrorist movement Jemaah Islamiah.

The five are Mat Shah Mohd Satray, Abdullah Daud, Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Mohd Kamil Hanafiah and Mohd Amir Hanafiah.

Mat Shah and Abdullah were detained in 2002 while the other three in May 2007.

Mat Shah was a technician at Dewan Bahasa dan Pustaka and originally said to be a member of Kumpulan Militant Malaysia, and later alleged to be a JI member. He was arrested on April 18, 2002.

Abdullah meanwhile was a lecturer at UTM Johor and was arrested on Jan 3, 2002 for allegedly being a JI member as well.

A Hari Raya gift, nothing to do with by-election

In announcing their release today, Hishammuddin said they were being released as they have been fully rehabilitated.

"They responded well to our rehabilitation process and expressed their regret for being involved in their past activities," said Hishammuddin at a press conference in his ministry at Putrajaya.

He also said that the release was a Hari Raya gift for the families of the five from the government.

He however denied that the release was due to the oncoming Bagan Pinang by-election in Negeri Sembilan.

Sunday 13 September 2009

Harapan Ramadan....dan sahabat-sahabatku yang dikasihi..kerana Allah.

Ramadan sudah hampir sampai ke penghujungnya.....terlalu cepat masa berlalu kali ini...bak bait2 lagu di dalam nasyid Harapan Ramadan ini...sedihnya bila menghayatinya...

Entah dapat entah tidak kita melaluinya lagi...bagaimana pula dengan penerimaan Allah terhadap amal ibadat kita sepanjang Ramadan.

Ramadan kali ini...terlalu cepat berlalu..Ramadan kali ini membuatkan saya kadangkala terkenangkan kawan-kawan saya yang lama tak berjumpa...bila teringat dengan segera saya melayangkan sms tanda ingatan..dengan segera pula mereka membalasnya dengan iringan do'a.

Moga kita memperolehi teman-teman yang sejati yang bersama kita di kala susah dan senang, yang mengasihi kita kerana Allah, yang tidak gentar untuk memberikan teguran bila kita tersilap langkah dan tidak menjauhkan diri bila kita pula memberi teguran...sesungguhnya dalam kehidupan memang kita sering melakukan kesilapan, lalai dan leka...kadang-kadang kita lupa akan sahabat kita...kadang-kadang tanpa kita sedar juga kita telah menyakiti hati mereka..namun moga kita sering berlapang dada dan berfikiran terbuka demi sebuah persahabatan kerana Allah. Bak kata pepatah..'cubit paha kiri, paha kanan jua terasa sakitnya'...kadang-kadang kerana kesibukan kita lupa akan sahabat kita..hanya do'a di dalam diam kita iringkan buat mereka.

Pada Sham dan Fendi moga terus tabah...cemburu melihat ketabahan kalian berdua...cemburu dengan hadiah yang Allah telah sediakan buat anda berdua...syurga buat 2 orang anak-anak yang teramat istimewa....terasa segala masalah yang menimpa diri terlalu amat kecil nilainya....

Pada ahli keluarga tahanan ISA yang masih menunggu janji-janji manis SB dikotakan iaitu suami-suami akan dibebaskan sebelum puasa..hingga kini pula sebelum aidil fitri..moga bertambah ketabahan dan kesabaran kalian...kita juga cemburu kerana setiap detik mereka dizalimi, setiap detik itu diganjari dengan pahala untuk mereka di akhirat kelak.

Namun di dunia ini mereka memerlukan 'ganjaran' yang ada pada kita untuk memudahkan hidup mereka dan menyenangkan diri mereka..

Hulurkanlah sumbangan anda kepada mereka..baca di sini.

Gunakanlah detik-detik terakhir di bulan Ramadan ini untuk kita mengutip pahala berganda yang Allah telah sediakan...kerana mungkin kita tidak akan lagi bertemu Ramadan tahun depan..gunakanlah setiap saat yang ada pada hari-hari terakhir ini untuk mengumpul bekalan sebanyak mungkin.

Tuesday 8 September 2009

'BUAT KERJA' KES OPS PADAM3

Seperti yang telah dicatatkan di entry yang lepas, semalam 7hb September telah bermula perbicaraan kes 'OPS PADAM3'.


OPS PADAM 3 ini ialah nama operasi yang telah diletakkan oleh Polis Di Raja Malaysia untuk setiap operasi tangkapan yang akan mereka lakukan ketika adanya sebarang perhimpunan aman.

OPS PADAM 3 telah berlaku ketika Perhimpunan AMAN di bawah gabungan PROTES diadakan bagi membantah kenaikan harga barang khususnya akibat kenaikan harga minyak secara mendadak dan berkali-kali oleh pihak kerajaan.

Beberapa siri himpunan aman PROTES telah diadakan dan Himpunan Aman Protes yang diadakan pada 26hb Januari 2008 menyaksikan bahawa buat pertama kalinya pihak polis telah memohon injuksi dari mahkamah agar orang yang tertentu tidak dibenarkan berada di beberapa radius kawasan sekitar KLCC.

Kumpulan saya telah ditangkap sekitar jam 2.15 petang sebelum Himpunan bermula, dan kami ketika itu tidak berkumpul. Kami ditangkap ketika kami sedang berjalan berdekatan dengan stesen LRT Ampang Park.

Dari perbicaraan semalam dengan kehadiran dua orang saksi diantara 48 orang saksi yang bakal dipanggil oleh pihak Pendakwaraya telah memaklumkan bahawa mereka telah mendapat arahan untuk mengambil gambar 'perhimpunan dan polis menangkap orang'. Maka kebanyakan gambar yang ditunjukkan semalam adalah gambar polis menangkap orang, seorang seorang tanpa ada sebarang perhimpunan.

Moto yang terpampang jelas dan besar ketika kita menghampiri Bangunan Mahkamah Jalan Duta yang tersergam ialah 'BUAT KERJA', namun bagi kami yang menjadi mangsa memang terasa bahawa moto itu hanya sekadar moto.

Kes kami dan mungkin banyak kes yang lain terpaksa ditangguhkan banyak kali kerana kegagalan pihak pendakwaraya menyediakan dokumen yang berkaitan dengan bukti kes dari pihak polis. Tidak lengkap dan tidak diberikan kepada pihak peguambela.

Semalam satu bahan bukti yang penting iaitulah CD yang mengandungi salinan gambar lansung tidak pernah diberikan kepada peguambela. Mereka hanya memberikan salinan gambar sahaja. Peguambela memohon supaya kes ditangguhkan kerana mereka perlu melihat dan menyiasat bahan bukti tersebut. Hakim terpaksa menangguhkan kes sebentar untuk membuat keputusan namun hanya kemudiannya membenarkan pendakwaraya mengemukakan CD tersebut sebagai bukti pada hari semalam. Maka kes diteruskan.

Ada juga kejadian di mana peguambela tidak dibekalkan gambar-gambar kepada peguambela, malah kepada Hakim hanya diberikan salinan photocopy sahaja, dan kemudiannya Pendakwaray lansung tidak punya salinan maka pegawai mahkamah terpaksa berulang alik meminjam bahan tersebut diantara peguam, pendakwaraya dan saksi...memang menguji kesabaran betul.

Oleh kerana ada 45 orang OKT semuanya dan masing-masing sudah punya banyak kes mahkamah maka masing2 menunujukkan rasa tidak puas hati dengan menyuarakan rasa hati ketika kes dijalankan. Ada satu ketika, salah seorang Timbalan Pendakwaraya telah bangun, menoleh ke belakang dan menjerit dengan sekuat hatinya ke arah kami semua...

"Hei...YOU SHUT UP!!!!!"

Apa lagi kami semua pun naik darah juga, hinggakan Mat Sabu yang mungkin telah lama menahan kesabarannya telah juga menjerit dengan sekuat hatinya...

"WOI!!!!....APA JERIT-JERIT NI...HORMATLAH,,,,SIKIT ORANG, ORANG DAH LAMA SABAR NI"...begitulah lebih kurang apa yang diucapkan.

DPP tersebut telah mendapat teguran dari Hakim yang mengatakan bahawa beliau tidak boleh meninggikan suaranya...

Bersambung...kes bersambung pagi ini jam 10am.

Monday 7 September 2009

LIVE DARI MAHKAMAH JLN DUTA-KES OPS PADAM3

Live dari mahkamah Jalan Duta

Kes OPS Padam 3 tangkapan yang berlaku pada 26hb Januari 2008

copy paste dari Facebook:

tadi sedap saja keluar dr rumah at 8.40am.Sampai di Jln Duta just nice 8.55, tapi jalan sesak menuju ke bangunan mahkamah.Terpaksa park di Masjid Wilayah dan berlari ke Mahkamah.Ramai dtg lambat..

Mahkamah rehat sekejap.judge nk buat decision. Ada ka pulak DPP baru nk kemuka bahan bukti penting CD yg tlh 'dibakar' oleh saksi pertama. sblm ni Pendkwa raya hnya bg salinan gmbar saja..mana boleh..jd peguamblea brhujah dgn menggunakan s51A.

rehat lagi..sejak mula perbicaran at 9am dah 3 kali rehat..tu la ni semua salah pihak pendakwaraya dan polis yg tak sediakan CD pd peguambela. Hakim buat keputusan menerima CD sbgai bhn bukti walau bru dserahkan pg ni..so sambung dgn saksi yg tak guna cd sbgai bhn bukti..hhmmm

wah!!!semua org tengah marah..adaka pendakwaraya..jerit "u SHUT UP!!!!!' TO US..REALLY MAD!!!!..MENJERIT SEMUA ORG DLM COURT

Friday 4 September 2009

Memang Tak Adil..Memang ZALIM

Memang tak adil, memang zalim..memang kaki penipu dan putar belit.

Kami menjadi mangsa kezaliman hasil dari tangkapan terpilih pihak berkuasa. Perhimpunan aman yang diadakan oleh Pakatan Rakyat dan NGO dikatakan perhimpunan haram..mereka..orang BN buat semua pun tak apa, baca di sini semua pun okay...ada saja alasan yang cuba dimenasabahkan..

Semalam kami di GMI berfikir-fikir dalam membuat keputusan untuk memberikan sedikit sumbangan kepada kumpulan ISA7, bekas pelajar universiti yang didapati bersalah kerana menyertai 'perhimpunan haram' menentang akta Zalim ISA pada tahun 2001. Sejak dari itu mereka sudah diberhentikan pelajaran mereka, mereka terpaksa mengharungi perit getir selama lebih 8 tahun sebelum akhirnya pada tahun ini mereka didapati bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM3,900.00. Baca di sini.
Justify Full
Saya amat memahami penderitaan dan kesusahan mereka.

Ramai lagi ahli Pakatan Rakyat dan rakyat yang bencikan kezaliman dan cuba tunjukkan kebencian mereka dengan menyertai perhimpunan aman kini perlu melalui dugaan yang sama. Turun naik mahkamah sehingga saat hukuman dijatuhkan yang entah bila datangnya.

Contohnya hari ini kes 29 orang yang telah ditangkap pada Himpunan Mansuh pada 1 Ogos lepas telah disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Dakwaan awal kepada semua ialah kesalahan menyertai perhimpunan Haram dan bagi saya, Aiman dan Norlaila, kami punya tuduhan tambahan sebagai tidak membawa pengenalan diri.

Pagi tadi di hadapan Hakim, pihak Pendakwaraya telah tiba-tiba mengemukakan 2 tuduhan alternatif kepada sebahagian dari 29 orang OKT yang hadir. Mungkin mereka terasa mereka telah melakukan kesilapan besar, kerana 13 orang yang diberi tuduhan alternatif itu telah ditangkap pada jam 3.50 pagi hari Sabtu...sedangkan perhimpunan aman yang dirancangkan hanya bermula pada jam 2 petang.

Maka tuduhan alternatif yang diberikan kepada mereka ialah..(memang sangat kelakar)..."bahawa kamu telah memberikan bantuan berbentuk T-shirt yang berwarna merah yang bertulisamn putih UNIT AMAL dan topi kepada sebuah pertubuhan haram GAGASAN MEMANSUHKAN ISA'....ishh..entah apa-apa tah si pendakwaraya ni bersekongkol dengan polis yang menangkap.

Tuduhan alternatif kedua mereka pula ialah "bahawa kamu cuba menyertai satu perhimpunan haram"...ha...jangan main-main...cuba pun tak boleh...

"Adakah kamu mengaku bersalah?"

"Tidak!!"....semua mereka yang masih muda belia dan datang dari jauh mengaku tidak bersalah tanpa ada sebarang paksaan atau tunjuk ajar...memang power mereka...berani menempuh cabaran termasuk remaja bawah umur 16 tahun...anak Pondok Pak Teh di Perak.

Maka Hakim akhirnya meletakkan tarikh 13hb November ini untuk sebutan kes lagi, kerana peguambela memohon agar kes 'tuduhan tidak memiliki kad pengenalan diri" untuk kami bertiga dipohon untuk didengar bersekali dengan pertuduhan menyertai perhimpunan haram.

Peguam memohon agar kesemua OKT tidak perlu hadir pada 13hb November memandangkan ianya hanya sebutan kes. Hakim yang baik hati membenarkan permohonan tersebut...memang amat bertimbang rasa untuk mereka yang perlu datang dari jauh.

Kemudiannya kami semua turun pula ke tingkat dua untuk memasuki mahkamah majistret 10 bagi sebutan kes saya, Aiman dan Norlaila. Pendakwaan awal kami pada 3 Ogos yang lalu dibuat di sana di hadapan Majistret yang comel dan muda belia.

Suka saya catatkan di sini bahawa pada hari kejadian bukannya kami tidak membawa IC kami, ianya ada pada kami. Bila polis yang tidak beruniform minta kami memang tidak menyerahkan, kami tanyakan untuk apa, jika hanya untuk beri maklumat diri, kami boleh sebutkan. Namun polis tersebut terus kata :"ok, kalau tak nak bagi kami akan dakwa sebagai tak ada IC"...dan kami dihukum dengan dikurung dalam truck polis berjam-jam.

Untuk sahabat kami yang dua orang lagi Kak Yati dan Kak Salmah, mereka telah menyerahkan IC mereka kepada polis bila diminta pada hari kejadian..dan..ironinya ialah hingga hari ini POLIS GAGAL SERAHKAN kembali IC mereka atau boleh dikatakan polis telah mencuri IC mereka dan dihilangkan. Kesian Kak Yati, dia akan ke Mekah pada 6hb ini..terpaksalah bersusah payah mencari IC. Apa punya kes polis ni...Begitu juga untuk 26 orang yang lainnya mereka juga terpksa bersusah payah untuk mendapatkan kembali IC mereka. Maka pada hari perbicaraan kes IC kami kami akan lawan dan tentang habis-habisan!!!!.

Di kamar mahkamah Peguam memohon agar kes kami dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 5 dan didengar bersekali dengan kes yang lainnya. Pn Majistret bersetuju. Peguam meneruskan dengan memohon agar kami bertiga tidak perlu hadir untuk sebutan kes pada 13 November seperti yang dibenarkan oleh Hakim sebelumya. Namun jawapan Pn Majistret ialah:

"Saya arahkan mereka bertiga hadir untuk sebutan kes pada 13 November"

Tidak mengapalah Puan Majistret...Pn Majistret membuatkan saya mengingatkan kembali akan peristiwa pada 3 hb Ogos dahulu di mana kami nyaris-nyaris dipenjarakan semalam lagi..kemungkinan besar di Penjara Kajang...kerana banduan yang duduk bersama kami di lokap sementara di Jalan Duta mengatakan kepada kami bahawa mereka terpaksa lewat di hantar pulang ke Penjara Kajang kerana menantikan kami. Alhamdulillah dengan ketangkasan dan kepantasan semua peguam kami pada hari itu telah menyelamatkan kami dari disumbat ke Penjara Kajang.

Memang tak adil...memang zalim....Tumbangkan pemimpin dan kerajaan yang tidak adil dan zalim!!!!

7 hb hingga 9hb September sekali lagi kami perlu ke mahkamah yang sama di hadapan Hakim yang sama untuk kes tangkapan PROTES 2008-OPS PADAM3

Wednesday 2 September 2009

SIDANG DUN PERAK: PENYOKONG BN YANG BERBAJU KUNING

Saya terlupa lansung bahawa hari ini adalah 2hb September..hari Sidang DUN Perak...kalaulah saya tinggal di Perak, sudah tentu saya tidak akan lepaskan peluang keemasan untuk melihat satu lagi diantara beberapa sejarah yang tercipta di Perak.

Bersyukur dengan kemudahan yang ada di Facebook, online sahaja saya sudah dapat tahu berbagai berita terkini, apa lagi mempunyai teman-teman FB yang sealiran. Saya tidak juga lupa untuk klik di Malaysiakini untuk hari-hari yang 'panas' untuk mengetahui perkembangan terkini...menarik hati saya untuk copy dan paste berita di bawah...

Yang menariknya ialah tentang kehadiran 'pro-BN crowds' yang memakai baju kuning...kebetulan atau terancang...mengapa pula kuning..

Sama dengan isu dan hujah yang dibawa oleh peguambela 13 orang OKT untuk kes 'OPS BUBAR DUN PERAK' yang masih menunggu tarikh sambung bicara di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. Juga dibangkitkan isu kehadiran orang BN yang berbaju kuning yang membuat huru-hara..namun seperti yang kita tahu mereka tidak ditangkap tetapi orang Pakatan Rakyat yang tidak membuat kacau bilau yang ditangkap, dipenjarakan dan didakwa. Lagi kasihan untuk kes 13 orang ini termasuk suami saya sendiri mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM4000.00..walaupun Timbalan Pendakwaraya hanya meletakkan sebanyak RM1,500.00.

Baca di bawah dan baca kes perbicaraan tentang kewujudan orang berbaju kuning di sini.

Kehadiran polis dan FRU yang ramai yang merusuh juga sama saja membuatkan keadaan tegang dan kacau bilau...saya hairan dan geram...kenapa polis dan FRU mesti GAAANNNAAASSS!!!!!

Pakatan reps arrested, state secretariat blocked
Sep 2, 09 9:07am
The Perak Pakatan Rakyat elected representatives are determined to proceed with their planned state assembly sitting today despite a police order barring anyone from gathering at the state secretariat.

Ousted menteri besar Mohamad Nizar Jamaluddin and some of the Pakatan state reps started arriving to the state secretariat at about 8.45am. Some 150 supporters were present.

The police meanwhile have thrown a heavy security cordon around the state secretariat with Federal Reserve Unit trucks and water cannon blocking the rear entrance of the building. The police have also cordoned off the tree under which the last Pakatan-held state assembly was held in March. About 100 police personnel are on standby.

At 9.45am, all the Pakatan representatives and their speaker V Sivakumar began walking from the Perak DAP office towards the state secretariat. They were accompanied by some 50 supporters.

Three reps arrested

When stopped by police, Perak DAP head Ngeh Koo Ham argued with them about the court order prohibiting the gathering. "The court order says the public cannot be in the vicinity, but is silent on state assemblypersons. It is illegal to stop state assemblypersons fromperforming their duties...

"Furthermore, Section 90 of the Criminal Procedure Code says that such an order must be gazetted." [See notice on court order]

The group then attempted to march on, but was blocked by a row of riot police. Ngeh was arrested at 10.10am.

Also arrested was Stanley Tan, a photographer with Nanyang Siang Pau, who was said to have been kicked in the process.

He had shouted at the police: "You nak kerja, kita pun nak kerja."(We both have duties to perform.)

Also arrested were Malim Nawar state rep Keshvinder Singh and Simpang Pulai assemblyperson Chang Ming Kai. Three other members of the public were also arrested.

By 10.20am, the Pakatan reps and their supporters retreated to the state DAP headquarters which is located just behind the state secretariat.

Here Sivakumar told reporters that the assembly would be convened at the nearby Heritage Hotel based on the doctrine of necessity. Nizar meanwhile slammed the police over their high-handed approach in arresting the three state representatives and the others. "This is the holy month and yet they behave in such manner," said Nizar.

It was also learned that Keshvinder was hurt in the process of being arrested and has been taken to the Ipoh Hospital for treatment.

Pro-BN crowd arrives

Meanwhile a second group of people - pro-royalist/BN crowd wearing yellow shirts - also started arriving at the area at about 10am, shouting slogans in support of the Barisan Nasional state government, Perak sultan and the state assembly's sanctity.



The police quickly moved in to disperse this crowd, which they did, but not before unfurling banners just next to the Pakatan supporters. The banners generally showed support for BN's Menteri Besar Zambry Abd Kadir and his state government. "Dr Zambry and BN government are the people's choice," read one banner. Eye-witnesses reported that the police took a much softer approach in dealing with this crowd.

Seeking to set aside order In another development, Pakatan lawyers applied to the court this morning to set aside the Ipoh Magistrate's Court order yesterday which prohibits any gathering within a 30m radius of the state secretariat.