Tuesday, 14 October 2008

Nasib OKT Protes 26 Januari 2008

Sudah lama blog ini dibiar sepi tanpa apa-apa update. Aktiviti sepanjang Ramadan berakhir dimalam 1 Syawal khususnya yang berkaitan dengan sumbangan derma dari dermawan sepanjang Ramadan kepada keluarga tahanan ISA.

Semalam, Isnin 13 hb Okt 2008 bersamaan 13 Syawal, saya sekali lagi menapakkan kaki ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Kali ini saya tidak keseorangan,kerana kali ini kes kami yang ditangguhkan sejak Jun lalu disambung kembali. Kami diberi tarikh 13-15 Oktober untuk hadir ke mahkamah. Seramai lebih dari 40 orang OKT hadir pada pagi 13hb Okt. Sebenarnya hanya 35 orang sahaja yang telah didakwa, beberapa orang termasuk Dr Hatta Ramli, Tian Chua dan yang lainnya telah dibebaskan pada hari kami dihadapkan dihadapan majistret di Penjara Pudu pada 27hb Januari. Mereka berjaya dibebaskan setelah mereka bangun sendiri berhujah dan Majsitret telah membebaskan mereka.


(muka-muka kami yang didakwa...gambar diambil dari blog Nora...tq Nora)

Namun selepas dari itu sehingga ke tarikh semalam ada beberapa orang dari mereka telah dicari oleh polis dan menerima waran tangkap untuk mereka hadir ke mahkamah. Maknya semua yang ditangkap pada 26hb Januari terus akan didakwa di Mahkamah.

Semalam di mahkamah suasananya menjadi seperti sebuah reunion dan juga Raya Gathering. Riuh rendah kamar Mahkamah. Masing-masing pula sebuk merakamkan gambar dan bergurau senda. Ramai diantara OKT telahpun menjadi Ahli Parlimen dan yang paling menarik penjamin kepada semua yang ditangkap telahpun menjadi seorang Menteri Besar! di negeri Selangor. Semalam ketika ada OKT yang tidak hadir dan Hakim bertanyakan siapakah penjamin, kami OKT semuanya menjerit berkali-kali.."Menteri Besar Selangor".

Kes kami 35 orang ditangguhkan lagi ke tahun depan 23-25 Mac 2009!...Aduh lama lagi....ramai juga yang mengeluh...apa tidaknya..peralihan kuasa akan berlaku ketika itu....Najib!!!...mungkin terseksalah kami semua yang 'telah dipersalahkan".....cepat-cepatlah peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat....

(lagi gambar suasana di dalam Mahkamah..turut datang memberi sokongan ialah YB Dr Siti Mariah...Thank You...turut menghulurkan sumbangan wang bagi mencukupkan wang jaminan bagi mereka yang didakwa kemudiannya)


Selesai kes kami didengar, tiba pula dakwaan dibuat keatas Tian Chua, Dr Hatta, Jonson dan 6 orang yang lain. Tian Chua didakwa bersendirian. Dia juga dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1000.00 dan kes akan didengar bersama-sama dengan kami.

Kemudiannya pula Dr Hatta didakwa bersama dengan Peguam Jonson Chong. Jonson diwakili oleh Gobind Singh anak kepada Karpal Singh dan juga peguam yang mewakili DS Anwar Ibrahim. Ketika dakwaan dibaca dan ditanya kepada Jomson samada faham, Jonson menjawab dengan tegas bahawa tidak mengaku bersalah dan merasakan bahawa semua tuduhan adalah bermotifkan politik. Jonson terus berhujah dari kandang orang yang didakwa dan dibantah dan dipotong dengan keras oleh Hakim yang merasa agak marah dengan hujahan Jonson.

Kedua-dua peguam yang membela iaitu Gobind dan Hanipa Maidin berhujah agar semua yang tertuduh dibebaskan dengan hanya personal bond. Pendengaran kes tersebut ditangguhkan di sebelah petang. Saya dan suami serta seorang anak terus meluangkan masa untuk mengikuti kes tersebut hingga ke akhirnya.


(bergambar kenangan dihadapan kompleks mahkamah selepas selesai urusan jaminan. Hujung sekali sebelah kiri ialah pakcik Mat dari unit amal yang katanya telah ditangkap dan didakwa sebanyak 6 kali!. Hebat pakcik. Sebelah pakcik pula ialah sepasang pengantin yang baru selesai majlis kenduri nikah kahwin mereka pada hari Ahad. Kesian...tapi hebat, disebelah mereka ialah ibu pengantin perempuan yang datang memberikan sokongan dari awal hingga akhir....manisnya sebuah perjuangan dan perkahwinan....pasangan di hujung sebelah kanan pula diusik oleh Dr Hatta ketika mendatangani surat jaminan..." and now i pronounced u .....husband...and wife..."..he..he..tapi Jonson kata pada saya simanis tu adalah staffnya yang tak masuk office sebab bos nya tak ada di office...)

Hakim memberikan keputusan pada jam 4.22 petang, dengan kesemua yang tertuduh diikat jamin dengan RM500 bagi 2 pertuduhan yang dikenakan. Kami semua kemudiannya bergegas turun ke Maybank untuk menguruskan ikat jamin bagi 7 orang mereka yang baru didakwa. Bank yang telah pun tutup pada jam 4.30 terpaksa diterus dibuka separuh pintunya. begitu juga pejabat pendaftaran mahkamah yang menguruskan urusan jaminan perlu melayan kami semua hingga jam 6 petang.

Alhamdulillah...berjaya juga...Allah hu Akbar!!!

No comments: