Thursday, 30 October 2008

MANSUHKAN ISA!!!!!..Antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bar Council

Boleh percaya ke ni.....FAKTOR KEADILAN DITEKAN DALAM TINDAKAN ISA???????
Sejak akhir-akhir ni saya jarang-jarang sekali melawat dan membaca berita-berita di Mkini mahupun di Harakahdaily dan Tranungkite. Sebelum ini ke tiga-tiga website berita ini pasti saya akan lawati beberapa kali setiap hari. Entah kenapa, semakin hari semakin tak menyempat rasanya atau saya sememangnya tak pandai nak uruskan masa sendiri. Disebabkan hal ini, maka saya agak terkebelakang dalam beberapa isu terkini dan penting.

Tengahari tadi saya singgah sebentar di rumah Cikgu Laila(isteri tahanan ISA), katanya kepada saya..."ishh...kenapalah kita tak diberitahu tentang adanya program Law Asia Conference tu, Pak Lah ada kat situ"

Saya pun mengiakan apa yang dikatakan oleh Cikgu Laila.."Ye lah..patutnya kita diupdatekan tentang program tu,bolehla kita join sama....rugilah..Pak Lah ada kat situ"

Hhmm...sebenarnya kami ni sentiasa mengintai-ngintai peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri kita ni. Bukan nak kacau dia...tapi sebab susah sangat nak dapat peluang bertemu janji..memanglah sebagai seorang Perdana Menteri kami faham dia sibuk, tapi bukannya kami tidak pernah cuba membuat temujanji untuk berjumpa dengannya...malah dah banyak kali kami cuba, namun tidak pernah mendapat respon lansung...

Sebaik pulang ke rumah saya cepat-cepat buka website Malaysiakini..sebelumnya saya dah baca mengenai program tersebut di blog Cikgu Laila

Saya setuju dengan apa yang ditulis oleh Cikgu Laila, memang patut Datuk Ambiga diberi thumbs up untuk hal ini. Dia amat berani menyebut dan memperkatakan tentang ISA di hadapan seorang pemimpin dan seorang yang masih tetap teguh untuk mempertahankan undang-undang yang zalim ini...adakah kita dapat menjadi seberani Datuk Ambiga?..bacalah apa yang dikatakan olehnya seperti yang saya petik dari website Malaysiakini....
Meanwhile, in her welcoming address earlier, the Malaysian Bar president Ambiga Sreenevasan reiterated the call of the legal professional body - representing some 13,000 lawyers in the country - to abolish the Internal Security Act (ISA) which allowed for detention without trial.

"We question the wisdom of continuing to have such a repressive piece of legislation on our statute books.

"One can see how far we have strayed from the original intent of the ISA that a blogger, a politician, a journalist and a civil society organiser can, independently of each other, be seen as threats to national security," she said.
Paling menarik dan menyentuh perasaan saya ialah apabila beliau menyebut dengan lembut dalam tegas seperti di bawah:
"Prime Minister, while it may still be in your means to do so, and as a historic legacy to this nation that both you and I love, I ask you, on behalf of all right-thinking Malaysians and on behalf of the legal fraternity of Malaysia, to move to abolish the ISA," Ambiga said to the applause from the delegates.
Namun bila membaca apa pula yang disebut oleh Perdana Menteri untuk komen kepada apa yang disebut oleh Ambiga...hati rasa panas juga..bayangkan pula apa perasaan isteri dan ahli keluarga mangsa tahanan ISA.
Di bawah saya selitkan apa yang diucapkan oleh Pak Lah yang menurut laporan tersebut tersenyum lebar mendengar ucapan Datuk Ambiga.
"As the ex-home minister, I am fully aware of the law (and) why we must have the law. It's not easy to execute the law. Without fear or favour, I have discharged my responsibility but it's tough," he said.

He added that at times, the rights of others were infringed when people exercised their freedom.
"If their freedom threatened others, some kind of law have to be enforced," he said, in obvious reference to justify why the ISA should stay.
Akhir sekali Pak Lah sebagai seorang muslim turut megatakan bahawa dia bertanggungjawab kepada Allah untuk berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira agama..Abdullah also said as a Muslim, he was answerable to God to be fair to all irrespective of their religions.
Ah...tidak tahulah apa maksudnya atau apakah neraca yang dia gunakan untuk konsep keadilan tersebut...sedangkan di dalam Islam atau mana-mana agama jua pun tidak menghalalkan satu undang-undang tanpa bicara. Menahan seseorang bertahun-tahun lamanya tanpa dibicarakan, disambung penahanan ikut suka hatinya, ikut suka hati polis dan SB, menzalimi dan menyeksa tahanan hingga menjangkau tahap kezaliman lebih jahat dari binatang...apakah itu adil namanya???
...Lebih baik Perdana Menteri menjawab segala pertanyaan rakyat yang dizalimi sebelum diadili di Mahkamah Allah kelak.
Selepas saya surf website Bar Council saya terjumpa pula link mengenai berita ini di Utusan Malaysia....
Saya jadi lebih terlopong dan sukar mempercayai apa yang ditulis di Utusan Malaysia.."Faktor Keadilan ditekan dalam tindakan ISA"????...Inilah yang disebutkan oleh Pak Lah seperti dipetik dari laporan Utusan...Melayu..
"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa faktor keadilan sentiasa ditekankan oleh kerajaan dalam sesuatu tindakan yang diambil di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)."
Semoga lebih ramai lagi rakyat Malaysia sedar akan kezaliman undang-undang ISA ini yang boleh digunakan oleh pemimpin yang berkuasa dan juga polis sewenang-wenangnya apabila mereka merasa kedudukan mereka tergugat.
Sebagaimana ramai rakyat Malaysia yang bermurah hati menyampaikan sumbangan kepada keluarga tahanan ISA, Presiden Bar Council ini juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyumbang kepada semua keluarga tahanan ISA, di mana di hari terakhir Ramadan saya telah dijemput untuk datang ke pejabatnya untuk mengambil cek sumbangan tersebut. Beliau juga turut sama melawat tahanan ISA di Kem Tahanan di Kamunting seperti yang diceritakan oleh Cikgu Laila di laman blognya.
Sebagai seorang yang bersama AJK dan aktivis yang lain yang sama-sama berjuang dalam Gerakan Mansuhkan ISA, saya merasa lega dan puas hati dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Bar Council dalam memperjuangkan agar ISA dimansuhkan. Begitu juga dengan ramai lagi rakyat Malaysia yang sama-sama membencikan kezaliman yang ditimpakan keatas semua ahli keluarga tahanan ISA yang juga bersedia membantu dengan cara tersendiri bagi memastikan akta ini dihapuskan dengan segera.

Wednesday, 29 October 2008

Kes Ragut...jahat betul manusia ni....

Dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku kepada diri kita. Sebagai seorang muslim kita dapat berusaha dengan berdo'a dan bertawakal setelah segala usaha untuk memastikan keselamatan terhadap diri dan harta yang ada.

Semalam saya dan anak lelaki, Ammar telah keluar dari rumah sebaik selepas selesai solat maghrib. Tujuan utama keluar ke kawasan kedai di Greenwood ialah untuk membeli sedikit barangan untuk Ammar yang akan mengadakan jualan di sekolahnya. Minggu lepas untuk projek jualannya saya membuat aiskrim malaysia dan membeli gula-gula di kedai borong di Greenwood. Maka misi saya sama juga seperti di minggu lepas.

Ketika memandu di lorong yang berhadapan dengan deretan rumah berhadapan dengan deretan kedai di Greenwood, tiba-tiba seorang wanita terjatuh di atas jalan dan terus terbaring tidak bergerak. Barangan yang dibawanya nampak berselerak di atas jalan. Beliau jatuh betul-betul di hadapan kereta yang sedang saya pandu. Alhamdulillah, saya memang telah bersedia memberhentikan kenderaan. Jadi saya dapat lihat tubuhnya terbaring dengan jelas kerana lampu direct kearahnya.

Saya segera keluar dari kereta dan meluru kearah wanita tadi. Kedengaran juga ada anak muda yang menjerit dan cuba mengejar sesuatu. Baru terdengar ada orang yang menyebut wanita tu baru diragut. Patutlah saya juga sedar ada motor yang bergerak laju sebelah kereta saya. Tapi semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja.
Saya cuba membantu menggerakkan wanita itu, namun dia langsung tak bergerak dan masih tak sedarkan diri. Jadi saya berusaha mengangkatnya, namun dia masih tak bergerak dan longlai. Nasib baik ada seorang anak muda yang bersungguh cuba membantu. Ramai yang lain yang ada di situ cuma jadi 'tukang perhati' sahaja. Lebih menggeramkan hati saya ialah semasa kejadian berlaku ada beberapa orang wanita berada di luar pagar sebuah rumah, namun sebaik kejadian berlaku semuanya terus masuk dan hanya memandang dari dalam pagar rumah mereka yang betul-betul berhadapan tempat kejadian.
Jenuh juga saya dan anak muda tadi cuba mengangkat wanita tadi untuk dimasukkan ke dalam kereta saya. Mungkin kerana dalam keadaan pengsan tubuh seseorang menjadi lebih berat dari biasa untuk diangkat. Nasib baik ada klinik berhampiran dan saya kenal rapat dengan doktor di Klinik Keluarga tersebut. Saya terus park kereta berhadapan pintu klinik dan memanggil doktor keluar. Kebetulan doktor Noraini yang keluar, setelah menceritakan apa yang berlaku pada KakAni dia terus mengarahkan saya membawa wanita tadi ke Hospital Selayang ataupun GH. Kebetulan pada masa tu suami wanita tersebut sampai ke klinik, mungkin ada yang maklumkan kepadanya kerana dia rupanya memang pernah saya lihat kerana dia menjual bubur di gerai di taman Greenwood.
Wanita tadi masih tak membuka matanya, tetapi setelah disapukan air dimukanya dia dapat bercakap sedikit dan memberitahu yang kepalanya amat sakit. Suami wanita tadi tidak mempunyai kenderaan, lalu saya offer untuk membawa dia dan isterinya ke hospital, tapi katanya dia perlu pulang dahulu ke rumah mertuanya untuk mengambil kereta. Namun atas nasihat doktor saya terus membawa wanita tadi ke Hospital Selayang dan suaminya pulang dahulu ke rumah. Sepanjang perjalanan wanita tadi masih seperti seorang yang sedang tidur sehinggalah kami sampai ke kawasan kecemasan di Hospital Selayang. Di sana dia dipakaikan collar di lehernya keran dia mengadu sakit di leher dan di kepala. Risau juga hati saya takut2 tindakan saya mengngkatnya ke dalam kereta menyebabkan apa-apa lagi kesakitan ke atas dirinya. Namun saya tak ada apa pilihan ketika kejadian berlaku kerana lebih ramai yang memerhati dari menolong. Mungkin selepas ini saya perlu mempelajari tentang teknik-teknik membantu di waktu kecemasan.
Saya mengambil keputusan untuk pulang setelah suami, ibu dan ayah wanita tadi tiba di hospital. Hari ini beberapa kali saya cuba menghubungi suami dan anak wanita tersebut untuk bertanyakan khabar, tapi panggilan saya tidak berjawab. Ada masa saya akan kunjungi suaminya di gerai bubur di Taman Greenwood.
Saya cuba juga membayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku kepada diri saya...maka saya harus lebih berhati-hati dan sentiasa bersedia. Semoga sekiranya sesuatu berlaku kepada diri saya, diharapkan ada insan yang ikhlas membantu dan menyelamatkan saya dan keluarga saya dan tidak mengambil kesempatan di atas kemalangan dan kesusahan orang lain. Namun saya berdo'a semoga kita semua dijauhkan Allah dari segala malapetaka.
Saya juga berdo'a agar anak saya Ammar yang sama-sama melalui kejadian semalam mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Semoga sifat tolong menolong membantu orang yang dalam kesusahan sentiasa ada dalam diri anak-anak kita tanpa mengira agama dan bangsa mahupun taraf hidup seseorang manusia.
Semoga hukum Allah dapat terlaksana di atas muka bumi agar tidak ada lagi manusia yang berani melakukan kejahatan.

Thursday, 23 October 2008

Jejak keluarga tahanan ISA

Sejak akhir-akhir ini..lebih-lebih lagi sejak penahananan blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin, isu ISA begitu meletup-letup sekali. Ada juga kawan-kawan yang mengucapkan tahniah kepada kami di GMI kerana kini rata-rata orang memperkatakan tentang isu ISA terutama sekali mengenai kezaliman ISA.

Sebelum ini ISA telah lama bermaharajalela di Malaysia, telah ramai yang telah ditangkap dan dizalimi di bawah akta zalim ini. Telah ramai ahli keluarga yang menderita. ISA wujud sejak tahun 1960 lagi, ya...telah 48 tahun lamanya..kini di tahun 2008, barulah lebih ramai rakyat Malaysia yang membuka mata tentang akta zalim ini, namun masih ada ramai lagi yang cuba mempertahankan akta yang kuno ini.

Kami di GMI juga baru semenjak tahun 2001 berjuang berhabisan cuba memansuhkan akta ini dan berjuang membebaskan semua tahanan ISA. Di masa yang sama kita cuba sedaya upaya membela nasib ahli keluarga tahanan ISA yang ada sedaya upaya kami dengan pertolongan ramai lagi rakyat Malaysia yang prihatin. Sepanjang bulan Ramadan dengan Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA GMI dengan bantuan Harakah juga telah berjaya mengumpul wang sumbangan yang kemudiannya kami salurkan kepada semua keluarga tahanan ISA yang ada dalam pengetahuan kami.


Hari ini sekali lagi saya bersama dengan Cikgu Laila cuba menjejaki sebuah keluarga tahanan ISA Puan M.Leela yang tinggal di sebuah blok rumah panjang di Cheras. Oleh kerana kami tidak pakar berapa pakar dengan selok-belok jalan ke kawasan tersebut, saya yang bertolak dari rumah di Gombak setelah menjemput Cikgu Laila di Keramat hanya tiba di rumah Leela pada jam 3.20 ptg. Setiap kali bersusah payah mencari jalan ke suatu tempat kita akan merasa berpuas hati apabila selamat sampai.

Sebenarnya kami juga telah berjanji dengan kumpulan dari Harakah iaitu, En Lutfi, Anis-wartawan dan Wan-jurugambar untuk sama-sama ke sana. Kumpulan dari Harakah datang dari Tanjung Malim selesai menziarahi bekas tahanan ISA, Sanjeev yang lumpuh akibat seksaan SB. Akhirnya mereka juga selamat sampai ke rumah Leela.

Seperti biasa hati pasti sedih bercampur geram mendengar cerita-cerita nasib keluarga tahanan ISA terutama sekali penderitaan isteri dan anak-anak. Leela kini menumpang tinggal bersama ayahnya yang sakit dan tidak bekerja. Bersama mereka juga tinggal seorang lagi adik Leela bersama 3 orang anaknya yang sudah ditinggalkan suami.

Kami bertanyakan kepada Leela tentang anaknya..maka dia pun menceritakan kisah anaknya yang dimaklumkan oleh doktor sebagai ada masalah mental..sambil dia menunjukkan kearah kepala seolah anaknya yang baru berumur 3 setengah tahun itu memang sakit mental. Terkejut juga mendengarnya...katanya anaknya begitu lasak dan ganas dan sering melukakan dirinya sendiri seperti menggigit2 tangannya. Saya katakan mungkin bukan sakit mental tetapi mungkin ada Dyslexia atau autistic. Dia seperti putus asa dengan nasibnya dan nasib anaknya, dia katakan kadang-kadang dia terasa seperti hendak membunuh anaknya dan dirinya sendiri. Mungkin kerana tekanan yang hebat lantaran suami yang ditangkap dan ditahan tanpa bicara.

