Sunday, 8 July 2007

Mesti juga mula menulis

Sejak dah create blog sendiri 2 bulan yang lepas, tak satu entry pun yang dapat ditulis. Semuanya tinggal dalam angan-angan saja.Sayang dan rugi bila difikirkan,banyak peristiwa dan perkara yang berlaku dalam hidup.

Anyway, yang bagusnya ialah, setiap hari macam ada rasa teringin untuk buka blog yang ada dalam link di blog kawan saya zlaa's blog. Dari situ dapat 'berkenalan' dengan teman-teman bloggers yang lain. Memang seronok dan enjoy membaca kisah-kisah hidup orang lain. Itulah yang membuatkan saya rasa sangat 'cemburu' untuk memulakan langkah baru dalam kehidupan saya. Mencatat diari kehidupan.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang dikenali di alam cyber ini kerana memberikan satu inspirasi untuk mengisi masa-masa lapang. Tapi...rasanya saya perlu belajar lagi untuk menambah daya tarikan di blog saya sendiri.

ummu asiah
10.57pm 8/7/07

No comments: