Sunday 31 January 2010

SIAPA YANG PATUT DAPAT WANG EHSAN-WAJAH-WAJAH TOK GURU

Bertempat di Dewan Orang Ramai AU2 Taman Keramat 30hb Januari 2002 telah diadakan satu Himpunan Bersama MB Kelantan, bertemakan We Love Tok Guru telah diadakan dengan jayanya.

Orang ramai dari jauh dan dekat membanjari kawasan tapak Himpunan diadakan.


Tok Guru Nik Aziz tiba ke dalam dewan sekitar jam 10 malam. Majlis dimulakan dulu dengan dendangan Nasyid dari kumpulan Nasyid baru yang turut dianggotai oleh Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid.


Tok Guru kelihatan amat lemah semalam, namun ternyata tetap digagahi juga untuk datang. Jejak langkah Tok Guru kelihatan sungguh menyedihkan.

Tok Guru tetap jua melangkah ke rostrum memulakan ucapannya. Ringkas, mengena dan tajam sekali.

"Minyak Kelantan untuk Kelantan"

"KL, setitik minyak pun tak ada. Dia ambil minyak kita lepas tu nak bagi ehsan pada kita."

"Patutnya kita bagi ehsan pada dia"

Sungguh mengena...disambut dengan laungan semangat dari semua yang hadir.


"UMNO ada DUIT, ada ISA, sikit-sikit DUIT, sikit-sikit ISA!!!!"

Mengena lagi dan sungguh terkini.

"Kita do'a semoga Allah buka hati pemimpin UMNO, tenaga yang ada pada UMNO guna untuk kempen Islam, namun sebaliknya mereka gunakan untuk mencelarukan Melayu"

Siri perkongsian akan datang adalah konspirasi BN UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan.

Bongkar Kezaliman: Suamiku seorang PENGGANAS ANTARABANGSA????

"Ummi, bil handphone tak bayar ke?"....itu soalan pertama dari suami bila saya menelefonnya sebaik kami sampai di KLIA untuk menjemputnya setelah selamat pulang dari Abu Dhabi pada 9hb Januari lepas..


"Oh, sorila, ummi lupa nak bayar, abang dah lama ke sampai?" tanya saya dengan penuh perasaan bersalah kerana lalai, ye lah, bila telefon tersebut lansung tidak digunakan lansung saya lupa tentangnya.

"Ye lah, dah lama ni, kena tahan lagi, kena tunggu pegawai dari Bukit Aman datang.".....resah dan marah saja suara di hujung talian kedengaran. Saya faham perasaan suami saya. Apa tidaknya dia dilayan seperti seorang penjenayah yang dikehendaki setiap kali hendak keluar masuk negara.

Kami tidak tahu dan tidak pernah tahu akan apa sebabnya dia perlu ditahan di Imigresen dan atas apa kesalahan pula namanya disenarai hitamkan.

Ketika dia membuat permohonan baru untuk pasport antarabangsanya, beberapa bulan sebelumnya beliau disapa dengan kenyataan yang agak mengejutkan " Encik, nama encik black list ni".

Bila ditanya kenapa jawapan yang diterima hanyalah "Encik cuma akan tahu bila encik nak ke luar negara nanti".

Jadi bila hampir saat suami perlu ke luar negara saya cuba menghubungi semua institusi yang berkaitan samada Bank, JPJ dan juga LHDN. Semuanya clear, tak ada masalah. Yang bermasalah khabarnya ialah dengan Polis!!.

Kami membayangkan mungkin juga sebab kes ditangkap di Kuala Kangsar, namun perasaan saya lebih kepada kemungkinan disenaraihitamkan oleh SB kerana aktiviti kami berdua. Mungkin mengancam 'keselamtan negara'.

Menunggu kehadiran polis untuk ambil maklumat di pemergian yang pertama pada 5hb November 2009

Suami telah bertolak ke Abu Dhabi pada 5hb November 2009. Kemudiannya pada 6hb Disember 2009, beliau pulang beberapa hari bagi menghadiri kes Ops Bubar Dun Perak di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. Pada 11hb Disember beliau berangkat semula ke sana dan pulang semula pada 9hb Januari 2010.

Setiap kali dia perlu keluar dan masuk dia akan ditahan beberapa jam, menunggu hingga ada beberapa orang polis dan 'menyoal siasat' dia. Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, baru akan dilepaskan, maka kami perlu sediakan masa yang lebih sedikit dari rakyat kebiasaannya yang lain.

Namun pada hari beliau tiba ke KLIA pada 9hb Januari 2010 dan melalui pihak imigresen, kali ini nasibnya berbeza dan lebih mendebarkan kami sekeluarga.

Namun bersyukur kerana Allah memudahkan dan saya terlebih dulu dapat melangsaikan bil telefonnya maka dapat lah kami berhubung ketika dia ditahan oleh pihak polis imigresen.

Sebaik sahaja mengetahui keadaannya dalam keadaan 'luarbiasa' iaitu perlu 'dilawati' oleh Pegawai Cawangan Khas dari Bukit Aman....ya...pegawai yang harus datang dari Bukit Aman ke KLIA untuk menyambut kepulangannya, kami berdua dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena di mana-mana.

Segera saya menghubungi peguam yang dikenali, mula menghubungi Lateefa Koya, namun gagal, cuba pula menghubungi Amer Hamzah dan dapatkan nasehat. Ya, dalam keadaan panik dan resah kita lupa basic rule yang telah lama kita pelajari...BUKU MERAH...apa yang perlu dilakukan apabila kita ditahan polis.

Segera pula saya menghubungi suami dan menasehatinya seperti apa yang disampaikan oleh Amer Hamzah.

Saya dapat rasakan keresahan dan kerisauan di hati suami ketika itu. Kami di luar menanti dengan penuh sabar walau hati saya terlalu amat risau. Anak yang bongsu Asiah memang selalu dapatkan rasakan kerisauan umminya...dia nampak sangat resah. Di waktu kami solat sebentar kelihatan dia berdo'a lebih dari biasa. Terpaksalah saya sembunyikan kerisauan walau berkali-kali cuba menghubungi rakan-rakan memohon panduan dan pertolongan.

Asiah baring di atas pangkuan ummi sambil menunggu abah.

Kami menunggu lagi, sambil mengisi masa dengan makan, minum dan anak-anak semuanya keletihan dan keresahan menanti.

Saya sendiri menjadi bertambah risau apabila ada satu ketika panggilan telefon saya lansung tidak dijawab, sms juga lansung tidak berbalas. sungguh risau.

Asma' dan Anas diberi wang untuk membeli buku dan majalah lalu menghabiskan masa membaca. Ammar dihujung sana setelah jemu bermain PSP, terus baring sahaja.

Akhirnya pada jam 5 petang saya mendapat panggilan darinya "Ummi, ok tunggu abang di depan tu dah nak keluar ni, nanti abang ceritakan semuanya".

Perasaan saya....lega bercampur curiga juga...apa dah jadi padanya tadi.

Sebaik muncul dari balai ketibaan, sebaik bersalam dan berpelukan, suami memecahkan berita kepada saya..."Abah dituduh sebagai PENGGANAS ANTARABANGSA!...terkejut abah"

"Ya Allah sampai macam tu sekali,macam mana boleh dapat tuduhan tu...gila betul!!!!"

Ya memang satu tuduhan yang amat gila, tidak waras, dan tidak masuk akal. Inilah hasil risikan dari pegawai Cawangan Khas yang sering mengaku diri mereka INTELLIGENT!!!!...Stupid!!!

Setelah selamat tiba di rumah, keesokan harinya kami menziarahi YB Saari bekas tahanan ISA sebanyak dua kali bagi menceritakan apa yang terjadi. Beliau ternyata terkejut dan meminta suami untuk lebih berhati-hati. Komennya "this is serious, please make lots of do'a".

Ketika menghubungi peguam Lateefa Koya, lebihkurang begitu juga komennya...maka bagaimanakah pula perasaan kami selepas itu...debaran sentiasa ada...kami lebih peka dan sentiasa memastikan kiranya ada kereta yang berwarna putih mengekori kami.

Kini, bila heboh pula tentang tangkapan ISA yang terbaru...perasaan tersebut kembali...apa tah lagi....alasan dan dakwaan ke atas mereka ialah "PENGGANAS ANTARABANGSA" mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyyah. Pernah menjalani latihan di Afghanistan dan Yaman.....Gila!!!!

Di bawah adalah catatan suami saya ketika disoalsiasat oleh Pegawai Cawangan Khas dari Bukit Aman.

Tajuk : Soal SiasatPolis/SB
Tarikh : 9 Januari 2010
Masa : 2.30 ptg – 5 ptg
Tempat : Balai Polis KLIA (balai ketibaan)

Rentetan kejadian
1. Sekitar jam 2.30ptg di kaunter imegresen di balai ketibaan KLIA, saya yang baru sampai dari Abu Dhabi dengan menaiki pesawat EY418 atas urusan pekerjaan, telah diarah untuk pergi ke balai polis KLIA yang terletak berhampiran kaunter imegresen dengan di iringi oleh 2 anggota polis yang bertugas.

2. Saya dimaklumkan bahawa, pegawai polis dari Bukit Aman akan datang menemui saya. Oleh itu saya telah diminta untuk tunggu. Saya bertanya kepada anggota polis yang bertugas, atas alasan apa saya di minta tunggu, beliau menyatakan yang beliau sendiri kurang pasti sebab-sebab mengapa saya di minta untuk tunggu. Oleh itu, saya telah memaklumkan kepada isteri saya dengan menggunakan talipon bimbit.

3. Setelah menunggu agak lama, saya memohon untuk pergi mengambil beg saya di ruangan mengambil beg. Pada mula anggota polis enggan membenarkan saya dengan memberi alasan bahawa mereka akan memastikan beg saya selamat. Walaubagaimanapun setelah didesak mereka telah membenarkan saya pergi mengambil beg dengan di iringi seorang pegawai polis.

4. Sekitar jam 4 ptg, 3 orang lelaki berpakaian awam telah masuk ke balai polis berkenaan serta menyatakan yang mereka dari Bukit Aman. Mereka menyatakan hasrat untuk menemuramah saya. Untuk itu, sebuah bilik khas telah disediakan. Sebelum pergi ke bilik berkenaan, saya di minta untuk meninggalkan talipon bimbit serta beg-beg saya. Saya memohon untuk membawa bersama beg sandang kerana mengandungi dokumen-dokumen penting. Mereka membenarkan permohonan saya.

5. Semasa di dalam bilik temuramah, salah seorang dari 3 lelaki, mungkin ketua mereka, telah menyatakan yang mereka dari Bukit Aman di bawah sebuah Jabatan yang baru ditubuhkan khas untuk menangani ancaman penganas

6. Sebelum memulakan sesi soal jawab, mereka meminta saya menulis butir-butir peribadi saya iaitu:
a. Nama
b. Umur
c. No I/C
d. Alamat
e. No talipon bimbit
f. Nama isteri dan anak-anak beserta umur mereka
g. Kelulusan tertinggi dan di institusi mana
h. Majikan serta alamat majikan

(nota; ketika suami memberitahu tentang anak sulong kami, pegawai terbabit lebih dahulu menyebut begini "yang sulong ni di sekolah tahfiz, dan sudah hafiz kan"...wah intelligent betul risikan mereka dalam merisik peribadi seseorang)

7. 3 lelaki tersebut menyatakan dari maklumat yang mereka terima serta percayai, saya dituduh telah terlibat dengan kegiatan penganas. Mereka juga mendakwa yang saya pernah pergi ke Negara Afghanistan untuk mengikuti latihan ketenteraan.

8. Saya telah menyatakan dengan tegas, bahawa saya tidak pernah pergi ke Afghanistan, apatah lagi mengikuti mana-mana latihan ketenteraan.

9. Mereka terus menyoal samada saya pernah pergi ke negara-negara Yaman, Arab Saudi serta Pakistan. Saya menyatakan yang saya tidak pernah pergi ke negara tersebut.

10. Sambil membelek-belek paspot antarabangsa saya, mereka bertanyakan mengapa saya pergi ke Oman dari Abu Dhabi, saya menyatakan saya pergi ke sempadan Oman untuk memperbaharui Visa yang hanya mengambil masa beberapa jam sahaja.

11. Saya menyatakan penglibatan saya adalah telus serta menurut undang-undang dengan menyatakan saya adalah ahli kepada pertubuhan berikut:

a. Pertubuhan bukan Kerajaan – Jamaah Islah Malaysia (JIM),ahli seumur hidup
b. Pertubuhan Politik – Parti Islam SeMalaysia (PAS), ahli biasa

12. Mereka menyatakan mereka tahu kegiatan saya serta menyatakan menjadi ahli mana-mana pertubuhan adalah antara cara penganas untuk mengabui pihak berkuasa akan kegiatan sebenar mereka.

13. Mereka juga menyatakan bahawa masih terdapat bekas-bekas tahanan ISA yang dituduh sebagai pengganas telah menyambung semula kegiatan mereka setelah mereka bebas. Mereka juga menyatakan bahwa menggunakan ISA lebih mudah dan lebih baik untuk seseorang yang ditangkap berbanding dengan menggunakan undang-undang jenayah yang sedia ada kerana undang2 jenayah boleh dipenjara hingga 28 tahun atau dihukum mati atau ditangkap oleh Amerika Syarikat dan menerima nasib yang lebih teruk. Maka ISA adalah penyelamat sebenarnya. (nota: bagaimana perasaan anda bila mendengar ini??)

14. Mereka juga menyatakan bahawa mereka telah menyoal siasat mereka-mereka yang pernah di tahan serta mereka yang pernah dituduh menjadi ahli serta kepimpinan pertubuhan yang di gelar penganas tentang saya. Maklumat yang didapati ialah tidak seorang pun yang mereka temui mengenali saya.

15. Akhirnya mereka menyatakan memang mereka tahu yang saya tidak terlibat dengan mana-mana kegiatan penganas. Tujuan mereka menyoal siasat saya hanyalah untuk mendapat pengesahan dari saya sendiri serta sebagai rekod yang mereka telah berjumpa dengan saya.

16. Diakhir sesi soal jawab mereka telah mengambil gambar serta foto berukuran paspot dari saya. Mereka memaklumkan yang mereka mempunyai gambar saya ketika saya masih belajar dengan rambut dan janggut yang panjang. (apala modal mereka agaknya dengan gambar tu)

Moga Allah melindungi kami sekeluarga dari rancangan jahat mereka yang ZALIM!!!

Friday 29 January 2010

KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGAMUK SAKAN. MENTERINYA PULA MENIPU MENIPU MENIPU!!!!!!


SUKANYA DIA MENZALIMI ORANG!!!!!


LEPAS TU MENIPU DI SIANG HARI....baca penipuannya kepada media dan umum di bahagian bawah sekali di entry ini...

Sebelum meneruskan niat untuk mendedahkan kezaliman dan penipuan KDN dan PDRM saya kira adalah lebih baik terlebih dahulu dicatatkan tentang beberapa insiden yang patut dicatat menjadi sejarah dalam tanah air. Sejarah yang menambahkan lagi nilai kezaliman yang ada, dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat dalam usaha menutup mulut rakyat yang mahu mendedahkan kezaliman dan penipuan pihak penguasa.

1. ISA mengganas lagi.

Ketika DS Najib dilantik menjadi Perdana Menteri pada April yang lepas beliau telah membebaskan 13 orang tahanan ISA. Kemudiannya ada usaha untuk meminda akta ISA atas desakan rakyat juga yang mengatakan ISA zalim dan wajib dimansuhkan. Usaha pemindaan itu sepatutnya dijalankan pada sesi Parlimen yang baru lepas.

Sidang media GMI tentang penangkapan terbaru tahanan ISA.

Pada bulan September yang lepas beberapa orang tahanan ISA dibebaskan lagi dengan meninggalkan hanya kurang dari 10 orang di KEMTA.

Namun akhirnya dalam diam ISA tetap mengganas dan menahan 12 orang lagi dibawah ISA. Mereka ditangkap dengan ganas didalam sebuah majlis ilmu yang sentiasa diadakan.

Awal pagi tadi ada juga mendengar satu amaran dari KDN dan Bukit Aman bahawa lebih ramai lagi akan ditahan di bawah ISA.

Atas apa alasan sebenarnya????......tetapi mereka tidak memerlukan alasan sebaliknya mereka menggunakan alasan kononnya Keganasan Antarabangsa!!!!....hebat. Kebetulan pula Saudara Obama kita di Amerika Syarikat sana sedang memerangi Afghanistan atas alasan hendak menentang pengganas dan mahu semua negara termasuk Malaysia memastikan semua pengganas ditangkap atau dihapuskan.

Maka ramailah yang menjadi mangsanya....kini mereka yang ditangkap bukan lagi terdiri dari orang politik yang menentang kerajaan secara terang-terangan tetapi mereka yang mendalami ilmu agama dan dikaitkan dengan mereka yang mempunyai pemikiran WAHABI dan Salafi....sungguh malang sekali...jahat memang jahat....

Jadi berhati-hati anda semua selagi ISA masih wujud...sesiapa sahaja ada kelayakan untuk ditangkap dan diseksa di bawah undang-undang yang zalim ini!!!!

Keganasan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Hari ini juga kita dikejutkan dengan satu peristiwa keganasan lagi di mana pihak berkuasa mengganas di dalam sebuah Universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia. Lantaran keberanian Mahasiswa kita yang berani bangun untuk menentang penipuan yang berlaku di dalam Pilihanraya Kampus.

siap bawa cangkul ke apa ni...apa hal polis ni...nak sodok kepala siapa tu????.....gambar dari sini.

FRU telah digunakan untuk menghalang para pelajar ini menggunakan kuasa suara mereka untuk menentang kezaliman. Mereka telah diganasi dan ada yang ditangkap.

Mahasiswi yang berani...power!!!!!.....gambar dari Tukar Tiub

Syabas anak muda dan mahasiswa yang berani....walau terpaksa menghadapi pelbagai kemungkinan...tahniah...tahniah...tahniah...

KDN MENGAMUK RAMPAS BUKU!!!

3. Sejak dari semalam telah menerima berita bahawa majalah kartun ZUNAR telah dirampas dari kedai-kedai buku oleh pihak KDN. Sungguh terdesak...apa cerita ni...buku-buku ini dijangkakan oleh pihak KDN sudah tentu dengan risikan polis Cawangan Khas yang sentiasa merasakan mereka Intelligent dalam risikan bahawa buku ini bakal mencetuskan suasana yang tidak aman di Malaysia...sungguh lawak dan STUPID sekali....

Inilah wajah-wajah buku-buku yang bakal mengganggu ketenteraman....ketenteraman siapa????


dipetik dari Malaysiakini.

“The books have been taken because we want to investigate the publications. They are not banned, but we discourage distribution of those books pending the outcome.

“The books were seized during a routine operation by our officers. Currently we only have seized copies from one book store, but we will continue to look out for these books in our daily operations.”

It is understood that the books are being studied for seditious content which could compromise the harmony of the country.

File yang kami dapat semalam tersedia di atas meja mesyuarat.

4. Akhirnya sebagai penutup untuk entri ini dan sebagai kesimpulannya...KDN memang zalim dan Menterinya boleh kah kita katakan ketua yang zalim???....dan adakah dia juga seorang penipu????

Semalam bertarikh 28hb Januari 2010, GMI telah dijemput dengan surat jemputan dihantar dengan lebih awal, bahawa satu pertemuan akan diadakan bersama dengan Menteri Dalam Negeri bagi membincangkan tentang Kajian Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kami juga mendapat makluman bahawa wakil dari parti Politik DAP,PKR dan PAS turut sama dijemput dalam majlis yang sama bersama dengan GMI.

gambar pertemuan pada 28hb januari 2010

Namun pada saat akhir hingga kami tiba di bilik Mesyuarat kami mendapat maklumat bahawa pertemuan dengan wakil Pakatan Rakyat telah dibatalkan. Hanya kami dari GMI dan NUJ National Union Journalist yang hadir.

Kami dari GMI tetap menghadirkan diri walaupun kami tegas dengan pendirian bahawa ISA wajib dimansuhkan dan bukannya dipinda kerana kami sudah lama menanti peluang untuk duduk berdepan dan berbincang dengan seorang Menteri Dalam Negeri. Sudah beberapa kali Menteri Dalam Negeri berganti inilah peluang pertama kami mendapat jemputan.

PENIPU BESAR....ZALIM PULAK TU...

Tuan Pengerusi GMI telah memaklumkan rasa kesal kami dengan ketidakhadiran Menteri Dalam Negeri. Timbalan Menteri memaklumkan kepada kami bahawa MDN mempunyai hal lain yang tidak dapat dielakkan, lansung tidak diberitahu rupanya ada satu pertemuan lain pula bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat...sungguh penipu!!!

Wah sungguh penipunya dia dan mereka...kebetulan saya sedang mencari link di Malaysian Insider tentang laporan bahwa pertemuan antara Hishammuddin dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dibatalkan (saya mendapat maklumat bahawa berita ini tersiar di Malaysian Insider, tapi tidak terjumpa linknya), saya terjumpa laporan yang lain dan di sana saya menjumpai maklumat yang mengejutkan...Menteri Dalam Negeri kata sebenarnya :

"It was earlier reported that the briefing had been cancelled, but it
was later clarified that only the public session, originally scheduled
for 2pm, was called off."

The briefing tersebut merujuk kepada pertemuan dengan Ahli Parlimen PR sudah tentu dan the public session itu yang merujuk kepada pertemuan dengan kami GMI, kerana temujanji kami adalah pada jam 2 petang....apa cerita ni??????

Nak saja rasanya nak menyumpah sungguh-sungguh...dah la isi pertemuan tersebut sungguh menyakitkan hati!!!....akan dikongsi di ruangan yang seterusnya.....

Thursday 28 January 2010

Kerajaan Zalim : Penahanan Terbaru di bawah ISA.

Tajuk muka hadapan Utusan Melayu hari ini....10 ditahan ISA. Disyaki terlibat pengganas antarabangsa.

Kami di Gerakan Mansuhkan ISA mula mendapat berita tentang penangkapan beberapa orang di bawah akta ISA pada hari Selasa yang baru lepas. Kami mendapat maklumat tersebut dari seorang peguam yang menguruskan permohonan Habeas Corpus bagi mereka yang telah ditangkap.


Kami mendapat maklumat bahawa mereka telah ditangkap pada hari Khamis malam Jumaat di sebuah rumah di Sungai Chincin Gombak. Ketika itu ada hampir 50 orang sedang mengikuti kelas pengajian mingguan mereka yang disampaikan oleh seorang Ustaz iaitu Shekh Aiman.

Sekumpulan polis UTK Unit Tindakan Khas telah datang dan merempuh pintu rumah dengan ganas dan mengarahkan mereka semua tidak melakukan apa-apa dan meletakkan handphone masing-masing.

Hujung sekali yang sedang bercakap ialah Mohd Yunus Zainal Abidin, 29 salah seorang yang telah ditangkap pada malam kejadian dan dibebaskan. Beliau menceritakan semula apa yang telah terjadi.

Polis ini semuanya bersenjata pistol dan senapang yang diacukan kepada semua mereka yang ada di dalam kelas pengajian tersebut. Mereka semua telah digari dan disumbat masuk ke van dan lori polis lalu dibawa pergi ke PULAPOL untuk disoalsiasat.

Menurut Ustaz Yunus salah seorang mangsa yang telah dibebaskan pada jam 3 pagi keesokannya, kelas pengajian yang mereka ikuti adalah kelas pengajian yang sering dan biasa dilakukan. Sheikh yang mengajarnya menggunakan kitab Sahih Bukhari. Rumah tempat pengajian diadakan juga adalah milik Ustaz yang mengajar mereka.


Menurutnya polis yang menangkap mereka mengatakan bahawa mereka ditangkap berkaitan dengan Keselamatan Dalam Negeri.

Cara penangkapan oleh pihak polis ke atas mereka adalah sangat ganas dan menggunakan kekerasan.

Di sebelah kiri ialah Homam Abdulalim, seorang ahli keluarga kepada mangsa yang ditangkap. Beliau ialah saudara kepada salah seorang yang telah ditangkap. Beliau menyatakan rasa kekesalan ke atas apa yang berlaku.

Beliau menyatakan rasa kerisauan di hatinya akan keadaan kesehatan Sheikh Aiman yang menurutnya dua hari sebelum ditangkap telah dimasukkan ke hospital selama dua hari akibat masalah jantung dan hingga ke hari ini beliau masih belum dapat menghubungi dan bercakap dengan Sheikh Aiman,


Apa yang lebih dikesalkan ialah mereka hanyalah sekumpulan manusia yang sedang mencari ilmu, bukan baru sebulan atau dua, malah sudah bertahun juga ianya berjalan. Kuliah dijalankan di dalam bahasa Arab dan kebanyakan dari mereka yang hadir adalah pelajar yang mempunyai dokumen yang sah untuk belajar di sini.

Apakah menuntut ilmu juga sudah menjadi satu kesalahan dan akan dikaitkan dengan pengganas. Tidak pernah timbul isu keganasan di Malaysia, melainkan Malaysia sedang tunduk kepada desakan USA untuk membendung keganasan yang dikaitkan dengan gerakan Al-Qaeda dan dan JI Jamaah Islamiyyah.

Kejadian tangkapan ini juga amat mengejutkan memandang baru beberapa bulan yang lepas ramai tahanan yang telah dibebaskan dan kerajaan berada di dalam situasi inginkan akta Zalim ISA ini dipinda.

Amer Hamzah, wakil peguam GMI menyatakan tindakan yang sedang dan akan diambil bagi pihak keluarga dan tahanan.

Sebahagian dari Kenyataan Media dari Gerakan Mansuhkan ISA yang dikeluar pada 28hb Januari bagi mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri dalam menggunakan ISA.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terkejut dengan penahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam keadaan di mana kerajaan bercadang meminda Akta tersebut. GMI mengecam penahanan terbaru tersebut. Penggunaan ISA melanggar prinsip asas hak asasi manusia, keadilan dan piawaian antarabangsa berhubung hak asasi.

Laporan berita semalam menyebutkan Menteri Dalam Negeri sebagai berkata bahawa 10 orang telah ditahan di bawah ISA kerana keganasan dan rangkaian pengganas antarabangsa. Beliau mengesahkan bahawa 10 berkenaan dikaitkan dengan pertubuhan pengganas antarabangsa.

Walau bagaimanapun, menurut maklumat yang dierima GMI, seramai kira-kira 50 orang telah ditahan bawah ISA pada hari Khamis, 21 Januari 2010 di Sungai Cincin, Gombak semasa mereka menghadiri kuliah agama di sebuah rumah di sana. Rumah tersebut telah dirempuh masuk oleh Unit Tindakan Khas Polis menggunakan kekerasan dan senjata. Kelihatannya, menjalankan kuliah agama boleh ditafsir sebagai mengancam keselamatan negara dan pasukan keselamatan besar mesti dikerahkan.


Daripada 50 orang yang ditahan malam tersebut, hanya 12 orang telah ditahan lanjutan manakala bakinya telah dibebaskan sekitar jam 3 pagi 22 Januari 2010. Daripada 12 berkenaan, GMI telah memperolehi 9 nama dan masih mengenalpasti 3 lagi. Sembilan orang berkenaan ialah:

1. Azzahari bin Murad (warganegara Malaysia)
2. Aiman Al Dakkak (warga Syria), Pelajar PHD USM
3. Mohamed Hozifa (warga Syria)- anak kepada Aiman Al Dakkak
4. Kutiba Al-Issa (warga Syria)- Mahasiswa
5. Khalid Salem (warga Yaman)- Mahasiswa
6. Luqman Abdul Salam (warga Nigeria)- Mahasiswa
7. Hassan Barudi (warga Syria)
8. Hussam Khalid (warga Jordan)
9. Abdul Alhi Bolajoko Uthman (warga Nigeria)


GMI percaya penahanan terbaru ini mungkin tercetus akibat daripada tekanan antarabangsa tentang ancaman pengganas di Malaysia. Secara khusus, ia mungkin berkait dengan amaran pengawasan perjalanan Amerika Syarikat dalam tempoh dua minggu lalu kerana kemungkinan wujudnya kumpulan penjenayah dan pengganas yang merancang atau berniat untuk melakukan tindakan keganasan ke atas warga asing di timur Sabah. Ia juga mungkin ada kaitan dengan apa yang berlaku di AS dan UK. Tetapi tiada yang boleh disahkan dengan pasti. Menggunakan ISA melalui pengakuan paksaan dan mencipta plot tanpa bukti adalah tidak adil dan berniat jahat. Apa-apa pun, ISA merupakan alat yang paling mudah digunakan untuk mengalihkan tekanan antarabangsa dengan menjadikan warga asing, majoriti kali ini dari rantau Timur Tengah, sebagai kambing hitam.

GMI menilai tinggi keselamatan negara dan tidak merelakan aktiviti pengganas, tetapi hak seseorang terhadap perbicaraan yang adil tidak boleh dinafikan dalam keadaan apa pun. Sekiranya kerajaan memiliki bukti terhadap suspek, kami menggesa kerajaan untuk mendakwa mereka dalam mahkamah terbuka, sesuai dengan hak mereka untuk membela diri, hak mereka untuk mendapatkan khidmat peguam dan hak mereka terhadap perbicaraan yang adil. Jika tidak, maka mereka perlu dibebaskan tanpa tangguh dan tanpa syarat. Penahanan yang dibuat tidak menjustifikasi kepentingan ISA. Penahanan yang dibuat tanpa bukti dan tanpa bicara sebenarnya menjustifikasi pemansuhan akta zalim ISA. Menuduh seseorang melakukan jenayah tanpa mengemukakan bukti yang kredibel adalah fitnah. Menahan seseorang tanpa bicara dan tanpa peluang membela diri adalah tidak bertamadun!

Amatlah memalukan bahawa kerajaan mengamalkan ‘double standards’ dalam isu berhubung ISA. Di satu pihak, rancangan untuk mengkajisemula ISA dan tindakan membebaskan tahanan diumumkan tahun lalu tetapi di pihak yang lain, penahanan terbaru secara sembunyi tanpa sebarang pengumuman dibuat. Amalan kerahsiaan dan tidak bermaruah yang menyelubungi ISA jelas bercanggah dengan prinsip keadilan, kebenaran dan ketelusan. Ianya sekali lagi menggambarkan citra sebenar ISA yang sangat arbitrari dan tiada kena mengena dengan kselamatan negara. Ia jelas mengesahkan ISA sebagai alat politik untuk membisukan penentang dan pengkritik kerajaan. Kami menuntut kerajaan untuk membebaskan semua tahanan dengan segera atau bicarakan mereka di mahkamah keadilan.

GMI menggesa rakyat Malaysia untuk menuntut pembebasan semua tahanan ISA dan mansuhkan ISA. Marilah kita terus berjuang untuk hak kita dan untuk Malaysia yang lebih sejahtera tanpa ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Mansuh ISA!!!
Bebaskan Semua Tahanan!!!
Tutup KEMTA!!!

ISA MENGGANAS LAGI!!!!!!- 10 DITAHAN ISA. Jom kutuk kerajaan yang zalim!!!!


ISA MENGGANAS LAGI....Dalam diam-diam kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Najib Tun Razak dengan Menteri Dalam Negerinya telah menangkap beberapa orang lagi di bawah ISA. Maklumat dari Menteri Dalam Negeri adalah 10 orang...namun Gerakan Mansuhkan ISA telah juga mendapat maklumat terus dari keluarga dan mereka yang menjadi mangsa.

Pagi ini pada jam 10.30 pagi bertempat di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall satu sidang media akan diadakan bagi mendedahkan perkara ini kepada umum.

Sudah menjadi cara kerajaan menangkap mangsa tahanan ISA tanpa memaklumkan kepada umum. Mereka hanya akan maklum bila perkara ini dihidu oleh pemberita.

Sungguh jahat dan zalim pihak berkuasa.

Kebetulan hari ini juga kami di GMI telah mendapat jemputan untuk bersama dengan Menteri Dalam Negeri bagi membincangkan isu berkaitan hasrat kerajaan untuk meminda akta zalim ISA. Itupun setelah kita membuat kenyataan bahawa kerajaan tidak pernah merujuk kepada GMI atau Parti politik dari Pakatan Rakyat dan NGO yang bersama PR.

Kami akan tetap dengan pendirian kami bahawa ISA adalah zalim dan perlu dihapuskan dengan segera....

Ingat lagi ugutan Menteri Dalam Negeri dalam kes gereja dibakar....orang lain yang buat kemusanahan dan keganasan orang lain yang dizalimi!!!!

Home Minister Hishammuddin Hussein said that the government will use every means necessary, including the ISA, to ensure the national security.

"I will use everything that is necessary to make sure that the country is safe," he said during a press conference.

Wednesday 27 January 2010

Pidato Dato' Seri Anwar Ibrahim-SELAMATKAN MALAYSIA BHGN 2

Entry kali ini menyambung kembali isi-isi pidato rakyat yang disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti yang tertulis di entry yang lebih awal.

Media Alternatif

Sehingga kini sudah terlalu banyak masalah dalam negara yang telah dapat dibongkarkan dan diberitahu kepada umum oleh media altenatif dan disebarkan secara meluas melalui medium internet, blog, facebook, tweeter dan tidak ketinggalan juga melalui ceramah-ceramah umum dan forum-forum rakyat yang diadakan di seluruh negara. Ini lah sahaja sumber yang dipunyai oleh Pakatan Rakyat untuk menamyampaikan maklumat.

Memandangkan segala salah laku pemimpin BN telah berjaya dedahkan terutama sekali dalam soal yang paling penting iaitulah soal kewangan negara dan rakyat maka mereka sengaja membawa isu-isu lain untuk menenggelamkan segala isu berkaitan salah laku mereka. Maka timbullah isu Kalimah Allah dan keganasan ke atas gereja, masjid dan juga surau.

Kehilangan Enjin Jet..besi buruk ke

DSAI sekali lagi membawa contoh tentang kehilangan enjin jet pejuang, suatu perkara besar yang diambil sebagai mudah dan kecil oleh Menteri yang berkaitan. Menteri mengatakan bahawa harga enjin tersebut tidak mahal RM 300 ribu lebih sahaja

"Apa dia ingat ini scrap iron ka?" marah DSAI.

"Jet pejuang bernilai RM 300 ribu lebih, kemudian yang disalahkan kakitangan yang berpangkat sarjan ke bawah saja. Depa ingat rakyat bawahan hanya baca Utusan Melayu saja ka. Akhbar Melayu yang memperbodohkan Melayu".

"Menjadikan Melayu bodoh dulu kini dan selamanya!!!"
bidas DSAI lagi dengan lantangnya.

" Ada percubaan coverup, ada tuduhan terbaru tidak terjawap, komisen melibatkan Altantuya." pendedahan DSAI mengenai kes yang berkaitan dengan pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan pembelian alat senjata.

"Kenapa orang China peka dengan perkembangan politik???, sebab suratkhabar China sebar luas isu politik semasa tetapi Utusan Malaysia tutup semua ini"

"Siapa khianat pada Melayu???"

"UMNO!!!!!" jerit hadirin di bawah.

"Puluhan ribu hadiri pidato di Sungai Manik, ada banner "ANWAR KHIANAT MELAYU", tanah Melayu banyak tergadai, orang yang kononnya menyelamatkan Melayu, pegang keris tak mampu menjawap...siapa yang gadai tanah melayu"

Peristiwa 1998-13 tompok air mani

DSAI membangkitkan kembali kes Liwat terhadapnya di tahun 1998 di mana ketika itu setiap hari RTM, dan TV3 membuat fitnah terhadapnya. Hakim yang mengadilinya juga sudah mati. Ketika itu Peguam Negara mengatakan bahawa "Ada bukti nyata ada 13 tompok air mani dijumpai di atas tilam. "teruk betulla"...komen DSAI. Isu ini boleh dirujuk di dalam buku "ANWAR on TRIAL" untuk kita memahami kembali konspirasi paling jahat untuk menjatuhkan DSAI hanya kerana ingin membongkarkan kejahatan pemimpin BN.

Konspirasi Liwat 2

Isu LIWAT 2 yang membabitkan bekas pembantu khas beliau juga turut diketengahkan di malam Pidato Rakyat.

" Doktor HKL dah kata tak ada luka, tak ada masuk, bawa kes ke Hakim, Hakim kata, mungkin ada cara lain kot. Apa lubang hidung, lubang telinga...mungkin"...sindir DSAI dengan disambut gelak ketawa dari hadirin.

"Syeikh Yusuf Al Qardhawi telah mengatakan, selagi saya ada ikhtiar saya akan ambil kes ini dan bela anta si seluruh dunia dengan seluruh daya upaya saya!"...dedah DSAI mengenai ikrar dan janji ulama besar dunia ini yang telah datang berkunjung ke Malaysia pada Disember lepas.

Pemimpin tamak dan rakus

"Kita berhadapan dengan masalah pimpinan Melayu yang tamak dan rakus. Mereka mengatakan kita agen Kristian, semua terpengaruh, nak jadi Kristian, nak pertahankan kezaliman", DSAI menyentuh tentang isu Kalimah Allah yang disepakati oleh pimpinan PR boleh digunakan oleh agama lain selagi tidak mencemarkan kalimah yang suci itu.

Di dalam isu kalimah Allah, Utusan Malaysia mengatakan bahawa umat Islam terancam, jika sekiranya benar UMNO sungguh-sungguh nak pertahankan aqidah dan Allah dia, kenapa masih zalim pada orang pada rakyat, "Islam apa kalau zalim pada orang,fitnah khianat, bunuh dan rasuah".

"Islam pada seruan dan penghayatan, fair and just to the people."

Konspirasi menumbangkan PR Selangor

"Mereka guna segala kekuatan untuk menghancurkan Selangor, hingga meletihkan EXCO hendak berfikir. Najib jadi Pengerusi UMNO Selangor dengan niat hendak merampas kembali Selangor. Maka saya bersetuju untuk masuk menjadi penasehat ekonomi Selangor untuk serang mereka habis-habisan!!!"

"50 tahun UMNO memerintah, mereka tidak membuat apa-apa, tetapi kita buat, kita beri air percuma, khairat kematian kepada keluarga si mati, skim TAWAS untuk anak yang baru lahir, dia tidak pernah buat. Kalau datang ziarah baru bagi."

"Kita buat sesuatu yang transparent, semua dapat, China, India semua dapat "

Mengenai sikap orang melayu yang masih menyokong kuat UMNO, DSAI menempelak dengan mengatakan:

"Saya tidak hairan dengan orang-orang kaya yang sokong UMNO kerana mereka menikmati AP dan sebagainya,yang saya hairan yang miskin di bawah yang masih sokong UMNO"

Beliau juga menceritakan tentang lawatannya ke UAE dan berjumpa dengan pelabur di sana. Mereka berjanji bahawa mereka akan datang dan melabur di Malaysia dan Selangor khususnya. (maka teringat akan saya bahawa dalam masa yang sama DS Najib juga melakukan rombongan ke UAE dan memetarai perjanjian pelaburan dengan sebuah syarikat yang berjanji akan melabur dalam projek rumah hijau)

DSAI memberi jaminan bahawa Selangor mampu mengurus negeri dengan baik tanpa sebarang bantuan dari kerajaan Pusat.



Tuduhan memiliki aset RM 3 billion

DSAI juga mendedahkan tentang tuduhan keatasnya yang dibuat 10 tahun lepas mengenai pemilikan aset bernilai RM 3 billion. Namun bila Ketua Penyiasat yang kini sudah pencen membuat akuan bahawa dakwaan itu sebenarnya tidak berasas dan tidak benar, tidak ada pula media kerajaan yang menghebahkannya. Beliau mengatakan beliau telah memaafkan semua media perdana ini, namun nampaknya mereka masih melakukan kerja jahat dan fitnah yang sama.

Pendedahan yang disebutkan oleh DSAI di dalam pidatonya sememangnya bukanlah sesuatu perkara yang baru bagi kita yang sering melayari media alternatif, namun perkara ini penting untuk terus dimaklumkan kepada rakyat secara umum yang masih menerima secara bulat berita yang disampaikan oleh media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV perdana.

Segerakan Bicara Qazaf Saiful Bukhari.

Ustaz Badrulamin dijemput khas untuk bermunajat dan bersama-sama memohon kepada Allah untuk kesejahteraan Malaysia dan menyelamatkan DSAI dari Konspirasi Liwat ke 2 yang membolehkan DSAI dipenjarakan sekali lagi.

"Segerakan Bicara Qazaf Saiful Bukhari" kita meletakkan pengharapan yang tinggi kepada Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan isu dakwaan liwat oleh Saiful Bukhari memandang tiada bukti yang dapat dibawa oleh Saiful dan pihak pendakwa. Mahkamah Syariah boleh meneruskan pendengaran kes Qazaf ini tanpa menunggu selesai perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah seperti yang didakwa oleh Menteri Dato' Jamil Khir. Mahkamah Syariah adalah setaraf dengan Mahkamah Tinggi.

Jadi memang jelas mereka sengaja melengah-lengahkan kes di Mahkamah Syariah kerana sudah tahu pasti Saiful akan kalah kerana ketiadaan sebarang bukti tentang dakwaan liwatnya. Oleh kerana inilah Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat berkempen berhabisan untuk mendesak agar segerakan bicara Qazaf Saiful Bukhari.


Saudara Zainol, pengerusi Majlis bersama Saudara Nazri bekas Pengerusi Gerak yang baru bersama PKR.

Gambar-gambar di sekitar majlis pada malam tersebut.


Tuesday 26 January 2010

Khas untuk Isteri Aduka Taruna dan semua isteri dan semua yang layak ditangkap oleh Polis Di Raja Malaysia.

Di dalam dunia ini, selagi hidup manusia memang tidak dapat lari dari pelbagai dugaan dan cubaan. Saya memetik kata-kata hikmah dari seorang teman blogger Ronasina@Kulupsakah, katanya jika ada masaalah bermakna kita masih hidup...ya, Allah masih lagi memberi kita nafas untuk meneruskan kehidupan.

Sudah tentu juga kita berpegang kepada prinsip bahawa Allah sayang, ingat dan ingin menaikkan darjat kita bila diuji dan ditimpa masaalah walau sekecil mana sekalipun.

Bila ditimpa masaalah dan dugaan samada kita pendamkan atau kita mencari jalan keluar sendiri...menyimpan perasaan dan tetap teruskan hidup seperti biasa, bergurau dan gelak ketawa seperti biasa.

Buat masa ini memang ramai ditimpa masalah...namun seorang manusia yang hangat diperkatakan kini dan sedang ditimpa masalah ialah seorang blogger yang tiba-tiba namanya menjadi lebih hangat diperkatakan. Saya tidak lah mahu menyentuh tentang dirinya atau kesalahan yang didakwa telah dilakukannya, namun saya hanya ingin berkongsi perasaan sebagai seorang wanita dan isteri.

Namun lebih unik lagi, untuk pasangan muda ini, ya Isteri Aduka Taruna, semestinya seorang yang sedang berada di dalam keadaan tidak keruan, sedih, pilu keluh kesah, tidak tahu apa yang terjadi dan sedang terjadi kepada suaminya kini ,yang sedang di bawah tahanan Polis Di Raja Malaysia.

Saya memetik apa yang ditulis oleh Evelyn di Laman blog Aduka Taruna:

SMS isteri AT pada saya..

"Evelyn, wife Khairul ni.. HP dah kena rampas polis. Tadi polis datang dan geledah handbag. Dia cakap no hp tu dah hot sbb ada msg masuk, tapi no tu saya mengaku saya yang punya. Sorry msg u tgh malam ni, I feel so down.. tak tahu nak macam mana dah.."


"Sorry la susahkan u, xenan dan lain2. I pon dah tak sanggup tgk blog tu, nak bukak TV pun dah tak kuat. buat lah apa yang patut, korang lebih arif. Ari ni nak gi court, dengar kes dia. Xpelah lagipun dia cakap dia redha. i cuma bleh doakan.. Sementara ni ok kot. Lepas2 ni tak tahu la.. Sekali lagi, sorry susahkan u.."

Sy cuma mampu reply minta beliau banyakkan sabar dan doa, rakan blogger dan sahabat setia memberi sokongan dan membantu untuk pembelaan. Adalah hak At untuk mendapatkan pembelaan dan sebagai sahabat, kami akan cuba memberi sokongan pada beliau. "Ya Allah, sesungguhNya padaMU lah kami sandarkan segala harapan dan keampunan. Lindungilah sahabat kami dari kejahatan manusia-manusia yang hasad, dan dari kesilapan dirinya sendiri..Ameen".

Saya bukanlah orang yang selayaknya mendabik dada bahawa saya juga telah melalui apa yang dilalui oleh isteri AT, lebih ramai isteri-isteri dan wanita lain lagi yang telah melalui pengalaman yang perit ini, lebih-lebih lagi isteri-isteri tahanan ISA sejak dulu hingga kini, isteri-isteri dan keluarga mangsa yang dibabitkan dengan kes DSAI di tahun 1998, isteri-isteri dan ahli keluarga mereka yang mati dan diseksa di dalam tahanan, seperti keluarga Teoh Beng Hock, A. Kugan dan lainnya.

Saya sering mengikuti dan menyelami nasib-nasib dan penderitaan yang dilalui oleh kebanyakan isteri tahanan ISA terutamanya keluarga YB Saari Sungib dan Keluarga Mat Sah isterinya Cikgu Norlaila. Sememangnya saya tidak akan dapat merasakan dengan sebenarnya apa yang mereka rasakan. Namun saya cuba sedaya upaya mendengar luahan hati mereka dan membantu selagi terdaya.


Namun pengalaman bila suami ditangkap pada 5 hb Februari 2009 benar-benar menguji tahap kekuatan dalam diri..apakah saya sebenarnya kuat menghadapi dugaan, walaupun diri sendiri pernah 3 kali ditangkap dan dua kali disumbat ke dalam lokap selama 3 hari dua malam.

Hakikatnya bila terkena kepada suami, bila beliau ditangkap...saya kalah juga dengan perasaan sendiri...hanya kerana saya sedar akan sikap polis Malaysia dan ke tahap mana mereka sanggup lakukan. Itu yang lebih menakutkan dan merunsingkan. Air muka kerisauan memang jelas terpampang diwajah suami ketika berada di dalam mahkamah.

Ternyata polis telah berjaya mengugut mereka dengan bermacam-macam cara hingga kemungkinan akan di ISA kan dengan kehadirang pihak UTK Unit Tindakan Khas...memang menakutkan.

Polis memang desperate demi untuk menjalankan dan menunaikan amanah pemimpin mereka yang zalim hingga hak seseorang bila ditahan diabaikan. Sebagaimana apa yang menimpa AT apabila dibawa ke hadapan Majistret tanpa pengetahuan keluarga dan peguam begitu juga nasib yang menimpa suami dan rakannya ketika di lokap IPD Kuala Kangsar...namun apa pun jua..kita mesti berani melawan dan lebih dahulu faham dan ketahui hak-hak kita walaupun kita di bawah tahanan polis.

Untuk isteri Aduka khususnya....kuatkan semangat, kekuatan semangat kita penting untuk kekuatan fizikal dan mental suami yang di bawah kuasaan polis dan mungkin juga SB. Simpan sedaya upaya perasaan sedih dan tangisan bila berhadapan dengan suami dan juga pihak berkuasa. Lawan, desak selagi hak kita tidak dipenuhi, hak kita untuk bertemu mendapatkan peguam, menjawap hanya di hadapan peguam, jangan ikut cakap polis 100%, penting untuk ketahui hak kita!!!

Memang kita akan rasa amat duka apatah lagi bila Media Perdana turut memainkan peranan dalam cubaan 'memalukan kita' dengan menayangkan di Berita Perdana, gambar terpampang di seluruh akhbar arus perdana,,,memang tak dapat dinafikan ianya memberi implikasi besar pada hidup kita ketika itu walau kita tahu kita belum disabitkan dengan apa-apa kesalahan...memang jelas tujuan semua media perdana tersebut..untuk memalukan kita!!!..namun kena harus terus kuat dan yakin...

Untuk Evelyn dan untuk semua yang menjadi sahabat kepada sesiapa jua yang ditangkap, sokongan walau hanya dengan sepotong do'a dan kata-kata sudah cukup untuk memberikan kekuatan.

Peringatan ini juga untuk diri saya sendiri dan semua kita yang semuanya ada kemungkinan untuk ditangkap dengan alasan yang direka-reka demi memenuhi kehendak penguasa!!!

Sila baca ini dan simpan...buku merah.

Ketika sekali lagi saya kalah dengan perasaan iaitu ketika suami ditahan selama 3 jam di imigresen KLIA, saya sendiri menjadi lupa dengan isi kandungan buku tersebut hingga tidak tahu apa nasihat yang seharusnya saya berikan kepada suami yang resah menanti saat dia disoalsiasat oleh pegawai dari Bukit Aman yang lansung tidak memperkenalkan siapa diri mereka.

Saya mendapat nasihat dari sahabat yang pakar iaitu Puan Norlaila isteri tahanan ISA selama 8 tahun , "make sure you don't cry, u have to look smart and confident"...namun nasihat paling berguna sudah tentu datangnya dari YB Saari Sungib yang punya pengalaman dua kali ditangkap ISA, "ISTERI MANGSA ISA PATUT CELUPAR BERDEPAN SB KURANG AJAR"

Anda mesti bacanya di sini.

Akhirnya saya kongsikan sedikit pengalaman yang tak seberapa ketika suami sendiri ditangkap di Kuala Kangsar...kami pulang ke Kuala Lumpur selepas suami dimasukkan ke lokap dan setelah polis berjanji akan membawa mereka ke Mahkamah pada jam 2 petang keesokan harinya..tapi sama seperti dalam nasib yang menimpa AT...polis menipu!!!!

Ini cerita saya....pada 10hb Februari 2009.

Dalam perjalanan lebihkurang jam 12 tengahari saya menerima panggilan dari no yang tak dikenali, rupanya dari suami.

"Ummi, polis dah bawa kami ke court, polis nak minta sambung tahanan reman. Cepat minta lawyer datang"

...anak di sebelah Asiah bertanya.."ummi, ummi nangis ke"


... Ya Allah...tak tahu nak explain macamana perasaan saya semasa itu...sekuat manapun...air mata sudah pun mengalir deras dan laju...

Cepat-cepat capai telefon dan menekan no kak Ruby isteri Zahir..Van mereka betul2 di hadapan Van saya, dan Van Bakar pula betul-betul di belakang van saya..kami memandu dalam keadaan begitu sepanjang highway sehingga sebelum menerima panggilan dari Bad.

Kemudian Van Zahir dah mula hilang dari pandangan kerana saya telah mula memperlahankan pemanduan.

Ah...kak ruby tak angkat telefon pulak....cuba pula dail Norzitah isteri Bakar...juga tak berangkat...

"Ya Allah...macamana ni..."....sementara saya menekan-nekan lagi no yang lainnya..Ammar cuba menghubungi Pakcik Bakar..Alhamdulillah dapat.

Terketar2 dan cepat2 saya mohon Bakar menghubungi Zahir.." Bad baru call, polis dah bawa mereka ke Mahkamah nak sambung reman, lawyer tak ada..cepat minta Zahir call sesiapa saja"..

Sebelah tangan tak henti mendail no sesiapa sahaja yang saya ingati dan sebelah tangan lagi di steering van.

Cuba pula call Lateefa, tak angkat juga, call pula Kulasegaran peguam di Ipoh, juga tidak berangkat, call cikgu laila..Alhamdulillah angkat..."tolonglah..call sesiapa, buat sesautu"..

...Call pula YB Lih Kang..Alhamdulillah dapat.."Lih kang, my husband just called....................please Lih Kang,please do something, please ask lawyers to be there fast..please..."...saya merayu sepuas-puasnya...

Kepala ligat memikirkan sesiapa sahaja yang boleh dihunbungi untuk memberi bantuan secepa mungkin...teringat pula teman blogger Labun Kulup Sakah...sama juga bunyi stress call saya kepada dia seperti kepada YB Lih Kang..dan sama juga jawaban mereka.."okay...okay.."

Alhamdulillah....seketika kemudian YB Lih Kang telefon dan mengarahkan saya menelefon suami segera dan memaklumkan yang lawyer telah dimaklumkan, Ustaz Asmuni yang akan membantu dan minta Bad infom court untuk tangguh hingga jam 2 petang.

Alhamdulillah syukur.. Cepat-cepat saya tekan semula no received call dari Bad tadi...dan saya pohon bercakap dengan suami saya iatu Bad Latif..

....terdengar dari corong handphone..:"Siapa Bad Latif...ini ada isteri nak bercakap.." "Okay abang, Ummi dah cakap dengan Lih Kang, dia minta infom court untuk tangguh pada jam dua"

.... "Okay, memang court dah tangguh ke pukul 2"....Alhamdulillah..


Saya juga menerima panggilan dari blogger Kulup Sakah dan memaklumkan kepada saya yang teman-teman blogger di Perak termasuk Mat Saman Kati, juga sudah dimaklumkan untuk menghebahkan kepada seramai mungkin dan beri pertolongan.

Selepas itu, kami bertiga kenderaan mula memecut dan memandu tanpa henti...sambil itu saya menerima pula panggilan dari Norzitah isteri Abu Bakar:

.."Akak okay ke..nampak van ke kiri ke kanan..biar saya yang drive so akak boleh buat phone calls.."..."tak pe-tak pe..dah okay...dah settle dah, InsyaAllah Kak Nashita okay and boleh drive."
Alhamdulillah, kami sampai di IPD Kuala Kangsar jam 1.30 petang ketika azan zohor berkumadang. Jalan keluar masuk ke IPD beserta Mahkamah Majistret telah diblock oleh Polis dan FRU. Hanya keluarga terdekat yang boleh masuk.

Namun kemuncak kesedihan ialah apabila anak sendiri juga ditangkap dan dimasukkan ke lokap tanpa berbuat apa-apa kesalahan hanya kerana bersama ibu-ibu mereka menuntut pembelaan ke atas mangsa tahanan ISA...saya dan Cikgu Laila kalah dengan perasaan dan kami semua merintih sedih di dalam penjara mengenangkan nasib yang tidak kami tahu yang menimpa anak-anak kami...

Begitulah nasib yang harus kita tempuhi apabila kita cuba berjuang menentang pemerintahan yang korup dan zalim.

PIDATO ANWAR IBRAHIM-SELAMATKAN MALAYSIA DARI PEMERINTAH YANG ZALIM

Pada hari Ahad lepas kita sekali lagi telah digemparkan dengan peristiwa pihak polis yang telah mengganggu sesi pidato Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kg Kerinchi kawasan Parlimen YB Nurul Izzah. Beberapa jam sebelum itu DSAI telah berpeluang menyampaikan pidatonya dengan bersemangat dan berapi-api seolah mencurahkan segala isi hati dan perasaannya pada malam tersbut. Memang beliau ada menyebut betapa geramnya dia.

Beliau juga ada menyebut tentang larangan yang dikenakan ke atasnya dari menyampaikan ceramah di kawasan parlimen anaknya sendiri. Siapa punya arahan sebenarnya....

Alhamdulillah bagi penduduk di kawasan Parlimen Gombak, Ulu Kelang, Ampang dan sekitarnya amat bertuah pada malam tersebut kerana AU2 Taman Keramat telah dipilih sebagai destinasi terakhir dalam siri ceramah 40 hari AMK dalam usaha mereka memberi penerangan tentang komspirasi ke 2 dalam kes Liwat yang didakwa oleh pemuda yang bernama Saiful Bukhari.

Ianya dijalankan dan berakhir pada tarikh 24 Januari kerana pada asalnya DSAI akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta pada hari Isnin 25hb Januari 2010. Namun pada saat akhirnya kes tersebut telah ditangguhkan ke tarikh 2hb Februari 2010.

Maka tujuan siri ceramah di seluruh negara diadakan ialah untuk memberi penjelasan kenapakah harus sama-sama bangun menentang tuduhan ini dan khususnya konspirasi menjahanamkan DSAI buat kali kedua.

SELAMATKAN MALAYSIA!!!

Walaupun tujuan pidato dan ceramah diadakan ialah untuk usaha memberi penjelasan dan usaha menyelamatkan DSAI, namun kedatangan DSAI dan munculnya beliau di atas pentas dengan membawa isu dan tajuk " SELAMATKAN MALAYSIA". Terlalu banyak isu kezaliman dan salah kuasa yang perlu didedahkan.

DSAI menyebut tentang kes Altantuya-Monggolia, katanya ianya bukan isu peribadi, seorang telah dibunuh, kemudiannya seorang saksi penting pula hilang, Bala hilang selepas membuat pengakuan hubungan erat DS Najib dengan mangsa pembunuhan, Hakim ditukar, orang yang bawa isu, saksi dan bukti yang kena hukum. Persoalannya di sini siapa yang cuba 'dicoverupkan'???

NAJIB-ROSMAH???

"Najib...Rosmah???.....apakah orang yang macam ini yang boleh diharapkan untuk selamatkan negara kita Malaysia???"

SPRM KENAPA TAK SIASAT???

Bagaimana pula dengan pembelian dua buah kapal selam SCORPENE dan jet 18 jet pejuang Sukhoi yang akhirnya ada yang tidak dapat berfungsi selepas kerajaan membelanjakan berjuta-juta Ringgit Malaysia dan membabitkan komisen yang tinggi yang juga dikaitakan dengan pembunuhan Altantuya. DSAI bertanyakan.."Kenapa MACC tidak siasat?????...maka jawab MACC sebab kapal selam...dah tenggelam macamana nak siasat"

LAWAN RAKYAT SELANGOR!!!

Isu usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor juga turut disentuh. Disebut secara lantang oleh beliau..."KALAU NAK JATUHKAN SELANGOR LAWAN RAKYAT SELANGOR" dengan penuh semangatnya dan disambut dengan laungan yang lebih semangat dari rakyat Selangor yang hadir.


ISU KEMEWAHAN KHIR TOYO

Isu Khir toyo masih juga tidak selesai dan tidak diberi keutamaan oleh SPRM lansung, dakwaan DS Khir Toyo mempunyai beberapa buah rumah mewah berharga puluhan juta ringgit setiap satu...kenapa tidak selesai, kenapa tidak siasat????....ooooo...sebab ada banyak sangat pokok besar di sekelilingnya maka SPRM TAK NAMPAK!!!!!!....

bersambung......