Showing posts with label Perak Darul Kartun. Show all posts
Showing posts with label Perak Darul Kartun. Show all posts

Sunday, 13 December 2009

PERAK DARUL KARTUN: "Malaysia diperintah oleh para BADUT"

Si comel Insyirah sudah memiliki...anda bila lagi...klik di sini untuk dapatkannya CartoonKafe.com

" Malaysia diperintah oleh para badut dan episod politik adalah kartun. Oleh itu jangan salahkan kami, kami hanya menterjemahkannya dalam kertas"

Apalah kartunnya tentang Perak ini ye...pelik juga...tapi dalam dunia 1 Malaysia ciptaan PM yang terkini ini sebenarnya tiada yang pelik hinggakan pemerintahan sebuah negeri yang merdeka juga dijadikan sebagai alat mainan politik mereka dan menzalimi seluruh pelusuk rakyat Perak 1 BLACK Perak yang menjangkiti hingga ke 1 Black Malaysia...apabila tektik yang sama cuba digunapakai di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat yang lainnya.


Perak Darul Kartun...apa kartunnya ye..hingga lepas ni mungkin bila hantar surat kita tulis Perak Darul Kartun...dalam Pidato Rakyat di Dewan MPAJ di AU5 Lembah Keramat tadi, YB Hj Azmin Ali ada menyarankan perkara yang sama untuk disampaikan kepada Pos Malaysia Berhad.

Lihat lukisan kartun di banner di bawah yang dilukis oleh pelukis kartun yang tidak asing lagi iaitu Enot...memang paling kartun episod ini...saya tidak punya gambar yang menunjukkan seorang polis dalam keadaan yang mencurigakan membawa lari jubah Speaker DUN Perak yang sah YB Sivakumar setelah berjaya dirampas oleh mereka...memang lawak dan kartun sungguh gambar tu...


Dialog yang berbunyi...."tengok jubah pun dia nak rampas!!!" dengan aksi kecewa seekor anjing....Desperate betul tindakan mereka ini dengan menggunakan PDRM untuk memuaskan nafsu bodoh mereka.
Oleh kerana saya tidak fokus kepada ucapan ucapan pada petang tersebut maka saya lansung tidak ingat apa yang disentuh oleh DS Nizar dalam ucapannya...tetapi saya kira sudah pasti dia menyentuh tentang usaha berani dan gigih Zunar dan konco-konconya menerbitkan majalah kartun Perak Darul Kartun ini....Penyebaran maklumat tentang kezaliman pemerintah tidak terhad dengan hanya dalam bentuk penulisan ataupun ceramah sahaja, namun melalui kartun juag ianya dapat disampaikan dengan mudah dan senang difahami.


Dan ianya juga amat mencabar pemerintah walaupun ianya sebuah majalah kartun yang menghiburkan..sehingga KDN merampas majalah-majalah tersebut dengan alasan bahawa majalah dikeluarkan tanpa permit namun disangkal oleh Zunar yang mengatakan bahawa KDN telah memberikan kelulusan secara lisan. baca di sini.


gambar kartun yang menggerunkan ini ada di dalam edisi majalah GEdung Kartun yang sulong. Laris di pasaran bila KDN merampas dan mengharamkan...kartun lagi...



Pelukis-pelukis kartun yang terlibat di dalam penerbitan di dalam majalah PERAK DARUL KARTUN.

YB Azmin Ali selaku tuan rumah turut menyampaikan ucapan aluan dalam majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Gombak yang dipegangnya.


Antara tenaga penggerak yang melariskan jualan majalah terbitan Zunar dan konco-konconya...Puan Sham isteri Ronasina dan Puan Fazlina isteri Zunar. Gigih menjual di setiap gerai yang dibuka sempena majlis promosi majalah.

Antara mereka yang turut hadir memeriahkan dan menyatakan sokongan. Majlis diadakan di dalam kawasan yang lapang dan bersuasana santai dan tenang.


Pengunjung, peminat dan pembeli...


Tetamu di atas pentas utama.


Alahmdulillah cuaca yang baik memungkinkan majlis dijalankan di luar dengan baik.


Sudah dimiliki...

Khusuk membaca...menarik benar mungkin...




ini 'edisi terhad' saya...yang telah dipohon ditandatangani oleh DS Nizar Jamaluddin....

Pelancaran Perak Darul Kartun dan kemunculan seekor katak!!!

segak bergaya semuanya dengan baju - t majalah kartun yang paling digeruni dan dikehendaki oleh KDN!!!!

Jurufoto : Ummu Asiah

Pelancaran GEDUNG KARTUN PERAK DARUL KARTUN disempurnakan oleh DS Nizar. Selesai pelancaran semua tetamu kehormat menerima cenderahati t-shirt gedung kartun setiap seorang. Mereka semua terus menyarungnya di badan masing-masing dimulai oleh YB Azmin Ali.


Cenderahati kepada DS Nizar kerana sudi datang melancarkan Perak Darul Kartun pada petang tadi. Beliau juga menyampaikan ucapan yang bertenaga. Beliau adalah orang yang paling sesuai untuk melancarkan majalah humour tersebut.

Masing-masing menandatangani replika Perak Darul Kartun.

DS Nizar memulai menandatangani replika majalah.

Jonos Pelukis menyerlahkan majalah PERAK DARUL KARTUN

Tak semena-mena ketika Menteri Besar Pilihan Rakyat Perak mula hendak melancarkan majalah Gedunug Kartu PERAK DARUL KARTUN, muncul pula seekor katak melompat dari belakang sofa....terkejut juga semua orang.

YB Azmin yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah memerhatikan gelagat si Katak yang terlompat keluar.....Mengejutkan lagi katak tersebut berwarna BIRU...maka Zunar mengarahkan DS NIzar memukul katak tersebut sebanyak tiga kali!!!!

Hah...tenggelam juga katak tersebut sekejap...


Ketuk lagi YB...jangan beri peluang...

Ketuk kuat-kuat YB...kalau kita pijak orang bising pulak buat isu....

Sesi autograf