Kami semua memberikannya nasihat dan memujuknya bersabar dan berusaha bersama-sama untuk cuba membebaskan suaminya.


Kami juga bertanyakan kepadanya apakah tuduhan yang dikenakan kepada suaminya...katanya suaminya dituduh sebagai orang yang membuat pasport, platik pasport dan kad pengenalan palsu. Yang nyata sudah tentu suaminya tidak terlibat. Sebelum ditangkap mereka berdua mempunyai sebuah kedai jahit dan mereka mengambil upah menjahit dan mempunyai beberapa orang pekerja yang datang dari India. Kini setelah suaminya ditangkap, segalanya telah hilang termasuk kedainya terpaksa ditutup. Kini Leela dan adiknya mencari nafkah dengan mencari tong fire extinguisher yang sudah expired dicuci dan dijual semula. Itulah sumber rezeki mereka sekeluarga.

Leela juga tidak dapat menziarahi suaminya selalu kerana masalah anaknya, suaminya juga tidak menggalakkannya untuk pergi selalu. Dia kini cuba meneruskan kehidupan dan menghilangkan keresahan di hatinya dengan menganggap bahawa suaminya sedang bekerja jauh di luar negara. namun pada hakikatnya suaminya terkurung di penjara tanpa dapat memberikan sebarang nafkah kepadanya sekeluarga. Begitulah zalimnya ISA yang terus menerus menahana seseorang tanpa dibicarakan.

Kami akhiri pertemuan kami dengan menyampaikan sumbangan kepada Leela untuk mengurangkan bebanan mereka sekeluarga.
Terlupa pula saya mencatatkan bahawa suami Leela, seperti tahanan ISA yang lain juga turut diseksa oleh SB dan polis ketika ditahan selama 60 hari. Namun Leela tidak mendengarnya dari mulut suaminya. Suaminya mengatakan kepadanya bahwa dia tidak diseksa, namun Leela hanya mengetahui bahwa suaminya turut diseksa dari cerita yang beliau dengar dari Sanjeev Kumar. Katanya suami diseksa dengan bulu di dadanya dicabut2 dan serangga seperti lipas yang banyak diletakkan di dalam seluarnya. Itu mungkin hanya sebahagia dari seksaan yang diterimanya selama ditahan di bawah ISA....mengapa mereka perlu diseksa??????

Tuesday, 14 October 2008

Nasib OKT Protes 26 Januari 2008

Sudah lama blog ini dibiar sepi tanpa apa-apa update. Aktiviti sepanjang Ramadan berakhir dimalam 1 Syawal khususnya yang berkaitan dengan sumbangan derma dari dermawan sepanjang Ramadan kepada keluarga tahanan ISA.

Semalam, Isnin 13 hb Okt 2008 bersamaan 13 Syawal, saya sekali lagi menapakkan kaki ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Kali ini saya tidak keseorangan,kerana kali ini kes kami yang ditangguhkan sejak Jun lalu disambung kembali. Kami diberi tarikh 13-15 Oktober untuk hadir ke mahkamah. Seramai lebih dari 40 orang OKT hadir pada pagi 13hb Okt. Sebenarnya hanya 35 orang sahaja yang telah didakwa, beberapa orang termasuk Dr Hatta Ramli, Tian Chua dan yang lainnya telah dibebaskan pada hari kami dihadapkan dihadapan majistret di Penjara Pudu pada 27hb Januari. Mereka berjaya dibebaskan setelah mereka bangun sendiri berhujah dan Majsitret telah membebaskan mereka.


(muka-muka kami yang didakwa...gambar diambil dari blog Nora...tq Nora)

Namun selepas dari itu sehingga ke tarikh semalam ada beberapa orang dari mereka telah dicari oleh polis dan menerima waran tangkap untuk mereka hadir ke mahkamah. Maknya semua yang ditangkap pada 26hb Januari terus akan didakwa di Mahkamah.

