Showing posts with label Altantuya. Show all posts
Showing posts with label Altantuya. Show all posts

Tuesday, 31 March 2009

Najib bakal angkat sumpah Jumaat ini??..adilkah untuk Rakyat???

Nampaknya Najib dan isteri sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menaiki takhta..

Dah terbaca di Malaysiakini news at 6.52pm hari ini. Najib to be sworn in on Friday!!!!..


Ah...takutnya...seramnya....


Patutnya...seperti yang disebutkan oleh Mohd Sabu di ceramahnya di Taman Melewar minggu lepas, Najib sepatutnya dan seharusnya membersihkan namanya dahulu yang dilibatkan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya. Beliau seharusnya mendakwa pemberita Perancis yang telah membuat laporan terperinci tentang pembunuhan ALtantuya dan membabitkan Najib dan isterinya Rosmah sebagai terlibat dalam kes pembunuhan tersebut..

Detik-detik pembunuhan dan sesiapa yang terlibat disebut dengan jelas di dalam laporan tersebut, maka sudah tentulah sebagai seorang yang bakal menjadi pemimpin No 1 dalam negara membersihkan namanya dan meminta siasatan dilakukan ke atas laporan yang dibuat oleh wartawan Perancis tersebut.

Begitu juga dalam tulisan oleh Kim Quek di Malaysia Today : Najib Must be screened by a Royal Commission Of Inquiry.

Berbalik kepada isu Najib akan mengangkat sumpah pada Jumaat ini, soalannya mengapa telah terbongkar bahawa upacara itu bakal diadakan pada Jumaat ini dan hanya dimaklumkan melalui sms lengkap dengan tatacara pakaian yang patut dipakai.....siapa pula penghantar sms tersebut dan mengapakah tiada surat rasmi dikeluarkan.

Dan di satu pihak lagi pula, Perdana Menteri kini, masih tidak dapat mengumumkan bilakah tarikhnya dan mengharapakan pihak Media untuk tidak terus mendesaknya dengan bertanyakan bilakah proses peralihan kuasa tersebut bakal berlaku.

Manakala jawaban Najib pula ialah...kena tunggu official statement dan dia tidak ada hak dan tidak boleh buat kenyataan tersebut....
Apakah rakyat Malaysia sanggup menerima seorang pemimpin yang bakal menjadi Perdana Menteri tetapi dikaitkan dengan tuduhan membunuh...dan telah tersebar ke seluruh dunia. Adilkah untuk rakyat???...
Bagi rakyat khususnya dari pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bahang panas dari corak kepimpinan DS Najib sudah terasa membakar diri......mungkinkah ramai yang bakal menjadi korban???
Ini jawapan DS Najib seperti yang tercatat dalam tulisan Kim Quek seperti diatas ialah "It is not fair to prejudge me. Give me a chance to take office first. Judge me by my action"
Hah....tak perlu tunggu hingga masuk office mengambil tempat sebagai Perdana Menteri...kini rakyat memang sedang memerhatikan anda dengan secara dekat...begitu juga tindak tanduk isteri anda ...