Tagisan seorang anak Dari Penjara Tapah
"Pihak pembelaan telah gagal membuktikan.......pihak pendakwaan berjaya......" Kata Puan Hakim Nor Salha.
Saya mencari kekuatan...masih kuat.
"Bersalah" tegas Puan Hakim lagi.
Mahkamah ditangguh sebentar.
Kami pasrah dan sabar.
Puan Hakim masuk kembali.
"Demi kepentingan awam dan demi Institusi Raja dan pengajaran kepada yang lain....hukumannya Penjara Dua Tahun dan Denda RM5000!"
Ya Allah!
"Ummiiiiiiii!!!!!!" Jerit Asiah. Tangisan Asiah jelas kedengaran. Seorang polis wanita bangun seolah mahu memberikan amaran. Saya menjeling ke arah polis tersebut, Dalam hati biarkan anakku menangis sepuas hatinya . Biar Puan Hakim tahu dan rasa atau memang hatinya sudah keras dan kezaliman hukumannya.
Kami berpelukan dan tangisan Asiah sudah tidak dapat dibendung lagi.
Aku mencari kekuatan namun gagal.
Anakku kuatlah, Abah seorang pejuang.