Semalam di mahkamah suasananya menjadi seperti sebuah reunion dan juga Raya Gathering. Riuh rendah kamar Mahkamah. Masing-masing pula sebuk merakamkan gambar dan bergurau senda. Ramai diantara OKT telahpun menjadi Ahli Parlimen dan yang paling menarik penjamin kepada semua yang ditangkap telahpun menjadi seorang Menteri Besar! di negeri Selangor. Semalam ketika ada OKT yang tidak hadir dan Hakim bertanyakan siapakah penjamin, kami OKT semuanya menjerit berkali-kali.."Menteri Besar Selangor".

Kes kami 35 orang ditangguhkan lagi ke tahun depan 23-25 Mac 2009!...Aduh lama lagi....ramai juga yang mengeluh...apa tidaknya..peralihan kuasa akan berlaku ketika itu....Najib!!!...mungkin terseksalah kami semua yang 'telah dipersalahkan".....cepat-cepatlah peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat....

(lagi gambar suasana di dalam Mahkamah..turut datang memberi sokongan ialah YB Dr Siti Mariah...Thank You...turut menghulurkan sumbangan wang bagi mencukupkan wang jaminan bagi mereka yang didakwa kemudiannya)


Selesai kes kami didengar, tiba pula dakwaan dibuat keatas Tian Chua, Dr Hatta, Jonson dan 6 orang yang lain. Tian Chua didakwa bersendirian. Dia juga dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1000.00 dan kes akan didengar bersama-sama dengan kami.

Kemudiannya pula Dr Hatta didakwa bersama dengan Peguam Jonson Chong. Jonson diwakili oleh Gobind Singh anak kepada Karpal Singh dan juga peguam yang mewakili DS Anwar Ibrahim. Ketika dakwaan dibaca dan ditanya kepada Jomson samada faham, Jonson menjawab dengan tegas bahawa tidak mengaku bersalah dan merasakan bahawa semua tuduhan adalah bermotifkan politik. Jonson terus berhujah dari kandang orang yang didakwa dan dibantah dan dipotong dengan keras oleh Hakim yang merasa agak marah dengan hujahan Jonson.

Kedua-dua peguam yang membela iaitu Gobind dan Hanipa Maidin berhujah agar semua yang tertuduh dibebaskan dengan hanya personal bond. Pendengaran kes tersebut ditangguhkan di sebelah petang. Saya dan suami serta seorang anak terus meluangkan masa untuk mengikuti kes tersebut hingga ke akhirnya.


(bergambar kenangan dihadapan kompleks mahkamah selepas selesai urusan jaminan. Hujung sekali sebelah kiri ialah pakcik Mat dari unit amal yang katanya telah ditangkap dan didakwa sebanyak 6 kali!. Hebat pakcik. Sebelah pakcik pula ialah sepasang pengantin yang baru selesai majlis kenduri nikah kahwin mereka pada hari Ahad. Kesian...tapi hebat, disebelah mereka ialah ibu pengantin perempuan yang datang memberikan sokongan dari awal hingga akhir....manisnya sebuah perjuangan dan perkahwinan....pasangan di hujung sebelah kanan pula diusik oleh Dr Hatta ketika mendatangani surat jaminan..." and now i pronounced u .....husband...and wife..."..he..he..tapi Jonson kata pada saya simanis tu adalah staffnya yang tak masuk office sebab bos nya tak ada di office...)

Hakim memberikan keputusan pada jam 4.22 petang, dengan kesemua yang tertuduh diikat jamin dengan RM500 bagi 2 pertuduhan yang dikenakan. Kami semua kemudiannya bergegas turun ke Maybank untuk menguruskan ikat jamin bagi 7 orang mereka yang baru didakwa. Bank yang telah pun tutup pada jam 4.30 terpaksa diterus dibuka separuh pintunya. begitu juga pejabat pendaftaran mahkamah yang menguruskan urusan jaminan perlu melayan kami semua hingga jam 6 petang.

Alhamdulillah...berjaya juga...Allah hu Akbar!!!