'Ops PADAM 3' kembali bercerita. Ini kisah kami.
Ketika saya meletakkan foto ini di laman facebook buat kali yang ke berapa entah, ramai sekali yang 'like' dan 'share' gambar ini.
Inilah teman-teman seperjuanga yang sama-sama menghuni lokap Penjara Pudu pada jam 4 pagi 27hb januari 2008. Kami ditangkap dalam jangka waktu jam 12-4 petang 26 hb januari 2008-Sabtu, ketika mahu berhimpun secara aman membantah kenaikan harga barangan dan minyak ketika itu.
Tidak pasti berapa orang yang ditangkap tetapi yang didakwa di Mahkamah ialah seramai 45 orang. Kes kami dimulakan dengan Mohamad Sabu dan 44 yang lain. Kami dibebaskan pada lewat petang hampir jam 7 malam Isnin 28 hb januari 2008.
Di atas adalah gambar terkini kami diambil mungkin 3 minggu yang lepas. Kami diziarahi oleh DS Anwar Ibrahim dan isteri.
Dari 45 orang OKT kini tinggal 43 orang apabila dua orang OKT pergi menemui Ilahi. Gambar di atas ialah Allahyarham Abang Dino yang sangat baikhati. Kami semua merinduinya. Beliau pergi menyahut panggilan Ilahi beberapa bulan yang lalu. Beginilah aksinya setiap kali kes dijalankan, samada duduk di bawah begini atau di belakang sekali berhampiran pintu. Melalui perbicaraan ini memang menjempukan, namun perlu teruskan juga hingga akhirnya kami dan kita semua menang.
Setiap kali hampir tiba kepada tarikh sambung bicara yang baru saya mengambil inisiatif sendiri untuk menghantar pesanan kepada OKT-OKT yang lain tentang tarikh baru sambung bicara. Nama Allahyarham Abang Dino berada di atas sekali dalam senarai nama kumpulan kami. Saya tidak membuangnya. Setiap kali mahu menghantar pesanan ringkas, saya akan lihat namanya dahulu, namun memastikan ianya tidak dihantar ke nombor itu.

Kisah kami belum berakhir. 26 januari 2013 akan masuk tahun ke 5 untuk kami semua OKT Kes PROTES atau dikenali oleh polis sebagai 'OPS PADAM 3'....kami dan kamu aktivis dan pejuang yang mahu tumbangkan kezaliman perlu dipadamkan!